KONSEP IBADAH DALAM ISLAM. dcox

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
Hidup manusia dibumi ini bukanlah suatu kehidupan yang tidak mempunyai dan
bukanlah mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak perasaan dan
keinginan tanpa ada batas dan tanggungjawab. Firman Allah swt:

“Dan Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka beribadah (menyembah) kepada Ku”. (Az-Zaariyaat: 56)
Tugas sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan bumi ini dengan mentadbir
serta mengurusnya berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah.
Pengertian Ibadah
Kalimat ibadah berasal daripada kalimat `abdun’. Ibadah dari segi bahasa
bererti patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri
kepada sesuatu.
Dari segi istilah agama Islam pula ialah tindakan, menurut, mengikut dan
mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh
Allah dan diserukan oleh para Rasul-Nya, sama ada ia berbentuk suruhan atau
larangan.
Para Nabi dan Rasul merupakan hamba Allah yang terbaik dan sentiasa
melaksanakan ibadah dengan penuh kesempurnaan di mana setiap arahan
Tuhannya, mereka patuhi dengan penuh perasaan cinta dan kasih serta
mengharap keredaan dari Tuhannya. Mereka menjadi contoh teladan yang
paling baik kepada kita semua dalam setiap pekerjaan dan amalan sebagaimana
yang dianjurkan oleh al-Quran itu sendiri.
Firman Allah swt. maksudnya:

“Sesungghnya bagi mu, apa yang ada pada diri Rasulullah itu
contoh yang paling baik”. (al-Ahzab: 21)
Pembahagian Ibadah
Untuk memudahkan bahasan dan perbincangan kita berhubung dengan ibadah
ini, ulamak-ulamak Islam membahagikan ibadah kepada dua bahagian sebagai
berikut:
1. Ibadah khusus

2. Ibadah Umum
Ibadah khusus ialah semua amalan yang tercantum dalam bab al-Ibadaat yang
utamanya ialah sembahyang, puasa, zakat dan haji.
Ibadah Umum pula ialah segala amalan dan segala perbuatan manusia serta
gerak-geri dalam kegiatan hidup mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:
1) Amalan yang dikerjakan itu di akui oleh syarak dan sesuai dengan Islam.
2) Amalan tersebut tidak bercanggah dengan syariat, tidak zalim, khianat dan
sebagainya
3) Amalan tersebut dikerjakan dengan niat ikhlas semata-mata keranaAllah swt.
tidak riak, ujub dan um’ah.
4) Amalan itu hendaklah dikerjakan dengan sebaik-baiknya
5) Ketika mengerjakan amalan tersebut tidak lalai atau mengabaikan kewajipan
ibadah khusus seperti sembahyang dan sebagainya.

Dokumen yang terkait

Dokumen baru