STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. docx

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Kementerian Pelajaran (1983 : 27), strategi pengajaran dan
pembelajaran yang disarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat
murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia
menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya sendiri.
Mengikut strategi ini, setiap murid akan mengambil bahagian secara aktif di
dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen-komponen
kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan, dan persekitaran
serta kesenian dan rekreasi.
Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan
diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik,
berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian,
guru-guru digalakkan menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan,
bakat, dan minat murid-murid.
Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid
yang maksimum ialah penggabungjalinan. Strategi ini memainkan peranan
penting dalam proses pengajran dan pembelajaran. Melalui proses
penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini
juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran. Kemahirankemahiran boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran-kemahiran yang

terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-kemahiran daripada satu
mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran.
Bahan-bahan program bahasa diambil daripada bidang Kemanusiaan dan
Persekitaran. Unsur-unsur daripada mata pelajaran seperti sains, geografi,
sejarah, sivik, kesihatan, seni lukis, dan lain-lain ilmu pengetahuan telah
diserapkan menjadi satu mata pelajaran yang diberi nama Alam dan Manusia.
Dalam kurikulum baru sekolah rendah, perkara yang ditekankan adalah kepada
kemahiran asas. Untuk mencapai kemahiran asas dengan lebih berkesan dan
untuk mendapatkan isi ilmu pengetahuan secara tidak langsung melalui
kemahiran-kemahiran itu, maka sesuatu pelajaran itu haruslah disampaikan
secara terpadu. Dengan berdasarkan program terpadu ini satu pengajaran
melalui aktiviti yang menarik dan bermakna dapat diciptakan.
Program terpadu mengandungi 2 strategi, iaitu penggabungjalinan dan
penyerapan. Program ini bertujuan :
i. membolehkan murid-murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan
lebih
bermakna
ii. mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana yang lebih menarik
iii. menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan
iv. kemahiran-kemahiran saling memperkukuh.


PENGGABUNGJALINANKonsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa
Malaysia bukanlah suatu konsep yang baru. Dalam pengajaran bahasa,
kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhan yang melibatkan semua aspek
kemahiran, sama ada mendengar, bertutur, membaca dan menulis atau
sebagainya. Dalam hal ini, guru-guru bahasa sebenarnya sama ada sengaja atau
tidak sengaja memang telah ada menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu.
Tetapi apa yang disarankan oleh sukatan pelajaran adalah supaya penggabungan
itu dapat dilakukan dengan dengan cara yang lebih sistematik, teratur, dan lebih
luas lagi.
Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan
mengelakkan compartmentalization iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru
daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan
atau mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di
sebaliknya, ia bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu
dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran lebih berkesan.
Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran
dibahagikan kepada 2 :
i. Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.


Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada 4 kemahiran yang sering dijalankan
dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa
atau semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran.
Perlu diingat bahawa susuanan atau cara penggabungjalinan itu adalah mudah
berubah. Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang.
Sekiranya ia dirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui :
a) Apakah objektif yang hendak dicapai?
b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan?
c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan?

Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh
disampaikan berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan
masa yang diperuntukkan.

Contohnya :

Lisan … membaca … menulis


Membaca … lisan … menulis
Lisan … membaca … lisan
Lisan … menulis … membaca
|_____________________________________|
|
TATABAHASA

Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran
sampingan yang mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya, jika bacaan dan
kefahaman menjadi kemahiran fokus maka kemahiran menulis sebagai
kemahiran sampingan mengukuhkan kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak
ditumpukan kepada kemahiran membaca dan kefahaman.

(i) (ii) (iii)
Lisan 45% 10% 30%
Membaca 25% 40% 25%
Menulis 20% 30% 15%
Tatabahasa 10% 20% 30%

Dalam model (i), kita dapati pengajaran itu menitikberatkan apsek lisan (45%),

dalam model (ii), ia menitikberatkan aspek membaca dan kefahaman (40%), dan
model (iii) menitikberatkan aspek lisan dan tatabahasa masing-masing
diperuntukkan sebanyak 30%.
Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran
daripada beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam
pelajaran bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran
pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus
sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik menjadi kemahiran sampingan.

CONTOH :

Tajuk : Kawan saya.
Kemahiran Bahasa : Membaca dan menulis tentang kawan saya.
Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya.
Kemahiran Muzik : Menyanyi lagu ‘Kawan Saya’ untuk mengukuhkan
perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan.

Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran
dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran dalam
beberapa mata pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabungjalinkan

kemahiran-kemahiran daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam
beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu.

