SEJARAH PERKEMBANGAN DAN KECEMERLANGAN S

AMSS5203


ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN

03

2.0

AYAT-AYAT AL-QURAN DAN HADIS
YANG MENGGALAKKAN MENUNTUT ILMU

3.0

USAHA PENGEMBANGAN ILMU DI ZAMAN PARA
SAHABAT DAN SELEPASNYA


4.0

15

FAKTOR KECEMERLANGAN KEILMUAN
ZAMAN ABBASIYYAH

5.0

05

19

KELESTARIAN BUDAYA
KECEMERLANGAN ILMU

22

6.0


KESIMPULAN

25

7.0

RUJUKAN

28

2

AMSS5203

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN KECEMERLANGAN SERTA
KELESTARIAN KEILMUAN ISLAM

1.0

PENGENALAN


Keilmuan dan keintelektualan memainkan peranan penting dalam
proses pembinaan sebuah negara dan ummah. Ianya juga amat
dititiberatkan oleh Islam dan merupakan tuntutan kerana ilmu merupakan
satu proses pembentukan keperibadian manusia supaya menjadi hamba
Allah SWT yang bertaqwa dan beramal soleh untuk kebahagiaan hidup di
dunia dan di akhirat yang berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadis.
Melalui proses keilmuan juga kita akan sedar tentang tujuan kita diciptakan
serta dapat pula kita membangunkan dunia menurut ajaran Islam. Para
ulama menjadikan ilmu pengetahuan sebagai salah satu syarat yang mesti
dipenuhi oleh setiap khalifah.

Pendidikan juga menjadi saluran penting bagi penerusan budaya
sesuatu bangsa disamping membentuk dan melahirkan suatu fenomena
baru yang dapat mengubah tamadun sesuatu bangsa dan negara.
Pendidikan yang berkesan bukanlah sesuatu yang sudah dicipta secara
semula jadi dan bukanlah berlaku secara kebetulan akan tetapi ia adalah
satu proses yang lama yang berkait rapat dengan kewujudan manusia di
muka bumi ini. Proses ini juga adalah berterusan dan akan terus kekal
selagi wujudnya alam yang fana ini.


Perkembangan keilmuan dan keintelektuan pula berkait rapat
dengan

perkembangan

institusi

pendidikan

yang

menjadi

pusat

penyebarannya. Sejak lahirnya agama Islam hinggalah sekarang institusi
pendidikan Islam telah mengalami banyak perkembangan samada fungsi
mahupun fizikalnya bermula dari rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam
hinggalah institusi pendidikan tinggi Islam masa kini.


3

AMSS5203


Justeru itu tidak dapat dinafikan bahawa Ilmu pengetahuan
merupakan kunci kepada kehidupan seseorang sebagaimana yang amat
dititikberatkan oleh Islam. Ini dijelaskan sebagaimana ayat Al Quran yang
pertama diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW;
Firman Allah yang bermaksud:-

“Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang
telah menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal
darah. Bacalah dengan nama tuhanmu yang Amat Mulia. Yang
mengajar dengan perantaraan pena. Dia mengajar kepada
manusia apa-apa yang tidak diketahuinya”(Al-‘Alaq : 1-5)

Di sini jelaslah kepada kita bahawa kepentingan ilmu dalam
kehidupan seseorang. Individu muslim yang ingin berjaya mestilah

memenuhi kriteria sebagai seorang yang berilmu. Ini dikuatkan lagi dengan
hadis Nabi Muhammad SAW;

“Sesiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah ia berilmu,
dan barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah ia berilmu
dan sesiapa yang menginginkan kedua-duanya maka hendaklah ia
berilmu.” (HR : at-Tirmidzi).

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan
manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait
rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat
pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru Islam mengingatkan tentang
hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Penekanan

terhadap

kepentingan

dan


keperluan

menuntut

ilmu

membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu
pengetahuan dan orang yang berilmu.

4

AMSS5203

Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan
dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam
pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau
persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkaraperkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris.
Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap
bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan

mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrifan dan
ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.

Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada
sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama
itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif
Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam
Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah, sunnah, iman,
ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan.

2.0

AYAT-AYAT

AL-QURAN

DAN

HADIS


YANG

MENGGALAKKAN MENUNTUT ILMU.

2.1

Ayat-Ayat Al-Quran

Di dalam Al-Quran ilmu dapat dimaksudkan dengan pelbagai
makna tetapi di sini cukuplah kita dengan membicarakan pengertian ilmu
itu dalam bahasa melayu sahaja. Ilmu menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka bererti;

1. Pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lainlain.
2. Kajian dalam sesuatu perkara.
3. Hadirnya makna dalam diri seseorang.

5

AMSS5203


Dari segi pemahaman yang mudah, ilmu bermaksud suatu
pengetahuan yang merangkumi pengetahuan yang diperolehi melalui
proses pembelajaran dan aktiviti pembelajaran seperti pemerhatian, kajian,
eksperimen dan sebagainya serta boleh juga diperolehi melalui
pengalaman. Ilmu juga merangkumi pengetahuan mengenai perkara yang
berasaskan kebenaran, kebatilan, keraguan (bimbang atau bingung) dan
syak (was-was). Selain dari itu, ilmu juga berbentuk umum yang meliputi
pengetahuan mengenai hal-hal keduniaan dan akhirat, iaitu ilmu fardhu ain
dan fardhu kifayah.

