PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK DI MALAYSIA (1)
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Pendahuluan
Pendidikan Awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Awal
kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak sejak lahir hingga
ke tahap umur lapan tahun. Oleh itu, pendidikan awal merupakan program tidak formal yang
menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur empat hingga enam
tahun selama setahun atau lebih sebelum dimasukkan ke Tahun Satu di sistem
persekolahan formal.
Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) di Malaysia terdapat dua peringkat berdasarkan
tahap umur kanak-kanak iaitu peringkat pertama dikenali sebagai Taska khas untuk kanakkanak di bawah umur empat tahun. Manakala, peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika
untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Kanak-kanak di bawah umur empat
tahun (Taska) tertakluk kepada Akta Taman Asuhan 1984 (308) dan kanak-kanak di bawah
umur enam tahun (Tadika tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (550).
TASKA
Taska bermaksud Taman Asuhan Kanak-Kanak yang menerima pendaftaran 10 orang atau
lebih kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun. Perkhidmatan ini boleh
dilaksanakan mengikut kadar jam, separuh hari dan sepanjang hari bergantung kepada
kesesuaian waktu ibu bapa bekerja dan masyarakat setempat.
Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang di integrasiakan dengan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia digunakan sebagai
panduan pengajaran dan pembelajaran. Antara kompenan pembelajaran tersebut ialah
Bahasa dan Komunikasi, Pendidikan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kognitif,
Perkembangan Sosioemosi, Perkembangan Fizikal serta Kreativiti dan Estetika.
Setiap taska mempunyai pelbagai jenis aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur
kanak-kanak untuk menggalakkan tumbesaran otak cerdas serta badan cergas. Oleh itu,
makanan yang seimbang juga akan diberikan kepada kanak-kanak sepanjang mereka
berada di taska supaya mereka memperolehi khasiat yang secukupnya.
Objektif Taska:
I.
Menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat,
II.
ceria dan selesa.
Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh,
III.
seimbang dan bersepadu.
Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat serta mengamalkan gaya hidup
IV.
sihat.
Menerapkan
V.
mengamalkan sejak kecil.
Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan
nilai-nilai
murni
supaya
kanak-kanak
dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.
TADIKA/ TABIKA
dapat
menghayati
dan
Tadika membawa maksud Taman Didikan Kanak-Kanak yang beroperasi berpandukan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kanak-kanak yang mendaftar kebiasaannya berumur
antara empat hingga enam tahun dan berjumlah seramai 25 orang dalam sesebuah tadika.
Tempoh pengajaran dan pembelajaran tidak kurang daripada tiga jam sehari dalam lima hari
seminggu.
Manakala Tabika pula bermaksud Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) iaitu program
yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur empat hingga
enam tahun. Konsep yang digunakan ialah ‘Belajar Melalui Bermain’ yang sering
diselaraskan dengan sifat semula jadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba.
Konsep ini telah dikembangkan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis,
Mengira dan Menaakul) yang bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanakkanak untuk menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka
menerima pendidikan formal di sekolah rendah di masa hadapan.
Objektif Tabika:
I.
Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR)
II.
kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi.
Menyediakan dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis,
III.
Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan.
Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu
melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat
IV.
umur, kemampuan, kebolehan dan minat.
Membentul sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
V.
warganegara yang patriotik.
Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan
VI.
mengembangkan sifat ingin tahu.
Menggalakkan kecerdasan dan
kemahiran
fizikal
serta
amalan
kesihatan,
kebersiahan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang,
aktiviti fizikal dan rutin harian.
Jenis Program Disediakan Kerajaan dan Swasta
Tabika Perpaduan
Program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang
kaum yang berumur dalam lingkungan lima hingga enam tahun. Tabika Perpaduan selalunya
banyak dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di
kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai
perpaduan sejak dari awal lagi.
Disamping itu, Tabika Perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu
bapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi
kesefahaman di antara mereka.
