PEDAGOGI TALAQQI DALAM PENDIDIKAN ISLAM
PEDAGOGI TALAQQI DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI PONDOK
Syuhaida Idha Abd Rahim
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA
[email protected]
Mohd Asmadi Yakob (Dr)

Abd Shukor Mohd Ali

ABSTRAK
Talaqqi merupakan pedagogi pendidikan yang unggul sejak zaman Rasulullah SAW. Ia diaplikasikan
oleh para sahabat r.a, tabiin, ta i ta ii da juga ula a-ulama kini. Kaedah ini digunakan bukan
sekadar menyampaikan ilmu semata-mata kepada pelajar tetapi ianya merupakan kaedah mendidik
insan mengenal Penciptanya. Ia adalah cara sunnah Rasulullah SAW yang diajarkan kepada kita
sejak dulu lagi. Kaedah secara bertalaqqi ini bukan sahaja difahami secara teknikal sahaja bahkan
pendidik dan pelajar perlu memahami erti disebalik maksud talaqqi ini. Kertas kerja ini
membincangkan sistem pengajian islam secara bertalaqqi di pondok negeri Kedah dan
mengenalpasti ciri-ciri asas yang digunakan di pondok sehingga melahirkan ramai ilmuan agama
yang terkenal sehingga kini. Hasil kajian ini membolehkan penuntut ilmu memahami sistem
pendidikan secara bertalaqqi yang digunakan di pondok dan mengetahui pondok-pondok yang
terdapat di negeri Kedah.
Kata Kunci:
Pedagogi, Talaqqi, Pendidikan Islam, Pembelajaran, Pondok
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1. Pengenalan
Pedagogi merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kaedah pengajaran murid. Perkataan
pedagogi berasal daripada perkataan Greek, pedagogue yang bermaksud guru yang mempunyai
bakat dan kebolehan melaksanakan tugas-tugas pengajaran secara berkesan (Noornajihan, 2012).
Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat, 2013), pedagogi bermaksud kajian tentang kaedah dan
prinsip pengajaran. Pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang
berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar
merangkumi proses pengajaran yang optimum (Mak Moon Song, 2009). Manakala perkataan talaqqi
pula berasal daripada bahasa arab daripada kali ah la ia ( )لقيyang membawa maksud berjumpa.
Yang dimaksudkan berjumpa dalam perkataan ini ialah antara guru dan murid. Kaedahnya adalah
dengan cara seorang murid duduk di hadapan gurunya untuk memperdengarkan bacaan al-Quran
secara langsung atau mendengar guru menyampaikan ilmu-ilmu di mana-mana sahaja dengan syarat
secara bersemuka tanpa perantaraan alat lain. Guru dan murid bersila bersama-sama atau duduk di
E-Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 (e-ISBN 978-967-0792-01-1),
9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net
771
atas kerusi atau guru duduk di atas kerusi manakala murid bersila mengadap guru samada
membawa kitab ataupun tidak. Dalam mempelajari al-Quran dan pengajaran tajweed, kaedah
talaqqi ini digunakan dengan cara mendengar bacaan guru terlebih dahulu sebelum
memperdengarkan semula bacaannya kepada guru (Norasikin et.al., 2005).
Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan abadi di akhirat (Falsafah Pendidikan Islam, 2011). Nabi Muhammad S.A.W. sebagai
guru dan pendakwah kepada umatnya boleh menjadi contoh terbaik kepada seluruh guru, pendidik
dan pendakwah masa kini dan masa akan datang. Sebagaimana baginda S.A.W. dijadikan contoh
oleh seluruh umat Islam dalam aspek kehidupan beragama, begitu juga dalam konteks baginda
sebagai guru kepada sahabat dan ahli keluarganya (Fathiyyah dan Asmawati, (2011). Seseungguhnya
mempelajari isi kandungan Al-Quran akan menambahkan perbendaharaan baru, memperluas
pandangan dan pengetahuan, meningkatkan perspektif baru dan perkara-perkara baru (Musliza dan
Mokmin, 2014).
Dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW memberi teladan agar para sahabat dan seluruh umat Islam
menitikberatkan ilmu dengan memberi fokus kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Baginda
SAW menugaskan beberapa orang sahabat menjadi pengajar di beberapa buah daerah. Antaranya,
Muaz bin Jabal ditugaskan mengajar di Yaman dan Ja`far bin Abi Talib mengajar di Habsyah.
Hadis-hadis Rasulullah SAW juga banyak menyentuh tentang kelebihan belajar atau menuntut ilmu
seperti hadis yang bermaksud:
“esiapa ya g kelua u tuk
e a i il u
aka dia e ada di jala Allah sehi gga dia ke
ali .
Hadis yang lain pula menyebut yang bermaksud: Me u tut ilmu itu wajib bagi setiap Musli . Ab.
Halim Tamuri merujuk guru yang menyampaikan ilmu sebagai guru yang berperanan sebagai
muallim.
Muallim ialah satu istilah yang merujuk kepada konsep ta`lim yang disebut dalam surah al-Baqarah
ayat 31, bermaksud:
Da Dia telah e gaja ka kepada Na i Ada segala a a e da da gu a ya ke udia
mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: Sebutkanlah kepada-Ku nama
bendabenda itu jika kamu memang orang-o a g ya g e a .
Konsep ta`lim dalam ayat di atas secara jelas menjurus kepada aspek mengajar dan pengajarnya pula
merujuk kepada Allah S.W.T. Ini bermakna muallim merujuk kepada guru yang berperanan sebagai
penyampai ilmu yang sahih kepada pelajar.
2. Sistem Pondok di Negeri Kedah
Menjelang kurun ke 19, pendidikan Islam di Malaysia telah melalui satu kemajuan menerusi
peneganalan sistem pendidikan pondok. Rosnani Hashim (1996) dala buku Pentadbiran dalam
Pembangunan Pendidika (2005) percaya bahawa sistem pondok ini berasal daripada sistem
pendidikan di Mekah walaupun ada yang berpendapat bahawa sistem ini berasal daripada Indonesia
atau Pattani. Pandangan ini terbit setelah penelitian dibuat kepada sistem yang dijalankan di dalam
pondok sebagai institusi penting waktu ini. Sukatan pelajaran yang digunakan dalam sistem pondok
ini mempunyai persamaan dengan apa yang dilaksanakan Mekah.

