PENGGUNAAN TEKNIK SELTITU MENINGKATKAN K

PENGGUNAAN TEKNIK SELTITU MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENULIS AYAT TUNGGAL
MURID TAHUN TIGA
Amir Asyraff bin Jamin
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
asyraffjamin@gmail.com
PENYELIA
Dr. Mashudi bin Bahari
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan teknik “SelTiTU” dalam mengatasi masalah menulis dan
membina ayat tunggal mengikut pola ayat yang betul dalam kalangan murid Tahun tiga. Kajian ini dijalankan
di sebuah sekolah di daerah Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini melibatkan empat orang peserta
kajian. Kajian ini berbentuk kajian tindakan dan menggunakan model penyelidikan tindakan Lewin (1946)
dan Laidlaw (1992). Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pos, pemerhatian berstruktur dan temu
bual berstruktur. Hasil analisis mendapati telah berlaku peningkatan pencapaian antara 13% hingga 22%
dalam kalangan peserta kajian. Seorang peserta kajian telah mendapat skor cemerlang sementara tiga orang
lagi mendapat skor baik dalam ujian akhir selepas tindakan dijalankan. Hal ini menunjukkan berlakunya
peningkatan daripada ujian awal. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa teknik “SelTiTU” dapat
meningkatkan kemahiran menulis dan membina ayat tunggal mengikut pola yang betul dalam kalangan
murid Tahun tiga.
Kata kunci : ayat tunggal, Tahun Tiga, teknik “SelTiTu”


ABSTRACT
This research is conducted to study the use of “SelTiTu” technique in overcoming the writing problem and
to construct single sentence using the correct sentence structure among Year Three pupils. This research was
conducted in one of the schools in Petaling Jaya District, Selangor Darul Ehsan. This research involved 4
participants. It is an action research that use Lewin (1946) Model and Laidlaw (1992) Model. The data
collected were based on the pre-test and post-test, structured observation and structured interview. From the
analysis result, the participants showed an achievement between 13% to 22%. One of the participants scored
excellent, while the other three participants scored good result in the post-test after the research was
conducted. This shows that there was an achievement compared to the pre-test. The research findings show
that the “SelTiTu” technique could improve the writing skills and single sentence construction using the
correct word structure among Year Three pupils.
Key words : single sentences, Year Three, the “SelTiTu” technique

1

PENGENALAN
1.1

Pengenalan


Berdasarkan Sukatan Pendidikan Bahasa Melayu, kemahiran menulis merupakan
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan. Kemahiran ini berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul serta tulisan jelas, cantik dan kemas (Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu:2003).
Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui (DSKP Bahasa Malaysia Tahap Satu, 2012).
Kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang paling tinggi dalam tata tingkat
kemahiran-kemahiran bahasa yang lain yang terdiri daripada kemahiran mendengar dan
bertutur serta kemahiran membaca. Penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan
murid akan melengkapkan diri mereka dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi.
Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan
setiap murid dapat menguasai kemahiran menulis seterusnya profisien dalam bahasa
Melayu secara keseluruhannya. Maka, kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran
menulis murid terutamanya dalam kemahiran menulis ayat tunggal sebagai asas kepada
penguasaan bahasa Melayu secara keseluruhannya.

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengkaji telah menjalani sesi praktikum fasa 3 selama 12 minggu di Sekolah
Kebangsaan (2) Jalan Selangor, Petaling Jaya. Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3. Berdasarkan pengalaman menjalani praktikum di
sekolah tersebut, pengkaji mendapati bahawa ada dalam kalangan murid yang diajar tidak
mampu menulis ayat tunggal dengan betul dan gramatis. Masalah ini begitu ketara sekali
terutamanya dalam kalangan murid-murid berbangsa India.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mendapati bahawa :
a)
b)
c)
d)

Murid masih kurang memahami struktur ayat tunggal.
Tidak tahu bagaimana mahu memulakan ayat.
Tidak tahu cara yang betul untuk meletakkan subjek dan predikat dalam ayat.
Murid kurang mendapat pendedahan dan penekanan yang sewajarnya terutama

dalam membina ayat dengan betul.