Bahasa : a) Kemahiran lisan (mendengar / bertutur)
b) Kemahiran membaca
c) Kemahiran menulis

Pendidikan Seni : a) Kemahiran melukis
b) Kemahiran mewarna

Pendidikan Muzik : a) Kemahiran menyanyi

PENYERAPANPenyerapan adalah strategi penyatuan isi pengetahuan daripada
satu mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata-mata
pelajaran lain. Dalam tahap (1) misalnya, isi daripada mata pelajaran Alam dan
Manusia diserapkan ke dalam bidang kemahiran bahasa. Penyerapa ini boleh
dijalankan di dalam mana-mana kemahiran atau aktiviti bahasa. Di samping itu,
beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Pendidikan
Moral, Pendidikan Agama, Matematik, Pendidikan Jasmani, Muzik, boleh juga
diserapkan ke dalam pelajaran bahasa.

Biasanya di dalam sesuatu pelajaran bahasa, terutama pada tahap (1),
penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Guru mengajar dengan
menggunakan isi daripada Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan
kemahiran-kemahiran Bahasa, Pendidikan Seni, dan Muzik.
Di dalam rajah di bawah, berlaku penggabungjalinan antara kemahirankemahiran bahasa, pendidikan seni, dan muzik serta penerapan Alam dan
Manusia.

Mata pelajaran Alam dan Manusia meliputi unsur-unsur geografi, sains, sejarah,
sivik, dan kesihatan, dan pengetahuan-pengetahuan lain tentang manusia dan
alam sekitarnya.

Mata pelajaran Alam dan Manusia tidak diajar secara bersendirian pada tahap
(1), tetapi isi kandungan dan kemahiran-kemahiran diserapkan dan dipadukan
dalam program bahasa.
Pada tahap (2), barulah mata pelajaran itu diajar sebagai satu mata pelajaran
yang tersendiri. Strategi penggabungjalinan dan penyerapan digunakan secara
meluas bagi menyampaikan pengetahuan-pengetahuan Alam dan Manusia.

CONTOH PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERAPAN YANG
BOLEH DILAKUKAN DENGAN KUMPULAN PSR

(PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Bidang : Bacaan dan kefahaman
Tajuk : Udara dan angin
Rasional : Konsep Alam dan Manusia
i. Apakah keperluan-keperluan manusia
ii. Bagaimanakah manusia mengubah alam
iii. Bagaimana alam mengubah manusia

Objektif : i. Di akhir pelajaran murid-murid dapat menyatakan isi
pelajaran dengan baik.
ii. Murid dapat menjawab soalan-soalan yang diesdiakan
iii. Murid dapat membaca dengan baik(intonasi dan sebutan)

Kemahiran Bahasa : i. Lisan (mendengar dan bertutur)
ii. Membaca
iii. Menulis

Bahasa Alat : i. Petikan ‘Udara dan Angin’

ii. Kad perkataan, kad cantuman, dan lain-lain

Penggabungjalinan : i. Kemahiran bahasa

ii. Kemahiran pendidikan seni
iii. Kemahiran muzik

Penyerapan : i. Isi mata pelajaran sains
ii. Isi mata pelajaran sejarah
iii. Isi mata pelajaran geografi
iv. Isi mata pelajaran kesihatan

Langkah-langkah penyampaian :
i. Set induksi
ii. Langkah-langkah perkembangan isi
iii. Aktiviti guru dan murid
iv. Pendekatan, kaedah, dan teknik
v. Penilaian

Huraian Petikan ‘Angin dan Udara’

i. Sains (konsep)
Udara ada di sekeliling kita
- Bukti-bukti adanya udara
- Angin ialah udara yang bergerak
- Angin boleh :
? menyejukkan benda
? menggerakkan benda
? mengeringkan benda
? membesarkan api dan ombak
? merosakkan benda

ii. Manusia (keperluan)
? Ingin sejuk (kipas)
? Ingin bergerak (layar)
? Ingin mengeringkan (kipas)
? Ingin membesarkan api (kipas)

? Ingin terpelihara daripada ribut (lari atau berlindung)

iii. Geografi (cuaca)

