AKTIVITI LAKONAN DALAM PENGAJARAN BAHASA

PROCEEDING THE 8TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND
CONFERENCE OF ASEAN STUDIES ON ISLAMIC AND ARABIC
EDUCATION AND CIVILIZATION
(POLMED - UKM - STAI AL-HIKMAH)
1 DISEMBER 2015

SIDANG EDITOR

PROF MADYA DR HJ MAIMUN AQSHA BIN ABDIN
LUBIS SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN
HELMIRIZAL BIN CHE LONG
NOR SOFIAH BT SUHAIMI
ZULHILMI BIN SUBOH
MUJAHID BIN AZMI
JUHAIDA AZHANI BINTI ISMAIL
WAN AMIRAH BINTI WAN ISMAIL

MUHAMMAD SHAMSUL SHAFIQ BIN MOHD
ZAINURIN NORFARAHIN BINTI MOHD ZAMRI
NAJIHAH BT NAZARUDIN


i

Diterbitkan di Malaysia
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul
Ehsan. Tel: 0389216245
Faks: 0389254372
Email: draqsha@gmail.com
PROCEEDING THE 8TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND
CONFERENCE OF ASEAN STUDIES ON ISLAMIC AND ARABIC
EDUCATION AND CIVILIZATION
(POLMED - UKM - STAI AL-HIKMAH)
1 DECEMBER 2015
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. 2015
Cetakan Pertama 2015
ISBN 978-983-2267-85-0
Hak Cipta Terpelihara
Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun

dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara elektronik,
mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih
dahulu dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Susun atur huruf:
Maimun Aqsha Lubis, Siti Nur Hasinah Hussian, Helmirizal Che Long, Nor Sofiah
Suhaimi
Huruf: Times New Roman 10/11
Reka bentuk kulit/ Reka letak:
Mohd Ezzat Musa (Biglemon Design & Development)
Tel
: 013- 941 3814
Email : ezzat6670@gmail.com
Dicetak di Malaysia oleh,
AWAL HIJRAH ENTERPRISE (002197243-W)
No 12, Jalan 3/69 Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel
: 012- 311 1844
Faks : 03- 8920 4096

Email : salesawalhijrah@gmail.com

ii

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN
Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED-UKM-STAI (AL-HIKMAH) 1 DIS 2015

PRAKATA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dengan taufiq dan izinNya,
buku prosiding ini dapat diterbitkan bagi membantu mempertingkatkan kefahaman
dan perkembangan ilmu dalam usaha mendapatkan kebaikan di dunia dan di
akhirat.
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization ini dijalankan di Sekolah
Tinggi Agama Islam (STAI) Al- Hikmah, Medan, Indonesia pada 1 Disember 2015.
Prosiding yang bertemakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Peradaban
Islam dan Tamadun Dunia ini memberi peluang kepada peserta dan pihak yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk sama-sama berkongsi
kepakaran, ilmu dan maklumat untuk disebarkan dan dimanfaatkan secara optimum.

Untuk makluman bahawa 1st International Conference of ASEAN Studies
sebelum ini berlangsung di Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Sorong di
Nusa Tenggara Barat Indonesia. 2nd dan 3rd Interantional Conference of ASEAN
Studies pula diadakan di Songkla, Thailand. Manakala 4th dan 5th International
Conference of ASEAN Studies pula berlangsung di Universitas Negeri Medan dan
Politeknik Medan di Sumatera Utara, Indonesia. The 6th Interantional Conference
of ASEAN Studies diadakan di UMN Al-Washliyah Indonesia dan The 7th
Interantional Conference of ASEAN Studies diadakan di Politeknik Tanjung Balai,
Medan.
Seminar seperti ini diharapkan menjadi satu wadah dan jalan untuk
mempertingkat ilmu pengetahuan dalam bidang agama dan teknologi secara
bersepadu ke arah memartabatkan dunia pendidikan di Negara ASEAN khasnya.
Saya mengharapkan program seumpama ini tidak terhenti di sini dan akan
diteruskan pada masa akan datang. Ucapan terima kasih dan penghargaan saya
untuk semua pihak yang bergabung tenaga dalam menjayakan program ini. Semoga
usaha dan kesungguhan semua pihak menjadi amal kebaikan yang berterusan
pahalanya di sisi Allah. Amin.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Assoc. Profesor Dr Hj Maimun Aqsha Bin Abdin Lubis, Ed.D, Ph.D
Pengarah
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic
and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI AL-HIKMAH DIS 2015
iii

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies
in Islamic and Arabic Education and World Civilization POLMEDUKM-STAI (AL-HIKMAH) 1 DIS 2015

PRAKATA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu
Wa Ta`ala kerana berkat dan rahmatNya, buku prosiding seumpama ini dapat
dihasilkan dan diselesaikan sesuai dengan waktunya.
Tema “ Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Peradaban Islam dan
Tamadun Dunia” amat bertepatan dengan program ini Eight International
Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and

World Civilization yang berlangsung di Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Al-

Hikmah , Medan, Indonesia pada 1 Disember 2015.

Program ini mengumpulkan sebilangan para mahasiswa dan mahasiswi,
dosen-dosen dan para ilmuan di dalam satu majlis ilmu yang diisi dengan
perkongsian ilmu dan informasi. Justeru, harapan saya agar kandungan buku ini
dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh semua pihak dengan selayaknya.