2

FOKUS KAJIAN
2.1

Huraian Fokus Kajian

Kajian ini difokuskan kepada peningkatan kemahiran menulis ayat tunggal dalam
kalangan murid tahun tiga melalui penggunaan teknik “SelTiTu”. Kemahiran ini perlu
diajarkan kepada murid tahun tiga selaras dengan penyataan yang telah termaktub di
dalam DSKP Bahasa Malaysia Tahun 3 (2012), iaitu :
Standard
Pembelajaran
Standard
Kandungan

3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat
secara mekanis dengan betul dan kemas.

3.2.6 Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis
dengan betul dan kemas.

Ruang lingkup kajian ini terbatas setakat meningkatkan penguasaan kemahiran
menulis ayat tunggal dengan betul sahaja. Ruang lingkup kajian ini dibatasi sedemikian
kerana pengkaji beranggapan bahawa kemahiran menulis ayat tunggal merupakan asas
kepada kemahiran menulis ayat-ayat yang lain yang jauh lebih sukar. Sekiranya pengkaji
dapat membantu peserta kajian menguasai kemahiran ini, maka peserta kajian tidak akan
menghadapi masalah untuk mempelajari kemahiran menulis ayat yang berikutnya.
2.2

Pengumpulan Data Awal

Pengkaji telah menganalisis hasil ujian menulis ayat yang dijalankan ke atas peserta
kajian. Seterusnya, pengkaji menjalankan temu bual bersama guru mata pelajaran
Bahasa Malaysia tahun tiga bagi mengetahui tahap penguasaan murid dalam kemahiran
menulis ayat. Akhir sekali, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap murid dan guru
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa murid tahun
3 Wibawa masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran menulis ayat tunggal. Hal ini

dapat dijelaskan dalam rajah 1, iaitu sebanyak 21 peratus daripada 19 orang murid tahun
3 Wibawa hanya mencapai tahap minimum dengan mendapat skor 0 hingga 1 dalam ujian
menulis ayat tunggal yang telah dijalankan oleh pengkaji. Sementara itu, 63 peratus
daripada murid tahun 3 Wibawa hanya mencapai tahap memuaskan dengan mendapat
skor 2 hingga 3 dalam ujian tersebut. Manakala hanya 16 peratus daripada mereka yang
telah mencapai tahap maksimum dalam kemahiran ini.

16%

21%

63%
0 hingga 1

2 hingga 3

4 hingga 5

Rajah 1 : Skor ujian menulis ayat yang dijalankan
oleh pengkaji ke atas peserta kajian


3

2.3

Tindakan

Kajian ini menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992). Pengkaji telah menggunakan Teknik “SelTiTu” sebagai tindakan bagi mengatasi
masalah murid yang kurang mahir membina dan menulis ayat tunggal. Teknik “SelTiTu”
ialah teknik pembelajaran yang diasaskan menggunakan teori pembelajaran sosial, iaitu
Teori Peniruan oleh Albert Bandura (1963) dan Teori Pelaziman Operan oleh B.F. Skinner
(1957).
“SelTiTu” adalah akronim daripada perkataan selak (Sel), tiru (Ti) dan tulis (Tu).
Oleh yang demikian, teknik “SelTiTu” merupakan suatu teknik pengajaran yang
melibatkan perlakuan menyelak, meniru dan kemudiannya menulis. Penggunaan teknik
ini melibatkan alat kajian yang diberi nama Kalendar Struktur Ayat. Kalendar Struktur Ayat
merupakan sebuah inovasi yang dilakukan oleh pengkaji dengan mengambil inspirasi
daripada kaedah Salin dan Jalin oleh Noor Aainah (2011) dan Strategi Pembelajaran
Jigsaw II yang diusahakan oleh Yusfaiza dan Mohd Isha (2012) yang seterusnya

digabungkan dengan teknik peniruan seperti yang digunakan oleh Ahmad Fuad dan
Ma’arof (2013) dalam kajian mereka.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
3.1

