GALURKAN PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DI

PENDAHULUAN

Semasa Perang Dunia II, dapat dilihat yang mana pada permulaannya Amerika Syarikat tidak
masuk campur tangan dalam hal peperangan selepas Perang Dunia I. Akan tetapi, apabila
Hitler mula mengganggu negara-negara sebelah barat Eropah telah membuatkan Amerika
Syarikat memberi komitmen dan bantuan dari segi bentuk bekalan makanan, senjata dan
pinjaman wang kepada pihak bersekutu.
Walaupun begitu, Amerika Syarikat belum lagi secara rasmi dan langsung terlibat
dalam peperangan menyeluruhnya. Pada akhir tahun 1941, Amerika Syarikat telah menjadi
sekutu Britain untuk mengalahkan Jerman. Malah, Britain juga telah member kemudahan
Sewa Pinjam kepada Soviet Union dan menjalinkan hubungan dengannya untuk menghalang
perluasan kuasa Hitler.
Amerika Syarikat mula membawa diri ke dalam kancah Perang Dunia II adalah
selepas berlaku suatu kejadian di Pasifik iaitu pengeboman Pearl Harbour di Hawaii oleh
pihak Jepun dan pada keesokan harinya diisytiharkan perang terhadap Jepun. Pada 11
Disember 1941 pula, Jerman dan Itali telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika
Syarikat.
Perang Dunia II telah berlarutan sehinggalah Persidangan Yalta dilakukan pada
Februari 1945 yang dianggotai oleh Roosevelt, Churcill dan Stalin di Selatan Soviet. Di
samping dapat mengalahkan Jepun dengan peletupan bom di Nagasaki dan Hiroshima serta
pada 1 September 1945 Jepun telah menandatangani perjanjian menyerah kalah. Jerman juga

dapat dikalahkan dengan kematian Adolf Hitler dan telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu
Jerman Barat di bawah naungan Amerika Syarikat, Perancis dan British manakala, Jerman
Timur di bawah Rusia dan Soviet Union.

1

Dapat dilihat di sini, dalam Perang Dunia II kerjasama antara Amerika Syarikat
dengan Soviet Union sangat memberangsangkan sehingga mereka boleh menjadi sekutu yang
sama dan boleh dikatakan ertikan sebagai sahabat baik. Hal ini, samalah dalam istilah politik
dunia yang dipegang iaitu “Sahabat kepada Musuhku ialah Musuhku, dan Musuh kepada
Musuhku ialah Sahabatku.”

Walaupun begitu, apabila berakhirnya Perang Dunia II, timbul satu masalah yang
boleh dianggap oleh Amerika Syarikat sangat besar apabila Amerika Syarikat ingin
melindungi “dunia bebas” daripada fahaman komunis yang mula menular selepas tamatnya
Perang Dunia II.
Oleh itu, permasalahan ini dapat dilihat melalui kajian yang saya lakukan berdasarkan
soalan yang diberi iaitu „galurkan penglibatan Amerika Syarikat di Asia Tenggara semasa
Perang Dingin‟ yang hanya difokuskan pada Perang Dingin selepas Perang Dunia II di Asia
Tenggara mengenai penglibatan Amerika Syarikat di rantau tersebut. Perbicaraan dan

penulisan yang memanjang lebar akan diulas dalam kajian ini.

2

Penglibatan Amerika Syarikat di Asia Tenggara semasa Perang
Dingin
Apabila Perang Dunia II berakhir, telah timbul suatu krisis yang mana Soviet Union telah
menyebar luaskan ideologi komunisnya ke serata dunia. Hal ini berlaku, apabila selepas
Perang Dunia II yang mana pihak Britain dan Perancis menjadi lemah selepas perang ini dan
mereka lebih cenderung ke arah pembaikkan kestabilan ekonomi mereka. Maka, dunia pada
ketika itu telah dikuasai oleh kuasa dominan1 iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang
mana mereka telah menjadi musuh selepas Perang Dunia II ini dan mereka ingin menjadi
kuasa yang berpengaruh di negara-negara ketiga (negara-negara tidak bersekutu). Krisis ini
dinamakan Perang Dingin dan istilah cold war ini pertama kali digunakan oleh Bernard
Baruch dan berterusan digunakan setelah seorang wartawan yang dikenali Lippman
menggunakannya pada tahun 19472.
Apabila ideologi ini mula merebak ke Asia, Afrika dan Amerika Latin terutama di
China, Amerika Syarikat merasa bimbang dengan keadaan tersebut sekiranya negeri-negeri
berdekatan dengannya terutama Asia Tenggara jatuh ke tangan komunis dan Amerika
Syarikat akan merasa kekalahan yang amat besar. Hal ini, telah menyebabkan Amerika