PraSekolah PASTI
PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat yang
mencintai pendidikan Islam. Justeru itu, memainkan peranan yang penting dalam memberi
alternative pendidikan Islam kepada masyarakat. PASTI mempunyai visinya yang tersendiri,
iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh. Kurikulum PASTI juga dibangunkan
untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan
mengamalkan ilmu yang dipelajari.
PERMATA
Tujuan PERMATA ditubuhkan ialah bagi mengembangkan potensi setiap anak permata
negara secara holistiknya untuk mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani, social dan komunikasi.
Program Asuhan dan Didikan Awak Kanak-kanak PERMATA memberikan peluang kepada
kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang
berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanakkanak yang memenuhi kriteria diantaranya berumur satu hingga empat tahun, menetap di
pinggir atau luar bandar, keluarga berpendapatan rendah dan akhir sekali ialah berbilang
kaum dan agama.
SWASTA
Pada tahun 2016 yang serba maju kini, terdapat pelbagai jenis program asuhan yang
sentiasa sedia memberikan khidmat asuhan kepada ibu bapa yang berhasrat memberikan
pendidikan awal yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh itu, wujudnya tadika swasta
yang mengenakan bayaran bersesuaian dengan kemampuan ibu bapa.
Antara tadika swasta yang menjadi pilihan ramai ibu bapa ialah, tadika Smart Reader Kids
yang terkenal dengan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.
Selain itu, terdapat juga tadika swasta yang menggunakan ajaran-ajaran Islam sebagai satu
pendekatan dalam mendidik anak-anak sepert The Little Caliphs program. Dikenali sebagai
tadika islamik, The little Chaliphs merupakan salah satu jalan penyelesaian ibu bapa muslim
yang risau akan anak-anak mereka membesar dalam keadaan serba moden kini.
ISU DAN CABARAN
Kebanyakan rakyat Malaysia telah menghantar anak mereka masuk ke institusi pendidikan
seawal usia lima hingga enam tahun. Terdapat ibu bapa yang menghantar anak mereka di
Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat.
Kemudian wujud satu lagi institusi pendidikan yang agak ‘veteran’ Pusat Asuhan Tunas Islam
atau PASTI, di bawah kelolaan Pasti Islam Malaysia.
Kebanyakkan ibu bapa menyerahkan usaha mendidik anak-anak seawal usia 5 tahun
kepada institusi awal kanak-kanak. Jarang sekali anak-anak di Malaysia masuk ke alam
sekolah rendah tanpa melalui proses pembelajaran awal di TASKA atau TABIKA. Ibu bapa
masa kini kekurangan masa untuk mendidik sepenuhnya anak-anak mengikut acuan
pembelajaran yang ibu bapa tersebut inginkan. Justeru lahirlah pelbagai isu dan cabaran
dalam pendidikan awal kanak-kanak terutamanya dalam didikan agama Islam.
Kesukaran menguasai konsep nombor dan huruf dalam tulisan jawi.
Antara isu dan cabaran yang perlu dihadapi adalah untuk menguasai Huruf jawi dan konsep
nombor dalam tulisan jawi merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanakkanak prasekolah terutamanya kanak-kanak yang beragama islam. Sebagai seorang yang
beragama islam, menguasai pembelajaran tulisan jawi dan arab adalah penting kerana ianya
memainkan peranan penting dalam memahami kitab utama umat islam iaitu Al-Quran. Selain
itu juga huruf jawi adalah tulisan yang diolah daripada Bahasa arab sendiri dan diilhamkan
oleh nenek moyang kita dahulu kala dan penting untuk pastikan ianya tidak hilang ditelan
arus zaman. Namun begitu, didapati ramai anak-anak kecil yang masih tidak boleh
mengenal dan menyebut huruf dan nombor tersebut dan semestinya ia mendatangkan
kebimbangan buat kita.
Kurangnya Pengetahuan Dalam cara kehidupan sebagai muslim.