Objektif Umum

Objektif kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal
pelbagai pola menggunakan teknik “SelTiTu” dalam kalangan murid tahun tiga.
3.2

Objektif Khusus

Secara khususnya pula, objektif kajian ini menjurus kepada standard pembelajaran
3.2.6, iaitu murid dapat menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan
betul dan kemas. Dalam kajian ini, pengkaji telah memfokuskan kemahiran menulis ayat
tunggal sebagai kemahiran yang ingin ditingkatkan kepada murid tahun 3. Objektif yang
ingin dicapai dalam kajian ini adalah seperti berikut :
i.
ii.

3.3
i.
ii.

Murid dapat menulis dan membina ayat tunggal mengikut pola ayat yang betul
dengan menggunakan teknik “SelTiTu”.
Murid dapat menjanakan idea untuk menulis ayat tunggal mengikut pola ayat yang
betul dengan menggunakan teknik “SelTiTu”.
Soalan Kajian
Dapatkah murid menulis dan membina ayat tunggal mengikut pola ayat yang betul
dengan menggunakan teknik SelTiTu?
Dapatkah murid menjanakan idea untuk menulis ayat tunggal mengikut pola ayat
yang betul dengan menggunakan teknik SelTiTu?

4

PESERTA KAJIAN
Peserta kajian untuk kajian ini adalah terdiri daripada empat orang murid kelas
tahun 3 Wibawa di Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Selangor, Petaling Jaya. Mereka
merupakan kumpulan murid yang paling lemah dalam menguasai kemahiran menulis ayat

tunggal di dalam kelas tersebut. Pemilihan peserta kajian dibuat berdasarkan skor ujian
yang dijalankan oleh pengkaji dan juga berdasarkan hasil temu bual bersama guru mata
pelajaran Bahasa Malaysia serta pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji.

Jadual 1 : Maklumat peserta kajian
Peserta Kajian
PK1
PK2
PK3
PK4

Jantina
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan

Bangsa
India
India

Melayu
India

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.1

Langkah-langkah Tindakan

Tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini adalah mengikut Model Penyelidikan
Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Pengkaji telah mengubah suai dan
menyesuaikan kerangka teori Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) dengan tindakan yang
dijalankan.

Rajah 2 : Adaptasi Model dan Proses Penyelidikan Tindakan
Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) ke dalam kajian ini.

5

5.1.1

Mengenal Pasti Amalan

Masalah peserta kajian dikenal pasti melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
5.1.2

Merancang Tindakan

Pengkaji mula merancang teknik yang sesuai bagi mengatasi masalah murid yang belum
menguasai kemahiran menulis ayat tunggal dengan betul.
5.1.3

Melaksanakan Tindakan

Pengkaji menjalankan ujian pra ke atas peserta kajian untuk melihat sejauh manakah
tahap penguasaan peserta kajian dalam kemahiran menulis ayat tunggal sebelum
tindakan dijalankan. Seterusnya, pengkaji memperkenalkan Teknik “SelTiTu” dan alat
kajian, iaitu Kalendar Struktur Ayat kepada peserta kajian. Peserta kajian menggunakan
teknik “SelTiTu” dan alat kajian dalam pembelajaran menulis ayat di dalam bilik darjah.
Satu ujian pos seterusnya dijalankan selepas peserta kajian menggunakan tenik “SelTiTu”
dan alat kajian untuk mengetahui sejauh manakah keberkesanan tindakan yang telah
dilaksanakan.
5.1.4