Atas terbitan buku ini, saya menyampaikan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada kerjasama dan kekompakan semua anggota Panitia dari mula
buku prosiding ia diusulkan sehingga sampai kepada terbitnya buku ini. Semoga
usaha murni ini mendapat pahala disisiNya dan dikira sebagai amal jariah untuk
semua yang ikut menyumbang secara material ataupun non-material dan secara
langsung ataupun tidak langsung.

Dr Suherman M.A
Rektor, Politeknik Negeri Medan (POLMED)
Sumatera Utara,
Indonesia.

iv

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN
Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED-UKM-STAI (AL-HIKMAH) 1 DIS 2015

SEKAPUR SIREH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam terhadap junjungan yang mulia, Baginda Rasulullah
S.A.W dengan usaha baginda, kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam.
Alhamdulillah, syukur dengan izinNya, buku ini berjaya disiapkan dan diterbitkan
hasil daripada usaha bersama antara pelajar, pensyarah dan pihak universiti.
Sungguh, peranan antara satu sama lain, sangat menyumbang. Moga Allah Redho.
Saya melihat bahawa, usaha untuk membangunkan jurnal artikal ini telah
membina keupayaan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam
berhadapan dengan isu semasa dan arus global. Di sisi lain pula, usaha dari awal
sehingga terhasilnya buku prosiding ini, telah membentuk kerjasama antara satu
sama lain dengan kesabaran atas kepayahan. Akhirnya dapat memberi manfaat
kepada masyarakat dan ummat.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada “team prosiding”, pihak pensyarah,
pihak Univerisiti POLMED dan STAI Al-Hikmah yang terlibat, hanya Allah
sahajalah yang selayaknya membalas. Melihatkan kepada tema utama dalam
prosiding ini berkait dengan peradaban dan tamadun, semoga dapat diteruskan bagi
membina peradaban Islam antara kita, bermula dengan usaha sekecil-kecil iaitu dari
individu, masyrakat, univeristi, kelak antara semua negara.
Saya berharap agar usaha yang sedikit dalam berkongsi ilmu ini, mampu
memberi penyuluh kepada yang membaca dan menjadikan sumber ini sebagai
rujukan. Selain itu, menjadi galakkan kepada kami dan pembaca untuk terus
berkongsi ilmu, belajar dan bekarya buat ummat.
Akhir kalam, moga kita terus menyumbang kepada masyrakat dan ada amal
daripada perbincangan dan ilmu yang dikongsi ini dalam usaha membentuk kembali
peradaban Islam yang ada “ruh” dalam tamadun tersebut, bukan sahaja ada aset
material, bangunan dan perpustakaan, tapi aset manusia yang ada “ruh”.
Muhammad Talhah Bin Ajmain @ Jimaain
Pengerusi
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and
Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI AL-HIKMAH DIS 2015
v

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in

Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

DAFTAR KANDUNGAN

HALAMAN

Prakata Pengarah Seminar, UKM

iii

Prakata Rektor, POLMED

iv

Sekapur Sireh, Pengerusi Seminar, UKM
v

UCAPTAMA
Integrated Islamic Education in ASEAN: Application and Practice
Penulis: Maimun Aqsha Lubis, Nur Syamira Abdul Wahab, Ikwan,
Ismail Fahmi Lubis, Aisyah Sjahrony

1

Keperluan Permainan Bahasa Arab Bermultimedia ke Arah
Meningkatkan Kefahaman Al-Quran
Penulis: Maimun Aqsha Lubis, Nur Syamira Abdul Wahab, Harun
Baharudin, Aisyah Sjahrony, Ikwan & Ismail Fahmi Lubis

Muhammadiyah dan Peranannya dalam Bidang Sosial Politik di
Sulawesi Selatan
Penulis: Khaidir Sulaiman dan Nuhang

14

28


PERADABAN ISLAM DAN TAMADUN DUNIA

TEMA 1: PENDIDIKAN DAN FALSAFAH
Revolusi Ekonomi Tamadun Silam Dan Kini di Malaysia
Penulis : Siti Nur Hasinah Hussian, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,
Maimun Aqsha Lubis, Siti Nor Hafizah Zakaria, Nur Zawani
Mohamad Din

Epistemologi Islam Sebagai Asas Ketamadunan Dunia
Penulis : Muhammad Talhah Ajamin @ Jimaain, Mohd Aderi Che
Noh, Maimun Aqsha Lubis
Perbezaan Antara Falsafah Pendidikan Islam dengan
Pendidikan Barat
Penulis: Norshahida Md Nor, Maimun Aqsha Lubis,
Mohd Isa Hamzah

38

45

51

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Asas Akidah, Syariah, Akhlak Dan Ilmu Pengetahuan
Dalam Pembentukan Tamadun Cemerlang
Penulis: Nur Zawani Mohamad Din, Harun Baharudin , Maimun
Aqsha Lubis, Siti Nor Hafizah Zakaria, Siti Nur Hasinah Hussian

61

Perlaksanaan Sistem Percukaian dalam Pemerintahan
Islam: Analisis Perkaitan antara cukai GST di Malaysia
Penulis: Nurul Farrhana Zainul Abidin, Maimun Aqsha Lubis

