KOMUNIKASI INDIVIDU DAN KOMUNIKASI ANTAR

PENGENALAN
Komunikasi secara amnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu komunikasi fizikal dan
komuikasi antara manusia atau individu. Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan yang dapat
dilihat secara kasar seperti jalan raya, kereta api dan kapal terbang. Manakala komunikasi
antara manusia pula, lebih tertumpu kepada perhubungan yang berlaku antara manusia yang
melibatkan penyampaian atau penukaran maklumat daripada seseorang individu kepada
seseorang individu yang lain, sama ada secara bersemuka atau melalui perantaraan seperti
media massa atau media elektronik (Samsuddin A. Rahim, 2003). Komunikasi antara manusia
merupakan suautu disiplin pengajian yang masih baharu di Malaysia. Namun, dalam proses
perkembangan disiplin ilmu ini, konsep dan teoi yang dipinjam daripada disiplin lain telah
menjadi lebih mantap sehingga munculnya teori-teori, paradigma pembelajaran, konsep, dan
juga pendekatan metodologi komunikasi yang tersendiri. Dengan erti kata lain, disiplin
komunikasi antara manusia ini telah mencapai tahap kedewasaan daan kini boeh dianggap
sebagai suatu disiplin ilmu yang telah mecapai suatu tahap kematangan. Dari semasa ke
semasa, teori dan kaedah penyelidikan yang pada mulanya dipinjam daripada bidang-bidang
lain untuk dijadikan asas kajian komunikasi, lama kelamaan telah menjadi mantap untuk muncul
sebagai teori-teori komunikasi yang tersendiri.
Komunikasi antara manusia merupakan suatu unsur-unsur yang penting dalam kehidupan
manusia. Manusia perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk melahirkan pendapat dan
perasaan kita kepada individu lain. Hal ini adalah kerana, manusia tidak akan dapat hidup
keseorangan tanpa berkomunikasi dengan individu lain. Tanpa kebolehan untuk menyampaikan

pendapat dan perasaan kita kepada individu lain, besar kemungkinan individu tersebut akan
merasakan sesuatu kekurangan di dalam hidup individu tersebut. Kita sentiasa berkomunikasi
untuk menyampaikan pendapat dan perasaan seseorang individu kepada individu lain sama
ada melalui tulisan, pertuturan atau percakapan dan perbualan ataupun melalui gerak tubuh
badan, isyarat mata dan air muka individu tersebut.
Memandangkan proses komunikasi telah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup
manusia, ramai daripada individu tersebut telah menganggap kebolehan itu ialah suatu
kebolehan semula jadi yang telah dianugerahkan Tuhan kepada manusia. Dengan itu, secara
tidak langsung, tidak ramai daripada individu tersebut telah cuba untuk belajar meningkatkan
cara-cara berkomunikasi yang betul untuk meningkatkan keberkesanan sesuatu proses
komunikasi itu. Sebenarnya, kebolehan komunikasi seseorang individu itu boleh dipertingkatkan

1

lagi sekiranya individu tersebut berjaya memahami unsur-unsur penting yang wujud dalam
sesuatu proses komunikasi. Pada era globalisasi moden ini, keperluan untuk berkomunikasi
bukan hanya terhad kepada memenuhi keperluan hidup yang asas seperti bertutur dengan
kawan-kawan ataupun dengan sanak-saudara. Tetapi, pada zaman ini kehidupan manusia telah
menjadi semakin kompleks dan menuju kearah suatu pengkhususan. Masyarakat Malaysia
khususnya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada golongan

peniaga, golongan petani, golongan pekerja kerajaan dan juga golongan pekerja swasta. Dalam
setiap aktiviti yang dijalankan, pasti ada seorang ketua yang bertanggungjawab untuk
memantau aktiviti kerja yang sedang dilakukan. Di dalam konteks ini, setiap kelompok perlu
berkomunikasi antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan hidup manusia.
Cara manusia berkomunikasi pada masa kini juga tidak terhad kepada pertuturan dan menulis
surat malahan perkembangan teknologi komunikasi telah menyebabkan perkembangan pesat
dalam bidang percetakan dan elektronik yang membolehkan percetakan buku, majalah dan
akhbar dan juga penggunaan radio, televisyen dan juga perakam video. Dengan adanya
kewujudan system masyarakat yang menuju ke arah pengkhususan serta perkembangan alatalat untuk komunikasi percetakan dan elektronik, komunikasi dalam system masyarakat secara
tidak langsung telah menjadi semakin kompleks dan rumit. Justeru itu, berlakunya peningkatan
dalam kelahiran lebih ramai penyelidik baharu yang telah membuat pelbagai jenis kajian
tentang pelbagai aspek-aspek komunikasi untuk membantu mendalami dan memahami tentang
masalah dan juga perkara-perkara yang boleh mempertingkatkan cara manusia berkomunikasi
antara satu sama lain.
Istilah komunikasi ialah terjemahan secara langsung daripada istilah bahasa Inggeris,
“communication.” Istilah Inggeris ini pula berasal daripada istilah Latin iaitu “communicare”,
yang bermaksud “ to make common” atau mewujudkan suatu bentuk persamaan. Berasaskan
pengertian asas komunikasi yang sedemikian, para pengkaji komunikasi telah memberikan
takrifan mereka berdasarkan maksud dan tujuan penyelidikan yang mereka lakukan. Dapat
dilihat bahawa penyelidikan komunikasi ini telah dikendalikan oleh para pengkaji yang dating

daripada pelbagai bidang. Oleh itu, takrifan yang telah mereka kemukakan terhadap komunikasi
juga telah dipengaruhi oleh bidang ilmu mereka masing-masing.
Menurut Dance (1976), beliau telah menggariskan beberapa dimensi yang bolh diaplikasikan
untuk membezakan konsep komunikasi secara kritikal. Perbezaan tersebut dibuat pada tiga
tahap berikut iaitu tahap pemerhatian, tahap tujuan dan juga tahap perkembangan normatif.

2

Menurut Berelson dan Steiner (1964) pula, komunikasi adalah proses pemancaran maklumat.
Definisi tersebut sebaliknya tidak membuat pertimbangan rujukan hasil kepada komunikasi
berkenaan sama ada berjaya ataupun tidak. Selalunya proses komuikasi ialah sesuatu proses
yang kompleks dan sering berubah mengikut situasi dan persekitaran. Oleh itu, ada kalanya
boleh didapati bahawa komunikasi sebenarnya berada dalam suatu kontinum yang wujud di
antara definisi yang luas, tidak bertujuan dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Manakala,
terdapat juga definisi yang sempit, mempunyai tujuan dan meninggalkan kesan.
Memang terdapat perbezaan di antara pandangan antara para sarjana tentang apa yang
dimaksudkan dengan komunikasi. Sudut pandangan yang berbeza ini juga disebut sebagai
perspektif. Perspektif yang berbeza ini mendorong kepada pertanyaan soalan yang berbeza
dan membuat penyelidikan yang berlainan. Oleh itu, definisi komunikasi perlu dinilai
berdasarkan setakat mana para penyelidik dapat mencapai tujuan penyelidikan mereka. Selain

