FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA semester

HBAE1403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI/203

HBAE1403
MENGGAMBAR

NAMA

:

ROSLAN BIN ALI OMAR

NO. MATRIKULASI

:

691101135453001


NO. KAD PENGNEALAN

:

691101-13-5453

NO. TELEFON

:

0178062764

E-MEL

:

untolaki@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN


:

PPT SIBU

0

HBAE1403

KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN

2-3

1.1

4-7


SENI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK

2.0

APRESIASI SENI

3.0

HURAIAN KARYA KANAK-KANAK
3.1

4.0

7-8

ART IS CREATIVE SELF EXPRESSION

PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL
4.1


GURU SEBAGAI PENGURUS

4.2

GURU SEBAGAI PEMBIMBING

4.3

GURU SEBAGAI MOTIVATOR

4.4

GURU SEBAGAI PEMUDAH CARA

4.5

GURU SEBAGAI INISIATOR

8-9
10 - 12


5.0

KESIMPULAN

12 - 13

6.0

BIBLIOGRAFI

15

1

HBAE1403

1.0

Pengenalan

Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu

yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung,
mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa
kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya dan ia dianggap
gabungan unik dan berguna.Kreativiti adalah sesuatu yang asli di mana ia merupakan satu
proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang
kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan serta berkebolehan untuk melihat
sesuatu dalam cara yang berbeza dan untuk mencari kepuasan dalam membuat atau
menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk.
Kreativiti bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang
dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak
kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba
menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka.
Walau bagaimanapun, jika ibu bapa ingin mengekalkan kreativiti ini dalam diri anakanak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreatif dan kepintaran.
Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan
melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu
mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya.
Komponen kreativiti kanak-kanak mengandungi lima aspek yang terdiri daripada
persekitaran dan keindahan alam, lukisan dan kraf tangan, muzik, nyanyian dan

pergerakan kreatif, drama dan puisi serta warisan budaya. Peranan guru sangat penting
dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk
melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka mengikut kreativiti
masing- masing. Penglibatan aktif kanak-kanak juga akan berupaya menggalakkan
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk nilai
estetika.
Kreativiti kanak-kanak juga mendorong kanak-kanak memahami hasil pembelajaran
mereka dengan lebih mudah. Selain itu, dalam kreativiti juga kanak-kanak akan mencapai
tahap pencapaian semakin meningkat.

2

HBAE1403

Mereka akan pandai melukis dan mengecat mengikut kreativiti masing- masing.
Kanak- kanak ini juga boleh melakar, menulis, memotong, menghasilkan kraf tangan,
membuat pergerakan kreatif, menyanyi dan juga menenun. Seni dapat mengembangkan
peluang ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri,
mengalakan kerjasama dan keharmonian kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada
guru-guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam kebudayaan serta bangsa.

Kepentingan kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan seni visual dapat dilihat
semasa kanak-kanak dilahirkan apabila mereka mula mempunyai sifat dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semulajadi dalam proses tumbesaran. Aktiviti seni visual
seperti muzik, penghasilan hasil kerja berbentuk lukisan dan pergerakan amat mendorong
kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, dan kecerdasan pelbagai. Hal ini
kerana melalui aktiviti seni visual, seni muzik, pergerakan dan sebagainya, kanak-kanak
dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Menurut Cassidy, seni merupakan bahagian penting kepada kanak-kanak dalam
penghasilan rupa bentuk yang boleh menimbulkan keceriaan, keseronokan dan
kesenangan estetik dan sekaligus menyebabkan ia menjadi satu bahagian penting dalam
komponen kurikulum. Kanak-kanak yang mempunyai bakat seni seperti seni tampak dan
sentuh dapat dikenal pasti melalui pengaturcaraan kurikulum yang dipelajari oleh
mereka.
Menurut Clark (1993) dan Parath (1997), ciri- ciri bakat seni yang terdapat dalam
kreativiti

kanak-kanak

dapat


dilihat

melalui

kemudahan

pemahaman

dan

kebolehangunaan bilik darjah yang berdasarkan kepada analisis penyelidikan tentang
pendidikan seni. Ciri bakat seni boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu
daripada kemahiran teknikal, pemikiran visual dan kreativiti.
Kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan muzik dan seni visual dari segi
kemahiran teknikal adalah berkaitan dengan kebolehan dan kemampuan untuk
memanipulasi bahan-bahan bagi menyampaikan sesuatu tujuan atau idea yang telah
dicadangkan.

