21
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 Best Practices dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat
Konsep PSH bukan sahaja menjadi agenda penting, malahan telah menukar cara berfikir masyarakat khususnya golongan muda yang baru keluar dari pusat
pengajian tinggi. Di Jepun misalnya, persepsi mengenai pentingnya PSH telah mewujudkan satu fenomena baru yang dikenali sebagai
“employability fever”. Golongan mudanya bersikap agresif untuk memiliki kelulusan dalam beberapa
bidang pengajian dan latihan bagi menjamin mereka mendapatkan lebih peluang pekerjaan yang mereka minati. Manakala di beberapa negara, konsep PSH telah
dilakasanakan dengan jayanya melalui beberapa pendekatan. Orentasi ilmu dalam pembelajaran sepanjang hayat di Malaysia telah bermula sejak
Kementerian Luar Bandar 1963 dan DEB membuat kampen sekolah untuk orang dewasa bagi menangani taraf buta huruf yang tinggi dalam kalangan masyarakat
luar Bandar. Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010 RRJP3 pula, pihak kerajaan menekankan dua pendekatan utama. Pertama, ia
meneruskan pendekatan dan falsafah pembangunan negara sebelum ini, iaitu pembangunan dengan pengagihan. Ini adalah asas kejayaan formula Malaysia
selama ini dalam mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan saksama.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan RMKe-8, kerjasama yang dipupuk dengan komuniti antarabangsa mengukuhkan kerjasama peringkat dua hala,
serantau dan
pelbagai hala.
Kerjasama antarabangsa adalah
penting memandangkan Malaysia merupakan negara ekonomi terbuka dan negara
perdagangan yang ke-18 terbesar di dunia. Malaysia juga menyokong kerjasama peringkat pelbagai hala bagi mempelopori keamanan dan pembangunan
antarabangsa dan juga mempromosi secara aktif kerjasama Selatan-Selatan melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia PKTM.
Malaysia akan terus mempergiat usaha untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa ke arah pembentukan dasar dan strategi yang sesuai bagi memboleh
negara membangun menerima manfaat globalisasi dengan lebih saksama. Dalam
22
tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan RMKe-9, inisiatif akan diambil bagi meningkatkan kerjasama serantau dan kerjasama dengan rakan pembangunan ke
arah memperluas hubungan global negara. Bagi memperkukuh lagi PKTM, strategi baru akan diambil untuk meningkat kerjasama dengan sektor swasta dan badan
bukan kerajaan NGO. Di samping terus menumpu kepada pembinaan modal insan dengan kerjasama negara membangun lain, PKTM juga akan menyokong inisiatif
bagi memajukan lagi hubungan dua hala.
4.2 Best Practices dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat: Kemajuan PSH Di