daripaa itu, terdapat empat unsur asas komunikasi iaitu sumber-penerima (komunikator), mesej,
saluran dan juga penerima. Unsur-unsur tambahan termasuklah maklum balas, gangguan,
kesan dan persekitaran. Model komunikasi cuba menerangkan apa itu komunikasi dengan
mengambil kira unsur-unsur komunikasi. Antara model komunikasi ialah Model Laswell, Model
Matematik atau Model Shannon dan Weaver dan Model Berlo.
Pada keseluruhannya empat perkataan penting dalam takrifan komunikasi ialah pengiriman,
penyebaran, pemindahan dan tindak balas yang diterima. Bagaimanapun, kelompok takrifan
komunikasi boleh dikategorikan kepada empat iaitu takrifan yang menekankan penyebaran dan
pengiriman, takrifan yang menekankan perkongsian makna, takrifan yang menekankan
pembujukan dan juga takrifan komunikasi yang menekankan aspek tingkah laku. Manakala,
komunikasi juga turut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Untuk meluaskan lagi kefahaman
kepada proses komunikasi, fungsi komunikasi juga dapat dikenalpasti untuk menambah
kefahaman yang lebih jelas. Antara fungsi komunikasi ialah fungsi memberitahu, fungsi
mendidik, fungsi membujuk dan juga fungsi menghibur.
Selain daripada itu, komunikasi antara manusia berlaku dalam berbagai-bagai situasi. Ada
kalanya komunikasi berlaku secara bersemuka antara dua individu, ada kalanya pula
komunikasi berlaku melalui perantaraan seperti radio atau akhbar, ada juga ketikanya
komunikasi berlaku hanya dengan menggunakan isyarat-isyarat. Oleh itu, terdapat empat jenis
komunikasi iaitu komunikasi antara individu, komunikasi awam, komunikasi massa dan juga
komunikasi tanpa lisan.


3

1.0 KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU/ INTERPERSONAL
Perhubungan interpersonal ialah cara individu berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang
lain. Pada amnya komunikasi dan perhubungan interpersonal mempunyai objektif bagi
mengurangkan sikap saling tidak mengenali dan tidak mempercayai antara satu sama lain.
Unsur yang penting dalam komunikasi antara individu ialah kepercayaan iaitu kepercayaan
individu lain terhadap diri dan perkataan diri sendiri individu tersebut. Hal ini bermakna bahawa
kemahiran komunikasi interpersonal boleh diaplikasikan untuk memupuk dan juga membina
keyakinan. Perhubungan interpersonal dan komunikasi adalah satu asas penting dalam proses
membantu dan menolong orang lain. Perhubungan interpersonal yang baik adalah jambatan
atau penghubung antara kedua-dua individu. Bagi memupuk kemahiran perhubungan
interpersonal, seseorang individu itu perlu sedar dan mengetahui mengenai beberapa perkara
penting. Antara perkara penting tersebut ialah untuk memahami proses komunikasi berkesan
dan prinsip asas perhubungan individu dan juga cara individu tersebut berkomunikasi,
berinteraksi atau memberi layanan kepada orang lain. Dengan ini, seseorang individu itu akan
menjadi lebih arif mengenai perbezaan antara keduanya iaitu “gap” atau jurang anda. Di
samping itu, individu tersebut juga boleh memupuk “rapport” antara satu sama lain serta
menggunakan strategi yang tepat semasa berkomunikasi. Dalam usaha untuk menghasilkan

komunikasi dan perhubungan interpersonal yang baik, individu seharusnya memberi peuang
kepada diri individu itu sendiri untuk menganalisis dengan penuh kepentingan, mentafsir
dengan kefahaman dan melaksanakan yang terbaik daripada apa yang difahami dan
dipercayai. Komunikasi antara individu adalah amat penting dalam setiap konteks hubungan
sama ada dalam keluarga, hubungan kejiranan, majlis sosial, organisasi, dan dalam kehidupan
bermasyarakat.
1.1 Fungsi Komunikasi Antara Individu
Komunikasi antara individu mempunyai fungsinya yang tersendiri. Walaubagaimanapun,
terdapat beberapa tujuan lain yang lebih khusus untuk komunikasi antara individu.
Antara tujuan komunikasi antara individu ialah untuk mencapai kehendak dirri. Apabila
seseorang individu itu terlibat di dalam sesebuah proses komunikasi, banyak aspek
peribadi seseorang individu itu akan dapat dipelajari dan dicontohi. Tanggapan atau
persepsi kita terhadap individu lain akan lebih berkembang apabila kita berinteraksi
dengan orang lain. Di samping itu, individu juga berkemungkinan besar akan berucap
tentang perkara yang digemarinya atau sekurang-kurangnya untuk melayani perasaan,

4

pemikiran atau tingkah laku seseorang individu tersebut. Sebagai contoh, seseorang
individu akan memperoleh maklum balas mengenai perasaan, pemikiran dan juga

tingkah laku individu lain. Tambahan pula, apabila seseorang individu itu diminta untuk
menyelesaikan sesuatu masalah melalui usaha mewujudkan persefahaman antara
individu dengan individu lain. Misalnya, apabila individu tersebut ingin mengetahui
dengan lebih lanjut tentang keberadaan sesuatu tempat, individu tersebut pasti akan
bertanya tentang arah tempat tersebut daripada individu lain walaupun hubungan
individu tersebut dengan individu lain berlaku dalam masa yang singkat.
Tujuan seterusnya dalam sesuatu proses komunikasi ialah untuk mencari dunia luar.
Selain daripada memahami diri sendiri dan individu lain ketika proses komunikasi,
seseorang individu itu juga berupaya memahami dunia luar seperti tentang objek,
kejadian dan juga individu lain. Lebih banyak maklumat yang dapat diketahui dan
diperoleh daripada hubungan antara individu. Pegangan agama, nilai moral dan sikap
manusia lebih cenderung untuk dipengaruhi oleh hubungan antara individu berbanding
dengan media massa. Misalnya, hubungan peribadi seseorang individu itu dengan
keluarga, ibu bapa dan sanak saudara lebih banyak mempengaruhi sikap dan tingkah
laku individu tersebut dengan orang lain.
Selain daripada itu, tujuan sesuatu proses komunikasi itu berlaku adalah untuk
mewujudkan suatu hubungan yang bermakna. Salah satu keinginan manusia ialah untuk
mewujudkan hubungan yang baik dengan individu lain. Kita sebenarnya suka dikasihi
dan mahu mengasihi. Antaranya melibatkan hubungan persahabatan, kasih sayang dan
rasa saling mempercayai terhadap pasangan tersebut. Apabila hasrat ini tercapai, maka

ia menjadikan hubungan tersebut menjadi sesuatu hubungan yang lebih bermakna.
Seterusnya, tujuan sesuatu proses komunikasi itu berlaku adalah untuk mengubah sikap
dan tingkah laku seseorang individu tersebut. Manusia kerap mengambil masa yang
banyak untuk mengubah sikap dan tingkah laku orang lain dalam perhubungan antara
individu. Kadangkala, manusia lebih cenderung untuk menggunakan kaedah yang
dikenali sebagai pemujukan. Ibu bapa, guru atau ketua mungkin inginkan anak mereka,
pelajar ataupun pekerja mendengar atau mengubah apa yang dilakukan kerana
menganggap anak, pekerja atau pelajar mereka sedang melakukan sesuatu perkara
yang tidak berfaedah atau tidak membawa nilai yang positif.

