ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

SEMASA

1.1 ISU DAN CABARAN SEMASA

1.1.1 Konsep Isu Dan Cabaran Pendidikan

Menurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti

PPPM 2013-2025 dan untuk itu, Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013- 2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.

Objektif Pelan pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam KPM, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baru kerap yang diutarakan ialah

ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani

dan diatasi untuk membentuk masyarakat madani.

1.2 INTEGRASI NASIONAL

Merupakan proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama. Integrasi nasional merujuk kepada satu

proses dinamik untuk merapatkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional:

1. Tindakan kerajaan yang dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain.

2. Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain.

3. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

4. Peningkatan kes gelaja sosial

5. Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang.

6. Peranan media massa yang mensensasikan isu perpaduan (Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, 2005)

1.2.1 Sekolah Wawasan

Konsep Sekolah Wawasan diluluskan pada 1997

menggabungkan tiga buah sekolah berlainan

aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi kemudahan. Penubuhannya untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Penyatuan murid-murid dengan menggunakan

Sekolah Wawasan dapat merapatkan satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan kaum

dan dalam masa yang sama murid dapat memahami budaya, bahasa dan pemikiran kaum lain.

1.2.2 Peranan Guru dalam Menangani Isu Integrasi Nasional

Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang

1. Memperkasa bahasa kebangsaan.

2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.

3. Memupuk kecintaan kerhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.

1.2.3 Konsep 1 Malaysia

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia membawa aspirasi dan harapan untuk merapatkan hubungan antara kaun bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang erat.

Konsep 1 Malaysia Terdapat 8 nilai murni yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti yang diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia. Dengan perlaksanaan 1 Malaysia, semua rakyat harus mendasari prinsip- prinsip utama iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi mencapai konsep ini.

1.3 PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Dewey (1966) mengatakan bahawa pendemokrasian pendidikan merujuk kepada

penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh

kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup. Ahmad Fauzi (1997), Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang

pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar penting telah dibentuk.

Dasar-dasar pendemokrasian pendidikan di Malaysia:

1. Perlaksanaan pendidikan wajib pada peringkat asas.

2. Perlaksanaan sekolah vernakular (sekolah Tamil dan Cina).

3. Pendidikan selama 13 tahun.

4. Sekolah teknikal, asrama penuh, pendidikan khas, swasta dan sek agama.

5. Peluang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) peringkat tinggi.

6. Pendidikan sepanjang hayat.

Dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi:

1. Penyediaan infrastruktur yang lengkap dan mencakupi untuk semua pelajar.

2. Kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah, buku teks, pusat sumber dan sebagainya.

3. Sumber tenaga kerja (bilangan guru siswazah dan bukan siswazah).

1.4 TONGGAK PENDIDIKAN UNITED NATIONS EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANISATION (UNESCO)

Terdapat empat tonggak pendidikan UNESCO: (i)

Belajar untuk menguasai ilmu (learning to know).

(ii)

Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do).

(iii)

Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be).

(iv)

Belajar untuk harmoni dan berkerjasama (learning to live together).

Berdasarkan cadangan UNESCO , pendidikan harus memberikan peluang kepada pelajar meneroka dan memahami orang lain sejak awal persekolahan. Pendidikan harus menjadi wadah untuk murid belajar tentang budaya, agama dan tingkah laku etnik di Malaysia.

1.5 GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Scholte (2000:16) menyatakan bahawa globalisasi merujuk kepada proses menyingkirkan batasan / sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka. Dalam konteks pendidikan, globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka tanpa sempadan.

Impak globasasi dalam pendidikan: (i)

Penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.

(ii) Pendidikan negara terbuka kepada dunia luar. (iii)

Pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara. (iv)

Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan intitusi swasta. (v)

Kepentingan pengajaran sains dan teknologi. (vi)

Pembelajaran menggunakan teknologi untuk menguasai maklumat.

(vii) Perubahan peranan guru dalam bilik darjah. (viii)

Pembudayaan teknologi. (ix)

Penyediaan peluang pendidikan. (x)

Aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari luar masuk dalam negara. (xi)

Kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa dapat mengatasi batasan untuk berkhidmat di mana-mana negara.

(xii)

Transformasi kurikulum dalam pendidikan mengikut kehendak semasa.

Tugas guru dalam menyediakan murid menghadapi era globalisasi dan memenuhi hasrat Wawasan 2020:

1. Latih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.

2. Pelajar diberi peluang berfikir pada aras tinggi, meneroka idea dan mencipta inovasi.

Dalam masa yang sama, guru harus meningkatkan amalan profesionalisme selain mengemas kini maklumat agar sentiasa selari dengan arus perkembangan.