69

Perbandingan Matlamat Peradaban Islam Dan Tamadun Barat
Penulis: Mujahid Azmi, Maimun Aqsha Lubis, Zulhilmi Suboh,
Mohd Adib Ibrahim

83

Tamadun Mesopotamia: Lahir di antara Sungai Tigris dan
Euphrates
Penulis: Siti Nor Hafizah Zakaria, Maimun Aqsha Lubis, Nik
Mohd Rahimi Nik Yusof, Nur Zawani Mohamad Din, Siti Nur
Hasinah Hussian

89

TEMA 2: TOKOH-TOKOH ISLAM
Ibnu Sina Serta Pengaruhnya Terhadap Tamadun Barat Dalam
Bidang Perubatan
Penulis: Zulhilmi Suboh, Harun Baharudin, Maimun Aqsha Lubis,
Mujahid Azmi
Peranan Kepimpinan Khalifah Harun Ar-Rasyid Dan Kaitannya
Dengan Sultan Brunei
Penulis: Nur Adilah Adam, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che
Noh, Nur Zawani Mohamad Din
Kepimpinan Khalifah Harun Ar-Rashid
Penulis: Juhaida Azhani Ismail, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Isa
Hamzah, Najihah Nazarudin
Kepakaran Ibn Sina Dalam Bidang Perubatan Dan Kaitannya
Dengan Kemajuan Perubatan Di Malaysia
Penulis : Nadiah Binti Hashim Radzi, Mohd. Isa Bin Hamzah,
Maimun Aqsha Lubis

96

103

111

119

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Kepimpinan Khalid Al-Walid
Penulis: Mohd Zaid Khamis, Maimun Aqsha Lubis, Khadijah Abd.
Razak, Mohd Anizan Saidin

129

Strategi – Strategi Dakwah Rasulullah S.A.W
Penulis: Mohammad Khidir Bin Ngah, Dr Maimun Aqsha
Lubis, Mohd Anizan Saidin

139

Sejarah Kematian Khalifah Umar Al-Khatab
Penulis: Mohd Anizan Bin Saidin, Maimun Aqsha Lubis,
Khadijah Abd. Razak, Mohd Zaid Khamis

150

Gaya pemerintahan dua Umar: Kontribusi terhadap Tamadun Islam
Penulis : Najihah Nazarudin, Maimun Aqsha Lubis, Nik Mohd
Rahimi, Juhaida Azhani Ismail

160

TEMA 3: TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam: Sejarah dan Kesan Pengaruhnya Dalam Alam
Melayu
Penulis: Mohd Adib Ibrahim, Mohd Aderi Che Noh, Maimun
Aqsha Lubis, Mujahid Azmi, Zulhilmi Suboh

170

Kemajuan dan Kegemilangan Ilmu di Granada, Andalusia
Penulis: Maidzatul Akhmarina Nawar,Maimun Aqsha Lubis, Nurul
Akma Mhd Deris

Peranan Perpustakaan Awam Bayt Al-Hikmah Pada Zaman
Kerajaan Abbasiyah Dan Kaitannya Dengan Perpustakaan Di
Indonesia
Penulis: Nor Diyanah Zafri, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha
Lubis
Dasar Tamadun Islam Dikaitkan Dengan Dasar Peradaban Islam
Di Malaysia
Penulis: Nurul Diyana binti Mohammad Wabil, Maimun Aqsha
Lubis, Mohd Isa Hamzah

176

184

191

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Kegemilangan Dan Kemajuan Keilmuan Era Cordova
Penulis: Nurul Akma Mhd Deris, Maimun Aqsha Lubis, Maidzatul
Akhmarina binti Nawar

198

Faktor- Faktor Kejatuhan Daulah Al-Umawiyyah: Satu Penilaian
Dan Pengajaran
Penulis: Wan Amirah binti Wan Ismail, Maimun Aqsha Lubis

207

PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
TEMA 1: STRATEGI PENGAJARAN BAHASA ARAB
Pendekatan 10 Asas Pembelajaran Bahasa Arab di Peringkat
Rendah
Penulis: Mujahid Azmi, Maimun Aqsha Lubis, Zulhilmi Suboh
Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab di Peringkat Pengajian Tinggi
di Malaysia
Penulis: Nur Aflaha binti Abd Aziz, Maimun Aqsha Lubis,
Siti Najidah Binti Nawawi @ Saad, Nor Atikah Binti Adnan
Pelaksanaan Kemahiran Komunikasi Bahasa Arab di Sekolah
Rendah
Penulis: Nik Dilalah Nuha Nik Razi, Maimun Aqsha Lubis,
Abidah Aqilah Mohd Noor & Hibatullah Zamri
Keperluan Asas Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di
Sekolah Rendah
Penulis: Zulhilmi Suboh, Maimun Aqsha Lubis, Harun Baharudin,
Mujahid Azmi
Strategi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Pendidikan Bahasa Arab Pada Abad Ke-21
Penulis: Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha Lubis,

219

227

233

243

251

Nur Sofiah Suhaimi, Nor Azlinda Muda

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Arab
Penulis : Siti Nur Hasinah binti Hussian, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,
Maimun Aqsha Lubis, Wan Izzat Aiman binti Wan Halim,
Norfarahin Mohd Zamri

