INOVASI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SEBAG (1)

INOVASI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SEBAGAI ASAS KEPADA
PEMBINAAN MASYARAKAT YANG BERTAMADUN

Oleh :
Muhammad Alif Fitri bin Abdul Halim
Institut Sosial Malaysia (ISM)
fitrialif96@gmail.com

ABSTRAK
Artikel ini membincangkan beberapa kekurangan dalam metodologi pembelajaran mata
pelajaran Sejarah di Malaysia yang sedia ada. Peringkat pembelajaran yang disentuh
merangkumi peringkat sekolah menengah dan institut pengajian tinggi (IPT). Hasil daripada
kekurangan – kekurangan yang telah dikenal pasti, akan disusuli dengan beberapa cadangan
penambahbaikan dari segi metodologi dan kaedah pembelajaran mata pelajaran ini. Kemudian,
penulis akan menjelaskan bagaimana inovasi tersebut dapat menjadi asas kepada pembinaan
bangsa yang bertamadun khususnya bangsa – bangsa yang ada di negara Malaysia. Secara
tidak langsung dengan inovsi ini akan mengangkat martabat ilmu Sejarah sebagai satu ilmu
yang penting untuk dikuasai oleh rakyat sesebuah negara selain daripada ilmu sains dan
teknologi yang menjadi buruan manusia moden kini.

Kata kunci : Inovasi, metodologi pembelajaran Sejarah, masyarakat bertamadun.


1|PEMBENTANGAN ICSI’16

Pendahuluan

Sejarah boleh dibahagikan kepada dua; sejarah yang umum dan sejarah yang khusus. Sejarah
yang umum bermaksud setiap peristiwa yang telah berlaku kepada diri seseorang individu tanpa
melibatkan sebarang disiplin ilmu yang khusus. Manakala sejarah yang khusus pula membawa
maksud kumpulan kisah silam yang telah berlaku pada masa yang lalu yang difokuskan kepada
subjek – subjek tertentu yang tertakluk dengan disiplin – disiplin ilmu yang tertentu. Oleh itu,
disebabkan sejarah yang khusus ini merupakan suatu yang berbentuk tersusun maka sejarah yang
khusus inilah yang dikenali sebagai ilmu sejarah. Apabila sejarah tergolong dalam kalangan
ilmu, maka secara tidak langsung sejarah merupakan suatu yang sangat penting untuk dipelajari.
Sejarah diumpamakan seperti satu cermin belakang bagi sebuah kereta. Cermin ini membolehkan
pemandu untuk melihat keadaan di belakang untuk memastikan dia dapat memandu ke hadapan
dengan selamat. Tanpa menggunakan cermin ini, maka pemandu tersebut tidak dapat mengetahui
keadaan di belakangnya samada selamat atau tidak untuk meneruskan perjalanan. Begitulah ilmu
sejarah. Mempelajari masa silam melalui ilmu sejarah membolehkan kita menoleh semula ke
masa lalu untuk mengetahui apa yang berlaku ketika itu. Setelah mengambil segala iktibar dan
pengajaran daripadanya maka kita akan membina masa hadapan yang lebih baik daripada masa

silam tersebut. Mempelajari ilmu sejarah memerlukan mata yang sentiasa memerhati, telinga
yang sentiasa peka, akal yang sentiasa berfikir dan yang paling penting sekali ialah tangan yang
sentiasa memegang buku (minat membaca). Kita sebagai manusia, untuk menjalani kehidupan
sebagai seorang manusia perlulah mengambil daripada manusia yang terdahulu supaya kesilapan
yang mereka lakukan tidak dilakukan semula oleh kita yang hidup di zaman kini.

2|PEMBENTANGAN ICSI’16

Hakikat Ilmu Sejarah

Dalam kertas kerja ini, ilmu sejarah yang penulis maksudkan ialah ilmu sejarah secara umum
dan tidak tertakluk kepada apa – apa skop dalam pengajian ilmu ini seperti sejarah tokoh – tokoh
tertentu atau sejarah bangsa – bangsa tertetu. Hal ini kerana penulis ingin mengetengahkan satu
konsep pemahaman sejarah yang bersifat sejagat terlebih dahulu yang akan bertindak sebagai
asas sebelum memasuki perbahasan – perbahasannya secara mendalam.
Secara literal, menurut Kamus Dewan, sejarah bermaksud sastera lama, asal usul, salasilah,
peristiwa yang benar – benar berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat tambo dan tawarikh.

1


Di Barat, sejarah disebut sebagai History yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu Historia
yang bermaksud penyelidikan. Ibnu Khaldun, seorang sejarawan Muslim pula mentakrifkan
sejarah sebagai catatan dan maklumat tentang sesuatu organisasi manusia seperti peradaban
dunia. Adapun takrifan sejarah yang agak luas seperti mana yang diungkapkan oleh Sidi Gazalba
iaitu suatu gambaran masa lalu tentang manusia dan sekitarnya sebagai makhluk sosial yan
gdisusun secara ilmiah dan lengkap. Ia meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan
menjelaskan tentang apa yang telah berlaku. 2

Apakah kompenen dalam sejarah ? Bagaimana sejarah boleh menjadi salah satu daripada bidang
ilmu pengetahuan ? Perkara ini dapat dirumuskan melalui rajah di bawah : 3

1

(Iskandar, 1970)
(Saat, 2007)
3
(Hussiin, 2010)
2

3|PEMBENTANGAN ICSI’16


Peristiwa / Kisah

Sejarawan

Ilmu Sejarah

Rajah 1 : Unsur-unsur dalam Sejarah

Berdasarkan rajah di atas, dapat dijelaskan bahawa sejarah bermula dengan berlakunya sesuatu
peristiwa atas kisah. Hal ini seperti mana yang dijelaskan oleh Dr. Husain Mu’nis bahawa
sejarah adalah mempelajari tentang peristiwa. Iaitu setiap yang berlaku yang menyebabkan
perubahan hidup manusia serta apa yang ada di bumi atau kejadian – kejadian yang berkaitan
dengan kehidupan manusia. 4 Peristiwa dan kisah itu pula mestilah memenuhi tiga kriteria yang
berikut iaitu :

1. Fakta yang tepat dan benar.
2. Penting dan bermakna.
3. Sebab dan akibat. 5


Kemudian, peristiwa tersebut akan dicatat dan dikaji oleh sekumpulan orang yang dinamakan
sejarawan.