2.1.1

Tujuan Menuntut Ilmu

1. Memperbaiki Diri

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguhsungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya
Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang
menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan

sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta
orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”. (Al-‘Ankabuut
: 69)

Antara tujuan utama kita dalam menuntut ilmu adalah agar dapat
memperbaiki diri. Memperbaiki diri bermaksud berusaha bersungguhsungguh untuk menambah ilmu pengetahuan serta membawa ibadah dan
juga taraf kehidupan ke tempat yang lebih tinggi dari sebelumnya. Dengan
menuntut ilmu kita secara tidak langsung bukan sahaja mendapat petunjuk,

6

AMSS5203

malah dipimpin ke jalan yang lurus. InsyaAllah yang Maha Tinggi.
Contohnya dengan menuntut ilmu kita dapat;

(a) Mendapat keyakinan yang lebih dalam ibadah.
(b) Solat terasa lebih khusyuk dari sebelumnya.
(c) Peningkatan kerjaya.

Pelbagai lagi nikmat yang akan kita perolehi dalam usaha
memperbaiki diri, malah tidak terhitung dan cukuplah tiga contoh di atas.
Sekiranya kita memahami ayat di atas (Surah Al-‘Ankabuut : 29) nikmat
terbesar adalah mendapat pertolongan dan bantuan Allah yang Maha
Agung.

2. Mensyukuri Nikmat Allah yang Maha Agung

“Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu
pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka
berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah
yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi
kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman". (al-Naml : 15)

Walaupun ayat berkenaan tentang ilmu yang diberikan kepada Nabi
Daud AS dan Nabi Sulaiman AS namun lafaznya umum. Antara nikmat
terbesar yang dikurniakan kepada manusia adalah nikmat akal untuk
belajar dan memahami ilmu dalam menjalani kehidupan di dunia dan
persediaan untuk akhirat. Maka antara tujuan kita dalam usaha menuntut
ilmu adalah sebagai tanda syukur atas segala macam nikmatNya. Dengan
ilmulah kita mengenal cara melaksanakan ibadah dan kategorinya dan

7

AMSS5203

dengan ilmu jugalah kita mengenal kebaikan dan kejahatan maka dengan
ilmu juga kita mengetahui tentang dunia dan akhirat. Maka wajiblah kita
bersyukur atas nikmat yang tak terhingga ini iaitu nikmat akal dan ilmu
pengetahuan.

3.

Menegakkan Agama Islam

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman
keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar
sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya
orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu
yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar
kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali
kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari
melakukan larangan Allah)” (at-Taubah : 122)

Menegakkan agama Islam bermaksud memuliakan, mengamalkan
perintah

dan

larangannya,

melaksanakan

hukum-hukumnya

dan

menyebarkannya dengan pelbagai cara. Samada melalui umat Islam yang
beriman, beramal soleh dan bertamadun; iaitu berpendidikan, mampu
memerintah, adil dan mampu memikul tanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah Allah yang Maha Tinggi di muka bumi. Ia merangkumi
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek
jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan
Al-Quran dan As-Sunnah.

8

AMSS5203

Ayat 122 dari surah at-Taubah itu telah dijelaskan melalui tafsir
Ibn Katsir sebagai dua tugas yang sama berat kerana sebahagian pergi
berperang, sebahagian lagi menuntut ilmu. Ini menunjukkan tingginya
darjat orang yang menuntut ilmu hingga disamakan dengan orang yang
pergi berjihad. Walau bagaimana pun ianya tidaklah bermaksud untuk
meremehkan jihad menentang orang-orang yang memerangi Islam.
Namun kepentingan menuntut ilmu dapat kita lihat dengan lebih jelas di
sini. Kita melihat dari segi faktor semasa sahaja. Antaranya, kita perlu ubah
persepsi kita mengenai contoh fardhu kifayah. Rasanya sejak dari kanakkanak, kemudian dewasa hingga tua kita dihadapkan dengan contoh ini;
iaitu mengaitkan contoh fardhu kifayah hanyalah berkaitan pengurus
jenazah atau orang memandikan, mengafankan dan segala perihal tentang
jenazah. Sebenarnya yang termasuk dalam fardhu kifayah itu antaranya
adalah sebagai ahli tafsir, usahawan, saintis, ahli fizik, pakar kimia, doktor,
pakar komputer, pakar enjin, arkitek dan lain-lain. Mungkin kita melihat
ianya seperti perkara remeh tetapi inilah yang secara tidak sengaja telah
tertanam dalam akal fikiran kira sebelum ini. Akhirnya kita menganggap
fardhu kifayah adalah perkara yang mudah dan memandang ringan
padanya. Akibatnya umat Islam kekurangan tenaga pakar dan mahir dalam
pelbagai disiplin.

2.2

Hadis

1. Dari Anas bin Malik RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda:

"Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap
seorang Islam." (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Hadis yang pertama ini mewajibkan semua muslim dan muslimah
menuntut ilmu. Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya
hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan
9

AMSS5203

sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan.

