Batasan Kajian

1.5 Batasan Kajian

Kajian tentang penggunaan ICT dalam pembelajaran kendiri ini hanya melibatkan sampel daripada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak, khususnya pelajar jurusan Multimedia dan jurusan Senibina. Oleh yang demikian dapatan kajian tidak boleh digeneralisasi kepada kolej komuniti lain sama ada untuk jurusan yang berbeza mahupun jurusan Multimedia dan Senibina.

2 KAJIAN LITERATUR

Penggunaan komputer dalam pembelajaran melibatkan penggunaan pelbagai pancaindera pelajar. Ini akan menjadikan pelajar lebih berdaya berfikir, dapat meningkatkan pengetahuan meraka disamping dapat menyediakan diri mereka dengan corak kehidupan abad dua puluh satu (Zoraini, 1994). Menurut Indara Renganathan, Halimah dan Mohd Jan (1996), penggunaan pancaindera seperti deria penglibatan, pendengaran dan deria sentuhan sentiasa dilibatkan dalam sebarang kaedah pengajaran yang digunakan bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih menyeluruh. Merujuk kepada Mohd Kher (2008), penggunaan aplikasi komputer dapat menjadikan hasil tugasan yang dibuat lebih efektif dan berkesan serta menunjukkan kebolehan dan keyakinan dalam menggunakan perisian komputer dalam pembelajaran.

Menurut Jaafar (2001), pembelajaran adalah satu proses perubahan kepada kelakuan yang disebabkan oleh amalan dan pengalaman yang kekal. Pada asasnya, teori pembelajaran mempunyai perkaitan antara penggunaan ICT dalam pembelajaran kerana ia disokong oleh teori-teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran kognitif dan teori pembelajaran konstruktif.

Teori kognitif yang didukung oleh Jean Piaget, Jerome Bruner dan Lev Vygostky menyatakan pembelajaran bergantung kepada persepsi, proses pemikiran dan penaakulan yang memerlukan pendidik memahami proses mental, pemikiran, pembentukan konsep dan perolehan pengetahuan. Teori ini percaya bahawa pemikiran dan persepsi mempengaruhi pembelajaran yang dijalankan.

Teori konstruktif pula mempunyai tanggapan bahawa pembelajaran adalah berdasarkan kepada tindak balas terhadap pengalaman seseorang, kemudian seseorang tersebut membentuk pemahaman berdasarkan kepada pengalaman dalam hidupnya. Setiap orang akan menghasilkan ‘rule’ dan ‘mental model’ mereka sendiri berdasarkan kepada pengalaman tersebut. Oleh sebab itu, pembelajaran adalah proses yang mudah untuk mengubah mental model seseorang untuk disesuaikan dengan pengalaman baru termasuk hasil pembelajaran kendiri.

Pembelajaran kendiri boleh dilihat sebagai usaha pembelajaran yang dilakukan oleh seseorang pelajar tanpa ada bimbingan terus daripada guru. Dalam kata lain pembelajaran kendiri bermaksud segala aktiviti pelajar dilakukan sendiri oleh pelajar tanpa pertolongan langsung daripada seseorang. Terdapat tiga ciri pembelajaran kendiri iaitu guru dan pelajar terpisah secara fizikal pada kebanyakan waktu, komunikasi dilakukan melalui pertolongan media dan pelajar terpisah daripada pelajar yang lain. Apabila pelajar bersendirian, bermakna pelajar perlu melakukan aktiviti secara kendiri atau tidak di bantu oleh guru atau lain-lain pelajar secara berdepan. Ia juga memberi beberapa kelonggaran dan kebebasan kepada pelajar dalam memilih objektif pembelajaran, cara untuk belajar dan penilaian kepada pembelajaran. Pelajar juga bebas untuk menentukan masa dan tempat untuk belajar. Selain daripada itu dalam keadaan berjauhan dengan rakan-rakan pelajar yang lain, ia dapat mengelakkan pengaruh rakan- rakan. Ini bermaksud perbandingan di antara kemajuan dirinya dengan pelajar lain tidak akan berlaku (Ab.Rasid, 1994). Mengikut Wedemeyer (dipetik dalam Keegan, 1986) pula, kematangan seseorang pelajar kendiri itu sangat penting, iaitu peranannya dalam menentukan pengendalian aktiviti pembelajaran itu sentiasa diteruskan. Di sini pendorong utama ialah maksud dan tujuan yang hendak dicapai oleh pelajar, ianya perlu tahu dengan sejelas-jelasnya.dalam kajian pembelajaran kendiri ini.