3


HBAE1403

1.1

Seni dan Kreativiti Kanak-kanak
Pengertian kreativiti mengikut Kamus Dewan (2002) ialah satu kemampuan

(kebolehan) mencipta daya kreativiti, kekreatifanmanakala kreatif pula sebagai
mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang
baru dan asli. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan
penuh dengan perasaan ingin tahu.
Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik ia dapat
merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran.
Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang
member kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa dan
meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap
persekitaran.
Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan
yang mereka temui. Proses pembelajaran di sekolah adalah untuk mengembangkan

kreativiti kanak-kanak. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran seni juga
member peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untk melakukan eksplorasi dan
percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini,pemupukan
pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kecil lagi.
Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak-kanak
dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza. Kreativiti yang terdapat di
dalam diri kanak-kanak bersifat semula jadi. Oleh itu, suara keriangan kanak-kanak yang
jelas kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang
berjalan. Untuk itu kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pembelajaran tanpa
sebarang perbezaan.
Dari segi komunikasi pula, lukisan merupakan satu perlambangan grafik awal
bagi kanak-kanak terhadap apa yang mereka perhatikan dalam kehidupan harian kita
sama iaitu hasil kerja seni kanak-kanak tidak semestinya cantik dan kemas. Guru perlu
peka terhadap kesan daripada aktiviti seni kanak-kanak kerana hasil seni yang dibina
menggambarkan konsep diri kanak-kanak terhadap keseluruhan perkembangan
personaliti mereka.
4

HBAE1403

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman kanak-kanak
ditentukan oleh pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini
dilukis di atas kertas. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan senilukis mengutamakan
proses, berbanding dengan hasil akhir. Guru perlu menguasai lapan proses melukis.
Setiap proses haruslah dirancang dan dilaksanakan secara teliti agar kanak-kanak dapat
melukis dengan cantik dan kemas.
Dari sudut nilai pula, Leo Tolstoy dalam buku What is Art (1896) memperkatakan
keunikan seni mengikut pendekatan ekstrinsik yakni menilai melalui pengalaman
individu. Ini dapatlah ditakrifkan bahawa seni telah bertunjang dalam diri seseorang
melalui kehidupan sekelilingnya.
Justeru, pengertian seni secara umum adalah sesuatu yang mempunyai nilai
kebaikan dan mempunyai fungsi dan kepentingan bagi masyarakat dan boleh dijadikan
satu kebanggaan dari segi nilai budaya.

Nilai budaya sebuah masyarakat itu juga

memperlihatkan keseniannya tersendiri. Seni juga tidak hanya menjurus pada bentuk
hiburan semata-mata dan ianya bukan sesuatu yang boleh dijualbeli dan ditukarkan
dengan material.
Nilai-nilai moral juga dapat diperolehi daripada seni seperti baik hati, berdikari,
bekerjasama, berhemah, hormat-menghormati, kasih sayang, kebersihan fizikal dan
mental,kejujuran, kerajinan, kesederhanaan dan sebagainya. Di samping itu juga nilai
estetika seni itu sendiri begitu sukar untuk dipisahkan. Menurut Koster (2001) kefahaman
mengenai karya seni merupakan sebahagian daripada pengajaran pendidikan seni visual.
Kefahaman ini penting kerana kanak-kanak dikelilingi oleh persekitaran yang banyak
menggunakan visual sebagai medium komunikasi. Justeru kemahiran menghayati
kecantikan dan estetika perlu didedahkan kepada mereka supaya mereka dapat
membezakan kepelbagaian cabang dan aliran seni.
Peranan guru pendidikan seni dalam proses mengembangkan kreativiti kanakkanak juga tidak dapat dinafikan. Guru pendidikan seni memainkan peranan yang sangat
penting dalam menjana idea dan pemikiran kreatif kanak-kanak. Peranan guru amat
5

HBAE1403

penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi guru mata pelajaran
pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi menentukan mata pelajaran
pendidikan seni boleh di manfaatkan.

Guru bermaksud seorang yang boleh ditiru

perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh
dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk
dilakukan dengan jujur.
Tugas guru adalah menentukan mata pelajaran pendidikan seni di ajar kepada
murid-murid dengan sempurna dan berkesan di bilik darjah. Di samping itu juga guru
perlu menggunakan kemahiran pendidikan seni berguna kepada kemajuan sekolah dari
segi fizikal dan kemudahan. Peranan guru pendidikan seni juga adalah:
1.

Menjadikan nilai kreativiti dalam seni sebagai asas menyokong fikiran rekacipta
kanak-kanak.

2.

Menanam nilai-nilai murni dan luhur.

3.

Meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam pembelajaran.

4.

Memberi dan meningkatkan kemahiran dan Kreativiti mereka.