Syarikat telah melibatkan diri di Asia Tenggara dengan cara menggunakan dasar luarnya.
Penglibatan Amerika Syarikat di Asia Tenggara bertitik mula dari negara Vietnam apabila
Vietnam jatuh ke tangan komunis Soviet Union dan mendapat bantuan China terutama
Vietnam Utara. Amerika Syarikat merasa tercabar dan gusar jika rantau itu jatuh ke tangan
komunis seperti teori domino yang mana akan jatuh satu per satu negara di Asia Tenggara ke
tangan Soviet Union bermula dari Vietnam. Oleh yang demikian, Amerika Syarikat telah

Azlizan Mat Enh dan Zubaidah VP Hamzah, “Persaingan Amerika Syarikat – Soviet Union dalam
Pembentukan Orde Baru Paca Perang Dunia II,” Jurnal Sosiohumanika 4, no.1 (2011), 68.
2
Ibid., 67.

1

3

menggunakan dasar luarnya di rantau ini dengan ingin mengambil Vietnam dari tangan
komunis dan ia bermula dari sini.

Di Vietnam


Apabila, Vietnam telah mendapat kemerdekaan selepas Perang Dunia II iaitu pada 28 Ogos
1945 yang mana pembentukan pemerintahan berbentuk Republik Demokrasi Vietnam (DRVNorth) telah diumumkan oleh Viet Minh dan Ho Chi Minh telah diangkat menjadi Presiden
yang pertama merangkap menteri luar negeri pada ketika itu. Pada tahun 1946, Perancis telah
mengancam ingin menguasai Vietnam kembali terutama bahagian utara Vietnam yang mana
Perancis mengetahui dan menyetujui Republik Demokrasi Vietnam (DRV-North) sebagai
wilayah bebas dan di Vietnam Selatan dibenarkan membuat pemilihan jika mendapat
kemerdekaan dan dibolehkan pasukan tentera kecil memasuki di utara dan juga Perancis akan
dapat bergabung dengan DRV. Akan tetapi, perikatan ini tidak berlaku memandangkan
Vietnam Utara berideologi komunis malah, telah berlaku peperangan antara Vietnam dengan
Perancis sehingga berakhir pada 7 Mei 1945 apabila pasukan Perancis telah dikepung oleh
tentera Viet Minh sehingga bekalan mereka kehabisan3. Sehinggalah perundingan diadakan
iaitu konferensi Geneva dan antara kandungan konferensi tersebut ialah seluruh pasukan Viet
Minh dipindahkan ke utara dan Perancis perlu keluar dari negara tersebut.
Amerika Syarikat telah membantu pihak Perancis di Vietnam Selatan dengan dasar
luarnya daripada ancaman ideology komunis dengan dasar pembendungan dan lindungan
kepada Vietnam Selatan. Pada 26 Oktober 1955 Vietnam Selatan telah secara rasmi
menjadikan dirinya sebagai Republik Vietnam iaitu anti-komunis. Manakal, Vietnam Utara
mula mengorak langkah semula yang berfahaman komunis dengan bantuan China telah mara
ke Vietnam Selatan dengan ketenteraan dan persenjataannya tanpa menghiraukan perjanjian

3

Amir Hendrasah, 11 Macan Asia Musuh Amerika (Yogjakarta : Galang Press, 2007), 40.

