PERANAN AL QURAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

PERANAN AL QURAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Pendidikan dalam agama Islam sebagai antara salah satu aspek dari ajaran Islam
yang berpandukan pada Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW. Dari dua sumber
tersebut, para ilmuan Islam kemudian menbahagikan kepada dua bahagian iaitu yang
pertama adalah akidah untuk ajaran yang berkaitan dengan keimanan kemudian yang
kedua adalah syariah untuk ajaran yang berkaitan dengan amalan yang nyata.
Dan sebagai tambahan adalah filsafat sebagai alat bantu dalam berfikir manusia
untuk selalu mengembangkan pengetahuan yang sudah dimiliki. Filsafat tersebut digunakan
untuk mengetahui permasalahan yang sedang dihadapi dan bagaimana menyelesaikan
masalah tersebut tanpa mengakibatkan masalah yang lebih besar. Tentu sahaja dalam
perkembangan yang dilakukan oleh manusia tidak akan terlepas dari perintah dan larangan
agama, kerana dalam hal ini agama merupakan sumber yang paling utama dan menduduki
kedudukan yang tertinggi yang disusul kemudian adalah filsafat, kemudian ilmu
pengetahuan.
Seperti yang sudah diketahui, pendidikan yang formal dan informal termasuk amalan
yang nyata dan harus dilakukan, maka pendidikan juga merangkumi dalam bidang syariah.
Apabila ia dikelaskan dengan lebih lanjut, termasuk dalam sub bidang muamalah.
Pengklasifikaksian ini tidak terlepas dari adanya tanggung jawab yang wajib bahawa
pendidikan merupakan sebuah keperluan yang nantinya akan mempengaruhi keperluan
orang banyak iaitu sosial masyarakat.


(12) “Dan sungguh, telah Kami Berikan hikmah kepada Luqman, yaitu, “Bersyukurlah
kepada Allah! Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia
bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa tidak bersyukur (kufur), maka
sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji.

1

(13) Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran
kepadanya, “Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya
mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.

(14) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

(15) Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang
engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan
pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-


2

Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku Beritahukan kepadamu
apa yang telah kamu kerjakan”.

Potongan ayat-ayat diatas adalah tentang kisah Luqman dalam firman Allah dalam
Surah Luqman ayat 12-15. Dengan demikian maka jelaslah bahawa sebaik-baik orang
adalah dia yang mampu memberikan kontribusi pada masyarakat sekitarnya. Dan perintah
ajarkanlah ilmu walau satu ayat.
Ayat-ayat di atas menerangkan bahawa dalam pendidikan, yang paling ditekankan
adalah pendidikan yang dilakukan oleh orang tua, kerana pendidikan ini secara langsung
atau tidak langsung merupakan pendidikan yang pertama kali didapatkan oleh seorang anak
sebelum mendapat pengaruh dari luar. Dan ayat tersebut menerangkan kepada kita bahawa
apabila orang tua menyuruh kita untuk melakukan hal-hal yang dilarang dalam agama, maka
kita wajib menolaknya, akan tetapi dengan perkataan yang baik. Ayat 13 diatas juga ada
mengatakan dan menyuruh orang tua wajib memberi pendidikan kepada anak-anaknya.
Sebagaimana tugasnya, mulai dari melahirkan sampai akil baligh. Penanaman akidah dan
akhlak adalah merupakan prioriti utama.
Pendidikan akidah dan akhlak harus diutamakan sebagai kerangka dasar atau

landasan dalam membentuk peribadi anak yang soleh iaitu Kompetensi Profesional. Dalam
mendidik hendaknya menggunakan pendekatan yang bersifat kasih sayang, sesuai makna
seruan Luqman kepada anak-anaknya, iaitu “Yaa Bunayyaa” (Wahai anak-anakku), seruan
tersebut menyiratkan muatan kasih sayang dan sentuhan kelembutan dan kemesraan, tetapi
dalam koridor ketegasan dan kedisplinan, bukan bererti mendidik dengan keras iaitu
Kompetensi Personal.
Surah tersebut secara terang-terangan menjelaskan kepada kita tentang prinsipprinsip dasar materi pendidikan Islam yang terdiri atas masalah iman, ibadah, sosial, dan
ilmu pengetahuan yang nantinya akan menjadi bekal dalam menjalani kehidupan sebagai
tanggungjawab ke-Khalifah-an. Sebagai bantahan pendapat yang meragukan terhadap
adanya aspek pendidikan dalam Al-Quran.
Sebagai asas berkembangnya ilmu pengetahuan, di samping Al-Quran dan Hadis
sebagai sumber atau dasar pendidikan Islam, tentu sahaja masih memberikan penafsiran
dan penerangan lebih lanjut terhadap Al-Quran dan Hadis, berupa ijma’, qiyas, ijtihad,
istihsan dan sebagainya yang sering pula dianggap sebagai dasar pendidikan Islam.