4
5

Mereka

menulis,

mengkaji

(Mu'nis, 2001)
(Ahmad Fawzi bin Mohd Basri, 2009)

4|PEMBENTANGAN ICSI’16

serta

menanalisis


peristiwa

tersebut

lalu

mengumpulkannya menjadi sebuah buku atau catatan. Menjelaskan siapakah sejarawan pula
telah diungkapkan oleh Muhd Yusof Ibrahim :
“Sesiapa yang melakukan penyelidikan dan menulis sejarah walau dalam apa – apa bidang
sekalipun, maka lazimnya mereka boleh dianggap sebagai sejarawan.” 6
Sepanjang proses penghasilan buku atau catatan tersebut, pelbagai cabang ilmu telah digunakan
oleh sejarawan untuk menjadikan sejarah sebagai salah satu ilmu yang tersendiri. Apabila telah
siap proses penulisan tersebut, maka terhasilah suatu ilmu yang dinamakan sebagai sejarah di
mana di dalam hasil tulisan tersebut terkandung interpertasi sejarawan terhadap peristiwa lalu
yang telah berlaku.

Hal ini sebagai mana yang telah dijelaskan juga oleh Muhd Yusof Ibrahim yang mana beliau
mengatakan bahawa dengan melakukan kajian tentang sesuatu peristiwa sejarah bererti
sejarawan itu menjalankan suatu penyelidikan sejarah. Tujuan utamanya untuk mewujudkan atau

memaparkan kebernaran sejarah tentang peristiwa yang dikaji itu. Sudah tentulah kajian itu
didasarkan kepada satu kaedah penyelidikan yang sesuai dan wajar bagi sejarah. Dengan adanya
proses penyelidikan, matlamat, kaedah serta konsepnya dan juga pelbagai teori sejarah itu maka
sejarah boleh dianggap sebaagi satu bidang ilmu pengetahuan yang lengkap. Ertinya, sejarah
merupakan satu disiplin ilmu pengetahuan yang memiliki konsep dan teori, kaedah atau tatacara
dan juda falsafahnya yang tersendiri dalam mencari dan menentukan sifat dan kebenarannya. 7

6
7

(Ibrahim, 2013)
(Ibrahim, 2013)

5|PEMBENTANGAN ICSI’16

Oleh sebab sejarah juga tersenarai sebagai salah satu disiplin ilmu, maka sejarah menjadi sesuatu
yang sangat bernilai disebabkan ciri – ciri keilmuan yang terkandung di dalamnya. Justeru,
sejarah tidak seharusnya dan tidak wajar untuk dipandang sebelah mata kerana kepentingannya
juga sama seperti kepentingan ilmu – ilmu yang lain.
Mengambarkan betapa pentingnya ilmu sejarah ini, Dr. Husain Mu’nis mengungkapkan dalam

buku beliau yang berjudul At-Tarikh wa al-Muarrikhun :
“Sejarah merangkumi peristiwa yang telah lalu, kini dan akan datang. Apabila kita mempelajari
peristiwa silam, maka kita akan mendapati kita juga sedang mempelajari peristiwa kini dan
yang akan datang.” 8
Peranan Ilmu Sejarah
Dalam buku – buku yang ditulis mengenai ilmu sejarah, terdapat pelbagai peranan telah
dinyatakan sebagai kepentingan mempelajari ilmu sejarah. Namun, penulis mengambil
pendekatan yang tersendiri dalam menghuraikan kepentingan mempelajari sejarah. Kesemua
peranan yang penulis huraikan ini merupakan unsur – unsur yang penting dalam melahirkan
masyarakat yang bertamadun khususnya masyarakat Malaysia. Hal ini selaras dengan tajuk
kertas pembentangan ini iaitu ‘Inovasi dalam Pembelajaran Sejarah sebagai Asas kepada
Pembinaan Masyarakat Bertamadun.’ Kemudian penulis akan menghuraikan peranan – peranan
ini berserta gambaran situasi untuk menujukkan betapa ilmu sejarah sangatlah penting.

8

(Mu'nis, 2001)

6|PEMBENTANGAN ICSI’16


Pertama : Memberikan iktibar dan pengajaran.
“Supaya diketahui oleh anak cucu kita yang kemudian daripada kita dan boleh diingatkan oleh
segala mereka itu serta beroleh faedah ia daripadanya.” 9
Begitulah kata – kata yang diungkapkan oleh Tun Seri Lanang di dalam karya agungnya
Sulatatus Salatin. Mempelajari sejarah bukan sahaja sekadar mengetahui dan menghafal tarikh –
tarikh penting suatu peristiwa yang bersejarah. Bahkan dengan mengetahui pengajaran dan
iktibar itulah yang akan menjadi satu panduan untuk kita membina masa hadapan yang lebih
baik. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Hazri Jamil dalam bukunya Teknik Mengajar Sejarah
bahawa sejarah adalah catatan pengalaman manusia dan segala catatan itu samada baik atau
buruk akan memberi pengajaran kepada manusia supaya bertindak pada masa – masa seterusnya.
10

Pentingnya kita melihat kepada iktibar dan pengajaran daripada peristiwa masa lalu adalah untuk
kita mengetahui sebab – sebab kejatuhan serta kemerosotan zaman tersebut. Pengajaran dan
iktibar kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang buruk atau tidak baik. Maka, apabila
kita sudah mengetahuinya, maka kita akan menjadi lebih berwaspada dan teliti dalam membina
masa depan kita untuk mengelakkan kesilapan yang sama berulang sekali lagi. Sebagai contoh,
mengenai sejarah penjajahan bangsa – bangsa asing di Tanah Melayu. Kedatangan mereka
adalah disebabkan oleh oleh kegagalan bangsa Melayu mempertahankan kedaulatan tanah air
yang disebabkan oleh pelbagai kelemahan yang dialami oleh mereka ketika itu. Disebabkan

kelemahan inilah menjadikan kuasa – kuasa luar telah menguasai corak dan hala tuju negara
9

(Ahmad A. S., 1979)
(Jamil, 2003)

10

7|PEMBENTANGAN ICSI’16

hatta sehingga kini. Maka disebabkan itulah, kita sebagai generasi baharu perlu sedar bahawa
kita perlu memperkasakan diri untuk mencorakkan hala tuju negara dengan jelas supaya tidak
mudah dipengaruhi oleh mana – mana pihak yang ternyata mengambil kesempatan terhadap kita.
Iktibar yang terkandung dalam sejarah adalah sebagai satu renungan untuk memperbaiki
kesilapan masa lalu agar tidak berulang kembali pada masa kini.

Kedua : Memberikan dorongan dan motivasi.