Mengumpul Data

Pengkaji memperoleh data dengan melakukan analisis terhadap skor ujian pra dan pos
yang telah dijalankan ke atas peserta kajian. Selain itu, pengkaji juga menjalankan temu
bual separa berstruktur bersama peserta kajian dan akhir sekali pengkaji telah melakukan
pemerhatian bagi mengetahui sejauh mana peserta kajian dapat menjana idea sendiri
dalam kemahiran menulis ayat tunggal. Pengumpulan data ini adalah bertujuan untuk
menjawab kesemua soalan kajian.
5.1.5

Membuat Refleksi

Pengkaji membuat refleksi sebelum, semasa dan selepas tindakan bagi mengenal pasti
sama ada tindakan atau intervensi yang dilaksanakan telah dapat mengatasi masalah
yang dihadapi atau masih memerlukan penambahbaikan. Jika masih memerlukan
penambahbaikan, maka pengkaji akan merancang untuk ke kitaran kedua.
5.2

Kaedah Mengumpul Data
5.2.1 Ujian

Pengkaji telah menganalisis tahap penguasaan peserta kajian dalam menulis ayat tunggal
dengan melihat skor ujian yang telah dijalankan ke atas peserta kajian. Ujian ini dijalankan
secara bertulis dan juga secara lisan. Terdapat dua jenis skor ujian yang dianalisis oleh
pengkaji, iaitu skor ujian pra dan skor ujian pos.
5.2.2 Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara berstruktur dalam menjalankan
kajian ini. Pemerhatian secara berstruktur ini dijalankan dengan menggunakan empat

6

item dan dinilai menggunakan borang senarai semak. Item-item yang diperhatikan adalah
seperti berikut :
Jadual 2 : Item-item pemerhatian berstruktur
Bil
1
2
3
4

Item
Tidak meniru contoh-contoh ayat yang terdapat di dalam buku teks.
Melengkapkan tugasan secara sambil lewa sahaja.
Menulis ayat tanpa membuat apa-apa rujukan.
Bertanya kepada rakan semasa melengkapkan tugasan yang diberikan
oleh pengkaji
5.2.3 Temu Bual

Pengkaji telah menjalankan temu bual separa berstruktur terhadap kesemua peserta
kajian. Temu bual ini dijalankan bagi mengetahui sejauh manakah keberkesanan tindakan
intervensi yang telah dijalankan serta untuk melihat perubahan mereka setelah
menggunakan teknik “SelTiTu”. Temu bual ini juga dijalankan untuk menyokong dapatan
data ujian awal dan akhir yang telah diperoleh.
5.3

Cara Menganalisis Data
5.3.1 Ujian

Pengkaji telah menjalankan ujian pra dan pos, iaitu ujian pra dilakukan sebelum tindakan
intervensi dilakukan manakala ujian pos dijalankan selepas tindakan intervensi
dilaksanakan ke atas peserta kajian. Data yang diperoleh daripada ujian pra dan pos
kemudiannya akan dibandingkan untuk melihat peningkatan yang berlaku ke atas peserta
kajian selepas mereka menggunakan teknik “SelTiTu” dalam proses menulis ayat tunggal
dengan betul.
5.3.2 Pemerhatian
Pengkaji menggunakan catatan lapangan menggunakan borang senarai semak yang
telah disediakan terlebih dahulu. Analisis yang dilakukan adalah dalam bentuk kekerapan.
5.3.3 Temu Bual
Pengkaji melaksanakan temu bual separa berstruktur terhadap kesemua peserta kajian.
Temu bual dijalankan berdasarkan soalan-soalan terbuka dan tertutup. Setiap interaksi
yang berlaku semasa proses temu bual telah dirakamkan oleh pengkaji sebagai data
mentah untuk dianalisis. Pengkaji seterusnya mengalihkan hasil rakaman temu bual ke
dalam bentuk transkripsi.
5.4

Cara Menyemak Data

Untuk kajian ini, pengkaji menggunakan dua triangulasi, iaitu triangulasi data dan
triangulasi metod. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan triangulasi data untuk
menyemak data dengan melihat hubung kait antara data-data yang diperolehi daripada
proses ujian, temu bual dan pemerhatian. Triangulasi metod pula digunakan oleh pengkaji