3

Akan tetapi, kita jelas dan sedar bahawa dasar adalah tempat berpijak yang paling
mendasar, maka dasar pendidikan Islam hanyalah Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad
SAW. Sehingga pandangan para ulama yang berupa berupa ijma’, qiyas, ijtihad, istihsan

dan sebagainya dijadikan sebagai saranan untuk memberikan pemahaman sebagai
penjelas Al-Quran dan Hadis tersebut. Dibawah merupakan beberapa ayat yang membahas
tentang pendidikan. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: 31 :

(31) “Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya,
kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman:”Sebutkanlah kepadaKu
nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar”.

Ayat Al-Quran ini ada menerangkan mengenai proses pendidikan terhadap manusia
terjadi pertama kali ketika Allah SWT selesai menciptakan Adam as, lalu Allah SWT
mengumpulkan tiga golongan makhluk yang diciptakan-Nya untuk diadakan Proses Belajar
Mengajar (PBM). Tiga golongan makhluk ciptaan Allah yang dimaksudkan iaitu Jin, Malaikat,
dan Manusia iaitu Adam Alaihissalam sebagai “pelajar” nya, sedangkan Allah SWT bertindak
sebagai “Guru” nya. Setelah selesai PBM maka Allah SWT mengadakan evolusi kepada
seluruh pelajar iaitu

jin, malaikat, dan manusia dengan cara bertanya dan menyuruh

menjelaskan seluruh materi pelajaran yang diberikan, dan ternyata Adamlah iaitu dari
golongan manusia yang berhasil menjadi juara dalam ujian tersebut.

Seterusnya, mengenai seorang pendidik mengenai pendidikan dimana firman Allah
dalam surah Al-Kahf ayat 66:

4

Yang bermaksud : ”Musa berkata kepada Khidhr “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu
mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu”
Kaitan ayat ini dengan aspek pendidikan bahawa seorang pendidik hendaknya
membantu anak didiknya. Dalam hal ini menerangkan bahawa peranan seorang guru adalah
sebagai fasilitator, tutor, mentor, pendamping dan yang lainnya. Peranan tersebut dilakukan
agar anak didiknya sesuai dengan yang diharapkan oleh bangsa negara dan agamanya.
Pendidik juga harusnya memberi tahu kesulitan-kesulitan yang akan dihadapi dalam
menuntut ilmu. Hal ini perlu, kerana zaman akan selalu berubah seiring berjalananya waktu.
Dan kalau kita tidak mengikutinya, maka akan menjadikan anak yang tertinggal
Selain itu juga, pendidik boleh dikatakan wajib memberi pendidikan kepada saudaramara yg terdekat mahupun kaum kerabat sepertimana dalam firman Allah dalam Surah asySyu’ara: 214 :

Yang bermaksud: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat”.
Ayat ini mengajarkan kepada Rasul SAW dan umatnya agar tidak pilih kasih, atau
memberi kemudahan kepada keluarga dalam hal pemberian peringatan dan pendidikan. Ia
amat bersesuaian dengan kita sebagai seorang guru yang harus memberikannya secara

seimbang, tidak membezakan mana yang kaya dan mana yang miskin iaitu menganggap
semuanya sama. Guru juga wajib menegur kepada anak didik siapapun yang melanggar
atau tidak sesuai dengan kaedah yang telah diajarkannya.

5

PERANAN AL QURAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM DALAM BIDANG SOSIAL.

