KESAN KRISIS AIR DI SELANGOR

KESAN KRISIS AIR DI SELANGOR.
Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya
di garisan khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari
2,000 mm setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak 5,000
mm. Sumber air tersebut adalah satu eleman yang sangat penting dalam kehidupan
manusia, tanpa sumber air yang mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Penegasan berhubung kepentingan sumber air
telah banyak dinukilkan di dalam al-Quran. Antaranya, sebagaimana yang telah
disentuh di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan Dia menurunkan air hujan dari
langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan
yang menjadi rezeki untukmu. Dia juga telah menundukkan bahtera bagimu supaya
bahtera itu belayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah pula
menundukkan sungai-sungai bagimu" (Surah Ibrahim, ayat 32).
Namun begitu, dewasa ini bekalan sumber air bersih semakin berkurangan
sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat selari dengan peningkatan
jumlah populasi penduduk negara kini. Penekanan dalam sektor industri juga
menyebabkan berlakunya pertambahan permintaan air paip. Mungkin timbul
persoalan dalam kalangan kita mengapa situasi sedemikian boleh berlaku
sedangkan kita mempunyai sumber air yang banyak di sekeliling kita.
Lantaran daripada faktor-faktor yang telah dibincangkan dan dikupaskan
sebelum ini, maka jelaslah bahawa perkara inilah yang membawa kepada

berlakunya krisis air. Hal ini sekaligus telah mempengaruhi dan memberi kesan yang
sangat besar bukan sahaja kepada manusia, malahan alam sekitar, sumber tanah,
flora dan fauna, institusi-institusi penyelidikan, ekonomi negara serta ekosistem
negara.
Seperti yang kita sedia maklum, isu krisis air ini bukanlah satu isu baru di
negara kita, ianya pernah berlaku semasa dulu seperti berlakunya krisis air Lembah
Klang pada tahun 1998 dan 2009 apabila tiga empangan air mengalami tahap
penurunan air yang serius disebabkan fenomena El Nino, cuma kini isu ini timbul
kembali kerana perbuatan manusia dan faktor lain yang menyumbang. Antara kesan
krisis air ini dapat kita lihat melalui ;

Kesan kekurangan air bersih
Implikasi utama krisis air ini pertamanya, menyebabkan sumber air
semulajadi tercemar dan bekalan air bersih menjadi semakin berkurang. Lebih
memburukkan lagi krisis sumber air bersih ialah apabila simpanan air bawah tanah
juga semakin berkurangan. Sedangkan air bawah tanah merupakan antara sumber
bekalan air bersih yang cukup penting dan perlu dipelihara. Hal ini dapat kita lihat
melalui pencemaran Sungai Semenyih yang menyebabkan penutupan Loji Rawatan
Air (LRA) Semenyih sehingga menjejaskan bekalan air kepada lebih sejuta
penduduk di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.

Kita akan menghadapi kekurangan bekalan air daripada krisis ini dan
berlakunya catuan air yang membuatkan penduduk tidak mendapat bekalan air. Hal
ini akan menyusahkan penduduk untuk menggunakan air bagi keperluan seharian
mereka.
Dari sektor pembangunan pula, projek-projek akan tergendala kerana
kekurangan sumber yang utama untuk menjalankan projek pembangunan tersebut.
Selain itu, proses memulihkan dan mengembalikan kualiti air memerlukan kos
belanja yang tinggi.

Kesan ke atas sumber tanah dan ekonomi
Krisis air ini akan menyebabkan tanah menjadi kontang dan berlakunya
hakisan tanah. Sedangkan air bawah tanah merupakan antara sumber bekalan air
bersih yang cukup penting dan perlu dipelihara. Pembangunan pesat yang berlaku
secara tidak terancang juga akan menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam
tanah. Sebaliknya ia terus mengalir ke sungai-sungai. Hal ini akan menjejaskan
kualiti tanah dan sekaligus akan turut menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti
pertanian terjejas, maka ia secara langsung akan memberi kesan ke atas bekalan
makanan daripada hasil pertanian yang seterusnya juga turut memberi kesan yang
besar ke atas kadar pertumbuhan sosio-ekonomi negara. Kesannya membawa
kerugian besar dalam industri dan meningkatkan kos tanggungan kerajaan.

Bagi yang terlibat dengan aktiviti perniagaan khususnya dalam sektor
perniagaan makanan akan memberikan kesulitan kepada peniaga-peniaga untuk

menguruskan perniagaan mereka. Ini disebabkan sumber air merupakan elemen
yang sangat penting untuk digunakan dalam proses menyediakan makanan dan
minuman. Perkara ini boleh menyebabkan pendapatan akan tergugat dan
seterusnya akan memberikan sedikit tekanan dalam menguruskan perbelanjaan
seharian.