4

yang telah dilakukan di Geneva. Pada ketika itu, telah adanya kumpulan gerila komunis di
Vietnam Selatan yang digelar Viet Cong4.
Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu, John F. Kennedy telah menghantar 16000
tentera Amerika Syarikat bertaraf „penasihat‟ ke Vietnam Selatan untuk membantu
menentang Vietnam Utara pada tahun 1961 serta bantuan berbentuk ekonomi juga diberi 5.
Akan tetapi, Vietnam Utara telah menggabungkan semua pasukan tenteranya di selatan
menjadi satu iaitu PLAF (People Liberation Armed Forces) seramai 15000 orang. Akibat dari
perkara tersebut, Presiden Kennedy merasakan perlu mengundurkan tenteranya di Vietnam
Selatan, tetapi usahanya kurang berjaya kerana pada 22 November 1963 beliau telah dibunuh.
Apabila Lyndon B. Johnson naik menjadi Presiden beliau telah meningkatkan keterlibatan
Amerika Syarikat ke dalam kancah peperangann tersebut. Ini boleh dilihat pada kata-kata
beliau mengenai perkaitan tindakan Amerika Syarikat di Vietnam dengan pertahanan Asia
Tenggara6.
Disamping itu, pada tahun 1954 Amerika Syarikat telah memasang strategi dengan

mewujudkan pakatan tentera iaitu SEATO (South East Asia Trealing Organization) gabungan
kepada semua negara di Asia Tenggara yang diberi perlindungan dan pembendungan oleh
Amerika Syarikat melalui dasar luarnya. Adapun, peperangan ini menjadi semakin rumit
apabila rakyat Vietnam Selatan telah semakin mengikut dan menyokong Vietnam Utara.
Pada bulan Ogos, Presiden Johnson telah bersetuju melakukan serangan udara
terhadap Markas Angkatan Laut Vietnam Utara sebagai balasan yang dilakukan oleh Vietnam
Utara yang telah menyerang ke atas dua pesawat penghancur di Teluk Tonkin7. Pada bulan
Oktober China telah memberi bantuan ketenteraan terhadap Vietnam Utara. Akibatnya, pada

4

Ibid., 41.
Muhamad Takiyuddin Ismail, Aliran Neokonservatif dalam Dasar Luar Amerika Syarikat : Satu Analisis
Terhadap Pengembangan Idea, Peranan dan Pengaruh (Kedah : Universiti Utara Malaysia, 2007), 28.
6
K.S. Nathan, Dasar Luar Amerika Syarikat di Asia : bacaan terpilih (Kuala Lumpur : Sarjana/MAAS, 1987),
105.
7
Amir Hendrasah, 11 Macan Asia Musuh Amerika , 45.


5

5

Februari 1965 Amerika Syarikat telah melancarkan serangan udara berantai yang dikenali
sebagai “Operation Rolling Thunder” terhadap Vietnam Utara dan Amerika Syarikat juga
telah menghantar pasukannya di Vietnam Utara seramai 3500 orang iaitu pasukan berani mati.
Pada 1966, Amerika Syarikat sekali lagi telah membawa pasukan tenteranya besar-besaran di
Vietnam Utara dan peperangan ini berterusan antara pihak pro-barat dan komunis.
Pada 31 Januari 1968, “serangan Tet”8 telah dilakukan oleh komunis yang mana
serangan terus-berterusan secara gelombang ke lima buah kota utama pihak Amerika
Syarikat. Serangan ini dapat dilihat dengan pengepungan Saigon yang mana Vietnam Utara
telah menyerang dan mengebom istana presiden, stesen radio,markas tentera, lapangan udara
Tan Son Nhut dan kedutaan besar Amerika Syarikat. Akibat dari kondisi tersebut, Vietnam
Utara mulai lemah sehinggalah pada bulan Mac 1973 seluruh pasukan Amerika Syarikat telah
mengundurkan diri.
Oleh itu, Vietnam secara rasmi bergabung menjadi Republik Sosialis Vietnam pada 2
Julai 1976 dan Saigon telah digantikan nama menjadi kota Ho Chi Minh dan Amerika
Syarikat telah menolak dan tidak menerima hubungan diplomatik dengan Vietnam.


Di Indonesia

Akibat dari teori domino tersebut, Amerika Syarikat merasa bimbang jika negara Asia
Tenggara yang lain jatuh ke tangan Komunis seperti Vietnam. Oleh itu, Amerika Syarikat
telah membuat dasar pembendungan terhadap Indonesia atas kerisauan dan peperangan yang
berlaku di Vietnam. Amerika Syarikat telah meletakkan Indonesia negara Asia Tenggara yang
keempat yang utama selepas Vietnam, Thailand dan Filipina.

