SEJARAH PELABURAN GETAH BRITISH DI SEMEN

593

Sejarah Pelaburan Getah British di Semenanjung Tanah Melayu 1909-1911

Abstrak

Kajian ini akan melihat dan menganalisis pelaburan getah British di Semenanjung Tanah
Melayu pada tahun 1909-1911. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah
penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan. Kajian ini akan melihat
faktor-faktor yang menyumbang kepada pelaburan British, dan juga pihak-pihak yang terlibat
dalam menjayakan pelaburan ini. Selain itu, kajian ini juga akan melihat dasar kerajaan
British dalam membantu penguasaan mereka ke atas sektor getah di Semenanjung Tanah
Melayu. Kajian menunjukkan bahawa ledakan harga getah tahun 1909-11 telah menimbulkan
minat pelabur British untuk melabur.

Kata Kunci : Pelaburan, Getah, British, Syarikat Perdagangan, Rumah Agensi

1. Pendahuluan

Kajian ini akan melihat dan menganalisis pelaburan getah British di Semenanjung Tanah
Melayu pada tahun 1909-1911. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah

penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan. Sumber-sumber tersebut
akan dikumpul dan dipilih dari awal tahun kajian ini iaitu pada tahun 1909 sehingga tahun
1911, iaitu bersesuaian dengan tempoh kajian ini. Objektif kajian ialah melihat faktor-faktor
yang menyumbang kepada pelaburan British, pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan
pelaburan, dan dasar kerajaan British dalam membantu penguasaan mereka ke atas sektor
getah di Semenanjung Tanah Melayu.

594

Dalam tulisan P.J. Drake,1 beliau menyatakan pembangunan ekonomi Semenanjung
Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Pertama ialah tahap pertumbuhan dan
perkembangan pesat industri sumber asli seperti getah dan bijih timah bermula pertengahan
abad ke-19 sehingga tahun 1914. Kedua ialah tahap pengembangan sumber asli dalam
tempoh Perang Dunia Pertama dan Kedua. Ketiga ialah penggabungan dan penyeragaman
industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas tahun 1945.2 Kajian ini
dipilih kerana ia membantu penulis untuk memahami sejarah ekonomi Semenanjung Tanah
Melayu semasa zaman kolonial.3

Mengenai sejarah penglibatan British dalam sektor penanaman getah di Semenanjung
Tanah Melayu antara tahun 1909-1911, ia ada disentuh sepintas lalu oleh beberapa orang

penulis. Antara kajian yang dilihat penting ialah Poroor Radhakrishnan dalam tulisan The
Role of Rubber in the West Malaysian Economy,4 Voon Phin Keong dalam tulisan Western
Rubber Enterprise in Southeast Asia 1876-19215 dan J.H. Drabble dalam tulisan Investment
in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922.6 Kesemua sumber-sumber ini membantu
dalam penghasilan kajian.

1

Drake, P.J., Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing
Limited, Hampshire, 2004.
2

Ibid., hlm. 15. Lih. juga Kamarudin bin Othman, Rosman bin Mahmood & Mohamad Shukri bin Johari,
Hubungan Eksport Terhadap Peningkatan Produktiviti Sektor Pembuatan di Malaysia: Satu Kajian Granger
Causality, Projek Penyelidikan, Februari 2006, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu, Dungun,
2006, hlm. 10-14.
3

Untuk maklumat tambahan, sila lih. Institute of Asian Economic Affairs, Economic Development in the
Federation of Malaya and the State of Singapore, Institute of Asian Economic Affairs, Tokyo, 1962.

4

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,
Stanford University, California, 1974.
5

Voon Phin Keong, Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia, 1876-1921, Kuala Lumpur:
University Malaya Press, Kuala Lumpur, 1976.
6

J.H. Drabble. 1968. Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Paper presented at
the International Conference on Asian History, Kuala Lumpur, Ogos 1968.

