KOMUNIKASI BUDAYA DALAM ADAT MELAYU

KOMUNIKASI DALAM TRADISI MELAYU1

Oleh: Abdul Rahman Ahmad Hanafiah

ABSTRAK2
Makalah3 ini membincangkan serba sedikit mengenai komunikasi tradisi Melayu
dalam adat temenggung (Kuala Kangsar) dan adat perpatih (Negeri Sembilan) dalam
kehidupan masyarakat Melayu. Proses komunikasi tersebut berlandaskan adat
istiadat yang menjadi satu peraturan dan pedoman masyarakat Melayu. Dalam
konteks komunikasi dalam tradisi Melayu, masyarakatnya melalui empat tahap adat
dalam kitaran kehidupan mereka iaitu adat bersalin, adat berkhatan, adat
perkahwinan dan adat kematian. Empat tahap adat tersebut mempunyai tatacara
komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi dalam
tradisi Melayu
lebih menekankan pertuturan bersemuka (interpersonal
communication), yakni berkomunikasi secara dua hala. Komunikasi berbentuk dua
hala ini cepat mendapat maklumbalas dan merupakan kaedah komunikasi yang
berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Komunikasi lisan terdiri daripada
komunikasi yang menggunakan pengucapan dan lain-lain, manakala komunikasi
bukan lisan adalah menggunakan lambang atau simbol dan peralatan yang boleh
memberi pengertian dalam proses komunikasi. Proses komunikasi tersebut

mempunyai keunikkan tersendiri yang perlu didedah dan diketahui oleh generasi
baru. Komunikasi tradisi Melayu amat halus bersopan santun dan bertatacara yang
mana perlu dibuat pendokumentasian sebagai khazanah bangsa.

1

Makalah ini telah dibentang di sempena Persidangan Teori dan Pemikiran Melayu Serantau di
Gedong Nasional, Tanjung Balai Karimun, Indonesia, pada 12 – 14 Disember 2002. Anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan Bahagian Pengembangan Sastera Antarabangsa, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dengan kerjasama Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu, Institut
Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura dan Dinas Pendidikan Nasional,
Tanjung Balai Karimun, Indonesia.
2
Untuk memperolehi maklumat sepenuhnya mengenai komunikasi dalam tradisi Melayu, sila rujuk
buku: Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 2004. Komunikasi Budaya Melayu: Dari Alam Rahim Ke
Alam Barzakh. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3
. Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 2003. Komunikasi Dalam Tradisi Melayu. Dlm. Mana Sikana
[pnyt.] Teori Pemikiran Tamadun Melayu, hlm. 265-290. Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Selatan,
Johor Darul Takzim.


1

Pengenalan
Dalam setiap kehidupan manusia, perhubungan memainkan peranan penting
mempermudahkan manusia berinteraksi sesama sendiri. Dalam konteks perhubungan,
istilah komunikasi merupakan ungkapan yang tepat dalam menentukan bentuk
perhubungan tersebut. Sejak berabad-abad dahulu, manusia berhubung di antara satu
dengan lain menggunakan perantaraaan komunikasi. Manusia memang mengetahui
kepentingan komunikasi sesama manusia. Kepentingan komunikasi telah menjadi
wadah menggerakkan perhubungan masyarakat sehingga masyarakat manusia hidup
maju, dinamik dan berdaya-saing.4
Masyarakat manusia berkomunikasi untuk mencapai hasrat masing-masing dalam
kehidupan mereka sehingga terbentuk komunikasi tradisi sesuatu kaum. Sesuatu
kaum pula mempunyai kod-kod bahasa tertentu yang digunakan dalam komunikasi
mereka. Pada asalnya bahasa adalah satu proses komunikasi yang berakar-umbi sejak
manusia lahir sehingga dapat bertutur dengan lancar. Dalam hubungan ini, pertuturan
yang menggunakan bahasa yang difahami oleh orang lain merupakan satu proses
komunikasi. Manusia memahami sesuatu bahasa mengikut bangsa mereka dan proses
komunikasi tersebut dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Namun begitu,

setiap kaum mempunyai kod-kod bahasa tertentu yang tidak diketahui oleh kaum
yang lain. Walau bagaimanapun, kaum-kaum tersebut masih dapat berinteraksi di
antara satu dengan lain jika mereka mempelajari kod-kod bahasa kaum yang lain.
Menurut Beryl William, setiap manusia ada repertoir skil komunikasi untuk
berinteraksi dengan orang lain. Skil tersebut boleh dipelajari dan dipertingkatkan
sehingga berkesan.5
Dalam kehidupan manusia seharian mereka berkomunikasi mengikut tradisi
sesuatu kaum berlandaskan bahasa masing-masing. Lantaran, lahirlah pelbagai tradisi
komunikasi manusia sebagai perhubungan mereka. Kedapatan banyak bahasa sesuatu
bangsa itu menjadi bahasa kebangsaan dalam negara mereka. Banyak juga didapati
bahasa-bahasa dalam tradisi komunikasi manusia sesuatu kaum itu lenyap sedikit
demi sedikit sebagaimana bahasa sanskrit. Bahasa manusia dan dialeknya berlaku
perubahan yang mana pengguna bahasa tersebut terpengaruh dengan bahasa mengikut
peredaran zaman.6
Nenek moyang masyarakat Melayu banyak meninggalkan khazanah tradisi
komunikasi yang tidak diketahui oleh generasi kini. Sebahagian tradisi komunikasi
tersebut terpinggir apabila generasi tua meninggal dunia dan tidak ada generasi
pelapis. Khazanah komunikasi tradisi tersebut termasuklah amalan sapaan, tatacara
menyampaikan maklumat, jemputan ke majlis kenduri-kendara, dan sebagainya.
4


Abdul Rahman bin Ahmad Hanafiah, Adat Resam Komunikasi Melayu Tradisional: Satu Pemikiran
Semula, Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 20-21.
5
Beryl Williams, Communicating Effectively –A Manager’s Guide to Getting Through to People,
Thorsons Publishers Limited, Northamptonshire, 1997, hlm. 33
6
Abdul Rahman Ahmad Hanafiah, Adat Resam Melayu Tradisional: Satu Perspektif Komunikasi
Budaya (Tesis Sarjana Persuratan) UKM. 1995, hlm. 35.