5

Melaksanakan sesuatu tugas juga antara tujuan sesuatu proses komunikasi.
Komunikasi antara individu juga terjalin dengan tujuan untuk mengendali atau
melaksanakan sesuatu tugas atau perkhidmatan (Shamsuddin, 1993). Dalam sesebuah
organisasi itu, setiap anggota atau staf mempunyai peranan dan tanggungjawab
masing-masing dalam melaksanakan tugas masing-masing. Seorang pengurus perlu
bertindak untuk melaksanakan arahan melalui hubungan antara individu yang lebih
berkesan.
1.2 Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Antara Individu

Dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
hubungan antara individu. Faktor yang mempengaruhi ini tergolong dalam aspek yang
juga dikenali sebagai tarikan. Tarikan ialah kecenderungan seseorang individu itu untuk
menilai individu lain sama ada dalam bentuk positif atau negative. Penilaian tersebut
akan menyebabkan individu tersebut tertarik atau sebaliknya menjauhkan diri daripada
melakukan sebarang interaksi dengan individu lain. Terdapat empat aspek utama yang
sering dibincangkan oleh para ahli komunikasi yang turut mempengaruhi tarikan.
Antaranya ialah faktor kesamaan. Faktor kesamaan itu merangkumi sikap, personaliti
dan keupayaan seseorang individu itu. Sesetengah ahli komunikasi mengaplikasikan
istilah “homopili” atau “hetropili” yang menggambarkan kesamaan atau ketidaksamaan.
Homopili ialah istilah yang menggambarkan darjat pasangan yang berinteraksi antara
suatu sama lain yang turut memiliki suatu kesamaan dalam sifat seperti kepercayaan,
nilai, pendidikan, dan juga status sosial. Hetropili pula merujuk kepada tingkat
perbezaan antara dua pihak individu yang berlainan. Perbezaan atau kesamaan yang
dimaksudkan ini berkait rapat dengan pelbagai aspek seperti umur, agama, pegangan
politik, tahap pendidikan atau kedudukan kewangan.
Faktor lain yang mempengaruhi sesuatu proses komunikasi antara individu melalui
tarikan ialah faktor kedekatan. Kedekatan ialah jarak, proksimiti atau “propinquity”. Jarak
memainkan peranan yang penting kerana jarak memberi peluang kepada sesuatu
hubungan peribadi. Peluang untuk berinteraksi apabila berada pada jarak yang lebih

dekat adalah lebih cerah daripada jika anda berada jauh daripada individu lain.
Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa perkahwinan biasanya bemula
melalui perkenalan semasa di sekolah, di tempat kerja atau di sesuatu kawasan yang

6

sama. Hal ini adalah kerana individu akan saling berinteraksi dengan orang lain yang
sering hampir dengan diri individu tersebut.
Faktor lain yang mempengaruhi komunikasi antara individu melalui tarikan ialah faktor
ganjaran. Manusia sering tertarik dengan individu yang dapat memberi imbuhan atau
dalam erti kata nama lain ganjaran kepada dirinya di samping kos hubungan yang
rendah. Setiap perhubungan mempunyai tujuan yang jelas dan memerlukan
pengorbanan atau kos sama ada dari sudut masa, emosi, imej diri, dan keselesaan.
Daripada keadaan ini, dapat diperhatikan bahawa individu lebih cenderung melakukan
perhubungan yang berada dalam beberapa bentuk misalnya manusia lebih banyak
mengorbankan masa, imej dan emosi tetapi menerima imbuhan atau ganjaran yang
tidak setimpal. Manusia juga banyak mengorbankan masa, imej diri dan emosi tetapi
menerima ganjaran yang besar atau barangkali individu tersebu tidak mengorbankan
masa yang banyak, imej diri atau emosi tetapi menerima ganjaran yang tinggi.
Ganjaran dan pengorbanan yang dilakukan oleh individu tersebut mungkin tidak akan

dapat dinilai. Usaha dan masa bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikira. Begitu juga
dengan ganjaran. Walaubagaimanapun, ganjaran boleh diukur dengan kadar kepuasan.
Sekiranya ganjaran memberikan kepuasan, maka proses komunikasi tersebut boleh
dikatakan sebagai suatu perhubungan yang menarik dan begitu juga sebaliknya. Oleh
itu, dalam membentuk sesuatu perhubungan melalui proses komunikasi, individu akan
mencari sesuatu yang akan memberi ganjaran kepada diri individu tersebut. Namun
begitu, jika individu tersebut berasa bahawa ganjaran itu tidak begitu memuaskan, itu
tidak bermakna bahawa individu tersebut perlu membentuk sesuatu perhubungan yang
baharu.
Seterusnya, faktor yang mempengaruhi komunikasi antara individu ialah sifat peribadi
seseorang individu itu. Sifat peribadi seseorang individu itu merangkumi sifat berbentuk
tarikan fizikal atau sahsiah peribadi individu itu sendiri. Sememangnya faktor yang
menentukan seseorang individu menyukai individu lain berdasarkan pengalaman
individu itu sendiri ialah sahsiahnya yang baik. Majoriti daripada individu menyukai
seseorang itu bukan hanya kerana faktor kesamaan sahaja tetap disebabkan oleh sikap
dan tingkah laku individu tersebut yang baik, berbudi bahasa, saling tolong menolong
dan saling hormat menghormati. Pendedahan kendiri, harga diri, atau pengawalan diri