595

Pada zaman kolonial, pelaburan utama British adalah dalam sektor getah.7 Pelaburan
British tertumpu kepada kerja pengekstrakan dan pengeluaran komoditi utama8 kerana
ekonomi Semenanjung Tanah Melayu ketika itu bergantung kepada penghasilan komoditi
utama. Semenanjung Tanah Melayu ketika itu diperintah oleh dua lapisan kerajaan,
metropolitan dan tempatan.9 Pejabat Kolonial adalah jabatan utama kerajaan imperialis pusat

di Britain dan mempunyai kuasa tertinggi untuk menjalankan kuasa penuh ke atas hal ehwal
luar negeri di dalam empayar British.10

7

Untuk maklumat mengenai pembangunan industri getah Semenanjung Tanah Melayu, sila lih. J.H.
Drabble, Rubber in Malaya 1876-1922: The Genesis of the Industry, Oxford University Press, Kuala Lumpur,
1973. Lih. juga J.H. Drabble, Malayan Rubber: The Interwar Years, Macmillan, London, 1991. Lih. juga P.T.
Bauer, The Rubber Industry: A Study in Competition and Monopoly, Longman, London, 1948. Lih. juga Voon
Phin Keong, Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia, 1876-1921, University Malaya Press,
Kuala Lumpur, 1976.
8

V. Kanapathy, Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects, Nanyang University,
Singapore, 1971 hlm. 2. Lih juga Hla Myint, Export and Economic Development of Less Developed Countries
dlm. Carl K. Eicher & John M. Steaz, Agricultural Development in the Third World, The Johns Hopkin
University Press, Baltimore.
9

Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 7.

Pentadbiran kolonial British mengambil pelbagai bentuk di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk Petempatan
Selat, sila lih. R. Emerson, Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule, University of Malaya Press, Kuala
Lumpur, 1964. Untuk Sistem Residen, sila lih. J.M. Gullick, Malaya, Ernest Benn, London, 1964, hlm. 41. Lih.
juga J.M. Gullick, Rulers and Residents: Influence and Power in the Malay States, 1870-1920, Oxford
University Press, Singapore, 1992. Untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu, sila lih. E. Chew, Swettenham and
British Residential Rule in West Malaya dlm. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 5,
Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur, 1974, hlm. 165-178. Untuk Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu, sila lih. Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge,
London, 2008, hlm. 8, 73. Untuk Persekutuan Tanah Melayu 1948, sila lih. C.H. Ding, History of the Straits
Settlements Foreign Trade, 1870-1915, National Museum, Singapore, 1978. Lih. juga W.G. Huff, The
Economic Growth of Singapore: Trade and Development in the Twentieth Century, Cambridge University
Press, Cambridge, 1994. Lih. juga T.N. Harper, The End of Empire and the Making of Malaya, Cambridge
University Press, Cambridge, 1999, hlm. 376. Untuk ancaman komunis, sila lih. K. Ramakrishna,
„Transmogrifying‟ Malaya: the impact of Sir Gerald Templer (1952-54) dlm. Journal of South East Asian
Studies, Vol. 32, History Department, National University of Singapore, Singapore, 2001, hlm. 79. Lih. juga
A.J. Stockwell, British Policy and Malay Politics during the Malayan Union Experiment, 1942-48, Malayan
Branch of Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur, 1979. Lih. juga A.J. Stockwell, “A Widespread and Longconcocted Plot to Overthrow the Government in Malaya”?: The Origins of the Malayan Emergency dlm.
Journal of Imperial and Commonwealth History, Vol. 21, Routledge, London, 1993, hlm. 66-68.
10


Untuk maklumat lebih lanjut, sila lih. E. Thio, British Policy in The Malaya Peninsula, 1880-1910,
University of Malaya Press, Singapore, 1969, hlm. xii-xv.

