KEKALAHAN PEPERANGAN DALAM ISLAM PERBINC

KEKALAHAN PEPERANGAN DALAM ISLAM : PERBINCANGAN
TENTANG FAKTOR MANUSIA DALAM PERANG UHUD.
Atiqah binti Ibrahim
Akidah dan Pemikiran Islam
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk merungkai faktor kekalahan yang menyumbang kepada
penderitaan Rasulullah dan kaum Muslimin dalam peperangan Uhud. Peperangan yang
dicetuskan oleh pihak kaum Musyrikin adalah kerana ketidak-puasan hati mereka serta
dendam terhadap Rasulullah dan kaum Muslimin yang mereka anggap telah memusnahkan
sebahagian ekonomi, politik serta menggugat kemurnian agama mereka yang telah dianuti
oleh nenek moyang sejak sekian lama. Adat peperangan mesti wujud satu kumpulan yang
akan memperolehi kemenangan dengan membawa pulang harta ghanimah dan satu kumpulan
lagi medapat kegagalan serta pulang dengan membawa seribu penyesalan, kekecewaan serta
penderitaan. Kajian ini dibuat,untuk mengkaji faktor kekalahan dalam perang Uhud serta
mengenal pasti kesan dari kekalahan tersebut yang telah membawa kepada satu pengajaran
yang cukup bernilai buat umat islam.

Kata kunci: kekalahan peperangan,faktor manusia,perang Uhud


PENDAHULUAN
Untuk menyebarkan syiar Allah dan mengembangkan agama Islam,ia memerlukan satu
pengorbanan yang cukup besar . Peperangan merupakan salah satu medan dalam mengembangkan
ajaran Islam apabila tawaran perdamaian tidak dipersetujui. Pengorbanan harta dan jiwa dalam
menegakkan kalimah Allah adalah sangat mulia dan tinggi nilainya disisi Allah. Dalam surah asSaff, Allah berfirman :

‫ُون‬
ِ ‫يل ه‬
َ ‫اَّلل َو َرسُولِ ِه َو ُت َجا ِه ُد‬
ِ ‫ون ِب ه‬
َ ‫هللا ِبأَم َْوالِ ُك ْم َوأَنفُسِ ُك ْم َذلِ ُك ْم َخ ْي ٌر له ُك ْم إِن ُكن ُت ْم َتعْ لَم‬
َ ‫ ُت ْؤ ِم ُن‬: ‫قال هللا تعالى‬
ِ ‫ون فِي َس ِب‬
Dalam ayat ini, Allah menerangkan tentang perniagaan yang menyelamatkan kita dari azab yang
pedih,iaitu kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan
jiwa. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Sebagaimana yang telah kita ketahui,
dalam peperangan Uhud yang disertai oleh Rasulullah dan para sahabat menemui kekalahan.
Menurut pandangan peribadi saya, faktor kekalahan pasukan Islam adalah akibat kecuaian ahli
pasukan memanah itu sendiri. Walau bagaimanapun, peperangan ini telah menjadi suatu iktibar pada
zaman Rasulullah S.A.W hinggalah kini di mana pengajarannya dapat kita menginterpretasikan di


dalam kehidupan seharian. Perang Uhud juga telah diceritakan secara terperinci oleh Ibn Kathir di
dalam kitabnya ini seperti peristiwa Hamzah b. ‘Abdal-Muttalib (r.a.) yang mati syahid.1
Perang Uhud2 berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah/26 Mac 625 Masihi antara
pasukan Quraisy Makkah yang dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin dibawah
pimpinan Nabi Muhamad s.a.w. Pasukan Musyrikin Makkah berjumlah tiga ribu orang lengkap
dengan senjata serta mendapat bantuan daripada beberapa kabilah Arab, antaranya Kinanah dan
Tihamah. Pasukan Muslimin pada mulanya berjumlah seribu orang tetapi pada saat-saat akhir,
Abdullah bin Ubaiy dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Oleh
itu, jumlah sebenar pasukan Muslimin yang terlibat pada ketika itu adalah seramai tujuh ratus orang
sahaja.
Dalam pertempuran dikaki gunung Uhud itu,saya mendapati banyak kitab-kitab yang
menceritakan bilangan para syuhada’ yang gugur ketika itu iaitu seramai 71 orang manakala dipihak
lawan hanya 23 orang sahaja yang terbunuh3.Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Muthalib.
Rasulullah sendiri mengalami luka-luka dibahagian muka dan gigi beliau turut patah dan para
sahabat juga mengalami penderitaan yang sama.

LATAR BELAKANG TERJADINYA PERANG UHUD
Kekalahan di Badar ialah satu keaiban bagi Quraisy dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja
tanpa pembelaan. Mengikut logik akal saya,orang yang paling menyesali akibat daripada peperangan

Badar adalah kaum Musyrikin dan kaum Yahudi. Walaubagaimana pun, mereka dilarang sama
sekali meratapi anggota keluarga mereka yang gugur. Mereka juga melarang daripada tergesa-gesa
menebus tawanan – tawanan. Tujuannya adalah supaya kaum Muslimin tidak mengetahui tahap
kesedihan mereka. Sejak kaum muslimin meraih kemenangan dalam perang Badar,dua kumpulan
tersebut menyimpan dendam terhadap kaum Muslimin.4

1

Ezad Azraai Jamsari,Salmy Edawati Yaacob,Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari. (2013 ) Rentetan Peperangan
Dalam Kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah Karya Ibn Kathir Al-Dimashqi. Jurnal Al-Tamaddun Bil. 8(2) 63-80
2

Uhud adalah nama sebuah gunung yang terletak di sebelah utara Kota Madinah dan jauhnya tiga mil dari
Madinah.Sehubungan dengan terjadinya peperangan antara kaum muslimin dan musyrikin itu terjadi di kaki gunung
tadi, terkenallah dalam riwayat sebutan Perang Uhud. Menurut keterangan Dr.Husain Haikal dalam Hayatu Muhammad
, jaraknya lima mil dari Madinah.
3