Kepupusan terhadap kepelbagaian flora dan fauna
Air juga amat penting bagi flora dan fauna, hal ini kerana ianya merupakan
sumber utama bagi hidupan ini untuk meneruskan kehidupan dan mengekalkan
spesies masing-masing. Oleh itu, jika berlakunya krisis kekurangan air, ini
mengakibatkan flora dan fauna ini akan mati dan berlaku kepupusan terhadap
spesies ini. Hal ini dapat kita lihat pada kes sebelum pembinaan empangan Sungai
Selangor yang menggangu gugat hidupan flora dan fauna, memandangkan kaitan
yang sangat kuat antara kualiti air Sungai Selangor dengan habitat paya bakau yang
berkembang, kehidupan serangga kelip-kelip dan pengusaha pelancongan kelipkelip di Kampung Kuantan dan Kampung Belimbing.
Sekiranya berlaku krisis pengurangan air terhadap flora dan fauna, ia juga
boleh menyebabkan manusia kekurangan bekalan makanan. Kehidupan manusia

sentiasa bergantung kepada bekalan makanan yang boleh dihasilkan daripada
kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan itu sendiri. Di samping itu, ia memberi
kesan dan akibat kepada ketidakseimbangan ke atas ekosistem yang turut
mengancam kehidupan manusia itu sendiri.

Masalah kesihatan umum kepada manusia
Manusia sangat memerlukan air untuk terus hidup seperti hidupan lain.
Justeru, sekiranya krisis air ini berlaku, manusia adalah hidupan yang paling terjejas
kerana segala hal dalam kehidupan manusia itu bergantung kepada air. Jika sumber
ini terjejas dan berterusan, manusia akan ditimpa penyakit dan menjejaskan
kesihatan masyarakat. Ia juga akan turut menjejaskan sistem ekonomi manusia itu
sendiri kerana apabila manusia itu tidak sihat, secara automatiknya manusia tidak
akan berupaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Masalah kekurangan bekalan air juga sering dikaitkan dengan masalah
kebersihan da kesihatan umum. Tandas-tandas dan tempat-tempat awam terpaksa
ditutup untuk mengelakkan kekotoran dan pencemaran yang tidak terkawal.
Keadaan ini akan menimbulkan kesulitan kepada orang awam yang mengunjungi
temapt-tempat tersebut.
Bekalan air yang tidak mencukupi boleh menjejaskan kesihatan manusia

menjadi lemah dan tidak bertenaga. Selain itu, manusia boleh menghidapi pelbagai
penyakit seperti deman, cirit-birit disebabkan minum air yang tidak bersih. Hal ini
kerana manusia mengalami dehidrasi yakni kekurangan air dalam badan, dan
kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya penyakit seperti taun kerana terpaksa
meminum air yang tercemar.
Penyakit yang dibawa oleh air dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca
yang boleh dikaitkan dengan kematian. Untuk kanak-kanak di bawah umur lima
tahun, penyakit yang dibawa oleh air adalah penyebab utama kematian. Sekiranya
krisis air ini berterusan, ia boleh menyebabkan nyawa manusia terancam dan boleh
menyebabkan nyawa menjadi taruhan.
Kesulitan dan kemudaratan kepada manusia
Krisis air yang berlaku juga telah menimbulkan berbagai kesulitan kepada
pengguna. Ketiadaan air pada ketika diperlukan telah menimbulkan masalah yang
rumit kepada pengguna air. Keaadan ini telah mengubah aktiviti harian sebahagian
besar pengguna yang terlibat.
Dalam tempoh krisis air, air dibekalkan secara terhad dan pada waktun
tertentu sahaja. Terdapat pengguna-pengguna di penghujung system dan tempattempat tinggi tidak menerima bekalan disebabkan oleh bekalan dan tekanan yang
tidak mencukupi. Perkara-perkara ini tidak dapat dielakkan pada tempoh krisis.
Untuk pengguna-pengguna ini, air dibekalkan melalui lori-lori tangki air. Air terpaksa
dikumpulkan ke dalam takungan seperti baldi atau pun tong-tong plastic dari lori-loro

tangki. Takungan kemudiannya diangkut pula ke rumah oleh pengguna sendiri.
Tugas berat ini menimbulkan masalah besar kepada pengguna dan bertambahlah
rumit apabila pengguna-pengguna tinggal di rumah-rumah pangsa dan terpaksa
menaiki tangga yang tinggi.