1.6 KEPELBAGAIAN BUDAYA

Masyarakat berbilang budaya Budaya bermaksud cara hidup manusia dari

segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu mayarakat yang diterima oleh ahli anggotanya atau diwarisi secara turun- temurun. Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada perlbagai kaum.

Konsep kepelbagaian budaya harus difahami bersama. Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat adalah dengan membina negara bangsa dengan pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Antara langkah pembinaan negara bangsa:

i. Penghayatan prinsip Rukun Negara. ii.

Pendedahan tentang aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral.

iii. Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

iv. Pengajaran subjek Kajian Tempatan di sekolah dan subjek Sejarah di sekolah menengah.

Contoh situasi bagaimana guru dapat menangani cabaran kepelbagaian budaya serta mewujudkan situasi bilik darjah mesra budaya:

1. Guru tahu secara mendalam mengenai budaya murid (cth:lawatan, jemputan ke rumah)

2. Guru wujudkan peluang mengumpul maklumat dalam kalangan pelajar (cth:berbincang dan berkongsi ilmu)

3. Guru guna bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik. (cth: topik pakaian tradisional).

4. Guru wujudkan peluang murid memahami budaya lain (cth: program sekolah anak angkat).

1.7 PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN KOMUNIKASI

Perkembangan teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) telah mencapai satu tahap di mana pengaruhnya dapat dilihat di dalam kehidupan manusia. Antara faedah yang boleh diperoleh daripada TMK ialah:

i. Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital. ii.

Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik berkongsi bahan penyelidikan dan akademik.

iii. Memperkembangkan kemahiran aras tinggi seperti kolaborasi di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa serta penyelesaian masalah.

Pengaruh TMK melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan, perhubungan dan

pengajaran- pembelajaran. Cabaran guru atau masyarakat ialah bagaimana mendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya.

perkongsian

bahan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempengaruhi pendidikan

1.8 GEJALA SOSIAL

Era globalisasi dan modenisasi yang berlaku sekarang ini bukan sahaja memberikan kesan positif, tetapi sebaliknya. Rentetan daripada ini, maka kebanyakan pelajar terlibat di dalam kebejatan sosial. Dalam masa yang sama, kecanggihan teknologi zaman ini merupakan penyebab berlakunya gejala sosial contohnya memuat naik gambar-gambar lucah menerusi telefon bimbit berteknologi tinggi.

Amaludin dan Khadijah (2006) menyenaraikan 24 jenis gejala sosial yang melibatkan penghuni pusat pemulihan akhlak seperti merokok, menonton video lucah, putus cinta, mencuri, lari dari rumah, minum arak, mengambil pil khayal, berjudi, menyimpan gambar lucah, mengadakan hubungan luar nikah, memeras ugut, pecah rumah, menagih dadah, merogol, menyamun, makan rasuah, maksiat, bercerai dan jenayah bunuh dan sebagainya.

Antara faktor penyebab gejala sosial ialah

sikap ibu bapa dan cara mendidik anak- anak, sikap pelajar, pengaruh media massa, iklim bilik darjah, pengaruh rakan sebaya terhadap sikap agresif, ponteng

sekolah, dan merosakkan harta benda Gejala sosial di sekolah akan lebih parah jika sekolah.

tidak ditangani

Berhenti dan renungkan. Bagaimana faktor media massa dapat menyebabkan gejala sosial dalam kalangan murid?

Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan memupuk nilai-nilai murni di alam persekolahan. Antara tugas guru ialah:

i. Guru sebagai pembimbing. ii.

Meningkatkan penglibatan kaunseling di peringkat sekolah. iii.

Gunakan pelbagai strategi dalam bilik darjah. iv.

Menerapkan nilai murni dalam program anjuran sekolah.

Sekiranya masalah berlanjutan, penglibatan pihak berkuasa seperti pihak polis haruslah diutamakan. Pihak pentadbir sekolah pula haruslah merujuk masalah ini kepada pihak polis dan bukannya menyembunyikannya. Kerjasama pihak sekolah dan pihak polis dapat mengekang daripada gejala sosial terus berleluasa.

Syabas! Kita sudah sampai ke penghujung tajuk ini. Berehatlah sebentar sebelum anda menguji kefahaman anda.

Mari menguji apa yang telah anda pelajari.

Jawab semua soalan berikut dan bincangkan jawapan dengan rakan-rakan anda.