Maka

wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam untuk apa
sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai fardu ain.
Menurut

kitab

al-Furuq

dan

Tahzib

al-Furuq

bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya-'Ulumuddin dan Imam AsySyafi'i dalam kitabnya ar-Risalah menerangkan telah sepakat alim ulama
bahawa tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga
ia mengetahui lebih dahulu hukum - hukum Allah SWT mengenai perkara
yang hendak dilakukannya itu. Seperti orang yang hendak berjual beli
wajib mempelajari hukum Allah SWT mengenainya dan orang yang
hendak menyewa, memberi sewa, mengupah dan mengambil upah wajib
mempelajari hukum Allah SWT mengenainya. Demikian juga orang yang
hendak sembahyang wajib mempelajari hukum mengenai sembahyang.
Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala
amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah
SWT dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia
telah mentaati Allah

SWT dengan

dua taat dan

sesiapa

yang

tidak

mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka
kepada Allah dengan dua kederhakaan dan sesiapa yang mengetahui
hukum

Allah

dan

tidak

beramal

mengikutNya,

maka

ia

telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan
satu kederhakaan.
Perlu diingatkan, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara
yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan diterima dari orang
Islam

yang

betul-betul

dan

sah ilmunya

serta jujur dan adil dalam

penyampaiannya sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah
SAW yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu
tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari dari guru" dan bukan
semata-mata dari buku-buku, lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orangorang orientalis

yang kebanyakannya mempamerkan kesesatan dari

kebenaran.

10

AMSS5203

2. Dari Abu Bakrah RA, dari Nabi SAW sabdanya:

"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut
ilmu atau orang yang mendengar ilmu atau pun orang yang
mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau
menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya
engkau akan binasa."(HR Al-Bazzar)
Hadis

yang

kedua

ini

menyuruh

supaya

setiap

seorang

menentukan sikapnya terhadap ilmu agama. Setiap orang dikehendaki
menentukan sikapnya terhadap ilmu agama dengan salah satu dari
empat cara iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang
yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama atau
pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan
yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.

Dengan sikap yang demikian seseorang itu lebih terjamin untuk
mendapat keselamatan dan kebahagian samada dalam perkara jasmani
mahupun rohani kerana ianya sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan
yang memimpinnya kejalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk
memilihyang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil. Manakala
golongan yang kelima iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari
empat golongan tersebut maka mereka adalah golongan yang binasa kerana
mereka tidak ada pimpinan yang dapat membezakan di antara yang benar
dan yang salah.

Imam Mawardi menyatakan bahawa orang yang menganggapmilmu
syarak itu tidak mempunyai faedah untuk dipelajarinya dan lebih baik
ditinggalkan sahaja sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan
jauh dan mendapat hidayah serta ia termasuk dalam golongan yang kelima
yang binasa.

11

AMSS5203

3. Dari Muawiyah RA dari Nabi SAW sabdanya:

"Sesiapa
nescaya

yang

dijadikan

dikehendaki

dia

seorang

Allah mendapat kebaikan,
yang

beroleh

fahaman

yang teliti dalam perkara agama dan bahawa sesungguhnya aku ini
hanyalah yang membahagikan, sedang Allah Taala jualah yang
memberi dan sebahagian dari umatku ini tetap terus menjalankan
agama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang
yang menyalahi mereka dapat merosakkan mereka sehinggalah
datang perintah Allah SWT” (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketiga ini pula menerangkan:
i.

Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam
perkara agama:

Di antara ilmu yang utama sekali pada nilaian Allah SWT ialah
ilmu agama yang telah diwahyukannya kepada Rasul-Nya. Sebabnya
kerana ilmu agama ini diturunkan oleh Allah Taala dengan dua tujuan:
Pertama: Kerana mengaturkan hubungan manusia sesama manusia dan
mengatur hubungan manusia dengan Allah `Azza wa Jalla. Dengan ilmu
agama ini Allah SWT mengajar mereka adab peraturan yang jika
diamalkan oleh seseorang akan hiduplah ia dengan saudara-saudaranya dan
manusia yang lain

dalam keadaan kasih mesra dan bersih suci dari

perasaan hasad dengki.
Kedua:

Dengan

ilmu

agama

ini

juga

Allah

SWT

mengajar

mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang dalam
hubungannya dengan Tuhan akan berjayalah ia mencapai keredhaan-Nya.
Iaitu dengan menjadikan dia berkehidupan bahagia di dunia dan mendapat
balasan

yang

sebaik-baiknya

di

12

akhirat

kelak.

Jika

demikian

AMSS5203

natijah mengetahui ilmu agama maka sudah tentu kejahilan terhadapnya
akan membawa kecelakaan di dunia dan pada hari balasan.
Hadis ini menerangkan bahawa ilmu pengetahuan yang selalunya
tiap-tiap

seorang

berusaha

dengan

bersungguh-sungguh

untuk

mendapatnya ialah ilmu pengetahuan yang membawa keselamatan dan
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Maka sesiapa yang Allah kehendaki
beroleh kebaikan disebabkan usahanya yang bersungguh-sungguh nescaya
Allah SWT akan menjadikan dia seorang yang memaahami ilmu agama
dengan secara mendalam kerana agama Islam dan ilmu-ilmunya adalah
dari Allah SWT yang pastinya untuk kebaikan umat manusia di dunia dan
di akhirat meliputi jasmani dan rohaninya.

ii.