Hamka menulis dalam bukunya Sejarah Umat Islam menceritakan tentang keperibadian Sultan
‘Alauddin Ri’ayat Syah sultan Melaka yang ketujuh ( 1477 – 1488 M ) :

“Pemerintahannya adalah tauldan dari pemerintahan ayahnya; keadilan, timbang rasa dengan
rakyat, berperang tidak sebanyak ayahnya. Tetapi keamanan dalam negari adalah di bawah
tilikan mata baginda sendiri. Baginda suka sekali menyamar di tengah malam, diiringkan oleh
dua orang atau tiga orang pengawal, memerhatikan keamanan pada malam hari.” 11
Membelek lembaran – lembaran sejarah silam akan menemukan kita kepada pelbagai karakter
manusia yang hidup di masa itu. Seperti yang dinyatakan oleh Hamka, Sultan ‘Alauddin Ri’ayat
Syah merupakan seorang pemerintah yang sangat berjiwa rakyat. Baginda dikenali sebagai
seorang sultan yang sangat mengambil berat perihal rakyat jelatanya di Kota Melaka.
Mengetahui karakter baik daripada watak – watak silam menjadikan kita yang hidup di zaman
kini termotivasi untuk mencontohi mereka. Berkait rapat dengan isu – isu kepimpinan yang ada
pada zaman sekarang, kita boleh kembali membaca sejarah untuk mengenengahkan tokoh –

11

(Hamka, 2016)

8|PEMBENTANGAN ICSI’16

tokoh silam yang boleh dijadikan contoh seperti Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Syah ini. Dengannya,
kita akan menjadi terdorong dan termotivasi untuk meneladani ketokohan beliau dalam soal
kepimpinan.
Bukan itu sahaja, malah dalam apa – apa soal kegemilangan, kemajuan, kehebatan dan kekuatan
zaman silam boleh dijadikan sebagai pendorong untuk kita yang hidup di zaman ini untuk turut
sama mencapai kejayaan seperti mereka.
Pendidikan sejarah akan melahirkan warganegara atau generasi yang sentiasa berlumba – lumba
untuk membangunkan negaranya. Dalam hal itu, generasi yang didik tadi akan menggunakan
masa lampau sebagai idolanya untuk membawa negara ke mercu kejayaan dan terkenal di arena
antarabngsa. Mereka percaya negara mereka mampu melakukannya kerana mereka tahu negara
mereka sangat dikenali suatu ketika dahulu. 12

Ketiga : Melahirkan modal insan

Modal insan merupakan satu unsur yang sangat penting dalam pembentukan sesebuah
masyarakat. Modal insan ini menjadi satu indikator untuk mengenal pasti sejauh mana sesebuah
masyarakat itu telah menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun. Sebagaimana yang telah
dijelaskan oleh Dr. Sidek Baba dalam bukunya Tajdid Ilmu dan Pendidikan :
“Modal insan dalam pengertian yang luas tidak hanya terbatas dalam lingkungan ilmu yang
dimiliki selari dengan peluang – peluang pekerjaan yang bernilai ekonomi semata – mata, ttapi
dilihat juga dari sudut kepakaran dan kualiti keihsanan ( kualiti kerja ) yang tinggi supaya
12

(Hussiin, 2010)

9|PEMBENTANGAN ICSI’16

sumbangannya tidak hanya terbatas dalam produktiviti bahkan dalam masa yang sama memiliki
sentuhan keihsanan yang tinggi juga.” 13
Dalam proses pembangunan negara, tidak dapat dinafikan bahawa modal insan adalah faktor
yang paling penting dan perlu. Modal material seperti wang, tanah, kilang dan prasarana juga
penting. Namun begitu, tanpa modal insan, modal material tidak dapat diadakan dan tidak
mampu ditambah nilai. 14

Justeru, ilmu sejarah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan melahirkan modal
insan yang baik. Seperti yang telah dinyatakan oleh Hasnah Hussin, modal insan yang dapat
dilahirkan melalui pembelajaran sejarah ialah modal insan yang memiliki semangat kecintan
kepada agama, bangsa dan negara, menyemai identiti, memahami kaum dan masyarakat,
menyumbang kepada pembentukan insan bermoral dan menghargai warisan negara. 15

Bagaimana kemajuan dalam aspek lahiriah dapat dicapai melalui sejarah ? Jawapannya ialah
dengan mempelajari dan meneladani pencapaian dan kejayaan yang telah ditempa oleh
masyarakat silam dari sudut lahiriah seperti teknologi, pembangunan, politik dan sebagainya.
Bagaimana pula kemajuan dalam aspek rohaniah dapat dicapai melalui sejarah ? Jawapannya
ialah dengan mengambil iktibar daripada gejala – gejala negatif serta isu – isu yang melanda
masyarakat – masyarakat terdahulu akibat tidak dipandu oleh nilai – nilai keagamaan dan moral.
Runtuhnya nilai – nilai keagamaan dan moral mengakibatkan kehidupan menjadi kucar kacir
serta akhirnya membawa kepada runtuhnya struktur binaan masyarakat tersebut.

13

(Baba, 2011)
(Hussiin, 2010)
15
(Hussiin, 2010)
14

10 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Maka, dengan adanya masyarakat yang memiliki ciri – ciri keseimbangan antara pembangunan
lahiriah dan rohaniah seperti ini, maka secara tidak langsung akan menjadi pemangkin kepada
kebangkitan sebuah tamadun manusia ulung.

Aspek
lahiriah

Aspek
rohaniah

Modal
insan.

Rajah 2 : Sejarah dapat Melahirkan Modal Insan

Keempat : Mengekalkan identiti

Kewujudan modal insan yang seimbang tidak lengkap sekiranya mereka tidak memiliki identiti
yang menjadi ciri – ciri khas yang membezakan mereka dengan masyarakat yang lain. Tanpa
identiti yang jelas, suatu masyarakat akan menjadi tidak jelas hala tuju mereka serta akan
menjadi mudah terikut- ikut dengan pengaruh – pengaruh asing.
Disebabkan itulah, salah satu matlamat penting dasar pendidikan negara adalah untuk
mewujudkan suatu idnetiti bangsa atau sebagai alat untuk membinaan bangsa. Pendidikan
sejarah dapat memainkan peranan sebagai alat pembinaan bangsa apabila digunakan dengan
efektif dan bertanggungawab. Hal ini kerana tiada sebuah negara pun yang dibina tanpa
menggunakan pengetahuan sejarah. 16

16

(Jamil, 2003)

11 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Zaman imperialisme dan kolonialisme Barat suatu ketika dahulu telah banyak memberikan
impak yang besar kepada pembinaan negara dan masyarakat pada hari ini. Kebanyakan generasi
baru mereka sudah diasimilasikan dengan corak dan budaya yang dibawa penjajah sehingga
lama kelamaan identiti asal mereka mula dipinggirkan. Mengapa identiti itu penting ? Kerana
dengan identiti inilah yang akan menjadikan kita berbeza daripada yang lain tanpa terpengaruh
dengan anasir – anasir luar. Tambahan pula, identiti melambangkan suatu pendirian dan prrinsip
yang sangat bernilai. Semua itu dapat dicapai dengan mempelajari sejarah.