1 Manakah antara berikut bukan kesan integrasi nasional terhadap pendidikan?

A Hubungan antara kaum dapat dipertingkatkan.

B Kewujudan cawangan universiti luar ke dalam negara .

C Wujud sifat toleransi dalam memahami budaya dan agama lain.

D Memudahkan sifat patriotisme diterapkan dalam diri murid.

2 Cara yang paling sesuai untuk menangani isu integrasi nasional ialah

A Mewujudkan sekolah satu aliran.

B Memperkasa bahasa kebangsaan.

C Menempatkan pelajar berbagai aliran dalam sekolah yang sama.

D mengurangkan jurang antara kaum.

3 Manakah antara berikut merupakan langkah dalam pembinaan negara bangsa? i

Mewujudkan sekolah kebangsaan sahaja. ii

Penghayatan prinsip rukun negara. iii

Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai berkaitan.

iv

Perlaksanaan subjek Kajian Tempatan dan Sejarah di sekolah.

A I dan II

C I,II dan IV

B I,II dan III

D II,III dan IV

4 Senaraikan empat dasar-dasar pendemokrasian pendidikan di Malaysia. (i)

Soalan Esei Jawab soalan di bawah ini

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang budaya dan bangsa. Pada pendapat anda, apakah isu-isu yang membelenggu kita dalam usaha meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat?

BAB 2

GURU DAN PERUNDANGAN

2.1 PERATURAN DAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB

Sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan tatatertib 1993 (Pindaan 2002). Dengan adanya peraturan ini, maka guru akan sentiasa berkelakuan baik dan bertata tertib mengikut garis panduan yang ditetapkan. Matlamat tatatertib adalah seperti:

 Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan

bertanggungjawab.  Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri.

perkhidmatan awam.  Menghukum

kesalahan atau melanggar peraturan. Undang-Undang untuk penjawat awam

Secara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) mengandungi peraturan-peraturan seperti berikut:

 Peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan / kesalahan khusus.  Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.  Prosedur dan tindakan tatatertib.  Hukuman tatatertib.  Peruntukan pelbagai yang berkaitan.

Berhenti dan renungkan. Apakah kepentingan peraturan-peraturan kepada pegawai awam? Beri pendapat anda.

2.1.1 Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara Umum

Tatakelakuan (code of conducts) bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D Perintah Am. Antara peraturan tersebut (Warta Kerajaan P.U (A) 395 Pindaan 2002) ialah:

Peraturan 4(1)

- Sentiasa memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan.

- Ditegah bersubahat dengan musuh Negara. -

Ditegah membocorkan rahsia Negara. -

Ditegah memperkecil dasar serta tindakan kerajaan. -

Ditegah berlakon dalam filem yang memburukkan Negara.

Peraturan 4(2)

- Tidak boleh membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi. -

Tidak boleh berkelakuan kepentingan peribadi bercanggah dengan kepentingan awam.

- Tidak boleh menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi. -

Menjaga nama baik profesion. -

Perlu cekap dan sentiasa berusaha menyelesaikan tugas. -

Jujur, amanah dan bertanggungjawab. -

Tidak boleh menggunakan pengaruh untuk memberi tekanan dalam menyokong sebarang tuntutan untuk diri sendiri atau orang lain.

- Melaksanakan apa yang disuruh dan tidak cuai dalam melaksanakan tugas.

2.1.2 Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat

Dengan Kebenaran

Peraturan 4A (Gangguan Seksual)

Tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain. Secara umum, gangguan

seksual adalah: -

Segala keadaan yang akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau tergugat.

- Tidak terhad kepada perlakuan di tempat kerja atau dalam waktu kerja. -

Termasuk kepada perbuatan menyatakan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada atau di hadapan orang. -

- tidak kira sama ada lisan, bertulis atau apa jua perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain.

Peraturan 5 (Pekerjaan Luar)

Tertakluk kepada tatakelakuan yang berkaitan dengan pekerjaan luar. Tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dengan kerja luar. Bagaimanapun

dibolehkan dengan kebenaran ketua jabatan. Ketua jabatan boleh tidak membenarkan jika:

- Dalam waktu pejabat / semasa menjalankan tugas rasmi

Peraturan 23 (Ketidakhadiran Tanpa Cuti)

Bermaksud seorang pegawai tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi. Dalam erti kata yang lain, guru dilarang tidak hadir ke sekolah tanpa cuti.