265

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Dalam Pendidikan Bahasa Arab Di Peringkat Sekolah
Penulis: Hibatullah Zamri, Maimun Aqsha Lubis,

270

Abidah Aqilah Mohd Noor, Nik Dilalah Nuha Nik Razi

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Menggunakan
Peta I-Think Di Sekolah Rendah
Penulis: Siti Wahidah M Mubin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,
Maimun Aqsha Lubis, Helmirizal bin Che Long

278

Kepentingan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
dalam Kemahiran Bahasa Arab Peringkat Menengah di Malaysia
Penulis: Abidah Aqilah Mohd Noor, Maimun Aqsha Lubis,
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nik Dilalah Nuha Nik Razi,
Hibatullah Zamri

Meningkatkan Kebolehbacaan Murid Sekolah Rendah
Terhadap Perkataan Bahasa Arab dan Ayat Al-Quran
Penulis : Wan Izzat Aiman binti Wan Halim, Maimun Aqsha Lubis,
Afiful Huda binti Mustaffa, Siti Nur Hasinah Hussian

288

299

TEMA 2: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB
Kaedah Pengajaran Bahasa Arab di Peringkat Menengah
di Malaysia
Penulis: Nor Atikah Adnan, Maimun Aqsa Lubis, Najidah Nawawi,
Aflaha Aziz
Aktiviti Lakonan dalam Pengajaran Bahasa Arab di SMKA
TAHAP Jerantut Pahang Untuk Mempertingkatkan Kemahiran
Bertutur Bahasa Arab
Penulis : Noorsuziana bt. Awang, Maimon Aqsha Lubis, Harun

307

316

Baharuddin, Anis Nabihah bt. Alias, Nurul Afifah bt. Mohd Saadan

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam
Pengajaran Bahasa Arab
Penulis : Nurzaemah Binti Ismail, Maimun Aqsha Lubis, 323 Junaidah Bt Mat
Isa

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pembelajaran Bahasa
Arab
Penulis: Norfarahin Mohd Zamri, Maimun Aqsha Lubis,
Mohd Isa Hamzah, Siti Nur Hasinah Hussian, Haryati Yaacob
Gaya Pengajaran Guru Dan Pembelajaran Murid Dalam Mata
Pelajaran Bahasa Arab
Penulis: Helmirizal Bin Che Long, Maimun Aqsha Lubis,
Siti Wahidah M Mubin
Tahap Penguasaan Nahu Dalam Silibus Bahasa Arab Tingkatan
Empat
Penulis: Adyka Roslan, Maimun Aqsha Lubis, Muhammad Shamsul
Shafiq Mohd Zainurin, Ahmad Mu’izz Mohd Hadi
Tahap Penguasaan Balaghah dalam Silibus Bahasa Arab Tingkatan
Empat
Penulis: Muhammad Shamsul Shafiq Mohd Zainurin,
Maimun Aqsha Lubis, Adyka Roslan, ,Ahmad Mu’izz Mohd Hadi

330

338

345

347

TEMA 3: ISU/ CABARAN PELAKSANAAN BAHASA ARAB
Pelaksanaan dan Masalah Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa
Arab di Institusi Pengajian Tinggi
Penulis: Anis Nabihah Alias, Maimun Aqsha Lubis,
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Noorsuziana Awang,
Nurul Afifah Mohd Saadan
Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab
Berdasarkan Metod Pengajaran Bagi Penutur Bukan Arab
Penulis: Siti Nor Hafizah Zakaria, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof,
Maimun Aqsha Lubis, Nur Zawani Mohamad Din
Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Arab
Berdasarkan Metod Pengajaran Bahasa Arab Bagi Penutur Asing
Penulis: Nur Syafiqah Kamar, Harun Baharuddin, Maimun Aqsha
Lubis, Siti Nor Hafizah Zakaria
Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab
Berdasarkan Metod Pengajaran Bahasa Arab Bagi Penutur Asing
Penulis: Nur Zawani Mohamad Din, Harun Baharudin, Maimun
Aqsha Lubis, Nur Syafiqah Kamar, Siti Nor Hafizah Zakaria

357

366

376

389

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Pengajaran Bahasa Arab di Kolej Vokasional: Satu Tinjauan Awal
Penulis: Nur Sofiah binti Suhaimi, Mohd Isa Hamzah, Maimun
Aqsha Lubis, Nur Syamira Abdul Wahab, Nor Azlinda Muda
Isu dalam Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Peringkat Rendah di
Malaysia
Penulis: Siti Najidah Binti Nawawi @ Saad, Mohd Aderi Bin Che
Noh, Maimun Aqsha Lubis, Nur Aflaha Binti Abd. Aziz, Nor
Atikah Binti Adnan
Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Berterusan Mata Pelajaran
Bahasa Arab di Kolej Vokasional
Penulis: Afiful Huda Mustaffa, Maimun Aqsha Lubis, Wan Izzat
Aiman, Siti Nur Hasinah Hussian

396

407

415

TEMA 4: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM
BAHASA ARAB

Kaedah Permainan Digital Dalam Pendidikan Bahasa Arab Ke
Arah Pembelajaran Berkesan

421

Penulis: Nor Azlinda Bt Muda, Khadijah Abdul Razak, Maimon
Aqsha Lubis, Nur Syamira Bt Abdul Wahab, Nur Sofiah Bt Suhaimi