8

Ibid., 46.

6

Indonesia yang merupakan negara nasionalis yang sederhana dan merupakan antikomunis berikutan mereka pernah menjatuhkan pemberontakan Parti Komunis Indonesia
(PKI) di Jawa Timur pada akhir 19489. Amerika Syarikat melihat Indonesia sangat penting
dari segi politiknya, kedudukan strategiknya dan ekonominya yang telah dijelaskan oleh
Walton Butterworth Penolong s/u Negara Bahagian Hal Ehwal Timur Jauh dengan katakatanya bahawa kepulauan Indonesia terletak di persimpangan Lautan Pasifik dan Lautan
Hindia telah menghasilkan bahan-bahan yang diperlukan oleh Amerika Syarikat dan dari segi
perwatakan rakyatnya dalam gerakan nasionalisnya yang dinamik10.

Dasar utama Amerika Syarikat kepada Indonesia ialah menjadikan negara itu sekutu
penuh kepada kuasa barat dalam Perang Dingin dan ingin menjadikan Indonesia sebagai
pengkalan gerakan anti-komunis yang mana negara Indonesia sebagai negara pro-barat. Hal
ini kerana, Butterworth beranggapan bahawa dengan kepimpinan anti-komunis di Indonesia
akan membuatkan banyak kesan dan pengaruh ke atas negara Asia Tenggara yang lain. Selain
itu, Amerika Syarikat juga, membantu Indonesia dari segi membangunkan ekonominya
dengan memberikan modal kepada Indonesia dan mengadakan aktiviti perdagangan eksport
dan import, bantuan ketenteraan juga diberikan kepada Indonesia apabila mereka diserang
oleh musuh terutama pihak komunis.

Richard Mason, “Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian : A.S., Perang Dingin dan Indonesia, 1950 –
1952,” Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 2, no. 1 (2010), 58.
10
Ibid., 62.
9

7

Di Filipina


Manakala di Filipina pula, yang merupakan dan sememangnya tanah jajahan Amerika
Syarikat dari 1898-1946 walaupun telah mendapat kemerdekaan pada tahun 194611 telah
berteusan member bantuan kepada Filipina dari segi ekonomi dan Amerika Syarikat juga
telah menempatkan pangkalan tenteranya di Filipina akibat kebimbangan Filipina jatuh ke
tangan Soviet Union. Manakala, Filipina pula telah memerikan bantuan ketenteraan dari
rakyatnya kepada Amerika Syarikat dalam peperangan Vietnam.
Pada tahun 1951, Filipina dan Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian
pertahanan yang mana saling bantu-membantu satu sama lain jika terjadi serangan dari luar
atau dari pihak musuh sendiri.

Di Thailand

Bagi negara Thailand pula yang merupakan negara yang tidak pernah ditakluki mana-mana
penjajah, daripada hasil dan kekayaan getah, bijih timah, kayu jati dan padi telah membuatkan
Thailand tidak memerlukan bantuan dari negara luar seperti negara-negara jiran yang lain.
Akan tetapi, setelah tercetusnya Perang Dingin dan peperangan di Vietnam dan ancaman
komunis di sempadan Laos yang berdekatan dengan Thailand telah membuatkan negara itu
menerima tawaran bantuan dari Amerika Syarikat pada tahun 1962 dari segi ketenteraan.
Setelah itu, Amerika Syarikat telah menubuhkan pengkalan ketenteraan udara di
Thailand bagi menghadapi peperangan Vietnam12. Oleh itu, Thailand telah menyokong

Amerika Syarikat dan telah menjadi sekutunya akibat kebimbangan jika tentera Vietnam mara
ke sempadan Thailand.

11

Peter Calvocoressi, Politik Dunia Sejak 1945 , terj. Abdul Ghaffar Laili (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1993), 502.
12
Ibid., 501.

8

Di Singapore

Singapore yang pada asalnya sebahagian dari Tanah Melayu, telah keluar13 dari Tanah
Melayu dan menjadi negara sendiri telah menerima dan membenarkan Amerika Syarikat
meletakkan pengkalan tenteranya di Singapore. Hal ini kerana, Perdana Menteri Singapore
pada ketika itu iaitu Lee Kuan Yew merupakan anti-komunis.