Perkataan sosial bererti setiap aktiviti atau kegiatan manusia dalam masyarakat. Istilah ini
juga apabila dihubungkaitkan dengan manusia membawa pengertian kepada sebarang
kelakuan atau sikap yang dipengaruhi oleh pengalaman pengalaman dan tingkah laku orang
lain yang telah lalu dan semasa, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Manusia sejak dahulu hingga hari ini mewujudkan kehidupan masyarakat mereka
menurut berbagai bagai teori sosial. Islam sebagai al Din yang bersifat rabbani meletakkan
alas asas utama kehidupan sosial yang bersih daripada sebarang keterlaluan dan
ketidakseimbangan.
Masyarakat atau ‘society’ menurut Islam adalah satu panggabungan manusia yang
diwujudkan melalui ikatan undang undang rabbani bagi mencapai tujuan kehidupan
kemasyarakatan yang harmoni dan aman damai. Sistem sosial Islam merangkumi
keseluruhan hubungan kemasyarakatan yang saling kait mengait di antara satu sama lain

dan kekuatannya terletak pada undangundang yang mengendalikan sistem tersebut.
Dalam peraturan sosial Islam, undang undang Allah mendahului masyarakat dan
menguasainya. Peraturan peraturan sosial yang selainnya yang tidak didahului oleh undang
undang dan peraturan peraturan Allah digubal untuk memenuhi kepentingan kepentingan
yang menurut tanggapan 'aqal dan hawa nafsu manusia. Undang undang kepada
sistemsistem bukan Islam berubah menurut perubahan masyarakat, sedangkan undang
undang rabbani tetap dan tidak membenarkan perjalanan masyarakat menyimpang daripada
apa yang ditetapkan oleh Allah.
Peranan al quran dalam membentuk kehidupan muslim dalam bersosial yang
pertama ialah melarang umatnya menzalimi diri sendiri, keluarga, dan sesama makhluk
Allah. Islam juga mengingatkan bahawa kemakmuran dan kejayaan sesuatu kaum
adalah berdasarkan sikap kaum itu sendiri. Jika baik kelakuan kaumnya, maka baiklah
kehidupan dan sosial mereka. Hal ini adalah berdasakan Surat al-Ra’du ayat 11:

‫ح ن‬
‫ع ق‬
‫ن‬
‫ن ن‬
‫خل ن م‬
‫ه م‬

‫ف م‬
‫و م‬
‫ن ي ندني ن م‬
‫ت م‬
‫ه ين ن‬
‫م ن‬
‫قنبا ت‬
‫م ن‬
‫م ن‬
‫م ن‬
‫و نن ه‬
‫ه ه‬
‫لن ه‬
‫فظه ن‬
‫ه ن‬
‫ن ب ني ن م‬
‫ما ب مأ نن ن ه‬
‫ماب م ن‬
‫م‬
‫حتتى ي ه ن‬

‫ه ل ني ه ن‬
‫ف م‬
‫رالل م‬
‫ه إم ت‬
‫وم م ن‬
‫ه ن‬
‫وا ن‬
‫غي قهر ن‬
‫ن الل ن‬
‫ان ن‬
‫غي قهر ن‬
‫ق ن‬
‫م م‬
‫س م‬

6

‫وا م ن ن‬
‫ءا ن‬
‫ه بم ن‬

‫ه‬
‫و ء‬
‫ون م م‬
‫م م‬
‫منر ت‬
‫ذا أنرا ن‬
‫مال ن ه‬
‫وم م ه‬
‫م ن‬
‫ه ن‬
‫و ن‬
‫دال ن ه‬
‫فل ن ن‬
‫دالل ه‬
‫ن ده ن‬
‫ه ن‬
‫س ن‬
‫ق ن‬
‫ن‬
‫ل‬

‫م‬
‫م ن‬
‫وا م‬
‫ن ت‬
Maksudnya: Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di
muka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah, sesungguhnya Allah
tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada
diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum,
maka tak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain
Allah.
Ayat ini menerangkan tentang kezaliman manusia. Dalam ayat ini juga dijelaskan
bahawa kebangkitan dan keruntuhan suatu bangsa tergantung pada sikap dan tingkah laku
mereka sendiri. Kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini sebagai tanda rosaknya
kemakmuran suatu bangsa.
Peranan al Quran dalam kehidupan bersosial manusia yang kedua ialah
menentukan garis panduan untuk bekerjasama antara satu sama lain untuk
melaksanakan kebajikan dan tidak bekerjasama untuk dosa dan kezaliman.
Berdasarkan surah. (Al Ma'idah: 2)

Maksudnya: "Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa,
dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.

