PROGRAM PEMULIHAN YANG DIJALANKAN DI SEK

PROGRAM PEMULIHAN YANG
DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
•P R O G R A M L I T E R A S I D A N

NUMERASI (LINUS)
•P R O G R A M K E M A H I R A N M E M B A C A
DAN MENULIS (PROTIM)

LINUS
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU

(Numerasi). Jadi maknanya Program Literasi
dan Numerasi
Linus adalah kombinasi literasi dan numerasi
Linus dijalankan mengikut kelas iaitu Kelas
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3

Program LINUS dilaksanakan kerana

masalah murid yang belum menguasai
kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat

diatasi sepenuhnya walaupun Kementerian
pelajaran Malaysia telah melaksanakan
pelbagai program Pemulihan seperti Program
KIA2M untuk murid Tahun Satu yang mula
dilaksanakan pada tahun 2006.

Terdapat perbezaan antara Proggram LINUS

1,0 dengan Program LINUS 2.0. Bagi LINUS
1.0 murid-murid disaring tiga kali setahun
berbeza dengan LINUS 2.0 dimana hanya
menjalankan saringan banyak dua kali sahaja
dalam setahun.
Bagi LINUS 1.0, murid arus perdana tidak perlu
disaring. Namun, bagi LINUS 2.0 pula, semua
murid akan disaring walaupun sudah perdana.

Dalam LINUS 1.0, penilaian ke arus perdana

lebih mudah iaitu hanya lapan konstruk bagi

literasi dan sepuluh konstruk bagi numerasi.
Manakala, dalam LINUS 2.0 pula, penilaian
ke arus perdana mestilah melepasi konstruk
12 bagi literasi dan numerasi.

Bagi LINUS 1.0, literasi adalah Bahasa

Melayu dan numerasi adalah Matematik.
Manakala bagi LINUS 2,0 pula, literasi
adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
dan numerasi adalah Matematik.

PROTIM
Program penguasaan Kemahiran Asas

Mengira merupakan salah satu komponen di
bawah rancangan yang dinamakan ProTIM
(Program Penguasaan Tiga “M”) untuk
membantu murid Tahap ll di sekolah rendah
menguasai kemahiran asas membaca,

menulis, dan mengira.

Program ProTiM ditambah baik

lanjutan pelaksanaan Program
LINUS 2010.
Proses penambahbaikan program
ini perlu dilakukan bagi membantu
murid yang telah mengikuti
program LINUS . Penambahbaikan
ini tertumpu kepada murid Tahun 4.

Matlamat program ini secara

umumnya adalah untuk memastikan
murid Tahun 4 menguasai kemahiran
asan mengira.
Tumpuan diberikan bagi membantu
dan membimbing murid LINUS yang
masih belum melepasi saringan

terakhir Tahun 3.

Tumpuan juga diberikan kepada murid LINUS yang

baru melepasi saringan terakhir pada Tahun 3
berkenaan tetapi kebolehan mereka masih lemah
dan sukar untuk bersaing dengan murid sedia ada.
PROTIM bagi tahun 6 pula dijalankan selepas muridmurid selesai menduduki peperiksaan UPSR.
Selepas dua bulan murid berada di Tahun 4, Tahun 5

dan Tahun 6, guru akan mengenal pasti murid yang
belum menguasai asas mengira akan menduduki
Ujian Diagnostik yang dipanggil Ujian ProTiM.

Bagi murid yang tidak melepasi skema yang

ditetapkan murid tersebut mesti mengikuti
kelas ProTiM yang akan dilaksanakan selepas
pelaksanaan Ujian ProTiM dianalisis.
Bagi murid yang melepasi skema tersebut


akan mengikut kelas seperti biasa.