Perlu dijelaskan bahawa menurut Ibnu Ishaq , para korban tentera Islam dalam Perang Uhud itu adalah 65 orang,
tetapi menurut Ibnu Hisyam adalah 70 orang, yang terdiri atas 4 orang Muhajirin dan 66 orang Ansar. Al-Bukhari

meriwayatkan dari Anas bahawa para syuhada Perang Uhud itu ada 70 orang dan at-Tirmizi meriwayatkan dari Ubay
bin Ka’ab bahawa para syuhada Perang Uhud itu 70 orang yang terdiri atas 6 orang Muhajirin dan 64 orang Ansar.
4

Syaikh Shafiyur-Rahman al-Mubarakfury , Sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, Selangor;Crescent News (KL)
Sdn.Bhd,2006)..Hlm 349

PERSIAPAN KETENTERAAN MENGHADAPI MUSUH
Penduduk Makkah sudah bersiap sedia untuk berperang. Mereka mengumpulkan 3000 anggota
yang saya dan juga anda ketahui ia terdiri daripada orang-orang Quraisy dan para sekutu. Mereka
juga memperlawa kaum wanita sehingga 15 orang turut serta dan berperanan menaikkan semangat
berani mati anggota pasukan serta semangat mempertahankan kehormatan kaum wanita
mereka.Saya juga di jelaskan oleh buku yang berkaitan tentang perang Uhud dari segi jumlah
kelengkapan perang pasukan Quraisy iaitu berupa 3000 ekor unta,200 ekor kuda dan 700 baju besi.
Kepimpinan umum diserahkan kepada Abu Sufyan bin Harb yang kita ketahui, lantang dalam
menyuarakan kebenciannya terhadap Rasulullah. Pasukan berkuda mereka pula dipimpin oleh
Khalid bin Walid dengan bantuan Ikrimah bin Abu Jahal. Bendera diserahkan kepada Bani Abdud
Dar.5
Allah Ta’ala menurunkan firman-Nya yang berbunyi :


ْ ‫ص ُّد‬
ْ ‫ إِ َّن الَّ ِذينَ َكفَر‬: ‫قال هللا تعالى‬
‫يل ه‬
ُ ‫هللاِ فَ َسيُنفِقُونَهَا ثُ َّم تَ ُُك‬
ُ َ‫ُوا يُنفِقُونَ أَ ْم َوالَهُ ْم لِي‬
َ‫ون َعََ ْي ِه ْم ََس َْرً ثُ َّم يُ ََْْبُون‬
ِ ِ‫وا عَن َسب‬
ْ ‫َوالَّ ِذينَ َكفَر‬
َ‫ُوا إِلَى َجهَن َّ َم يُحْ َشرُون‬
6

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk
menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta
yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka
dikalahkan. dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.
Mereka membuat persiapan untuk melancarkan perang besar-besaran terhadap orang Islam
dengan tujuan menebus semula maruah mereka yang tercalar. Orang Kafir yang amat ghairah untuk
ke medan perang adalah Ikrimah bin Abi Jahal,Safwan bin Umaiyah, Abu sufyan bin Harb, dan
Abdullah bin Abi Rabi’a. Mereka berazam untuk menghancurkan pakatan Islam selama-lamanya.
Beberapa perwakilan dikirim menemui kesemua suku kaum Arab untuk membentuk pakatan

bersama menentang kebangkitan Islam. Saya difahamkan juga,kaum Musyrikin mengupah penyairpenyair untuk menarik perhatian puak-puak itu menentang orang-orang Islam.
Wanita-wanita Quraisy juga tidak ketinggalan dalam menyertai peperangan ini. Mereka dipimpin
oleh Hindun binti Uthbah,isteri kepada Abu Sufyan. Dalam usaha membangkitkan semangat
pasukan,mereka berjalan keliling barisan tentera musyrik sambil memukul rebana serta
mengumandangkan bait-bait syair ,antaranya “jika kamu terus mara , kami peluk kamu dan kami
sediakan hamparan empuk. Jika kamu mundur, kami akan berpisah. Perpisahan yang tidak mengenal
ramah”.
Beberapa hari sebelum peperangan,kita telah dapati,orang Quraisy berusaha menyemai bibit
pepecahan dan persengketaan antara orang Islam. Antaranya Abu Sufyan mengirim mesej kepada
puak Al-Ansar, yang berbunyi “ biarlah kami sahaja yang melawan sepupu-sepupu kami dan jangan
anda masuk campur. Kalau anda berkecuali,kami tidak akan menentang anda kerana anda bukanlah
sasaran kami.” Namun percubaan itu mengalami kegagalan. Tiada sebarang cubaan khianat dari

5 Syaikh Shafiyur-Rahman al-Mubarakfury , Sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, Selangor;Crescent News (KL)
Sdn.Bhd,2006).Hlm 373
6

Al-Quran Al-Karim,Resam Uthmani (AMAZING), surah Anfal Juzuk 9 ayat 36, ms 359

mereka.7Walaupun mereka mempunyai kelengkapan senjata dan anggota tentera yang ramai , namun

hati mereka masih risau dan takut akan peperangan yang bakal tercetus. Seperti yang telah
difirmankan oleh Allah :