772
Pondok ialah pusat pengajian agama melalui satu sistem pendidikan di kalangan orang-orang Melayu
yang pernah wujud setelah mereka menerima agama Islam. Di Kedah, Islam menjadi agama rasmi
dalam tahun 531 Hijrah bersamaan tahun 1136 Masihi. Syeikh Abdullah al Yamani mengajarkan dua
kalimah syahadat kepada Raja Kedah, Phra Ong Maha Wangsa atau Raja Derbar Raja dan
menukarkan nama baginda menjadi Sultan Muzaffar Syah. Agama Islam diperkembangkan oleh
guru-guru agama Islam yang dikenali sebagai makhdum, maulana, syeikh atau lebai di segenap
pelosok negeri. Orang Kedah masih menggambarkan zaman awal perkembangan agama ini sebagai
zaman "dum makdum" maksudnya zaman yang ramai dengan makhdum - iaitu pendakwah dari Iran.
Zaman dum 'makdum' maksudnya zaman yang amat lama berlalu (Ismail Salleh, 2015).
Di Kedah, sistem pendidikan pondok juga menjadi pusat pelbagai aktiviti untuk orang-orang Melayu
di Kedah. Di Pondok, penuntut ilmu bukan sahaja diajar pelajaran agama semata-mata tetapi juga
kemahiran menulis, membaca dan sebagainya dalam Bahasa Melayu. Tidak hairanlah penuntutpenuntut di pondok juga mempunyai skill membaca syair, menterjemah kitab-kitab turath dan juga
kepandaian menulis surat. Selepas selesai membaca kitab, kegiatan bercucuk tanam, menanam padi,
berniaga dan bertukang juga digalakkan oleh penuntut ilmu.
Pondok-pondok di Kedah menerima pelajar dari pelbagai negeri seperti Perak, Selangor, Kelantan,
Terengganu dan sebagainya. Malah Tuan Guru juga menerima pelajar dari luar negera seperti
Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Pondok dibuka kepada semua pelajar lelaki dan wanita,
tua dan muda dan tiada had umur ditetapkan. Menurut Tuan Guru Ridoudin, Mudir Maahad
Raudhatul Ulum, Kulim Bandar Baru, Kedah Darulaman, sistem secara talaqqi yang diamalkan di
pondok mengambil masa yang agak lama kerana guru akan membaca kitab daripada kulit depan
sehinggalah ke kulit belakang. Ini bermaksud guru mestilah mahir dalam semua bidang yang diajar
kepada murid seperti bab taharah sehingga bab jenayah dalam kitab feqah dan guru mestilah
membaca kitab dari baris ke baris sehingga pelajar memahaminya. Selaian daripada itu, semua
matapelajaran diajar di pondok termasuk ilmu usuluddin, fekah, tasawuf, nahu dan saraf, al-Quran
dan tafsir, hadis dan sirah, dan matiq. Dan pelajar boleh memilih untuk mendalami mana-mana
disiplin ilmu tersebut. Ia mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing.
3. Pondok-pondok di Kedah
Di antara pondok-pondok lama yang terdapat di negeri Kedah adalah:
1. Madrasah Ar-Rahmaniah, Bedong (Haji Ismail bin Che Abu).
2. Madrasah Pokok Sena, Pokok Sena (Tuan Hussain Kedah).
3. Pondok Pak Chu Him, Gajah Mati, Pendang (Pak Chu Him).
4. Mad asah “a adtud-Darain (Haji Ahmad Tampong).
5. Pondok Tuan Guru Haji Wan Ishak, Kampung Malau, Kubang Pasu (dikatakan pusat
pengajian Islam bersistem pondok paling tua di Kedah).
Di antara pondok yang masih ada di Kedah dan telah diubahsuai mengikut keselesaan pelajar dengan
kemudahan infrastruktur yang baik.
1.
Pe tubuha
Muja
a Ib u “u
i Lit Tala
i MU“TAQ , Pe da g. Tuan Guru Haji
Abdullah bin Haji Abdul Rahman (Tuan Guru Haji Abd Rahim).