Pembelajaran kendiri boleh melatih pelajar memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif mengikut keselesaan diri. Adalah sangat penting bagi pelajar menentukan strategi pembelajaran yang terbaik yang sesuai dengan diri mereka. Ini akan menghasilkan individu yang boleh berfikir dan Pembelajaran kendiri boleh melatih pelajar memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif mengikut keselesaan diri. Adalah sangat penting bagi pelajar menentukan strategi pembelajaran yang terbaik yang sesuai dengan diri mereka. Ini akan menghasilkan individu yang boleh berfikir dan

Menurut Chris Durbin (Joke van der Leeuw-Roord. 1998), pembangunan ICT akan memberi impak kepada pembelajaran, misalnya kemampuan untuk mengakses data dalam jumlah yang besar akan membawa pelajar untuk bekerja secara kendiri. Untuk itu mereka memerlukan kemahiran inkuiri, menganalisis dan membina argumentasi. Untuk mencapai matlamat ini kita harus memberi peluang untuk pelajar membuat analisis tentang masa lalu secara bebas dan menggunakan ICT.

3 METODOLOGI

Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mengumpulkan data. Kaedah sesuai digunakan kerana memudahkan memperoleh data, menjimatkan masa dan kos penyelidikan. Jumlah keseluruhan pelajar Kolej Komuniti Teluk Intan adalah 181 orang. Daripada jumlah itu seramai 120 orang telah terpilih sebagai responden. 60 daripadanya adalah jurusan Multimedia dan selebihnya jurusan Senibina.

Instrumen kajian berbentuk borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan maklumat diri responden seperti jantina, asal, kursus dan pengalaman menggunakan ICT manakala Bahagian B mengandungi soalan yang bertujuan mengenal pasti tahap penggunaan ICT pelajar dalam pembelajaran kendiri. Jawapan kepada soal selidik bahagian

B menggunakan Skala Likert lima mata iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Kaedah skala likert ini memerlukan responden menjawab dengan cara menandakan skor yang telah disediakan di ruangan jawapan. Sekiranya responden merasa sangat setuju dengan kenyataan yang dikemukakan, mereka akan bulatkan pada ruang jawapan mata 5. Jika responden sangat tidak setuju mereka akan bulatkan pada skor 1. Responden dikehendaki menanda hanya satu skor sahaja iaitu yang paling sesuai bagi item berkaitan.

Item soal selidik di bahagikan kepada 3 kontruk. Konstruk pengetahuan teknologi mengandungi sembilan (9) item dengan nilai kebolehpercayaan adalah 0.875 manakala nilai kesahan adalah 0.821. Konstruk kedua ialah pengetahuan teknologi pelajar terhadap kandungan program akademik sebanyak lima (5) item dengan nilai kebolehpercayaan 0.880 dan nilai kesahan 0.859. Manakala konstruk ketiga adalah pengetahuan teknologi terhadap strategi pembelajaran kendiri yang terdiri daripada empat (4). Nilai kebolehpercayaan bagi konstruk ini adalah 0.797 dan nilai kesahan pula adalah 0.780.

Semua data-data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan SPSS for Windows. Analisis deskriptif seperti min dan sisihan piawai akan digunakan. Sementara itu, analisis secara inferensi yang digunakan ialah ujian-t. Dalam kajian ini, aras signifikan p < 0.05 digunakan sebagai rujukan. Sekiranya aras signifikan p, kurang daripada 0.05, ujian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah yang dikaji.