ُ‫اَّلل َما لَ ْم ُي َن ِّز ْل ِب ِه س ُْل َطانا ً َو َمأْ َوا ُه ُم ال هنار‬
ِ ‫ َس ُن ْلقِي فِي قُلُو‬: ‫قا ل هللا تعالى‬
ِ ‫ب ِب َما أَ ْش َر ُكو ْا ِب ه‬
َ ْ‫ِين َك َفرُو ْا الرُّ ع‬
َ ‫ب الهذ‬
‫س َم ْث َوى ه‬
‫ِين‬
َ ‫الظالِم‬
َ ‫َو ِب ْئ‬
“Akan Kami masukkan ke dalam hati orang-orang kafir rasa takut, disebabkan mereka
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan tentang
itu. Tempat kembali mereka ialah neraka; dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang-orang
yang zalim.”8
Ibnu Ishaq berkata, “Para sahabat yang menginginkan pertemuan dengan orang-orang Quraisy
tetap berada di tempat Rasulullah S.A.W hingga baginda masuk rumah kemudian mengenakan baju
besi. Hari itu adalah hari jumaat dan itu terjadi ketika baginda selesai solat. Pada hari itu, salah
seorang daripada kaum Ansar, Malik bin Amr yang merupakan salah seorang dari Bani Najjar

meninggal dunia. Kemudian Rasulullah S.A.W memandikannya. Setelah itu, beliau menemui para
sahabat dan mereka semua menyesal. Mereka berkata, “Kita telah memaksa Rasulullah S.A.W untuk
keluar dan itu tidak cepat kami lakukan.” Ketika Rasulullah S.A.W bertemu para sahabat, mereka
berkata, “Wahai Rasulullah, kami telah memaksamu keluar dan itu tidak segera kami lakukan. Jika
engkau mahu, silakanlah duduk kembali (tidak usah keluar dari Madinah), mudah-mudahan Allah
memberi selawat kepadamu.” Rasulullah S.A.W bersabda, “Jika seorang Nabi telah mengenakan
baju besi, ia tidak segera menanggalkannya, namun ia wajib berperang.” Kemudian Rasulullah
S.A.W berangkat dengan seribu sahabat-sahabatnya.” Ibnu Hisyam berkata, “Rasulullah S.AW
menunjuk Ibnu Ummi Maktum untuk menjadi imam sementara bagi kaum muslimin di Madinah.”
Allah telah berfirman,

‫َال َو ه‬
‫هللاُ َس ِمي ٌع َعَِي ٌم‬
ُ ‫ َوإِ ْذ َغدَوْ تَ ِم ْن أَ ْهَِكَ تُبَ ِّو‬: ‫قال هللا تعالى‬
ِ ‫ئ ْال ُم ْؤ ِمنِينَ َمقَا ِع َد لِ َْقِت‬
"Dan (ingatlah), ketika kamu berangkat pada pagi hari dari (rumah) keluargamu akan
menempatkan para mu'min pada beberapa tempat untuk berperang. Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.9"
Rasulullah membahagikan pasukan kepada tiga kumpulan iaitu :
1- Kumpulan Muhajirin . Benderanya dipegang oleh Musy’ab bin Umair al-Abdari.

2- Kumpulan Aus dari kaum Ansar. Benderanya dipegang oleh Usaid bin Hudlair.
3- Kumpulan Khazraj dari kaum Ansar. Benderanya dipegang oleh al-Habbab bin Mundzir.
Tentera Islam terdiri daripada 1000 perwira,100 daripada mereka berbaju besi dan 50 lagi adalah
tentera berkuda.Keberangkatan tentera diumumkan dan bergerak ke arah dua orang Sa’d, lengkap
berbaju besi,yang berlari-lari di hadapan barisan.10

7

Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri. Cahaya Abadi
Munawwarah (1399H/1979M).Hlm 251
8

Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w , Universiti Islam Madina Al-

Al-Quran Al-Karim,Resam Uthmani (Al-Quran tajwid dan terjemahan) , surah al-Imran Juzuk 4 ayat 151 ms 69
Al-Quran Al-Karim,Resam Uthmani (Al-Quran tajwid dan terjemahan) , surah al-Imran Juzuk 4 ayat 121 ms 65
10
Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri. Cahaya Abadi Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w , Universiti Islam Madina AlMunawwarah (1399H/1979M). Hlm 244
9


Rasulullah tidak meminta pertolongan orang-orang Kafir.Rasulullah melakukan hal itu ketika
berangkat dari Madinah ke Uhud. Ia mendapati sekelompok Yahudi, sekutu Abdullah bin Ubay yang
ingin turut serta membantu Rasulullah. Namun, Rasulullah menolaknya dengan mengatakan “Jangan
minta pertolongan orang-orang musyrik dalam melawan orang musyrik sebelum mereka masuk
Islam.”11
Pasukan Madinah bermalam di Asy-Syaikhan, yang terletak di antara Uhud dan Madinah.
Menjelang terbit fajar, baginda dan pasukan meneruskan perjalanan hingga tiba di asy-Syauth yang
lokasinya hampir dengan tempat perkhemahan musuh. Disini , Abdullah bin Ubay melakukan satu
pengkhianatan dengan menarik diri dari menyertai peperangan tersebut dan sepertiga tentera (300
tentera) pulang ke Madinah mengikuti Abdullah bin Ubay. Abdullah bin Ubay juga hampir-hampir
dapat mempengaruhi Bani Harithah dari Kabilah Aus dan Bani Salmah dari Khazraj kerana sudah
ketakutan, namun tidak berjaya kerana Allah menolong kedua-duanya dengan menenangkannya.12
Ini dicerita oleh Allah dalam Al-Quran:

‫هللاُ َولِيُّهُ َما َو َعََى ه‬
‫َان ِمن ُُك ْم أَن تَ ْف َشالَ َو ه‬
َ‫هللاِ فَ َْيَت ََو َّك ِل ْال ُم ْؤ ِمنُون‬
ِ ‫ إِ ْذ هَ َّمت طَّآئِفَت‬: ‫قال هللا تعالى‬
"Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat
(untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka dan

(jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaklah orang-orang yang beriman itu
bertawakkal " 13 Selepas pemberontakkan dan pengunduran puak Munafik, bilangan anggota askar
Islam berkurang menjadi seramai 700 orang sahaja.
Setelah sampai di bukit Uhud,baginda mengatur pasukan tenteranya. Seramai 50 anggota dipilih
sebagai pasukan pemanah yang dipimpin oleh Abdullah bin Jubair bin Nu’man al-Anshari al-Ausi
al-Badari. Baginda memerintahkan pasukan ini berada di atas bukit yang terletak ditepi selatan
lembah Qanat yang kemudiannya dikenali sebagai Bukit Rumat. Bukit ini terletak kira-kira 150
meter kearah tenggara dari pasukan kaum Muslimin. Adapun tujuan pasukan ini jelas sekali
sebagaimana telah dinyatakan oleh Rasulullah “seranglah musuh yang menyerang kita dengan panah
pasukan berkuda. Jangan sampai kita disergap dari belakang! Tetaplah kamu berada ditempatmu,
sama ada ketika kita menang mahupun ketika kita mengalami kekalahan, agar musuh tidak
menyerang kita dari arah kamu”. Seterusnya baginda bersabda lagi, “ jika kamu melihat kami
dibinasa oleh musuh,janganlah kamu meninggalkan tempat sehingga aku mengirimkan utusan
kepada kamu”.14
Mengikut logik pemikiran saya,dengan menempatkan pasukan memanah diatas bukit
itu,bermakna sudah menutup salah satu ruang yang memungkinkan pihak lawan melakukan
serangan. Manakala pasukan lain pula, disayap kanan ditampatkan al-Mundzir bin Amr. Di sayap
kiri ditempatkan pula az-Zubair bin Awwam dan diperkuatkan lagi oleh al-Miqdad bin al-Aswad.
Az-Zubair diberi tugas melumpuhkan pasukan berkuda yang dipimpin oleh Khalid bin Walid.
Dibarisan hadapan , ditempatkan panglima-panglima perang kaum Muslimin yang terkenal dengan
keberaniannya. Strategi yang diatur oleh Rasulullah ini memperlihatkan kepada kita kepiawaian
kepimpinan Nabi s.a.w dalam bidang ketenteraan. Baginda memilih kedudukan yang terbaik di
11

Laela Pujiwati Nurhana, Perang Uhud , dicapai pada 13 November 2014 , laman web :
http://mypostsblog.wordpress.com/2013/07/28/perang-uhud/
12
Syaikh Shafiyur-Rahman al-Mubarakfury , Sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, Selangor;Crescent News (KL)
Sdn.Bhd,2006)..Hlm 379
13
14

Al-Quran Al-Karim,Resam Uthmani (Al-Quran tajwid dan terjemahan) , surah al-Imran Juzuk 4 ayat 121 ms 66
Shahihul Bukhari, kitab jihad 1:426

medan itu, padahal baginda datang setelah pihak musuh sudah pun melalui kawasan tersebut.
Baginda menjadikan bukit yang tinggi itu sebagai benteng belakang dan bahagian kanan. Ketika
peperangan sedang berkecamuk, kita dapati baginda membentengkan bahagian kiri dan belakang
dengan menutup satu-satunya ruang yang terdapat berdekatan pasukan Islam. Baginda juga memilih
tempat yang tinggi untuk perkhemahannya. Tempat tinggi yang sedemikian sekaligus menjadi
benteng pertahanan sehingga tidak perlu melarikan diri jika mengalami kekalahan, sebaliknya dapat
menangkis serangan musuh agar tidak jatuh ke dalam gengaman dan menjadi tawanan mereka.
Dengan demikian, baginda menimpakan kerugian besar kepada musuh jika mereka mahu
menduduki dan menyerang perkhemahan baginda. Baginda seakan mendesak musuh menempati
kawasan di bahagian bawah. Dengan itu mereka akan sukar untuk meraih kemenangan , juga sukar
untuk melarikan diri. Demikianlah usaha baginda dalam menggerakkan pasukan yang berlangsung
pada hari ketujuh bulan Syawal tahun ketiga Hijrah itu. Ramai yang memuji strategi Rasulullah.
Nabi Muhammad juga berpesan agar mereka jangan menyerang musuh terlebih dahulu, tetapi
membiarkan musuh mara dan serangan hanya boleh dilakukan selepas mendapat perintah
daripadanya.

PEPERANGAN ANTARA DUA PASUKAN
Pertempuran antara dua pasukan pun tercetus.Pertempuran lebih sengit berlaku di sekitar bendera
kaum Musyrikin. Bani Abbdud Dar silih berganti membawa bendera . 15 Disudut medan yang lain,
kedengaran semboyan yang dikumandangkan oleh kaum Muslimin, “amit(bunuh)…
amit(bunuh)…”. Adapun tentera kaum Musyrikin mengucapkan syiar, : Hai Uzza..! Hai Hubal..! 16
Demikianlah selanjutnya, syiar mereka masing-masing selalu diucapkan dengan suara yang sekeraskerasnya dan syiar-syiar itu dipergunakan juga sebagai ‘kod’ oleh tentera dari kedua-dua belah
pihak.17
Hamzah bin Abdul Muthalib berperang bagai seekor singa yang sedang mengamuk. Dia
membunuh satria-satria musyrik. Namun Hamzah bin Abdul Muthalib akhirnya terbunuh namun
bukan kerana pertarungannya dengan musuh dihadapannya akan tetapi beliau terbunuh secara curi
oleh Wahsyi bin Harb yang diupah oleh Hindun.18

15

Selepas pemimpin mereka, Talhah bin Abi Talhah terbunuh, bendera tersebut dibawa pula oleh Abu Syaibah Usman
bin Talhah. Selepas Abu Syaibah Usman bin Talhah terbunuh, dipegang pula oleh Abu Sa’ad Abi Talhah. Selepas dia
terbunuh, diganti pula dengan Musafi’ bin Talhah bin Abi Talhah. Selepas dia terbunuh, diambil pula bendera itu oleh
al-Jallas bin Talhah bin Abi Talhah dan dia juga terbunuh. Demikian lima orang dari satu keluarga iaitu keluarga Abi
Talhah bin Abdillah bin Usman bin Abdid Dar. Kemudian bendera itu dibawa oleh Artha’ah bin Syurahbil. Selepas
terbunuh, bendera itu dibawa oleh Syuraih bin Qarizh. Selepas dia juga terbunuh, bendera itu dipegang pula oleh Abu
Zaid Amr. Selepas Abu Zaid Amr terbunuh, diambil pula oleh anaknya Syurahbil bin Hasyim al-Abdari dan dia juga
terbunuh.Kemudian bendera ini dijulang pula oleh Shawab iaitu hamba dari Habsyah. Selepas hamba tersebut
terbunuh,bendera itu pun jatuh menyembah bumi sehingga tiada sesiapa yang sanggup menyentuhnya.
16

Uzza dan Hubal adalah dua berhala besar bagi kaum musyrikin bangsa Arab pada masa itu.