Allah SWT jua yang mengurniakan ilmu pengetahuan:

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa sesuatu perkara yang
dihajati tidak akan tercapai melainkan dengan menjalankan usaha yang
bersungguh-sungguh dan menurut peraturan yang tertentu lebih-lebih lagi
ilmu pengetahuan agama. Ianya tetap tidak cukup melainkan dengan
adanya pertolongan dan limpah kurnia Allah SWT dengan memberikan
seseorang itu persediaan untuk memahami makna dan maksud sesuatu
masalah yang dituntut itu sekadar kemampuannya.
Rasulullah SAW telah pun menyampai dan membahagikan segala
apa yang diperintahkan dengan sehabis-habis daya usahanya tanpa
mengutamakan seseorang atau sesuatu kaum yang lain. Oleh yang
demikian

sepatutnya orang-orang yang menerima itu sama keadaannya

tentang faham dan pendapatnya mengenai perkara yang disampaikan oleh
Rasulullah SAW tetapi apa yang telah berlaku adalah berlainan. Begitu
juga

dikalangan

ulama

untuk menyampaikan ilmu

yang

menjadi waris Rasulullah

SAW

agama dan mereka hanya menyampai dan

menerangkan sekadar yang diilhamkan Allah SWT kepada mereka untuk
berbuat demikian. Berkaitan wujudnya perbezaan fahaman samada dalam
dan

ceteknya, luas dan

sempitnya
13

di

antara

orang-orang

yang

AMSS5203

menerima penyampaian itu mengenai rahsia sesuatu hukum syarak maka
ianya bukanlah tanggungan pihak yang menyampaikan tetapi kefahaman
yang luas dan

mendalam

itu

adalah

kurniaan Allah

SWT

yang

diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki menurut peraturanNya.


iii.

Sebahagian dari umat Nabi Muhammad SAW tetap terus
menjalankan kebenaran.

Dalam hadis ini Rasulullah SAW telah memberikan berita gembira
tentang kebenaran agama Islam. Sifat agama yang diturunkan oleh Allah
SWT ini adalah untuk kebaikan jasmani dan rohani serta kebahagiaan
dunia dan akhirat. Ianya tetap terpelihara sekalipun tidak dihargai
oleh golongan yang hanya mementingkan hal-hal kebendaan semata-mata
sebagaimana yang berlaku muta’akhirin ini.
Walaupun begitu keadaannya agama Islam tetap dilaksanakan oleh
sebahagian dari umatnya dengan tidak terpesong dari ajaran yang sebenar
sehinggalah Allah SWT mematikan semua orang-orang yang beriman dan
beramal soleh. Maka yang tinggal hanyalah orang-orang yang lalai dan
tidak beriman terhadap Allah SWT dan ketika itu berlakulah dan datanglah
hari penghabisan.
Hadis ini secara jelasnya memberi semangat dan menjamin
keselamatan kaum muslimin untuk melaksanakan perintah Allah SWT dan
RasulNya sesempurna ajaran dan tuntutan Islam. Justeru itu jelaslah
bahawa dalil dan bukti dari ayat-ayat al-Quran dan Hadith tentang
kepentingan ilmu di dalam kehidupan manusia.

14

AMSS5203

3.0

USAHA PENGEMBANGAN ILMU DI ZAMAN PARA
SAHABAT DAN SELEPASNYA

3.1

Zaman Khulafa ar-Rashidin
Zaman Khulafa ar-Rashidin adalah merupakan zaman para sahabat

dan ianya termasuk waktu awal berlangsungnya dakwah Islamiyah. Oleh
kerana itu ilmu yang berkembang pada ketika itu adalah ilmu-ilmu yang
lebih spesifik berkaitan keIslaman. Misalnya ilmu fekah, al-Quran dan
hadis. Ilmu-ilmu tersebut diperolehi langsung dari Rasulullah SAW.
Berbekal pengetahuan dan kemampuan yang dimiliki para sahabat
menyampaikan kembali kepada kaum muslimin yang lain. Selepas
kewafatan baginda Rasulullah SAW aktiviti ini terus berkembang dan
berjalan seiring dengan perluasan daerah kekuasaan Islam dan penganut
agama Islam juga semakin tersebar luas. Keadaan ketika itu menyebabkan
orang-orang Islam yang baharu memeluk Islam sangat memerlukan para
ilmuan untuk menjelaskan ajaran Islam dan mendidik mereka. Berdasarkan
keperluan ketika itu para khalifah di zaman

pemerintah Khulafa ar-

Rashidin mengutus para sahabat untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu
di wilayah kekuasaan Islam di pelbagai penjuru pelusuk dunia.

Dalam mengimbangi keperluan di dalam bidang ilmu fekah
contohnya, khalifah telah mengutus para fuqaha untuk menjadi mufti.
Mufti ini adalah merupakan

para cendekiawan dan ahli hukum yang

sekaligus dilantik sebagai hakim untuk mengadili dan menyelesaikan
pelbagai masalah yang dihadapi umat Islam. Para mufti mengajar dan
mengembangkan ilmu fekah di tengah-tengah masyarakat muslimin di
pelbagai pelusuk wilayah kekuasaan Islam. Ianya meliputi Mekah,
Madinah, Basrah, Kufah, Syam, Mesir dan wilayah-wilayah lain.

Perkembangan

dan

kemajuan

ilmu

al-Quran

sangatlah

mengagumkan. Al-Quran yang pada masa Rasulullah tidak dikumpul
secara sistematik. Ianya hanya ditulis di pelepah-pelepah kurma, tulang

15

AMSS5203

unta, kulit biri-biri dan sebagainya. Al-Quran hanya mula dikumpulkan dan
dijadikan mashaf ketika zaman para sahabat. Di zaman Saidina Abu Bakar
RA tulisan-tulisan tersebut dikumpulkan menjadi satu. Program ini
dilanjutkan di zaman Saidina Umar al-Khattab RA menjalankan inisiatif
menyalinnya dalam bentuk lembaran-lembaran. Tanggungjawab seterusnya
diambil oleh Khalifah Uthman

RA dimana al-Quran mula dikumpul,

disalin dan dibukukan. Terdapat empat buah mashaf al-Quran yang terhasil
di zaman pemerintahan Saidina Uthman RA. Naskah pertamanya disimpan
di rumah Khalifah Saidina Uthman sendiri yang dikenal dengan Mashaf
Imam.

