SEMINAR TPACK 2012 ANTARA PERBEZAAN

22 DISEMBER 2012

ISI KANDUNGAN

TAJUK M/S

Kertas 1

Pengetahuan Ict Guru – Guru Sekolah Rendah Luar Bandar dan Bandar

2 - 11 : Satu Kajian Perbandingan

Kertas 2

Penggunaan Rangkaian Sosial Untuk Pembelajaran Dalam Kalangan

12 - 25 Pelajar Sekolah Menengah

Kertas 3

26 - 32 Dan Pengajaran.

Integrasi Sistem Pengurusan Kelas (CMS) dalam Proses Pembelajaran

Kertas 4

Pengetahuan Ict Di Kalangan Murid Sekolah Rendah

33 - 43

Kertas 5

Penggunaan Ict Dalam Pembelajaran Kendiri Pelajar – Pelajar Kolej

44 - 54 Komuniti Teluk Intan

Kertas 6

Senario Penggunaan Ict Dalam Pembelajaran Generasi C.

55 - 62

PENGETAHUAN ICT GURU-GURU SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR DAN DALAM BANDAR: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Siti Sakinah Mohd Yusof, Maran Chanthiran, Tarmizi Shukri,

Kumaran Sekar, Shauqi Ridha & Mohd Fadli

itishanikas@gmail.com Kolej Matrikulasi Perak

ABSTRACT

The education in this era where responsibility for implementing the policies increase in the use of ICT in teaching and learning as emphasized in earlier reports from the National Education Plan 2013-2025. The use of ICT is increasingly important in generating and developing ideas and creativity of the educators in the teaching and learning process. This research is conducted to investigate the teachers ICT knowledge among urban and rural area. Data was collected using a set of questionnaire and analysed using SPSS programme version 17.0. The purpose of this study was to describe the attitude and level of ICT knowledge of primary school teachers in rural and urban areas in their teaching and learning process. The results showed that the level of ICT knowledge of primary school teachers in rural and urban areas is quite high, while their attitude in using ICT in teaching and learning is good or positive. There was no significant difference in the level of ICT knowledge and attitudes of primary school teachers in rural and urban on the use of ICT in teaching and learning process on a test Levene's Test for Equality of Variances (Indipendant Sample T-Test) made for this study. Thus, it can be inferred that the attitudes and knowledge of primary school teachers in rural and urban are the same.

Keywords: education, teachers, ICT, computers and teaching-learning.

1 PENGENALAN

Peranan pendidikan pada era ini amat mencabar dimana bidang pendidikan ini mempunyai tanggungjawab yang besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan ICT dalam pengajaran- pembelajaran yang seperti mana ditekankan dalam laporan awal Pelan Pendidikan Negara 2013-2025. Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan maka perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun.

Pengimplementasian ICT dalam pendidikan merupakan satu anjakan paradigma dalam dunia pendidikan dimana akan menempatkan negara kita di persada dunia. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke-21. Dalam pada hal itu, negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.

Sejak Rancangan Malaysia Kedua (1971 hingga 1975), Malaysia telah melaksanakan dasar pembangunan ke arah pembasmian kemiskinan dan pengurangan polarisasi sosio ekonomi khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dan bandar (Malaysia, 1971). Berdasarkan prinsip ini pelbagai usaha dijalankan untuk terus mendidik masyarakat bukan sahaja secara formal untuk generasi muda tetapi juga secara tidak formal dalam kalangan generasi dewasa. Pendidikan membolehkan setiap individu menguasai ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu mengatasi ranjau dan rintangan-rintangan Sejak Rancangan Malaysia Kedua (1971 hingga 1975), Malaysia telah melaksanakan dasar pembangunan ke arah pembasmian kemiskinan dan pengurangan polarisasi sosio ekonomi khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dan bandar (Malaysia, 1971). Berdasarkan prinsip ini pelbagai usaha dijalankan untuk terus mendidik masyarakat bukan sahaja secara formal untuk generasi muda tetapi juga secara tidak formal dalam kalangan generasi dewasa. Pendidikan membolehkan setiap individu menguasai ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu mengatasi ranjau dan rintangan-rintangan

1.1 Latar Belakang Kajian

Dalam menyelusuri arus pembangunan dan pemodenan dewasa ini, para guru perlu menyiapkan diri mereka selengkap yang mungkin dengan menguasai kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan ICT. Komputer yang asalnya dicipta untuk organisasi penyelidikan dan perniagaan untuk menangani masalah pengendalian data yang besar telah berkembang secara beransur-ansur ke institusi kerajaan, syarikat kerajaan dan syarikat individu setelah ia terbukti mampu mengendalikan tugas-tugas rutin dan rumit seperti mengurus dan mencapai data. Perkembangan teknologi yang pesat, seterusnya telah menjadikan teknologi komputer semakin canggih, berkuasa dan kemampuannya boleh dimanfaatkan ke dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

1.2 Pernyataan Masalah

Globalisasi telah menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan juga konsep perubahan tingkah laku (Nesbit & Adesope 2006). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT adalah penting dalam pendidikan. Guru sebagai pengajar atau instruktor dalam proses PdP perlu bersedia untuk menggunakan ICT dalam bilik darjah. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan oleh kemajuan ICT yang memberi cabaran baharu

kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan pada abad ke-21 (Padraig & Lawler 2007). Oleh itu, mereka perlu menguasai ICT secara optimum. Guru perlu lebih peka dan komited terhadap perkembangan yang melibatkan perubahan dalam pembentukan kurikulum yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan ICT. Ini bukan sahaja untuk memenuhi kehendak kurikulum sekolah tetapi ianya juga bermanfaat kepada para pelajar daripada penggunaan ICT.

Sikap terhadap komputer ialah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer. Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mendapati bahawa sikap guru yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang pelajar bagi mempelajari sesuatu subjek.

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah sejauh manakah tahap pengetahuan ICT guru-guru sekolah rendah luar bandar dan dalam bandar?

1.3 Soalan Kajian

1.3.1 Sejauh manakah tahap pengetahuan ICT guru-guru sekolah rendah luar bandar dan dalam bandar?

1.3.2 Bagaimanakah sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)?

1.3.3 Apakah wujud perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan ICT guru-guru sekolah rendah luar bandar dan dalam bandar?