17

K.H Moenawar Chalil Kelengkapan taerikh nabi Muhammad SAW, jilid 3 (Jakarta ; Gema Insani Press,2001Hlm 118

18

Syaikh Shafiyur-Rahman al-Mubarakfury , Sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, Selangor;Crescent News (KL)
Sdn.Bhd,2006)..Hlm 392

Pasukan yang dipilih oleh Rasulullah mengambil kedudukan di Bukit Rumat adalah pasukan
yang mahir dalam mengendalikan suasana peperangan. Pasukan berkuda pihak Musyrik pimpinan
Khalid bin Walid sudah tiga kali melakukan serangan ke atas pasukan sayap kiri tentera Islam itu,
namun gagal lantaran dihujani anak panah pasukan Islam itu. Dalam peperangan ini, Allah telah
memberi pertolongan kepada kaum Muslimin serta menepati janji-NYA. Sehingga kaum Muslimin
pada babak pertama dapat mengucar-kacirkan barisan kaum Musyrikin Quraisy. Kaum Musyrikin
Quraisy mendapat pukulan bertubi-tubi daripada kaum Muslimin sehingga barisan wanita musyrik
berlari meninggalkan medan perang dalam ketakutan.19
Kaum Muslimin terus mengejar dan memukul mereka sehingga tidak ada seorang pun yang
berani berlawan, bahkan ada yang berlindung dibelakang isteri-isteri mereka. Kemudian keadaan
berbalik di mana kaum Musyrikin menguasai keadaan, ketika para pasukan pemanah menyimpang
dari perintah Rasulullah s.a.w. dan terjadilah perselisihan di antara mereka. Maka kaum Muslimin
mengalami penderitaan pada akhir peperangan ini, sebagai balasan yang setimpal terhadap
perselisihan dan penyimpangan mereka dari perintah Rasul.20

FAKTOR KEKALAHAN UMAT ISLAM DALAM PEPERANGAN UHUD
BERPUNCA DARI KELALAIAN PASUKAN PEMANAH
Ketamakkan punca kekalahan. Ketika pasukan pemanah ini melihat kekalahan di pihak Musyrikin
dan melarikan diri,mereka yakin bahawa mereka telah mencapai kemenangan.21 Mereka melihat
kaum Muslimin yang lain sedang memungut harta rampasan yang ditinggalkan oleh pihak musuh,
timbul pula rasa cinta terhadap dunia sehingga mereka berkata sesama sendiri, “ Ghanimah,
Ghanimah! Rakan-rakan kita sudah menang,apa lagi yang ditunggu?” Pemimpin mereka Abdullah
Bin Zubair mengingatkan tentang perintah Rasulullah. Namun sebahagian besar anggota pasukan
memanah seramai 40 orang,tetap turun mendatangi majoriti pasukan mereka yang berada dibawah
agar dapat sama-sama mengutip harta rampasan.
Pelanggaran arahan punca kegagalan untuk para tentera islam. Ini dipaparkan penembak
melanggar perintah Nabi dan terperangkap dalam kesilapan yang dahsyat dan membawa kepada
kepedihan yang tersangat berat dan kerugian yang dialami oleh umat Islam lalu menyedari
pentingnya ketaatan kepada arahan ketua.22
Salah tanggapan terhadap Pihak lawan. Saya secara peribadi beranggapan bahawa kaum
Muslimin silap dalam menafsir tindakan pihak lawan. Mereka mengira bahawa kaum Musyrikin
yang melarikan diri tidak akan kembali lagi ke medan pertempuran. Disebabkan itu, barisan
pertahanan belakang kaum Muslimin menjadi kosong, melainkan tinggal hanya Abdullah bin Zubair
bersama Sembilan lagi anggota yang tetap bertahan di atas bukit tersebut. Ibnu Ishaq berkata,
“pertahanan kaum Muslimin pun terdedah lalu mereka diserang musuh-musuh mereka. Hari itu ujian
19

Sirah Ibnu Hisyam,jilid 2, halaman 77

20

Sayyid Quthb Tafsir fi zhilalil qur’an : Dibawah naungan al Quran.Jilid 2.( Jakarta ; Gema Insani Press,2001).Hlm 168

21

Abu Bakar Omar. Muhammad bin Abdullah:Perjalanan Hidup Seorang Nabi,( Selangor;Pustaka Ilmuan,2011)Hlm 195
‫ در المعرفة بيروت لبنان‬.)2008( .‫ا لدكتور عَي محمد الصالبى السيرً النبوية يحرض وقائع وتحَيل أَداث‬