596

Sumber utama modal bagi sektor getah datangnya dari pasaran modal British.
Perubahan dalam revolusi pengangkutan di Eropah telah membawa kepada penemuan dan
penciptaan motokar. Hal isi secara tidak langsung menyebabkan berlakunya permintaan yang
tinggi terhadap getah yang digunakan sebagai tayar berangin bagi kenderaan tersebut.11
Semasa ledakan harga getah pada tahun 1909-11,12 syarikat getah British meraih keuntungan
besar yang membolehkan mereka untuk membayar dividen setinggi 30 ke 40 peratus.13
Dividen besar ini menimbulkan minat pelabur British untuk melabur dalam syarikat getah di
pasaran modal British.14

Terdapat pertubuhan perdagangan yang memainkan peranan dalam mempengaruhi
pembuatan keputusan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1910, Agensi
Maklumat Semenanjung Tanah Melayu ditubuhkan untuk menyediakan maklumat tentang
peluang perniagaan dan menyelesaikan isu berhubung perdagangan dan pelaburan antara

11


P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing
Limited, Hampshire, 2004, hlm. 34, 56. Lih juga Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of
Singapore and Malaysia, Singapore University Press, National University Of Singapore, Singapore, 1974, hlm.
41.
Yoshimura Mako, Japan‟s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Akashi Yoji & Yoshimura
Mako (edit.), New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, NUS Press,
Singapore, 2008, hlm. 121. Lht. juga Muhamad Ridzuan Amin, Perkembangan Ekonomi di Malaysia, Mika
Cemerlang Sdn. Bhd, Subang Jaya, 2009, hlm. 11.
12

13

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,
Stanford University, California, 1974, hlm. 35. Lih. Juga D.M. Figart, The Plantation Rubber Industry in the
Middle East, Government Printing Office, Washington, D.C., 1925, hlm. 93. Lih. juga Li Dun Jen, British
Malaya: An Economic Analysis, 2nd Edition, Institute of Social Analysis, Petaling Jaya, 1982. Menurut Li Dun
Jen, dalam tahun 1910 sesetengah syarikat getah British di Semenanjung Tanah Melayu telah membayar dividen
setinggi 300%.
14


Lih. P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate
Publishing Limited, Hampshire, 2004, hlm. 34. Ladang getah bagaimanapun tertumpu di kawasan barat-pusat
dan selatan- barat, di mana terdapat pengangkutan yang cekap dan rangkaian komunikasi sudah wujud, lantas
memudahkan dan mengurangkan harga bagi eksport getah dan import bekalan dan buruh. Lih. juga Lim Chong
Yah, Economic Development of Modern Malaya, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1967, hlm. 108-109.
Buku ini mengkaji berasingan mengenai pengeluaran primer, penduduk, pengurusan kewangan dan
infrastruktur.

597

British dan Semenanjung Tanah Melayu.15 Pertubuhan British Semenanjung Tanah Melayu
ditubuhkan pada tahun 1920 bagi menjaga kepentingan British di Petempatan Selat dan
Negeri-negeri Melayu.16 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan pada tahun 1907 untuk
mengawal industri getah Semenanjung Tanah Melayu.17

2. Syarikat Perdagangan

Syarikat-syarikat perdagangan British memainkan peranan penting dalam mempromosikan
industri getah di kalangan pelabur British. Syarikat-syarikat perdagangan ini bertindak

sebagai saluran untuk modal British mengalir ke dalam industri getah Semenanjung Tanah
Melayu.18 Mereka juga memastikan bahawa modal itu digunakan sewajarnya. Syarikatsyarikat perdagangan seperti Harrison and Crosfield, Bousted Buttery Estate Agency, Guthrie
and Company, Barlow and Company, dan Sime Darby19 telah terlibat dalam perdagangan
eksport dan import Semenanjung Tanah Melayu selama beberapa dekad sebelum pengenalan

15

K.M. Stahl, The Metropolitan Organization of British Colonial Trade, Faber and Faber, London, 1951,
hlm. 71-73.
16

Lih. ibid., hlm. 76-78. Lih. juga Yeo Kim Wah, The Politics of Decentralisation: Colonial Controversy
in Malaya 1920-29, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 340.
17

Lih. Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 7.
Ahlinya adalah Semenanjung Tanah Melayu, Sri Lanka, Indonesia, Burma, Niferia dan Ghana, mengawal 1.75
juta hektar ladang getah menjelang tahun 1950-an. Agensi getah lain ialah United Planting Association of
Malayayang yang ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1934. Lih. juga N.J. White, Business,
Government, and the End of Empire: Malaya, 1942-1957, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1996, hlm.