7

Di samping itu,islam juga menetapkan bahawa menjaga hubungan Sesama
Manusia adalah Satu 'lbadah. Segala bentuk perhubungan di antara manusia, adalah
dengan tujuan untuk melaksanakan keta'atan kepada Allah. Firman Allah dalam surah (Ali
'Imran: 112):

‫عل نيهم الذقل ت ه ن‬
‫قه‬
‫ل‬
‫ما ث ه م‬
‫ه‬
‫ن الل ت م‬
‫ل م‬
‫و ن‬
‫فواإ متل ب م ن‬
‫رب ن ن‬
‫م ن‬
‫ة أي ن ن‬
‫ن ن‬
‫ت ن نم ه‬
‫حب ن م‬
‫ه ن‬
‫حب ن م‬
‫ض م‬
‫عل نيسهه ةم ال سنم سسك نن نةة‬
‫هم نن الن لان هس نونباةء وا هبنغ نض ب‬
‫ب هم نن الل لنهه نوةض هرنب س‬
‫ت ن‬
‫ك بأ ن‬
‫نانل ن‬
‫ه‬
‫ت‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ه‬
‫ق‬
‫ح‬
‫ر‬
‫ي‬
‫غ‬
‫ب‬
‫ء‬
‫يا‬
‫ب‬
‫ن‬
‫لو‬
‫ت‬
‫ق‬
‫ي‬
‫و‬
‫ه‬
‫ل‬
‫ال‬
‫ت‬
‫يا‬
‫بآ‬
‫ن‬
‫و‬
‫ر‬
‫ف‬
‫ك‬
‫ي‬
‫نوا‬
‫كا‬
‫م‬
‫ه‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ه‬
‫ه‬
‫ت‬
‫م‬
‫م‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ق‬
‫ذذنل م ن م ه ن‬
‫م‬
‫م‬
‫ن‬
‫ه‬
‫م م‬
‫و ن‬
‫( ذذنل م ن‬Ali 'Imran: 112)
‫ن‬
‫ما ن‬
‫عت ندهو ن‬
‫كاهنوا ي ن ن‬
‫ك بم ن‬
‫ع ن‬
‫وا ن‬
‫ص ن‬
Maksudnya: Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka
berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka
kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu
karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang
benar. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas.
Berdasarkan ayat di atas, kita dapat lihat bahawa Islam mementingkan
perhubungan umatnya dengan Allah (habbluminallah) dan juga perhunbungan
umatnya sesama manusia (habluminannas). Jadi di sini kita dapat lihat bahawa peranan
islam dalam konteks mementingkan perhubungan sosial umatnya sesama manusia ada
disebutkkan dalam ayat di atas iaitu tali perjanjian dengan manusia. Ayat di atas juga
melarang kita mengungkiri janji dan menyatakan keburukan dan balasan apabila kita
mengungkiri janji dalam kehidupan bersosial sesama manusia.
Di samping itu, sistem sosial Islam juga menetapkan beberapa peraturan yang
berteraskan kepada akhlak bagi menentukan hubungan hubungan di antara manusia
di dalam masyarakat. Sifat sifat yang baik dinyatakan sejelas jelasnya, sementara sifat sifat
yang buruk dikeji sekeras kerasnya agar sifat sifat yang buruk itu dibenci oleh anggota
masyarakat. Untuk mengukuhkan ketegasan Islam terhadap sifat sifat yang buruk ini, maka
di dalam masyarakat Islam sebahagian daripada perbuatan perbuatan yang terbit daripada
sifat sifat yang buruk ini dianggap sebagai jenayah dan dikenakan hukuman hukuman hudud
berdasarkan ayat di bawah:

‫ت مل ن ن‬
‫ه ن‬
‫ها‬
‫دو ن‬
‫دوده الل ت م‬
‫عت ن ه‬
‫فنل ت ن ن‬
‫ح ه‬
‫ك ه‬
Ertinya: “Itulah batasan-batasan Allah, maka janganlah kamu melampauinya.”(surah AlBaqarah, 2: 230)
8

Maka itu maksud asal perkataan had. Apabila kita katakan hudud, ia bermaksud batasanbatasan yang telah Allah SWT tetapkan dalam jenayah syariah. Contohnya mencuri,
menuduh orang berzina, memberontak, minum arak, berzina, dan lain-lain. Ini adalah
senarai beberapa kesalahan yang termasuk dalam hudud. Kenapa dinamakan hudud
adalah kerana Allah SWT telah menentukan kaedah hukumannya, bagaimana pelaksanaan,
dan kadar hukumannya.
Dan ayat:

‫ن‬
‫فا ن‬
‫ة ن‬
‫رن‬
‫سنبا ن نكانءل‬
‫ق ه‬
‫عوا أي ن م‬
‫ما ن‬
‫قطن ه‬
‫ما ك ن ن‬
‫دي ن ه‬
‫وال ت‬
‫وال ت‬
‫جنزاءء ب م ن‬
‫ه ن‬
‫رقه ن‬
‫ن‬
‫سا م‬
‫سا م‬
‫حهكي مم‬
‫هم نن الل لنهه نوالل لنةه ن‬
‫ع هزي زم ن‬
“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai)
balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah, dan Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Maidah, 5:38)
Peraturan- peraturan dan hukuman hukuman yang ditetapkan dalam sistem
bermasyakarakat dan bernegara secara Islam adalah dengan tujuan untuk memelihara
keluhuran akhlak anggota anggota masyarakatnya. Dengan adanya penetapan hukum
hudud seperti yang dinyatakan di atas, maka sosial umat islam akan menjadi lebih baik dan
bersih serta bebas daripada ancaman negatif seperti mencuri dan zina dalam kalangan
masyarakat. Penetapan hukum hudud menjadikan pengajaran dan pedoman agar umat
islam merasa gerun untuk melakukan sesuatu yang dilarang dalam islam segaligus
menjadikan sistem sosial masyarakat islam lebih selamat dan universal.
Seterusnya, peranan al Quran dalam sistem sosial manusia ialah menegakkan
Keadilan Sosial. Seluruh kehidupan dalam masyarakat dapat dibahagikan secara kasar
kepada dua bahagian utama, iaitu politik dan ekonomi. Sistem sosial Islam menegakkan
keadilan sosial dengan menetapkan sistem sistem ekonomi dan politik yang seimbang dan
lurus bertepatan dengan undang undang yang bersifat rabbani. Islam sebagai al Din yang
syumul, tidak seperti agama agama lain, mengendalikan keperluan masyarakat, cara cara
untuk

mendapat

mata

pencarian,

cara

cara

menambahkan

pendapatan

serta

menggunakannya.
Keadilan sosial yang dijamin oleh sistem ekonomi Islam menetapkan tidak ada
sesiapa pun dalam masyarakat yang mempunyai peluang sepenuh penuhnya untuk
menghimpun kekayaan dengan mengabaikan dan merampas hak hak anggota lain di dalam
9

masyarakat. Ke'adilan sosial ini menekankan kekayaan tidak hanya boleh berlegar di
kalangan orang orang kaya sahaja, tetapi sebaliknya ia hendaklah dimanfa'atkan oleh
semua anggota di dalam masyarakat melalui perniagaan dan jual beli.
Firman Allah dalam ayat:

‫ما أ ررفارء الل له ع ررلى رسول له من أ ر‬
‫قررى‬
‫ل ال ل ق‬
‫ه‬
‫ل‬
‫ق‬
‫ر‬
‫ل‬
‫ر ق ل ل ل‬
‫مى‬
‫ذي ال ل ق‬
‫ل ورل ل ل‬
‫فرل لل لهل ورللللر ق‬
‫قلرربى روال لي ررتا ر‬
‫سو ل‬
‫روال ل‬
‫ي ل ير ق‬
‫ة‬
‫ب‬
‫وا‬
‫ن‬
‫كي‬
‫سا‬
‫م‬
‫دول ر ة‬
‫ل‬
‫ن ق‬
‫كو ر‬
‫ل‬
‫ن ال ل‬
‫ر‬
‫ر‬
‫ل كر ل‬
‫سلبي ل‬
‫ر‬
‫ل‬
‫ل‬
‫سو ق‬
‫خ ق‬
‫ل فر ق‬
‫ن الغ لن لريالء ل‬
‫م اللر ق‬
‫ذوه ق‬
‫ما آرتاك ق ق‬
‫م ور ر‬
‫من لك ق ل‬
‫ب ري ل ر‬
‫ه‬
‫ه رفان لت رقهوا روات ل ق‬
‫ه إل ل‬
‫ن الل ل ر‬
‫قوا الل ل ر‬
‫م ع رن ل ق‬
‫ما ن ررهاك ق ل‬
‫ور ر‬
‫ر‬
‫ب‬
‫ديد ق ال لعل ر‬
‫ش ل‬
‫قا ل‬
Mafhumnya: "Supaya harta itu hanya beredar di antara orang orang kaya sahaja di antara
kamu." (Al Hasyr: 7)
dan ayat: (An Nisa': 29)