Animasi dalam Pengajaran Bahasa Arab
Penulis: Siti Fatimah Ahmad Farok, Maimun Aqsha Lubis,
Mujahid Azmi, Zulhilmi Suboh
Usaha Ke Arah Persekitaran ‘Blended Learning’ Dalam
Pembelajaran Bahasa Arab: Tinjauan Awal I-Folio UKM
Penulis: Siti Fatimah Datu Ali Nafiah, Maimun Aqsha Lubis, Nik
Mohd Rahimi Nik Yusoff, Asiah Che Hassin, Rozmaza Sukardi

Teknologi Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Arab dan kesannya di IPT
Penulis: Asiah binti Che Hassin, Maimun Aqsa Lubis, Rosmaza
binti Sukardi, Siti Fatimah Datu Ali Nafiah
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Arab
Penulis: Rosmaza Sukardi, Maimun Aqsha Lubis,
Siti Fatimah Datu Ali Hanafiah, Asiah Che Hasin

429

435

442

449

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic
and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Penggunaan Ez Arabic dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Arab untuk Kanak-Kanak
Penulis: Nurul Afifah Mohd Saadan, Harun Baharudin, Maimun
Aqsha Lubis, NorSuziana Awang, Anis Nabihah Alias

455

Aplikasi Moodle Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Penulis: Haryati Yaacob, Maimun Aqsha Lubis, Nur Azri Azizah Sarmuji,
Norfarahin Mohd Zamri, Nurzaemah Ismail

462

Aplikasi Kemahiran Bertutur di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Agama di Bangi
Penulis: Ahmad Mu’izz Mohd Hadi, Maimun Aqsha Lubis, Adyka Roslan,
Muhammad Shamsul Shafiq

472

Amalan Pengajaran Interaktif dalam Kalangan Guru Bahasa Arab
Penulis: Junaidah Mat Isa, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che Noh,
Nurzaemah Ismail

479

Penggunaan E-Learning Dalam Pembelajaran Kendiri Bahasa Arab
Penulis: Nur Azri Azizah Binti Sarmuji, Maimun Aqsha Lubis, Nur Fadilah
binti Abdul Basit, Haryati binti Yaacob

491

Penguasaan Kosa Kata Dalam Memrise.Com
Penulis: Khairiyah binti Anuar, Maimun Aqsha Lubis, Nik Mohd. Rahimi
Nik Yusoff

499

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

AKTIVITI LAKONAN DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB DI SMKA
TAHAP JERANTUT PAHANG UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN
BERTUTUR BAHASA ARAB
Noorsuziana bt. Awang, Maimon Aqsha Lubis, Harun b. Baharuddin, Anis Nabihah
bt. Alias, Nurul Afifah bt. Mohd Saadan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA
noorsuziana.awang@yahoo.com, draqsha@gmail.com, princesz_anieys@yahoo.com,
afifah.saadan93@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk melihat masalah yang dihadapi oleh pelajar menerusi aktiviti
lakonan dan mengenalpasti bagaimana sikap pelajar ketika aktiviti yang dijalankan . Aktiviti
lakonan merupakan satu cara dan strategi pengajaran yang melibatkan pelajar dan memberi
peluang serta ruang yang lebih kepada pelajar supaya dapat meneroka kemahiran bahasa
dengan lebih mendalam lagi. Bagi mendapatkan data,kajian ini telah dijalankan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Jerantut Pahang (SMKA
TAHAP). Responden kajian telah melibatkan seramai 30 pelajar sekolah SMKA TAHAP
dan instrumen yang telah dijalankan adalah melalui teknik rakaman dan soal selidik.
Masalah yang dikenal pasti bagi pelajar adalah kesukaran yang dihadapi dalam
pembelajaran bahsa Arab ketika aktiviti lakonan dijalankan..Dapatan kajian ini juga
menunjukkan bahawa para pelajar bersikap positif terhadap aktiviti lakonan digunakan
dalam pembelajaran bahasa Arab.
Katakunci : Kemahiran pertuturan, aktiviti lakonan

PENGENALAN
Secara umumnya, terdapat dua strategi yang digunakan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan iaitu strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan pelajar.
Kedua-dua strategi ini adalah strategi lama yang kebiasaanya telah digunakan ketika
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Guru memainkan
peranan yang penting sebagai tenaga pengajar manakala murid pula berperanan sebagai
pendengar dan penonoton sahaja. Sepanjang tempoh pengajaran,interaksi sehala akan
berlaku iaitu antara murid dan guru di mana guru berperanan untuk banyak bercakap
manakala pelajar pula bertindak sebagai pendengar dan penerima sahaja.
Terdapat juga contoh teknik yang selalu digunakan melalui strategi ini iaitu seperti
bercerita, syarahan terbuka dan memberi penerangan atau penjelasan. Jika strategi
berpusatkan guru berlaku di bilik darjah, maka para pelajar tidak diberi peluang untuk
mengeluarkan pendapat atau idea atau apa sahaja yang ingin pelajar suarakan.Hal ini kerana
pelajar hanyalah diberi peluang untuk mendengar sahaja setiap yang disampaikan oleh guru
seterusnya mengingat serta menghafal semua isi-isi atau fakta-fakta penting yang berkaitan
dengan pelajaran ataupun yang berkaitan dengan soalan peperiksaan.