1.4 Kepentingan Kajian

Kesesuaian dan kepentingan kajian merangkumi beberapa aspek iaitu melalui aspek kepentingan kepada negara, guru-guru di sekolah rendah luar bandar dan dalam bandar, para pelajar yang terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan juga penyelidik sendiri. Penjelasan kepentingan kajian ini dapatlah dijelaskan seperti berikut:

1.4.1 Hasil kajian ini merupakan ukuran untuk menilai kemahiran dan pengetahuan penggunaan ICT di kalangan guru-guru sekolah rendah luar bandar dan dalam bandar dalam proses PdP.

1.4.2 Hasil kajian ini dapat meninjau tahap penggunaan ICT oleh guru melalui proses PdP dalam bilik darjah dsb.

1.4.3 Kajian ini akan memberi kesedaran kepada para guru tentang kepentingan mereka melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT.

1.5 Limitasi Kajian

Sebanyak 60 set borang soal-selidik telah diedarkan kepada guru-guru sekolah rendah luar bandar iaitu SJKT Ladang Malaya, Selama, Perak (sekolah gred B) dan juga kepada guru-guru sekolah rendah dalam bandar iaitu SK Tekir (gred SKM) salah sebuah sekolah asli di negeri sembilan dan juga SJKT Sungkai (Gred A).

2 TINJAUAN LITERATUR

Di dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK 7) kerajaan telah menyediakan peruntukan yang agak besar untuk menyediakan infrastruktur dan persekitaran yang diperlukan bagi pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK/ICT) untuk membolehkan Malaysia bergerak pantas memasuki Era Maklumat. Menjelang tahun 2020 Malaysia sedang merangka untuk menjadi sebuah masyarakat bermaklumat dan berpenget ahuan dengan merancang ‘IT agenda Negara’ pada tahun 1996 serta menyediakan kerangka pembangunan Negara yang lebih terancang dan sistematik. Penggunaan ICT di dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing di dalam bidang ekonomi telah menyebabkan beberapa program dan projek di rangka.Dalam Wawasan 2020 terdapat cabaran keenam iaitu untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan sentiasa memandang ke depan.

Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan oleh kemajuan ICT yang memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan pada abad ke-21 (Padraig & Lawler 2007). Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan yang tersendiri kerana ianya lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih menekankan peranan seseorang individu. Kebanyakan penulis menyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah disebabkan oleh objektif pembelajarannya yang lebih luas, pembelajarannya yang boleh dilakukan sendiri serta kelebihan mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif yang membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memerlukan guru-guru yang celik komputer atau sekurang-kurangnya tahu menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan sumber rujukan atau bahan berasaskan komputer yang sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran literasi komputer yang tinggi (Ellington et al. 1993). Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi.

Sikap terhadap komputer ialah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer. Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mendapati bahawa sikap guru yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang pelajar bagi mempelajari sesuatu subjek. Oleh itu, sikap dan kesedaran merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen guru- guru sekolah rendah dalam bandar dan luar bandar terhadap penggunaan komputer, sikap dan keyakinan serta efikasi yang tinggi dapat membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT ketika PdP dalam bilik darjah.

Globalisasi telah menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan juga konsep perubahan tingkah laku (Nesbit & Adesope

2006). Jurang Digital adalah suatu fenomena yang biasa terjadi di mana-mana di dalam dunia ini. Tidak kira masyarakat di bandar maupun luar bandar, antara kumpulan, antara negeri-negeri dan juga antara negara dengan Negara yang lain. Perbezaan ini adalah terutamanya di dalam bidang ICT dan E-dagang sangat ketara di masyarakat kita. Oleh itu, guru perlu menguasai ICT secara optimum. Mereka juga perlu lebih peka dan komited terhadap perkembangan yang melibatkan perubahan dalam pembentukan kurikulum yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan ICT. Ini bukan sahaja untuk memenuhi kehendak kurikulum sekolah tetapi ianya juga bermanfaat kepada para pelajar daripada penggunaan ICT.

3 KAEDAH KAJIAN

Reka bentuk kajian ini pada keseluruhan adalah berbentuk kuantitatif jenis tinjauan yang bertujuan untuk melihat atau meninjau tahap penggunaan ICT dan komputer di kalangan guru di beberapa sekolah rendah luar bandar dan dalam bandar. Dalam tinjauan ini, data-data akan dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir oleh penyelidik sendiri di tempat kajian masing-masing. Penggunaan soal selidik digunakan kerana ianya dapat menghasilkan item-item yang konsisten, sah serta boleh dipercayai.

Instrumen kajian adalah alat yang digunakan untuk memungut data dalam sesuatu penyelidikan. Terdapat tiga jenis instrumen kajian jenis kuantitatif iaitu soal selidik, ujian dan senarai semak. Instrumen kajian bagi penyelidikan ini ialah melalui set soal selidik. Sebanyak 40 soalan yang dibahagikan kepada dua bahagian telah digunakan untuk tujuan penyelidikan ini. Data diproses menggunakan Program SPSS (Statistical Package for Social Science version 17.0).

4 DAPATAN KAJIAN

Data kajian yang diperoleh dianalisis menggunakan Program SPSS (Statistical Package for Social Science version 17.0). Kegunaan kaedah statistik deskriptif dan inferensi pula bertujuan menganalisis data. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis profil responden dan analisis soal selidik terhadap guru, pengetahuan, dan kemahiran guru-guru sekolah rendah dalam bandar dan luar bandar terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Statistik deskriptif yang digunakan adalah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Nilai min yang digunakan adalah untuk merumuskan tindak balas responden terhadap kenyataan-kenyataan yang diberi di dalam borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan ICT guru-guru sekolah rendah dalam bandar dan luar bandar adalah agak tinggi manakala sikap mereka pula terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran juga adalah baik iaitu berada dalam tahap tinggi dan sederhana.