2

Komunikasi dalam tradisi Melayu
lebih menekankan pertuturan bersemuka
7
(interpersonal communication), yakni berkomunikasi secara dua hala. Komunikasi
berbentuk dua hala ini cepat mendapat maklumbalas dan merupakan kaedah
komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej.8
Bertertib dan beradab dalam menjalinkan perhubungan di antara satu dengan lain
telah menjadi pegangan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Kedatangan agama

Islam memberikan tambahan sebagai menguatkan lagi adat resam orang Melayu
kerana agama Islam menggalakkan umatnya hidup dalam keadaan berhemah tinggi
serta menghormati manusia lain tidak kira darjat dan keturunan. Ajaran daripada
agama Islam dapat mengukuhkan lagi kesopanan masyarakat Melayu apabila mereka
berkomunikasi. Masyarakat Melayu sehingga kertas kerja ini dihasilkan masih
memegang sebahagian daripada adat seperti mana yang diungkapkan “biar mati anak,
jangan mati adat”.9 Pengajaran daripada sopan-santun yang menjadi amalan nenekmoyang masyarakat Melayu tradisional dapat dilihat sebagaimana digambarkan
melalui cerita-cerita, riwayat-riwayat dan hikayat-hikayat dahulukala. Dalam Hikayat
Hang Tuah, banyak digambarkan kesopanan hulubalang Melayu dalam menjalani
kehidupan mereka.
Ketaatan masyarakat Melayu di zaman silam terhadap Sultan yang memerintah
dapat menggambarkan keluhuran keperibadian mereka sebagaimana ungkapan
kesetiaan kepada Raja yang memerintah seperti “...apatah salahnya Duli Yang Di
Pertuan Inderapura ini hendak berhambakan sahaya? Tetapi si Tuah tiada mau
bertuan dua tiga lain daripada anak cucu raja di Bukit Seguntang”.10 Pengucapan
kata-kata daripada Laksamana Hang Tuah jelas menggambarkan hulubalang Melayu
di zaman silam amat setia kepada pemerintah. Hal ini berlaku kemungkinan
keperibadian orang-orang Melayu di masa itu kuat berpegang pada ungkapan Raja
adil raja disembah, raja zalim, raja disanggah.11 Ungkapan kalimat tersebut
menunjukkan bangsa Melayu di zaman silam hidup bertatacara dan beradat dalam

tradisi berkomunikasi. Kehidupan beradat ini sudah semestinya memerlukan satu
kombinasi ungkapan pepatah-petitih perbilangan ada yang berbunyi adat yang
sebenar adat, adat yang teradat, adat yang diadatkan dan adat istiadat.12 Pepatah-

7

Komunikasi ini terbentuk dalam pertemuan bersemuka “one-to-one” di antara sesama manusia.
Perhubungan komunikasi ini melibatkan di antara dua hingga lapan orang dan kumpulan kecil.
8
Abdul Rahman Ahmad Hanafiah, op.cit., hlm. 21.
9
Biar mati anak tapi jangan mati adat sering diucapkan dalam komunikasi masyarakat Melayu untuk
memperlihatkan kepatuhan pada adat. Bukanlah bererti anak tidak penting tetapi menjunjung adat,
namun kepatuhan tersebut menjadi landasan dan sandaran masyarakat Melayu kuat berpegang adat.
10
Kassim Ahmad, pngr., Hikayat Hang Tuah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1966, hlm.
174.
11
Masyarakat Melayu patuh dan taat kepada Raja yang menjalani pemerintahan adil dan saksama.
Rakyat tidak berbelah bagi memberi sokongan dan taat setia selagi raja perihatin dan mengambil berat

terhadap kebajikan mereka.
12
Abdullah Sidek. 1974a. Adat dan Modenisasi. Kertas Kerja Seminar Persejarahan dan Adat Pepatih.
Anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan: 24-25 April

3

petitih perbilangan adat ini telah menjadi pegangan, peraturan ataupun undangundang masyarakat Melayu turun-temurun.13
Pepatah-petitih perbilangan adat sebagaimana ungkapan adat yang sebenar adat,
adat yang teradat, adat yang diadatkan dan adat-istiadat memperlihatkan bahawa
tatacara kehidupan masyarakat Melayu sangat berpegang pada adat. Menurut
Abdullah Sidek, Adat adalah meliputi seluruh aspek kehidupan yang merupakan
pedoman hidup bagi anggota masyarakat. Pedoman hidup ini dituangkan dalam
rangkaian peraturan, petunjuk, perumpamaan, pantun, gurindam, pepatah dan petitih
dan dijadikan panduan hidup anggota-anggota masyarakat adat.14 Ini memperlihatkan
adat meliputi seluruh aspek kehidupan masyarakat Melayu, maka tradisi komunikasi
pula, berlandaskan susurgalur adat resam Melayu itu sendiri.
Asas kehidupan masyarakat Melayu sememangnya bertatacara. Bertertib dan
beradab ketika berkomunikasi menjadi satu perkara lumrah kepada masyarakat
Melayu. Justeru, masyarakat Melayu mempunyai komunikasi tradisi tersendiri yakni

bertatacara, lemah-lembut, halus dan beradab.
Tatacara komunikasi dalam
masyarakat Melayu terbahagi dua jenis iaitu komunikasi lisan verbal dan komunikasi
tanpa lisan nonverbal. Komunikasi lisan pula, terbahagi pada dua bahagian kecil iaitu
pengucapan melalui suara vocalise dan melalui tulisan perkataan nonvocalise yang
juga disebut sebagai mesej bahasa.15
Komunikasi tanpa lisan adalah melalui alat-alat bunyian, isyarat-isyarat, simbolsimbol, benda-benda yang boleh dipegang atau tidak boleh dipegang material dan
nonmaterial, sikap dan emosi seseorang dan lain-lain yang boleh melahirkan makna
dan pengertian tertentu. Perhubungan melalui alat-alat seperti tabuh, kentong, gong,
beduk, nobat, rebana dan lain-lain adalah ciri-ciri komunikasi tanpa lisan yang
terdapat dalam komunikasi budaya Melayu tradisional. Proses komunikasi dalam
tradisi Melayu banyak menampilkan keunikkan tersendiri yang barangkali terdapat
dalam bangsa-bangsa lain di Malaysia.
Komunikasi Dalam Adat Bersalin
Dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional, banyak peraturan yang telah
ditetapkan mengikut adat istiadat mereka. Peraturan adat tersebut perlu dipatuhi dan
diikuti dalam proses kehidupan mereka. Proses kehidupan pertama manusia ialah
kelahiran yakni detik sejarah seseorang bergelar manusia. Detik menunggu kelahiran
seorang bayi sangat mencemaskan seisi keluarga lebih-lebih lagi wanita yang akan
melahirkan anak itu. Justeru, dalam masyarakat Melayu, wanita yang akan menerima

cahaya mata akan melalui pelbagai proses adat yang sudah menjadi amalan sejak
zaman-berzaman lagi.
13