7

dengan cara menilai dapatan kualitatif dan kuantitatif yang diperoleh semasa proses
mengumpul data. Sekiranya hubung kait dan keputusan akhir adalah selari, maka data
yang diperolehi dapat disahkan kredibiliti dan kesahihannya.
DAPATAN KAJIAN
6.1

Dapatan Data Ujian

Berdasarkan dapatan data ujian pra dan pos yang dijalankan, penggunaan teknik
“SelTiTu” dalam pengajaran kemahiran menulis ayat tunggal telah menunjukkan
berlakunya peningkatan penguasaan dalam kalangan peserta kajian. Dapatan
pencapaian ujian pra dan pos kemahiran menulis ayat tunggal ditunjukkan dalam Rajah
3 di bawah:
Perbezaan skor ujian pra dan ujian pos

Skor Ujian

100%
80%

82%

76%
56%

61%
48%

61%

PK1

PK2

PK3

60%

75%
53%

40%
20%
0%
PK4

Peserta Kajian
Ujian Awal

Ujian Akhir

Rajah 3 : Perbezaan skor ujian pra dan pos
Rajah 3 di atas menunjukkan peningkatan skor bagi kesemua peserta kajian.
Peserta kajian PK1 telah mencatatkan peningkatan skor sebanyak 20 peratus dalam ujian
pos. Manakala peserta kajian PK2 pula telah mempamerkan peningkatan sebanyak 13
peratus daripada skor ujian pra. Sementara itu, peserta kajian PK3 pula telah
menunjukkan peningkatan sebanyak 21 peratus dan peserta kajian PK4 mencatat
peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 22 peratus berbanding skor yang diperoleh dalam
ujian pra. Dengan ini, soalan kajian yang pertama telah pun dapat dijawab, iaitu murid
dapat menulis dan membina ayat tunggal dengan betul dengan menggunakan teknik
“SelTiTu”.
6.2

Dapatan Pemerhatian

Berdasarkan dapatan data pemerhatian yang diperoleh semasa ujian pra dan pos
terhadap kesemua peserta kajian, dapat dijelaskan bahawa telah berlaku perubahan yang
positif ke atas peserta kajian semasa melakukan aktiviti kemahiran menulis ayat selepas
mereka menggunakan teknik “SelTiTu”. Perbandingan perubahan tingkah laku peserta
kajian semasa menjalani ujian pra dan pos boleh dilihat dengan lebih jelas melalui Rajah
4 yang berikut :

8

Kekerapan

Perbezaan tingkah laku peserta kajian semasa
menjalani ujian pra dan pos
100%
80%
60%
40%
20%
0%
Ujian Pra

Ujian Pos

Item Pemerhatian
Item 1

Item 2

Item 3

Item 4

Rajah 4 : Perbezaan tingkah laku peserta kajian
semasa menjalani ujian pra dan pos
Dapatan pemerhatian ini dapat telah menjawab soalan kajian yang kedua, iaitu
peserta kajian sudah dapat menulis dan membina ayat tunggal dengan betul tanpa
meniru, merujuk dan bertanya kepada kawan setelah menggunakan teknik “SelTiTu”. Ini
bermakna, peserta kajian sudah mampu menjanakan idea untuk menulis ayat tunggal
dengan betul.
6.3