7

seperti kadar kebimbangan, harga diri yang rendah adalah amat penting dalam konteks
sifat peribadi seseorang individu itu.
1.3 Faktor Yang Menyemarakkan Hubungan
Apabila berlakunya hubungan atau interaksi antara individu, pastinya individu-individu
yang terlibat ingin interaksi atau perhubungan tersebut disemarakkan, diperkukuhkan,
dilanjutkan dan memperoleh kesimpulan atau hasil yang positif. Terdapat beberapa
faktor yang boleh menyemarakkan hubungan interpersonal. Antara faktor-faktor tersebut
ialah pengesahan dan penerimaan. Mesej yang menunjukkan bahawa seseorang
individu itu sedang dinilai boleh dikenal pasti sebagai tindak balas pengesahan. Sebagai
contoh, penghargaan dan pujian itu menunjukkan bahawa seseorang individu itu sedang
menilai individu lain yang telah diterima. Walaubagaimanapun, tidak menjadi suatu
kemestian untuk memuji atau bersetuju dalam mengirim mesej pengesahan. Dalam
beberapa peringkat komunikasi antara individu, mendengar mesej atau maklumat
daripada individu lain juga boleh diambil kira sebagai pengesahan. Namun, sikap yang
mengenepikan penghargaan terhadap orang lain dinyatakan sebagai penafian
pengesahan. Ketidaksetujuan dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai penafian
pengesahan. Contohnya, menyerang peribadi perucap.
Faktor seterusnya yang menyemarakkan komunikasi antara individu ialah iklim
perhubungan antara individu yang baik. Iklim komunikasi cuba digambarkan oleh
beberapa orang sarjana seperti keadaan cuaca yang dapat mempengaruhi kadar
keselesaan seseorang individu itu. Iklim komunikasi itu wujud dalam komunikasi antara
individu dengan sesebuah organisasi. Tompkins (1984) menggambarkan iklim
komunikasi sebagai bersifat suportif dan saling menyokong antara satu sama lain,
bersifat terbuka dan juga persahabatan. Sebaliknya, ikim komunikasi juga boleh bersifat
defensif dan tertutup. Iklim komunikasi mula mendapat perhatian apabila Jack Gibb
menerbitkan kajiannya dalam “Journal of Communication” pada tahun 1961 yang
bertajuk “Defensive Communication”. Hasil kajiannya mengenai hubungan secara
bersemuka dalam kumpulan yang kecil telah diterima oleh para pengkaji selepasnya
sebagai salah satu ciri terpenting iklim komunikasi. Menurut Gibb, iklim komunikasi
boleh dibahagikan kepada dua iaitu defensif dan suportif.
Defensif pula boleh diklasifikasikan kepada enam aspek. Enam aspek defensif pula
terdiri daripada penilaian, kawalan, strategi, berkecuali, keunggulan diri dan kepastian.
8

Manakala suportif pula boleh dibahagikan kepada enam aspek penting iaitu
penghuraian, berorientasikan masalah, spontan, empati, saksama dan kesementaraan.
Selepas angkubah iklim komunikasi yang dikemukakan oleh Gibb, tiga faktor iklim
komunikasi yang sering menjadi topik perbincangan ialah suportif, percaya dan
keterbukaan. Suportif seperti mana yang dikemukakan oleh Gibb ialah mengurangkan
sikap defensif dalam komunikasi. Menurut Gibb lagi, seseorang itu dianggap tidak
suportif apabila tidak dapat menerima, tidak jujur dan empati. Percaya ialah sikap yang
bergantung pada perilaku orang lain, tidak ragu-ragu dan bermakna bahawa individu
tersebut membuka saluran untuk berkomunikasi. Namun begitu, sikap percaya juga
mungkin menurun atau berubah setelah proses komunikasi itu berlaku.
Keterbukaan pula ialah sikap yang menilai mesej secara objektif, keinginan untuk
mencari maklumat sebagai sumber, dan juga bersedia untuk mengubah kepercayaan.
Secara ringkasnya, kepercayaan boleh ditafsir sebagai had di mana individu boleh
menerima, menilai dan bertindak terhadap maklumat luar yang sesuai berdasarkan merit
intrinsiknya tanpa menghalang faktor yang tidak sesuai. Berdasarkan ciri ini,
keterbukaan akan mendorong berlakunya interaksi antara individu, manakala sikap yang
tertutup adalah sebaliknya.
Faktor seterusnya yang menyemarakkan sesuatu proses komunikasi antara individu itu
ialah peringkat hubungan antara individu. Ahli komunikai yang telah membuat kajian
dan beberapa pendekatan mengenai tahap hubungan antara individu. De Vito (1994)
membahagikan tahap hubungan antara individu tersebut kepada tujuh peringkat iaitu
kontrak, penglibatan, kemesraan, rosotan, pembaikan, pembubaran dan pergerakan
antara tahap tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya ke semua tahap-tahap tersebut
dipermudahkan, tahap-tahap ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu permulaan atau
inisiatif, penjagaan dan penamatan atau pembubaran.
1.4 Hubungan Antara Individu Yang Berkesan.
Terdapat pelbagai pendekatan mengenai keberkesanan komunikasi antara individu.
Namun, dapat dilihat bahawa hanya dua pendekatan yang sering mendapat perhatian
dan dibincangkan ialah pendekatan humanistik yang dipelopori oleh ahli psikologi
Abraham Maslow, Gordon Allport dan juga Carl Rogers. Selain daripada itu, pendekatan
pragmatik juga diambil kira oleh para pelopor seperti Paul Watzlawick, William Laderer

9

dan Don Jackson. Tidak dapat dinafikan, Islam juga mempunyai pendekatan yang
tersendiri bagi mencapai keberkesanan komunikasi antara individu.
Pendekatan humanistik menekankan beberapa komponen utama bagi mencapai tahap
komunikasi antara individu yang berkesan. Komponen tersebut ialah bersikap suportif,
positif dan saksama. Suportif ialah apabila sifat keterbukaan dan empati tidak menjamin
komunikasi antara individu yang berkesan sekiranya terdapat suasana komunikasi yang
boleh mengancam individu lain seperti kritikan. Oleh yang demikian, suasana sokongan
yang padu perlu diwujudkan oleh komunikator. Secara umumnya, pendekatan masa kini
membahagikan suportif kepada dua bahagian iaitu yang melibatkan pertuturan dan
tingkah laku.
Saksama pula adalah apabila berkaitan dengan taraf seperti lebih kacak, kaya,
berperwatakan baik atau mempunyai taraf kehidupan yang lebih tinggi. Walaupun
semua individu terdiri daripada taraf kehidupan yang berbeza, hal ini bukan menjadi
penghalang kepada komunikasi interpersonal yang berkesan kerana komunikasi itu
bergantung kepada individu itu sendiri. Namun begitu, komunikasi tidak akan dapat
dijalankan dengan baik sekiranya unsur taraf ini ditonjolkan bagi menampilkan
keunggulan diri sehingga individu tersebut cenderung untuk merendahkan orang lain.
Oleh itu, individu tersebut perlu cuba untuk menyesuaikan diri dengan orang lain pada
tahap mereka berada tidak mengira sama ada lebih tinggi atau rendah.
Pendekatan pragmatik pula menekankan beberapa aspek penting seperti keyakinan,
kesegeraan, mengurus interaksi dan menyampaikan atau meluahkan. Keyakinan ialah
apabila seseorang komunikator yang berkesan mempunyai tahap keyakinan dan
sebarang kebimbangan yang wujud di dalam diri individu tersebut tidak akan dapat
dijangka oleh individu lain. Keyakinan komunikator antaranya ialah ketenangan, banyak
memberi kelonggaran, fleksibel, tidak terikat kepada satu bentuk vokal atau gaya badan
sahaja dan bersifat terkawal.
Kesegeraan pula merujuk kepada penyertaan penyampai atau pendengar dengan
memupuk perasaan minat, cenderung atau rasa kebersamaan. Para penerima akan
berasa mudah tertarik dengan gaya bahasa penyampai yang berkebolehan untuk
mewujudkan rasa minat atau rasa gemar. Secara bukan lisan, penyampai boleh
membentuk rasa minat daripada penerima melalui kontak mata yang sesuai, jarak yang

10

boleh melahirkan rasa minat, senyuman, tanda minat, dan rasa perihatin kepada
individu lain.
1.5 Peringkat Komunikasi/Perhubungan Interpersonal
Komunikasi interpersonal bermula dengan interaksi antara dua individu jika dalam
kawasan yang sama, yang bermula dengan pandangan dan pemerhatian yang
seterusnya membawa kepada persepsi antara satu sama lain.

