FAQ TEKNIKAL DAN KANDUNGAN UNTUK SGM TEKNIKAL:-

  FAQ TEKNIKAL DAN KANDUNGAN UNTUK SGM TEKNIKAL:- 1.

  Bagaimanakah Instrumen SGM ini boleh dijawab jika tiada kemudahan internet?

  J: Instrumen SGM masih boleh dijawab secara off-line atau secara manual (dalam CD yang dibekalkan) 2.

  Jika timbul sebarang masalah teknikal ketika menjawab Instrumen SGM, siapakah personel yang boleh dirujuk?

  J: Jika terdapat sebarang masalah teknikal ketika menjawab Instrumen SGM, individu berkenaan boleh merujuk kepada pegawai teknikal (unit TPM, BPG).

  3. Apa yang akan berlaku jika tidak semua item dalam mana-mana Instrumen SGM dijawab?

  J: Jika tidak semua item dijawab dalam mana-mana instrument SGM, skor akan berada pada tahap yang rendah kerana ianya tidak mengukur tahap standard atau tidak mencerminkan standard guru itu dengan tepat.

4. Adakah ketiga-tiga Instrumen SGM perlu dijawab kesemuanya?

  J: Ketiga-tiga Instrumen SGM tidak semestinya dijawab kesemuanya. Ia boleh dijawab satu persatu dan mendapatkan analisis skor jawapan berdasarkan standard yang dijawab. Walaubagaimanapun, individu yang tidak menjawab ketiga-tiga Instrumen SGM tidak mendapat gambaran secara keseluruhan tentang standard guru pada dirinya.

  5. Bagaimana caranya sesuatu institusi pendidikan itu boleh menyimpan skor dan analisis skor jawapan guru-guru atau personel yang menjawabnya secara

  mengumpulkan profil analisis skor yang telah dicetak atau mendapatkan profil-profil tersebut daripada pegawai teknikal di BPG.

  6. Bilakah seseorang guru itu perlu mengisi instrumen SGM? Sebaik mula bertugas, selepas 6 bulan atau pada bila-bila masa sahaja.

  J: Bila-bila masa dan sesiapa sahaja yang mendaftar boleh mengisi instrumen SGM tanpa mengira sama ada guru , bakal guru atau orang awam.

  7. Saya menggunakan sistem operasi ‘opensource’ Ubuntu dan menggunakan

perisian OpenOffice OpenCalc. Adakah instrumen SGM versi offline serasi dengan

sistem ini?

  J: Instrumen SGM versi offline boleh menggunakan mana-mana aplikasi yang serasi dengan MS Excel dengan syarat mematuhi panduan ‘security setting’ yang disediakan.

  8. Jika komputer saya ‘hanged’ semasa sedang mengisi instrumen SGM versi online,

adakah saya boleh menyambungnya kembali. Jika boleh, adakah jawapan yang

telah dijawab itu masih ada?

  J: Jika komputer ‘hanged’ dan terpaksa dimulakan semula sistemnya, anda tidak boleh menyambungnya kembali begitu juga dengan jawapan yang telah dijawab. Anda perlu mengisi semula instrumen tersebut.

  9. Sekiranya saya terlupa kata laluan, bagaimana saya boleh memperolehinya kembali?

  J: Anda diperlukan untuk memasukkan ID anda pada pautan yang disediakan dan kata laluan yang baru akan diberi melalui email (berdasarkan email yang diberikan semasa mula-mula mendaftar).

  10. Adakah saya boleh mendaftar sebagai pengguna lebih dari sekali?

  

11. Apakah keperluan asas komputer yang diperlukan bagi mengisi instrumen SGM

versi online?

  J: Mana-mana komputer yang memiliki sambungan ke internet boleh digunakan bagi mengisi instrumen SGM versi online.

  

12. Bagaimanakah saya boleh menyerahkan keputusan instrumen SGM kepada pihak

penyelaras SGM jika saya menggunakan instrumen SGM versi offline?

