BAB 2 NILAI NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADU
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
BAB 2
NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN
1. Pendahuluan
1. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada
perkara yang menjadi pegangan secara menyeluruh dalam tamadun tersebut.
2. Tamadun Islam berpaksi kepada sumber wahyu yang mengarahkan semua
perkara yang dilakukan oleh umatnya perlu berada pada landasan wahyu.
Manakala tamadun selain Islam menjadikan manusia sebagai objeknya. Ini
termasuk batas keupayaan, pemikiran, siapa yang kuat maka dialah yang
berkuasa.
3. Selain itu, faktor yang menjadi punca persamaan dan perbezaan antara
tamadun ialah doktrin, amalan agama, ciri keturunan dan budaya.
2. Konsep Nilai
1. Menurut Kamus Dewan, nilai bermaksud darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat
ketinggian.
2. Identiti tidak boleh dipisahkan daripada nilai-nilai. Nilai-nilai yang diamalkan
atau dihayati oleh sesuatu kaum atau tamadun itu secara tidak langsung
menggambarkan identiti kaum atau tamadun tersebut.
3. Terdapat perbezaan antara tamadun yang muncul disebabkan setiap tamadun
muncul sebagai manifestasi budaya, falsafah hidup atau penghayatan agama
masyarakatnya. Tamadun Islam misalnya lahir daripada manifestasi tauhid
(kepercayaan), tamadun India banyak dipengaruhi konsep ketuhanan
Hinduisme, tamadun Greek dengan falsafah dan keseniannya.1
4. Dalam tamadun Islam, nilai-nilai ketamadunannya merangkumi nilai
kebendaan dan kerohanian.
5. Kemunculan setiap tamadun mempunyai nilai-nilainya tersendiri yang
membezakan antara satu tamadun dengan tamadun lain namun terdapat
persamaan nilai-nilai antara tamadun, itulah nilai universal tamadun.
6. Nilai universal diertikan sebagai nilai yang diterima umum dalam semua
masyarakat.2 Terdapat beberapa nilai universal tamadun yang akan
dibincangkan yang mewujudkan persamaan dan perbezaan.
3. Nilai-nilai Universal Tamadun
3.1Nilai Kepercayaan
1. Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia
membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun.
2. Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan samawi atau budaya,
tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah
lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence
(kudus) sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang
1 Zulkifli Dahalan et. al, 2009, Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Shah Alam: UiTM, hlm.
49.
2 Mohd Nasir Ayub et. al, 2011, Pengenalan Tamadun Islam & Pemikiran Islam Kontemporari,
Kedah: UiTM, hlm. 54.
1
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di
hormati.3
3. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang
menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian yang bersumberkan
wahyu. Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada dinamisme
sesebuah tamadun.
4. Dalam tamadun Jepun pula banyak dipengaruhi ajaran Shintoisme yang
menanamkan rasa kebangsaan dan semangat patriotisme. Konsep ini
disokong dengan semangat Bushido iaitu sanggup membunuh diri jika
gagal melaksanakan perintah.4
5. Sungguhpun setiap tamadun mempunyai nilai kepercayaan, tetapi
amalannya dan kefahaman mengenainya adalah berbeza. Misalnya
tamadun Islam meletakkan kepercayaan kepada Allah sebagai matlamat
utama dalam pekerjaan dan pembinaan tamadun berbanding tamadun
lain yang menganggap manusia sebagai penentu kemajuan dan Tuhan
tidak dijadikan asas utama.
3.2Nilai Ekonomi dan Kebendaan
1. Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat utama, pada
kebanyakkan tamadun khususnya Barat sehingga menghalalkan semua
perkara bagi mencapai matlamat nilai kebendaan.
2. Berbeza dengan Islam di mana nilai ekonomi perlu berlandaskan syariat
iaitu mengambil persoalan hukum halal dan haram serta mendapatkan
keredhaan Allah. Manusia merupakan pemegang amanah dan bukan
pemilik harta secara mutlak. Harta dan kebendaan hanya alat untuk
mencapai keredhaan Allah. Firman Allah:
ﯨﯩﰄﰄﰄﰄﰄﰄﰄﰄﰄﰄﰄﰄﰄﰄﰄﰄﰄﰄﯼﯽﯾﯿﰄﰄﰄﰄﰄ
ﰄ
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah
engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari
dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana
Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang
melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di
muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
berbuat kerosakan "5
1. Justeru, amalan-amalan ekonomi seperti riba, menipu, menyorok barang,
rasuah dan sebagainya adalah diharamkan dalam Islam.