Penilaian tentang

seseorang individu itu dibuat dari jauh sahaja. Hal ini yang boleh menyebabkan
berlakunya

sesuatu

persepsi

kepada

seseorang

itu

dibuat

berasaskan

dari

pemerhatiannya sahaja. Isunya adalah mengenai ketepatan dan kesahihan persepsi
yang telah dibuat. Persepsi berkemungkinan untuk berubah apabila terjadinya interaksi
yang jelas antara kedua-dua individu seperti percakapan atau perbualan. Persepsi juga
mungkin sekali lagi berubah apabila proses komunikasi yang bermula pada peringkat
maklumat fakta telah ada sentuhan atau penghantaran dan penerimaan mesej yang
melibatkan perasaan.
Mesej, tafsiran mesej, reaksi, maklum balas adalah bentuk-bentuk komunikasi
interpersonal. Reaksi antara satu sama lain adalah berbeza kerana faktor latarbelakang,
pendidikan, pengalaman dan “frame of reference” iaitu kumpulan rujukan individu itu
sendiri. Dalam proses komunikasi individu dan perhubungan interpersonal itu sendiri,
terdapat dua peringkat yng terlibt secara langsung dalam proses komunikasi
interpersonal. Peringkat yang pertama ialah peringkat maklumat. Pada perringkat ini,
interaksi anda melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumt bersifat fakta, idea
dan pandangan. Peringkat ini lebih menggunakan akal dan minda individu semasa
penghantaran dan penerimaan individu. Peringkat perhubungan pula melibatkan
interaksi individu yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat bersifat
perasaan, sikap dan nilai moral.
1.6 Layanan Yang Diharapkan
Perhubungan interpersonal sebenarnya merupakan layanan individu terhadap individu
lain. Terdapat tujuh layanan yang dijangka oleh manusia. Antara layanan tersebut ialah
difahami. Setiap diri individu pasti inginkan diri mereka berasa difahami dan tidak disalah
anggap. Hal ini adalah kerana seseorang individu itu adalah unik berdasarkan ciri-ciri
mereka sendiri. Berdasarkan latarbelakang yang berbeza berserta pengalaman yang
11

berlainan, menyebabkan peribadi dan kelakuan individu itu menjadi pelbagai. Semua
orang tidak mahu dirinya dipersalahkan atau dijatuhkan hukuman atau dituduh melulu
kerana sesuatu sebab yang tidak munasabah. Seterusnya, setiap orang pasti mahu
dirinya diterima oleh masyarakat. Setiap individu pasti meminta dirinya diterima
seadanya tanpa perlu dipersoalkan. Setiap individu pasti mahukan kebebasan asas dan
diberi ruang untuk membentuk peribadi dan personalitinya yang tersendiri tanpa perlu
mengikut acuan atau arahan orang lain dengan syarat kebebasan tersebut tidak
mengganggu ketenteraman orang lain. Apabila wujudnya “standard” atau piawaian yang
sukar diterima oleh orang lain, maka terjadilah singkiran dan penafian.
Layanan seterusnya yang dijangka oleh orang lain ialah dihormati. Tidak dapat dinafikan
bahawa perasaan ingin dihormati merupakan salah satu layanan yang paling diharapkan
oleh semua individu. Setiap orang mahukan dirinya dihormati tanpa perlu melihat taraf
dan kedudukan seseorang individu itu. Rasa hormat yang diminta oleh semua individu
adalah rasa hormat sebagai seorang manusia dan tidak dipersendakan walau apa
sekalipun yang dilakukan, yang dipercayai serta pendirian dan pandangan seseorang
individu itu.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa semua manusia ingin merasa dirinya disayangi.
Sebagai seorang manusia yang normal, sudah menjadi lumrah manusia ingin
berperasaan, berkeinginan untuk disayangi kerana sudah menjadi asas kepada sesuatu
perhubungan ukhuwah yang lebih erat. Tiada individu yang mahu dirinya dipergunakan
di atas tujuan atau kepentingan individu lain. Individu perlu disayangi tanpa sebarang
syarat dan dalam keadaan apa sekalipun.
Selain daripada itu, setiaap individu pasti mengharapkan dirinya diberi perhatian
daripada orang lain. Hal ini adalah kerana pada suatu tahap tertentu di dalam hidup
seseorang individu itu pasti ada satu masa individu tersebut meminta untuk diberi
perhatian

apabila

perhatian

itu

diperlukan.

Seterusnya,

setiap

individu

pasti

mengharapkan diberi sokongan dan bantuan daripada individu lain di sekelilingnya.
Tiada seorang individu sekalipun yang mehu dirinya dijadikan bahan umpatan, kata keji
orang lain, disakiti atau dibiarkan bersendirian tanpa bantuan sesiapa sekalipun.
Tambahan pula, setiap individu pasti mhukan dirinya dipercayai oleh individu lain dan
juga oleh komuniti sekitarnya tanpa melihat paras rupa atau kedudukan. Tiada seorang
pun yang mahu dirinya tidak dipercayai oleh orang sekeliling.

12

1.7 Asas Perhubungan Interpersonal
Perhubungan interpersonal yang baik akan dapat menghasilkan kehidupan yang lebih
baik untuk individu. Bagi mengecapi kehidupan yang harmoni dan mendapatkan
perhubungan interpersonal yang baik, asas yang boleh dijadikan sebagai panduan ialah
melayani orang lain sebagaimana diri sendiri ingin dilayani oleh orang lain. Selain itu,
individu tersebut juga perlu memastikan bahawa dirinya tidak memberikan layanan yang
tidak wajar kepada orang lain sebagaimana dirinya tidak mahu dilayan sedemikian rupa.
Tambahan pula, seseorang individu itu haruslah memberi layanan kepada orang lain
sebagaimana individu tersebut dikehendaki dirinya dilayan meskipun orang lain tidak
melayani sebegitu rupa. Individu juga ditegah untuk memberi layanan yang tidak wajar
kepada orang lain sebagaimana individu itu tidak mahu dilayan sebegitu walaupun
orang lain memberikan layanan yang tidak wajar kepada dirinya.
Dalam usaha untuk mewujudkan perhubungan dan interaksi antara individu yang baik,
terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan. Antara perkara tersebut ialah
seseorang individu itu perlu melayan individu lain seperti manusia dan bukannya seperti
benda ataupun haiwan. Perkara seterusnya yang boleh diberi perhatian ialah untuk
menghormati harga diri dan nilai orang lain sebagai seorang manusia, menghormati hak
individu lain sebagai manusia dan melindungi hak tersebut, mengakui bahawa individu
adalah berbeza mengikut pandangan, persepsi dan pendirian masing-masing, untuk
tidak bersetuju dengan pandangan individu lain tentang beberapa perkara adalh perkara
biasa dan tiada dosa, setiap manusia mempunyai kekurangan masing-masing dengan
syarat kelemahan tersebut tidak terlalu menyusahkan individu lain, mengakui kesalahan
sendiri dan bertanggungjawab mengenainya, menjadi orang yang selesa untuk didekati
dan dikenali, tiada istilah orang jahat sebaliknya mereka hanyalah insan yang lemah,
individu yang mempunyai kuasa perlulah melindungi orang yang lemah dan bukan
hanya menunjukkan kuasa mereka serta menunjukkan penghargaan apabila diri sendiri
dibantu oleh orang lain.
1.8 Membuat Orang Lain Merasa Diri Mereka Penting
Salah satu kemahiran interpersonal dan perhubungan antara individu yang asas ialah
kemahiran untuk membuat orang lain berasa bahawa diri mereka penting. Hal ini bukan
bermakna bahawa seseorang individu itu perlu sentiasa membohongi keadaan ataupun
memberi maklum balas palsu. Sebenarnya, dengan membuat orang lain merasa diri
13