4 DAPATAN KAJIAN

Bab ini membincangkan hasil analisis data kajian tinjauan yang telah dijalankan untuk menjawab soalan- soalan kajian

4.1 Maklumat latar responden

Seramai 120 orang pelajar telah menjawab soalselidik yang telah diedarkan. Taburan mengikut jantina adalah seimbang iaitu 45.8% lelaki dan manakala pelajar perempuan adalah 54.2%. Manakala majoriti Seramai 120 orang pelajar telah menjawab soalselidik yang telah diedarkan. Taburan mengikut jantina adalah seimbang iaitu 45.8% lelaki dan manakala pelajar perempuan adalah 54.2%. Manakala majoriti

4.2 Soalan Kajian 1

Soalan pertama adalah: Apakah tahap pengetahuan teknologi pelajar (TK)? Didapati tahap pengetahuan teknologi (TK) pelajar adalah tinggi dengan nilai min 4.1213. Item paling tinggi adalah “Saya sentiasa menggunakan komputer ” dengan nilai min 4.36 diikuti oleh item “Saya tiada masalah untuk menggunakan internet dalam kehidupan seharian ” dengan nilai min 4.27. Item paling rendah adalah “Saya mempunyai kemahiran teknikal dalam teknologi maklumat (IT) dan komputer” dengan nilai min

3.67. Ini menunjukkan pelajar Kolej Komuniti Teluk Intan banyak menggunakan ICT walaupun mereka kurang memiliki kemahiran teknikal. Sila lihat Jadual 1.

Jadual 1: Pengetahuan teknologi pelajar

Bil Pengetahuan teknologi Min SP

1 Saya selalu menggunakan internet ketika belajar

4.27 .777 kehidupan seharian

2 Saya tiada masalah untuk menggunakan internet dalam

3 Saya boleh mendapat kemudahan capaian internet dengan

4.04 .974 mudah

4 Saya sentiasa menggunakan komputer

5 Saya tahu tentang sistem pengoperasian (window)

6 Saya tahu menggunakan perisiaan pemproses perkataan

4.13 .992 (word processor

7 Saya tahu menyimpan fail dalam pelbagai format

8 Saya menggunakan perisian komputer untuk menyiapkan

4.18 .961 tugasan yang diberi

9 Saya mempunyai kemahiran teknikal dalam teknologi

3.67 1.079 maklumat (IT) dan komputer

Purata Min keseluruhan 4.1213 .66292

4.3 Soalan Kajian 2

Soalan kedua adalah: Apakah tahap pengetahuan teknologi terhadap kandungan kursus akademik (TCK) pelajar? Kajian mendapati tahap pengetahuan teknologi pelajar terhadap kandungan kursus akademik mereka adalah tinggi dengan min 4.1050. Daripada lima item yang dikemukakan, empat item memiliki nilai min >4.0. Item tertinggi adalah “Saya berjaya menggunakan kelebihan ICT apabila mempelajari sesuatu tajuk yang sukar ” dengan min 4.38 dan terendah item “Saya mempunyai pengetahuan yang cukup tentang bidang program yang diambil ” dengan min 3.85. Sila rujuk Jadual 2.

Jadual 2: Tahap pengetahuan teknologi pelajar terhadap kandungan program akademik

Bil Pengetahuan teknologi kandungan Min SP

Saya mempunyai pengetahuan yang cukup tentang bidang

1 program yang diambil

Saya mempunyai pelbagai strategi untuk meningkatkan

3 pemahaman saya dalam pembelajaran

Saya tahu tentang teknologi yang boleh saya gunakan untuk

2 memahami dan menggunakannya dalam kursus pembelajaran

Saya percaya pengalaman dalam ICT membantu saya dalam

4 pembelajaran. Saya berjaya menggunakan kelebihan ICT apabila mempelajari

5 sesuatu tajuk yang sukar.