Sebagai contoh, negara Turki kini sudah menjadi sebuah negara sekular yang sangat keras
menentang apa – apa identiti keislaman cuba dihidupkan semula. Mereka seperti ingin
memadamkan sejarah mereka sendiri iaitu sejarah kekhalifahan Uthmaniyyah yang telah
bertapak lebih kurang 600 tahun di sana. Namun, kini Turki berada di bawah pemerintahan
seorang pemimpin yang berkaliber dan mengetahui sejarah iaitu Reccep Tayyip Erdogan. Beliau
menegaskan :
“Turki memilih untuk berpegang kepada legasi nenek moyang mereka ( legasi Daulau
Uthmaniyyah ) berbanding patuh kepada kuasa – kuasa besar yang memiliki agenda yang
tersembunyi.” 17
Begituah kuasa sejarah. Dengan mempelajarinya, kita akan menjadi sangat mementingkan
kehormatan dan identiti agama, bangsa dan negara kita.

17

(Othman, 2015)

12 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Kelima : Membina masa depan
“Sejarah merangkumi peristiwa yang telah lalu, kini dan akan datang. Apabila kita mempelajari
peristiwa silam, maka kita akan mendapati kita juga sedang mempelajari peristiwa kini dan
yang akan datang.” 18
Mengimbas kembali apa yang telah diungkapkan oleh Dr. Husain Mu’nis, kita mendapati beliau
menyamakan antara mempelajari masa silam iaitu sejarah dengan mempelajari masa depan.
Mengapa boleh begitu ?

Sejarah memberikan kefahaman mengenai mengapa dan bagaimana keadaan seperti yang ada
sekarang boleh berlaku atau wujud. Ini termasuklah dalam aspek polotik, sosial dan ekonomi
yang sedang manusia hadapi kini. Semestinya ada penjelasan mengapa dan bagaimana perkara
tersebut boleh berlaku. Mustahil dalam konteks kehidupan manusia hal itu boleh berlaku tanpa
sebab musabab dan penjelasan. Bagaimana kita dapat memahami keadaan masa kini tanpa
mengetahui keadaan masa lampau ? Dengan pemahaman mengenai masa kini dan masa lampau
akan membolehkan kita merancang apa yang akan dan mungkin berlaku pada masa hadapan. 19
Maka, semestinya sesiapa yang ingin terlibat dalam hal – hal awam seperti politik, ekonomi dan
sosial harus mempunyai pengetahuan sejarah bagi merancang masa hadapan dan bertindak
secara efektif. 20 demi masa hadapan yang lebih baik.

18

(Mu'nis, 2001)
(Jamil, 2003)
20
(Jamil, 2003)
19

13 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Hal ini bertepatan dengan ungkapan Ibnu Khaldun, dalam karya beliau yang terkenal iaitu alMuqaddimah. Katanya :
“Orang yang ingin menekuni bidang sejarah memerlukan ilmu tentang politik, ciri-ciri alam,
perbezaan bangsa, kawasan dan zaman dalam hal perjalanan hidup, akhlak, tradisi, mazhab dan
lain-lain hal. Di samping itu, dia perlu menguasai masa kini untuk membandingkan masa lalu,
mencari sisi-sisi persamaan dan sisi-sisi perbezaan antara keduanya.” 21
Sebagai contoh, melalui sejarah, para jurutera perlu mengkaji bagaimana manusia pada zaman
dahulu dapat mencipta suatu teknologi yang boleh betahan lama sehingga boleh dilihat oleh
generasi sekarang. Kajian juga diperlukan dengan mendalam melalui bagaimana masyarakat
zaman dahulu boleh membina bangunan yang boleh tahan lama dan mampu mengadaptasi
perubahan alam sekitar. 22

Sejarah Sebagai Asas kepada Pembinaan Masyarakat Bertamadun

Iktibar

Motivasi

Modal
Insan

Identiti

Rajah 3 : Rumusan Peranan Ilmu Sejarah

21
22

(Khaldun, 1966)
(Hussiin, 2010)

14 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Masa
depan

Sebagai menyimpulkan lima peranan ilmu sejarah yang penulis telah jelaskan sebelum ini, maka
penulis hubungkaitkan dengan satu frasa daripada tajuk kajian ini iaitu ‘Masyarakat yang
Bertamadun’. Bagaimanakah peranan – peranan ini dapat menjadi batu asas kepada pembinaan
sebuah masyarakat yang bertamadun ?

Baik, saya akan menjelaskannya dalam bentuk satu perumpamaan yang mudah untuk difahami.
Terdapat seorang lelaki sedang memandu keretanya di sebuah lebuh raya. Ketika itu lebuh raya
itu kelihatan lengang tanpa sebarang kereta yang melaluinnya. Maka, lelaki itu pun terus
memecut laju keretanya tanpa menghiraukan papan tanda had laju yang ada. Tidak lama dia
memecut, dia terserempak dengan sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan. Rupa – rupanya
kereta tersebut telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Lelaki itu mula sedar akan bahaya
memecut laju kerana takut terbabas seperti kereta itu. Lalu dia pun memperlahankan kelajuan
keretanya mengikut had laju yang ditetapkan.