773
2. Pondok Ahmadiah, Padang Terap. (Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Mohd Nor (Tuan Guru Pak
Teh Mat).
3. Tahzib al-Nufus, Parit Panjang, Baling. (Tuan Guru Haji Abd Wahab bin Haji Mat Hassan
(Tuan Guru Awang Lanai).
4. Maahad Raudhatul Ulum, Kulim Bandar Baru. (Tuan Guru Ahmad Ridoudin Abd Wahab).
Pondok-pondok tersebut telah disediakan kemudahan-kemudahan seperti dewan kuliah, pondok
yang seragam, tempat aktiviti riadah dan pelbagai lagi.
4. Kriteria Asas Pendidikan di Pondok
Terdapat beberapa kriteria-kriteria asas dalam sistem pendidikan di pondok sehingga dapat
melahirkan ramai ilmuan agama yang terkenal. Di antara kriterianya ialah mengamalkan sistem
pondok sepenuhnya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pondok kini yang telah dilengkapi
dengan sistem yang unik seperti silibus yang teratur, carta organisasi, ahli jawatankuasa pondok dan
sebagainya. Pengajian dan pembacaan kitab seperti kitab-kitab turath bermula daripada kulit ke
kulit. Ini bermaksud Tuan Guru akan memulakan pembacaan sesuatu kitab daripad kulit depan yang
dimulai dengan tajuk dan seterusnya diikuti dengan muka surat berikutnya. Tiada langkauan atau
skip dibuat oleh Tuan Guru apabila membaca kitab-kitab ini. Tuan Guru akan membaca baris dan
baris sehingga pelajar memahaminya dan akan diulang sekiranya pelajar tidak faham.
Pengijazahan sanad juga dilakukan selepas tamat sebuah kitab dibaca dan pelajar telah menguasai
ilmu yang dipelajari. Sesetengah pusat pengajian pondok sangat menitik beratkan pengijazahan
sanad oleh Tuan Guru kepada pelajar yang sudah tamat pengajian sesebuah kitab.
Ini berdasarkan kata-kata Abdullah bin Al Mubarak dalam sebuah kitab al-Mawahib al-Ilahiyyah fil
Asanid al- aliah yang bermaksud:
“a ad sete gah itu da ipada aga a. Kalau tidak ada sa ad
berkata itu apa-apa ya g dia he dak kata . (Hadis Muslim).
aka aka
e kata o a g ya g he dak
Ini bermaksud jika seorang itu hendak bercakap, beliau mestilah merujuk kepada seorang Ulama
atau Tuan Guru terlebih dahulu. Jika tidak ada sanad daripada gurunya maka dia akan bercakap
mengikut hawa nafsunya sahaja tanpa merujuk kepada nas al-Quran dan al-Hadis.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu
kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu
ke jaka (as-Saff: 2-3).
Maksud ayat Al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa seseorang pengajar atau guru itu perlulah
melakukan setiap kata-kata yang dilontarkan daripada mulutnya. Ini kerana Allah SWT membenci
apabila manusia itu berkata tetapi dia tidak melakukannya. Oleh yang demikian, tugas sebagai
pendidik amatlah berat dan meruapakan amanah daripada Allah SWt yang paling besar.
Disamping itu, pendidikan di pondok sangat menitikberatkan akhlak, sikap mujahadah dan berdikari.
Ini kerana kebanyakan pondok yang terdapat di kedah, Tuan Guru tinggal berdekatan dengan