30-33.
18

Lih. Muhamad Ridzuan Amin. Perkembangan Ekonomi di Malaysia. Mika Cemerlang Sdn. Bhd.
Subang Jaya. 2009. Hlm. 12. Selaras dengan dasar British yang mengalakkan penglibatan syarikat British untuk
membuka ladang di Semenanjung Tanah Melayu, banyak insentif ditawarkan seperti kadar sewa tanah dan tarif
cukai yang rendah, serta pemberian dividen 4% kepada syarikat pengusaha getah dan pengecualian cukai
eksport selama 50 tahun. Hal ini telah menyebabkan begitu banyak ladang getah baru dibuka meliputi kawasankawasan hutan di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
19

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,
Stanford University, California, 1974, hlm 35. Lih. juga Muhamad Ridzuan Amin, Perkembangan Ekonomi di
Malaysia, Mika Cemerlang Sdn. Bhd, Subang Jaya, 2009, hlm. 12. Lih. juga P.J. Drake, Currency, Credit and
Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing Limited, Hampshire, 2004, hlm. 56, 57.

598

getah lagi. Syarikat-syarikat ini telah membina reputasi dalam integriti kewangan di British
dan Semenanjung Tanah Melayu.20 Tambahan lagi, mereka juga mempunyai jaringan dengan
komuniti penanaman Eropah, pegawai-pegawai pemerintah, dan keadaan ekonomi di

Semenanjung Tanah Melayu.

Syarikat-syarikat perdagangan ini menjadi pengantara antara sumber modal asing,
pelabur British, dan pengguna modal asing iaitu industri perladangan di Semenanjung Tanah
Melayu. Rumah-rumah agensi mengapungkan syarikat-syarikat kecil di London Stock
Exchange dan pasaran saham yang lain seperti Mincing Lane Tea dan Rubber Brokers
Association.21 Integriti dan reputasi syarikat-syarikat ini menjamin keselamatan dan
kestabilan kepada pelaburan British di Semenanjung Tanah Melayu. Pengapungan ini
diterima baik oleh pelabur British, dan jumlah modal yang besar mengalir dari British ke
Semenanjung Tanah Melayu.

Semua dana ini pada mulanya digunakan untuk memperolehi ladang getah bagi orang
Eropah. Kemudian, dana ini telah digunakan untuk memperolehi tanah yang sudah ditanam
getah oleh orang Asia dan untuk membuka kawasan hutan bagi tujuan penanaman. Lebih
daripada separuh ladang-ladang getah yang berkeluasan 100 ekar, iaitu 1.1 juta ekar, dimiliki

20

Lih. P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate
Publishing Limited, Hampshire, 2004, hlm. 56, 57. Syarikat-syarikat perdagangan ini sudah mempunyai
pengetahuan pemasaran, pembiayaan dan jaringan perhubungan yang kuat di British, dan mempunyai
pengalaman dan agensi dalam perkapalan dan insurans. Tambahan pula, mereka dalam beberapa tahun telah
terlibat dengan pembukaan Semenanjung Tanah Melayu untuk pertanian komersil berskala besar. Apa paling
penting, imej baik mereka di jaringan perdagangan London memberikan jaminan untuk masyarakat British
melabur dalam syarikat-syarikat getah baru yang ditubuhkan dengan bantuan syarikat-syarikat perdagangan.
21

Lih. Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor
Falsafah, Stanford University, California, 1974, hlm. 36. Lih. juga Voon Phin Keong, Western Rubber
Enterprise in Souteast Asia 1876-1921, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 168. Lih. juga
P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia., Ashgate Publishing Limited,
Hampshire, 2004, hlm. 35.