Purata Min keseluruhan

4.4 Soalan Kajian 3

Soalan ketiga adalah: Apakah tahap pengetahuan teknologi terhadap strategi pembelajaran kendiri (TPK) pelajar? Kajian mendapati tahap pengetahuan teknologi pelajar terhadap strategi pembelajaran kendiri adalah tinggi (min=4.1604) . Bagaimanapun item “Saya menggunakan kaedah pembelajaran kendiri yang berkesan dengan menggunakan ICT ” hanya memiliki min 3.96. Item-item lain adalah seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3: Pengetahuan teknologi terhadap strategi pembelajaran kendiri

Bil Pengetahuan teknologi pedagogi Min SP

Saya tahu menggunakan kaedah pembelajaran kendiri sebagai

1 strategi untuk memahami kandungan pembelajaran

4.18 .729 Saya menggunakan kaedah pembelajaran kendiri yang

3.96 1.032 berkesan dengan menggunakan ICT.

Saya boleh menyesuaikan penggunaan teknologi yang saya

4.18 .745 pelajari dalam kursus pembelajaran yang saya akan dipelajari.

Saya mudah menyesuaikan kelebihan ICT untuk pembelajaran

4 kendiri.

Purata Min keseluruhan

4.5 Soalan Kajian 4

Persoalan kajian ke empat adalah: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki dalam pengetahuan teknologi (TK), pengetahuan teknologi terhadap kandungan kursus akademik pelajar (TCK) dan pengetahuan teknologi terhadap strategi pembelajaran kendiri pelajar (TPK)?

Kajian mendapati nilai min Pengetahuan Teknologi (TK) bagi pelajar lelaki adalah 4.2101 dan pelajar perempuan pula adalah 4.0462. Ini menunjukkan kedua-dua gologan ini memiliki pengetahuan teknologi yang tinggi. Lihat Jadual 4.

Jadual 4: Min dan Sisihan Piawai Pengetahuan Teknologi (TK) Mengikut Jantina Pelajar

Sisihan Piawai TK

Setelah dijalankan Levene’s Test for Equality of Variances, didapati nilai kebarangkalian p ialah 0.280 iaitu p > 0.05. Ini bermakna varians adalah tidak homogen diantara kedua-dua. Manakala dalam ujian t sampel bebas dengan nilai t=1.355 dan p(0.178) > 0.5, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min dalam pengetahuan teknologi pelajar berdasarkan jantina.

Didapati min pengetahuan teknologi terhadap kandungan kursus akademik pelajar (TCK) berdasarkan jantina adalah tinggi iaitu 4.1236 untuk pelajar lelaki dan 4.0892 untuk pelajar perempuan. Sila rujuk Jadual 5.

Jadual 5: Min dan sisihan piawai pengetahuan teknologi terhadap kandungan program akademik (TCK)

mengikut jantina

Sisihan Piawai TCK

Hasil daripada Levene’s Test for Equality of Variances mendapati nilai kebarangkalian p ialah 0.367 iaitu p > 0.05 yang bermakna varians adalah tidak homogen diantara kedua-dua kumpulan. Manakala dalam ujian t sampel bebas dengan nilai t=0.286 dan p(0.775) > 0.5, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min dalam pengetahuan teknologi pelajar terhadap kandungan program berdasarkan jantina.

Seterusnya kajian mendapati min pengetahuan teknologi terhadap strategi pembelajaran kendiri pelajar (TPK) berdasarkan jantina juga adalah tinggi iaitu 4.2273 pelajar lelaki dan 4.1038 untuk pelajar perempuan seperti yang terdapat dalam Jadual 6.

Jadual 6: Min dan sisihan piawai pengetahuan teknologi terhadap strategi pembelajaran kendiri (TPK) mengikut jantina

Sisihan Piawai TPK

Levene’s Test for Equality of Variances yang dijalankan untuk melihat perbezaan antara jantina ini mendapati nilai kebarangkalian p ialah 0.085 iaitu p > 0.05. Ini bermakna varians adalah tidak homogen diantara kedua-dua kumpulan. Manakala dalam ujian t sampel bebas dengan nilai t=1.032 dan p(0.304) > 0.5, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min dalam pengetahuan teknologi pelajar terhadap strategi pembelajaran kendiri berdasarkan jantina.

4.6 Soalan Kajian 5

Persoalan kajian kelima adalah: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar Kursus Multimedia dengan Kursus Senibina dalam aspek pengetahuan teknologi (TK), pengetahuan teknologi terhadap kandungan kursus akademik pelajar (TCK) dan pengetahuan teknologi terhadap strategi pembelajaran kendiri pelajar (TPK)?