Dalam mengajarkan ilmu al-Quran para sahabat sangat berhati-hati.
Mereka sangat teliti dalam mentafsirkan al-Quran agar sesuai dengan apa
yang disampaikan sebagaimana Rasulullah SAW. Di antara para sahabat
yang dikenal memiliki pemahaman yang baik dalam ilmu ini adalah
keempat-empat para Khulafa ar-Rashidin, Zaid bin Sabit, Abdullah bin
Zubair, Abdullah bin Mas‘ud, Abdullah bin ‘Abbas, Ubay bin Ka‘ab serta
Abu Musa al-Asy’ari. Mereka inilah yang menjadi rujukan dalam hal
penafsiran al-Quran di zaman Khulafa ar-Rashidin.

Namun begitu perkembangan ilmu hadis hanya dilakukan secara
hafazan semata-mata. Ianya tidak dibuat dalam bentuk tulisan kerana
dikhuatiri ianya akan bercampur dengan naskah asli al-Quran. Di antara
para ahli hadis yang terkenal ketika itu adalah Abdullah bin ‘Abbas,
Abdullah bin Umar, Abdullah bin Amr, Abu Hurairah, Abu Said alKhudri, Aisyah bin Abu Bakar, Abas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan
Ibnu Mas‘ud.

3.2

Zaman Umayyah

Era pemerintahan Umayyah telah memperlihatkan kebijaksanaan
Khalifah dalam memperluaskan empayar kekuasaan dan pengaruh mereka

16

AMSS5203

yang terhenti di akhir pemerintahan Khulafa ar-Rashidin. Secara tidak
langsung ianya telah menyebabkan pertambahan penganut agama Islam
yang agak drastik walau pun ianya bukanlah suatu paksaan ke atas wilayah
takhluk kerajaan Bani Umayyah. Dalam tempoh 90 tahun hampir di
sekeliling tanah arab termasuk Sepanyol, Afrika Utara, Syiria, Palestin,
Iraq, Parsi, Afganistan dan juga sebahagian wilayah Soviet Rusia telah
berjaya ditakhluki dan dikuasainya. Jika diamati terdapat 3 wilayah penting
yang telah dikuasai oleh Bani Umayyah iaitu menawan Rom di Asia Kecil
termasuk ibukota Konstantinopal, Wilayah di utara Afrika termasuk
penyemberangan selat Gibraltar dan menakluki Sepanyol dan kawalan
terhadap wilayah yang sangat luas di sebelah Asia sehingga ke selatan
India.

Kesan dari perluasan kuasa penjajahan empayar Bani Umayyah ini
ianya secara tidak langsung telah membuka ruang perkembangan ilmu
pengetahuan. Menurut Geoge Zaidan beberapa kemajuan dalam bidang
ilmu berlaku di zaman ini antaranya;

1.

Perkembangan bahasa Arab
Bahasa Arab telah di terima dan dijadikan sebagai bahasa rasmi
pemerintah meliputi seluruh wilayah kekuasaan termasuk Rom dan
Parsi.

2.

Kota Marbad sebagai pusat kegiatan ilmu
Marbad adalah kota kecil yang didirikan oleh Bani Umayyah
sebagai pusat kegiatan ilmu dan kebudayaan. Kota ini memjadi
pusat pertemuan para pujangga, ahli falsafah, ulama, penyair dan
cendikiawan dalam penyebaran ilmu pelbagai disiplin.

3.

Ilmu Qiraat
Ilmu Qiraat adalah salah satu ilmu syariat tertua, iaitu ilmu
berkaitan bacaan al-Qur’an yang telah diajar sejak zaman Khulafa
al-Rashidin dan kemudiannya dikembangkan pada masa Bani

17

AMSS5203

Umayyah. Pada masa inilah lahirnya para ahli Qiraat ternama
seperti Abdullah bin Qusair dan Ashim bin Abi Nujud

4.

Ilmu Tafsir
Untuk memahami al-Quran sebagai sebuah kitab suci ianya
memerlukan Interpretasi pemahaman secara komprehensif. Pada
masa itu minat menafsirkan al-Quran bertambah dikalangan
cendikiawan Islam.

5.

Ilmu Hadis
Ilmu Hadis adalah ilmu yang mempelajari hadis secara mendalam.
Bermula dari pengumpulan, penyelidikan asal-usulnya dan lainlain. Antara ulama-ulama hadis yang masyhur pada masa itu ialah
al-Auzai Abdur Rahman bin Amru, Hasan Basri, Ibn Abu Malikah
dan Asya’bi Amru Amir bin Syurahbil.

6.

Ilmu Fiqh
Pada waktu ini fiqh telah menjadi cabang ilmu sendiri. Di antara
ulama- ulama yang terkenal adalah Sa’ud bin Misib, Abu Bakar bin
Abdur Rahman, Qasim Ubaidillah, Urwah dan Kharijah.

7.