Masalah ini bertambah runcing bagi suami isteri serta isi keluarga bekerja.
Golongan ini tidak berpeluang untuk mengambil air semasa lori tangki membuat
penghantaran pada waktu siang dan terpaksa berjaga hingga jauh malam
menunggu penghantaran kali kedua.
Secara langsung krisis air telah menimbulkan masalah social dan kesihatan
pengguna. Kekurangan tidur, sakit belakang adalah rungutan yang sering
ditimbulkan oleh pengguna. Kekurangan air juga telah menimbulkan masalah untuk
menjaga kebersihan dan kesihatan di rumah. Tandas-tandas tidak dicuci dengan
bersih dan menimbulkan keadaan yang tidak selesa. Keadaan ini mendedahkan
pengguna kepada penyakit.
Terdapat pengguna yang terpaksa bersusah payah menumpang di rumah
kawan, sanak saudara untuk urusan rumahtangga harian seperti mencuci pakaian
dan mandi manda. Sebahagian besar pengguna terpaksa pengguna terpaksa
membeli makanan dari kedai kerana kesulitan untuk menyediakan makanan sendiri
di rumah.

Masalah-masalah ini menimbulkan beban dan tekanan kepada pengguna dan
menjejaskan kehidupan harian mereka. Fikiran dan konsentrasi pengguna terganggu
oleh perasaan tidak tenteram kerana ternanti-nanti untuk mendapatkan bekalan air.
Secara tidak langsung produktiviti pengguna menurun kerana sering kelewatan ke
tempat kerja di sbelah pagi kerana menunggu bekalan air dan di sebelah petang
akan keluar lebih awal untuk mengambil air dari lori tangki atau tangki statik.

Kesan terhadap kawasan tadahan air
Kemampuan sesuatu kawasan tadahan sebagai pembekal air adalah dikawal
oleh keseimbangan alam semulajadinya. Ini termasuklah beberapa aspek penting
seperti litupan tumbuh-tumbuhan hijau dan kapasiti proses ekosistem yang
seimbang. Sekiranya keseimbangan ini terganggu, maka berlaku beberapa
perubahan

yang

akan

menjejaskan


kemampuan

sesuatu

tadahan

dalam

menghasilkan kawasan tadahan air.
Kawasan tadahan yang terdapat di Malaysia semakin hari menunjukkan
situasi

yang

tidak

sihat

disebabkan


limpahan

pembangunan

yang

telah

menyebabkan kawasan tadahan mengalami tekanan untuk menghasilkan sumber
air. Keadaan ini berlaku hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia,
antaranya negeri Selangor sendiri yang memperlihatkan kawasan tadahan
empangan Langat ditutup. Kemerosotan alam sekitar adalah dijangka lebih serius di
kawasan lembah yang terdapat aktiviti industri dan eksploitasi sumber balak di
kawsan hutan di mana terdapatnya kawsan tadahan.
Contohnya dalam kes catuan air di Selangor dan Lembah Klang baru-baru ini,
ia berpunca daripada kekurangan sumber air untuk diproses di loji milik Syarikat
Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sama ada dari sumber empangan atau
sungai akibat kemarau dan penerokaan kawasan tadahan air.
Kesan sampingan terhadap kehidupan manusia
Masalah ketiadaan bekalan air yang stabil selalu dikaitkan dengan

pengusaha-pengusaha dan penyediaan makanan. Masalah ini melibatkan makanan
yang disediakan di gerai-gerai di tepi jalan, pasar-pasar malam mahu pun restoranrestoran. Kesangsian terhadap kualiti kebersihan yang diamalkan oleh pengusahapengusaha sering ditimbulkan oleh pengguna dan juga Jabatan Kesihatan. Faktor
kebersihan ini memaksa pengusaha-pengusaha mengeluarkan modal untuk
menyewa kenderaan bagi mengangkut air ke premis-premis berkenaan untuk
menjamin kenbersihan makanan yang disediakan.
Masalah kebersihan juga dibangkitkan oleh sekolah-sekolah dan asramaasrama yang mempunyai murid dan penghuni yang ramai. Institusi-institusi ini tidak
mempunyai

simpanan

mencukupi

untuk

kegunaan

seharian

pelajar


dan

penghuninya. Tandas-tandas di institusi ini tidak dapat dicuci sebaiknya sehingga
menimbulkan bau dan pencemaran yang tidak menyenangkan. Pihak berkuasa
khautir keadaan kebersihan yang tidak terkawal ini akan memudahkan penyakitpenyakit seperti taun merebak dikalangan pelajar dan penghuni asrama.
Walaubagaimanapun hospital-hospital dan institusi-institusi penting lain
dipastikan mendapat bekalan air yang berterusan. Ini adalah untuk menjamin
kelancaran perkhoidmatan hospital-hospital dan institusi-institusi berkenaan tidak
terjejas.

Gambar 1

Gambar 2