Berdasarkan Levene's Test for Equality of Variances (Indipendant Sample T-Test) untuk bahagian

A: kemahiran menggunakan aplikasi ICT, nilai p = 0.064 (>0.05) manakala nilai t = 0.655. Untuk bahagian

B: ICT untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) pula, nilai p = 0.174 (>0.05) manakala nilai t = 1.498. Justeru, keputusan ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap pengetahuan ICT dan sikap guru-guru sekolah rendah luar bandar dan dalam bandar terhadap penggunaan ICT dalam proses PdP. Maka, bolehlah dibuat kesimpulan yang sikap dan tahap pengetahuan guru-guru sekolah rendah luar bandar dan dalam bandar adalah sama.

Berikut adalah hasil analisis atau dapatan untuk kajian ini. Bahagian A terdiri daripada maklumat demografi atau latar belakang responden dan Jadual 1 hingga 3 merujuk kepada kekerapan umur, jenis sekolah dan pengalaman responden. Jadual ini dibuat berdasarkan ujian statistik deskriptif (kekerapan).

4.1 Bahagian A: Maklumat latar belakang

Responden terdiri daripada 60 orang guru. Sebanyak 50.0% (30 orang) guru sekolah bandar dan 50.0% (30 orang) lagi guru sekolah luar bandar. Sejumlah 63.0% (38 orang) guru lelaki dan 36.7% (22 orang) guru perempuan. Taburan umur dan jenis sekolah responden mengajar adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2.

Jadual 1. Kekerapan umur responden

Umur

Peratus 20-30

51 tahun ke atas

Jadual 2. Jenis sekolah diajar oleh responden

Gred Sekolah

Kekerapan

Peratus

Gred A

17 28.3 Gred B

Sebahagian besar responden iaitu 45.0% (27 orang) memiliki pengalaman mengajar antara 6 hingga 10 tahun diikuti oleh 5 tahun ke bawah sebanyak 40.0% (24 orang) dan bakinya 15.0% (9 orang) memiliki pengalaman 11 tahun ke atas. Lihat jadual 3.

Jadual 3. Pengalaman mengajar oleh responden

5 tahun ke bawah

11 tahun ke atas

4.2 Sejauh manakah tahap pengetahuan ICT guru-guru sekolah rendah luar bandar dan dalam bandar?

Berikut adalah hasil analisis atau dapatan untuk kajian ini. Bahagian A terdiri daripada maklumat tahap pengetahuan ICT responden dan Jadual 4 hingga 6 merujuk kepada kemahiran menggunakan perisian Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Jadual ini dibuat berdasarkan ujian statistik deskriptif (kekerapan). Peratusan yang tinggi didapati daripada kolum sangat mahir dan sederhana mahir untuk kedua-dua kumpulan guru sekolah dalam bandar dan luar bandar. Ini membuktikan yang mereka mahir dalam menggunakan perisian-perisian ini.

Jadual 4 Kemahiran menggunakan perisian Microsoft Word

Kawasan Sekolah

Tidak

Jumlah (N) Tahu Kurang mahir Sederhana Mahir Sangat mahir

Dalam bandar

26.66% (16) 50% (30) Luar bandar

Jadual 5 Kemahiran menggunakan perisian Microsoft Excel.

Kawasan Sekolah

Tidak

Jumlah (N) Tahu Kurang mahir Sederhana Mahir Sangat mahir

Dalam bandar

26.66% (16) 50% (30) Luar bandar

Jadual 6 Kemahiran menggunakan perisian Microsoft Power Point

Kawasan Sekolah

Tidak

Jumlah (N) Tahu Kurang mahir Sederhana Mahir Sangat mahir

Dalam bandar

26.66% (16) 50% (30) Luar bandar

Jadual 7 hingga 9 merujuk kepada kemahiran menggunakan injin carian seperti Google, Yahoo, dsb. serta kemahiran dalam memuat-turun maklumat sama ada dalam format teks, audio dan/atau video. Jadual ini dibuat berdasarkan ujian statistik deskriptif (kekerapan). Peratusan yang tinggi didapati daripada kolum sangat mahir dan sederhana mahir untuk kedua-dua kumpulan guru sekolah dalam bandar dan luar bandar. Ini membuktikan yang mereka mahir dalam menggunakan injin carian serta memiliki kemahiran dalam memuat-turun maklumat sama ada dalam format teks, audio dan/atau video.

Jadual 7 Kemahiran menggunakan injin carian.

Kawasan Sekolah

Tidak

Jumlah (N) Tahu Kurang mahir Sederhana Mahir Sangat mahir

Dalam bandar

28.33% (17) 50% (30) Luar bandar

JUMLAH

Jadual 8 Kemahiran memuat-turun maklumat dalam format teks.

Kawasan Sekolah

Tidak

Jumlah (N) Tahu Kurang mahir Sederhana Mahir Sangat mahir

Dalam bandar

25% (15) 50% (30) Luar bandar

Jadual 9 Kemahiran memuat-turun maklumat dalam format audio dan video.

Kawasan Sekolah

Tidak

Jumlah (N) Tahu Kurang mahir Sederhana Mahir Sangat mahir

Dalam bandar

25% (15) 50% (30) Luar bandar

Jadual 10 dan 11 pula merujuk kepada kemahiran membuka akaun e-mail dan juga kemahiran dalam menggunakan e-mail tersebut. Peratusan tinggi didapati daripada kolum sangat mahir dan sederhana mahir. Ini membuktikan yang kesemua guru-guru sekolah dalam bandar memiliki kemahiran dalam membuka dan menggunakan akaun e-mail dan hampir kesemua guru-guru sekolah luar bandar memiliki kemahiran yang sama ini. Jadual ini dibuat berdasarkan ujian statistik deskriptif (kekerapan).

Jadual 10 Kemahiran membuka akaun e-mail.

Kawasan Sekolah

Tidak

Jumlah (N)

Tahu

Kurang mahir Sederhana Mahir Sangat mahir

Dalam bandar

28.33% (17) 50% (30) Luar bandar

Jadual 11 Kemahiran menggunakan e-mail.

