22
tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan RMKe-9, inisiatif akan diambil bagi meningkatkan kerjasama serantau dan kerjasama dengan rakan pembangunan ke
arah memperluas hubungan global negara. Bagi memperkukuh lagi PKTM, strategi baru akan diambil untuk meningkat kerjasama dengan sektor swasta dan badan
bukan kerajaan NGO. Di samping terus menumpu kepada pembinaan modal insan dengan kerjasama negara membangun lain, PKTM juga akan menyokong inisiatif
bagi memajukan lagi hubungan dua hala.
4.2 Best Practices dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat: Kemajuan PSH Di
Malaysia 2001-2015
Dalam tempoh RMKe-8, Malaysia bekerjasama dengan rakan pembangunan dua hala, pelbagai hala dan serantau untuk menangani beberapa isu peringkat serantau
dan global yang mempengaruhi pembangunannya serta menyokong kerjasama Selatan-Selatan menerusi perkongsian pengalaman pembangunan. Penekanan
khusus diberi kepada pembangunan modal insan dan peningkatan keupayaan institusi ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Milenium MDG.
Usaha diambil untuk memperkukuh hubungan politik dan ekonomi selaras dengan dasar luar negara Malaysia, terutamanya dalam kumpulan serantau seperti
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara ASEAN dan Kerjasama Ekonomi Asia- Pasifik APEC serta kumpulan seperti Pertubuhan Persidangan Islam OIC dan
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali NAM. Kedua, ialah pendekatan menyediakan dan mempersiapkan rakyat untuk membina
sebuah negara yang berdaya tahan dan mampu bersaing di pasaran dunia. Ini pula adalah asas bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam zaman baru yang
semakin mencabar ini. Umumnya, ramai yang yakin dengan falsafah pembangunan baru kerana ia masih
berasaskan falsafah yang asal dan proses penggubalannya juga mengekalkan proses musyawarah seperti melalui Mapen II, maka RRJP3 akan mencapai
kejayaan.
23
Pada masa yang sama, di samping menggabungkan strategi utama Dasar Ekonomi Baru DEB iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan
semula masyarakat, serta Dasar Pembangunan Nasional DPN yang menekankan pembangunan seimbang, Dasar Wawasan Negara DWN, iaitu asas bagi
penggubalan RRJP3, yang menumpukan untuk meningkatkan keutuhan dan daya saing negara turut mengandungi beberapa dimensi baru. Dimensi baru yang paling
ketara ialah persoalan menyediakan rakyat yang berbudaya ilmu bagi menghadapi cabaran K-ekonomi.
Tiga dimensi yang memberi penekanan kepada ilmu itu ialah membangunkan masyarakat yang berasaskan ilmu; menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan
perkhidmatan lebih dinamik dengan mempelbagaikan serta meningkatkan penerapan ilmu; dan, mengubah pembangunan sumber manusia bagi menyokong
pembentukan masyarakat yang berasaskan ilmu. Persoalan ilmu ini dibincangkan secara lebih khusus ketika merujuk unjuran dan
perananancangan RRJP3 mengenai pendidikan, latihan dan latihan-semula, terutamanya tentang penyelidikan dan pembangunan RD.
Ini selaras dan bertepatan dengan tahap kemasukan negara ke dalam zaman k- ekonomi, iaitu negara kini berada dalam tahap transformasi daripada p-ekonomi
ekonomi berasaskan pengeluaran kepada K-ekonomi sepenuhnya. Untuk berjaya melalui transformasi ini, menurut perbincangan yang diterajui Institut
Kajian Strategik Antarabangsa ISIS, tiga strategi perlu dilakukan, iaitu menambahkan intensiti ilmu dalam program yang sedia ada; menganjurkan program
ilmu yang baru; dan, meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan RD bagi mendapatkan penembusan-penembusan baru.
Adalah diharapkan tiga prinsip utama masyarakat berbudaya ilmu akan dapat diwujudkan, iaitu meletakkan ilmu dan ilmwuan di tempatnya yang paling tinggi;
setiap orang sentiasa menuntut ilmu dan menyumbang terhadap pengembangan ilmu; dan setiap keputusan dan tindakan adalah berlandaskan ilmu.
Persoalan ilmu yang dikupas secara begitu komprehensif dalam RRJP3 amat penting untuk dihayati dan diamalkan, terutamanya oleh para belia. Ini adalah
kerana ilmu adalah faktor pembangunan yang paling penting dalam zaman revolusi
24
perindustrian baru kini yang dipanggil zaman K-ekonomi. Belia Malaysia mesti menguasai ilmu yang terkini dan lengkap dengan kemahiran yang paling tinggi.