Peraturan 23 (Peraturan-peraturan Lain Yang Berkaitan)

Antara peraturan yang ditetapkan: 1. Guru perlu mematuhi etika pakaian. 2. Dilarang menggunakan apa jenis dadah kecuali yang dipreskripsikan oleh pengamal perubatan. 3. Guru tidak boleh menerima apa-apa hadiah daripada individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan peribadi. 4. Guru perlu membuat pengisytiharan harta setiap lima tahun sekali. 5. Guru dilarang terlibat dengan perhutangan yang serius dan tidak boleh meminjamkan wang kepada pihak lain dengan mengenakan faedah atau cagaran lain. 6. Guru di larang membuat pernyataan awam secara lisan atau bertulis berhubung dengan dasar, rancangan dan keputusan kerajaan. 7. Guru tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan politik. Perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

2.1.3 Tindakan Tatatertib

Sebagai penjawat awam, guru hendaklah mematuhi peraturan yang termaktub dalam undang-undang dan perlanggaran akan menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan. Satu jawatankuasa akan dibentuk tidak kurang daripada dua anggota dan anggota jawatankuasa penyiasat adalah mereka yang menjawat jawatan lebih tinggi daripada mereka yang disiasat. Hukuman yang dikenakan termasuklah:

 Amaran (diberi secara lisan dan bertulis oleh ketua jabatan).  Denda atau lucut hak emolumen 1 (denda yang dikenakan tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai berkaitan. Denda atau lucut hak emolumen dipotong daripada emolumen bulanan pegawai dan dimasukkan dalam hasil kerajaan.

 Tangguh pergerakan gaji (tiada pergerakan gaji dalam tempoh hukuman).

1 Wang atau bayaran yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan

 Turun Gaji (gaji turun secara mendatar, tidak melebihi tiga pergerakan gaji, tempoh hukuman tidak kurang daripada dua belas bulan dan tidak lebih tiga

puluh enam bulan).  Turun pangkat (dijalankan oleh pihak berkuasa tatatertib).

2.2 AKTA PENDIDIKAN 1996

Akta pendidikan merupakan satu bentuk perundangan yang lengkap, kemas kini dan bersifat futuristik sebagai persediaan menghadapi Wawasan 2020.

Maklumat berkaitan Akta Pendidikan 1996: i.

Menegaskan ilmu merupakan penentu utama arah tuju negara dan penyelamat bangsa.

ii.

Merupakan satu misi negara menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memperkembangkan potensi individu.

Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.

Akta ini berpaksi kepada perakuan- perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi

asas dasar

pendidikan

kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai Kandungan AKta Pendidikan 1996 pendidikan.

Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Dalam masa yang sama, terdapat 3 jenis sekolah dalam Sistem Pendidikan Malaysia ialah sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Dalam pada itu, terdapat 2 kategori sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

Akta Pendidikan 1996 juga memperuntukkan program Pendidikan Khas untuk murid yang memerlukan pendidikan khas dan tempoh pembelajaran tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah. Selain itu, dalam akta ini, pengajaran Agama Islam diajar sekiranya terdapat 5 atau lebih murid yang beragama Islam. Bahasa Melayu adalah Bahasa

Kebangsaan

Pengajaran agama selain agama Islam juga dibenarkan tetapi murid harus mendapat persetujuan ibu bapa secara bertulis.

Bahasa Kebangsaan digunakan sebagai bahasa pengantar utama dalam semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan atau mana-mana institusi lain yang dikecualikan. Jika bahasa pengantar di sebuah institusi bukan bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan mata pelajaran wajib.

Berhenti dan renungkan. Adakah kelonggaran untuk sekolah jenis kebangsaan tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah relevan?

2.2.1 Peraturan-Peraturan Pendidikan

(i) Kurikulum Kebangsaan, 1997

 Menggariskan mata pelajaran teras, wajib dan elektif untuk kelas peralihan dan tingkatan 6.  Menggariskan Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO).  Ketua Pendaftar boleh pinda jadual waktu dan sukatan pelajaran

(ii) Pendidikan Khas, 1997

 Untuk pelajar cacat pendengaran, penglihatan atau masalah pembelajaran.  Guru boleh ubah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Penilaian dan Peperiksaan, 1997

Fungsi Lembaga Peperiksaan:  Pantai, menasihati dan membuat analisis tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).  Mengendalikan semua peperiksaan.

(iv) Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia, 1998

 Penubuhan jawatankuasa penerbitan sekolah dan pengedaran majalah sekolah dan bahan multimedia.  Kuasa dan fungsi jawatankuasa.  Kelulusan guru besar atau pengetua untuk penerbitan dan

pengedaran.