Kawasan Sekolah

Tidak

Jumlah (N)

Tahu

Kurang mahir Sederhana Mahir Sangat mahir

Dalam bandar

28.33% (17) 50% (30) Luar bandar

JUMLAH

4.3 Bahagian B: ICT untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Berikut adalah hasil analisis atau dapatan untuk kajian ini. Bahagian B terdiri daripada maklumat pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) responden dan Jadual 12 hingga 18

adalah hasil analisis atau dapatan yang didapati berdasarkan ujian statistik deskriptif (kekerapan). Berdasarkan pernyataan di dalam Jadual 12, peratusan tertinggi didapati daripada kolum 61-80% iaitu seramai 41.66% (25 orang) untuk guru-guru sekolah dalam bandar dan 36.66% (22 orang) untuk guru-guru sekolah luar bandar.

Seterusnya pernyataan di dalam Jadual 13 pula, peratusan tertinggi didapati daripada kolum 61- 80% iaitu sebanyak 38.33% (23 orang) untuk guru-guru sekolah dalam bandar dan 30% (18 orang) untuk guru-guru sekolah luar bandar.

Manakala pernyataan di dalam Jadual 14 pula, peratusan tertinggi didapati daripada kolum 81- 100% iaitu sebanyak 31.66% (19 orang) untuk guru-guru sekolah dalam bandar tetapi peratusan tertinggi untuk guru-guru sekolah luar bandar pula didapati daripada kolum 61-80% iaitu sebanyak 41.66% (25 orang)

Berikutnya, pernyataan di dalam Jadual 15 pula, peratusan tertinggi didapati daripada kolum 61- 80% iaitu seramai 35% (21 orang) untuk guru-guru sekolah dalam bandar dan 41.66% (25 orang) untuk guru-guru sekolah luar bandar.

Untuk pernyataan di dalam Jadual 16 pula, peratusan tertinggi didapati daripada kolum 61-80% iaitu sebanyak 41.66% (25 orang) untuk guru-guru sekolah dalam bandar dan 43.33% (26 orang) untuk guru-guru sekolah luar bandar.

Seterusnya pernyataan di dalam Jadual 17 pula, peratusan tertinggi didapati daripada kolum 61- 80% iaitu seramai 35% (21 orang) untuk guru-guru sekolah dalam bandar dan 38.33% (23 orang) untuk guru-guru sekolah luar bandar.

Berikutnya pernyataan yang terakhir di dalam Jadual 18 pula, peratusan tertinggi didapati daripada kolum 61-80% iaitu seramai 35% (21 orang) untuk guru-guru sekolah dalam bandar dan 38.33% (23 orang) untuk guru-guru sekolah luar bandar. Sila rujuk Jadual 12 hingga 18 yang berikut.

Jadual 12 Saya percaya dengan menggunakan ICT banyak masalah PdP dapat diatasi.

Kawasan Sekolah

Peratus (%) tahap persetujuan

0-20% 21-40%

41-60%

61-80%

81-100% Jumlah (N)

50% (30) Luar bandar

Dalam bandar

Jadual 13 Pentadbir sekolah menggalakkan saya menggunakan ICT dalam pengajaran.

Kawasan Sekolah

Peratus (%) tahap persetujuan

0-20%

21-40% 41-60%

61-80%

81-100% Jumlah (N)

Dalam bandar 6.66% (4) 1.66% (1) 0% (0) 38.33% (23) 3.33% (2) 50% (30) Luar bandar

JUMLAH

Jadual 14 Saya tahu isi pelajaran mana yang sesuai untuk diajar menggunakan ICT dan isi pelajaran mana yang tidak sesuai.

Kawasan Sekolah

Peratus (%) tahap persetujuan

0-20% 21-40% 41-60%

61-80%

81-100%

Jumlah (N)

31.66% (19) 50% (30) Luar bandar

Dalam bandar

Jadual 15 Saya yakin ICT memiliki banyak keistimewaan kerana itu ia sesuai digunakan untuk mengajar

apa juga isi pelajaran.

Kawasan Sekolah

Peratus (%) tahap persetujuan

81-100% Jumlah (N)

Dalam bandar

11.66% (7) 50% (30) Luar bandar

Jadual 16 Saya tahu cara memilih perisian yang sesuai dengan isi pelajaran yang akan diajar.

Kawasan Sekolah

Peratus (%) tahap persetujuan

0-20% 21-40%

41-60%

61-80%

81-100% Jumlah (N)

Dalam bandar

1.66% (1) 41.66% (25) 6.66% (4) 50% (30) Luar bandar

Jadual 17 Saya memiliki kemahiran yang baik dalam menyelenggara perkakasan komputer.

Kawasan Sekolah

Peratus (%) tahap persetujuan

81-100% Jumlah (N)

10% (6) 50% (30) Luar bandar

Dalam bandar

JUMLAH

Jadual 18 Saya selalu berjaya menggunakan kelebihan ICT ketika mengajar tajuk yang sesuai dengan tahap murid/pelajar.

Kawasan Sekolah

Peratus (%) tahap persetujuan

0-20% 21-40%

41-60%

61-80%

81-100% Jumlah (N)

Dalam bandar

3.33% (2) 50% (30) Luar bandar

5 RUMUSAN

Pengetahuan dan penggunaan ICT dalam pendidikan merupakan satu perkara yang penting dalam dunia pendidikan masakini. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT dapat dimanfaatkan untuk dipertingkatkan oleh para pendidik dalam mereformasikan sistem pendidikan kita selari dengan perkembangan semasa. Kajian ini mendapati sikap dan tahap pengetahuan guru-guru yang berada di sekolah dalam bandar dan juga luar bandar agak tinggi dalam memahami dan menggunapakai aplikasi ICT.

Untuk cadangan penambahbaikan, guru-guru perlulah memotivasikan diri sendiri dan cuba mengaplikasikan penggunaan ICT secara optimum di dalam bilik darjah. Peralatan komputer dan aplikasi perisian yang sedia ada perlulah digunakan untuk menghasilkan bahan pelajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih berkesan.

6 RUJUKAN

Abu Suffian Abu Bakar (2001) Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Di Malaysia.

Ahmad Rashidi Osman (1992). Kajian Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru Sekolah di Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM.