Ilmu Nahwu
Ianya menjadi suatu keperluan masyarakat ketika itu akibat dari
perluasan wilayah di mana bahasa Arab telah menjadi bahasa rasmi
dan pengantara.

8.

Ilmu Geografi dan Sejarah
Ilmu ini adalah salah satu dari ilmu yang lahir pada zaman
pemerintahan Bani Umayyah. Di zaman inilah ilmu-ilmu ini mula
berkembang.

9.

Penterjemahan
Untuk kepentingan perkembangan dakwah Islamiah banyak bukubuku dari bahasa dan literatur lain diterjemahkan. Seperti buku-

18

AMSS5203

buku berkaitan ilmu kimia, ilmu astronomi, ilmu falak, ilmu fisik,
ilmu perubatan dan lain-lain.

4.0

FAKTOR

KECEMERLANGAN

KEILMUAN

ZAMAN

ABBASIYYAH

Kerajaan Bani Abbasiyyah ialah nama yang diberi bagi Khalifah
Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan
Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750
selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan
peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara
perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera
berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada
tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol
menghancurkan Baghdad.
Golongan

Abbasiyah merupakan sebahagian daripada Bani

Hashim (Al-Hashimiyah) kerana merupakan keturunan Al-Abbas bin
Abdul Mutalib bin Hashim, salah seorang bapa saudara Nabi Muhammad
S.A.W dan sempat hidup bersama r.a dan melihatnya sebagai pemimpin
agung umat Islam. Al-Abbas terlibat secara aktif pada zaman Jahiliah iaitu
menguruskan Jabatan Al-Siqayah dan Al-Rifadah.
Menurut kajian keturunan khalifah Abbasiyyah datang dari Saidina
Abbas bin Abdul Muttalib (566-652) yang merupakan salah seorang
daripada bapa saudara Nabi Muhamad SAW. Oleh itu mereka merasakan
diri mereka layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah
keturunan mereka itu. Bani Ummaiyyah pula ialah salah sebuah daripada
golongan dalam kaum Quraish yang berlainan daripada keturunan nabi.
Muhammad ibni Ali yang merupakan cicit kepada Saidina Abbas
menjalankan kempen untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada
keluarga Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan Khalifah Umar bin
19

AMSS5203

Abdul Aziz. Di bawah pemerintahan Bani Abbasiyyah ini Islam telah
melalui suatu zaman kegemilangannya. Perkembangan ilmu Islam terus
kita dapat lihat dengan jelas di era pemerintahan ini. Ini terbukti dengan
berkembangnya ilmu dengan lebih pesat lagi. Pada masa Daulah
Abbasiyah kemajuan di bidang pendidikan sangat mengagumkan.
Kemajuan ini tidak lepas dari keadaan ketika itu di mana kehidupan
ekonomi dan politik telah dibangunkan dengan begitu stabil sekali. Perkara
ini berlaku di era pemerintahan Harun ar-Rasyid dan puteranya, alMa‘mum yang merupakan suatu zaman kegemilangan Daulah Abbasiyah.
Pada ketika itulah didirikan Baitul Hikmah yang digunakan sebagai pusat
kebudayaan dan kajian ilmu pengetahuan. Maka munculah kegemilangan
pelbagai disiplin ilmu yang berpusat di kota Baghdad ini.

Berdasarkan beberapa kajian yang lakukan oleh para sarjana
terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya kecemerlangan
keilmuan di zaman ini. Faktor-faktor ini telah disumbangkan oleh;

1.

Sistem pentadbiran
i.

Kerajaan ini mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang
sistematik dan mantap yang diketuai oleh seorang khalifah.

ii. Bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dasi masa ke semasa.
iii. Mewujudkan jabatan-jabatan baru untuk melicinkan lagu
pentadbiran Negara.

2.

Sistem ekonomi
i.

Memberi tumpuan kepada 3 sektor utama iaitu pertanian,
perindustrian dan perdagangan.

ii. Memperbanyakkan usaha-usaha untuk memajukan sektor ini
dilakukan agar ia tetap memberi hasil kepada negara dan rakyat
iii. Infrastruktur fizikal dan intelektual diberi kepada rakyat seperti
hospital,

sekolah,

perpustakaan,

sebagainya.

20

pusat

perniagaan

dan

AMSS5203

3.

Sistem Pertahanan
i.

Perubahan drastik dilakukan dengan memberi peluang kepada
orang bukan arab menyertai pasukan ketenteraan.

ii. Dasar pertahanan diubah daripada hanya memberi tumpuan
kepada

perluasan

kuasa

kepada

aktiviti

membendung

pemberontakan dari dalam.

4.

Kestabilan politik
i.

Dengan memberi perhatian serius kepada pembasmian
pemberontakan dan perbalahan antara puak.

ii. Dasar politik yang harmoni kerajaan abbasiyah.
iii. Memberi layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira
bangsa dan keturunan.
iv. Menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara
luar.

5.

Kedudukan Baghdad yang strategik
i.

Ianya berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan
barat.

ii. Ianya menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan
sarjana timur dan barat.

6.

Perpaduan antara kaum
i.

Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti Turki,
Parsi dan Arab.

ii. Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam
kerajaan.
iii. Orang bukan Islam juga diberi layanan baik selagi mereka
tidak mengkhianati kerajaan Islam dengan cara bebas
mengamalkan ajaran agama masing-masing.

21

AMSS5203

7.

Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat
i.

Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang
muamalat menurut islam

ii. Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil
dari cetusan idea dan hukum hakam yang dihurai oleh para
cendekiawan islam dalam konsep muamalat

5.0

Kelestarian Budaya Kecemerlangan Ilmu

Budaya ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan atau suasana yang
menunjukkan setiap lapisan masyarakat baik secara langsung ataupun tidak
langsung terlibat dengan kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap
kesempatan atau peluang. Dalam hal ini segala tindakan manusia baik pada
tahap individu lebih-lebih lagi diperingkat masyarakat diputuskan dan
dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Maka kepentingan budaya
ilmu ini amatlah memainkan peranan yang sangat bermakna. Ianya
bertujuan untuk;

i.

Melahirkan insan yang seimbang
Insan yang baik dan seimbang itu ialah manusia yang dapat menilai
atau mengukur sesuatu perkara itu baik atau buruk mengikut ukuran
neraca Islam. Di samping itu bijaksana dan kecekapan perlu dalam
segala tindakan untuk mencapai kemajuan atau tamadun bangsa dan
negara. Jiwa seimbang bermaksud seimbang dari segi kekuatan
rohani, intelektual, emosi dan jasmani

ii.

Melahirkan masyarakat yang berilmu
Matlamat ke arah pembudayaan ilmu ialah untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu dan cintakan ilmu. Masyarakat yang
inginkan kebenaran dan meletakkan ilmu pada kedudukan yang

22

AMSS5203

tinggi. Masyarakat yang sentiasa berlumba-lumba memiliki ilmu,
memperkembangkan, memanfaatkan dan menghayati ilmu untuk
kepentingan seluruh manusia dan alam sejagat. Masyarakat ini
bukan sahaja mahukan ilmu-ilmu yang bersifat keagamaan untuk
akhirat tetapi juga mengambil keutamaan dalam ilmu-ilmu
keduniaan seperti politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi dan
sebagainya.

iii.

Melahirkan masyarakat yang berketrampilan
Masyarakat yang membudayakan ilmu adalah masyarakat yang
mempu menangani segala permasalahan dan segala tugas yang
diamanahkan, bekerja kuat dan beristiqamah terutamanya dalam
hal-hal yang memerlukan ilmu sebanyaknya.

iv.

Melahirkan masyarakat yang berakhlak/bermoral
Hasil atau kesan maysrakat berbudaya ilmu itu ialah mampu
membina negara dan bangsa yang bertamadun. Pendidikan dan
penghayatan ke atas ilmu akan melahirkan pakar-pakar yang
diperlukan untuk menuju sebuah negara maju dan berwawasan.

5.1

Ciri-ciri masyarakat berbudaya ilmu

Cendikiawan

dalam penjelasan tentang budaya ilmu ada

menyatakan antara ciri-ciri masyarakat berbudaya ilmu itu ialah:

i.

Mencari ilmu
Ciri budaya ilmu yang pertama adalah usaha-usaha mencari ilmu
dengan pelbagai kegiatan melalui aktiviti-aktiviti yang boleh
menggalakkan perkembangan budaya ilmu seperti membaca,
meneliti, melihat dan yang pentingnya ialah usaha-usaha berfikir.
Selain dari kegiatan berwacana, berbincang, berseminar, berdiskusi
dan sebagainya.

23

AMSS5203

ii.

Mengembangkan ilmu
Ciri budaya ilmu yang kedua adalah bersabit dengan usaha
mengembangkan ilmu. Maksudnya ilmu bukan semata-mata
dihadkan kepada diri sendiri malah untuk faedah yang luas dan
menyeluruh.

Manusia

hendaklah

bersungguh-sungguh

untuk

mengkaji dan menerokai pelbagai bidang ilmu. Niat mereka pula
adalah untuk memanfaatkan manusia seluruhnya. Mereka mencatat
dan merakamkan segala pendapat, menulis dan berkarya supaya
ilmu itu dapat disebarkan dan dikongsi dengan manusia lain dan
diwariskan kepada generasi seterusnya.

iii.

Mengamalkan dan menggunakan Ilmu
Ciri ketiga ialah ilmu dijadikan sebagai panduan dalam setiap
kegiatan. Mereka meletakkan ilmu di hadapan mengatasi emosi
atau perasaan dalam setiap keputusan dan amalan. Mereka
menggunakan ilmu sebaik-baiknya supaya dapat mendatangkan
kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan. Mereka mencipta
pelbagai teknologi dan alat kemudahan yang boleh memberi
sumbangan serta memenuhi keperluan-keperluan dari segi fizikal,
mental dan rohani. Begitulah juga kebahagiaan dan kesejahteraan
hidup mereka.

iv.

Mewujudkan Perhubungan Yang Baik
Ciri yang keempat ialah menyentuh secara khusus perhubungan di
antara manusia dengan ilmu, penuntut dengan guru, masyarakat
dengan ilmuan dan ulama. Justeru itu ilmu disanjung kerana
intipatinya ialah kebenaran maka orang-orang yang berilmu dan
pengembang ilmu akan dihormati dan dimuliakan. Maka di sini
lahirnya adab pelajar menghormati guru, orang alim, cendiakawan
dan ulama. Perhubungan yang baik dan adab ini penting untuk

24

AMSS5203

membolehkan

ilmu

tersebut

mendatangkan

berkat

kepada

pemiliknya.

v.