Abdul Rahman Ahmad Hanafiah, Adat Resam Melayu, op.cit., hlm. 9
Abdullah Sidek, Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia, Penerbit Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 1975. hlm. 6.
15
Abdul Rahman Ahmad Hanafiah, op.cit., hlm. 13
14

4

Amalan adat ini adalah satu proses jasmani dan rohani yang perlu dilalui oleh
wanita-wanita yang akan menempuh hari kelahiran anak mereka. Proses jasmani dan
rohani yang perlu dilakukan oleh seseorang wanita sebelum atau sesudah bersalin
dalam masyarakat Melayu ialah amalan adat seperti adat melenggang perut, adat
bersalin, adat menanam uri, adat bercukur rambut bayi, Adat berendoi, dan adat
dalam pantang. Kesemua adat-adat tersebut adalah tahap-tahap peraturan yang perlu
dilalui oleh wanita Melayu yang akan bergelar seorang ibu.

Di zaman silam, jika seseorang wanita Melayu yang akan melahirkan anak tidak
melalui proses adat, dianggap melanggar adat istiadat menek moyang mereka. Ini
bererti, seseorang wanita yang membelakangi adat dianggap sebagai mencelakan
masyarakat dan keluarga. Ini boleh dikatikan seperti pepatah-petitih perbilangan adat
biar mati anak, jangan mati adat. Ianya bermaksud, saluran adat adalah paling utama
dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Jika diamati pepatah-petitih
perbilangan adat itu menunjukkan satu kezaliman yakni rela anaknya mati daripada
adat yang dipraktikkan mati. Rasionalnya, ialah untuk memelihara adat supaya tidak
dipandang ringan ataupun melakukan sambil lewa ataupun meninggalkan dengan
sewenang-wenangnya.16
Proses menjalankan Adat Bersalin terdapat tatacara komunikasi tertentu yang
digunakan oleh kedua pihak yakni wanita yang bakal melahirkan anak dengan bidan
yang merawatnya. Bidan yang merawat bakal ibu atau wanita yang akan bersalin
menggunakan tuturkata yang sangat halus. Seseorang bidan yang merawat bakal ibu
yang akan bersalin akan berkomunikasi dengan menuturkan kata-kata yang difahami
oleh mereka yang arif dengan bahasa berhias. Bahasa berhias adalah bahasa yang
tidak secara terus-terang tetapi penuh dengan kiasan. Sebagai contoh bidan akan
mengatakan “kamu jangan buat tak tentu, sebab nak sambut orang baru” 17 yakni
memberi pengertian bahasa bakal ibu akan menerima cahaya mata. Oleh itu, dalam
setiap proses adat terdapat bahasa kiasan digunakan oleh masyarakat Melayu. Bahasa

kiasan itu adalah seperti gurindam, pepatah-petith, seloka, jampi mentera dan lain-lain
yang mana merupakan himpunan komunikasi budaya Melayu
Wanita yang sudah genap mengandung sembilan bulan adalah waktu berjagajaga, kerana saat menanti kelahiran hampir tiba. Waktu itu si suami akan kelihatan
resah dan bimbang untuk menunggu isterinya bersalin. Apabila tiba tanda-tanda
menerima kelahiran, si suami akan menjemput bidan yang telah ditempah. Ketika si
suami menjemput bidan, pengucapan yang digunakan tidak boleh sebarangan.
Dalam adat resam Melayu tradisional, bidan seharusnya dijemput mengikut tatacara
tertentu. Pengucapan menjemput bidan mengikut cara Adat Perpatih di Rembau,
“Saya kemari ini nak melepaskan beban saya kepada mak Bidan, sebab isteri saya
dah nak membuang sarat”. Mengikut Adat Temenggung di Kuala Kangsar, “Teman
kemari nak jemput Tok Bidan sambut orang baru, susah senangnya terserah kepada
16

Masyarakat Melayu sehingga kertas kerja ini dihasilkan, tetap mengamalkan adat yakni masih tidak
membelakangkan peraturannya jika ianya memberi kebaikan kepada mereka dan tidak menyalahi
hukum agama, malahan juga masyarakat Melayu tidak sekali-kali mengabaikan adat yang diwarisi
turun temurun dipermain-mainkan oleh generasi baru.
17
Pengucapan ini digunakan oleh masyarakat Melayu di Kuala Kangsar.