Ellington,H.Percival,F.Race,P.(1993) Handbook of Educational Technology. UK. Kogan

Nesbit, C. John & Adesope, Olusola O. 2006. Learning with concept and knowledge maps: A Meta- analysis. Review of Educational Research 76(3): 413-448.

Padraig Wims & Mark Lawler. 2007. Investing in ICTs in educational in developing countries: An evaluation of their impact in Kenya. International Journal of Education and Development using Information and Communication Technology (IJEDICT) 3(1): 5-22.

Punya Mishra, P., Koehler, M. (2006). Technological Pedagogical Content Knowledge: A Framework for Teacher Knowledge. Teachers College Record, 108(6),1017 –1054.

Zulkifli Abdul Manaf & Raja Maznah Raja Hussain. 1994. Attitudes, knowledge and previous computer

experience of teacher trainees in the Diploma of Education Programme at the University of Malaya. Journal of Educational Research 16: 1-19.

PENGGUNAAN RANGKAIAN SOSIAL UNTUK PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Erna Liza Buyong, Maria Othman, Mariyati Yasin, Nadia Mohd. Nahrorawi, Nor

Arifah Che Wahab & A. Punithamarya

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjung Malim, Perak, MALAYSIA ernaliza@yahoo.com, maria.othman@yahoo.com, mariyati@yahoo.com, nadia_qistiena@yahoo.com, norarifahcw@gmail.com, akirthana@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui penggunaan rangkaian sosial untuk pembelajaran dalam kalangan pelajar sekolah menengah, rangkaian sosial yang popular dalam kalangan pelajar, tujuan menggunakan, kekerapan mengguna untuk pembelajaran, tahap pengetahuan dan kemahiran teknologi, faktor-faktor yang mendorong pelajar mengguna rangkaian sosial dan persepsi pelajar terhadap penggunaan rangkaian sosial sebagai medium pembelajaran. Soal selidik digunakan bagi mengumpul maklumat daripada seramai 60 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Hutan Melintang, Perak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Facebook merupakan rangkaian sosial yang popular digunakan dalam kalangan pelajar. Mereka menggunakan rangkaian sosial untuk bersembang atau sentiasa berhubung dengan rakan mencatat kekerapan tertinggi iaitu sebanyak 44 orang (68.3%) dan hanya 25% responden yang menggunakan rangkaian sosial untuk tujuan pembelajaran. Pengetahuan dan kemahiran teknologi menunjukkan nilai min sebanyak 3.03, nilai min bagi faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan rangkaian sosial sebanyak 2.84. dan nilai min bagi persepsi pelajar terhadap penggunaan rangkaian sosial untuk tujuan pembelajaran adalah sebanyak 2.91. Untuk kajian pada masa akan datang, dicadangkan para pengkaji mengkaji strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dilaksanakan melalui alat rangkaian sosial.

Kata Kunci : Rangkaian sosial, pembelajaran, pelajar sekolah menengah

1 PENGENALAN

Kepesatan teknologi maklumat telah memberi impak dalam bidang pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dengan kehadiran pelbagai media dan teknologi. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini mendorong kepada perkembangan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Komputer dan internet merupakan alat bantuan pengajaran yang berkesan. Pelbagai informasi dan maklumat berguna boleh didapati di jaringan internet. Kini, penggunaan internet ini semakin mudah, fleksibel dan cepat serta boleh dilayari di mana-mana sahaja. Media baharu ini bukan hanya “perpustakaan maklumat” untuk memudahkan pengedaran maklumat kepada khalayak global, malah lebih daripada itu. Media ini juga merupakan alat yang berpengaruh bagi aktiviti komunikasi. Seiring perkembangan ilmu dan teknologi, media yang sering digunakan dalam proses pembelajaran ialah media pembelajaran melalui internet seperti aplikasi Web 2.0.

1.1 Latar belakang kajian

Pembelajaran melalui internet telah mula mengorak satu langkah baru di mana satu kaedah pembelajaran melalui kemudahan aplikasi Web 2.0 mula diperkenalkan. Menurut Chapman (2009), melalui penggunaan Web 2.0, rangkaian sosial telah menjadi sebahagian daripada aspek kehidupan yang dapat diterima. Pengguna rangkaian sosial tidak hanya terhad kepada golongan tertentu sahaja, Pembelajaran melalui internet telah mula mengorak satu langkah baru di mana satu kaedah pembelajaran melalui kemudahan aplikasi Web 2.0 mula diperkenalkan. Menurut Chapman (2009), melalui penggunaan Web 2.0, rangkaian sosial telah menjadi sebahagian daripada aspek kehidupan yang dapat diterima. Pengguna rangkaian sosial tidak hanya terhad kepada golongan tertentu sahaja,

Berdasarkan dapatan kajian Batchelder (2010), penglibatan aktif dalam rangkaian sosial memberi makna kepada pelajar dari segi membina keyakinan terhadap keupayaan untuk mencari apa yang diperlukan, kebolehan sebenar dan perkembangan diri, menyelesaikan masalah melalui komunikasi dengan orang lain dan menjalin hubungan dengan orang-orang yang telah dikenali. Antara aktiviti pelajar dalam rangkaian sosial adalah menggabungkan maklumat-maklumat, tag dan mentadbir maklumat, mengurus dan menyimpan sumber maklumat, berkolaborasi dan mengawas proses untuk menyelesaikan masalah secara khusus. Ini semua dapat dilakukan menerusi penggunaan alatan rangkaian sosial secara efektif. Antara contoh alatan rangkaian sosial yang berkaitan dalam bidang pendidikan termasuklah Wiki, Folksonomy, Blog, perkongsian media dan laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Zing, Myspace, Beb dan Friendster (Mason, Rennie & Morrison, 2008).

Kejayaan penyepaduan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kurikulum bergantung kuat di bahu para guru bagaimana mereka memanfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk mengakses pelbagai maklumat yang kaya di sekeliling mereka, baik untuk diri mereka sendiri atau kepada pelajar mereka. Semua usaha ini adalah untuk menyokong ke arah pembelajaran berkesan. Jika guru pandai menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau hal-hal yang berkaitan dengan kerja mereka, tentu sekali ini akan memberi pengalaman pembelajaran baru dan mengubah paradigma pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, para pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini. Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT. Perkongsian sumber pengajaran dan pembelajaran diadaptasi secara meluas melalui rangkaian sosial menjadikan rangkaian ini tidak terkecuali sebagai salah satu alat pengajaran dan pembelajaran yang menjadi pilihan tenaga pengajar dan pelajar.