22

dan hari pembersihan dimana Allah memuliakan kaum Muslimin dengan memberi kesempatan mati
syahid kepada mereka.23
Ketangkasan idea pemimpin berkuda kaum Musyrikin dalam merebut peluang kemenangan.
saya akui ketangkasan Khalid bin Walid dalam menyambar peluang yang ada dengan mudah tanpa
memerlukan masa yang agak lama untuk bertindak.Khalid bin Walid dengan pintar merebut peluang
tersebut lalu menyerang dari belakang tentera Islam dan mengepung mereka. Abdullah dan
orangnya tertewas dengan mudah hasil serangan dari belakang itu, manakala pasukan berkuda
Khalid bin Walid bersorakkan kemenangan dan menandakan perkembangan terbaru dalam
ketenteraan. Tentera Kafir sekali lagi membuat serangan balas dan seorang wanita kafir , ‘Umra binti
‘Alqama Al-Harithiyah ,meluru mengambil semula panji mereka yang jatuh dan mengibarkannya
semula. Semangat juang kembali semula, orang-orang Kafir berkumpul disekeliling panji itu dan
melaung-laung antara satu sama lain sehingga mengepung tentera Islam sekaligus berdiri teguh
bertarung semula.
Pada waktu yang sangat genting tersebut, kita dapati Tentera Islam terperangkap diantara dua
kemungkinan. Rasulullah s.a.w di antara sebilangan kecil pejuang,seramai sembilan orang berada di
belakang barisan askar memerhati pertarungan berani perjuang-perjuang baginda. Mereka
terperangkap secara mengejut oleh Khalid dan askarnya,dan ini menyebabkan baginda terpaksa
memilih di antara dua pilihan :
1. Lari menyelamatkan diri baginda dengan meninggalkan tenteranya menemui ajal.
2. Mengambil risiko tinggi melibatkan jiwa,dengan mengumpulkan semula barisan Islam,dan
merempuh ke bukit-bukau Uhud untuk menyelamatkan tentera yang terkep
.
Tanpa berlengah, dengan kebijaksanaan dan keberanian tiada tolok bandingnya , saya dan juga
para pembaca yakin bahwa Rasulullah membuat pilihan yang tepat dengan memilih jalan kedua.
Dengan suara yang lantang baginda menyeru para sahabat “wahai hamba Allah!” baginda tahu
laungan suaranya dapat didengari oleh tentera Kafir sebelum didengari tentera Islam. Baginda
mengambil risiko tinggi dalam situasi yang paling genting ini. Para Musyrik mengenali suara
baginda dan mendahului tentera Islam untuk sampai ke posisi baginda. Mereka menyerang baginda
dengan sepenuh kekuatan yang ada pada mereka sebelum para sahabat meluru datang membantu.

KESAN DARIPADA KELALAIAN PASUKAN PEMANAH
Selepas kematian Ibn Sakan,hanya dua orang sahaja yang melindungi Rasulullah pada ketika itu
iaitu Talhah bin ‘Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqas. Peluang itu tidak dilepaskan oleh musuh
Islam, dan mereka cuba hendak membunuh Rasulullah dengan tangan mereka. ‘Utbah bin Abi
Waqas membalingnya dengan batu dan salah satunya mengenai muka Rasulullah. Gigi hadapan
sebelah kanan bawah turut tercedera. Bibir bawah juga luka. Serangan Abdullah bin Syihab pula
menyebabkan dahi baginda terkoyak. Abdullah bin Qami’a membelasah bahu baginda dengan
pedangnya dan kesan pukulan itu menyebabkan Rasulullah menderita selama sebulan sekalipun ia
tidak kuat tetapi cukup untuk mengoyakkan baju besinya. Selain pada bahu, dia juga menghentam
23

Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam Al-Muafiri Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, jilid 2, (Jakarta Timur;Darul
Falah,1415H/1994).Hlm 42

dengan kuat pada pipi baginda dan menyebabkan dua relang sekeliling helmet itu tembus lantas
menikam pipi Rasulullah.
At-Tabarani meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : “Murka Allah amatlah hebat keatas
siapa yang mencemar muka Pesuruh-NYA.” Lalu baginda terdiam sejenak dan kemudian
menyambung semula, katanya: “ Ya Allah,ampunilah umatku kerana mereka tidak ada
ilmu.”Kesemua peristiwa itu berlaku amat pantas. Sekiranya para sahabat Nabi s.a.w sedar satu
keadaan sedemikian genting,pasti mereka meluru dengan segera dan tidak akan membiarkan
Rasulullah mengalami kecederaan. Malangnya mereka tiba di situ setelah Rasulullah menerima
seksaan dan enam orang Al Ansar terbunuh sementara yang ketujuh sedang terkial-kial berlawan
sekalipun badannya dipenuhi tikaman tetapi tetap bertarung habis-habisan demi melindungi Nabi.
Bilangan tentera Kafir semakin meningkat dan secara automatik kita yakin bahawa serangan
mereka juga semakin hebat. Tekanan mereka yang bertambah sehingga menyebabkan Rasulullah
s.a.w terjatuh ke dalam sebuah lubang yang direka oleh Abu ‘Amir Al-Fasiq untuk dijadikan
perangkap. Lutut baginda tercalar dan Ali membantunya dengan menggenggam tangannya ke atas,
sementara Talha bin U’baidullah meletakkannya ke atas riba sehingga baginda dapat berdiri semula.
Berkata Nafi’ bin Jubair, “ aku mendengar seorang Al-Mujahirun berkata, “aku menyaksikan perang
uhud dan nampak bagaimana anak panah ditujukan kepada Nabi s.a.w dari segenap arah, tetapi tiada
satu pun yang mengenainya.”
Peristiswa ini sangat bertepatan dengan ayat 152,surah al-Imran :

