ELEMEN KEBANGSAWANAN DALAM PEMILIHAN PEM

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

ELEMEN KEBANGSAWANAN DALAM PEMILIHAN
PEMIMPIN: ANALISIS KONTEKSTUAL PEMILIHAN
SAYYIDUNĀ ABŪ BAKR RAḌIYALLAHU CANHU DAN
SAYYIDUNĀ MUCĀWIYAH RAḌIYALLAHU CANHU
Mohd Haidhar Kamarzaman, Norakmal Azraf Awaluddin,
Muhammad Akmal Othoman & Yusri Mohamad Ramli**
Abstact
The selection of national leaders in Islam is a topic that has long
been debated over the years because being a leader is a very heavy
responsibility in consonance with its symbolic significance as a
khalīfah (vicegerent) for the Prophet Ṣallallahu cAlaihi Wasallam in
spreading Islam and governing the people to submit to Allah
Subḥānahu Watacālā. One of the factors that influences the selection
of leaders is the criterion of aristocratic lineage or nobility.
Therefore, this article focuses on the history of how element of the
Quraish aristocratic lineage of Sayyidunā Abū Bakr Raḍiyallahu
c
Anhu became the most influential factor in his appointment as the
first Islamic Caliph as well as Sayyidunā Mucāwiyah Raḍiyallahu

c
Anhu as the first sovereign from the Umayyad Dynasty. The main
method used here is literature study whereby references are made to
all works related to the matters discussed at hand. The findings of
this study revealed that aristocratic lineage is one factor that
complements the selection of a leader, albeit not conclusively. Even
the aristocratic term was being used to fit in with the local culture as
exemplified in the context of previous elections of Caliphs of Islam.

Pendahuluan
Islam dan politik adalah simbiosis yang sama sekali tidak dapat
dipisahkan kerana pengamalan politik yang berlandaskan kehendak
Tuhan Subḥānahu Watacālā dan sunnah RasulNya Ṣallallahu cAlaihi


Pelajar sarjana di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
**
Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.


71

MOHD HAIDHAR DAN RAKAN-RAKAN

Wasallam serta para Sahabatnya Raḍiyallahu cAnhum akan menjamin
kelangsungan cahaya Islam di muka bumi ini. Kajian ini menjurus
kepada pemilihan pemimpin yang diamalkan pada zaman awal Islam
khususnya Sayyidunā Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu dan Sayyidunā
Mucāwiyah Raḍiyallahu cAnhu. Ini kerana, sejak dari zaman inilah
yang menjadi sebab utama bagaimana kebanyakkan ulama
mewartakan bahawa kebangsawanan adalah faktor penting dalam
melantik pemimpin.
Namun, sebagaimana yang dikatakan oleh Syed Muhammad
Naquib al-Attas & Wan Mohd Nor Wan Daud1, kepimpinan dalam
Islam bukan sahaja berkaitan menguruskan perubahan tetapi apa yang
lebih penting ialah menguruskan kehidupan dengan kesedaran yang
penuh, tetap dan juga tidak berubah. Kepimpinan itu adalah amanah,
yang datang sekali dengannya adalah tanggungjawab dan kebolehan.
Justeru persoalannya di sini, apakah Islam memandang kepada

darah kebangsawanan dalam pelantikan pemimpin ini? Adakah
golongan berada sahaja yang seharusnya memegang tampuk
pemerintahan di dunia Islam? Adakah kebangsawanan hanyalah
sebagai suatu kebetulan dalam sejarah pemilihan pemimpin-pemimpin
Islam. Kajian ini mengupas persoalan-persoalan ini berdasarkan
analisis kepada pemilihan Sayyidunā Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu dan
Sayyidunā Mucāwiyah Raḍiyallahu cAnhu sebagai khalīfah pada
zaman mereka.
Pendefinisian Bangsawan
Tidak lengkap kajian ini jika tidak diterangkan definisi
kebangsawanan ini terlebih dahulu dalam memberi gambaran umum
mengenai terma ini. Kebangsawanan adalah terminologi yang asal
kalimahnya adalah bangsa yang merujuk kepada jenis manusia
daripada sesuatu keturunan yang memiliki kemuliaan dan darjat yang
tinggi di mata masyarakat. Justeru, bangsawan ialah orang yang
berketurunan mulia. Manakala makna kebangsawanan pula adalah

1

Syed Muhammad Naquib Al-Attas & Wan Mohd Nor Wan Daud. The Iclif

Leadership Competency Model (LCM): an Islamic perspective. (Kuala Lumpur:
International Center For Leadership In Finance (ICLIF). 2007). Hlm. 6.