5

Tok Bidan ajelah”.18 Ini memperlihatkan bahawa Adat Temenggung dan Adat
Perpatih mempraktikkan pengucapan yang hampir sama ketika menjemput bidan.
Perbezaan yang ketara cuma, sebutan dialeknya sahaja.
Bidan yang telah ditempah tidak boleh sengaja menguzurkan diri ataupun tidak
dapat hadir untuk menyambut kelahiran bayi. Jika bidang tersebut tidak dapat hadir
kerana perkara yang tidak boleh dielakkan, maka terpaksalah dicari ganti dengan
orang lain iaitu bidan terjun. Bidan terjun adalah istilah merujuk seseorang yang
dijemput secara mendadak. Orang yang menjadi bidan terjun juga, sedikit sebanyak
berpengalaman dalam kerja perbidanan. Keadaan segentir ini jarang sekali orang
yang menjadi bidan terjun menolak permintaan orang yang mengharap
pertolongannya. Pengucapan komunikasi yang sering digunakan untuk menjemput
bidan terjun, “Maaflah banyak-banyak kerana terpaksa menjemput Kakak menjadi
bidang terjun, sebab Aminah bt Abdullah (sekadar nama pilihan) dah ada aral yang
melintang”.
Jemputan sebegitu memberi pengertian bahawa orang yang dijemput
terpaksa menerimanya tanpa berdolak-dalik.
Dalam kaedaan terdesak itu, bidan terjun terpaksa menjalankan kewajiban dan
tanggungjawab atas dasar peri kemanusiaan. Bidan terjun jarang menolak permintaan
orang yang memerlukan perkhidmatannya. Tambahan pula, untuk menyelamatkan
nyawa wanita yang bersalin dan bayi yang akan dilahirkan. Selain itu, orang yang
menjadi bidan terjun sepatutnya tidaklah harus berkecil hati kerana ia menjadi pilihan
kedua; ibarat kata pepatah “Tiada rotan akarpun berguna juga” . Ini bermakna bidan
terjun itu adalah pilihan kedua dan masih tetap diakui kepakarannya oleh masyarakat
Melayu.
Sesungguhnya, jika bidan yang ditempah gagal melaksanakan tugas seperti yang
dijanjikan, ini dianggap sesuatu yang tidak baik ataupun boleh mengaibkan dirinya.
Dalam masyarakat Melayu, setiap perjanjian melalui jemputan sirih pinang bagi
tujuan tertentu adalah satu ikrar yang perlu dipatuhi dan dikotakan. Sirih pinang adat
itu adalah komunikasi bukan lisan mempunyai pengertian sangat bermakna kepada
kedua belah pihak supaya patuh dan tidak mengingkarinya.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bidan terjun yang dijemput tidak akan
bekerjasama, cuma tatacara jemputannya sahaja menyalahi prinsip perbidanan
Melayu tradisional. Prinsip perbidanan Melayu tradisional, adalah perjanjian dengan
perantaraan sirih pinang19 dan sepakat dengan pengucapan yang dilafazkan oleh
kedua belah pihak. Kedua belah pihak pula seharusnya akur dengan perjanjian yang
dibuat. Jika mengikut pepatah Melayu “Kerbau dipegang pada tali, orang dipegang
18

Masyarakat Melayu di Kuala Kangsar membahasakan diri sebagai teman menunjukkan sifat ikrab
dan persaudaraan. Bahasa diri teman lebih memberi kemesraan dalam komunikasi bersemuka.
19
Sirih Pinang adalah sirih yang lengkap dengan bahan-bahannya seperti gambir, kapur, pinang, daun
sirih dan peralatannya untuk dipersembahan sebagai tanda penghormatan. Sirih Pinang sering menjadi
komunikasi bukan lisan dalam interaksi sosial masyarakat Melayu yang mengamalkan adat
temenggung dan adat perpatih.

6

pada janji”.20
Ini sebagai menggambarkan betapa perjanjian itu amat serius
dilaksanakan. Perbuatan mungkir janji adalah satu perkara yang dipandang hina dan
tidak mendapat pembelaan daripada masyarakat.
Oleh itu, bidan yang bertanggungjawab, sememangnya tidak sekali-kali
menghampakan orang yang memerlukan perkhidmatannya.
Tambahan pula,
tempahan telah dibuat lebih awal lagi. Ini merujuk bahawa masyarakat Melayu sejak
zaman berzaman hidup bertolak-ansur dan agama Islam menjadi pegangan mereka.
Sudah tentu sesuatu perkara yang terjadi dikaitkan dengan kehendak Allah dan
takdirnya, tetapi itu bukanlah satu alasan untuk menutup kelemahan yang seseorang
lakukan dengan sengaja.
Walau bagaimanapun, seseorang bidan yang disegani dalam sesebuah kampung,
tidak akan mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh masyarakat.
Tugas menyambut bayi dalam Adat Bersalin sudah menjadi profesionnya, mereka
menunjukkan sikap bertanggungjawab dan dengan rela hati memberi perkhidmatan.
Begitu juga berlaku di Kuala Kangsar dan Rembau, masyarakat di situ amat patuh
pada janji iaitu ketika menempah bidan tidak boleh sengaja mengaral atau
membatalkan sewenang-wenangnya. Perbuatan begitu akan menyebabkan ilmu
perbidanannya
hilang masin.21
Istilah hilang masin merujuk pada ilmu
perbidanannya akan pudar dan tidak mujarab lagi.
Tugas seorang bidan amat berat ketika proses menyambut kelahiran bayi. Ketika
proses Adat Bersalin berlangsung, biasanya bidan akan dibantu oleh dua ataupun tiga
orang wanita lain. Wanita-wanita itu selian membantu bidan, mereka juga bertindak
menenangkan si ibu berdepan dengan detik-detik kelahiran bayinya. Wanita-wanita
itu akan berkomunikasi dengan si ibu yang dalam kesakitan dengan pengucapan
manis seperti memujuk dan sebagainya. Selain itu, memberi dorongan, semangat dan
berzikir untuk mengingati kebesaran Allah s.w.t sepanjang masa. Pengucapan
komunikasi yang sering digunakan ketika si ibu dalam kesakitan dan cemas,
“Mengucap banyak-banyak, ingat pada Tuhan. Beranak ni sakitnya sekejap aje, ikut
sunnah Rasul, besar pahalanya”.22 Pengucapan tersebut adalah cara berkomunikasi
yang dapat memberi keyakinan dan semangat kepada wanita yang menghadapi
tekanan dan kesakitan untuk bersalin.
Ketika bayi keluar daripada rahim ibunya, bidan mengusahakan supaya bayi itu
mengeluarkan suara iaitu menangis sekuat-kuatnya. Tangisan pertama setelah bayi itu
20

Unggapan ini sering digunakan ketika komunikasi lisan dalam masyarakat Melayu. Mereka sering
menggunakan pepatah dalam interaksi sosial untuk menjadi pelengkap perbualan ataupun perbincangan
sesuatu yang serius.
21
Istilah hilang masin sering digunakan dalam pelbagai pengertian. Dalam perubatan tradisional istilah
ini merujuk pada sesuatu perkara yang dilakukan tidak menjadi ataupun kurang mencapai mutu yang
dihajati. Pengertian lain pula, ianya merujuk pada sesuatu kepakaran yang tidak lagi dihormati oleh
masyarakat banyak.
22
Dalam interaksi sosial masyarakat Melayu, istilah mengucap digunakan dalam pelbagai keadaan
yakni satu pernyataan menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. Selain itu sebagai memberi
keyakinan dan mengukuhkan keimanan kepada pencipta alam.

