KEKANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT D

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

212

KEKANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU PRASEKOLAH

Nuraimi Kamis (Pengarang Penghubung)
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, MALAYSIA
aiminuraimi88@gmail.com
Fariza Khalid
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, MALAYSIA
fariza.khalid@ukm.edu.my

ABSTRAK
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di dalam pendidikan kian meluas dan turut
digunakan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak iaitu prasekolah.Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)dalam pengajaran dan pembelajaran(PdP) dapat memberi kesan positif kepada guru
mahupun kanak-kanak.Kertas konsep ini membincangkan mengenai kekangan guru prasekolah dalam
mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran

kanak-kanak seiring dengan perkembangan pendidikan bertaraf dunia.Tambahan itu juga penggunaan TMK
sebagai sebagai salah satu medium atau kaedah yang digunakan ketika PdP dalam meningkatkan kefahaman dan
menjadikan pembelajaran kanak-kanak lebih menarik.
Kata kunci :Kekangan Penggunaan TMK; Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah

PENGENALAN
Perkembangan dalam dunia teknologi masa kini telah memberi impak kepada perkembangan pendidikan di
dunia termasuklah di negara Malaysia. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Information And
Communication Technology (ICT) kini digunakan secara meluas di mana ianya merupakan salah satu aspek

yang sangat penting dalam pelbagai bidang termasuklah di dalam bidang pendidikan. Melihat kepada cabaran
abad ke 21, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 turut menggariskan penggunaan
teknologi dalam anjakan ke 7 iaitu dengan memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
negara Malaysia. Segala kemudahan dan kemahiran disalurkan kepada sekolah secara berperingkat dalam
memastikan akses kepada teknologi ini dapat digunakan secara efektif yang mana akan memberikan kesan
kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkualiti.
Semua peringkat bidang pendidikan termasuklah universiti, sekolah menengah, sekolah rendah malahan
peringkat prasekolah turut disepadukan dengan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bersesuaian
dengan perkembangan pembelajaran abad ke-21 di mana TMK berpotensi sebagai medium yang semakin
penting dalam membantu PdP pada masa kini (Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam 2011).

Untuk memetik artikel ini:
Kamis, N., & Khalid, F. (2017). Kekangan penggunan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran
guru prasekolah. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).

213
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Penggunaan TMK ini juga memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan berfikiran kreatif dan
kritis.Selain itu, penggunaan teknologi di dalam PdP memberi kesan positif kepada pelajar di mana mereka tidak
lagi menjadi pendengar pasif tetapi mempunyai peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses
pendidikan apabila menggunakan ICT (Lee 2013).
Tambahan pula, pendidikan negara kita telah mengalami tranformasi seiring dengan arus pemodenan dan
kemajuan.Pada masa kini, penggunaan TMK dalam pendidikan dapat membantu guru dalam mempelbagaikan
kaedah pengajaran serta digunakan sebagai pemudahcara dalam membantu guru melaksanakan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dan menarik.Namun begitu, penggunaan ICT dalam PdP yang masih rendah
dalam kalangan guru masih masih menjadi isu (Sandra Rahman et.al (2013). Hasil kajian lepas yang dijalankan
ke atas 30 orang guru prasekolah menunjukkan hanya 56% sahaja guru menggunakan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan kekerapan walaupun guru mengetahui penggunaan komputer
dapat membantu murid dalam pelajaran.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) digunakan secara meluas termasuklah dalam bidang
pendidikan.TMK boleh didefinisikan sebagai apa sahaja yang membolehkan kita untuk mendapatkan maklumat
atau berkomunikasi antara satu sama lain (Bolstad, 2004).Penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bermaksud TMK digunakan secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP (Kementerian Pelajaran Malaysia 2001). Selain itu, dari
perspektif pendidikan awal kanak-kanak, TMK termasuklah perisian dan perkakasan meliputi komputer
termasuklah (laptop, desktop), audio, kamera digital serta kamera video, perisian dan bahan kreativiti dan
komunikasi, internet, printer, cerita interaktif dan peranti serta sumber yang lain. (Bolstad, 2004; Corr, 2006).
Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolah merupakan salah satu Pendidikan Awal kanak-kanak yang terdapat di Malaysia.Merujuk
akta pendidikan 1996 pendidikan prasekolah adalah program pendidikan bagi kanak-kanak yang berumur dari
empat hingga enam tahun.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat
hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan
membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan
mengikuti pembelajaran seterusnya.

(Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2016).

Terdapat enam tunjang yang mendasari kurikulum prasekolah yang merangkumi tunjang komunikasi,
Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Ketrampilan diri, Perkembangan Fizikal dan Estetika dan juga
Sains dan Teknologi.
Tunjang Komunikasi meliputi empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan juga
Bahasa Tamil yang memberi penekanan dan pendedahan kepada kemahiran berbahasa lisan dan juga bukan
lisan semasa berkomunikasi. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil wajib dipelajari oleh kanak-kanak yang bersekolah

Kekangan Penggunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Prasekolah

214
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

di Sekolah Jenis Kebangsaan. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai pula terbahagi kepada dua iaitu Pendidikan
Islam bagi kanak-kanak yang beragama Islam yang meliputi aspek ibadah,akidah, penguasaan asas Al-Quran
dan Jawi, adab dan nilai serta pengenalan Sirah. Pendidikan Moral pula dipelajari oleh kanak-kanak yang bukan
beragama Islam dan boleh disepadukan dengan tunjang-tunjang yang lain dan berfokuskan kepada pembentukan
insan yang berakhlak mulia.
Tunjang Kemanusiaan pula memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai untuk mengenali serta
menghargai diri sendiri, orang sekeliling,masyarakat, komuniti dan negara, global serta alam sekitar. Tunjang
ini menyediakan kanak-kanak menjadi seorang individu serta warganegara yang bertanggungjawab dan

prihatin.Tunjang ketrampilan diri menekankan mengenai pengurusan dan mengenali emosi kepada kanak-kanak.
Selain itu, kanak-kanak juga didedahkan dengan bersosial dengan orang lain. Ini memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk menguruskan emosi dan sikap mereka secara positif di dalam kehidupan seharian. Tunjang
fizikal dan estetika pula dibahagikan kepada dua iaitu perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta
kreativiti dan estetika yang merangkumi muzik,drama dan seni visual. Tunjang Sains dan Teknologi
berfokuskan kepada Sains Awal dan Matematik Awal. Sains Awal meliputi sikap saintifik, kemahiran proses
sains, menyiasat alam hidupan dan menyiasat alam bahan serta menyiasat alam fizikal. Matematik awal pula
memberi pengalaman awal kepada kanak-kanak merangkumi pranombor, konsep nombor,operasi nombor, nilai
wang, konsep wang dan waktu, bentuk serta ruang.
Kesepaduan keenam-enam tunjang ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang menghayati nilai-nilai
murni yangberlandaskan keagamaan,berketerampilan, berpengetahuan,berpemikiran kritis dan kreatif serta
menjadi seorang yang inovatif (KSPK 2016). Melalui semakan semula KSPK, beberapa perubahan telah berlaku
antaranya adalah penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) bermula di peringkat prasekolah
bermula tahun 2017.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Penggunaan teknologi dalam pendidikan banyak membantu guru dan murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.Dalam era globalisasi kini bidang pendidikan turut terkesan dengan perubahan yang berlaku
samaada kepada murid dan guru.
Kepentingan TMK kepada Kanak-kanak

Robiah Sidin &Nor Sakinah Mohamad (2007) menyatakan bahawa penggunaan kepelbagaian kaedah dalam
pembelajaran seperti kaedah konstruktivisme adalah lebih berkesan dalam mewujudkan pembelajaran yang aktif
dan mendorong murid untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran komputer yang lebih baik. Penggunaan
TMK dalam proses pengajaran memberi banyak ruang kepada pelaksanaan pengajaran secara konstruktivisme
dan pembelajaran aktif. Pengintegrasian TMK juga telah terbukti turut memberi impak yang positif kepada
kanak-kanak prasekolah dalam mempersiapkan diri mereka untuk masa hadapan (Sandra Rahman et.al, 2013).
Kanak-kanak merupakan aset negara yang berharga di mana merekalah yang akan akan mewarisi kehidupan
serta keharmonian negara bangsa pada masa hadapan (Nik Rosila Nik Yaaco, (2010).Justeru, pembentukan
peribadi serta kebolehan intelek kanak-kanak pra sekolah ini harus dibentuk dengan terancang dan bersistematik
agar mereka lahir sebagai seorang individu yang bukan sahaja mampu menaakul konsep dan pembelajaran
dengan berkesan, malah mampu berfikir secara kreatif dan berketrampialn dari sudut penyelesaian masalah.Oleh
yang demikian, pengajaran pembelajaran bagi kanak-kanak pra tidak boleh dipandang ringan. Tugas para guru