  J: Pihak pembangun instrumen SGM versi offline ada menyediakan pautan pada keputusan keseluruhan (semua standard) yang mana ia akan menghantar keputusan kepada penyelaras SGM melalui email.

  

13. Siapakah yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang masalah teknikal berkaitan

instrumen SGM versi online?

  J: Anda boleh menghubungi Penyelaras SGM di Unit Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03-88841154.

  

14. Jangka masa untuk diberi ruang pegawai menjawab semula SGM untuk

memastikan kesahan dan kebolehpercayaan jawapan pegawai yang kedua ? (Julat masa) J: Tiada, tetapi sekurang-kurangnya menjawab sekali dalam setahun.

  

15. Apakah yang perlu dilakukan apabila kita lupa kata laluan setelah kita

memasukkan butiran diri ke dalam sistem?

  J: Pengguna boleh klik pada butang “lupa kata laluan”. Selepas itu kata laluan anda akan dihantar kepada tuan melalui email seperti alamat yang telah anda daftarkan dalam sistem ini.

  KANDUNGAN:-

  1. Adakah item-item dalam Instrumen SGM akan berubah dari masa ke semasa?

  J: Pihak BPG akan sentiasa menyemak dan membuat penambahbaikan item-item dalam Instrumen SGM dari masa ke semasa bagi meningkatkan kualiti guru.

  2. Adakah analisis Instrumen SGM boleh diguna untuk tujuan pentadbiran?

  J: Boleh. Maklumat daripada analisis Instrumen SGM boleh digunakan oleh pihak Ketua Jabatan atau Pentadbir untuk tujuan penambahbaikan kualiti guru tetapi bukan untuk tujuan penilaian atau pentaksiran seperti markah prestasi (SKT) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

  3. Adakah analisis Instrumen SGM boleh diguna untuk tujuan latihan guru?

  J: Boleh. Analisis Instrumen SGM boleh digunakan secara pentadbiran untuk membantu dan membimbing guru-guru dalam meningkatkan kualiti dan prestasi perkhidmatan dengan memberi peluang guru-guru menghadiri kursus-kursus atau latihan-latihan pembangunan profesionalisme keguruan.

  

4. Adakah Instrumen SGM hanya untuk guru-guru sahaja? Bolehkahkah staf-staf

sokongan dan pegawai bukan guru menggunakannya?

  J: Kumpulan utama Instrumen SGM adalah untuk golongan guru. Guru- guru perlu menjawab item-item dalam ketiga-tiga standard (standard 1,2 dan 3) bagi mendapatkan gambaran secara menyeluruh tentang standard keguruan mereka. Walaubagaimanapun, Instrumen SGM dalam standard 1 (Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan) boleh digunakan oleh staf-staf sokongan dan pegawai bukan guru untuk melihat gambaran dalam

  5. Bolehkah Instrumen SGM digunakan oleh guru-guru daripada institusi swasta dan para pensyarah IPTA atau pensyarah institusi lain?

  J: Boleh. Instrumen SGM boleh digunakan oleh guru-guru daripada institusi swasta dan para pensyarah IPTA atau pensyarah institusi lain yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  6. Adakah keputusan instrumen SGM yang saya perolehi ini merupakan sesuatu yang sulit atau tidak?

  J : Keputusan instrumen pada dasarnya bukan merupakan sesuatu yang sulit kerana ia tidak mengambarkan kompetensi seseorang guru. Pihak pentadbir hanya boleh mengetahuinya melalui salinan keputusan yang dicetak oleh guru itu sendiri.

  7. Adakan instrumen SGM ini menyediakan panduan pengguna?

  J: Ya, instrumen ini mempunyai panduan pengguna yang terletak di laman Standard Guru Malaysia di pautan “Instrumen SGM”.

  8. Pihak pengurusan industri /bank menggunakan inventori personality/kerjaya/sahsiah

diri untuk menilai para pekerja dan seterusnya memantau peningkatan kerjaya staf.