7

keluar daripada rahim ibunya merupakan komunikasi lisan di antara si anak dengan si
ibu. Si ibu gembira mendengar tangisan anaknya walaupun ketika itu dalam
kesakitan dan lemah tenaganya. Masyarakat Melayu di Rembau, menyambut bayi
dengan sehelai daun sirih, bertujuan untuk menghalang syaitan dan iblis mengganggu
bayi itu. Mengikut ilmu perbidanan daun sirih itu adalah satu sumpahan kepada
syaitan dan iblis yang mana ia boleh mengganggu manusia. Daun-daun sirih adalah
lambang-lambang ketakutan syaitan dan iblis. Selain itu, daun sirih adalah lambang
pengubatan dan bukan daun untuk dibuat sayuran.
Setelah selesai si ibu melahirkan, pusat bayi dipotong dan dimandikan mengikut
tertib perbidanan. Ketika bayi itu dimandikan, bidan sepanjang masa melafazkan
selawat Nabi sehingga selesai tugasnya. Selawat Nabi diperdengarkan kepada bayi
bertujuan apabila bayi itu dewasa, ia akan menjadi orang alim dan menjauhi dirinya
daripada perbuatan yang dilarang oleh agama Islam. Setelah bayi itu dimandikan,
bidan menyerahkan bayi kepada si bapa untuk diazankan.
Mengazan ataupun
mengkamatkan bayi yang baru dilahirkan, adalah komunikasi awal sebagai
pengenalan terhadap kalimah-kalimah Allah s.w.t untuk diperdengarkan kepadanya.
Apabila selesai bayi itu telah diazan ataupun dikamatkan, manisan lebah
dititiskan ataupun diberi sedikit kurma sebagai adat membelah mulut. Mengikut
kepercayaan masyarakat Melayu, tujuan manisan dan kurma diberikan kepada bayi
itu supaya apabila dewasa ia akan bercakap perkara yang benar dan menjadi anak
yang soleh dan baik budi pekertinya. Dalam kehidupan masyarakat Melayu, nilai
budi pekerti yang tinggi adalah perkara yang paling diutamakan dalam mencorakkan
peribadi seseorang. Justeru itu, masyarakat Melayu di Kuala Kangsar dan Rembau,
mengamalkan komunikasi budaya yang ada persamaan dalam Adat Bersalin.
Komunikasi Adat Berkhatan
Sebelum adat berkhatan dijalankan kebiasaannya si bapa terlebih dahulu bertemu
dengan Mudin untuk membuat tempahan. Mengikut amalan masyarakat Melayu,
ketika tempahan dibuat, tepak sirih mesti disertakan sebagai adat pembuka kata
sebagaimana dilakukan dalam adat menempah bidan. Walau bagaimanapun, setiap
tempahan dimestikan dengan jemputan mulut iaitu komunikasi lisan diantara orang
yang menempah dengan orang yang ditempah. Ketika tempahan di buat, ada tatacara
komunikasi tertentu digunakan oleh kedua belah pihak. Orang yang menempah
Mudin akan bertutur menggunakan bahasa kiasan yang merujuk pada suatu perkara.
Bahasa kiasan ini adalah tatacara komunikasi lisan ketika menjemput Mudin.
Adat berkhatan seperti adat-adat yang lain memerlukan seseorang bersemuka
ketika menjemput Mudin. Amalan komunikasi bersemuka telah menjadi tuntutan adat
dalam masyarakat Melayu tradisional. Amalan adat ini boleh dikaitkan dengan
pepatah-petitih seperti: “Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung”.23
23

Pepatah-petitih perbilangan adat ini menjadi komunikasi lisan yang menjadi makna yang tertentu
iaitu setiap pekerjaan hendaklah menurut pengukuran adat dan kemana seseorang itu pergi hendaklah

8

Apabila jemputan telah dibuat dan dipersetujui oleh Mudin, ia akan kerumah
orang yang menempahnya untuk memeriksa kanak-kanak itu. Mengikut adat di Kuala
Kangsar, si bapa akan menyediakan terlebih dahulu sebilah pisau lipat kecil dan kain
putih ketika Mudin datang memeriksa anaknya. Tujuan pemeriksaan ke atas kanakkanak itu adalah untuk memastikan sama ada kanak-kanak itu boleh dikhatankan
ataupun sebaliknya. Jika pisau lipat dan kain putih itu diambil oleh Mudin, itu
menandakan bahawa kanak-kanak tersebut boleh dikhatankan. Ianya juga sebagai
isyarat komunikasi tanpa lisan yang difahami oleh si bapa. Jika kanak-kanak itu tidak
boleh dikhatankan, pisau lipat dan kain putih itu tidak disentuh oleh Mudin.
Kemudian Mudin akan berkata : “Anu budak tu masih pucul rebung, kencing
bercabang”. Maksudnya ialah kemaluan kanak-kanak itu masih kecil dan tidak boleh
dikhatankan, yang merupakan bahasa komunikasi Mudin di Kuala Kangsar
Di Rembau, Mudin akan berkata : “Bonda budak ini buto laie” (Benda budak ini
buta lagi), iaitu memberi pengertian bahawa kemaluan kanak-kanak itu tidak boleh
dibuka sepenuhnya (selaputnya). Jika dikhatankan juga ia akan mengakibatkan
kerosakkan saluran urat sarafnya. Setelah Mudin mengesahkan bahawa kanak-kanak
itu tidak boleh dikhatankan ia akan menetapkan suatu tempoh yang agak sesuai.
Ibubapa kanak-kanak itu selalunya akan akur dengan kehendak Mudin dan tidak
tergopoh-gapah untuk melaksanakan adat berkhatan. Ini menunjukkan bahawa dalam
adat berkhatan, tahap pertama adalah menjemput Mudin sebagai mendahului
persiapan yang lain.
Proses adat berkhatan seperti upacara adat yang lain di mana seseorang
berkhendakkan khidmat Mudin perlu menjengok-ziarah sebelum membuat jemputan
menjengok-ziarah adalah satu perlakuan yang dipraktikan oleh masyarakat Melayu
sejak zaman-berzaman sebagaimana pepatah-petitih perbilangan adat “Di tingkat
tangga, di tepik bendul”. Pepatah-petitih itu adalah tradisi komunikasi lisan yang
sering digunakan oleh masyarakat Melayu di Rembau, yang memberi pengertian
bahawa syarat-syarat memanggil seseorang dalam sebarang pekerjaan yang
membabitkan adat, seseorang itu hendaklah datang ataupun bertandang ke rumah
orang yang hendak dijemput, tetapi tidak boleh menjemputnya semasa bertemu
ditengah jalan ataupun di warong kopi. Ini jelas menunjukkan tatacara komunikasi
dalam adat berkhatan berlandaskan kesopanan dan ketertiban yang tidak boleh
dilakukan sambil lewa.
Mudin yang bertanggungjawab tidak mengabaikan pemintaan orang yang
menjemputnya. Ini sebagai memperlihatkan masyarakat Melayu masih memegang
kata dengan janji seperti kata pepatah Melayu “Kerbau pegang pada tali, manusia
pegang pada janji” ataupun “urat yang berseluk, pucuk yang berempas”. Pepatahpetitih ini adalah bahasa kiasan masyarakat Melayu di Rembau yang mengamalkan
bersopan-santun dalam melaksanakan hajatnya. Begitulah juga dalam adat menjemput Mudin,
hendaklah berperaturan yakini berlandaskan adat dan bersopan-santun.