Tidak lama selepas itu, dia terserempak pula dengan seorang lagi pemandu yang memandu
dengan had laju yang ditetapkan di lorong kiri. Lelaki itu kemudiannya termotivasi untuk
sentiasa memandu dengan berhati – hati melihatkan sikap pemandu tersebut.
Melihat kemalangan yang berlaku dan keselamatan yang terjamin apabila memandu dengan
cermat telah menjadikan lelaki ini seorang pemandu yang berhati – hati. Ke mana – mana sahaja
lelaki ini pergi, dia akan sentiasa memandu dengan berhati – hati dan disebabkan itu, kawan –
kawannya telah menggelarkannya sebagai ‘orang yang berhati – hati’. Akhirnya, lelaki ini
terfikir untuk menulis sebuah artikel tentang keselamatan jalan raya untuk memberikan

15 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

kesedaran kepada para pengguna jalan raya yang lain. Dia berharap agar melalui tulisannya itu
kadar kemalangan jalan raya akan berkurang untuk masa – masa akan datang.
Begitulah satu analogi tentang bagaimana kelima – lima peranan ini menjadi pendorong kepada
pembinaan sebuah masyarakat bertamadun. Dengan mudah kita boleh mengaitkannya dengan
kehidupan kita seharian. Untuk lebih mudah difahami, penulis rumuskan seperti berikut :

Analogi

Maksud

Perjalanan menaiki kereta

Perjalanan hidup

Lelaki

Manusia

Kemalangan

Peristiwa buruk

Lelaki yang memandu dengan selamat

Peristiwa baik

Seorang pemandu yang berhati - hati

Modal Insan

Gelaran

Identiti

Menulis artikel tentang keselamatan

Membina masa depan

Jadual 1 : Huraian Analogi

Apabila kesemua peranan ini dapat dimainkan dan berfungsi, maka akan lahirlah sebuah
masyarakat yang bertamadun. Namun, apakah itu yang masyarakat bertamadun ? Terdapat
banyak takrifan yang telah diberikan tentangnya oleh para sarjana Muslim mahupun Barat.
Antaranya :

16 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang
pencapaian mereka sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke
arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai – nilai seni. 23
Manakala Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan bahawa masyarakat bertamadun
ialah masyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasulsila kebudayaan yang luhur bagi
seluruh masyarakatnya. 24

Prof. Madya Dr. Ismail Hamid pula berpendapat bahawa masyarakat yang bertamadun
(berperadaban) ialah masyarakat yang telah mencapai dalam kedua – dua bidang iaitu kerohanian
dan kebendaan. 25

Berdasarkan takrifan tersebut, penulis simpulkan menjadi dua kata kunci yang utama iaitu
masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang seimbang perkembangan fizikal dan
rohaninya. Hal ini kerana, kedua – dua unsur itu saling berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa
salah satunya akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam sesebuah masyarakat. Kemunduran
aspek fizikal akan menyebabkan masyarakat jauh ketinggalan. Manakala keruntuhan nilai – nilai
kerohanian (moral) akan menyebabkan kekacauan dan ketidaktenteraman dalam kalangan
masyarakat.
Selepas ini kita akan memasuki perbincangan tentang isu – isu pembelajaran sejarah di Malaysia
serta bagaimana inovasi dalam pembelajaran sejarah akan menjadi pendorong kepada melahirkan
masyarakat Malaysia yang bertamadun berdasarkan indikasi yang telah dinyatakan tadi.
23

(Khaldun, 1966)
(al-Attas, 1972)
25
(Hamid, 1983)
24

17 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Realiti Pembelajaran Sejarah di Malaysia

Penulis merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti sistem pembelajaran sejarah sejak di
sekolah menengah. Kini, penulis sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di
peringkat universiti. Berbekalkan pengalaman sendiri mahupun mereka yang lebih tua daripada
penulis menjadikan penulis mampu merumuskan tentang realiti pembelajaran sejarah kini di
Malaysia. Di samping itu, penulis juga akan selitkan data – data yang diperolehi hasil daripada
soal selidik beberapa orang responden tentang isu ini sebagai mengukuhkan hujah penulis.

Apabila kita sudah memasuki ke alam Abad ke-21, konsep pembelajaran telah terbahagi kepada
dua bentuk. Pertama, pengajaran konvensional dan kedua pengajaran baharu. Perbezaan antara
kedua-dua bentuk ini tertelak pada metodologi pembelajaran tersebut dijalankan. Pengajaran
konvensional iaitu pembelajaran yang bersifat tradisional menjadikan konsep berpusatkan guru
sebagai tunjang utamaya manakala pengajaran baharu pula sebaliknya iaitu menjadikan konsep
pembelajaran berpusatkan pelajar. Maka, realiti pembelajaran mata pelajaran Sejarah di negara
kita ini masih lagi berada di takuk yang lama iaitu masih lagi menggunakan kaedah pembelajaran
secara tradisional yang berpusatkan guru. Prof. Dato’ Mohamed Amin Embi menjelaskan apakah
itu pembelajaran berpusatkan guru :
“Dalam konsep berasaskan kandungan dan berpusatkan guru, pengajaran dan pembelajaran
cara lama adalah bersifat formal. Daripada sudut aktiviti interaktif, komunikasi dengan pelajar
menjadi terabai dan interaksi antara pelajar sedikit sebanyak sebenarnya tidak wujud.” 26

26

(Embi, 2016)

18 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Kemudian, perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) sebahagian besar hanya
bergantung kepada guru semata-mata tanpa melibatkan pelajar. Justeru pembelajaran menjadi
lesu dan tidak bermaya. . Prof. Dato’ Mohamed Amin Embi juga ada menjelaskan bagaimanakan
proses pembelajaran seperti ini berlangsung. Kata beliau :
“Komunikasi yang berlaku lazimnya adalah sehala daripada pengajar kepada pelajar dan
seperti biasa ianya adalah dalam soal jawab (Q & A). Dalam konsep aktiviti pengejaran dan
pembelajaran tradisi, kejayaan dinilai terutamanya melalui kefahaman setiap individu pelajar,
bagaimana kefahaman itu kekal dan dapat diulang kendungan yang disampaikan itu.” 27
Maka, daripada penjelasan yang diutarakan oleh Prof, Dato’ Mohamed Amin Embi , dapatlah
kita membuat kesimpulan bahawa begitulah sebenarnya realiti pembelajaran mata pelajaran
Sejarah yang mendominasi negara kita. Maka, beberapa cadangan akan disampaikan melalui
kertas pembentangan ini.