Kajian mendapati min pengetahuan teknologi (TK) pelajar kursus Multimedia adalah 4.5370 manakala kursus Senibina adalah 3.7056.

Jadual 7: min dan misihan piawai pengetahuan teknologi (TK) mengikut kursus

Sisihan Piawai TK

Levene’s Test for Equality of Variances yang dilakukan mendapati nilai kebarangkalian p ialah 0.608 iaitu p > 0.05. Ini bermakna varians adalah tidak homogen diantara kedua-dua dua kumpulan. Manakala dalam ujian t sampel bebas dengan nilai t=8.807 dan p(0.0.000) < 0.5, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara min pengetahuan teknologi pelajar mengikut kursus.

Didapati min pengetahuan teknologi terhadap kandungan kursus akademik pelajar (TCK) kursus Multimedia adalah 4.4633, manakala kursus Senibina adalah 3.7467. Sila lihat Jadual 8.

Jadual 8: min dan misihan piawai pengetahuan teknologi terhadap kandungan program akademik (TCK)

mengikut kursus

Sisihan Piawai TCK

Levene’s Test for Equality of Variances yang dilakukan menunjukkan nilai kebarangkalian p ialah 0.083 iaitu p > 0.05. Ini bermakna varians adalah tidak homogen diantara kedua-dua kumpulan. Manakala dalam ujian t sampel bebas dengan nilai t=7.160 dan p(0.0.000) < 0.5, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara min pengetahuan teknologi pelajar terhadap kandungan program akademik mengikut kursus.

Kajian mendapati min pengetahuan teknologi terhadap strategi pembelajaran kendiri pelajar (TPK) pelajar kursus Multimedia adalah 4.4292, manakala kursus Senibina pula adalah 3.8917. Sila lihat Jadual 9.

Jadual 9: min dan misihan piawai pengetahuan teknologi terhadap strategi pembelajaran kendiri (TPK) pelajar mengikut kursus

Sisihan Piawai TPK

Levene’s Test for Equality of Variances menunjukkan nilai kebarangkalian p ialah 0.946 iaitu p > 0.05. Ini bermakna varians adalah tidak homogen diantara kedua-dua kumpulan. Manakala dalam ujian t sampel bebas dengan nilai t=4.931 dan p(0.0.000) < 0.5, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara min pengetahuan teknologi pelajar terhadap strategi pembelajaran kendiri mengikut kursus.

5 PERBINCANGAN

Keputusan kajian ini mendapati pelajar menunjukkan tahap pengetahuan teknologi pelajar sama ada kursus Multimedia atau kursus Senibina adalah tinggi. Mereka berupaya memberi reaksi positif terhadap kemahiran menggunakan ICT malah pelajar dapat memberi maklum balas melalui ICT dengan baik. Hasil kajian juga mendapati pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan yang baik dalam menggunakan komputer walaupun sebilangan mereka menyatakan kurang kemahiran dalam teknikal komputer. Pelajar-pelajar juga didapati mempunyai pengetahuan TCK yang tinggi walaupun mereka mempunyai kurang pengetahuan dalam program yang diambil tetapi mereka dapat mengintegrasikan penggunaan ICT pembelajaran kandungan program. Mereka juga menggunakan ICT dalam pembelajaran kendiri dan hasil kajian juga mendapati bahawa pelajar-pelajar ini faham dan tahu untuk menyesuaikan pengetahuan teknologi mereka dalam pembelajaran kendiri. Dari segi jantina min keseluruhan terhadap Pengetahuan TK, TCK dan TPK adalah tinggi dan tidak menunjukkan perbezaan yang besar dari segi jantina. Walaubagaimanapun, hasil kajian mendapati pengetahuan TK pelajar Multimedia lebih tinggi berbanding pelajar Senibina kerana pelajar Multimedia lebih kerap menggunakan komputer dan perisian-perisian komputer dalam pembelajaran kursus tersebut.