9

Adat Perpatih. Pengucapan kata-kata itu adalah komunikasi lisan yang memberi
pengertian bahawa seseorang itu mempunyai pertalian kekeluargaan, kaim (semendamenyemenda), akan terasa malu jika tidak menepati janji dalam sesuatu pekerjaan.
Oleh itu, mereka akan membantu dan tolong-menolong dalam segala hal yang
membabitkan adat- istiadat.
Pepatah Melayu dan perbidalannya menjadi komunikasi lisan yang sering
digunakan oleh masyarakat Melayu. Ini bermakna dalam tradisi komunikasi jika tidak
disertai pengucapan pepatah-petitih, seseorang itu dianggap kurang berilmu adat dan
cetek pengalaman kehidupannya. Justeru, pepatah-petitih adalah tradisi komunikasi
yang telah menjadi amalan masyarakat Melayu bagi tujuan melaksanakan sesuatu
upacara dalam edaran hidup seseorang.
Komunikasi Adat Perkahwinan
Adat Perkahwinan adalah satu proses kehidupan pertama yang mencorakkan sebuah
keluarga kepada seseorang lelaki. Perkahwinan yang mengikut suasana dan peraturan
adat adalah dengan perantaraan kedua ibubapa seseorang lelaki yang bermula dengan
adat merisik24 sehinggalah selesai adat perkahwinan itu. Perkahwinan tanpa disertai
oleh kedua orang tua adalah satu perbuatan yang melanggar adat dan tidak manis
dipandang oleh masyarakat Melayu. Sama ada perkahwinan itu berlandaskan suka
sama suka ataupun pilihan ibubapa, perkahwinan hendaklah mengikut peraturan dan
adat resam Melayu. Dalam adat perkahwinan pepatah-petitih perbilangan adat banyak
sekali digunakan bagi merujuk sesuatu perkara. Setiap perkara yang membabitkan
adat dilakukan daripada mula sehinggalah ke akhirnya sebagaimana pepatah-petitih:
“Berbilang dari esa, mengaji dari alif”25 dan “Air orang disauk, ranting orang
dipatah, adat orang diturut”.26
Dalam adat perkahwinan, setiap upacara yang dijalankan mempunyai tatacara
komunikasi tertentu ketika proses Adat Perkahwinan dijalankan. Seseorang yang ingin
berkahwin iaitu bagi lelaki dan perempuan akan menjalani proses Perkahwinan pada
empat tahap. Tahap pertama ialah Adat merisik, tahap kedua ialah adat meminang,
tahap ketiga adalah adat pertunangan dan tahap keempat ialah adat Perkahwinan.
Keempat-empat tahap dalam proses Adat Perkahwinan dijalankan mengikut adat
resam Melayu tradisional dimana setiap upacara adat dijalankan mengikut tatacara
24

Adat Merisik adalah adat awal dalam proses adat perkahwinan. Ianya merujuk pada tahap permulaan
untuk mencari calon yang sesuai untuk si jejaka sebelum berlaku adat pertunangan.
25
Pepatah-petitih perbilangan adat ini sungguh memberi makna dalam urusan adat yang bermaksud
bahawa sesuatu pekerjaan adat hendaklah dilakukan dengan aturan iaitu daripada mula sehingga selesai
tanpa bercanggah dengan adat resam masyarakat Melayu
26
Pepatah-Petitih ini memberi pengertian bahawa seseorang yang tinggal di sesuatu kampung
hendaklah menurut adat istiadat kampung dan negeri yang ia bermastautin, walaupun tinggal hanya
beberapa bulan sahaja. Walaupun Pepatah-Petitih itu tidak bertulis, tetapi ianya menjadi komunikasi
lisan yang berkesan disanubari masyarakat Melayu yang telah mengamalkan adat sejak nenek moyang
mereka.