72

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

kedudukan yang bersifat bangsawan dan sifat kemuliaan2. Manakala
dalam bahasa Inggeris istilah yang digunakan adalah aristocracy,
aristocrat dan aristocratic yang mana membawa makna pemerintahan
oleh golongan bangsawan, orang dari golongan bangsawan dan
kelakuan seperti orang bangsawan.3 Ini jelas menunjukkan bahawa
dalam konteks Melayu, melihat kebangsawanan adalah istilah yang
merujuk kepada keturunan atau nasab yang mulia jika dibandingkan
dengan rakyat marhaen. Bangsawan amat sinonim dengan keturunan
sultan, raja, pemimpin atau pembesar.
Manakala jika ditinjau pendefinisian kebangsawanan di Barat,
istilah bangsawan ini sangat sinonim dengan terma feudal atau feudol.
Dalam Bahasa Jerman pula edelinge, Bahasa Latin pula nobiles yang
membawa makna yang sama dengan bangsawan. Status

kebangsawanan ini membolehkan seseorang yang memilikinya
mendapat status yang sangat tinggi berbanding dengan rakyat lain dan
yang pastinya golongan-golongan ini sering dilantik sebagai pemimpin
sesebuah komuniti hatta sesebuah negara. Di samping itu, ada juga
yang mengganggap bahawa golongan feudal ini adalah suci dan
memiliki hak istimewa yang asli. Namun sejarah feudalisme di Barat
tidak bertahan lama kerana keangkuhan dan keegoan sebagai
pemimpin sehingga revolusi serta rampasan kuasa berlaku.4
Berlandaskan kepada definisi ini, tabiat pemerintahan kebangsawanan
itu tidak bertahan lama jika pemerintah sentiasa bermegah-megah
sehingga meninggikan keegoan, korupsi dan pelbagai lagi masalah
sehingga ia dijatuhkan sendiri oleh rakyat mereka sendiri.
Dalam budaya atau tamadun China pula, bangsawan
diistilahkan sebagai shen-shih yang menggambarkan sekumpulan
kelompok manusia yang memiliki posisi dan fungsi tertentu dalam
masyarakat tradisional China. Ini berlaku setelah kejatuhan era feudal
di China dan digantikan dengan sistem maharaja sekitar abad 200 S.M.
Selain itu, kebangsawanan juga disebut sebagai shih ta fu yang
bermaksud pejabat cendekiawan. Di zaman feudal, shih (bangsawan)
2


Kamus Dewan. Ed. ke-4. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005). Hlm.
123.
3
Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.1985). Hlm. 62.
4
Sartono Kartodirdjo. Elite dalam perspektif sejarah. (Jakarta: Lembaga Penelitian,
Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial. 1981). Hlm. 26-27.

73

MOHD HAIDHAR DAN RAKAN-RAKAN

dan ta fu (rakyat) jurangnya adalah sangat besar sehingga menyekat
kebebasan para rakyat. Situasi di China sama sahaja di mana sahaja
yang mengamalkan sistem kebangsawanan pasti tidak dapat terhindar
dari kancah keegoan dan keangkuhan sehingga wujudnya gerakan
bawah tanah yang cuba untuk menggulingkan kekuasaan
kebangsawanan raja tersebut. Kata mudahnya “tahkta yang diperolehi

secara kekerasan akan dihancurkan dengan kekerasan juga”. Bahkan
dalam sejarah China, tiada raja yang diturunkan tahkta dengan
sukarela. Jelas menunjukkan kepada kita bahawa kebangsawanan yang
berlandaskan kepada keturunan sama sahaja situasinya dengan di Barat
iaitu tidak bertahan lama.5
Berdasarkan kepada definisi yang dikemukakan di atas, dapat
disimpulkan kebangsawanan secara umumnya itu sangat berkait-rapat
dengan pertalian darah yang mewakili setiap pemimpin yang dilantik
yang dianggap mulia, tinggi dan hebat dalam kalangan penduduk
sesebuah negara. Di samping itu, sejarah di Timur dan Barat
menyaksikan bahawa kedudukan seseorang bangsawan dalam
mempertahankan tampuk pemerintahan itu amat sukar kerana sifatnya
yang sentiasa membangga diri dan tidak memandang ke bumi apabila
sudah mengecapi langit.
Syarat-Syarat Perlantikan Pemimpin
Pada zaman awal Islam, kepimpinan tertinggi yang memegang jawatan
pemimpin utama menggunakan istilah khalīfah. Secara umumnya
khalīfah juga sinonim dengan al-imām dan juga sulṭān. Secara
bahasanya khalīfah bermaksud yang berada di belakang atau yang
mengganti dan dalam menyesuaikannya dengan konteks politik, ia

membawa maksud seseorang yang berada di belakang Rasulullah
Ṣallallahu cAlaihi Wasallam dan menggantikannya dalam menegakkan
hukum-hukum Islam. Dalam erti kata lain khalīfah ialah seseorang
ketua yang dilantik bagi menjalankan perintah-perintah agama dan
mengurus dunia sebagai pengganti Nabi Muhammad Ṣallallahu cAlaihi
Wasallam. Ibn Khaldūn melihat khalīfah adalah seseorang yang
dipertanggungjawabkan sebagai wakil Nabi dalam menjalankan

5

Hsiao Tung Fei. The China's gentry: essays in rural-urban relations. (Chicago:
University of Chicago Press. 1953). Hlm. 114-115.