1.2 Pernyataan masalah

Sejak kemunculan Web 2.0, alat rangkaian sosial telah mendapat perhatian dan mengikut laporan Boyd dan Ellison (2007), penggunaan rangkaian sosial semakin mendapat perhatian dan digunakan oleh kaum remaja dan dewasa. Seperti yang diketahui, majoriti golongan remaja merupakan pelajar. Oleh itu, para guru dan pensyarah seharusnya menggunakan medium rangkaian sosial ini untuk mendekati para pelajar. Malahan, alatan rangkaian sosial juga dilihat mempunyai peranan penting untuk mengubah proses pengajaran dan pembelajaran (Alexander & Levine, 2008). Menurut Batchelder (2010), pengalaman dan aktiviti-aktiviti rangkaian sosial turut memberi pengetahuan baru kepada pelajar tentang sesuatu konsep berdasarkan aktiviti dan keinginan mencari maklumat yang berterusan. Tambahan pula kajian yang dilakukan oleh (Afendi, Mohamed Amin & Haslinda, 2012) menunjukkan responden (pelajar) banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti melalui rangkaian sosial dengan kedudukan paling tinggi berbanding aktiviti yang lain.

Kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menggunakan laman rangkaian sosial untuk tujuan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan alat rangkaian sosial ini digunakan dan adakah alat rangkaian sosial ini digunakan bukan sahaja untuk tujuan sosial malah untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini cuba mengenal pasti tujuan utama pelajar sekolah menengah Kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menggunakan laman rangkaian sosial untuk tujuan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan alat rangkaian sosial ini digunakan dan adakah alat rangkaian sosial ini digunakan bukan sahaja untuk tujuan sosial malah untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini cuba mengenal pasti tujuan utama pelajar sekolah menengah

1.3 Soalan kajian

1.3.1 Apakah rangkaian sosial yang popular dalam kalangan pelajar?

1.3.3 Apakah tujuan pelajar menggunakan rangkaian sosial?

1.3.4 Apakah kekerapan penggunaan rangkaian sosial untuk pembelajaran?

1.3.4 Apakah tahap pengetahuan dan kemahiran teknologi dalam kalangan pelajar?

1.3.5 Apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar mengguna rangkaian sosial?

1.3.6 Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan rangkaian sosial sebagai medium pembelajaran?

1.4 Kepentingan kajian

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai beberapa kepentingan sama ada kepada guru dan pelajar atau pihak yang terlibat. Kepentingan sesuatu kajian memberi implikasi yang besar dalam memperbaiki sesuatu masalah atau situasi bagi kajian yang dijalankan. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini juga turut mempunyai beberapa kepentingan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu dalam meningkatkan tahap perkembangan pendidikan di negara ini.

Pihak guru boleh menggunakan hasil dapatan kajian ini untuk mengatur strategi pembelajaran yang sesuai untuk menarik minat para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping meningkatkan motivasi mereka. Bukan itu sahaja, guru berpeluang menggunakan rangkaian sosial untuk menggalakkan komunikasi yang sihat dan sebagai alat berinteraksi dengan pelajar mahupun ibu bapa pelajar sendiri. Penyataan tersebut selaras dengan perkembangan ICT iaitu membolehkan para pelajar bebas mengakses maklumat sama ada dalam atau di luar waktu persekolahan. Keadaan ini secara tidak langsung merangsang proses pembelajaran dan menggalakkan para pelajar berkomunikasi untuk perkongsian ilmu. Walau bagaimanapun, guru masih berfungsi sebagai fasilitator atau pemudah cara. Kajian ini juga diharapkan dapat merungkai perkaitan isu-isu yang dikaji agar dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi kepentingan perkembangan pendidikan negara yang merupakan salah satu aset penting bagi negara.

1.5 Limitasi kajian

Kajian yang dijalankan hanya melibatkan murid-murid Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

2 KAJIAN LITERATUR

Boyd dan Ellison (2007) mendefinisikan rangkaian sosial sebagai perkhidmatan berasaskan web yang membenarkan individu-individu untuk membina profil umum atau separa-umum dalam sistem terbatas, menyatakan senarai pengguna lain dengan orang yang mereka berkongsi suatu hubungan dan melihat dan menjelajah senarai hubungan mereka dan yang dibuat oleh orang lain dalam sistem. Bartlett-Bragg

(2006) pula mendefinisikan rangkaian sosial sebagai ruang lingkup aplikasi yang meluaskan kumpulan interaksi dan berkongsi ruang untuk berkolaborasi, hubungan sosial dan mengumpul pertukaran maklumat dalam persekitaran berasaskan web. Definisi ini memberi kefahaman tentang reka bentuk pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai alatan dan aktiviti yang tersedia melalui rangkaian sosial.

Malaysia terletak di tangga teratas di rantau Asia Tenggara, di mana memperlihatkan hampir sebanyak 90% penggunaan laman sosial, peningkatan sebanyak 29% sejak daripada tahun 2010

(Amanz, 2011). Berdasarkan kajian oleh Prestipino (2009), Facebook adalah laman rangkaian sosial

yang paling popular di kalangan pengguna. Malah di Malaysia, Facebook juga merupakan laman rangkaian sosial yang paling popular dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan, 2010). Kajian menunjukkan ramai pengguna laman rangkaian sosial berkomunikasi dengan orang yang telah sedia dikenali bagi mengekalkan persahabatan berbanding untuk mencari rakan baru (Boyd & Ellison, 2007). Secara demografi, majoriti pengguna Web 2.0 merupakan golongan muda. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pelajar yang sibuk dengan pelajaran sekalipun akan terlibat dengan rangkaian sosial seperti Facebook sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari (Pempek, Yermolayeva & Calvert, 2010). Ini menunjukkan penggunaan rangkaian sosial telah diintegrasikan ke dalam kehidupan harian golongan muda di sana.