Kekangan Penggunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Prasekolah

215
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

prasekolah dilihat sebagai satu tugas yang berat kerana mereka perlu memainkan peranan yang berkesan bukan
sahaja dalam penguasaan kemahiran mengajar, tetapi harus juga menguasai kemahiran untuk mengintegrasikan

TMK dalam pengajaran mereka agar proses tersebut dapat melahirkan pembelajaran yang lebih bermakna
kepada anak-anak didik mereka.
Pengintegrasian TMK dalam pembelajran kanak-kanak pra sekolah amat bersesuaian kerana kanak-kanak pra
sekolah dalam usia mereka amat tertarik dengan persembahan multimedia (Ahmad Esa et.al (2007). Penggunaan
TMK juga mampu menarik minat mereka untuk memberik fokus kepada pengajaran guru.Tambahan itu juga
TMK juga dapat membantu murid untuk mengumpul dan memahami maklumat yang sukar dengan cara yang
lebih mudah. (Ahmad Esa et al 2007; KPM 2001).
Kepentingan TMK kepada Guru
Selain faedah yang diperolehi bagi golongan kanak-kanak pra sekolah, penggunaan TMK turut memberi
manfaat kepada golongan guru itu sendiri.Atan & Andrew (2010) melaporkan bahawa kebanyakan guru pelatih
yang mendapat pendedahan tentang penggunaan TMK untuk proses pengajaran & pembelajaran menunjukkan
peningkatan dari sudut kemahiran generik mereka, selain meningkatkan kualiti pengajaran mereka dengan lebih
efektif.
Selain itu, TMK juga dapat membantu guru menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang pelbagai dan
menarik. Hal ini seiring dengan dapatan kajian Siti Fatimah Ahmad & Ab.Halim Tamuri (2010) yang
menunjukkan sebilangan besar guru (60.7%) guru j-QAF sangat bersetuju bahawa penggunaan teknologi
Multimedia sebagai BBM dapat menghasilkan pembelajaran pelajar dngan lebih berkesan berbanding
pengajaran secara tradisional.
Pengintegrasian TMK juga memberi lebih ruang kepada para guru untuk memberi perhatian dan fokus kepada
setiap individu pelajar mereka, selain berpeluang memperbaiki aktiviti pengajaran bersesuaian dengan tahap

kemahiran pelajar serta bahan yang dibangunkan untuk pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa
(Leong Mei Wei, 1998) dalam Aszoura Mohamed Salleh (2007).
Kekangan dalam Penggunaan TMK
Melalui pembacaan kajian-kajian lepas, terdapat beberapa kekangan yang telah dikenalpasti melalui dapatan
daripada kajian lepas yang telah dijalankan. Antaranya kekangan dari aspek kemahiran guru, kekurangan
peralatan, kekangan penyelenggaraan komputer dan juga kekangan masa.
Salah satu daripada kekangan dalam penggunaan TMK secara berkesan adalah disebabkan oleh faktor
kemahiran guru. Norijah Mohamed et al. (2014), Sandra Rahman et al. (2013) dan Ting Kung Shiung et al.
(2005) mengatakan bahawa guru-guru masih berhadapan dengan masalah dari sudut kurang kemahiran dalam
menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas mereka..
Selain itu, dari aspek kekurangan peralatan(Norijah Mohamed et.al ,2014; Ting Kung Shiung et.al, 2005)
melalui kajian mereka menunjukkan kekurangan peralatan dan juga prasana teknologi merupakan salah satu
masalah untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.Manakala bagi aspek penyelenggaraan
komputer pula menurut Sandra Rahman et.al, 2013; Yahya Othman & Roselan Baki, 2015) menyatakan bahawa
penyelenggaraan komputer di sekolah tidak cekap dan sukar mendapatkan bantuan teknikal untuk membaiki