(v) Persatuan Sekolah, 1998

 Kelulusan pengetua/guru besar untuk menubuhkan persatuan.  Kategori persatuan.  Penasihat persatuan dilantik oleh pengetua/guru besar.  Pengetua/guru besar dan Pendaftar boleh membatalkan

persatuan.  Peraturan-peraturan pendidikan.

(vi)

Penerimaan masuk Murid ke Sekolah Penyimpanan Daftar dan Syarat Pengekalan Murid Belajar di sekolah, 1998

 Diguna pakai di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.  Anak warganegara dan bukan warganegara.  Penyimpanan daftar penerimaan murid.  Pertukaran sekolah dengan kelulusan Pengarah Pendidikan.

2.2.2 Implikasi Akta Pendidikan 1996 Ke Atas Sistem Pendidikan Malaysia

 FPK menjadi landasan akta.  Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuh.  Kurikulum diselaraskan.  Peperiksaan yang sama.  Pendidikan Islam dan prasekolah diperluas.  Mutu pendidikan prasekolah dipertingkatkan.  Pendidikan teknik dipertingkatkan ke sekolah menengah.  Pendidikan guru diperkukuh.  Pendidikan swasta berkembang dan menjadi lebih sistematik.  Pendidikan khas diberi tumpuan.  Mengambil kira kepentingan pendidikan semua kaum.

Syabas! Kita sudah sampai ke penghujung tajuk ini. Berehatlah sebentar sebelum anda menguji kefahaman anda.

Mari menguji apa yang telah anda pelajari.

Jawab semua soalan berikut dan bincangkan jawapan dengan rakan-rakan anda.

1 Berikut adalah matlamat kawalan tatatertib kecuali

A Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan tanpa budi bicara.

B Menjaga imej perkhidmatan awam.

C Pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap dan efisyen.

D Meletakkan kepentingan awam melebihi diri sendiri.

2 Apakah perkara yang terkandung dalam Peraturan 4A Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993?

A Taat setia.

C Ketidakhadiran tanpa cuti.

B Gangguan seksual.

D Pekerjaan luar.

3 Berikut adalah perkara yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996 kecuali i

bahasa kebangsaan ii

sekolah iii

peruntukan iv

biasiswa

A i dan ii

C i,ii dan iv

B i, ii dan iii

D ii,iii dan iv

Soalan Struktur Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Nyatakan hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada penjawat awam.

i ________________________________________________________ ii________________________________________________________ iii________________________________________________________ iv________________________________________________________

2. Jelaskan maksud sekolah bantuan kerajaan seperti yang dimaktubkan dalam Akta Pendidikan. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

Soalan Esei Jawab soalan di bawah

Seorang guru ingin membuat perniagaan kecil-kecil di rumahnya. Jelaskan tindakan dan prosedur yang harus dilakukan oleh guru tersebut sebelum melaksanakan hasratnya.

BAB 3

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

3.1 GANGGUAN EMOSI

Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan emosi berlaku apabila seseorang:

 Mengalami emosi tertentu seperti depresi.  Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan.  Sukar berhubung dengan orang lain.  Mempunyai dua atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.

Mengikut Achmanto Mendatu (2007), gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas. Terdapat beberapa jenis perasaan takut yang dapat dijelmakan

dalam

bentuk kecemasan

seperti

acrophobia (takut kepada ketinggian), agoraphia

(takut kepada tempat terbuka), astraphobia (takut kepada cahaya dan kilat), hydrophobia (takut kepada air), sitophobia (takut makan), xenophobia (takut Pelajar yang mengalami

gangguan emosi harus dibantu . kepada orang asing), nytophobia (takut kepada

kegelapan, mysophobia (takut kepada kotor) dan lain-lain. Gangguan kecemasan mencakupi antara lainnya gangguan panik (panic disorder), fobia sosial (social phobia) dan gangguan kecemasan umum. Orang yang fobia akan mengalami satu keadaan di mana dirinya akan memasuki situasi yang menakutkan dan kemudian akan digambarkan dengan kecemasan.

3.1.1 Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid

Guru bertanggungjawab membantu murid yang mengalami gangguan emosi. Kanak- kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya:

Tidak berupaya berinteraksi secara formal dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku mereka lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengikut tahap mereka.

ii.

Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.

3.1.2 Punca Gangguan Emosi

Antara faktor yang ketara yang menyebabkan gangguan emosi ialah masalah- masalah seperti:

(i) Masalah ketidakfungsian otak. (ii)

Pemakanan. (iii)

Mempunyai kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri.