mereka penting akan menggalakkan diri individu itu memberi kepuasan kepada setiap
orang yang berinteraksi dengan individu tersebut bahawa mereka adalah sebahagian
daripada hidup individu tersebut dan kehadiran mereka dihargai dan kerjasama mereka
amat penting dan diperlukan. Untuk membuat orang lain merasa diri mereka penting di
dalam hidup seseorang individu itu, individu tersebut perlulah sentiasa dengari apa yang
mereka perkatakan dan berikan perhatian kepada mereka apabila berinteraksi,
mendengar adalah lebih penting daripada berkata-kata namun individu tersebut perlu
memastikan bahawa dirinya mendengar bukan hanya kerana keterpaksaan, luangkan
masa sepenuhnya untuk mereka apabila mereka ada masalah, individu juga ditegah
untuk menjadikan indivdu yang sedang bercakap sebagai batu loncatan atau sekadar
memenuhkan masa yang terluang.
1.9 Empati
Unsur penting dalam empati ialah kepercayaan. Memperlihatkan empati terhadap
memupuk keyakinan orang lain bahawa dirinya boleh dipercayai terutama dari segi
pandangan dan pendirian. Adakalanya wujudnya keadaan di mana individu tersebut
merasakan bahawa dirinya yang paling betul dan tepat sedangkan orang lain tidak.
Keadaan sebegini menyukarkan lagi keadaan untuk memahami orang lain apatah lagi
untuk memperlihatkan empati kepada orang lain.
Beberapa langkah telah dikemukakan untuk mempraktikkan sikap empati. Antara
langkah-langkah yang telah dikemukakan ialah untuk mendengar secara aktif,
mendapatkan maklumat fakta dan perasaan di sebaliknya, mengesahkan kefahaman diri
sendiri melalui kaedah “paraphrasing” atau “rephrasing”, melihat isu dan pandangan
mengikut kaca mata individu lain serta bersama-sama memahami dan menyelami
perasaan mereka dengan bersungguh-sungguh.
2.0 KOMUNIKASI INDIVIDU/INTRAPERSONAL
Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan
mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang individu itu untuk mengenali
diri mereka sendiri sama ada secara fizikal atau mental. Di samping itu, individu tersebut
juga

boleh

mengenali

apa

keinginan

dirinya,

keperluan

yang

diperlukan

untuk

melengkapkan dirinya serta apa yang perlu dielak daripada memudaratkan dirinya. Hal ini
jug boleh membuat individu tersebut menjadi sangat pasti tentang kehendak dan tahap
keupayaan sendiri. Dalam komunikasi intrapersonal, seseorang individu itu akan berupaya
14

untuk menerima maklumat, mengolah maklumat tersebut dan menghasilkan maklumat yang
baharu berdasarkan maklumat sedia ada. Oleh itu, komunikasi intrapersonal juga boleh
meliputi sensasi, persepsi, memori, dan kemahiran untuk berfikir.
Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal akan dapat mengenali diri mereka
sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan
diri mereka sendiri. Individu sebegini boleh membuat keputusan sendiri tentang hala tuju
hidupnya dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara
fizikalnya, seseorang yang mempunyai kemahiran intrapersonal mungkin akan kelihatan
murung dan mengelamun namun sebenarnya individu sebegini sentiasa berwaspada dan
mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang jelas.
2.1 Menghargai Diri
Seseorang individu yang berjaya menghargai diri sendiri akan dapat menerima diri
sendiri seadanya dan tidak akan membandingkan dirinya dengan orang lain yang
dirasakan lebih baik berbanding dirinya. Individu seperti ini akan sentiasa berasa
bersyukur dengan kelebihan atau kekurangan dirinya. Harga diri merupakan sebahagian
daripada unsur dalam konsep kendiri. Harga diri merupakan bahagian dalam diri individu
tersebut yang akan menilai diri sendiri dan mempunyai kaitan yang amat kuat dengan
keyakinan diri dan kejayaan.
Seseorang individu yang akan dapat menghargai dirinya sendiri akan dapat menerima
hakikat bahawa kejayaan dan kegagalan adalah lumrah dalam kehidupan seseorang
manusia. Sebagai contoh, jika individu tersebut pernah mengalamai kegagalan di
sekolah ataupun di tempat kerja; keadaan seperti ini tidak aka dapat melemahkan
individu tersebut sebaliknya individu tersebut akan menganggap kegagalan itu sebagai
suatu motivasi untuk dirinya terus bergerak ke hadapan.
Setiap individu tidak dilahirkan dengan konsep diri atau harga diri tetapi terbentuk
melalui persekitaran, masyarakat bertutur, bertindak balas dan melayan individu
tersebut. Sebagai contoh, sebelum seorang kanak-kanak menjejakkan kakinya ke
sekolah, ibu bapa dan keluarga yang bertanggungjawab untuk mempengaruhi
pembentukan harga diri seseorang. Kemudian, peranan membentuk harga diri itu
diteruskan oleh guru-guru dan rakan sebaya yang berhubungan rapat dengan diri
individu tersebut.