74

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

siyāsiyyah dan juga agama yang pada akhirnya nanti membawa kepada
kebahagiaan dunia dan akhirat.6
Pelantikan khalīfah atau pemimpin bukan satu jawatan yang

sengaja diputuskan oleh sesiapa sahaja. Ini kerana ia juga adalah
perintah dari Tuhan. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah
Subḥānahu Watacālā:
         

        

       
 

Tafsirnya: Apakah kamu (tidak percaya) dan hairan bahawa
datang kepadamu peringatan dari Tuhanmu yang dibawa
oleh seorang laki-laki di antara kamu untuk memberi
peringatan kepadamu? Dan ingatlah oleh kamu sekalian di
waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti
(yang berkuasa) sesudah lenyapnya kaum Nūh, dan Tuhan
telah melebihkan kekuatan tubuh dan perwatakanmu
(daripada kaum Nūh itu). Maka ingatlah nikmat-nikmat
Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.7


Allah berfirman lagi:
         

        

         

Tafsirnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para
Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
al-Kharbuṭlī, cAlī Ḥusnī. al-Islām wa al-khilāfah. (Bayrūt: Dār al-Bayrūt li alṬibācah wa al-Nashar.1969). Hlm. 31.
7
Surah al-Acrāf, 7:69.

6

75

MOHD HAIDHAR DAN RAKAN-RAKAN

khalīfah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau

hendak menjadikan (khalīfah) di bumi itu orang yang akan
membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,
padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau
dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya
Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.8

Ini jelas menunjukkan bahawa pelantikan khalīfah bukan
sahaja membawa misi kelangsungan untuk hidup di dunia ini tetapi
misi yang lebih penting adalah membawa misi kelangsungan sistem
Islam terus bersinar dan berkembang. Oleh yang demikian, syaratsyarat untuk menjadi pemimpin dalam Islam adalah sangat ketat.
Selayaknya dalam mengkaji mengenai politik Islam, antara tokoh yang
paling terkenal membicarakan hal ini ialah Ibn Khaldūn menerusi
karya utamanya iaitu Muqaddimah. Dalam karyanya ini, Ibn Khaldūn
secara terperinci membincangkan mengenai ciri-ciri pemimpin yang
perlu ada pada individu yang mahu bergelar seorang pemimpin
menurut Islam. Antaranya adalah:
i.
ii.
iii.
iv.

v.

Pengetahuan.
Berhemah tinggi.
Berkesanggupan.
Pancaindera dan anggota badan yang tidak mempunyai
sebarang kecacatan yang mampu mempengaruhi pertimbangan
dan tindakannya sebagai pemimpin.
Berketurunan Quraish.

Manakala Ibn Hazm mendahulukan kebangsawanan Quraish
dalam pensyaratan pemilihan pemimpin dalam Islam. Kemudiannya
barulah, Ibn Hazm mengemukakan syarat yang menyusul iaitu baligh,
lelaki, muslim, tidak cacat, tegas, berani, tidak kedekut dan tidak
membazir.9 Al-Bāqillānī pula telah mengemukakan empat syarat iaitu:
i.
ii.
8
9

Seorang yang berbangsa Quraish.
Seorang yang memiliki keilmuan.

Surah al-Baqarah 2:30.
Muḥammad Yūsuf Mūsā. Niẓām al-hukm fī al-Islām. (al-Qāhirah: Dār al-Kitāb alc
Arabī. 1963). Hlm. 52.

76

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

iii.

Kemampuan untuk memimpin peperanan dan mentadbir
tentera dan mampu untuk melindungi rakyat dari kezaliman
dan mampu juga untuk menentang kezaliman tersebut.

Al-Baghdādī mengatakan pemimpin itu perlu memiliki syaratsyarat seperti seorang yang berilmu dan adil, mampu memimpin
politik dan baik pentadbirannya dan juga nasabnya mesti Quraish.
Begitu juga al-Māwardī meletakkan beberapa syarat iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Adil.
Berilmu dalam berijtihad dan menurunkan hukum.
Baik pancainderanya.
Baik anggota badannya.
Pentadbiran yang baik.
Mampu berjihad.
Nasab iaitu Quraish.