Dalam bidang pendidikan, laman rangkaian sosial menawarkan pelajar peluang untuk berhubung dengan pelajar-pelajar lain, pendidik, pentadbir, alumni, kedua-dua di dalam dan di luar institusi. Para pengkaji akademik memuji alat rangkaian sosial yang berkeupayaan untuk menarik, meningkatkan motivasi dan melibatkan pelajar dalam amalan komunikasi yang bermakna, pertukaran kandungan dan kerjasama di antara mereka (Mills, 2011). Kajian Ractham dan Firpo (2011) turut menunjukkan rangkaian sosial mempunyai kelebihan kepada pendidik dan pelajar disebalik kejayaan penggunaan rangkaian sosial dalam pendidikan. Antara aktiviti pelajar dalam rangkaian sosial adalah menggabungkan maklumat-maklumat, tag dan mentadbir maklumat, mengurus dan menyimpan sumber maklumat, berkolaborasi dan mengawas proses untuk menyelesaikan masalah secara khusus. Selwyn (2009) telah mendapati pelajar menggunakan rangkaian sosial dalam kegiatan akademik seperti bertukar maklumat akademik, mendapatkan idea dan mencapai permuafakatan, memberi sokongan yang sepatutnya kepada kawan-kawan.

Pembelajaran melalui kaedah rangkaian sosial memerlukan guru untuk merancang pengajaran berdasarkan kemahiran murid. Rangkaian sosial dijadikan pendekatan alternatif kepada pendekatan tradisional oleh tenaga pengajar untuk meningkatkan penyertaan dan motivasi pelajar di dalam kelas

(Ebner, Lienhardt, Rohs et. al., 2010). Siti Zaharah dan Norhisham (2011) pula berpendapat,

keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi yang digunakan. Guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar dan guru itu sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Integrasi alatan rangkaian sosial yang dimanfaatkan oleh guru yang berkemahiran akan dapat meningkatkan pembelajaran pelajar dan memudahkan pembangunan kemahiran sepanjang hayat seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan pengetahuan. Penggunaan Web 2.0 seperti rangkaian sosial ini membantu mengubah landskap abad ke-21 dalam bidang pendidikan. Ia membentuk pendekatan pelajar untuk belajar, pendekatan pengajar untuk mengajar dan bagaimana pendidik berinteraksi dengan pelajar (Hargadon, 2009). Facebook merupakan salah satu rangkaian sosial yang sering digunakan pelajar. Pelbagai aplikasi yang terdapat di Facebook seharusnya digunakan oleh guru dan pensyarah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh aplikasi yang boleh digunakan ialah dengan menubuhkan kumpulan di dalam Facebook itu sendiri yang mana para pelajar dan pensyarah boleh berbincang dan berkomunikasi mengenai sesuatu topik pembelajaran di dalam kumpulan tersebut. Di samping itu, pensyarah ataupun pelajar boleh memuat naik nota untuk sama-sama berkongsi maklumat. Keistimewaan aplikasi memuat naik video di dalam Facebook juga boleh digunakan oleh para pelajar dan pensyarah dengan memuat naik video yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Facebook sebagai alat rangkaian sosial ini merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membina satu komuniti dalam talian supaya individu dapat berkongsi hobi, aktiviti, gambar dan sebagainya (Nur Fadzilah, 2010).

Berdasarkan dapatan kajian Batchelder (2010), aktiviti-aktiviti dalam rangkaian sosial Berdasarkan dapatan kajian Batchelder (2010), aktiviti-aktiviti dalam rangkaian sosial

3 KAEDAH KAJIAN

Penyelidikan ini merupakan satu bentuk kajian tinjauan bagi memberikan satu gambaran yang jelas dan mengumpul maklumat yang tepat mengenai tahap pengetahuan, kemahiran dan penggunaan laman rangkaian sosial dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah. Kaedah tinjauan telah dipilih bagi aktiviti pengumpulan maklumat daripada pelajar-pelajar. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Menurut Mohd. Majid (1994), soal selidik merupakan salah satu alat pengukuran yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan tepat, kepercayaan, perasaan dan sebagainya.

Soal selidik terbabit terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian A: Demografi responden, Bahagian B: Tahap pengetahuan dan kemahiran teknologi dalam kalangan pelajar sekolah menengah, Bahagian C: Faktor-faktor yang mendorong pelajar mengguna rangkaian sosial dan Bahagian D: Persepsi pelajar terhadap penggunaan laman rangkaian sosial dalam pembelajaran.

Kebolehpercayaan instrumen kajian diukur menggunakan pekali alfa Cronbach. Nilai alfa .65 hingga .95 dianggap memuaskan kerana nilai yang terlalu rendah menunjukkan keupayaan item-item instrumen kajian untuk mengukur konsep dalam kajian adalah rendah, manakala nilai alfa yang terlalu tinggi mungkin menunjukkan semua item adalah serupa atau bertindih antara satu sama lain (Noraini, 2010). Pekali alfa Cronbach keseluruhan soal selidik ini ialah 0.90. Secara keseluruhannya, nilai pekali kebolehpercayaan adalah tinggi dan memuaskan dan keseluruhan 45 item ini sesuai untuk digunakan dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 17.0. Bagi menganalisis dapatan kajian yang dijalankan, statistik deskriptif digunakan. Analisis data meliputi kekerapan peratus, min dan sisihan piawai. Nilai skor min bagi setiap item adalah berdasarkan tiga interpretasi skor min atau kategori tanda aras, iaitu “Rendah”, “Sederhana” dan “Tinggi” seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 3.1. Interpretasi skor min tersebut juga telah diuji kesahannya dan digunakan oleh Roslina (2007) dalam kajian mereka.

Jadual 1 Interpretasi skor min

Skor Min

Interpretasi

Rendah

Sederhana

Tinggi

4 DAPATAN KAJIAN

Daripada borang soal selidik yang telah diedarkan, seramai 60 orang pelajar telah memberikan maklumbalas seperti yang dikehendaki. Analisis data dan maklumat demografi ke atas responden menjelaskan latar belakang mereka.