‫صدَ َق ُك ُم ه‬
َ ‫هللاُ َوعْ دَ هُ إِ ْذ َتحُ سُّو َنهُم ِبإِ ْذ ِن ِه َح هتى إِ َذا َفشِ ْل ُت ْم َو َت َن‬
‫ص ْي ُتم مِّن َبعْ ِد‬
َ ‫ َولَ َق ْد‬: ‫قال هللا تعالى‬
َ ‫ازعْ ُت ْم فِي األَمْ ِر َو َع‬
ُ
ُ
‫ص َر َف ُك ْم َع ْن ُه ْم لِ َي ْب َتلِ َي ُك ْم َولَ َق ْد َع َفا َعن ُك ْم َو ه‬
‫هللا ُ ذو‬
ِ ‫َما أَ َرا ُكم مها ُت‬
َ ‫ُّون مِن ُكم مهن ي ُِري ُد ال ُّد ْن َيا َومِن ُكم مهن ي ُِري ُد اآلخ َِر َة ث هم‬
َ ‫حب‬
‫ِين‬
َ ‫َفضْ ٍل َعلَى ْالم ُْؤ ِمن‬
yang bermaksud, “Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan
pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan
izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu
berbalah dalam urusan (perang) itu serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah)
sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta
rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata dan di
antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada
menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu dan sesungguhnya Allah telah
memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya) dan (ingatlah), Allah sentiasa
Melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.
Mush’ab bin Umair bertempur bermati-matian membela Nabi s.a.w dari serangan Ibnu Qami’ah
dan kawan-kawannya. Bendera Muslimin dipegang oleh Mush’ab . Tangan kanannya terputus
dilibas padang musuh,lalu mengambil bendera dengan tangan kirinya dan tetap juga menghadapi
orang-orang Kafir sehingga tangan kirinya pula terputus. Kemudian , beliau menelungkup di atas
bendera untuk menyepitnya dengan dada dan lehernya dan ketika ini dilibas musuh lalu gugur.
Beliau dibunuh oleh Ibnu Qami’ah yang mana pada masa itu menyangka Rasulullah s.a.w kerana
wajah itu mirip baginda. Setelah membunuh Mush’ab ,Ibnu Qami’ah berlalu menuju kaum
Musyrikin sambal berteriak, “Muhammad telah terbunuh”.
Isu tentang terbunuhnya Rasulullah s.a.w tersebar dikalangan kaum Musyrikin bahkan juga
kaum Muslimin. Para sahabat tersepit di tangah-tengah kaum Musyrikin dan tidak bersama
Rasulullah ketika itu. Sebaik sahaja isu terbunuhnya Rasulullah tersebar, maka lunturlah semangat
mereka. Seterusnya barisan pertahanan Islam pun menjadi kacau. Namun isu tersebut juga

meringankan tahap serangan kaum Musyrikin kerana menyangka telah benar-benar berjaya
mencapai tujuan yakni membunuh Rasululllah.
Dalam suasana yang tidak pasti tentang keadaan Nabi s.a.w bahkan setengahnya yakin sudah
dapat membunuhnya,lalu mereka pun bersiap-siap untuk pulang ke Makkah. Sebahagian mereka ,
begitu juga isteri-isteri mereka sibuk mencincang mayat-mayat kaum Muslimin. Mereka memotong
telinga ,hidung dan kemaluan. Ada juga yang membelah perut para shuhada tersebut. Hindun binti
Utbah memotong hati Hamzah,lalu menguyahkannya dan memuntahkannya dengan maksud
melampiaskan dendam kesumat atas kematian ayahnya pada perang Badar.. Dia menjadikan telinga
dan hidung yang dipotong sebagai gelang kaki. Betapa bencinya dia pada Hamzah sehingga sanggup
melakukan perkara tersebut.
Mengenai Perang Uhud ini terdapat beberapa ayat yang berisi nasihat untuk menghiburkan
kesedihan kaum Muslimin atas kekalahannya dan mengingatkan akan sebab-sebab terjadinya
kekalahan itu. Dalam surat Ali Imran ayat 139 sampai ayat 142 :

‫ إِن َي ْم َسسْ ُك ْم َقرْ ٌح َف َق ْد‬.‫ِين‬
َ ‫ َوالَ َت ِه ُنوا َوالَ َتحْ َز ُنوا َوأَن ُت ُم األَعْ لَ ْو َن إِن ُكن ُتم م ُّْؤ ِمن‬: ‫قال هللا تعالى‬
‫ش َه َداو َو ه‬
‫اس َولِ َيعْ لَ َم ه‬
ُ ‫ِين آ َم ُنو ْا َو َي هت ِخ َذ مِن ُك ْم‬
َ‫هللا ُ ال‬
َ ‫هللا ُ الهذ‬
َ ‫َمسه ْال َق ْو َم َقرْ ٌح م ِّْثل ُ ُه َوت ِْل‬
ِ ‫اولُ َها َبي َْن ال هن‬
ِ ‫ك األيها ُم ُن َد‬
‫ُيحِبُّ ه‬
‫ص ه‬
‫ أَ ْم َحسِ ْب ُت ْم أَن َت ْد ُخلُو ْا ْال َج هن َة َولَمها َيعْ لَ ِم‬. ‫ين‬
َ ‫ِين آ َم ُنو ْا َو َيمْ َح َق ْال َكاف ِِر‬
َ ‫هللا ُ الهذ‬
َ ِّ‫ َو ِل ُي َمح‬. ‫ِين‬
َ ‫الظالِم‬
‫ه‬
‫ين‬
َ ‫هاب ِر‬
َ ‫هللا ُ الهذ‬
ِ ‫ِين َجا َه ُدو ْا مِن ُك ْم َو َيعْ لَ َم الص‬
Dikatakan “Dan janganlah kamu lemah semangat dan janganlah bersedih hati, dan kamulah orangorang yang lebih tinggi derajatnya, jika kamu benar-benar beriman. Jika kamu (pada perang uhud)
mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapatkan luka yang serupa.
Demikianlah, masa kami pergantikan antara manusia, agar mereka mendapat pelajaran dan supaya
Allah membedakan orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang kafir dan supaya sebagian
kamu gugur sebagai syahid. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan agar Allah
membersihkan orang-orang beriman (dari dosa-dosanya) dan membinasakan orang-orang yang
kafir. Apakah kamu mengira kamu akan masuk surga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang
yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (Ali Imran: 139-142)