Cadangan Inovasi

Mengapa perlunya inovasi ? Inovasi diperlukan sebagai salah satu cara kita bertindak balas
terhadap segala cabaran yang mendatang. Cabaran yang dimaksudkan dalam konteks
perbincangan dalam kertas kajian ini ialah tentang kekurangan – kekurangan dalam pendekatan
pembelajaran sejarah di negara kita, Malaysia.
Hal ini selari dengan teori ‘challenge and response’ yang diutarakan oleh Arnold Toynbee. Maju
atau mundurnya sesuatu tamadun bergantung kepada sambutan (response) terhadap sesuatu
27

(Embi, 2016)

19 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

cabaran (challenge) yang datang. Hal ini bermaksud, apabila ada aksi, baru akan timbul reaksi
samada menerima atau menolak.28 Begitulah yang diungkapkan oleh Dr. Abdul Rahman Hj.
Abdullah melalui buku beliau yang bertajuk Gerakan Penjajahan dan Anti Penjajahan Tanah
Melayu 1511 – 1957.
Inovasi yang dicadangkan adalah berdasarkan apa yang terdapat dalam rangkaian terminologi
pembelajaran yang digunakan sehingga kini dalam dunia pendidikan. Seperti mana yang
dinyatakan sebelum ini, cadangan tersebut juga akan memberi kesan secara langsung kepada
punca mata pelajaran ini kurang diminati dan seterusnya mencapai objektif dalam pembelajaran
sejarah.

Menurut Dr. Baharuddin Ahmad, antara terminologi pembelajaran dapat dirumuskan melalui
jadual berikut : 29

No.
1.

Terminologi
Pendekatan Pembelajaran

Keterangan
Latar pedagogi dan psikologi yang dilandasi dengan falsafah
tertentu yang dipilih agar tujuan pembelajaran dapat dicapai
secara optimum.

2.

Strategi Pembelajaran

Suatu rangkaian aktiviti yang berkait dengan pengurusan
pelajar, pengelolaan persekitaran belajar, pengelolaan
sumber belajar dan penilaian untuk mencapai tujuan
pembelajaran.

28
29

(Abdullah, 2016)
(Ahmad D. B., 2015)

20 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Jadual 2 : Terminologi dalam Pembelajaran

Sebagai memberikan gambaran secara umum tentang inovasi yang dicadangkan, penulis telah
meringkaskannya dalam jadual berikut :

No.
1.

Terminologi
Pendekatan Pembelajaran

Cadangan Inovasi
1. Meningkatkan

kemahiran

profesional

tenaga

pengajar.
2. Memperkasakan

pengaplikasian

konsep

pembelajaran berpusatkan pelajar.

2.

Strategi Pembelajaran

1. Buku teks sejarah interaktif.

Jadual 3 : Cadangan Inovasi Mengikut Terminologi Pembelajaran

Setelah menyenaraikan secara ringkas bentuk-bentuk inovasi yang dicadangkan, seterusnya
penulis akan menerangkan pula satu per satu secara terperinci berkenaannya.

1. Meningkatkan Kemahiran Profesional Tenaga Pengajar.
Guru atau pensyarah merupakan tunjang kepada hidupnya sesuatu sesi pembelajaran di kelas.
Maka, kefahaman pelajar secara langsung bergantung kepada bagaimana cara penyampaian di
dalam kelas. Sehingga kini, komen – komen negatif tentang pembelajaran sejarah masih tetap
ada. Adakalanya guru atau pensyarah hanya mengambil inisiatif untuk sekadar membaca sahaja
buku teks dengan alasan apa yang ada di dalamnya akan ditanya dalam peperiksaan. Maka, akan
21 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

timbulah suasana bosan bahkan pelajar akan menjadi mengantuk sehingga tidak dapat
memahami topik yang dipelajar mereka.
Prof. Dato’ Dr. Mohamed Amin Embi dalam Teks Syarahan Perdana beliau ada menyebut
beberapa cadangan dalam usaha untuk mentransformasi pembangunan dan latihan berbentuk
profesional untuk para pendidik Abad ke-21. Antaranya ialah pensyarah (pendidik) perlu diberi
bimbingan khusus mengenai cara mengintegrasikan pelbagai aplikasi interaktif Web 2.0 dalam
pembelajaran. Kemudian, pembangunan profesional pensyarah (pendidik) harus merangkumi
pendedahan kepada pembelajaran mudah alih
secara flipped.

32

30

, pembelajaran teradun

31

dan pembelajaran

Terakhir, pembangunan profesional pensyarah (pendidik) harus merangkumi

pendedahan kepada pelbagai teori pembelajaran termasuk Kognitivisme, Konstruktivisme dan
Connectivism serta Reka Bentuk Pengajaran dan Andragogi. 33
Dengan peningkatan kemahiran secara profesional dalam kalangan pendidik khususnya yang
mengajar mata pelajaran sejarah secara tidak langsung akan membuka ruang-ruang inovatif
dalam kalangan mereka untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Adalah amat menyedihkan apabila mata pelajaran ini masih lagi diajarkan secara konvensional
sungguhpun pelbagai kaedah dan metodologi pembelajaran yang baharu sudah ditemui untuk
mata pelajaran yang lain.

30

Penggunaan teknologi mudah alih untuk memudah dan menggalakkan pembelajaran di mana-mana dan pada
bila-bila masa.
31
Pelajar menggunakan pembelajaran mereka sebelum ini, menimba pengetahuan baharu dan mencetuskan daya
cipta mereka untuk menangani permasalahan dunia sebenar dengan menggunakan pelbagai alat secara langsung
atau tidak langsung.
32
Konsep pedagogi yang menggantikan format biasa kuliah dalam kelas dengan peluang mengenali konsep dan
melihat bahan-bahan di luar kelas.
33
(Embi, 2016)

22 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Dalam menghadapi realiti dunia pendidikan pada Abad ke-21 ini, seharusnya kita cakna dengan
perubahan yang berlaku kepada dunia kerjaya sebagai seorang pendidik. Kita perlu mengetahui
apakah ciri-ciri seorang pendidik yang berkesan dalam menghadapi dunia pendidikan Abad ke21 ini. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Amin Embi ada menyenaraikan sebanyak empat ciri utama
pendidik yang berkesan pada Abad ke-21 ini. Empat ciri tersebut dirangkumkan menjadi empat
akronim yang berikut :
A – Awareness of the 21st century learners and learning (kesedaran pelajar dan pembelajaran
Abad ke-21).
T – Transforming teaching to prepare students for tomorrow’s world (mentransformasikan
pengajaran bagi mempersiapkan pelajar untuk masa akan datang).
C – Centurizing the curriculum to make it relavant to the 21st century education (mengabadkan
kurikulum agar relevan dengan pendidikan abad ke-21).
G – Going Green, going diGital and going Global (ke arah Budaya Hijau, Digital dan Global). 34
Hal ini demikian kerana adalah seharusnya para pendidik perlu sedar bahawa generasi yang
mereka hadapi kini tidak sama dengan generasi yang sebelum ini. Mereka ini dikenali sebagai
Generasi Z atau Gen-Z yang lahir di antara tahun 1996 sehingga 2009.