Dapatan Temu Bual

Berdasarkan dapatan temu bual yang dijalankan, pengkaji telah dapat membuat
beberapa refleksi. Refleksi yang pertama ialah pengkaji mendapati bahawa teknik
“SelTiTu” dapat membantu peserta kajian untuk menulis ayat dengan lebih mudah.
Seterusnya pengkaji mendapati bahawa peserta kajian telah dapat mengurangkan
kesalahan dalam aktiviti membina dan menulis ayat tunggal. Di samping itu, pengkaji turut
mendapati bahawa peserta kajian berasa seronok menggunakan teknik “SelTiTu” dalam
aktiviti menulis ayat tunggal. Kesimpulannya, penggunaan teknik “SelTiTu” dalam
pengajaran kemahiran menulis ayat tunggal telah memberikan impak yang positif kepada
kesemua peserta kajian. Dapatan temu bual ini juga telah dapat menjawab kedua-dua
soalan kajian.
REFLEKSI
Pengkaji berasa amat puas hati kerana dapat melihat keberkesanan teknik
“SelTiTu” dalam membantu murid untuk menulis dan membina ayat tunggal mengikut pola
yang betul. Hasil dapatan daripada ujian pra dan pos, pemerhatian berstruktur dan temu
bual separa berstruktur yang dilakukan dalam kajian ini, pengkaji telah berjaya
membuktikan bahawa proses intervensi menggunakan teknik “SelTiTu” telah berjaya
menjawab kedua-dua soalan kajian.
Namun begitu, masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan
pelaksanaan tindakan ini memberi impak kepada semua peserta kajian. Kajian ini
menghadapi masalah kekurangan masa yang menyebabkan teknik “SelTiTu” tidak dapat
memberi kesan yang menyeluruh kepada semua peserta kajian.

9

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Selepas kajian ini dijalankan, tidak semua peserta kajian dapat mencapai tahap
penulisan ayat yang cemerlang. Meskipun begitu, pengkaji telah dapat meningkatkan
kualiti penulisan peserta kajian kepada yang lebih baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui
peningkatan skor dan gred oleh peserta kajian.
Oleh yang demikian, kajian terperinci berkaitan dengan teknik ini boleh dilakukan
dengan lebih baik lagi. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran dan
pencapaian murid menulis dan membina ayat tunggal kepada tahap yang lebih baik.
Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas kajian ini, ialah dengan
memanjangkan tempoh pelaksanaan teknik ini. Faktor tempoh masa tindakan merupakan
faktor yang mempengaruhi keberkesanan teknik ini. Semakin lama tempoh tindakan,
semakin mantap penguasaan murid terhadap kemahiran menulis ayat tunggal.
Seterusnya, Penggunaan teknik latih tubi yang lebih kerap juga dapat meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam kemahiran menulis dan membina ayat tunggal. Akhir sekali ialah
dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi ke dalam teknik ini. Alat
kajian, iaitu Kalendar Struktur Ayat yang digunakan dalam kajian ini mungkin boleh
ditambah baik dan disediakan dalam bentuk digital.
RUJUKAN
Ahmad Fuad Mohamad Amin & Ma'arof Redzuan. (2013). Kesan Teknik Peniruan
Terhadap Pencapaian Murid Dalam Menulis Karangan Bahasa Melayu. Seminar
Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013), 540-546.
Gilinah Gitom. (2013, Mac 22). Model Penyelidikan Tindakan. Retrieved from Just Gyna:
http://gynappg.blogspot.my/2013/03/model-kajian-tindakan.html
Halim Ahmad. (2013). Teori Pembelajaran Sosial Albert bandura. Retrieved from Green
Lantern Room: http://greenlanternroom.blogspot.my/2013/05/teori-pembelajaransosial-albert-bandura.html
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1.
(2012). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar. (2011). Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan
Sepanjang Sekurang-kurangnya 350 Patah Perkataan Dalam Masa Yang
Ditetapkan Menggunakan Kaedah Salin dan Jalin. Retrieved from
https://jabatanbahasastar.files.wordpress.com/2011/08/meningkatkankeupayaan-menulis-karangan-salin-dan-jalin.pdf
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Yusfaiza yusuff & Mohd Isha Awang. (2012). Aplikasi Pembelajaran Jigsaw II Dalam
Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM
(Malay Language Education Journal - MyLEJ) Vol 2, Bil. 2 (Nov. 2012), 62-70.

10