10

komunikasi tertentu yakni menggunakan lambang-lambang, simbol, bahasa isyarat
yang boleh memberi makna kepada seseorang mengikut amalan adat masing-masing.
Semasa tinjauan, masyarakat Melayu yang mengamalkan adat temenggung dam
adat perpatih mempunyai cara tersendiri dalam melaksanakan proses Adat
Perkahwinan. Namun, dalam hal-hal tertentu kedua-dua adat itu juga mempunyai
persamaan kerana adat-adat tersebut berasal daripada adat serumpun iaitu daripada
Negeri Minangkabau di Sumatera. Oleh itu, terdapat beberapa persamaan dalam
masyarakat Melayu ini melaksanakan upacara Adat Perkahwinan. Namun, perbezaan
yang nyata ialah dari segi dialek (loghat) pertuturannya yang mana pengamal Adat
Temenggung mengikut loghat perak manakala pengamal Adat Pepatih ,mengikut
loghat Negeri Sembilan. Oleh itu, kedua-dua adat ini boleh dikaitkan dengan PepatahPetitih perbilangan adat seperti: “Jalan dialih orang lalu, cupak dipepat orang
menggalas”. Pepatah-Petitih perbilangan adat tersebut adalah sebagai komunikasi
lisan yang memberi maksud bahawa adat istiadat ataupun kebudayaan asli sesuatu
masyarakat atau sesuatu negeri berubah coraknya kerana diubah oleh orang asing
yang baru datang ke negeri itu membawa adat mereka.
Namun, adat ataupun peraturan kehidupan yang mencorakkan nilai dan normanorma masyarakat maish dipelihara dan dijaga sebagaimana ungkapan “Jalanraya
titian batu”. Yang bermaksud adat ataupun peraturan daripada zaman dahulu masih
tetap dipraktikkan sehingga kertas kerja ini dihasilkan tanpa ada perubahan selagi adat
istiadat itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Ini menunjukkan Adat istiadat
Perkahwinan merupakan adat yang sejak zaman berzaman diikuti dan dipakai sebagai
khazanah budaya Melayu turun temurun “yang tak lapuk dek hujan, dan tak lekang
dek panas,” ataupun “Adat yang bersisamping, syarak yang bertelanjang” yang
memberi pengertian bahawa menyampaikan ajaran adat, seseorang itu hendaklah
bertutur dengan bahasa kiasan, jika seseorang mengikut ajaran syarak hendaklah
bertutur dengan berterus terang tanpa batasan.
Ini bermaksud, bahasa pertuturan dalam menjalankan upacara adat amat menitik
beratkan bahasa kiasan yang menjadi sebagai komunikasi lisan yang bersopan dan
bertertib. Ini bermakna dalam melaksanakan adat istiadat, seseorang itu tidak boleh
membelakangi agama tetapi ianya seharus seiring dengan ajaran Islam sebagai
panduan dunia dan akhirat. Amalan adat merupakan pegangan yang bercirikan
pengucapan komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan yang memberi makna
tertentu dan mempunyai fungsi tertentu yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat
Melayu sebagaimana ungkapan “emas bukan saudara bukan, budi sedikit orang
hargai” yang memberikan pengertian bahawa peraturan adat adalah satu hubungan
yang erat diantara manusia dengan manusia lain, tetapi bukan kerana emas dan perak
yang menjadi ukuran penilaian budi perkerti seseorang itu.
Oleh itu, jelas menunjukkan dalam Adat Perkahwinan yang dikaji dalam bab
ini, setiap perlakuan dan perbuatan masyarakat Melayu bagi menjalankan upacara
adat adalah berlandaskan dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi

11

bukan lisan. Justeru, Adat Perkahwinan yang dijalankan oleh masyarakat Melayu
oengamal kedua-dua adat iaitu Adat Temenggung dan Adat Pepatih menggunakan
tatacara komunikasi tertentu iaitu dari permulaan proses Adat merisik sehinggalah
selesai Adat Perkahwinan itu dijalankan.
Komunikasi Adat Kematian
Dalam masyarakat Melayu, jenazah seseorang yang meninggal dunia diselenggarakan
sebaik mungkin. Ada tatacaranya, ada komunikasi budaya yang sering dipakai ketika
pengurusan jenazah dilakukan. Dalam adat resam Melayu terdapat beberapa tertib
adat istiadatnya yang mana tidak bercanggah dengan hukum-hakam agama ketika
jenazah itu diselenggarakan. Adat istiadat yang dimaksudkan ialah pelaksanaan dan
pengurusan jenazah itu sangat mengikut tertib tertentu. Sebagaimana pepatah-petitih
perbilangan adat berbunyi,
“Yang dahulu, didahulukan dan yang kemudian
dikemudiankan” ataupun “ Berbilang dari esa, mengaji dari alif”.
Pepatah-petitih perbilangan adat ini bermaksud setiap pekerjaan baik, yang
membabitkan adat istiadat hendaklah dilakukan dengan peraturan iaitu daripada mula
sehinggalah selesai tidak bercanggah di antara adat resam dengan ajaran agama Islam.
Ini bermaksud, adat istiadat masyarakat Melayu mempunyai batas-batas tertentu
untuk dilaksanakan tetapi berlandaskan hukum syarak dan tuntutan agama.
Justeru itu, adat resam yang mana terdapat komunikasi budayanya, adat
istiadatnya dan ajaran agamanya tidak boleh dipisahkan. Ini sebagaimana yang
termaktub dalam pepatah petitih perbilangan adat yang berbunyi, “Adat bersendi
syarak, syarak bersendi kitabullah”. Pepatah-petitih tersebut, memperlihatkan
bahawa adat dan hukum syarak iaitu agama adalah bergandingan dan bertautan.
Sesungguhnya, segala urusan membabitkan adat dalam masyarakat Melayu,
semestinya merujuk peraturan yang digariskan mengikut adat dan hukum syarak.
Jika urusan jenazah mempunyai peraturan tertentu mengikut adat dan ajaran
agama, begitu juga komunikasi budayanya terdapat tatacara pengucapan tertentu yang
beradab dan bertertib. Justeru itu, adat kematian masyarakat Melayu menggunakan
banyak bahasa kiasan yang menjadi komunikasi budayanya. Ini menunjukkan dalam
adat kematian, adalah satu upacara terakhir dalam kehidupan seseorang yang wajib
dihormati dan dimuliakan. Jenazah seseorang wajib diselenggarakan dengan
sempurna mengikut adat dan ianya adalah fardu kifayah kepada umat Islam.
Dalam masyarakat Melayu, jika seseorang meninggal dunia, keluarga si mati
akan memberitahu jiran tetangga jauh dan dekat, waris-waris dan sahabat-handai.
Masyarakat Melayu menggunakan cara-cara tertentu memberitahu tentang kematian
seseorang melalui cara komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi
lisan adalah cara pengucapan mulut, menggunakan telefon dan lain-lain. Cara
komunikasi lisan terbahagi pada dua iaitu menggunakan suara (vocalize) dan tanpa
suara (nonvocalize).