5.

Membimbing dan mengasah bakat kanak-kanak dalam pendidikan seni.

6.

Mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera mereka.
Pandangan beberapa orang tokoh tentang kreativiti.
Paul Torrence merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam

bidang kreativiti sehinggakan beliau diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Beliau
telah mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang individu
dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ (Intelligent Quotion) bukanlah satu-satunya
cara mengukur daya intelektualiti seseorang melalui instrumen ciptaannya’Torrence Test
of Creative Thinking’.
June King Mc Fee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang
mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.
Ringkasnya, kreativiti seseorang boleh dilihat melalui keupayaan menyumbangkan idea
dan berupaya pula untuk mengubah idea tersebut kepada idea yang baru lalu melahirkan
satu idea lain yang lebih bermakna.
Carl rogers pula mempunyai takrifan yang unik tentang kreativiti. Beliau percaya
bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba
6

HBAE1403

menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh
dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sainsmelalui rasa
sayang sesama insan serta melakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburinya.
2.0

Apresiasi Seni

Gambar ini merupakan satu hasil karya kanak-kanak yang telah dipilih. Lukisan ini
adalah bersaiz A4. Tema yang dipilih bagi lukisan ini adalah bertemakan ‘Buah-buahan’.
Berdasarkan soal selidik yang dilakukan ke atas kanak-kanak yang menghasilkan
karya ini beliau memilih tema .Buah-buahan’ ini kerana beliau amat meminati buahbuahan sebagai subjek beliau. Kalau dilihat dari segi susun atur objek sehingga kepada
warna objek yang digambar sangat menarik. Ini merupakan satu trademark atau label
beliau yang tersendiri. Sebagainya contohnya banyak pelukis-pelukis terkenal telah
memilih satu bentuk karya seni bagi diri mereka sendiri. seperti pelbagai jenis bunga,
orkid, bukit bukau, sawah padi, pasar, jenis-jenis pokok dan banyak lagi ideamereka
sendiri.
7

HBAE1403

Kanak-kanak ini sangat gemar denganlukisan buah-buahan. Teknik yang beliau
gunakan adalah campuran cat air. Lukisan ini menggunakan media cat air yang basah dan
tidak terlalu tebal (cair). Beliau memulakan lukisan ini dengan membuat lakaran pensel
pada kertas lukisan. Kemudian beliau memilih warna-warna yang sesuai untuk
mewarnakan lakaran yang telah disiapkan.
Langkah pertama beliau mewarna adalah mengikut latar dan objek yang dilakar
dengan menggunakan warna muda dan cair. Seterusnya beliau mewarnakan bahagian
hadapan (objek) dengan warna yang lebih pekat. Pemilihan media seperti berus juga
sangat penting untuk memastikan gambar yang dihasilkan lebih halus dan menarik.
Untuk mendapat kesan yang baik beliau menggunakan berus bersaiz sederhana.
Bagi memperincikan jalinan pada objek kanak-kanak ini juga menggunakan berus
yang bersaiz kecil dan sederhana. Selepas selesai proses ini, kertas lukisan ini dibiarkan
kering untuk sementara waktu. Selesai proses mengeringkan lukisan ini, beliau
kemudiannya mewarnakan semula objek yang dijadikan fokus dalam lukisan ini dengan
lebih teliti. Akhirnya beliau mewarna objek secara bertindih bagi mendapatkan kesan ton
yang lebih gelap serta memperkemaskan jalinannya.
Penilaian saya terhadap hasil karya ini, kanak-kanak ini telah menghasilkan satu
karya yang sangat baik, cantik serta mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri dengan
gubahan idea, warna serta seni tampaknya. Kanak-kanak ini telah berjaya mengekalkan
keharmonian, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan fokus dalam karya beliau.
Berdasarkan hasil karya ini, kanak-kanak ini telah berjaya melahirkan satu karya
yang menarik dan berada pada standardnya yang tersendiri.
3.0

Huraian Karya Kanak-kanak

3.1

Art Is Creative Self Expression
Menurut Herbert Read di dalam bukunya ‘Art is Creative Self Expression’

bahawa seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan , keseronokan
dan kesenangan estetik . Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada
pihak yang menerima mesej dan pihak penerima mesej tersebut akan saling bersama
menyempurnakan mesej yang disampaikan. Dengan lain perkataan , komunikasi yang
8