15

Individu yang menghargai diri sendiri akan sentiasa menyukai dirinya walaupun bukan
kerana telah berjaya memperoleh sesuatu kejayaan. Menghargai diri sendiri adalah
salah satu daripada taktik atau cara untuk memberikan nilai yang tinggi kepada diri
sendiri, sebagai contoh, untuk keyakinan diri individu itu sendiri. Jika individu tersebut
menyukai dirinya bukan hanya kerana kelebihan individu itu sendiri atau sebaliknya.
Bagi individu sebegini, sebarang pujian tidak diperlukan untuk mengenal kekuatan
dirinya kerana diri sendiri telah yakin dengan apa yang dimilikinya. Seseorang yang
menghargai dirinya sendiri akan meningkatkan prestasi pembelajarannya kerana berani
mencuba, berani bertanya dan meneroka keadaan yang akhirnya menjadikan diri
individu tersebut kreatif dalam pemikiran dan hasil kerja serta berkeyakinan untuk
bergaul dan pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan sosial, tidak mudah tersinggung
oleh komen atau pendapat rakan sebaya dan tidak mudah berputus asa dan akan terus
mencuba untuk terus berjaya.
2.2 Pengawalan Emosi
Satu daripada emosi manusia yang perlu dikawal ialah kemarahan. Perasaan marah
ialah suatu perasaan yang normal. Hal ini adalah kerana semua individu pernah
mengalami emosi ini sama ada marahkan seseorang atau dimarahi oleh individu lain.
Bagaimanapun, jika emosi marah ini terjadi hingga di luar kawalan, pasti aka
menimbulkan masalah perhubungan sama ada di tempat kerja, di sekolah mahupun di
rumah. Hal ini akan menjejaskan hubungan antara individu yang jelasnya akan
menjejaskan pandangan orang lain terhadap diri seseorang individu itu.
Manusia mengplikasikan pelbagai kaedah untuk mengawal emosi sama ada secara
sedar atau separa sedar. Antara kaedah yang digunapakai ialah melahirkan emosi
tersebut. Dalam mengekspresikan emosi, seseorang itu harus tahu apa yang
dikehendaki dengan jelas tanpa perlu menyakiti atau mengganggu emosi orang lain.
Seterusnya, kaedah yang digunakan ialah dengan memendamkan emosi tersebut.
Keadaan sebegini terjadi apabila individu tersebut sedang menahan rasa marah, tidak
mahu terlalu memikirkannya tetapi memberi penumpuan kepada perkara lain yang lebih
positif. Jika keadaan begini berterusan, kesannya kepada individu tersebut mungkin
akan mengakibatkan berlakunya tekanan darah tinggi atau kemurungan. Tambahan
pula, manusia kerap menggunakan kaedah bertenang untuk mengawal emosi.
Seseorang individu itu berupaya untuk menenangkan diri sendiri dengan cara mengawal

16

tingkah laku, mengawal tindak balas dalaman, mengambil langkah menurunkan
degupan jantung, memujuk diri sendiri dan membiarkan perasaan itu berlalu dengan
sendirinya.
2.3 Kepentingan Komunikasi Intrapersonal
Komunikasi Intrapersonal adalah penting kerana komunikasi intrapersonal boleh
dijadikan sebagai asas untuk seseorang individu itu berkomunikasi dengan individu lain
supaya menjadi lebih mantap dan berjaya. Selain daripada itu, komunikasi intrapersonal
juga boleh dijadikan sebagai alat untuk membantu di dalam membuat penilaian diri
untuk membantu membuat keputusan mengenai hal atau masalah yang berkaitan
dengan diri sendiri atau masa depannya. Di samping itu, komunikasi intrapersonal juga
boleh dijadikan sebagai asas untuk memperbaiki setiap bentuk komunikasi yang lain
seperti komunikasi perantaraan (mediated communication) dengan menggunakan media
elektronik seperti telefon mahupun komputer untuk berkomunikasi dan berutusan
maklumat dengan individu lain yang berada di kawasan yang berlainan.
2.4 Konsep dalam Komunikasi Intrapersonal
Di dalam komunikasi intrapersonal, terdapat beberapa konsep yang telah dikemukakan
yang berkaitan dengan komunikasi intrapersonal. Antara konsep-konsep tersebut ialah
konsep kendiri iaitu konsep yang menerangkan imej atau keperibadian diri seseorang
individu itu kepada orang lain. Seterusnya ialah konsep kesedaran diri yang
menunjukkan cara seseorang individu itu mengenali dirinya sendiri. Konsep estim diri
pula menerangkan kaedah seseorang individu itu menghargai dirinya sendiri dan cara
individu tersebut beranggapan tentang nilai harga dirinya sendiri. Konsep lain yang
berkaitan dengan komunikasi intrapersonal ialah konsep pendedahan diri iaitu
bagaimana seseorang individu itu mengeluarkan maklumat atau idea dan pendapat
tentang diri sendiri daripada yang diketahui oleh umum dan juga maklumat yang
dirahsiakan daripada orang lain.
2.5 Teori-Teori Komunikasi Intrapersonal
Terdapat teori-teori yang dikemukakan oleh para tokoh komunikasi untuk menjelaskan
komunikasi intrapersonal dengan lebih lanjut. Antara teori-teori tersebut ialah

17

Model Jendela Johari. Model ini yang turut dikenali sebagai “Johari Window Model” telah
direka oleh Luft (1969). Jendela ini telah direka untuk mewakili pengetahuan tentang diri
sendiri sama ada maklumat mengenai peribadi seseorang individu itu ataupun mengenai
maklumat umum. Terdapat empat kawasan yang telah dikemukakan oleh Luft iaitu
kawasan terbuka, kawasan buta, kawasan terselindung dan juga kawasan tanpa
pengetahuan. Kawasan terbuka itu ialah di mana seseorang individu itu dan individu lain
juga akan mengetahui mengenai kawasan tersebut. Sebagai contoh untuk kawasan
terbuka ialah ciri fizikal seseorang manusia. Kawasan buta pula ialah maklumat yang
seseorang individu itu tidak mengetahui tentang dirinya tetapi orang lain mengetahuinya.
Sebagai contoh, seorang ketua yang menyukai pekerjanya secara diam. Kawasan
terselindung pula ialah apabila maklumat yang diketahui oleh individu tersebut tetapi
tidak diketahui oleh orang lain. Misalnya, rahsia keperibadian seseorang itu. Kawasan
tanpa pengetahuan pula ialah apabila tiada seorang pun yang mengetahui tentang
ataupun orang lain. Sebagai contoh, kebesaran Allah SWT yang Maha Mengetahui dan
Hanya Allah yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.
Model Pusingan Osgood dan Schramm ini juga dikenali sebagai “The Osgood and
Schramm Circular Model” yang telah dihasilkan oleh Osgood dan Schramm (1954)
dengan mengambil kira komunikasi intrapersonal sebelum berlakunya komunikasi
interpersonal. Seseorang individu yang sedang memikirkan perkara yang perlu
dibincangkan dengan seseorang ketua sebelum memasuki bilik Ketua Jabatan. Akhirnya
daripada pemikiran terawal tadi akan terbentuk komunikasi interpersonal yang berjaya
difahami oleh semua pihak. Model ini boleh berlaku semasa proses komunikasi
interpersonal berjalan dengan lancar jika sebelum perbualan tersebut telah berlakunya
komunikasi intrapersonal apabila berbicara dengan orang lain. Dalam model ini juga,
Osgood