12

Ini bermakna komunikasi lisan (vocalize) adalah menggunakan pengucapan
bersemuka ataupun melalui telefon manakala komunikasi lisan cara (nonvocalize)
menggunakan bahan-bahan bertulis mempunyai makna dan mesej bahasa seperti
telegram dan lain-lain. Justeru itu, dalam adat kematian, masyarakat Melayu
menggunakan komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan untuk memberitahu
berita kematian dan juga bagi pengurusan jenazah si mati.
Ini bermakna,
komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan telah diamalkan oleh masyarakat
Melayu sejak zaman-berzaman dan sewaktu penulisan buku ini.
Penutup
Komunikasi dalam tradisi Melayu menggunakan doa dan jampi serapah yang
digunakan oleh Mudin dan bidan ketika merawat seseorang adalah merupakan
komunikasi lisan yang bertujuan memberi semangat secara psikologi dan juga
memohon pertolong daripada Allah s.w.t. Semoga segala pekerjaannya itu selamat
dan sempurna serta dijauhi daripada malapetaka, gangguan syaitan dan iblis. Ini
menunjukkan bahawa Masyarakat Melayu sejak zaman berzaman berkomunikasi
dalam dua bentuk alam iaitu alam fizikal dan alam meta fizikal.
Pertuturan yang berkiasan merupakan sebagai komunikasi lisan untuk
menyampaikan maksud yang tersirat dalam kehidupan Masyarakat Melayu pengamal
Adat Temenggung dan Adat Pepatih. Pengucapan berkiasan adalah seperti PepatahPetitih perbilangan adat, gurindam, pantun, seloka, syair, perbidalan dan lain-lain. c).
Dalam Masyarakat Melayu benda-benda yang digunakan dalam Adat Istiadat mereka
adalah terdiri daripada yang boleh dipegang dan yang tidak boleh dipegang. Bendabenda yang boleh dipegang merupakan sebagai komunikasi tanpa lisan adalah seperti
bunga-bungaan, daun-daunan, sirih adat sirih junjung, rempah ratus, beras kunyit,
pulut kuning, tepung tawar, kain kapan, kapur barus, cendana, kemenyan, bunga telur,
perhiasan pengantin, keris, rebana, kompang, tabuh, kentong dan lain-lain. Bendabenda Yang tidak boleh dipegang merupakan komunikasi tanpa lisan adalah seperti
tabii alam iaitu peredaran malam dan siang, perasaan emosi seseorang dan lain-lain.
Oleh itu kesemua benda-benda yang boleh dipegang atau tidak boleh dipegang
mempunyai pengertian tertentu yang tergolong dalam komunikasi tanpa lisan. Dalam
kehidupan Masyarakat Melayu, kalimah tauhid iaitu ASY-HADU AN LAA ILAAHA
ILLALLAH, WA ASY-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH” diajarkan
kepada seseorang yang akan menghembuskan nafasnya yang terakhir dan selepas
jenazahnya dikuburkan adalah sebagai Komunikasi Lisan yang terakhir diucapkan
daripada orang yang hidup kepada orang yang akan mati. Rasionalnya perbuatan
Masyarakat Melayu membacakan talkin setelah menguburkan jenazah adalah
memberi pengajaran kepada kaum kerabat si mati yang sama-sama menyaksikan
upacara penkebumian, supaya menginsafi diri sendiri untuk mengingati hari kematian
mereka dan beramal salih.

13

Oleh itu jelas menunjukkan bahawa adat resam dalam komunikasi Melayu
tradisional yang terdapat dalam adat istiadat Masyarakat Melayu telah menjadi
khazanah bangsa sejak zaman berzaman. Khazanah budaya bangsa ini sebagai
mencerminkan masyarakat Melayu mempunyai indentiti tersendiri dalam bidang
komunikasi antara manusia. Justeru itu, kajian memperolehi beberapa penemuan
dalam bidang komunikasi antara manusia dalam masyarakat Melayu yang
mengamalkan Adat Temenggung dan Adat Pepatih yang merupakan daripada satu
rumpun adat sebagaimana yang dijelaskan dalam kajian ini memperlihatkan peraturan
dan perundangannya yang perlu diikuti oleh masyarakat Melayu. peraturan dan
perundangannya terdapat dalam Pepatah-Petitih perbilangan adat yang merupakan
sebagai komunikasi lisan yang digunakan dalam kehidupan seharian dalam
Masyarakat Melayu supaya mereka menjadi masyarakat bersopan santun, beradab dan
berhemah tinggi. Budaya komunikasi Melayu tradisional berlandaskan adat resam
Melayu diandaikan akan tetap terpelihara selagi masyarakat Melayu tetap beradab dan
bersopan dalam segala hal. Walau bagaimanapun seperti adat resam lainnya,
sesetengahnya akan mengalami proses pengubahsuaian ataupun perubahan mengikut
keperluan semasa.

14

Rujukan
1. Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 1993. Adat Resam Komunikasi Melayu
Tradisional: Satu Pemikiran Semula. Dewan Budaya, Mei: 20-21.
2. Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 1995. Adat Resam Melayu Tradisional: Satu
Perspektif Komunikasi Budaya (Tesis Sarjana Persuratan)UKM.
3. Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 2002. Komunikasi Budaya: Integrasi Sosial
Adat Resam Melayu, UMS.
4. Abdullah Sidek. 1974a. Adat dan Modenisasi. Kertas Kerja Seminar
Persejarahan dan Adat Pepatih. Anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan: 24-25
April.
5. Abdullah Sidek. 1975b. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
6. Abdul Latif Abu Bakar. 1987. Sejarah dan Pemikiran Konsep Kebudayaan di
Malaysia. Dlm. Pertemuan Dunia Melayu ’82: 76. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
7. Azhar M. Simin. 1983. Seni-Karya Nahu Melayu Kini. Dewan bahasa: 85-89.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
8. Adi Negoro. 1948. Kritik Atas Kritik. Dlm. Achdiat K. Mihardja. Polimik
Kebudayaan: Jakarta. Balai Pustaka.
9. Ahmad Johari Moain. 1989. Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu : Suatu
Analisis Sosiologistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Beryl Wiliams. 1977. Communicating Effectively- A Manager’s Guide To Getting
Through To People. Wellingborungh: Thorson Publishers Limited.
11. Kassim Ahmad. 1966. (Pngr). Hikayat Hang Tuah. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

15