HIKMAH DAN TUJUAN MULIA PERANG UHUD
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menghendaki dan menetapkan demikian supaya menjadi sebab
kekalahan mereka untuk mengambil pelajaran dari hikmah yang banyak disebalik berlakunya
peperangan tersebut.Peperangan ini mengkhabarkan kepada kaum Muslimin tentang akibat
perlanggaran perintah yang dilakukan oleh pasukan pemanah. Menyedari tentang bahayanya
pengaruh kebendaan dalam diri pejuang Islam yang boleh menyebabkan kita bakal ditimpa dengan
kekalahan dan kehinaan maka umat Islam mesti berusaha menghindari penyakit merbahaya ini
daripada terus subur apatah lagi menjadi budaya hidup. Selagi masih ramai pemimpin dan rakyat
yang beragama Islam yang mengamalkan budaya rasuah atau mudah dijual beli dengan wang maka
perjuangan dalam menegakkan Islam masih jauh lagi untuk dicapai.
Selain itu, seandainya setiap peperangan membawa kemenangan bagi tentera Islam,sudah tentu
ramai yang menyertai peperangan bersama Rasulullah walaupun mereka tidak memeluk Islam dan

juga bukan niat mereka memperjuangkan agama Islam semata-mata. Akhirnya sukar untuk
membezakan yang mana benar-benar beriman dan yang mana mendustakan kebenaran.
Hikmah yang lain ialah Allah menyediakan kepada hamba-hamba-NYA yang beriman,tempattempat di negeri mulia-NYA yang tidak dicapai oleh amalan-amalan biasa mereka melainkan Allah
mentakdirkan ujian-ujian untuk menghantarkan ke tempat-tempat berkenaan(Syurga).

KESIMPULAN
Kekalahan dalam Perang Uhud juga telah menimbulkan krisis keyakinan di kalangan umat Islam
yang tipis imannya.Perang Uhud telah memberikan pengajaran kepada tentera Islam agar mentaati
serta mengikuti taktik yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam kita menghadapi kehidupan
yang penuh dengan pancaroba, semestinya banyak dugaan keduniaan yang menarik perhatian kita
sebagai seorang manusia.. Dugaan dunia yang kita hadapi adalah terdiri daripada tamakkan harta,
pangkat, dan juga wanita. Tatkala diri dipenuhi dengan hawa nafsu, sudah pastinya diri akan jauh
daripada petunjuk Allah. Oleh sebab itu, kita perlu berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
dengan memohon agar dijauhkan daripada sifat hubb Al-dunya (cintakan dunia) yang mana ia
merupakan salah satu sifat mazmumah. Bukanlah di sini beerti, perkara keduniaan diketepikan
secara mutlak. Namun keseimbangan hal dunia dengan hal akhirat (dengan sifat wasathiah) amat
diperlukan bagi seseorang muslim pada masa kini di dalam menghadapi kehidupan harian. Hal ini
diperkuatkan dengan hadis Rasulullah S.A.W diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A iaitu:
“ Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar
berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk
menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan
perjalanan ”
Dengan ini,jelaslah kepada kita bahawa perang Uhud amat besar ertinya kepada umat Islam
kerana perang ini merupakan satu pengajaran pahit untuk mereka dan memberikan juga pengajaran
kepada kita untuk memperbaiki kesilapan hidup kita.Mereka mula menyedari tentang pentingnya
mematuhi perintah-perintah Rasulullah s.a.w dan para pemimpin.Selepas perang Uhud umat Islam
semakin bersedia menghadapi musuh mereka secara bersama-sama. Pihak Islam mula menyedari
bahawa golongan Yahudi dan munafik tidak boleh diharapkan untuk mempertahankan kota
Madinah. Umat islam juga menyedari bahawa orang-orang Quraisy tidak akan menghentikan segala
tindakan mereka ke atas umat Islam selagi Islam tidak dihapuskan .Perang ini membuktikan kaum
Quraisy memang sentiasa berazam untuk menghancurkan Islam pada bila-bila masa tanpa diduga.

Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Uhud adalah 3 batu dari Madinah dan 247 km
dari Mekah.24 Jauhnya kira-kira enam kilometer dari Masji Nabawi. Dinamakan Gunung Uhud
kerana keadaannya yang tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh
gunung itu tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah.

24

Seyyid Saeed Akhtar Rizvi , Islam ( Bilal Muslim Mission of Tanzania :Dar es Salam,1967 ) Hlm 26

BIBBLIOGRAFI
Abdul Latib Talib, Perang Uhud ,Sejarah Duka Tentera Islam, (Batu cave,Selangor;PTS
Litera Utama Sdn. Bhd,2011)

Syaikh Shafiyur-Rahman al-Mubarakfury , Sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W,
Selangor;Crescent News (KL) Sdn.Bhd,2006).

Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri. Cahaya Abadi Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w , Universiti
Islam Madina Al-Munawwarah (1399H/1979M)

Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam Al-Muafiri Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, jilid 2,
(Jakarta Timur;Darul Falah,1415H/1994).

Abu Bakar Omar. Muhammad bin Abdullah:Perjalanan Hidup Seorang Nabi,( Selangor;Pustaka
Ilmuan,2011)

K.H Moenawar Chalil (2001).Jilid 3.Kelengkapan tarikh Nabi Muhammad S.A.W . Jakarta :
Gema Insani Press.
Sayyid Quthb Tafsir fi zhilalil qur’an : Dibawah naungan al Quran.Jilid 2.( Jakarta ; Gema
Insani Press,2001)
‫ در المعرفة بيروت لبنان‬.)2008( .‫الدكتور عَي محمد الصالبى السيرً النبوية يحرض وقائع وتحَيل أَداث‬

Seyyid Saeed Akhtar Rizvi , Islam ( Bilal Muslim Mission of Tanzania :Dar es Salam,1967 )

Ezad Azraai Jamsari,Salmy Edawati Yaacob,Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari. (2013 )
Rentetan Peperangan Dalam Kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah Karya Ibn Kathir Al-Dimashqi. Jurnal
Al-Tamaddun Bil. 8(2) 63-80

Mohd Shahrizal Nasir (2011) . Pemanfaatan ayat al-quran serta sebab penurunannya (sebab alnuzul) dalam novel perang Uhud karya Abdul Latif . Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22.

RUJUKAN