35

Oleh sebab pelajar pun

sudah mengalami perubahan, maka adalah menjadi keperluan untuk cara pembelajaran juga
diubah bagi meneruskan keberlangsungan pembelajaran mata pelajaran Sejarah ini khususnya
agar menjadi lebih efektif.

34
35

(Embi, 2016)
(Embi, 2016)

23 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Pihak-pihak yang berwajib seperti pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri boleh
melakukan satu transformasi dalam memartabatkan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di
semua peringkat baik di sekolah menengah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Transformasi
tersebut haruskan berfokuskan kepada latihan kemahiran yang pelbagai kepada para tenaga
pengajar mata pelajaran ini. Sungguhpun Kertas 3 bagi mata pelajaran Sejarah Sijil Pelajaran
Malaysia sudah diperkenalkan misalnya, namun itu masih tidak cukup untuk menyemai dan
memupuk semangat cintakan sejarah dalam kalangan pelajar. Hal ini, boleh jadi mereka hanya
akan menyalin semata-mata fakta-fakta serta penerangan-penerangan yang berkaitan tanpa
memahaminya dengan baik. Semua ini dilakukannya adalah sekadar untuk mendapatkan pangkat
lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia disamping mata pelajaran Sejarah ini merupakan mata
pelajaran wajib lulus bagi menyambung pelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi.
2. Memperkasakan Pengaplikasian Konsep Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Prof. Dato Dr. Mohamed Amin Embi berkenaan konsep
pembelajaran yang berpusatkatkan guru seperti yang digunapakai hari ini, kita seharusnya sedar
dan cakna akan impaknya. Dalam proses pembelajaran mata pelajaran Sejarah baik di sekolah
mahupun di universiti, kaedah pembelajaran secara konvensional ini telah menjadi punca kepada
mengapa mata pelajaran ini kurang diminati oleh para pelajar. Justeru, kaedah pelbagai kaedah
pembelajaran yang berpusatkan pelajar perlu diterokai dengan lebih luas lagi bagi membolehkan
para pelajar turut sama menyertai proses pembelajaran mata pelajaran ini di dalam kelas dengan
baik.

24 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Terdapat dua kayu ukur yang boleh digunakan untuk menilai sejauh mana proses pembelajaran
itu memenuhi kriteria pembelajaran berpusatkan pelajar. Pertama; wujudnya kolaborasi sesama
pelajar dan dengan guru tentang situasi permasalahan. Kedua; idea-idea dibina secara kolaborasi
terhadap pengalaman sebenar. 36
Berikut diberikan beberapa contoh aktiviti pembelajaran di yang memenuhi kriteria sebagai
pembelajaran berpusatkan pelajar :
Bil.
1.

Aktiviti

Faedah

Menggali ubi.

Pelajar dapat merasai bagaimana nenek
moyang mereka hidup dengan memakan ubi
pada Zaman Darurat suatu ketika dahulu.

2.

Membina

model

bangunan-bangunan Pelajar dapat mengetahui sejarah pembinaan

bersejarah.

sesebuah bangunan bersejarah serta dapat
mengetahui setiap aspek dan ciri-ciri dalam
binaannya dengan lebih terperinci.

3.

Lakonan

tentang

kehidupan

seseorang Pelajar akan lebih mengenal tokoh-tokoh

tokoh dalam sejarah.

tersebut disamping mengatahui sumbangansumbangannya.

4.

Melukis

dan

melabelkan

berkaitan

tentang

sesuatu

peta

yang Pelajar akan secara tidak langsung akan

topik

yang menghafal peta, kedudukan serta tempat-

dipelajari. Seperti peta Kerajaan Rom.

36

(Embi, 2016)

25 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

tempat

yang

berkaitan

dengan

topik

tersebut.

Jadual 4 : Antara Contoh Aktiviti Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Dalam keempat-empat contoh aktiviti pembelajaran di atas, kesemuanya melibatkan pelajar dan
memerlukan kolaborasi dengan rakan sekelas dan guru merkea. Selain daripada maklumatmaklumat asas yang disampaikan daripada buku teks oleh tenaga pengajar, pelajar juga dapat
meluaskan ruang lingkup subjek melalui aktiviti kolaborasi tersebut seterusnya akan terwujudlah
pembelajaran berpusatkan pelajar itu. Selain itu, dengan cara ini dapat membaiki cara
berinteraksi dalam kalangan pelajar berbanding dengan cara lama yang menjadikan para pelajar
pasif di dalam kelas.
3. Buku Teks Sejarah Interaktif
Bertunjangkan gaya hidup kini yang semuanya berada dihujung jari, adalah sesuatu yang
merugikan apabila kita tidak dapat memanfaatkan kemudahan teknologi yang ada demi
kemajuan pendidikan kita. Konsep ‘Sejarah Interaktif’ adalah sangat relevan untuk
memanfaatkan kemajuan teknologi yang semakin kehadapan. Konsep ini adalah merupakan satu
alternatif bagaimana untuk menyampaikan nilai – nilai serta pengetahuan sejarah dalam bentuk
yang ringan dan tidak membosankan.
Apakah yang dimaksudkan dengan buku teks sejarah interaktif ? Buku teks sejarah interaktif
bermaksud sesebuah buku teks yang berperanan 2 dalam 1 yang berperanan sebagai sumber
maklumat secara bertulis dan secara atas talian. Kebarangkalian pelajar mengalami kesukaran
untuk mencari sumber-sumber rujukan yang sepatutnya berkenaan satu-satu topik, maka dengan
26 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

pengaplikasian konsep ini maka ruang-ruang informasi akan terbuka luas kepada pelajar tentang
topik tersebut. Penggunaan QR Code (Quick Response Code) yang merupakan salah satu
pendekatan interaktif turut digunakan dalam konsep ini. Pengaplikasian konsep ini dapat
dirumuskan seperti berikut :

Teks

Imbasan QR Code

Bahan rujukan tambahan

Rajah 4 : Konsep Penggunaan QR Code dalam Buku Teks
Untuk itu, pihak kementerian sekali lagi boleh memainkan peranan dalam mengaplikasikan
kaedah ini. Hal ini kerana ia melibatkan proses menyusunan semula cara penyampaian buku teks
yang sedia ada. Berikut dicadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi melaksanakan
kaedah ini :
1. Perbincangan kandungan bahan tambahan di peringkat kementerian.
2. Bahan-bahan tersebut dimuat naik ke dalam satu platform khas yang hanya mengandungi
bahan-bahan tersebut sahaja seperti di Youtube, laman sesawang atau Google Drive.