Kekangan Penggunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Prasekolah

216
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)


komputer.Kekangan dari aspek masa menurut Sandra Rahman et.al, 2013; Yahya Othman & Roselan Baki,
2015; Norijah Mohamed et.al.(2014) menyatakan bahawa guru menghadapi masalah masa dalam menghabiskan
silibus pengajaran yang telah ditetapkan.Selain itu, guru mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan
dan merancang pengajaran yang menggunakan TMK ini.
Pentadbir memainkan salah satu peranan penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran TMK dapat
dilaksanakan dengan jayanya di sekolah.Namun begitu, terdapat beberapa hasil kajian menunjukkan pentadbir
kurang memberi sokongan kepada guru-guru.Menurut Hasnuddin Ab Rahman et al. (2015) menyatakan bahawa
antara kekangan yang timbul di dalam kajiannya adalah aspek sokongan dari pengurusan sekolah itu sendiri.

CADANGAN
Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak boleh disepadukan bersama-sama tunjang
yang lain dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran guru. Namun begitu, kekangan yang dihadapi oleh guru
menyebabkan mereka kurang menggunakan TMK dalam PdP mereka. Oleh itu, antara cadangan untuk
mengatasi kekangan pertamanya adalah dengan mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan TMK dengan
lebih kerap dan sistematik.Guru-guru perlu didedahkan dengan kemahiran penggunaan komputer yang terkini
selari dengan perkembangan teknologi supaya mereka lebih berkeyakinan dalam mengaplikasikan TMK dalam
pengajaran.
Selain itu, pihak atasan perlu menyediakan ruang dan peralatan yang mencukupi kepada kelas-kelas prasekolah.
Peralatan komputer juga perlu diselenggara dan diperiksa secara berkala bagi memastikan PdP yang

menggunakan TMK dapat dijalankan dengan baik selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Namun begitu, usaha mengatasi kekangan ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang baik dari semua pihak.
Oleh itu, semua pihak termasuklah pihak Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah,
pihak pentadbir, guru-guru mahupun ibu bapa perlulah sentiasa menyokong segala pembaharuan yang akan atau
telah dilaksanakan sejak dari peringkat prasekolah lagi. Kim Phaik Lah (1996) dipetik dalam (Sharifah
Norhaidah Syed Idros et.al (2009), menyatakan bahawa pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan
yang amat penting dari segi pelaburan sumber manusia kerana pada peringkat inilah penyuburan yang pesat
berlaku kepada seseorang individu dalam semua aspek perkembangan.Oleh itu, semua pihak perlulah
mengambil peluang ini untuk mendidik kanak-kanak dengan sebaiknya dalam usaha memajukan sistem
pendidikan negara kita.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan TMK di dalam pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah merupakan suatu
usaha yang baik dalam memberi didikan sejak dari kecil lagi.Oleh itu, guru prasekolah itu sendiri perlu terlebih
dahulu mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan TMK dalam pendidikan supaya lebih berkeyakinan dan dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Semua pihak perlu memainkan peranan
masing-masing dalam menjadikan pendidikan negara kita seiring dengan negara maju yang lain dalam usaha
melahirkan modal insan yang berkualiti yang dapat bersaing dengan positif.


Kekangan Penggunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Prasekolah

217
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Rujukan
Ahmad Esa et.al (2007).Peranan Multimedia di dalam Pembelajaran Kanak-Kanak.
JPPG 2007: Teknologi Dalam Pendidikan, 18-20 November

Kebangsaan

2007, Hotel Royal Adelphi, Seremban.