‫م ب ني نﻨ ن ه‬
‫مهﻨﻭﺍ ن‬
‫ن‬
‫كم مبا ل نب ناطم مﺍ‬
‫هاﺍل ﻠ م‬
‫يذا ي ﻴ ن‬
‫لم ل ﱠ ﺃ ن‬
‫ذي ن ن‬
‫وﺍل نك ه ن‬
‫لتأك هلﻭﺍ ﺍ ن ن‬
‫ن ﺍذ ن‬
‫م ن‬
‫م‬
‫ﺠانرﺓء ن‬
‫ن تم ن‬
‫ع ن‬
‫ت نك هو ن‬
‫مننك ن‬
‫ﺾ ق‬
‫ن ت ننرﺍ م‬
‫نﻮﻻ ننﺘﻘﺘلﻮﺍ ﺃﻧﻔسكم ﺇنﺍﷲ كانبكم رﺤيما‬
Maksudnya: "Hai orang orang yang beri.man, janganlah kamu saling memakan harta
sesama kamu dengan jalan batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan
suka sama suka di antara kamu."
Keadilan sosial dalam bidang ekonomi yang dijamin oleh sistem sosial Islam
menetapkan pembahagian yang saksama terhadap peluang untuk mendapatkan
kekayaan di kalangan semua anggota masyarakat. Dengan cara ini semua manusia yang
10

dianugerahkan bakat dan kebolehan oleh Allah dapat menggunakannya untuk mendapatkan
pendapatannya masingmasing. Mereka yang lebih berkeupayaan akan mendapat lebih dan
mereka yang kurang berkemampuan akan mendapat kurang. Namun demikian tidak ada
sesiapa pun yang dizalimi kerana masing masing diberi peluang yang sama terhadap bahan
bahan dan sumber sumber yang boleh mereka usahakan. Di atas hakikat berbezanya daya
kebolehan dan kemampuan manusia inilah, sistem sosial Islam menetapkan bahawa orang
orang berkemampuan mengeluarkan zakat dan sedekah bagi mencukupkan dan membantu
kehidupan orang orang yang kurang bernasib baik. Dengan ini keadilan sosial dalam bidang
ekonomi yang direncanakan oleh sistem sosial Islam memastikan bahawa kekayaan mesti
digunakan dan dimanfa'atkan untuk tujuan tujuan yang baik dan pada jalan yang ma'ruf,
bukannya untuk kemungkaran atau hanya dihimpunkan kepada beberapa orang tertentu
sahaja.
Bidang keadilan sosial yang menyangkut dengan politik pula berkisar di sekitar
prinsip samaratanya semua manusia di sisi undang undang. Dalam sistem politik Islam tidak
ada sesiapa yang duduk di atas undang undang. Pemerintah atau orang orang yang
diperintah, sama ada muslim atau bukan muslim semuanya tertakluk kepada undang
undang selagi mana ia menyangkut dengan kepentingan sosial.
Keadilan sosial dalam bidang politik juga memastikan bahawa pemerintahan
bukan milik sesuatu golongan atau kumpulan dalam masyarakat. Pemerintahan tidak
boleh diwariskan dan tidak pula boleh diwarisi oleh sesiapa. Tetapi pemerintahan adalah
satu amanah orangorang Islam yang hanya diberikan kepada orang yang paling layak di
atas dasar taqwa, ke'ilmuan dan kemampuan untuk memikulnya. Di atas dasar inilah setiap
anggota masyarakat yang Islam berhak untuk memilih pemimpin mereka, menasihatinya
dan menegur kekurangankekurangannya.
Peranan al quran dalam kehidupan muslim dalam bidang sosial yang seterusnya
adalah melahirkan anggota anggota masyarakat yang bertaqwa. Bermula dari rumah
tangga yang haroni dalam sistem sosial Islam akan muncullah individu- individu yang
bertaqwa. Mereka menyederi segala tanggungjawab mereka terhadap ahli ahli lain di dalam
rumah tangga mereka sendiri, mengenal hak hak kaum kerabat dan demikian juga
menghormati hak hak jiran tetangga mereka.
Melalui proses pembentukan yang dilakukan di dalam unit unit rumah tangga, sistem
sosial