Abū Yacla pula mengatakan pemimpin itu mesti berbangsa
Quraish, alim, berkemampuan dalam memimpin peperangan, politik
dan menjatuhkan hukuman dan juga paling afdāl dalam kalangan
manusia yang beragama.10 Jikalau kita lihat pendapat-pendapat tokohtokoh Islam di atas, ternyata keturunan atau kebangsawanan menjadi
satu syarat penting dalam pemilihan seseorang khalīfah atau pemimpin
Islam. Mengapa faktor kebangsawanan Quraish menjadi sangat
dominan dalam pemilihan pemimpin?
Sejenak persoalan timbul dalam beberapa persepsi,
mengapakah dalam kesemua teori-teori kepimpinan di atas diletakkan
syarat oleh ulama-ulama muktabar Islam dihadirkan dengan syarat
kebangsawanan iaitu berbangsa Quraish yang dilihat sebagai kaum
yang paling mulia di kalangan bangsa Arab? Dari sudut ini perlu
dilihat dalam beberapa aspek persoalan iaitu mengapa kaum Quraish
dan bukan kabilah Arab yang lain yang jumlahnya beratus-ratus dan
pelbagai bangsa lain sekitar zaman tersebut. Adakah kelayakan
bangsa-bangsa lain tidak setaraf dengan Quraish? Atau adakah bangsa-

10

Naẓar Muḥammad Qādir. Dirāsah fī Tārīkh al-Fikr al-Siyāsī al-Islāmī. (Dimashq:
Dār al-Zamān. 2009). Hlm. 39-40.

77

MOHD HAIDHAR DAN RAKAN-RAKAN

bangsa lain tidak pernah memimpin atau tidak mampu memimpin
masyarakat pada ketika itu?
Mekah sejak dari awalnya dikawal oleh keturunan Yamanī
sekitar tahun ketiga Masihi lagi. Seterusnya Mekah termasuk selatan
Ḥijāz dijaga oleh Bani Qahtān dan Khuzācah. Jika kita lihat carta alir
keluarga Quraish ini ia diawali oleh seseorang yang bernama Fihr yang
menggunakan nama gelarannya iaitu Quraish. Dari keturunan Fihr ini
lah terjadinya pelbagai keluarga yang mendasari dalam pemerintahan
Mekah. Bagi Abū Bakr keturunannya adalah Taim, cUmar pula dari
keluarga Adi, dan cAli pula dari keturunan Qusay.11
Quraish adalah suku kaum atau bangsa yang Nabi Muḥammad
Ṣallallahu cAlaihi Wasallam turut termasuk dalam kalangan bangsa ini
yang mana datuknya iaitu Abdul Muṭālib adalah ketua bagi bangsa ini
pada zamannya. Bangsa ini menduduki tempat yang sangat penting di
Mekah khususnya bagi penduduk Arab pada ketika itu. Berdasarkan
kepada tradisi Islam, sememangnya diakui bangsa ini mempunyai
tempat yang sangat baik di sisi Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam
sebagaimana yang telah disebut oleh Baginda sendiri.
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn cUmar
Raḍiyallahu cAnhu, Baginda Ṣallallahu cAlaihi Wasallam pernah
bersabda mengenai kelebihan bangsa Quraish:

Maksudnya: Jawatan khalīfah itu seharusnya diberikan
kepada kepada bangsa Quraish walaupun yang hanya tinggal
dua orang, seorang akan menjadi pemimpin dan seorang
menjadi rakyat.12

Adapun pengaruh bangsa Quraish dalam menjawat posisi
penting dalam pentadbiran nampaknya sudah berkurangan seperti
11

Sherwani, Haroon Khan. Muslim Political Thought and Administration. (Delhi:
Jayyed Press, 1942). Hlm. 39.
12
al-Bukhārī. Kitāb: Manāqib. Bāb: Manāqib Quraish.

78

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

mana zaman pemerintahan Abāsiyyah dan juga Dawlah
Uthmaniyyah.13 Bahagian seterusnya akan menghuraikan bagaimana
boleh timbulnya penetapan kaum Quraish sebagai syarat penting
dalam pemilihan seseorang pemimpin dalam Islam sehinggakan
ulama-ulama terdahulu meletakkannya sebagai satu syarat yang
penting dalam pelantikan ketua negara.

c

Kebangsawanan Dalam Pelantikan Sayyiduna Abu Bakr
Radiyallahu cAnhu.
Kepentingan kebangsawanan sudah wujud sejak Nabi Muḥammad
Ṣallallahu cAlaihi Wasallam masih bersama-sama dengan Sahabat
Raḍiyallahu cAnhum yakni ketika Baginda masih hidup. Ini adalah
kerana terdapat banyak hadith yang sahih yang menyatakan keutamaan
Quraish diangkat sebagai pemimpin. Namun dasar kebangsawanan ini
telah menjadi suatu konflik antara penduduk Ansar dan juga Muhajirin
yang berbangsa Quraish. Taraf kebangsawanan Quraish ini ada
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhārī dan Imam Muslim dalam Ṣaḥīḥ
mereka, iaitu:

Maksudnya: Sesungguhnya kekuasaan itu terletak di tangan
kaum Quraish dan sesiapa yang memberontak terhadap
kaum ini, Allah akan membinasakannya pula.14

Selain itu al-Bukhārī juga meriwayatkan dari Abū alWalīd mengenai hadith tentang Quraish iaitu:

13

Hughes, Patrick Thomas. A Dictionary of Islam Being a Cyclopedia of the
Doctrines, Rites, Ceremonies, and Customs, Together with the Technical and
Theological Terms of the Muhammadan Religion. (Lahore: Premier Book House
Publisher & Booksellers. 1964). Hlm. 483.
14
al-Bukhārī. Kitāb: Manāqib. Bāb: Manāqib Quraish.

79

MOHD HAIDHAR DAN RAKAN-RAKAN

Maksudnya: Ibn cUmar pernah meriwayatkan, bahawa
Rasulullah pernah bersabda: “kekuasaan itu terletak di
tangan kaum Quraish walaupun mereka hanya berjumlah
dua orang sahaja”.15

Imam Muslim pula meriwayatkan dari Abū Hurayrah
Raḍiyallahu cAnhu:

.
Maksudnya: “Manusia dalam hal kebajikan dan keburukan
adalah ikut kepada kaum Quraish; kemusliman mereka juga
mengikut kemusliman kaum Quraish demikian pula halnya
dengan kekufuran mereka”.16

Begitu juga dengan hadith dari Jābir bin Samurah
Raḍiyallahu cAnhu:

Maksudnya: Agama ini akan sentiasa berjaya dan kuat di
tangan dua belas khalīfah dan mereka itu semuanya datang
dari kalangan kaum Quraish.17

al-Bukhārī. Kitāb: Manāqib. Bāb: Manāqib Quraish.
Muslim. Kitāb: al-Imārah. Bāb: al-Nās Tabc li Quraish wa al-Khilāfah fī Quraish.
17
Muslim. Kitāb: al-Imārah. Bāb: al-Nās Tabc li Quraish wa al-Khilāfah fī Quraish.

15

16

80

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

Atas dasar ini ramai dalam kalangan ulama Ahl al-Sunnah wa
al-Jamā’ah meletakkan syarat bahawa bangsa Quraish diutamakan
untuk menjadi pemimpin berbanding kaum yang lain.18 Walaupun
demikian, masih terdapat hadith yang melonggarkan keutamaan kaum
Quraish ini sebagaimana yang pernah disabdakan sendiri oleh Nabi
Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam iaitu:

.
Maksudnya: Dengarlah dan taatilah walaupun seandainya
yang memimpin kamu semua adalah seorang hamba
Habshī.19

Namun Ahli Sunnah menafsirkan hadith yang disebutkan oleh
Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam tadi hanya mencakupi tugas
pemimpin yang kecil bukan pemimpin dalam sesebuah negara.20
Ketika mana Nabi telah wafat, banyak dialog yang menyebut Quraish
adalah kaum yang hebat berbanding kaum yang lain dan layak
diangkat menjadi khalīfah. Selepas sahaja Nabi Muḥammad Ṣallallahu
c
Alaihi Wasallam wafat, umat Islam di Madinah kelihatannya terkejut
kerana pada saat itu masih tiada lagi pemimpin yang dilantik untuk
meneruskan kelangsungan Islam. Oleh yang demikian, atas dasar
inilah umat yang pelbagai di Madinah bersatu dalam membentuk dan
melantik pemimpin serta merencana satu pelembagaan yang memberi
keutamaan kepada penduduk Madinah yang mempunyai pelbagai
kaum.21 Dalam kitab al-Bidāyah wa al-Nihāyah karangan Ibn Kathīr22
ada menyebutkan bahawa pemilihan pemimpin adalah masalah yang
paling penting ketika itu kerana sebahagian kaum Anṣār dan Muhājirīn
dan suku-suku yang lebih kecil beranggapan bahawa jawatan khalīfah
itu mestilah dari kalangan mereka. Namun apabila Abū Bakr
18

Dhiaudin Rais. Teori politik Islam. (Jakarta: Gema Insani. 2001). Hlm. 241.
al-Bukhārī. Kitāb: al-Jamācah wa al-Imāmah. Bāb: Imāmah al-cAbd wa al-Mawlā.
20
Dhiaudin Rais. Op-cit. Hlm. 241.
21
M. Mukarram Ahmed. Encyclopedia of Islam. Vol 7. Islam campaign against evil.
(New Delhi: Anmol Publications Pvt. Ltd. 2005).
22
Ibn Kathīr. al-Bidayah wa al-Nihayah Masa Khulafa’ur Rasyidin. Terj. Abu Ihsan
al-Atsari. (Jakarta: Darul Haq. 2004). Hlm. 46.