315

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Pemilihan strategi yang betul dapat menghasilkan kefahaman yang baik kepada
pelajar terhadap pelajaran dijalankan sekitar bilik darjah. Ini juga dapat memastikan bahawa
aktiviti pengajaran yang dijalankan akan berjalan dengan lancer, baik,sistematik dan
menarik minta pelajar untuk meneruskan pembelajaran yang mana boleh memudahkan
pelajar untuk memahami setiap isi yang disampaikan oleh guru. Menurut Lickona (1991)
pembelajaran dalam keadaan ini akan menyebabkan konsep, fakta atau kemahiran yang
dipelajari akan lebih cepat difahami atau mudah dikuasai. Namun penggunaan teknik yang
hanya berfokus kepada beberapa teknik sahaja akan mengganggu keberkesanan kerana
setiap teknik yang digunakan mempunyai kekuatan dan kelemahan (Zawawi Ismail, Ab
Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Ala-Uddin Othman, 2011).
Pengajaran bahasa telah dikaji pada zaman dahulu yang menunjukkan bahawa itu adalah
golongan manusia yang terpelajar. Akan tetapi berbeza dengan pada masa kini menunjukkan
bahawa pengajaran bahasa itu telah dikaji oleh semua golongan masyarakat samada yang
terpelajar atau tidak terpelajar.
Kemajuan pesat teknologi, kemunculan teknik mengajar yang baharu, penciptaan alat
yang canggih seperti alat perakam dan alat video, serta minat yang mendalam dalam diri
untuk mempelajari sesuatu bahasa adalah sebab utama berlaku perubahan untuk masa kini.
Namun persoalannya, adakah aktiviti lakonan yang bakal dilakukan dapat membantu
golongan pelajar dalam proses pembelajaran bahasa Arab terutamanya dari aspek pertuturan
dengan lebih baik? Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul
Ghafar Md. Din dan Mohamad Haron (2000) sekiranya aktiviti ini dikendalikan dengan
bersungguh-sunguh ia akan menjadi satu kaedah pengajaran yang berkesan. Justeru, melalui
kajian ini penyelidik ingin meninjau apakah sikap dan pandangan responden terhadap
aktiviti lakonan ini dalam membantu mereka mempelajari bahasa Arab dengan lebih baik
lagi khususnya dari aspek pertuturan bahasa yang digunakan.Penyelidik akan menggunakan
aktiviti lakonan sebagai instrumen untuk pelajar mempelajari pembelajaran bahasa Arab
terutama bagi kemahiran pertuturan. Selain itu juga,penyelidik akan mengenalpasti dan
menganalisi masalah yang dihadapi oleh pelajar yang dihadapi ketika proses perjalanan
aktiviti pertuturan bahsa Arab.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai objektif seperti berikut:
1) Mengenal pasti dan menganalisis masalah bahasa semasa bertutur yang dihadapi
oleh pelajar sepanjang aktiviti lakonan dijalankan.
2) Meninjau sikap pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui aktiviti lakonan
secara terperinci.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Afwan Hajjah
Afzan Pahang(SMKA TAHAP) yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada Bandar Jerantut

316

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Pahang. Aktiviti lakonan ini telah dijalankan di lokasi kejadian sebagaimana yang telah
dirancang dan dikehendaki bagi mendapatkan serta mencapai objektif kajian ini.
Semua aktiviti lakonan ini akan dirakam dan seterusnya dijadikan bahan bukti kajian
untuk memastikan bahawa penyelidik dapat mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi
ketika pelajar bertutur menggunakan bahasa Arab. Segala data pertuturan bahasa Arab yang
akan diperolehi adalah dari instrumen rakaman. Semua skrip pertuturan akan disediakan
sendiri oleh pelajar-pelajar tersebut. Mereka akan diberi peluang untuk berbincang bersama
ahli kumpulan.Lima topik telah dipilih untuk dijadikan bahan perbualan, antara topik
perbualan yang telah dipilih oleh penyelidik untuk dijadikan pertuturan pelajar adalah
seperti situasi di lapangan terbang,di rumah, di sekolah, di dalam kelas dan di restoran.
Penyelidik memberi peluang kepada setiap kumpulan pelajar untuk merangka dan
menulis skrip sendiri mengikut topik yang telah dipilih bersama ahli kumpulan tersebut.
Selain itu, setiap kumpulan juga diberi masa dengan secukupnya untuk membuat latihan
sebagai persediaan awal sebelum aktiviti lakonan dimulakan mengikut apa yang telah
dibincangkan. Apabila sesi perbincangan dan sesi latihan telah tamat, mereka akan
memulakan persembahan lakonan seterusnya penyelidik akan merakam setiap lakonan
tersebut untuk ditranskripsi.
Selepas mereka menjalani aktiviti lakonan, penyelidik akan mengagihkan 30 set soal
selidik kepada setiap responden. Responden tersebut terdiri daripada 30 orang pelajar iaitu
15 lelaki dan 15 perempuan yang mana di ambil secara rawak dari tingkatan 4 Ibnu Hazim.
Kesemua responden ini dipilih secara rawak oleh pihak sekolah.
DAPATAN KAJIAN
Dalam dapatan kajian ini, kedua-dua objektif kajian yang dikemukakan telah dijawab
berdasarkan analisis terhadap data kajian yang telah dikumpulkan. Bagi objektif yang
pertama, iaitu mengenal pasti dan menganalisis permasalahan utama yang dihadapi oleh
pelajar, dapatan yang berkait dengan rakaman perbualan pelajar dibahagikan kepada empat
kriteria utama yang dijadikan ukuran untuk dianalisis, iaitu:
1) Kosa kata
2) Fonetik
3) Struktur ayat
Kosa Kata
Kosa kata merupakan aset penting dalam sesuatu ayat. Berhubungan dengan masalah kosa
kata ini, pelajar berharap dapat menggunakan perkataan yang mudah dan sesuai dengan
mesej yang disampaikan. Namun, terdapat beberapa pelajar yang kehilangan kosa kata
ketika menyampaikan idea sewaktu perbualan. Mereka sering meninggalkan kosa kata yang
sebetulnya dalam pertuturan dan juga menggunakan kosa kata yang tidak tepat berdasarkan
ayat yang ingin disampaikan.