599

oleh syarikat-syarikat British.22 Selain pelabur British, pelabur dari Eropah turut melabur
ketika harga getah melambung, malah termasuk juga syarikat industri Barat yang berasaskan
getah, walaupun penglibatannya kurang ketara.23

British juga telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Semenanjung
Tanah Melayu bagi membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1908
sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar ini telah membolehkan pemodalpemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

3. Rumah Agensi

Rumah agensi dikekalkan sebagai ejen pengurusan syarikat British di Semenanjung Tanah
Melayu.24 Ejen pengurusan bertanggungjawab untuk menjalankan hal ehwal syarikat di
Semenanjung Tanah Melayu. Mereka mengupah pengurus dan kakitangan yang sesuai untuk

Lih. Malcolm Caldwell, The British “Forward Movement”, 1874-1914 dlm. Mohamed Amin &
Malcolm Caldwell (edit.), Malaya : The Making of a Neo-colony. Spokesman Books, London. 1977, hlm. 39.
Ladang getah orang Eropah bertambah dari 168,000 ekar pada tahun 1907 kepada 1,050,000 ekar pada tahun
1918, manakala ladang getah milik orang Asia meningkat dari 2,000 ekar kepada 836,000 ekar dalam tempoh
yang sama.
22

23

Voon Phin Keong, Western Rubber Enterprise in Southeast Asia 1876-1921, University of Malaya
Press, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 150. Daripada 1,034 orang pengarah syarikat getah di Semenanjung Tanah
Melayu pada tahun 1914-15, seramai 1,025 orang daripada mereka adalah warganegara British, sementara
Sembilan orang pengarah yang lain terdiri daripada warganegara Belgium dan Perancis.
24

Lih. P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing
Limited, Hampshire, 2004, hlm. 35. Pelabur Barat bersedia untuk membiayai pengembangan industri getah
kerana syarikat-syarikat yang menjemput mereka untuk melabur, mendapat sokongan dari rumah-rumah agensi
yang biasa dengan keadaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Lht. juga G.C. Allen & A.G. Donnithorne,
Western Enterprise in Indonesia and Malaya: a study in economic development, Allen and Unwin, London,
1962. Untuk penjelasan lanjut tentang peranan Rumah Agensi di Semenanjung Tanah Melayu, sila lih. Lee
Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore University Press,
National University Of Singapore, Singapore, 1974, hlm 46-79. Lih. juga K.M. Stahl, The Metropolitan
Organization of British Colonial Trade: four regional studies, Facer & Faber, London, 1951.

600

estet syarikat, membekalkan input yang diperlukan oleh ladang-ladang, memasarkan getah
yang dihasilkan, dan memastikan dana tidak disalahgunakan25. Untuk perkhidmatan ini,
rumah agensi mendapat bayaran bagi kawasan yang diuruskan dan komisen atas input-input
yang dibekalkan dan pemasaran getah. Biasanya, rumah agensi diwakili dalam lembaga
pengarah syarikat dan sering kali rumah agensi akan memegang saham dalam syarikatsyarikat yang mereka uruskan.

Sistem rumah agensi juga menyeragamkan sumber pengurusan yang terhad di
Semenanjung Tanah Melayu dengan membenarkan sumber-sumber ini dikongsi oleh
sebilangan besar syarikat-syarikat kecil.26 Seterusnya, rumah-rumah agensi telah berkembang
dan mengukuhkan kedudukan mereka di Semenanjung Tanah Melayu untuk muncul sebagai
salah satu institusi yang paling penting dari segi pemilikan dan kawalan dalam ekonomi.27
Menjelang akhir tahun 1910, kawasan getah Semenanjung Tanah Melayu adalah 541,000
ekar, yang mana 337,000 ekar adalah milik orang Eropah dan 164,000 ekar milik orang
Asia.28 Dianggarkan menjelang tahun 1922, kira-kira 580 juta dolar modal Eropah telah
dilaburkan dalam industri getah Semenanjung Tanah Melayu.29

25

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,
Stanford University, California, 1974, hlm. 36, 37. Lih. juga Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking
Development of Singapore and Malaysia, Singapore University Press, National University Of Singapore,
Singapore, 1974, hlm. 54. Memandangkan rumah agensi Barat menguasai sebahagian besar eksport getah dan
bijih timah dan import barang-barang pembuatan di zaman British, bil-bil perdagangan ini biasanya akan pergi
melalui bank-bank Barat dan kerana itu bank-bank Barat menyediakan kebanyakan pinjaman dan pendahuluan.
Untuk maklumat lebih lengkap, sila rujuk buku J.J. Puthucheary, Ownership and Control in the Malayan
Economy, Singapore: Eastern Universities Press, 1960.
26