HBAE1403

berkesan hanya akan berlaku dengan sempurna apabila mesej pengirim dapat diterima
dengan tepat oleh si penerima.
Sekiranya dibuat pengamatan yang sebenarnya, karya yang telah dihasilkan dan
diperlihatkan di atas jelas menampakkan seni tampaknya dan kehalusannya,
mengasyikkan dan membangkitkan rasa, tafsiran, fikiran dan persoalan kepada kepada
sesiapa yang melihat serta meminatinya. Bayangkan satu hasil karya yang dicipta oleh
kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan hasil karyanya berada pada kelasnya yang
tersendiri.
Karya ini dapat menjelaskan kepada kita atau sesiapa sahaja tentang nilai estetik
dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai ilmu
pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui kerana bagi orang yang mempunyai
ilmu seni apabila bertemu dengan objek alam semula jadi seperti buah=buahan, bunga,
daun haiwan dan sebagainya ia akan dapat mencipta dan melahirkan manifestasi
pemikiran kreatif serta perasaannya terhadapobjek tersebut melalui karya yang
dihasilkan.
Bentuk serta susunan objek dilakar dengan amat baik dan menimbulkan kesan
apabila diwarnakan dengan warna yang sesuai serta teknik yang betul. Jalinan objek yang
tepat serta ton warna member perbezaan yang jelas terhadap kedudukan objek yang
dilukis.
Di samping itu juga seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pelukis telah
mengekalkan keharmonian warna pada lukisannya.

9

HBAE1403

4.0

Peranan Guru Pnedidikan seni Visual
Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan professional (initial

training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah
kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang
cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun
begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik
dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan
seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang
guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara
(fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi
murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
4.1

Guru Sebagai Pengurus
Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus.

Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas
pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan muridmurid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan
masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlu memainkan
peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi
pengurus kepada pelajar dalam proses P & P.
4.2

Guru Sebagai Pembimbing
Antara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam

pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru kepada
murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan
memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi)
berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil
tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau
juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif
dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah
laku dan perkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual. Sebagai contoh, jika
10

HBAE1403

seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai,
guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di
tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing muridmurid melukis gambar tersebut
dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, muridmurid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru.
4.3

Guru Sebagai Motivator
Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan

guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh
seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehan
yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut? Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada
kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni
Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap
isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan
kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat
meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik
dalam penghasilan karya seni.
4.4

Guru Sebagai Pemudah Cara
Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah

penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh muridmurid. Menurut
Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin
adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan
berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses
pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang
lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan
pembelajaran yang mudah dan berkesan?
Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara.
Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat kain rentang bagi
menyambut hari merdeka. Seperti yang kita ketahui, kreativiti murid sekolah rendah
11

HBAE1403

masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru
tidak memberi bantuan yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru
perlu bertindak sebagai pemudah cara. Guru boleh menyeidakan “wording” yang sesuai
untuk membuat kain rentang tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf
yang telah disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk
menguasai kemahiran asas membuat kain rentang.
4.5

Guru Sebagai Inisiator
Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang

sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya
mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada muridmuridnya secara
berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan P &
P, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam
penghasilan karya seni.
Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para guru
seni. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsung
akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik dalam
penghasilan karya seni.
5.0

Kesimpulan
Kesimpulannya seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik

pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar.
Guru dapat kenal pasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami
isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang
kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang
mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih
mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan
perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Guru mata pelajaran perlu kreatif dan
melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Aktiviti perlu
dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
12

HBAE1403

baik. Guru perlu menggalakan murid-murid mengunakan kelebihan diri mereka,
menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan muridmurid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Pelajar perlu diberi peluangmencuba idea,
menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan mewujudkan persekitaran yang
menginspirasikan.

13

HBAE1403

6.0

Bibliografi

Al Hurwitz & Micheal day (1995) Children and Their Art. New York : Harcourt Brace
CollegePub. Texas.
Bate. K. Jane (2000) Becoming an Art Teacher, USA: Townson U. Thomson Leraning. New York.
Chapman, Laura H. (1978) Approaches to Art in Education. Harcourt Brace. NY.
Gardner (1993) Multiple Intelligences: The Theory in Practice, USA. The Getty Center of Educations in the
Arts.
Iberahim Hassan (2000) Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.
Joan Bouza Koster (1996) Growing Artists – teaching art to young children Delmar Pub. NY
.Micheal, J.A(1983) Art and Adolescence: Teaching Art at Secondary School.
Otto G.Ocvirk; Cayton, Art Fundamental (1997) Mc Graw Hill: New York.
Viktor Lowenfeld. (1983) Creative and Mental Growth. New Tork. Mc. Millan.
Herbert Read (1956) Education Through Art. Faber and Faber: New York

14

HBAE1403

15