774
pondok. Oleh itu hubungan yang sangat erat terjalin di antara Tuan Guru dan pelajar. Setengah
daripada mereka memanggil dengan gelaran seperti Baba untuk Tuan Guru dan Mama untuk isteri
kepada Tuan Guru. Segala aktiviti harian dapat dipantau oleh Tuan Guru.
Guru-guru yang mengajar di pondok tidak menerima gaji dan elaun tetap bahkan merekalah yang
menginfakkan sebahagian wang mereka untuk pendidikan di Pondok. Mereka mengajar dengan
ikhlas dan penuh ketekunan.
5. Kesimpulan dan Cadangan
Hasil kajian ini membolehkan pelajar mengetahui sistem pendidikan Islam secara bertalaqqi di
pondok negeri Kedah dan mengenalpasti ciri-ciri asas yang digunakan di pondok sehingga
melahirkan ramai ilmuan agama yang terkenal sehingga kini. Hasil kajian ini membolehkan penuntut
ilmu memahami sistem pendidikan secara bertalaqqi yang digunakan di pondok dan mengetahui
pondok-pondok yang terdapat di negeri Kedah.
Hasil kajian ini juga berpotensi sebagai rujukan bermanfaat mengenai kriteria-kriteria asas kepada
penuntut ilmu, tenaga pengajar dan juga kepada institusi pendidikan tentang kepentingan menuntut
ilmu dengan menggunakan sistem talaqqi ini. Ia juga boleh dijadikan role model kepada pondokpondok pengajian di negeri yang lain mengenai sistem terbaik dalam pengajian Islam melalui kaedah
talaqqi ini.
Penghargaan
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Pemelihara dan Pentadbir sekalian alam, yang Maha Pengasih dan
Maha Penyayang. Kajian ini tidak mungkin tercapai tanpa sumbangan dan sokongan daripada banyak
pihak. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua kakitangan dan pentadbiran di
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak
Alam dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).
Tidak lupa juga kepada semua responden yang terdiri daripada Tuan Guru Ahmad Ridoudin Abd
Wahab, Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman (Tuan Guru Haji Abd Rahim), Tuan Guru Haji
Ahmad bin Haji Mohd Nor (Tuan Guru Pak Teh Mat), Tuan Guru Haji Abd Wahab bin Haji Mat Hassan
(Tuan Guru Awang Lanai), dan Ustazah Sofiah binti Bakar (Mak Long Piah). Penghargaan seterusnya
kepada Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menyokong
dan memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini dengan menggunakan Dana Pembudayaan
Penyelidikan (RAGS) 2012. No rujukan penaja: RAGS/2012/UITM/SSI03/3) dan Kod Projek 600RMI/RAGS 5/3 (177/2012).

775
Rujukan
Al-Quran
Al-Hadis
Ab. Halim T., (2007). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam dalam Membangunkan Masyarakat
Islam Hadhari dalam Fathiyyah Mohd Fakhruddin dan Asamawati Suhid, Peranan Guru
Pendidikan Islam Dalam Membentuk Generasi Unggul, World Congress for Islamic History
and Civilization. H 67-68.
Al-Fatani, Ahmad Fathy. (2002). Ulama Besar dari Patani. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Azmil H., Ab. Halim T., (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pemebelajaran Tahfiz al-Quran di
Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 4(2). P 1-10.
Husin, S. (2005). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS.
Ismail S., dipetik pada 10 Disember 2014, daripada
http://www.mykedah2.com/10heritage/110_3.html.
Kamus Dewan. (2013) edisi keempat. Kuala Lumpur: DBP.
Nor Musliza, M., Basri, M. (2014). Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tradisional dan Moden:
Satu Kajian Awal. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014. 9-10 Jun 2014. P.
827-834.
Noornajihan J. & Ab. Halim T. (2012). Pedagogi Rasulullah SAW dalam Pengajaran. Prosiding
Persidangan Pendidikan Islam 2012 anjuran IPG Kampus Pendidikan Islam Zon Tengah
bertempat di Hotel Royale Bintang, Seremban. Pada 3-6 Julai 2012.
Napisah K.I & Farid M.Z. (2011). Sumbangan Tuan Husain Kedah terhadap Perkembangan Islam di
Kedah. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN)) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara
anjuran Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, Malaysia. Pada 25-26 November 2011.
Nor Adha A.H. (2013). Muaddib sebagai Pelentur. Buletin al-Hijrah. vol: 6/13, 15 Jun 2013. h.1.
Mak Moon Song. (2009). Penagajaran dan Pembelajaran. Perak: Multimedia Sdn Bhd.
Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki (Editor: Muhammad Subki Abdul Rahman al-Hafiz).
(2012). Martabat Ilmu dan Ulama. Selangor: PSN Publications Sdn. Bhd.
Yusof, Ab. Aziz (2013). Pengurusan Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

776