19

81

MOHD HAIDHAR DAN RAKAN-RAKAN

Raḍiyallahu cAnhu mengatakan bahawa pemimpin tidak dilantik
melainkan datangnya dari kaum Quraish, maka elemen kebangsawan
memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik tersebut.
Pertelingkahan ini bermula ketika mana Rasulullah Ṣallallahu
c
Alaihi Wasallam telah wafat dan berlaku satu persidangan kaum
Anṣār di Saqīfah Bani Sācidah yang mana Sacd bin cUbādah telah
berpidato dalam menyakinkan masyarakat bahawa kaum Anṣār adalah
pemimpin yang layak dengan mengatakan: “Kami adalah kaum Anṣār
penolong Allah dan pejuang-pejuang Islam, dan kalian wahai kaum
Muhājirīn adalah dari kalangan Nabi Muḥammad yakni Nabi kami,
dan sesungguhnya telah muncul tanda-tanda dari kamu bahawa kamu
akan turut menguasai kami di sini, di tempat tinggal kami ini dan akan
mengambil alih kekuasaan dari kami”. Penyataan Sacd bin cUbādah ini
telah membuatkan cUmar Raḍiyallahu cAnhu marah dan hampir
menimbulkan huru-hara tetapi dihalang oleh Abū Bakr yang sangat
dihormati oleh cUmar kerana beliau adalah gurunya sendiri.23
Kemudian barulah Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu berdiri dan
menyampaikan apa yang ingin diketengahkan lalu beliau berkata:
Apapun kebaikan yang telah kamu sebutkan tadi
sememangnya ada kebenarannya dan kalian adalah
orangnya. Namun orang Arab hanya mengenali dan
mengetahui kabilah ini iaitu kaum Quraish. Secara nasab
merekalah yang paling mulia antara bangsa-bangsa Arab.
Demikian pula tempat tinggal mereka adalah yang paling
mulia daripada seluruhnya. Oleh yang demikian itu, aku
rela jika urusan kekhalīfahan ini diserahkan kepada salah
satu daripada kedua orang ini iaitu Abū cUbaydah bin alJarrāḥ dan cUmar al-Khattab.24

Namun cUmar Raḍiyallahu cAnhu mengatakan bahawa
pemimpin yang layak hanyalah Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu sahaja.
Kemudian ada seorang dari kalangan kaum Anṣār yang mencadangkan
melantik pemimpin dalam kalangan Anṣār dan juga dalam kalangan
Muhājirīn menjaga kelangsungan puak masing-masing. Dari sini
berlaku sekali lagi huru-hara. Maka cUmar meminta Abū Bakr
23
24

Ibid. Hlm. 48.
Ibid. Hlm. 49.

82

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

Raḍiyallahu cAnhu memberikan tangannya dan segera cUmar
Raḍiyallahu cAnhu membaycah Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu sebagai
pemimpinnya. Kemudian diikuti oleh semua Muhājirīn dan barulah
kaum Anṣār juga membai’ah Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu sebagai
pemimpin.25
Apakah Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu dilantik disebabkan oleh
keturunannya yang datang dari kalangan kaum Quraish? Jawapannya
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Aḥmad dalam Musnadnya
yang mengatakan:
Tatkala Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam wafat, kaum
Anṣār telah mencadangkan pemimpin itu dilantik di pihak
Anṣār dan juga di pihak Muhājirīn. Bermaksud ada dua
orang pemimpin yang dicadangkan oleh Anṣār. Namun
c
Umar segera menempelak dengan mengatakan: “Wahai
kaum Anṣār, bukankah kamu mengetahui bahawa
c
Rasulullah
Ṣallallahu
Alaihi
Wasallam
telah
memerintahkan Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu menjadi imam
manusia ketika solat? Siapa antara kamu yang mempunyai
hati yang lebih mulia dari Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu?
Maka kaum Anṣār mengatakan: “Nacuzubillah bila kami
mengaku bahawa kami lebih mulia dari Abū Bakr
Raḍiyallahu cAnhu?26

Di samping juga, Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu itu adalah
manusia yang menjadi peneman kepada Baginda ketika berada dalam
gua dalam peristiwa hijrah. Dia lah yang menjadi keutamaan dan
paling dikedepankan berbanding yang lain.27
Berdasarkan kepada dua bukti yang cukup kuat dari segi
periwayatannya iaitu melalui hadith Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam
dan peristiwa pelantikan Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu telah
menunjukkan kronologi yang menyeluruh mengapa Quraish dilantik
sebagai seorang pemimpin dalam Islam. Seperti mana yang pernah
dikatakan, bahawa kedua-dua dalil ini menjadi titik tolak ulama
terkemudian terpengaruh untuk meletakkan syarat Quraish sebagai
25