  

Adakah pihak pengurusan sekolah khususnya pengetua/guru besar mampu

memantau prestasi pegawai secara berterusan dengan menggunapakai SGM untuk

kecemerlangan? J: SGM bukan untuk menilai prestasi tetapi untuk menilai diri sendiri.

  9. Seandainya pegawai tidak mencapai standard yang ditetapkan, berapa lama jangka

masa atau peluang untuk pegawai memperbaiki kelemahan yang terhasil dari soal

selidik SGM? J: Penambahbaikan sepanjang masa.

  10. Bagaimana pihak pentadbir dapat mengelak menggunakan instrument SGM untuk mencari kelemahan diri pegawai?

   J: Tidak dijadikan ukuran untuk menilai prestasi guru.

  11. Bagaimana Skala penipuan untuk mengesahkan kebenaran jawapan pegawai dalam SGM boleh di masukkan sebagai penambahbaikan?

  J: Tidak dapat dikesan, hanya memerlukan keikhlasan dan kejujuran sendiri.

  12. Siapa yang membina item-item? J: Seramai 89 panel dalam Negara dan 2 konsultan luar Negara.

   (rujuk buku SGM) 13.

  Adakah diuji kesahan dan kebolehpercayaan? J: Ya.

  14. Kenapa semua item berbentuk positif? J: Untuk memberi ransangan guru untuk terus menjawab semua item.

  15. Adakah SGM membebankan kerja?

  J: Tidak ia hanyalah satu instrument untuk penilaian kendiri terhadap seseorang bersesuaian dengan amalan professionalism guru.

  16. Apakah tindakan susulan seseorang guru selepas menjawab soalan-soalan dalam instrument SGM?

  J: Guru dapat mengenapasti aspek-aspek yang belum tercapai dalam standard. Oleh itu guru boleh merancang untuk mengikuti latihan yang

  17. Bagaimana SGM dapat membantu guru dalam pengurusan bilik darjah?

  J: Dalam standard 3 telah menggariskan panduan Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran secara terperinci. Guru boleh menggunakan standard untuk memantapkan diri mereka dalam pengurusan bilik darjah.

  18. Adakah ditetapkan skor tertentu untuk membezakan di antara lulus dan tidak? J: Instrumen SGM tidak mengklasifikasikan guru kepada lulus atau tidak.

  Ia hanya satu skor yang akan member indicator tehadap sesuatu standard.

  19. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar bagi keputusan guru yang dianggap lemah?

  J: Guru Besar/Pengetua boleh membimbing dan menasihatkan guru tentang kursus-kursus yang perlu dihadiri.

  20. Apakah tujuan SGM digubal?

  J: Tujuan SGM digubal adalah untuk mengenal pasti:

  a. tahap kompetensi profesionalisme guru dalam beberapa aspek iaitu: amalan nilai profesionalisme keguruan, i. pengetahuan dan kefahaman, dan ii. kemahiran pengajaran dan pembelajaran. iii.

  b. tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

  • * SGM akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru

    yang patut ditambah baik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia

    pendidikan.

22. Siapakah selain guru yang boleh menggunakan SGM sebagai dokumen rujukan?

  J: Selain guru, mereka seperti di senaraikan di bawah boleh menggunakan SGM sebagai dokumen rujukan iaitu:

  I. Pendidik guru di Institusi Latihan Perguruan,

  II. Pengurus dan pentadbir di Institusi Latihan Perguruan,

  III. Guru besar dan Pengetua sekolah, dan IV. Agensi Latihan Perguruan.

  23. Apakah komponen utama SGM?

  J: SGM mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu: Standard (S) i. -S1 Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan -S2 Pengetahuan dan Kemahiran -S3 Kemahiran P&P Keperluan (K) ii. -K1 Kelayakan Masuk Program Latihan Perguruan -K2 Latihan, Pentafsiran dan Penilaian -K3 Kolaborasi -K4 Infrastruktur dan Infrostruktur -K5 Jaminan Kualiti.

  24. Apakah kepentingan SGM?