dan

Schramm

telah

mengemukakan

bahawa

di

dalam

komunikasi

intrapersonal, akan ada tiga perkara utama iaitu encoder, interpreter dan decoder untuk
mesej itu disampaikan.
Teori Pemprosesan Maklumat Sosial. Teori ini yang juga dikenali sebagai “Social
Information Processing Theory” yang telah digarap oleh Salancik dan Pfeffer (1978).
Teori ini telah mengemukakan pendapat bahawa keperluan diri dan sikap individu itu
dipengaruhi oleh cara maklumat itu diperoleh pada bila-bila masa sahaja dan penentu
keperluan dan sikap individu ialah tanggapan individu terhadap ciri-ciri tugas dan
tanggungjawab yang digalas sama ada tugas tersebut adalah tugas yang mencabar
18

atau tugas yang menyeronokkan. Selain itu, penentu keperluan seseorang itu adalah
daripada maklumat sosial yang ada di sekeliling individu tersebut sama ada rakan
sepejabat yang bersedia untuk membantu atau sebaliknya. Penentu keperluan dan
sikap individu yang seterusnya ialah faktor-faktor individu yang menyebabkan perbuatan
terdahulu. Sebagai contoh, individu tersebut merasa tertekan dengan persekitaran
sekelilingnya seperti di tempat kerja, di rumah dan juga di tempat menuntut ilmu.
Tambahan pula, penentu keperluan dan sikap seseorang individu itu juga dipengaruhi
oleh aktiviti komunikasi yang mempengaruhi pembetulan sikap di tempat kerja mahupun
di sekolah. Sebagai contoh, sikap saling bantu-membantu di antara individu akan
memupuk sifat suka untuk berkerja dalam diri individu.
Selain daripada itu, maklumat sosial yang diperoleh juga turut boleh mempengaruhi
sikap seseorang individu itu. Misalnya, kenyataan luaran dan penilaian yang dibuat oleh
rakan sekerja membentuk secara langsung sikap dan tingkah laku seseorang individu itu
sebagai seorang pekerja mahupun pelajar. Hal ini akan menyebabkan seseorang
individu itu berasa bersemangat secara berterusan untuk mengekalkan prestasi
kerjanya pada tahap yang terbaik untuk suatu tempoh yang lama. Gaya ucapan dan
percakapan seseorang individu itu di dalam kalangan rakan sekerja mahupun rakan
sebaya mengenai dimensi kerja serta persekitaran dan suasana kerja menjadi amat
penting di tempat kerja untuk memastikan usaha yang dilaburkan menghasilkan
pulangan yang setimpal. Selain itu, ucapan yang baik juga akan menggalakkan pekerja
untuk menjadi lebih bermotivasi tinggi dan semakin rajin untuk bekerja dan
menyumbang kepada pengeluaran syarikat.
Maklumat yang diperoleh akan dapat membantu menginterpretasikan dan memberikan
makna kepada isyarat persekitaran di tempat kerja dan seterusnya membantu individu
tersebut untuk terus menghasilkan produktiviti yang lebih baik dan cemerlang. Maklumat
yang diperoleh juga turut mempengaruhi interpetasi seseorang individu itu mengikut
keperluan individu itu sendiri dan seterusnya menjadikan seseorang individu berasa
seronok ketika bekerja sekaligus berasa bangga apabila dapat menyumbang kepada
pengeluaran organisasi individu tersebut.

19

3.0 PENUTUP
Kebolehan seseorang itu untuk berkomunikasi secara interpersonal dan memberikan
penyampaian yang baik akan memberikan seseorang individu itu kelebihan dalam kehidupan
profesional individu tersebut. Banyak kajian telah membuktikan bahawa salah satu faktor
kenaikan pangkat seseorang individu itu ialah kemahiran berkomunikasi sama ada secara
interpersonal ataupun secara intrapersonal. Komunikasi interpersonal membantu individu untuk
memahami perlakuan bagaimana dan kenapa individu manusia berkomunikasi dalam cara yang
berbeza untuk membina dan berhubung dalam realiti masyarakat. Komunikasi interpersonal
bukan sahaja boleh didefinisikan dalam bidang kajiannya secara bersendirian, tetapi juga boleh
didefinisikan dalam konteks kumpulan dan juga keorganisasian. Interpersonal melibatkan
penyampaian dan penerimaan mesej antara dua atau lebih individu. Ini melibatkan semua
aspek komunikasi, seperti mendengar secara aktif, pembujukan, penegasan, komunikasi bukan
verbal dan sebagainya. Secara keseluruhannya, komunikasi interpersonal boleh dilaksanakan
dengan menggunakan perantaraan komunikasi secara langsung atau tidak langsung, seperti
interaksi secara bersemuka (langsung), atau komunikasi yang disokong oleh komputer (tidak
langsung.
Komunikasi intrapersonal adalah proses di mana individu menciptakan pengertian. Dapat
disimpulkan bahawa komunikasi intrapersonal adalah komunikasi yang berlangsung dalam diri
seseorang. Orang itu berperanan sebagai komunikator, individu tersebut akan berdialog dengan
dirinya sendiri dan akhirnya dijawab oleh dirinya sendiri. Apabila seseorang mampu berdialog
dengan diri sendiri bererti individu tersebut mampu mengenal diri sendiri. Proses
berlangsungnya komunikasi dalam diri seseorang diterjemahkan dalam satu system komunikasi
yang dikenal dengan system komunikasi intrapersonal. Pada dasarnya manusia merupakan
makhluk sosial yang tidak mungkin hidup tanpa berkomunikasi dengan orang lain. Adanya
interaksi antara sesama manusia dan fakta bahawa komunikasi adalah sebuah proses yang
terus menerus dan tidak ada pengakhiran menandakan komunikasi memiliki peranan yang
sangat penting dalam kehidupan manusia. Komunikasi pada hakikatnya adalah sebuah proses
penyampaian maklumat oleh komunikator kepada komunikan. Tujuan dari komunikasi itu sendiri
iaitu, untuk mengubah sikap, mengubah pendapat, mengubah perilaku, dan mengubah
masyarakat. Dalam perkembangannya, komunikasi juga memiliki fungsi yang tersendiri iaitu “to
inform, to educate, to entertain, dan to influence.” Dengan erti kata lain komunikasi digunakan
untuk menyebarkan informasi kepada khalayak masyarakat.

20

RUJUKAN
Buku rujukan:
1. Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd Yusof Hussain. 2004. Teori-Teori Komunikasi. PTS
Professional. Kuala Lumpur
2. Hashim Fauzy Yaacob. 2002. Komunikasi Antara Manusia. Universiti Teknologi
Malaysia. Skudai, Johor Darul Takzim.
3. Maimunah Osman. 2000. Komunikasi Berkesan- Perhubungan Interpersonal. Institut
Tadbiran Awam Malaysia, Jabatan Tadbiran Awam. Kuala Lumpur
4. Samsuddin A. Rahim. 2003. Komunikasi Asas. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur
Jurnal:
1. Zuoming Wang, Joseph B. Walther, Jeffrey T. Hancock. 2009. Social Identification and
Interpersonal Communication In Computer-Mediated Communication- What You Do
Versus Who You Are in Virtual Groups. Quarterly published on behalf of the International
Communication Associ