Ibid.
Ibid.
27
Ibid.
26

83

MOHD HAIDHAR DAN RAKAN-RAKAN

sesuatu yang perlu diamalkan dalam melantik ketua negara. Namun
Imam Aḥmad menjelaskan dalam Musnadnya bahawa pelantikan Abū
Bakr Raḍiyallahu cAnhu bukan kerana keturunannya atau
kebangsawanannya yang Quraish tetapi adalah kerana kemuliaannya
di mata umat Islam ketika itu yang memandang beliau adalah sebaikbaik manusia selepas Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam dalam
memimpin manusia ketika itu. Mungkin kebangsawanan itu adalah
bonus kepada Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu untuk dilantik sebagai
pemimpin. Namun, yang paling utama adalah kebaikan akhlaknya dan
dia adalah manusia yang terbaik ketika itu.
Berlandaskan kepada beberapa hadith dari Rasulullah
Ṣallallahu cAlaihi Wasallam yang mengatakan bahawa Quraish adalah
sebaik-baik bangsa yang wajar dipilih sebagai ketua menjadi batu asas
yang kuat mengapa para ulama meletakkan keturunan Quraish sebagai
syarat dalam pemilihan pemimpin dalam Islam. Di samping itu,
sejarah pelantikan Khulafā’ al-Rāshidīn seterusnya iaitu cUmar,
c
Uthmān dan cAli Raḍiyallahu cAnhu yang juga mengambil batu asas
dari sabda Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam adalah
begitu menyakinkan kenyataan bahawa kaum Quraish adalah sebaikbaik kaum yang mampu untuk memimpin umat Islam walaupun pada
masa itu Quraish sekadar kaum Muhājirīn atau pendatang berbanding
kaum Anṣār yang telah lama menetap di Madīnah.
Dr. Ṭaha Ḥusayn28 dalam bukunya Fiṭnah al-Kubrā
mengatakan keutamaan kaum Quraish waktu itu yang dilantik sebagai
khalīfah bukan kerana darahnya dan tidak juga kerana kerabatnya
dengan Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam tetapi sematamata kerana kedudukan politik dan agama mereka yang sangat kuat
pada ketika itu. Kebanyakkan orang Islam yang pertama adalah
datangnya dari kaum Quraish sehingga mereka merasai keperitan dan
penderitaan dakwah bersama Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi
Wasallam. Kebanyakkan dari pahlawan-pahlawan Islam juga
datangnya dari bangsa Quraish. Beliau menegaskan inilah alasannya
bukan kerana darah keturunannya. Namun setelah kuasa politik
mereka mulai hilang sebagaimana yang diulas oleh Ibn Khaldūn, maka
hak untuk menjadi pemimpin diberikan seluas-luasnya kepada kepada
28

Ṭaha Ḥusayn. Fiṭnah al-Kubrā ᶜalā wa Bayānuhu. (al-Qāhirah: Dār al-Macārif.
1966). Hlm. 33-37.

84

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

sesiapa yang memenuhi syarat agama, moral dan politik yang
sempurna. Sebagaimana yang ditulis oleh beliau lagi mengatakan hak
kuasa bangsa Quraish ini adalah memiliki hak memerintah dan juga
memiliki hak memberi nasihat, adapun orang Anṣār hanya mempunyai
hak sebagai pemberi nasihat dan bukannya sebagai pemimpin. Lagi
pula jika dilihat dari pandangan Marzuki Mahmood29 yang
menjelaskan pemilihan Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu untuk menjadi
khalīfah pada ketika itu (setelah berlaku sedikit perselisihan antara
Muhājirīn dan Anṣār) adalah merupakan pemilihan yang disepakati
keseluruhannya oleh kaum muslimin sama ada Muhājirīn mahupun
Anṣār. Tidak ada sebarang paksaan mahupun kecenderungan
pemilihan yang berlaku pada ketika itu yang menerapkan ideologi
kebangsawanan atau dalam pemilihan khalīfah Abu Bakr Raḍiyallahu
c
Anhu. Bahkan peristiwa perlantikan itu berlaku dalam situasi yang
sangat damai, iaitu melalui perbincangan dikalangan dua pihak
terbesar, Muhājirīn dan Anṣār dan semua orang boleh memberikan
pendapat. Lagi pula ditambah, berlaku dua sesi baycah ketika
perlantikan Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu iaitu bai’ah pertama adalah
dilakukan oleh kelompok elit dan yang kedua pula oleh keseluruhan
(Baycah cAmmah) menjadikannya tiada kecenderungan pemilihan
berasaskan keturunan.
Hujahan Ṭaha Ḥusayn30 juga turut menjelaskan bagaimana Abū
Bakr Raḍiyallahu cAnhu, cUmar dan para sahabat yang sangat berkeras
mahu melantik pemimpin yang menggantikan Nabi Muḥammad
Ṣallallahu cAlaihi Wasallam mestilah dari kalangan Muhajirin adalah
kerana Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu sendiri melihat kegigihan dan
penderitaan kaum Muhājirīn bersama Nabi Muḥammad Ṣallallahu
c
Alaihi Wasallam menyebarkan Islam berbanding kaum Ansar yang
kemudiannya baru merasai nikmat Islam. Taha Husayn berhujah
berlandaskan kepada, jika Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu memikirkan
kebangsawanan dari sudut darah dan pertalian dengan Nabi untuk
dilantik sebagai khalīfah, sudah tentu Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu
akan melantik al-cAbbās iaitu bapa saudara Nabi Ṣallallahu cAlaihi
Wasallam atau cAlī bin Abū Ṭālib iaitu sepupu Nabi dan ramai lagi
Marzuki Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ alRasyidin. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994). Hlm. 31.
30
Ṭaha Ḥusayn. Op-cit. Hlm. 33-37.