317

The Eight International Workshop and Conference of
ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and
World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Jadual 1: Meninggalkan Kosa Kata
Pertuturan dari pelajar
Pertuturan yang sebenar
ِ

ِ

‫كيف حالك يا صديقي ؟‬

‫كيف حالك يا صديقيت ؟‬

‫ماذا تريد يا أخيت ؟‬

‫ماذا تريدين يا أخيت ؟‬

Jadual 2 : Menggunakan Kosa Kata Tepat
Pertuturan dari pelajar
Pertuturan yang sebenar
‫انتبهو جيدا‬
!
! ‫ا مع جيدا‬
‫أجاء إىل املدر ة يف ىذا امل اء‬

‫أحضر إىل املدر ة يف ىذا امل اء‬

Fonetik
Berikut adalah bentuk-bentuk masalah fonetik yang dihadapi oleh pelajar didalam rakaman. iaitu
a) Pelajar menghadapi masalah menyebut fonem ‫ ذ‬kepada ‫ ش‬:

‫ نافذة‬disebut ‫نافزة‬
‫ ماذا‬disebut ‫مازا‬
‫ تذاكر‬disebut ‫تزاكر‬
b) Pelajar menghadapi masalah menyebut fonem

‫ ح‬kepada ‫ ى‬iaitu :

‫ مبة‬disebut ‫مهبة‬
‫ حم ية‬disebut ‫مه ية‬

‫ ويف‬disebut ‫هنيف‬
‫ ح ن‬disebut ‫ى ن‬
c) Pelajar menghadapi masalah menyebut fonem

‫ ث‬kepada ‫ س‬iaitu :

‫ ثالثة‬disebut ‫ال ة‬
‫ مثي‬disebut ‫ي‬
d) Terdapat satu kesalahan memanjangkan bacaan yang pendek iaitu :

‫ الكتب‬disebut ‫الكتوب‬
318

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

e)

Pelajar menghadapi masalah menyebut ‫ ص‬kepada ‫ س‬iaitu :

‫ موص‬disebut ‫مو‬
‫ تاصاوما‬disebut ‫اوما تا‬
Struktur Ayat
Berikut adalah contoh-contoh masalah struktur ayat yang dihadapi oleh pelajar dalam
rakaman perbualan :
Jadual 3 :Permasalahan penggunaan kata tunjuk (al-Ism al-Ishārat)
Pertuturan Pelajar
Pertuturan Sebenar

‫اذى تاوكأما‬

‫هذى تاوكاما‬

‫اذى دوقنا‬

‫هذى دوقنا‬

Jadual 4 : Permasalahan penggunaan kata kerja (al-fiel)
Pertuturan Pelajar
Pertuturan Sebenar

‫غ ا ةراي‬

‫غ ت ا ةراي‬

‫لىإ ةبتكلما سردل عم ىاامزا‬

‫لىإ ةبتكلما سردأ عم ىاامزا‬

PERBINCANGAN
Setelah meneliti daripada dapatan kajian, penggunaan lakonan adalah salah satu teknik yang
bagus kepada pengajaran bahasa Arab. ini menunjukkan bahawa pelajar akan dapat
menguasai bahasa Arab dengan lebih mudah dan berkesan. Aktiviti lakonan seperti yang
disebut oleh Mujāwir (1983) adalah aktiviti pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar
untuk menyertainya. Dengan aktiviti ini juga,para guru akan dapat mengenalpasti masalah
kesukaran oleh pelajar dalam kemahiran bertutur ataupun lisan. Semakin banyak perkataan
yang ditutur, semakin banyak kesalahan yang akan dilihat oleh guru. Dari situ juga pelajar
akan mempelajari setiap kesalahan dan akan diperbetulkan oleh guru. Pelajar bahasa Arab
agak sukar mendapat peluang menuturkan bahasa Arab dalam persekitaran yang autentik
dan berkomunikasi dengan penutur jati (Azman Che Mat & Goh Ying Soon, 2010a).
Kelemahan kosa kata serta pembinaan ayat dengan struktur yang betul seringkali diujarkan
sebagai faktor kegagalan pelajar menguasai Bahasa Arab (Rosni, 2012).
Hasil daripada dapatan ini juga dapat menunjukkan bahawa seseorang pelajar yang
kekurangan kosa kata adalah penyebab utama pelajar lemah menguasai pertuturan dalam
bahasa Arab. Mengikut pandangan Goh Ying Soon dan Azman Che Mat (2010),seseorang
pelajar yang cukup mengusai kosa kata dalam diri akan lebih mudah untuk bertutur dalam
bahasa Arab menggunakan kosa kata tersebut. Seterusnya dari segi fonetik pula, pelajar