2. Aktiviti ekonomi yang berteraskan syariat Islam bukan sahaja mampu
mewujudkan hubungan perpaduan sosial menerusi konsep nikmat sama
dirasai malah meningkatkan ekonomi negara dan mengurangkan aras
kemiskinan.
3. Tanpa kekuatan ekonomi, umat Islam akan berada di bawah paras
kemiskinan dan ditakuti dengan kemiskinan akan membawa kepada
kekufuran seperti yang diingatkan oleh Rasulullah.
3 http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html
4 Zulkifli Dahalan et. al, op.cit, hlm. 51.
5 Al-Quran, Surah al-Qasas: 77
2
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
4. Pengalaman dan penglibatan Rasulullah dan para sahabat terlibat secara
aktif dalam bidang perniagaan dan penternakan serta pertanian telah
menyumbang kepada kegemilangan tamadun Islam di Madinah dan
sebagai model bagi umat Islam menguasai ekonomi untuk melahirkan
tamadun Islam yang hebat bagi mengimbangi penguasan ekonomi Barat.
3.3Nilai Kerja
1. Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja. Nilai kerja tamadun atau
masyarakat Barat melihat kepada keuntungan dari segi kebendaan
berbanding etika kerja sebenarnya. Masyarakat Jepun dan Korea yang
sering dikaitkan dengan nilai kerja yang penuh berdisiplin dan beretika
seperti juga yang dituntut dalam Islam namun ianya tetap terarah kepada
kepentingan dan keuntungan dunia.6
2. Berbeza dengan Islam, nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat
dan mencari keberkatan daripada Allah s.w.t.
3. Dalam Islam, bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan
amalan mulia dan dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi syaratsyarat berikut:
a. Dilakukan dengan niat kerana Allah
b. Kerja yang dilakukan menepati kehendak syarak
c. Dilakukan dengan penuh tanggungjawab
d. Menjauhi larangan Allah dalam melaksanakan tugas dan kerja
seperti menipu dan rasuah
e. Tidak melalaikan dan meninggalkan ibadah khusus.
4. Allah amat menyukai umatNya yang rajin bekerja dan tidak hidup dengan
meminta-minta. Justeru kegemilangan tamadun Islam yang pernah
dikecapi dulu adalah hasil kerja umat Islam dalam berbagai bidang di
samping penerokaan berbagai ilmu pengetahuan yang berterusan.
5. Dorongan Islam supaya umat Islam sentiasa bekerja untuk mencapai
keselesaan dan kejayaan jelas ditegaskan dalam laungan azan – “Hayya
‘alal falah” (marilah menuju kejayaan)
3.4Nilai Kemanusiaan
1. Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan penghormatan
terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Nilai ini tidak akan wujud
melainkan sebuah kelompok masyarakat itu memahami hakikat kejadian
manusia secara menyeluruh.7
2. Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu dipupuk dan nilai
kebendaan hanya sebagai nilai tambah.
3. Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat yang meletakkan
nilai kemanusiaan yang mengamalkan sifat bertimbangrasa, lemah
lembut, kasih sayang, adil dan sebagainya.
4. Kasih sayang merupakan nilai kemanusiaan yang paling murni. Tanpa
kasih sayang, segala urusan akan pincang. Maksud sabda Rasulullah s.a.w:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya
mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya”
5. Orang yang dikasihi Allah s.w.t dan disukai masyarakat ialah orang yang
hidup untuk dirinya dan untuk orang lain serta memikirkan kebaikan
ummah. Kasih sayang sesama manusia menguatkan hubungan sesama
manusia walaupun berlainan agama dan bangsa.
6. Bagi menjamin keamanan sejagat Islam melarang manusia melakukan
angkara dan pencerobohan terhadap hak orang lain sama ada dengan
lidah, tangan atau apa-apa jua sekali pun.
6 Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 56.
7 Ibid., hlm 56.
3
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
7. Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih
sayang. Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap
“ekspresi jantung manusia”.
8. Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang
boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk
sama ada manusia ataupun binatang.8
3.5Nilai Keilmuan
1. Semua tamadun menerima kepentingan ilmu pengetahuan dalam
membangun dan membina sesebuah tamadun. Bangsa yang meneroka
dan menguasai ilmu pengetahuan akan dapat mewujudkan tamadun yang
gemilang
2. Keutamaan ilmu jelas dirakamkan di dalam wahyu yang pertama
diturunkan (al-Alaq: 1-5).