(iv)

Masalah keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif.

(v) Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran.

3.1.3 Langkah-Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid.

Berikut adalah langkah-langkah dalam mengatasi masalah gangguan emosi murid:  Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.  Diberi bimbingan kerjaya.  Mendapat kerjasama daripada ibu bapa.  Modifikasi tingkah laku yang sesuai.  Didedahkan dengan pengurusan emosi.  Peraturan bilik darjah yang bersesuaian.  Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.

3.2 HAK ASASI KANAK-KANAK

3.2.1 Latar Belakang

Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi:

 Pengabaian.  Penderaan.  Eksploitasi.  Jaminan kanak-kanak mendapat haknya.

Secara logiknya, mengapa hal ini perlu?  Tidak ada perundangan dalam beberapa buah negara.  Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak.  Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa.  Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tiada pengaruh politik dan

ekonomi.

Prinsip-prinsip konvensyen:

1. Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan.

2. Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.

3. Kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan.

4. Kanak-kanak harus diberikan peluang melibat secara aktif dalam semua perkara dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat.

Perlaksanaan Konvensyen:

Perkembangan ini dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. UNICEF yang bergerak sebagai agensi khusus di undang untuk memerhati dan pandangan mereka. Konvensyen Hak Kanak-Kanak ini telah:

 Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya.

 Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka.

 Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman.  Mengingati bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya.

 Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas.

 Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.

Tiga Prinsip Utama Konvensyen Hak Kanak-Kanak:

1. Kanak-kanak ialah seorang yang berumur di bawah 18 tahun.

2. Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kekecualian dan tiada diskriminasi.

3. Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best interest of the child).

Hak Kanak-Kanak:

(i)

Hak kehidupan (keperluan asas, hak untuk hidup, mendapat perubatan).

(ii)

Hak Perlindungan (diskriminasi, penderaan, pengabaian, penderaan seksual, eksploitasi dan lain-lain).

(iii)

Hak Perkembangan (semua jenis pendidikan, hak kepada standard of living, peluang untuk turut serta, persekitaran yang selamat).

(iv)

Hak Penyertaan (berjumpa dengan kanak-kanak lain, menyertai kelab atau persatuan, memberikan pandangan mereka).

3.2.2 Hak Kanak-Kanak Di Malaysia

Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyen dalam komitmen kepada perlindungan kanak-kanak di negara ini seperti berikut:

i. Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak pada 19 Mac 1995 .

Konvensyen Penghapusan Semua bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1995.

iii.

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak- kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.

Di Malaysia, beberapa bentuk perundangan telah dibentuk dalam konteks melindungi Kanak-Kanak iaitu:

i.

Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468) – mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.

ii.

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) – berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak.

iii.

Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkutan Anak Angkat 1952).

iv.

Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) – memastikan perlindungan, pemuliharaan dan pembangunan untuk kanak-kanak.

3.2.3 Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak

Kerajaan telah berusaha untuk melindungi kanak-kanak di Malaysia dengan pelbagai cara. Antara caranya ialah seperti:

i.

Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan.

ii.

Pasukan Pelindung Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat daerah dan negeri.

iii.

Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak

Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri. iv.

Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1985 dikaji semula untuk memantapkan penguatkuasaan.

BAB 4

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

4.1 STRES

4.1.1 Konsep Tekanan Stres

Menurut Kamus Dewan (2007) mentafsirkan stres sebagai keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Dengan kata lain, stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

4.1.2 Jenis-Jenis Stres

Mengikut Cockburn (1996), terdapat 5 jenis stres yang dialami oleh guru. Stres-stres tersebut ialah:

1. Stres ‘here or now’ – situasi yang wujud pada sesuatu masa atau ketika. Contoh: guru berada dalam situasi peperiksaan.

2. Stres ‘anticipation’ – guru akan bertindak balas terhadap sesuatu peristiwa yang dijangkakan. Contoh: setiap hujung semeter, sekolah akan mengadakan hari ibu bapa bertemu guru.

3. Stres ‘imaginative’ – individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang ngeri dan menakutkan dalam sesuatu situasi. Contoh: berfikir didatangi pencuri.