Menegakkan Kebenaran
Ciri yang kelima berkait rapat dengan komitmen manusia untuk
menegakkan dan memperjuangkan kebenaran dan menolak
kebatilan serta kepalsuan. Hal ini seharusnya menjadi panduan
hidup dan nilai tara yang mutlak dalam merumus dan membuat
keputusan. Keputusan ini dibuat dengan teliti melalui perbincangan
dan

musyawarah.

Maka

terhasilah

keputusan

daripada

pertimbangan akal yang bersih dan jiwa yang murni. Keadaan ini
mencerminkan keihklasan, kejujuran dan keadilan yang akhirnya
menghasilkan natijah yang baik dan positif kepada diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

6.0

Kesimpulan

Matlamat ke arah pembudayaan ilmu ialah untuk melahirkan
masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di
tempat tertinggi dalam sistem nilai hidup mereka. Masyarakat dalam
kelompok

ini

memperkembangkan,

sentiasa

berlumba-lumba

memanfaatkan

dan

untuk

menghayati

memiliki,
ilmu

untuk

kepentingan kehidupan seluruh manusia dan alam sejagat. Antara ciri-ciri
masyarakat

madani

ialah

masyarakat

berilmu

dan

bertamadun

berlandaskan kepada tamadun ilmu. Untuk tujuan itu, kita perlu membaca
bahan yang dapat dikatogerikan sebagai ilmu sebaliknya kurangkan dan
elakkan daripada membaca bahan bacaaan yang hanya memenuhi “budaya
perasaan” kerana bahan seperti ini hanya akan meransangkan nafsu,
merosakkan jiwa serta melemahkan akal kita. Membaca bahan bacaan yang
boleh menyegarkan minda serta jiwa akan mencetuskan kesedaran dan
keinsafan yang mendalam dalam diri seseorang.

25

AMSS5203

Sesungguhnya dalam membina jati diri muslim, ilmu sangat
diperlukan sebagai satu nilai yang tidak dapat dipisahkan dari individu
mahupun masyaraka. Al-Quran dan hadis banyak menjelaskan tentang
kepentingan ilmu agar umat Islam menjadi kuat melalui individu, keluarga
dan seterusnya masyarakat. Bagi melahirkan masyarakat berilmu, mereka
perlu dijelaskan tentang konsep ilmu dalam Islam agar mereka tahu dari
sudut makna dan kedudukan ilmu-ilmu dalam Islam. Tanpa mengetahui
konsep ilmu ini mereka akan tersalah tafsir dan mudah dipesongkan oleh
pihak-pihak lain terutamanya musuh-musuh Islam dan pihak barat yang
akhirnya meletakkan akal lebih tinggi dari ilmu wahyu.

Wujudnya budaya ilmu dalam kehidupan kini bagi masyarakat dan
individu Melayu Muslim kini sangat diperlukan bagi memastikan
kesinambungan dan kekuatan bangsa Melayu agar mereka terus dihormati
dan digeruni oleh pihak lain atau bangsa-bangsa lain. Kita perlu berhijrah
untuk melakukan anjakan daripada satu tabiat yang belum jelas positif
kepada tabiat positif dengan mengutamakan pendidikan. Bayangkan jika
kita boleh melahirkan masyarakat Malaysia seperti masyarakat yang
pernah membina tamadun besar dunia seperti masyarakat Yunani yang
dahulunya tersohor kerana mengutamakan pendidikan. Ini adalah realiti
kehidupan, realiti dahulu, realiti sekarang dan realiti masa depan. Ia adalah
sunnah Allah justeru untuk menjadi pemimpin dunia kita perlulah dengan
sedar menggunakan, mengembangkan, mengkaji dan memanfaatkan ilmu.

Penjelasan budaya ilmu perlu difahami sebagai satu keperluan
dalam membina jatidiri Melayu Muslim. Ciri-ciri masyarakat berbudaya
ilmu, faktor-faktor penggalak dan penghalang kepada budaya ilmu itu serta
cabarannya perlu difahami agar usaha-usaha mengatasi halangan dan
cabaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Dalam mewujudkan suasana budaya ilmu peranan perlu dilakukan
oleh semua pihak yang tidak hanya dibebankan kepada golongan pendidik
semata-mata. Adalah lebih penting juga pihak berkuasa terutamanya

26

AMSS5203

pemimpin sebagai pembuat dasar hendaklah sensitif dengan keadaan
persekitaran agar budaya ilmu ini dapat diwujudkan dalam melahirkan
masyarakat yang cemerlang dan boleh menjadikan negara kita sebuah
negara yang gemilang terutamanya dalam mencapai harapan dan hasrat kea
rah negara maju. Wallahu ‘alam.

27

AMSS5203


RUJUKAN

Hassan Ahmad (2008). Institusi Islam. Kuantan: Universiti Malaysia
Pahang.

Ghazali Darusalam (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Muhammad Zin, Zulkiplie Abd. Ghani dan Abdul Ghafar Hj Don
(2005). Pendidikan Islam di Malaysia Dari Pondok Ke Universiti.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan
Zuraidah A. Majid (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor:
Oxford Fajar Sdn Bhd.

S.M. Zianuddin Alavi (2003). Pemikiran Pendidikan Islam Pada Abad
Klasik dan Pertengahan. Indonesia: Angkasa Bandung.

Hashim Musa (2001). Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah
Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga. Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Melayu.

Mahayuddin Yahaya (2000). Tamadun Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti.

28

AMSS5203


29