3. Umat Islam perlu mempunyai kesedaran tentang kewajipan menuntut ilmu
kerana tanpa ilmu umat Islam tidak akan maju sedangkan umat Islam
diibaratkan oleh Allah sebagai ‘ummah wasatan’ iaitu umat yang mampu
meneroka dan membangun alam ini dengan ilmu yang dipelajari.
ﭪﭫﭬﭭﭮﭯﭰﭱﭲﭳﭴﭵ
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan
yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat
yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang
salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang
menerangkan kebenaran perbuatan kamu”9
4. Tiada lagi bangsa yang maju dan berjaya tanpa penguasaan ilmu. Begitu
juga keimanan seseorang tidak dapat ditegakkan dengan kukuh dan
mantap, serta amalan seseorang tidak diterima tanpa ilmu.
5. Konsep mencari ilmu dalam Islam berbeza dengan tamadun-tamadun lain
di mana perolehan ilmu hemdaklah berlandaskan konsep tauhid. Proses
transformasi tidak akan berhasil jika tujuan ilmu tidak mensasarkan Allah
s.w.t sebagai matlamat utama, maka akan berlakulah pegawai yang
meminta rasuah, doktor yang menipu dan sebagainya.10
6. Sejarah telah merakamkan bagaimana umat Islam dahulu telah berjaya
mengembangkan ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang hingga
melahirkan peradaban yang gemilang seperti di Andalus dan di Baghdad
yang kemudiannya menjadi penyumbang kepada kebangkitan tamadun
Eropah.
3.6Nilai Akhlak
1. Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin kehidupan
yang beretika. Tanpa akhlak mulia kehidupan manusia akan menjadi lebih
huru-hara dan mementingkan diri. Justeru, perutusan Rasulullah adalah
untuk menyempurnakan akhlak manusia, sebagaimana maksud hadis
Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia”
8 http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html
9 Al-Quran, al-Baqarah: 143
10 Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 62-63.
4
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
2. Antara faktor perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul
ialah untuk memperelok akhlak manusia.
3. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi hubungan manusia dengan
Allah s.w.t, sesama manusia dan makhluk lain termasuk alam
persekitaran.
4. Dalam tamadun Cina, terdapat konsep dao (jalan) dan li (tatasusila) dalam
ajaran Konfusius yang menekankan peraturan akhlak dan kehidupan
berasaskan tiga perhubungan – manusia dengan Tuhan, sesama manusia
dan perhubungan politik.
5. Dalam ajaran Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu
kesederhanaan di mana manusia perlu hidup bersederhana dan elakkan
kekerasan sebagai jalan penyelesaian.
6. Dalam tamadun India, ajaran Hindu menekankan konsep Dharma (jalan
kehdupan berlandaskan kebenaran)11 dan
karma (apa yang dialami
manusia adalah hasil perbuatan yang lalu atau sekarang); perbuatan baik
akan mendapat balasan baik dan perbuatan buruk akan mendapat balasan
buruk. Menurut ajaran ini, manusia perlu mencapai mokhsa iaitu
kebebasan dari rantian kelahiran semula.12
3.7Nilai Keadilan
1. Nilai keadilan amat besar ertinya dalam kehidupan dan perhubungan
manusia kerana ianya mampu mewujudkan keamanan dan kemakmuran
sesebuah tamadun. Sebagai contoh kerajaan yang melaksanakan keadilan
sosial akan membahagikan kekayaan negara kepada seluruh rakyat di
mana menghadkan monopoli golongan kaya dan meningkatkan
pendapatan golongan miskin, maka dengan ini akan merapatkan jurang
perbezaan. Ini bermakna kekayaan tidak hanya dinikmati oleh golongan
kaya malah turut dirasai oleh golongan miskin.13
2. Sejarah telah merakamkan bahawa salah satu sebab keruntuhan sesebuah
tamadun ialah apabila pemerintah atau kerajaan tidak lagi berlaku adil
terhadap rakyatnya dengan melakukan kezaliman dan mengabaikan hakhak rakyat.
3. Saranan menegakkan keadilan jelas ditekankan dalam ajaran Islam
sebagaimana firman Allah s.w.t:
ﮨﮩﮪﮫﮬﮭﮮﮯﮰﮱﯓﯔﯕﯖﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞﯟﯠﯡﯢﯣﯤﯥﯦ
“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah
kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil.
Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan”14
3.8Nilai Kekeluargaan
1. Menurut Malik bin Nabi untuk membina sebuah tamadun, ianya bermula
dengan membina masyarakat yang berperadaban dan untuk itu ia
bermula dengan pembentukan keluarga. Keluarga yang dimaksudkan
lazimnya keluarga extended yang mempunyai hirarki kuasa yang
menentukan kedudukan kaum wanita dan lelaki.
11 http://id.wikipedia.org/wiki/Dharma
12 Mohd Nasir Ayub et. al, Op.cit, hlm. 64.
13Ibid., hlm. 60
14 Al-Quran, surah al-Maidah ayat 8
5
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
2. Menurut konfusius, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep
kekeluargaan yang terpenting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan
bermakna penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan.
3. Konsep kekeluargaan dalam Islam pula mementingkan kasih sayang dan
saling hormat menghormati. Ini bermakna kedudukan wanita dan lelaki
bukanlah menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka mestilah
menunaikan tanggungjawab
masing-masing dalam lingkungan kasih
sayang dan hormat menghormati.15
3.9Nilai Alam Sekitar
1. Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh
semua agama kerana alam sekitar dianggap sebagai anugerah tuhan.
2. Dalam Islam, manusia sebagai khalifah Allah berkewajipan memelihara
alam dari sebarangn kerosakan. Begitu juga dalam ajaran agama-agama
lain. Ada sesetengah tamadun lain memelihara alam sekitar sehingga
alam sekitar disembah dan dilihat sebagai Divine Power.16
3. Dalam ajaran Shinto, tuhan disebut ‘kami’ yang merangkumi binatangbinatang, tumbuhan yang dianggap mempunyai kuasa yang boleh
memberi kesan kepada manusia.
4. Dalam agama Buddha, manusia dikatakan mempunyai hubungan
harmonis dengan alam sekitar melalui konsep ‘Esho Fuai’ iaitu manusia
dan alam saling berkaitan dan memerlukan.
4 Interaksi Antara Tamadun
1. Walaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaan tersendiri, sifat sebenar
sesebuah tamadun tidak tertutup. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau
interaksi17 antara tamadun sama ada diperingkat perkongsian nilai, pemikiran,
institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. 18
2. Kewujudan interaksi antara tamadun disebabkan oleh semangat toleransi
serta sikap saling menghormati antara sebuah tamadun dengan sebuah
tamadun lain.
3. Sebagai contoh hubungan antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak
beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin dengan harmoni hubungan
antara tamadun Cina dan tamadun Islam, antara tamadun India dan tamadun
Melayu melalui hubungan perdagangan.
4. Saling berinteraksi antara tamadun sebenarnya akan melahirkan kesan-kesan
positif dan terdapat juga kesan-kesan negatif. Sama ada kesan yang lahir
bersifat positif ataupun negatif, apa yang pasti ia disebabkan wujudnya
interaksi antara tamadun dan ianya bergantung sejauhmana bentuk interaksi
itu dijalinkan.19
5. Proses interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara antaranya melalui
kehidupan bersama, pedagangan, peperangan, pejelajahan, penjajahan dan
media. Ia boleh dilihat dalam proses rentesan persempadanan akibat
pertembungan agama, bahasa, adat, makanan, pakaian dan sebagainya.
15 Chandra Muzaffar et.al, Pengenalan Ilmu Ketamadunan, dalam Tamadun Islam dan
Tamadun Asia, Cetakan Keempat, 2004, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 14.
16 Ibid, hlm.13
17 Interaksi diertikan sebagai tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak
balas antara dua atau beberapa pihak. Lihat Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 1996, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 496.
18 Chandra Muzaffar et.al, op.cit, hlm. 10
19 Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 54
6
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
Akibatnya menyaksikan peradaban yang besar akan mendominasi peradaban
yang kecil.20
6. Pada umumnya, terdapat empat jenis interaksi berlaku antara tamadun, iaitu:
a. Interaksi fizikal. Seperti yang berlaku di Alam Melayu di mana pedagang
Arab mengahwini penduduk tempatan dan membina petempatan khas di
kawasan pantai timur dan barat Sumatera.
b. Interaksi teologi atau agama. Sebagai contoh proses asimilasi
beberapa ajaran Buddha ke dalam ajaran Shinto di Jepun tentang nilai
etika dan moral.
c. Interaksi sains dan teknologi. Seperti Jepun mempelajari sains dan
teknologi dari Eropah dan Amerika Syarikat ekoran hubungan yang
terjalin.
d. Interaksi budaya. Ia merupakan interaksi yang paling ketara berlaku
pada mana-mana tamadun yang meliputi pelbagai aspek seperti
makanan, pakaian, seni bina, muzik dan sebagainya.21
4.1
Faktor-faktor Berlaku Interaksi
a. Faktor Geografi
1. Kelahiran sesebuah tamadun banyak didorong oleh kedudukannya
yang strategik yang memungkinkan penempatan masyarakat
memperolehi sumber-sumber semulajadi untuk keperluan hidup.