Daripada tujuh bab dalam buku RRJP3, terdapat satu bab, iaitu bab 5, yang dikhususkan untuk membangunkan Malaysia menjadi ekonomi yang berasaskan
ilmu. Bab ini memberikan dua rasional bagi K-ekonomi, iaitu untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mapan; dan untuk mengekalkan daya saing.
Dalam konteks ini, sembilan teras utama pelan pembangunan berasaskan ilmu dikenal pasti, iaitu:
Membina tenaga kerja berasaskan ilmu melalui kajian terhadap sistem pendidikan dan latihan, pembelajaran sepanjang hayat dan menarik pakar dari luar negara.
Mempergiatkan daya usaha dalam sains dan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan bagi mengukuhkan inovasi.
Mempercepatkan pembangunan infrastruktur maklumat. Menyusun semula sistem kewangan untuk menyediakan pembiayaan sesuai bagi
aktiviti berasaskan ilmu, menyediakan alat pengurusan ekonomi makro dan mampu berhadapan dengan cabaran K-ekonomi.
Meningkatkan kandungan ilmu dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.
Mendorong sektor swasta bersedia menghadapi K-ekonomi serta mengenal pasti dan memanfaatkan peluang-peluang.
Merubah sektor awam supaya lebih cekap. Memupuk penggunaan ilmu secara beretika.
Merapatkan jurang digital antara kumpulan pendapatan, etnik, umur, bandar dan luar bandar dan antara wilayah.
Bagaimanapun, definisi pengetahuan, iaitu maklumat yang ditafsir dan digunakan oleh pembuat keputusan untuk mencapai matlamat mereka dan pembahagiannya
kepada pengetahuan mengenai teknologi dan pengetahuan hakiki atau daripada pengalaman.
25
Satu kajian PSH peringkat local telah dibuat oleh Hanipah Hussin 2005 dan 2011. Kajian ini telah mengambil Pemimpin kampung yang terdiri dari Jawatan
Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Luar bandar JKKK sebagai respondent dan cohort kajian.
Contoh Kajian yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap ‘Generic skills’ di atas adalah di kalangan Datuk Sidang dan Datuk
penghulu di seluruh Negeri Melaka yang bertajuk ‘Membangunkan Daya Kepimpinan di kalangan Datuk Sidang dan Datuk Penghulu Negeri Melaka melalui
teknik Refleksi’, oleh Prof.Madya Dr. Hanipah Hussin dari Kolejj Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia , Hanipah :2004
Penyataan masalah adalah berfokus kepada situasi di Negeri Melaka dalam Agenda Sosial Alaf Baru, Generic skills yang diaplikasikan adalah berformat
dan melalui alat senarai semak seperti di bawah ini. Tajuk kajian
- Membangunkan Kemahiran Generik di Kalangan
Pemimpin Kampung Permasalahan
- Pemimpin kurang faham cara efektif
melaksanakan program social.
Reka bentuk kajian - Developmental Research
Sasaran -
Datuk Penghulu dan Sidang Kampung 124 orang Alat Kajian
- Penulisan Refleksi Berformat, check list, interview
Alat Analisis Data - Content Analysis
Sgnifikan Kajian -
Memberi komponen kemahiran generic dalam membangunkan ciri-ciri kepimpinan
Stem Soalan -
Sebagai pemimpin tempatan anda sentiasa bimbang terhadap isu kampung yang panas seperti projek belia tempatan yang tidak dapat sambutan, remaja
melencong ke rumah-rumah k edai untuk ‘video game’ , yang menganggur
tidak berkemahiran, ada belia yang tercicir dan menagih, ada kes rendah moral di kalangan orang tua dan pelbagai masalah social yang perlu ditangani
secara bijaksana. Dengan format refleksi di bawah cuba tulis dengan ayat mudah untuk menggambarkan tingkahlaku kepimpinan anda semasa
26
memulakan dan menjayakan sesuatu kempin starting campaign atau program pembaikan di kampung anda.
1. Namakan Program dan matlamat apa yang hendak dicapai?
2. Siapakah sasaran kempinprogram?
3. Peringkat pelaksanaan negerikebangsaan?
4. Bagaimana cara hendak libatkan sasaran dalam membuat keputusan
terhadap bagaimana pengisian program dan bagaimana ianya hendak dilaksanakan?