4. Stres ‘reactive’ – stres yang wujud daripada peristiwa lampau. Contoh: berasa sedih akibat kematian seseorang.

5. Stres ‘negative’ – sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu atau tahun. Contoh: tidak cukup wang.

4.1.3 Punca-Punca Dan Tanda-Tanda Stres Dalam Kalangan Guru

Punca-Punca Stres

Pada masa sekarang, guru mempunyai tugas-tugas lain yang mencabar selain daripada mengajar. Dengan pertambahan tugas tersebut, ramai guru mengalami stres. Menurut kajian daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), stres dalam kalangan guru dikenal pasti atas faktor:

 Tekanan oleh ibu bapa pelajar.  Beban tugas.  Prospek kenaikan pangkat.  Penilaian untuk kenaikan gaji yang tidak adil.  Keinginan untuk mengajar.  Infrastruktur dan lokasi sekolah.

Tanda-Tanda Simptom Stres

Stres boleh dikenal pasti berdasarkan simptom-simptom yang dipaparkan oleh perilaku seperti:

 Masalah ingatan.  Kurang beri tumpuan.  Membuat penilaian tidak tepat.  Sakit sendi, cirit birit atau sembelit.  Sakit kepala, pening.  Makan lebih atau kurang.  Tidur lebih atau kurang.  Suka menyendiri dan sebagainya.

Langkah-Langkah Menangani Stres

Terdapat beberapa langkah yang boleh menjauhkan dan mengelakkan seorang guru daripada stres. Antara langkahnya ialah:

 Belajar mengatakan tidak atau tidak mahu dalam kehidupan peribadi atau profesional (asertif).  Mengelakkan individu yang boleh menyebabkan menghadapi stres.  Tambah dan kuatkan hubungan rakan-rakan sekerja.  Berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang

boleh dipercayai.

 Menggalakkan diri dalam kumpulan perbincangan atau forum.  Menulis jurnal dan menilai kelemahan diri.

4.2 BURNOUT GURU

4.2.1 Konsep Burnout

Istilah teacher burnout digunakan pertama kali oleh ahli psikologi Freudenberger (Wood,2000). Bournout merujuk kepada kehilangan minat oleh pekerja terhadap orang-orang yang berkerja dengannya (Maslach,1976; Seidman & Zager, 1837, dlm Aeria, 1995).

4.2.2 Tanda-Tanda Burnout

 Setiap hari perasaan bagaikan kelesuan menusuk jiwa, sentiasa berdepan dengan rintangan yang sukar ditangani.  Tanggungjawab tugas profesional dianggap usaha yang sia-sia dan tidak bermanfaat.  Prestasi dan hubungan interpersonal merosot di tempat kerja dan rumah.

4.2.3 Perbezaan Antara Stres dan Burnout

Stres

Burnout

 Dicirikan dengan penglibatan  Cirikan dengan pelepasan keterlaluan.

daripada melibatkan diri.  Menghasilkan

 Menghasilkan ketidakupayaan hiperaktif.

cemas

dan

dan berputus asa.

 Kehilangan tenaga.  Kemerosotan motivasi dan  Mengakibatkan kegelisahan.

harapan.

 Kecederaan secara fizikal.  Mengakibatkan pengasingan  Mungkin boleh menyebabkan

dan kemurungan.

maut terlalu awal.  Terhiris perasaan seperti hidup

tidak bermakna.

4.2.4 Punca-punca Burnout Guru

Burnout boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah:

a) Gaya hidup

b) Personaliti guru

c) Tekanan kerja

d) Kurang pengiktirafan atas tugas yang baik

4.2.5 Tanda-tanda dan simptom Burnout

Burnout merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur dalam suatu tempoh yang panjang. Tanda-tanda awal dan simptom burnout akan wujud dan menjadi lebih ketara jika tidak dikesan dengan cepat.

- Rasa keletihan

Rasa kegagalan dan sepanjang masa

keraguan kendiri

- Perubahan semasa

Kurang bermotivasi

Tidak bermaya tidur dan pemakanan -

Kurang berpuas hati -

Sakit kepala

Sakit belakang dan otot

Asingkan diri

Tanda-tanda fizikal

Tanda-tanda emosi

Tanda-tanda dan simptom Burnout

Tanda-tanda tingkah laku

- Mengundur diri daripada tanggungjawab -

Asingkan diri daripada orang lain -

Menangguhkan tugas dan mengambil masa panjang untuk menyempurnakannya

- Menggunakan bahan ubat atau alkohol untuk menangani masalah -

Mengalihkan kekecewaan kepada orang lain dan mengabaikan tugas -

Datang bertugas lewat dan balik awal

4.2.6 Langkah-langkah Menangani Burnout

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Justeru, adalah lebih baik burnout ini dicegah dengan segera setelah dikenal pasti. Antara langkah yang boleh diambil ialah:

a) Latihan atau sesi pengenduran untuk peserta meregangkan badan.

b) Membuat meditasi

c) Membaca sesuatu yang memberikan inspirasi atau menulis jurnal.

d) Bengkel pengurusan masa.

e) Program permentoran untuk guru novis.

f) Bengkel pengurusan stres serta aktiviti peningkatan profesional.

g) Latihan pemakanan.

h) Menambah baik keadaan bekerja.