2. Faktor lokasi ini adalah merujuk pada kesesuaian faktor geografi yang
dilihat menggalakkan kemunculan tamadun Cina di lembah Hwang Ho,
tamadun Mesopotamia di lembah Tigris, tamadun Mesir di lembah
sungai Nil dan tamadun Melayu Melaka di pinggiran selat Melaka.
3. Kebiasaannya kawasan yang terbuka bentuk kawasan geografi seperti
kawasan yang menjadi laluan perdagangan bersifat lebih terbuka
dalam orientasi ketamadunannya. Ini menyebabkan sesebuah
tamadun itu terdedah kepada tamadun luar.
4. Sebagai contoh melalui jalan laut orang Arab merentasi laut Arab ke
benua India, kepulauan Melayu hingga ke Canton, Cina. 22
b. Faktor Perdagangan
1. Interaksi antara tamadun turut berlaku menerusi aktiviti perdagangan.
Misalnya, hubungan perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina
melalui jalan darat dan laut. Hubungan ini terjalin sejak abad ke 3
Masehi. Pedagang Arab dan Parsi telah membina penempatan mereka
di Canton malah mereka turut membina masjid di Guangzhou. Ini
membuktikan berlakunya proses Islamisasi di wilayah tersebut.
2. Hubungan pedagangan juga berlaku antara pedagang Arab dengan
penduduk Alam Melayu apabila mereka singgah di beberapa
pelabuhan penting di kepulauan Melayu seperti Melaka sebelum
meneruskan perjalanan ke Cina.23
20 Mohd Nasir Ayub et. al, op.cit, hlm. 66
21 Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 55-56
22 Ibid., hlm. 55
23 Ibid., hlm. 56
7
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
c. Faktor Keagamaan
1. Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan
rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama mendorong
manusia supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan.
2. Islam merupakan agama yang bersifat terbuka iaitu menerima
kebaikan daripada agama lain selagi tidak bercanggah dengan syariat
Islam. Sebagai contoh, walaupun kerajaan Islam dapat mengekalkan
kuasanya selama 7 abad di Andalusia tetapi tidak pernah
mendiskriminasi24 penduduknya yang beragama Kristian dan Yahudi
malah diberi peluang turut serta membangunkan ekonomi, ilmu
pengetahuan dan perdagangan.
d. Faktor Pemerintah
1. Sikap pemerintah menunjukkan sikap terbuka dan toleransi dengan
mewujudkan hubungan dengan tamadun lain. Misalnya, pemerintah
Islam pada zaman kegemilangan tamdun Islam mengamalkan sikap
terbuka dengan menerima sumber ilmu daripada tamadun Yunani,
India dan Cina.25
4.2
Faktor Penghalang Interaksi
1. Antara faktor penghalang interaksi antara tamadun ialah:
a. Kedudukan geografi atau daerah yang membataskan perhubungan
antara satu tamadun dengan tamadun lain.
b. Semangat nasionalisme (kebangsaan) yang menebal sehingga
melahirkan sikap perasaan kebencian dan permusuhan terhadap
bangsa atau warga negara lain.
c. Tiada sikap toleransi atau tolak ansur di kalangan kaum migran dan
bukan migran. Perkara ini menyebabkan masing-masing membawa
haluan sendiri dan tiada semangat perpaduan dan bekerjasama.
d. Penggunaan bahasa yang berbeza
e. Pegangan agama yang berbeza di mana masyarakat akan sentiasa
berpegang teguh pada kepercayaan yang menjadi pegangan sejak
turun menurun.