27 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

3. Masukkan imej QR Code pada ruangan yang berkaitan dengan rujukan tambahan yang
telah dikumpulkan di dalam buku teks. Arahan seperti ‘imbas untuk tonton : Sejarah
Penubuhan Melaka’ pada bab Kesultanan Melaka di dalam buku teks.
4. Buku teks akan dicetak semula bersama imej QR Code tersebut.
5. Guru atau pelajar dapat mengakses rujukan tersebut hanya dengan mengibas sahaja imej
QR Code tersebut menggunakan telefon pintar mereka.

Rajah 5 : Imej QR Code
Dengan cara ini, secara tidak langsung konsep ini akan menjadi alat bantu mengajar yang baharu
kepada pada pendidik yang mengajar Sejarah. Selain itu, tanggapan buku teks Sejarah adalah
memboasankan dan tidak menarik boleh dibuang disebabkan kini buku teks Sejarah tidak lagi
seperti itu. Tambahan pula, dalam Abad ke-21 ini memerlukan satu inovasi yang bersepadu
dalam meningkatkan kualiti pendidikan kita dan dalam masa yang sama memanfaatkan
kemudahan teknologi yang sedia ada. Hal ini selari dengan apa yang dijelaskan oleh Prof. Dato
Dr. Mohamed Amin Embi :
“Pakar-pakar pendidikan percaya bahawa semenjak tahun 1970-an, teknologi baharu apabila
membabitkan demograf, politik dan ekonomi telah mengubah cara bekerja dan kehidupan sosial

28 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

yang sangat mempengaruhi generasi muda kini. Trend ini menggesa beberapa sarjana
pendidikan untuk membicarakan bahawa kurikulum (kaedah) lama tidak lagi mencukupi.” 37

Rajah 6 : Hasil Soal Selidik
Inovasi yang dicadangkan di atas hakikatnya adalah berkaitan dengan teknik serta pendekatan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) bagi matapelajaran Sejarah. Hal ini selari
dengan hasrat majoriti responden yang telah penulis telah lakukan soal selidik berkenaan
pembaikan matapelajaran Sejarah. Daripada 73 orang responden, seramai 60 orang memilih agar
teknik pembelejaran perlu dibaiki bagi menyemai minat terhadap matapelajaran Sejarah.
Bilangan ini mewakili 82.2 % manakala bakinya iaitu seramai 13 orang yang mewakili 17.8 %
memilih untuk membaiki sukatan pelajarn Sejarah itu sendiri.

37

(Embi, 2016)

29 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

Kesimpulan

Mengimbas kambali poin-poin penting dalam kertas kajian ini, bermula dengan penerangan
tentang disiplin ilmu Sejarah kemudian dengan dinyatakan pula realiti semasa yang dihadapi
dalam proses pembelajaran ilmu ini dan penulis akhiri dengan beberapa cadangan inovasi bagi
merealisasikan hasrat sebagaimana yang dibawa melalui tajuk kajian ini. Maka, sebagai
kesimpulan, penulis akan menghubungjalinkan semula poin-poin tersebut sehingga dapat
memberikan gambaran kepada kita bagaimanakah inovasi ini dapat membantu merealisasikan
hasrat untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bertamadun.

Hasil
Punca ( Tujuan )
Inovasi

Rajah 7 : Proses Melahirkan Masyarakat yang Bertamadun

30 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

•Latihan kepada pendidik.
•Pembelajaran berpusatkan
pelajar.
•Buku Sejarah Ineraktif.

PUNCA
•Pembelajaran pasif.
• Pengajar tiada kemahiran
yang pelbagai.
•Pelajar tidak meminati mata
pelajaran Sejarah.

INOVASI

•Pembelajaran aktif.
•Pengajar dibekalkan dengan
kemahiran yang baru.
•Minat terhadap mata
pelajaran Sejarah mula
timbul.

HASIL

Rajah 8 : Kaitan antara Inovasi, Punca dan Hasil yang akan dicapai
Bermula dengan mengenal pasti masalah, kemudian disusuli dengan inovsi yang lakukan maka
natijahnya, permasalahan-permasalahan tersebut akhirnya akan dapat diselesaikan. Apabila hasil
ini dapat dicapai, secara tidak langsung akan melahirkan individu yang memahami peranan ilmu
Sejarah yang lima itu. Kemudian, apabila individu-individu semakin bertambah, akhirnya akan
membentuk masyarakt. Melalui kefahaman tentang peranan ilmu sejarah yang lima itu juga akan
menjadikan setiap anggota masyarakat seimbang dari sudut pembangunan rohani dan fizikal
yang akhirnya wujudlah sebuah masyarakat yang bertamadun sebagaimana takrifan
‘bertamadun’ yang telah dikemukakan di awal perbahasan.

31 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

BIBLIOGRAFI
Abdullah, A. R. (2016). Gerakan Penjajahan dan Anti Penjajahan Tanah Melayu 1511-1957. Shah Alam:
Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Ahmad Fawzi bin Mohd Basri, M. F. (2009). Buku Teks Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ahmad, A. S. (1979). Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad, D. B. (2015). Pengajaran & Pembelajaran dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: SAM Synergy Media
Sdn. Bhd.
al-Attas, S. M. (1972). Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Baba, S. (2011). Tajdid Ilmu dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Techknowlogic Trading Sdn. Bhd.
Embi, M. A. (2016). Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21.
Bangi: Penerbit UKM.
Hamid, I. (1983). Peradaban Melayu dan Islam . Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Hamka. (2016). Sejarah Umat Islam. Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Hussiin, H. (2010). Sejarah; Dimensi, Isu dan. Kuantan: Penerbit Universiti Malaysia Pahang.
Ibrahim, M. Y. (2013). Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Iskandar, T. (1970). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail, M. R. (2015). Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki. Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Sdn.
Bhd.
Jamil, H. (2003). Teknik Mengajar Sejarah. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Khaldun, I. (1966). Al-Muqaddimah. Kaherah: Dar asy-Sa'b.
Mu'nis, D. H. (2001). At-Tarikh wa al-Muarrikhun. Kaherah: Dar ar-Rasyad.
Othman, M. R. (2015). Sekularisme dan Proses Demokrasi di Turki. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Saat, I. (2007). Ilmu Sejarah; Antara Tradisi dan Moden. Shah Alam: Karisma Publication sdn. Bhd.

32 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6

33 | P E M B E N T A N G A N I C S I ’ 1 6