5. Siapakah orang yang anda ingin jemput pada perjumpaan mesyuarat
kali pertama? JKK?, Exco?, Pegawai Kanan Kerajaan? CEO? Ketua Menteri? Jelaskan Mengapa?
6. Cuba gariskan agenda meeting tersebut. Apakah messages penting
yang mesti dinyatakan. Bagaimana menenangkan keadaan dan orang –orang yang datang ke mesyuarat tidak terbiar?
7. Adakah anda menjemput pihak media? Jika ya, bagaimana anda
laksanakan? 8.
Siapalagi yang anda akan jemput untuk tarik perhatian dalam campaign program anda?
9. Bagaimana mencari tempat mesyuarat? Bagaimana jika ruang perlu
dibayar? Kudapan pagi, minum petang, ? 10.
Bagiamana anda mencari budget campaign? 11.
Bagaimana anda pasti kempin atau program berjalan seperti dirancang dan dapat mencapai matlamatnya?
12. Bagaimana anda melaporkan dan mendokumentkan kempin yang
telah selesai dan di mana patut folio itu di simpan?
Satu lagi dapatan kajian terhadap persoalan pembelajaran sepanjang hayat di Malaysia adalah tulisan dan laporan kajian oleh Yip Kai Leong 2010 . Belajar
sepanjang hayat dan visi 2020 Malaysia 2012.
27
Laporan kajian beliau mengupas tentang system pendidikan di Malaysia dan perubahan yang dilakukan dalam rangka menjawab tantangan yang ada. Pada awal
tulisanya dijelaskan tentang visi Malaysia, yaitu sebagai Negara yang sudah berkembang penuh ekonominya sebelum tahun 2020 “ FULLY DEVELOPED
ECONOMY”. Pengembangan tersebut akan dikembangkan atas dasar karakter bangsa Malaysia, bukan meniru pola yang dikembangkan oleh bangsa lain. Dalam
rangka mencapai visi tersebut pendidikan dipandang sebagai alat utama. Ada tiga keperluan di bidang pendidikan yaitu :
a. Peningkatan pendidikan tinggi dalam bidang sain, matematika, bahasa, dan pendidikan teknikal dan kejuruteraan
b. Pengurusan dan Keusahawanan c. Peningkatan kemampuan tenaga kerja di bidang teknikal dan kejuruteraan.
Sebagai upaya untuk menjawab keperluan di atas, maka dilakukan perubahan pendidikan asas dan menengah serta pengajian tinggi. Dalam pendidikan asas dan
menengah, Malaysia telah mengubah visi pendidikannya, dari pendidikan untuk semua kepada pendidikan bermutu untuk semua. Visi ini mengandung dua ide
dasar pokok, yaitu a. pendidikan dasar tidak lagi diarahkan pada pengembangan kemempuan baca,
tulis, hitung, tetapi pada pengembangan kemampuan berpikir kritis. b.Pendidikan diarahkan pada pengembangan diri peserta didik secara mapan. Visi
ini kemudian terjemahkan ke dalam tiga peringkat. . Pertama, pengembangan falsafah dalam bentuk panduan pelaksanaan dan
pendidikan secara terpadu dalam semua system pendidikan. Pada jenjang pendidikan tinggi, Malaysia mengambil langkah yang sangat radikal, yaitu
menjadikan Malaysia sebagai pusat keungulan pendidikan dikawasan regional. Kebijakan yang ditempuh adalah industrialisasi pendidikan tinggi. Pembukaan
cabang perguruan tinggi asing dengan kerjasama universiti tempatan dan perusahaan, pendirian perguruan tinggi swasta, peningkatan bantuan belajar bagi
kelompok tidak beruntung, penyelenggaraan pendidikan jarak jauh dan pendirian otonomi penuh pada perguruan tinggi. Berbeda dengan pendidikan formal yang
28
mendapat perhatian besar, pendidikan non formal relative tidak berkembang sepesat pendidikan formal. Pendidikan non fomal tidak merupakan bagian integral dari
system pendidikan formal, akan tetapi hanya sebagai komplemen. Pendidikan non formal tidak diurusi oleh kementrian pendidikan, tetapi dikelola oleh lembaga
pemerintah secara departemantal, lembaga swasta dan masyarakat. Modul Programnya meliputi pengembangan kehidupan sosial, personal dan vokasional
serta masyarakat.
29
4.2 Best Practices dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat: Republik