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,
Stanford University, California, 1974, hlm. 37. Lih. juga G.C. Allen & A.G. Donnithorne, Western Enterprise in
Indonesia and Malaya, George Allen and Unwin, London, 1957, hlm. 53. Lih. juga P.J. Drake, Currency, Credit
and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing Limited, Hampshire, 2004, hlm. 35.
27

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,
Stanford University, California, 1974, hlm. 37. Lih. juga Lih. J.J. Puthucheary, Ownership and Control in the
Malayan Economy, Eastern University Press, Singapore, 1960, hlm. xiii.

601

4. Sistem Pengangkutan

Selain modal dalam sektor getah, British juga melabur dalam bidang pengangkutan30 untuk
memastikan hasil getah dapat dieksport. Sebelumnya, sungai telah digunakan untuk
mengangkut bijih timah ke pantai dan bekalan kepada pelombong. Tetapi pengembangan
besar dan pesat industri perlombongan telah membawa kepada lalu lintas sibuk, yang
seterusnya memberikan bebanan terhadap kapasiti sistem sungai. British mendapati landasan
keretapi ialah pengangkutan yang lebih cekap.

Antara tahun 1885 dan 1895, empat landasan telah diletakkan, setiap satunya
menyambungkan sebuah pelabuhan pantai dengan lombong bijih timah di Utara-Barat atau
Barat-Tengah Semenanjung Tanah Melayu.31 Menjelang tahun 1903 landasan Utara-Selatan
telah menghubungkan bandar-bandar perlombongan, dan menjelang tahun 1910 landasan ini
yang dibiayai sepenuhnya daripada hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu, telah
menghubungkan Prai dan Johor Bahru.32 Pembinaan landasan keretapi terus menggalakkan
penanaman getah dengan mengurangkan kos. Ia memberikan pendapatan besar kepada
kerajaan dalam bentuk duti eksport getah serta pendapatan mereka sendiri.

28

J.H. Drabble, Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Paper presented at the
International Conference on Asian History, Kuala Lumpur, Ogos 1968, hlm. 253.
29

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,
Stanford University, California, 1974, hlm. 37. Lih. juga J.H. Drabble, Investment in the Rubber Industry in
Malaya c. 1900-1922 dlm. Journal of Southeast Asian Studies, 3(2), National University of Singapore,
Singapore, 1972, hlm. 260.
30

P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing
Limited, Hampshire, 2004, hlm. 41.
31

32

Ibid., hlm. 27.

Ibid.,hlm. 27. Lih. juga Chai Hon Chan, The Development of British Malaya, 1896-1909, Oxford
University Press, Kuala Lumpur, 1967, hlm. 71.

602

5. Kesimpulan

Ledakan harga getah tahun 1909-11 telah menimbulkan minat pelabur British untuk melabur.
Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan pada tahun 1907 untuk mengawal industri getah
Semenanjung Tanah Melayu Syarikat-syarikat perdagangan British memainkan peranan
penting dalam mempromosikan industri getah di kalangan pelabur British dan Eropah.
Rumah agensi dikekalkan sebagai ejen pengurusan syarikat British di Semenanjung Tanah
Melayu. Selain modal dalam sektor getah, British juga melabur dalam bidang pengangkutan
untuk memastikan hasil getah dapat dieksport.

Rujukan

A.J. Stockwell. 1979. British Policy and Malay Politics during the Malayan Union
Experiment, 1942-48. Kuala Lumpur: Malayan Branch of Royal Asiatic Society, Kuala
Lumpur.

A.J. Stockwell. 1993. “A Widespread and Long-concocted Plot to Overthrow the
Government in Malaya”?: The Origins of the Malayan Emergency dlm. Journal of Imperial
and Commonwealth History, Vol. 21. London: Routledge, London.

Chai Hon Chan. 1967. The Development of British Malaya, 1896-1909. Kuala Lumpur:
Oxford University Press.