Bolstad,R. (2004). The role and potential of ICT in early childhood education A
international literature.New Zealand Council for

Seminar

review of New Zealand and

Educational Research

Corr.A.C.(2006).Children and Technology: A Tool for Child Development.The

National

Children’s

Resource Centre
Hasnuddin Bin Ab Rahmanet.al(2015). Keberkesanan Penggunaan Ict Di Dalam

Pengajaran

Pembelajaran Pendidikan Islam Bagi Sekolah Kebangsaan

Desa

Lumpur.Proceeding of IC-ITS 2015

International

Information Technology

e-ISBN:978-967-0850-07-8

Dan

Pandan

Kuala

Conference

on

& Society 8-9 June 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia.2016. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.Bahagian

Pembangunan

Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1996).Akta Pendidikan.
Lee Bih Ni (2013 ). Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Universiti
Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30

Malaysia Sabah .Seminar

Ogos 2013) 106

Norijah Mohamed et.al (2014).Tahap kesediaan Pengintegrasian Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT)

dalam Pengajaran Terhadap Murid-Murid Pra Sekolah : Satu Tinjauan.

Robiah Sidin &Nor Sakinah Mohamad (2007).ICT dalam Pendidikan: Prospek dan
Pembaharuan Pedagogi. Pendidikan Jurnal Pendidikan 32 (2007)

Cabaran

dalam

139-152

Sandra Rahman et.al (2013).Penggunaan ICT Merentas Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
: Tinjauan Di Prasekolah Kementerian

Pasifik - Oktober 2013,

Pelajaran Malaysia . Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia

Bil. 1 Isu 4

Sharifah Norhaidah Syed Idros et.al (2009).Aspek Keselamatan Taman Permainan

Kanak- kanak.DP. Jilid

9, Bil. 1/2009
Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd.Salam (2011). Tahap Kesediaan
Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan

Tingkah

Penggunaan
Laku

Murid

ICT

dalam

Prasekolah .Jurnal

Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 25-34
Ting Kung Shiung,Woo Yoke Ling(2005). Penggunaan ICT Dalam Proses
Di KalanganGuru Sekolah Menengah Teknik

Pengajaran Dan Pembelajaran

Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICTDan

Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Seminar Pendidikan 2005,Fakulti Pendidikan UTM 15 Okt.

2005
Yahya Othman& Roselan Baki (2015).Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran

Bahasa : Penguasaan Guru

dan Kekangan dalam Pelaksanaan.1st International Malaysian Educational Technology Convention.

Kekangan Penggunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Prasekolah

Dokumen yang terkait

VARIASI PENGGUNAAN AGREGAT BENTUK PECAH DAN BENTUK BULAT PADA CAMPURAN ASPAL BETON TERHADAP KARAKTERISTIK MARSHALL

6 148 2

STUDI PENGGUNAAN ANTIBIOTIKA EMPIRIS PADA PASIEN RAWAT INAP PATAH TULANG TERTUTUP (Closed Fracture) (Penelitian di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

11 138 24

STUDI PENGGUNAAN SPIRONOLAKTON PADA PASIEN SIROSIS DENGAN ASITES (Penelitian Di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

13 140 24

STUDI PENGGUNAAN ACE-INHIBITOR PADA PASIEN CHRONIC KIDNEY DISEASE (CKD) (Penelitian dilakukan di Instalasi Rawat Inap Rumah Sakit Muhammadiyah Lamongan)

15 136 28

STUDI PENGGUNAAN ANTITOKSOPLASMOSIS PADA PASIEN HIV/AIDS DENGAN TOKSOPLASMOSIS SEREBRAL (Penelitian dilakukan di RSUD Dr. Saiful Anwar Malang)

13 158 25

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

PENGGUNAAN BAHASA JURNALISTIK PADA TERAS BERITA HEADLINE HARIAN UMUM GALAMEDIA

8 75 43

PENGAJARAN MATERI FISIKA DASAR UNTUK MAHASISWA FAKULTAS TEKNOLOGI INDUSTRI

9 106 43

PENGGUNAAN BAHAN AJAR LEAFLET DENGAN MODEL PEMBELAJARAN THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA PADA MATERI POKOK SISTEM GERAK MANUSIA (Studi Quasi Eksperimen pada Siswa Kelas XI IPA1 SMA Negeri 1 Bukit Kemuning Semester Ganjil T

47 275 59