4.1 Latar belakang responden

Dapatan kajian mendapati responden kajian dari segi jantina terdiri 51.7% (31 orang) pelajar lelaki dan 48.3% (29 orang) pelajar perempuan. Mereka terdiri daripada etnik India sebanyak 46.7% (28 orang), Melayu 38.3% (23 orang) dan Cina 15% (9 orang). Sejumlah 58.3% (35 orang) mempunyai kemudahan internet di rumah manakala 41.7% 25 orang) tidak mempunyai kemudahan internet di rumah.

Didapati 58.3% (35 orang) menggunakan kemudahan internet di rumah, 16.7% (10 orang) menggunakan kemudahan internet di kafe siber, 13.3% (8 orang) menggunakan kemudahan internet di kawasan liputan tanpa wayar (wifi), 8.3% (5 orang) menggunakan kemudahan internet di sekolah manakala peratusan terkecil 3.3% (2 orang) pelajar sahaja menggunakan kemudahan internet di rumah kawan. Daripada 60 orang pelajar, analisis menunjukkan bahawa seramai 85.0% (51 orang) pelajar mempunyai akaun rangkaian sosial manakala bakinya 15.0% (9 orang) lagi tidak mempunyai akaun.

4.2 Apakah rangkaian sosial yang popular dalam kalangan pelajar?

Kajian mendapati jenis rangkaian sosial yang biasa responden gunakan ialah Facebook. Sejumlah 98.3% (59 orang) dan Twitter 1.7% (1 orang) menggunakan Twiter. Tujuh rangkaian sosial yang disenaraikan dalam soal selidik tidak ada penggunanya. Rujuk Jadual 1.

Jadual 1 Jenis rangkaian sosial yang digunakan

Jenis Rangkaian Sosial

Peratus Facebook

4.3 Apakah tujuan pelajar menggunakan rangkaian sosial?

Hasil dapatan mendapati responden menggunakan rangkaian sosial untuk bersembang/sentiasa berhubung dengan rakan sebanyak 41 orang iaitu 68.3%. Analisis mendapati 2 orang iaitu 3.3% responden menggunakan rangkaian sosial untuk bersembang/sentiasa berhubung dengan keluarga dan mengemaskini muzik/filem/permainan video. Sebanyak 15 orang dan 25.0% responden menggunakan rangkaian sosial untuk tujuan perbincangan tentang pembelajaran dengan rakan. Rujuk Jadual 2.

Jadual 2 Tujuan mengguna rangkaian sosial

Tujuan penggunaan rangkaian sosial

Kekerapan

Peratus

Bersembang / sentiasa berhubung dengan rakan

41 68.3 Bersembang / sentiasa berhubung dengan

2 3.3 keluarga

Mengemaskini muzik / filem / permainan video

2 3.3 Perbincangan tentang pembelajaran dengan

4.4 Apakah kekerapan penggunaan rangkaian sosial untuk pembelajaran?

Dapatan kajian menunjukkan 1.7% (1 orang) pelajar tidak pernah menggunakan rangkaian sosial. 15.0% (9 orang) pelajar pula menggunakan rangkaian sosial sekali dalam tempoh sebulan. 20.0% (12 orang) pelajar pula menggunakan rangkaian sosial dua hingga empat kali dalam sebulan. Rangkaian sosial digunakan sekali dalam tempoh seminggu oleh 33.3% (20 orang) pelajar. Seterusnya, 10.0% (6 orang) pelajar menggunakan rangkaian sosial sebanyak dua hingga enam kali dalam tempoh seminggu dan 20.0% (12 orang) pelajar menggunakan rangkaian sosial pada setiap hari. Rujuk Jadual 3.

Jadual 3 Kekerapan Penggunaan Rangkaian Sosial

Kekerapan penggunaan rangkaian sosial

Kekerapan

Peratus

Tidak pernah

1 1.7 Sekali dalam sebulan

9 15.0 Dua hingga empat kali dalam sebulan

12 20.0 Sekali dalam seminggu

20 33.3 Dua hingga 6 kali dalam seminggu

6 10.0 Setiap hari

Kajian juga mendapati 63.3% (38 orang) daripada responden menggunakan rangkaian sosial pada peringkat “kadang-kadang”, 16.7% (10 orang) peringkat “jaran-jarang” dan masing-masing 10.0% (6 orang yang menggunakan rangkaian sosial untuk pembelajaran “sepanjang masa” dan “tidak pernah”. Sila rujuk Jadual 4.

Jadual 4 Kekerapan penggunaan rangkaian sosial untuk pembelajaran Penggunaan rangkaian sosial untuk

Peratus pembelajaran

Kekerapan

Ya, sepanjang masa

Ya, kadangkala

38 63.3 Ya, jarang-jarang

10 16.7 Tidak pernah

4.5 Apakah tahap pengetahuan dan kemahiran teknologi dalam kalangan pelajar?

Dapatan kajian mendapati min keseluruhan bagi konstruk ini ialah 3.03. Daripada sebelas item (item 11 hingga 22), item 22 iaitu “Saya berhasrat untuk terus menggunakan ICT pada masa hadapan” mencatat nilai min yang tertinggi iaitu 3.42. Item-item 11, 14, 15, 20 dan 21 pula berada di antara 3.03 dan 3.42. Manakala item yang lain adalah kurang daripada 3.03. Analisis data menunjukkan pelajar setuju tahap pengetahuan dan kemahiran teknologi membantu pelajar menggunakan rangkaian sosial dalam pembelajaran. Rujuk Jadual 5.

Jadual 5 Tahap pengetahuan dan kemahiran teknologi

Item Perkara Min SP

11. Saya sentiasa menggunakan ICT.

12. Saya selalu menggunakan ICT ketika belajar.

13. Saya tiada masalah menggunakan ICT dalam kehidupan seharian.

14. Saya sentiasa mengikuti perkembangan ICT terkini.

15. Mempelajari ICT adalah perkara mudah.

16. Saya boleh mendapat kemudahan ICT dengan mudah.

17. Saya memiliki pengetahuan teknikal tentang ICT.