C.H. Ding. 1978. History of the Straits Settlements Foreign Trade, 1870-1915. Singapore:
National Museum.

603

D.M. Figart. 1925. The Plantation Rubber Industry in the Middle East. Washington, D.C.:
Government Printing Office.

E. Chew. 1974. Swettenham and British Residential Rule in West Malaya dlm. Journal of the
Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 5. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the
Royal Asiatic Society.

E. Thio. 1969. British Policy in The Malaya Peninsula, 1880-1910. Singapore: University of
Malaya Press.

G.C. Allen & A.G. Donnithorne. 1962. Western Enterprise in Indonesia and Malaya: a study
in economic development. London: Allen and Unwin.

Hla Myint. 1984. Export and Economic Development of Less Developed Countries dlm. Carl
K. Eicher & John M. Steaz, Agricultural Development in the Third World. Baltimore: The
Johns Hopkin University Press.

J.H. Drabble. 1973. Rubber in Malaya 1876-1922: The Genesis of the Industry. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.

J.H. Drabble. 1991. Malayan Rubber: The Interwar Years. London: Macmillan.

J.H. Drabble. 1968. Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Paper
presented at the International Conference on Asian History. Ogos 1968. Kuala Lumpur.

604

J.H. Drabble. 1972. Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Journal
of Southeast Asian Studies, 3(2). Singapore: National University of Singapore.

J.J. Puthucheary. 1960. Ownership and Control in the Malayan Economy, Singapore: Eastern
Universities Press.

J.M. Gullick. 1964. Malaya. London: Ernest Benn.

J.M. Gullick. 1992. Rulers and Residents: Influence and Power in the Malay States, 18701920. Singapore: Oxford University Press.

K.M. Stahl. 1951. The Metropolitan Organization of British Colonial Trade. London: Faber
and Faber.

K. Ramakrishna. 2001. „Transmogrifying‟ Malaya: the impact of Sir Gerald Templer (195254) dlm. Journal of South East Asian Studies. Vol. 32. Singapore: History Department,
National University of Singapore, Singapore.

Lee Sheng-yi. 1974. The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia.
Singapore: Singapore University Press, National University Of Singapore.

Li Dun Jen. 1982. British Malaya: An Economic Analysis. 2nd Edition. Petaling Jaya: Institute
of Social Analysis.

605

Lim Chong Yah. 1967. Economic Development of Modern Malaya. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.

Malcolm Caldwell. 1977. The British “Forward Movement”, 1874-1914 dlm. Mohamed
Amin & Malcolm Caldwell (edit.), Malaya: The Making of a Neo-colony. London:
Spokesman Books.

Muhamad Ridzuan Amin. 2009. Perkembangan Ekonomi di Malaysia. Subang Jaya: Mika
Cemerlang Sdn. Bhd.

N.J. White. 1996. Business, Government, and the End of Empire: Malaya, 1942-1957. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.

P.J. Drake. 2004. Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia.
Hampshire: Ashgate Publishing Limited.

Poroor Radhakrishnan. 1974. The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy. Tesis
Doktor Falsafah. California: Stanford University.

P.T. Bauer. 1948. The Rubber Industry: A Study in Competition and Monopoly. London:
Longman.

R. Emerson. 1964. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur: University
of Malaya Press.

606

Shakila Yacob. 2008. The United States and the Malaysian Economy. London: Routledge.

T.N. Harper. 1999. The End of Empire and the Making of Malaya. Cambridge: Cambridge
University Press.

V. Kanapathy. 1971. Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects. Singapore:
Nanyang University.

Voon Phin Keong. 1976. Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia, 1876-1921,
Kuala Lumpur: University Malaya Press.

W.G. Huff. 1994. The Economic Growth of Singapore: Trade and Development in the
Twentieth Century. Cambridge: Cambridge University Press

Yeo Kim Wah. 1982. The Politics of Decentralisation: Colonial Controversy in Malaya
1920-29. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Yoshimura Mako, Japan‟s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Akashi Yoji &
Yoshimura Mako (edit.). 2008. New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and
Singapore, 1941-1945. Singapore: NUS Press.