6 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kehadiran teknologi dalam pendidikan telah merubah corak P&P ke satu tahap yang lebih tinggi. Proses P&P yang sebelum ini dilaksanakan secara tradisi telah bertukar kepada pembelajaran yang lebih aktif dan dinamik. Pelajar lebih berdikari dan aktif dalam proses pembelajaran dengan menggunakan teknologi yang ternyata dapat menarik minat mereka. Kajian ini juga menunjukkan keberkesanan penggunaan ICT dalam pembelajaran kendiri melalui internet dapat meningkatkan minat pelajar sebagai suatu proses P&P yang berkesan. Dengan kemajuan ICT juga memperlihatkan internet tidak boleh diabaikan dimana proses P&P perlu bergerak selari dengan arus perkembangan ICT dalam menjana pencapaian pelajaran dengan berani berubah atau mempelbagaikan kaedah P&P.

Keberkesanan penggunaan ICT sebagai alat bantu belajar oleh pelajar boleh dikaji lebih lanjut supaya masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di dalam usaha untuk menggunakan internet. Langkah-langkah untuk menggalakkan penggunaan ICT dalam proses P&P juga boleh dikenalpasti melalui kajian lanjut. Selain itu, keberkesanan penggunaan ICT dalam pembelajaran kendiri juga boleh menjadi asas kajian yang sangat berguna bagi meningkatkan keberkesanan proses P&P Multimedia dan Senibina.

Secara keseluruhannya, objektif kajian ini telah berjaya dicapai, iaitu melihat kepada penggunaan ICT dalam pembelajaran kendiri di kalangan pelajar Multimedia dan Senibina di Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak. Peluang untuk bertukar-tukar pendapat berdasarkan hasil kerja kendiri pelajar-pelajar meletakkan mereka dalam keadaan yang senantiasa ingin melakukan yang lebih baik lagi untuk tugasan yang akan datang. Selain itu, bahan-bahan bacaan yang terdapat di dalam portal ini telah berjaya untuk menjadi bahan asas pengajaran dan pembelajaran pelajar Multimedia dan Senibina.

Cadangan kajian yang boleh dijalankan selanjutnya adalah seperti mengetahui Keberkesanan Penggunaan Leaning Management System (LMS) dalam meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar Kolej Komuniti. Disamping itu penyelidikan juga boleh dilakukan untuk mengetahui penggunaan komputer dan Internet dalam pengajaran pensyarah kolej komuniti.

RUJUKAN

Abdul Razak, I. (Universiti T. M., & Hafiza Akmal, Y. (Universiti T. M. (2011). Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Koswer Matematik Akses Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Sekolah. Journal of Social Science, Volume 3, Sept 2011, Page 104-120, 3, 104 –120. Retrieved October 9, 2012 from http://proedujournal.com/index.php?option=com_phocadownload&view=category&download= 136:tahap-kesediaan-pelajar-terhadap-penggunaan-koswer-matematik-akses-kendiri-dalam- kalangan-pelajar-sekolah-menengah-teknik-tanjung-puteri-daerah-johor-bahru- johor&id=6:jss&start=10&Itemid=178

Chee, T. S., Divaharan, S., Tan, L., & Mun, C. H. (2011). Self-Directed Learning with ICT: Theory, Practice and Assessment (First., p. 65). Singapore: Ministry of Education, Singapore.

Gibbons, M. (2002). The self ‐directed learning handbook: Challenging adolescent students to excel. San Francisco, CA: Jossey ‐Bass.

Sipon, A. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2007 : Pelaksanaan Program ICTL Untuk Sekolah Menengah. ,

Pub. L. No. KP(BS-DSR)8787/002/1/Jld.2(14) (2007).http://www.moe.gov.my/bpk/download/modul/ictlm/index.html. Retrieved October 9, 2012 from http://www.moe.gov.my/bpk/download/modul/ictlm/Pekeliling/2007.pdf

UTUSAN. (2012). Penambahbaikan Dasar Pendidikan Babitkan Tempoh 20 Tahun. Retrieved October 9, 2012, from http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=284%3Apen ambahbaikan-dasar-pendidikan-babitkan-tempoh-20-tahun&catid=100%3Aterkini&lang=en