? Dalam udara ada air
? Wap air jadi embun, kabus, awan
? Awan jadi hujan
? Angin bawa sejuk dan panas
? Angin kuat merbahaya
? Arah tiupan angin

iv. Sejarah
? Kenderaan dan layar
? Kipas
? Lawatan ke bulan
? Tenaga angin
? Alat-alat penyejuk, pengering, dan lain-lain yang digunakan dahulu dan
sekarang

v. Kesihatan (bersih dan kotor)
? Udara bersih dan pernafasan
? Pencemaran udara (debu, kuman, dan bahn-bahan kimia)
? Udara barsih dan tumbuh-tumbuhan
? Kesan udara ke atas badan manusia

vi. Muzik (nyanyian)
? Menyanyikan lagu tentang udara dan angin

vii. Lukisan
? Melukis gambar yang menunjukkan manusia menggunakan kuasa angin untuk
memenuhi keperluannya (misalnya kipas, kapal terbang, kapal layar, dll)

viii. Drama

? Melakonkan cerita ‘Angin dan Udara’
PENGGABUNGJALINAN PADA PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
Penggabungjalinan bererti menggabungjalinkan beberapa aspek bahasa seperti
lisan, bacaan, dan penulisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Pengagihan gerak kerja yang menitikberatkan kemahiran tertentu itu,
sama ada lisan, membaca, atau menulis, bergantung kepada matlamat semerta.
Guru boleh menggunakan kebijaksanaannya, sesuai dengan masa dan sifat-sifat
khusus pelajar-pelajar di dalam kelas.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malayisa, pengagihan kemahirankemahiran di dalamnya boleh dibuat seperti berikut :

I

II

Lisan

30%

Bacaan

10%

20%

Penulisan

35%

Tatabahasa
Jumlah

III

15%

100%

40%

40%
20%
30%
100%

15%
40%
5%
100%

Pada peringkat menengah atas, pengajaran bahasa haruslah menitikberatkan
penggunaan bahasa sejajar dengan matlamat sukatan pelajaran di mana bahasa
Malaysia digunakan sebagai alat komunikasi.latihan tatabahasa adalah melalui
penggunaannya dalam situasi atau konteks yang tertentu. Jika didapati
penguasaan tatabahasa pelajar itu lemah, masa yang dikhaskan bolehlah
diuntukkan bagi pelajaran itu secara mendalam. Walau bagaimanapun, pelajaran
tatabahasa itu mestilah mentikberatkan penggunaannya dan bukan sematamata tentang pengetahuan dan fungsi tatabahasa itu sahaja. Dalam pendekatan
ini, tatabahasa diajar secara ‘incidental’ dan dikuasai oleh pelajar-pelajar secara
bersahaja, iaitu melalui penggunaannya.
Daripada penjelasa di atas tadi, dicadangkan pula beberapa model pelajaran
bahasa berdasarkan konsep penggabungjalinan. Penggabungjalinan ini boleh
dijalankan dalam satu waktu atau lebih.

Model (I) : Bacaan ? lisan ? penulisan
|_______|
|
tatabahasa

Contohnya :

Bacaan Membaca senyap

Lisan Latihan kefahaman
Latihan bahasa dan tatabahasa
Memberi komen atau kritik

Gerak kerja bertulis Latihan kefahaman
Latihan tatabahasa
Latihan meringkas

Model (ii) Lisan ? penulisan
|
tatabahasa

Lisan Mendengar dan memahami sebahagian daripada petikan perbualan
Murid berlakon

Penulisan Menuliskan karangan

Model (iii) Lisan ? bacaan ? penulisan
|________|
|
tatabahasa

Contohnya :
Lisan Bersoal jawab atau berbincang tentang bacaan
Mendengar petikan pita rakaman
Mendengar bacaan murid dan guru

Bacaan Murid-murid membaca senyap petikan

Lisan Latihan kefahaman
Latihan perbendaharaan kata dan tatabahasa

Penulisan Latihan menjawab soalan-soalan kefahaman berdasarkan isi,
tatabahasa, dan latihan-latihan bahasa yang lain. Latihan menulis
sama ada karangan, berita, laporan, dan sebagainya.

Model (iv) Bacaan ? lisan ? penulisan ? lisan
|_________________|
|
tatabahasa

Contoh :
Bacaan Murid membaca senyap

Lisan

Latihan kefahaman – tatabahasa dan latihan perbualan atau

perbincangan. Latihan bahasa – bercerita dan mengkritik.

Penulisan Menyediakan isi untuk forum, ceramah, syarahan, wawancara,
dan sebagainya

Lisan Berbahas, berceramah, bersyarah, dll.

Model (v) Lisan ? penulisan ? lisan
|__________|
|
tatabahasa

Contoh :
Lisan Mendengar dan memahami melalui pita rakaman

Penulisan Mencatat isi-isi penting

Lisan Memberi ceramah dan bersoal jawab