Di Tanah Melayu

Tanah Melayu atau dikenali sekarang Malaysia selepas mendapat kemerdekaan pada 1957
yang masih cenderung kepada barat dalam dasar luarnya berhubung keselamatan, ekonomi,
dan politik. Ini kerana, Malaysia pernah diancam oleh komunis pada sekitar tahun 1946-1960,
dan selepas merdeka Tunku Abdul Rahman melihat komunis merupakan ancaman kepada
keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang baru merdeka.
Dasar luar Tunku ini ialah tidak menjalinkan hubungan diplomatic dengan mana-mana
negara komunis. Hal ini, menyebabkan Amerika Syarikat juga berkongsi dan membendung
Malaysia kerana ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman telah
menandatangani perjanjian pertahanan dengan Britain pada 1957 yang dikenali sebagai
perjanjian AMDA (Anglo Malaysian Defense Agreement)14 kerana Britain merupakan sekutu
Amerika Syarikat dan telah memberi perlindungan kepada Malaysia dari aspek pertahanan
dan ketenteraan.

13

Ibid., 497.
Azlizan Man Enh et al., “Kajian Perbandingan Dasar Luar Malaysia dengan Yugoslavia Era Perang Dingin
dalam Seminar on National Resilience : Political Management and Policies in Malaysia (13 – 15 Julai 2010 :
Langkawi), ed. Mohd Azizudin Mohd Sani dan Abdul Rahman Abdul Aziz (Kedah : Universiti Utara Malaysia,
2010), 162.
14

9

KESIMPULAN
Dapat dilihat di sini, akibat dari penglibatan Amerika Syarikat di Asia Tenggara telah
menyebabkan negara-negara di rantau itu telah membentuk Persatuan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN) pada tahun 1957 iaitu Thailand, Malaysia, Singapore, Indonesia dan
Filipina mereka bergabung di bawah ASEAN ini. Negara-negara tersebut menyokong
Amerika Syarikat dan menolak fahaman komunis. Setelah itu, dari pengakhiran Perang
Dingin ini, Amerika Syarikat ingin melihat negara ASEAN ini bebas dan menjadi negara
yang selamat dan aman melalui dari tujuan penubuhan ASEAN juga iaitu untuk melawan
kemiskinan, penyakit dan masalah masyarakat, memperbaiki kedudukan ekonomi dan
perdagangan, dan menghindarkan kuasa-kuasa asing.

10

BIBLIOGRAFI
Amir Hendrasah. 11 Macan Asia Musuh Amerika. Yogjakarta : Galang Press, 2007.
Azlizan Mat Enh dan Zubaidah VP Hamzah, “Persaingan Amerika Syarikat – Soviet Union
dalam Pembentukan Orde Baru Paca Perang Dunia II,” Jurnal Sosiohumanika 4, no.1
(2011) : 67 – 84.
Azlizan Man Enh et al., “Kajian Perbandingan Dasar Luar Malaysia dengan Yugoslavia Era
Perang Dingin dalam Seminar on National Resilience : Political Management and

Policies in Malaysia (13 – 15 Julai 2010 : Langkawi), ed. Mohd Azizudin Mohd Sani
dan Abdul Rahman Abdul Aziz. Kedah : Universiti Utara Malaysia, 2010 : 159 – 172.
K.S. Nathan. Dasar Luar Amerika Syarikat di Asia : bacaan terpilih. Kuala Lumpur :
Sarjana/MAAS, 1987.

Muhamad Takiyuddin Ismail. Aliran Neokonservatif dalam Dasar Luar Amerika Syarikat :
Satu Analisis Terhadap Pengembangan Idea, Peranan dan Pengaruh. Kedah :

Universiti Utara Malaysia, 2007.

Peter Calvocoressi. Politik Dunia Sejak 1945, terj. Abdul Ghaffar Laili. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.
Richard Mason, “Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian : A.S., Perang Dingin dan
Indonesia, 1950 – 1952,” Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 2, no. 1 (2010)
: 58 – 82.
Shakila Yacob. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bansa. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2005.

11