Islam

bertujuan

untuk

melahirkan

anggota

anggota

masyarakat

yang

bertanggungjawab. Sifat tanggungjawab yang diingini oleh Islam adalah di atas dasar taqwa
kerana tidak ada neraca kebaikan yang lebih tepat selain daripada taqwa menurut perkiraan
Islam.
11

Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah iatah orang yang paling
bertaqwa di antara kamu. " :

‫يا أ ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ه‬
‫ن‬
‫ن‬
‫وأ هن ننثى‬
‫ر‬
‫ك‬
‫ذ‬
‫ن‬
‫م‬
‫م‬
‫ك‬
‫ﻨا‬
‫ق‬
‫ل‬
‫خ‬
‫نا‬
‫إ‬
‫س‬
‫ﻨا‬
‫ال‬
‫ها‬
‫ي‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ت‬
‫ت‬
‫م‬
‫ﻴ‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ه‬
‫م ن‬
‫م‬
‫ن‬
‫عانر ه‬
‫و ن‬
‫قنبائ م ن‬
‫م ه‬
‫م‬
‫فوا إ م ت‬
‫ل ل مت ن ن‬
‫ش ه‬
‫ج ن‬
‫و ن‬
‫مك ه ن‬
‫ن أك ننر ن‬
‫عل ننﻨاك ه ن‬
‫عوءبا ن‬
‫ن‬
‫ن‬
‫ه أت ن ن‬
‫خمبيترالحﺠرات‬
‫م ن‬
‫ه ن‬
‫م‬
‫عﻨ ندن الل ت م‬
‫م إم ت‬
‫عملي ت‬
‫ن الل ت ن‬
‫قاك ه ن‬

(Al-Hujurat: 13)

Dengan taqwa sebagai dasar, sikap bertanggungjawab anggotaanggota masyarakat
tidak terbatas hanya kepada kaum kerabat dan jiran jirannya yang tertentu, tetapi lebih luas
daripada

itu.

Sikap

tanggungjawab

seseorang

muslim

akan

menjadikannya

bersungguhsungguh untuk menolong sesiapa sahaja di dalam masyarakatnya. Dia
memahami, Islam menganjurkan bahawa di mana mana sahaja tempat yang masih terdapat
seseorang yang lapar, maka penduduknya tidak termasuk di bawah naungan Allah. Sikap
sebegini

menjadikan

mereka

sebagai

anggota

anggota

masyarakat

yang

saling

bekerjasama dalam mengendalikan urusan mereka bersama.

Dengan wujudnya sifat taqwa dan tanggungjawab ini maka wujudlah keamanan dan
kedamaian

dalam

masyarakat.

Terhindarlah

masyarakat

daripada

kejahatan

dan

pencerobohan dan timbullah kasih sayang di antara satu sama lain dalam kehidupan
bersosial masyarakat menurut sistem sosial islam dengan Al Quran sebagai panduan.
Selain daripada itu, Al Quran juga berperanan untuk menegakkan pemerintahan
yang melaksanakan amanah dalam bidang sosial. Ma'aruf tidak dapat berkembang dan
mungkar tidak dapat dibenteras tanpa adanya pemerintahan. Demikian juga sebuah
masyarakat Islam yang sejati tidak mungkin dapat wujud untuk mendaulatkan seluruh
syari'at Islam tanpa adanya kekuasaan. Pemerintahan Islam pula tidak dapat kekal
sekiranya ia tidak melaksanakan amanah undang undang syari'at yang ditetapkan Allah.
Anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan bertaqwa pasti akan memilih
pemimpin pemimpin yang bertanggungjawab dan taqwa pula. Di atas dasar inilah peranan
pemerintahan Islam adalah untuk menjaga kepentingan rakyat yang memilihnya. Dengan
wujudnya pemerintahan yang melaksanakan amanah maka tegaklah sebuah masyarakat
dan negara yang mengikuti seluruh sistem sistem Islam dan hukum hukumnya yang
12

berhubung dengan urusan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan seterusnya. Dengan
wujudnya juga pemerintahan yang melaksanakan amanah maka akan terus berkembang
luaslah kebaikan yang terdapat pada diri manusia. Melaluinya juga seluruh manusia akan
dapat meni'mati keamanan dan ke'adilan yang sebenarnya.

13