Disebabkan ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke tadika yang lebih
menekankan pendidikan duniawi berbanding keagamaan, anak-anak masa kini lebih pandai
dalam subjek-sunjek sains berbanding
subjek yang berkaitan dengan agama. Ia akan
mengakibatkan kanak-kanak tersebut tidak dapat mempraktikkan kewajipan sebagai muslim.
Biarpun di usia yang masih kecil akan tetapi ,asas seorang muslim itu sepatutnya ditanam
supaya apabila dewasa kanak-kanak tersebut akan mampu menjadi individu muslim yang
sebenar.
CARA MENGATASI MASALAH
Memartabatkan Pendidikan awal kanak-kanak Islam berteraskan prinsip Sunnah Wal
Jamaah.
Umum diketahui bahawa umat islam di Malaysia majoritinya berpegangan akidah ahli
Sunnah wal jamaah dan anasir-anasir seperti syi’ah, wahabi, islam liberal, khawarij dan
banyak lagi patut disekat. Golongan target mereka adalah anak-anak muda kerana mereka
lebih senang dipengaruh dan dicorak pemikiran mereka. Oleh itu, kedua-dua kerajaan dan
pihak swasta perlu menghasilkan modul pendidikan yang berteraskan akidah ahli Sunnah
wal jamaah.
Mewakili dan memperjuangkan isu-isu berkaitan pendidikan awal kanak-kanak Islam sesuai
dengan masyarakat Malaysia.
Tadika,tabika dan PASTI adalah agensi pendidikan yang sesuai untuk memperjuangkan hakhak serta isu pendidikan awal kanak-kanak khususnya kanak-kanak muslim kerana institusi
pendidikan mereka dihuni oleh kanak-kanak yang purata umur diantara 4-6 tahun. Jadi
semestinya mereka mampu membahaskan isu-isu tersebut dengan baik.
Mewujudkan piawaian pengendalian pendidikan awal kanak-kanak Islam (kurikulum, guruguru dan pengasuh.
Pihak kerajaan dan swasta juga perlu memantau dan memastikan kokurikulum yang diguna
pakai di setiap tadika di seluruh Malaysia mengikut piawaian yang seragam supaya tidak
timbul isu seperti
taraf pendidik yang berbeza-beza ataupun kokurikulum yang tidak
seragam ataupun isu kecederaan hasil kecuaian pengasuh. Ini sememangnya penting bagi
memastikan kelansungan institusi tadika di Malaysia untuk melahirkan anak bangsa yang
cemerlang.
Meningkatkan kesedaran kepentingan pendidikan Islam di peringkat awal kanak-kanak.
Untuk meningkatkan kesedaran kepentingan pendidikan islam di peringkat usia yang awal,
institusi pendidikan kanak-kanak perlu mengadakan program-program seperti kem bijak
solat, tulisan khat dan jawi serta syarahan dan bercerita di mana kesemua program tersebut
akan mampu menonjolkan potensi kanak-kanak tersebut biarpun di usia yang sangat muda.
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memberi sokongan penuh kepada pihak
tadika supaya mereka lebih bersemangat untuk mengadakan lebih banyak program yang
bermanfaat,
PENUTUP
Konklusinya, ibu bapa perlu pandai dan bijak memilih institusi pendidikan yang sesuai buat
anak-anak mereka dan mampu menonjolkan potensi anak mereka. Ini kerana, apabila
potensi anak-anak tidak diketahui sedikit sebanyak ia akan mampu membantutkan
perkembangan mereka dan ianya pasti merugikan. Sebagai ibu bapa muslim, pendidikan
islam di awal usia kanak-kanak amat penting dan perlu dititikberatkan supaya anak-anak
tersebut membesar sebagai individu muslim yang sejati. Tambahan pula dengan isu-isu
seperti isis, da’esh, syi’ah dan lain-lain lagi yang semakin menular penting buat kita untuk
membasmi serangan pemikiran tersebut sejak dari usia yang masih hijau lagi.
LAMPIRAN
Antara logo tadika kerajaan dan swasta