Secara kesimpulannya, guru perlu meningkatkan kecerdaan emosi untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan gelaja burnout dan dalam masa yang sama mewujudkan suasana kerja yang kondusif,

BAB 5

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

5.1 INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

5.1.1 Konsep Inovasi

 Ronger E miller (1971)- idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang..  Spencer (1994)- sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik dari yang lama oleh seseorang individu.

5.1.2 Inovasi Dalam Pendidikan

Trend dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini menunjukkan bahawa kecenderungan pembelajaran:

a) Berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.

b) Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat.

Kecenderungan dalam pembelajaran menghasilkan pemikiran baharu dalam pengajaran. Antaranya ialah:

a) Apa yang diajar tidak serupa dengan apa yang dipelajari.

b) Pengajaran dan pembelajaran terkini merangkumi pengajaran kolaboratif dalam kumpulan yang pelbagai.

c) Isi pelajaran berbentuk rentasan kurikulum dan berbentuk pengajaran berpasukan.

d) Isi pelajaran boleh diakses secara meluas dan dikongsi di luar waktu belajar dan kursus.

e) Pengajar berperanan sebagai rakan kongsi dalam komuniti pembelajaran.

f) Pembelajaran berlaku hasil maklum balas rakan sekelas sebagai rakan kongsi dalam pembelajaran.

Inovasi pendidikan ialah hasil perubahan teknologi internet dan keperluan dunia tanpa sempadan. Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk:

Pengenalan teknologi baharu.

Perubahan dalam sistem penyampaian.

Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti.

5.2 STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG INOVATIF

5.2.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

- Suatu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan.

- Berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran yang ada tempoh masa dalam 1-2 minggu.

- Projek jangka masa panjang (setahun, merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah)

- Ciri2 PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan beberapa mp, berpusat pelajar, berasas kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penaksiran berasakan prestasi.

Langkah-langkah melaksanakan PBP

-Tugasan (mengemukakan permasalahan, cipta objek dan cipta suatu cara baharu) -Menganalisis masalah (bincang bagi kenal pasti masalah) -Meneroka masalah (menyiasat masalah secara bersama setelah mengumpul maklumat

-Membuat perkaitan(pelajar berkumpul semula, bincang masalah yang dihadapi, buat rumusan, perbandingan dengan permasalahan baru yang serupa) -Membuat refleksi(pelajar buat refleksi tentang proses pembelajaran dan perbincangan

Peranan Guru Dalam Memastikan Kejayaan PBP

-membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran mereka. -belajar teknik pengurusan yang mutakhir. -menggunakan alat pengukuran informal untuk menaksir pembelajaran pelajar -mewujudkan bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran bukannya penerokaan jawapan dan pertandingan.

5.2.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Objektif PBM

Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah:

 Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.  Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.  Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.

 Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.  Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada

keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif (Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005)

Ciri-ciri PBM

Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti:

 Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah  Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian  Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri  Pensyarah sebagai pembimbing,  Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian

masalah ilmu perubatan.

Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:

 Pembahagian Kumpulan- Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan masing- masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.

 Mengenalpasti Masalah- Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.

 Menjana Idea- Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.  Isu Pelajaran- Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

 Pembelajaran Kendiri- Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan dan logik dengan masalah yang diberikan.

 Sintesis dan Aplikasi- Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.

 Refleksi dan Tindak Balas- Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran menyelesaikan masalah. Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna Masrom (2006) telah membuat kajian yang bertajuk "Problem Solving Skill in ICT and Multimedia Application” mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap.

Proses Menyelesaikan Masalah

Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu:

 Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya  Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian  Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah demi langkah  Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian

diselesaikan. (Widad Othman, et al, 2003)

Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:

 Mengenalpasti Masalah- Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan

masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat rumusan berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumber- sumber yang perlu digunakan untuk memperolehi maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih alternatif penyelesaian masalah yang tepat.

 Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data- Pelajar perlu

mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect), carta pareto, carta pai, carta aliran dan lain-lain. Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu berlaku. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah, pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah,

 Membuat Keputusan- Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian

masalah dengan tepat dan pastikan penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil. Pemilihan penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan.

 Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik- Kini, pemusatan pemikiran