319

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

mengalami masalah dalam sebutan huruf dalam bahasa Arab yang tidak betul. Hal ini
berlaku disebabkan oleh pelajar lemah menguasai huruf-huruf Arab berbanding dengan
huruf-huruf rumi. Punca utama yang menyumbang kepada masalah ini disebabkan oleh
huruf rumi lebih banyak digunakan berbanding dengan huruf Jawi dalam bahasa Melayu
(Mohd Hilmi Abdullah, 2008) iaitu merupakan bahasa ibunda pelajar.
Permasalahan seterusnya yang dihadapi oleh pelajar ialah penguasaan serta
penggunaan struktur bahasa yang lemah. Tanveer (2007) yang menyatakan bahawa pelajar
akan sukar menguasai kemahiran pertuturan dalam bahasa asing sekiranya pelajar lemah
menguasai struktur serta tatabahasa yang dipelajari. Seharusnya penekanan terhadap aspek
tatabahasa adalah sangat penting bagi seorang pelajar. Pelajar perlu mempunyai kefahaman
yang tinggi supaya struktur ayat yang dilontarkan itu dapat difahami dengan jelas dan tepat.
Aktiviti lakonan yang telah dilaksanakan oleh pelajar ini sangat memberangsangkan. Hal ini
kerana pelajar memberi respon yang positif. Mereka mempunyai keyakinan diri untuk
membentuk satu kumpulan perbualan seterusnya menyusun idea-idea yang teratur dalam
minda mereka. Menerusi aktiviti lakonan ini juga, mereka boleh juga merakam perbualan
dilokasi yang menarik minat dan menampakkan ianya lebih realistik dalam konteks
perbualan yang dirakam.
KESIMPULAN
Hasil kajian ini menunjukkan terdapat tiga kriteria masalah yang dinilai terhadap responden
ketika aktiviti lakonan dijalankan. Objektif kajian ini juga tercapai dengan dapatan kajian
tersebut. Sesungguhnya para pengajar dan bakal pengajar di Malysia perlu didedahkan
dengan kepelbagaian teknik pengajaran bahasa Arab. Aktiviti lakonan merupakan salah satu
teknik pengajaran yang perlu digunakan oleh setiap pengajar disamping teknik-teknik lain
seperti soal jawab, dengar ulang, korus, prosa dan dialog.
Guru yang mengendalikan aktiviti lakonan ini perlu memastikan bahawa setiap
pelajar dapat menguasai bahasa Arab dengan lebih cepat dan mantap. Pelajar juga perlu
dibimbing mengenai teknik pengajaran supaya proses pembelajaran tersebut dapat memberi
impak yang besar kepada mereka. Semua pengkaji yang berkaitan perlu menampilkan
cadangan dan saranan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya melaksanakan satu cara
yang berkesan mengikut kesesuaian reka bentuk pengajaran bagi mempertingkatkan lagi
penggunaan bahasa Arab terhadap pelajar. Dapatan ini secara jelas menunjukkan bahawa
aktiviti lakonan adalah satu cara untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab
dikalangan pelajar seterusnya dapat membantu pelajar serta tenaga pengajar dalam proses
pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab yang lebih berkesan.
RUJUKAN
Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md. Din & Mohamad
Haron. (2000). Panduan latihan mengajar . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

320

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and
Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Azman Che Mat & Goh Ying Soon. (2010a). Situasi pembelajaran bahasa asing di Institut Pengajian
Tinggi: Perbandingan antara bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis. Asean
Journal of Teaching and Learning in Higher Education . 2(2), 9-21.
Goh Ying Soon & Azman Che Mat. (2010). Panduan Strategi Belajar Bahasa Asing: Khusus Untuk
Pelajar-Pelajar Bahasa Mandarin Dan Bahasa Arab . UiTM Shah Alam: UPENA
Lickona, T. (1991). Educating For Character How Our School Can Teach Respect And
Responsibility. New York: Bantam
Mohd Hilmi Abdullah. (2008). Teori & kaedah penterjemahan Arab-Melayu . Kelantan: Pustaka
HILMI
Mujāwir, Muhammad Solahuddin cAli. (1983). Tardris al-Lugah al-cArabiyyah bi al-Marhalah alIbtida‟iyyah: Usūluhā wa Tatbiquhā. Kuwait: Dār al-Qalam
Rosni Samah. (2012). Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Lepasan Sekolah Menengah Agama.
GEMA Online®Journal of Language Studies. 12 (2), 555-569.
Tanveer, M. (2007). Investigation Of The Factors That Cause Language Anxiety For ESL / EFL
Learners In Learning Speaking Skills And The Influence It Casts On Communication In The
Target Language. Master Thesis. University of Glasgow.
Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Ala-Uddin Othman.
(2011). Teknik pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab di SMKA di Malaysia . GEMA
Online™ Journal of Language Studies 11(2), 67-82

321