f. Golongan yang mengamalkan cara hidup tradisional dengan golongan
moden terutama yang terpengaruh dengan pemikiran Barat.26
4.3
Kesan Interaksi
4.3.1 Kesan Positif
1. Antara contoh interaksi positif ialah interaksi antara Islam dengan
Kristian dan Yahudi pada peringkat awal perkembagan Islam di zaman
pemerintahan Rasulullah s.a.w di Madinah di mana menerusi piagam
(perlembagaan) Madinah yang dibentuk oleh baginda Rasulullah s.a.w
hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut agama lain diberi
pelindungan dan kebebasan mengamalkan agama mereka tanpa
sebarang gangguan selagi mana mereka menjamin keamanan dan
menghormati orang Islam. Hal yang sama telah diikuti oleh
24 Diskriminasi bermaksud perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, layanan dan
sebagainya. Lihat Kamus Dewan, hlm. 309. Lihat juga http://ms.wikipedia.org/wiki/Diskriminasi
25 Zulkifli Dahalan et.al, op.cit, hlm. 57.
26 Mohd Nasir Ayub et. al, op.cit, hlm. 68
8
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
2.
3.
4.
5.
6.
7.
pemerintah-pemerintah Islam selepasnya. Malah dalam beberapa buah
kerajaan Islam, mereka turut diberi kedudukan dan jawatan dalam
pentadbiran negara.
Contoh lain kesan positif interaksi antara tamadun ialah antara
tamadun Islam dengan China melalui hubungan perdagangan. Hasil
Interaksi antara pedagang-pedagang Arab dan Parsi dengan orangorang Cina telah melahirkan komuniti Arab Islam di negara China
ekoran berlakunya perkahwinan campur.
Kesan terpenting ialah penyebaran agama Islam di China yang
akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina dan juga
cendikiawan-cendikiawan Islam tempatan yang masyhur seperti Liu
Zhi dan Mha Zhu.
Cendikawan tempatan telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan
nilai Islam dengan konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga,
ketaatan kepada ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat
dalam ajaran konfusianisme telah dijadikan landasan untuk
memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat Cina.
Disamping itu, interaksi ini turut menemukan seni Arab-Islam dengan
seni bina China, contohnya dalam bentuk masjid-masjid.
Hubungan antara Tamadun Islam dengan tamadun Melayu juga
bermula menerusi hubungan perdagangan. Kesan positif yang paling
ketara ialah tersebarnya ajaran Islam di Kepulauan Melayu sehingga
munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan seperti di Pasai, Melaka,
Acheh, Demak, Brunei dan sebagainya. Ia juga turut membawa tulisan
jawi yang berperanan dalam perkembangan ilmu. Selain itu, kesan
positif juga boleh dilihat pengaruhnya dari segi perundangan,
kesusasteraan, kesenian, bahasa dan sebagainya.
Interaksi antara tamadun China dan tamadun Melayu turut melahirkan
kesan positif dalam bentuk kemahiran dan teknologi serta kebendaan
contohnya kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar
dan pertukangan logam. Termasuk juga beberapa jenis makanan
masyarakat Cina yang telah diperkenalkan kepada masyarakat Melayu
seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya.
4.3.2 Kesan Negatif
1. Interaksi antara tamadun juga boleh mendatangkan kesan negatif. Di
Eropah,
misalnya hubungan antara orang-orang Yahudi dengan
Kristian yang tidak baik telah menyebabkan berlakunya pembunuhan
orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke 9M dan ke 18M. Ini
adalah ekoran perbezaan agama dan ketidakseimbangan ekonomi dan
sosial.
2. Faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik juga telah
mencetuskan ketegangan dan peperangan antara orang-orang Islam
dengan Kristian yang dikenali sebagai Perang Salib.
3. Di India, hubungan antara penganut Islam dengan Hindu sentiasa
dalam keadaan tegang di mana ada orang-orang Islam dibunuh dan
masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu
dan begitu juga sebaliknya. Contohnya, raja-raja Islam dalam
kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan
mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu.
4. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang China juga
berlaku di negara China kerana rasa tidak puas hati terhadap
pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan khususnya yang
9
CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam
dinikmati oleh orang Islam. Pada tahun-tahun 758M dan 876M telah
berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai
orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton dan berhijrah ke
Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah.
5. Semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada
pengukuhan ajaran Konfusianisme telah tidak berlaku adil kepada
penganut-penganut Islam sehingga berlakunya siri pemberontakan
seperti pemberontakan Sinking I (1756M), pemberontakan Kansu
(1781M), pemberontakan Jehangir (1820-27M) dan sebagainya.
Disediakan oleh:
Mohd Kamal B. Shah Rani
Pensyarah Kanan Pengajian Islam
Jabatan Pengajian Umum
KPTMKL
10