29

85

MOHD HAIDHAR DAN RAKAN-RAKAN

yang berkelayakan berbanding Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu dan
c
Umar jika kebangsawanan dari sudut darah dipertimbangkan sebagai
indikator khalīfah itu dilantik. Sebalikanya Abū Bakr Raḍiyallahu
c
Anhu memandang Muhājirīn yang terlebih dahulu menerima Islam
berbanding kaum Anṣār.
Namun pertimbangan memilih pemimpin bukan sesuatu yang
melihat kepada sudut luaran atau keturunan semata-mata kerana Islam
tidak memandang kepada keturunan dalam menilai kebaikan dan
tarafnya di sisi Allah. Ini adalah kerana apa yang penting adalah
ketaqwaan kepada Allah. Sebagaimana yang pernah diucapkan oleh
Sayyidunā cUmar Raḍiyallahu cAnhu: “Andaikata Abū cUbaydah
masih hidup, pasti aku melantiknya sebagai khalīfah dan andaikata
Salim iaitu hamba kepada Abū Huzayfah masih hidup, pasti aku
melantik beliau menjadi khalīfah”. Pendapat cUmar ini jelas
menunjukkan bahawa prinsip lantikan dalam Islam itu tidak
memandang kepada semua ini dan apa yang penting dalam melantik
pemimpin adalah ketaqwaan, kecekapan dan juga berpengalaman.31
Ibn Khaldūn32 dalam kitab Muqaddimahnya mengatakan
bahawa pensyaratan kaum Quraish ini adalah berdasarkan kepada
ijmāc yang diperolehi daripada para sahabat pada hari Sayyidunā Abū
Bakr Raḍiyallahu cAnhu dilantik menjadi khalīfah. Sesuatu yang
menjadikan kaum Quraish ini seakan istimewa adalah kerana perasaan
c
aṣabiyyah atau kekitaan yang sangat kuat antara mereka. Adapun apa
yang berlaku pada zaman kemudiannya adalah kekuasaan kaum
Quraish menjadi lemah dan luntur disebabkan perpaduan (caṣabiyyah)
antara mereka sudah luntur kerana kuasa yang dimiliki menjadikan
mereka orang yang sombong dan cenderung kepada rasuah. Dengan
yang demikian, mereka menjadi terlalu lemah untuk mentadbir dan
menjalankan tugas sebagai seorang khalīfah. Maka apa yang berlaku
adalah kaum-kaum lain cuba untuk mengawal dan merampas
kedudukan ekslusif kaum Quraish sebagai prasyarat dalam pemilihan
pemimpin.

31
32

Ibid.
Ibn Khaldūn. Muqaddimah. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1993).
Hlm. 203.

86

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

Ibn Khaldūn33 turut menukilkan pandangan Qāḍī Abū Bakr alBāqillānī yang turut memberi pandangan serupa bahawa perasaan
c
aṣabiyyah dalam kalangan orang Quraish telah mulai lemah dan
penguasa bukan Arab mula menguasai pemerintahan khalīfah. Ibn
Khaldūn menyatakan juga, bahawa pemilihan Quraish sebagai
pemimpin adalah disebabkan kedudukan kaum ini yang lebih berkuasa
dari kaum-kaum di Arab ketika itu, jumlah mereka yang lebih ramai
dan perpaduan serta kebangsawanan mereka telah membuat kaum
Quraish ini dipandang lebih hebat berbanding yang lain. Jika
pemilihan pemimpin diserahkan kepada kaum selain Quraish, maka
ketidaktaatan dan penentangan mudah untuk berlaku. Lantaran itulah,
Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam menyatakan bahawa kepentingan
kaum Quraish dilantik sebagai pemimpin atas dasar kebangsawanan
dan kehebatan ini supaya mereka bersatu dan menghindari perpecahan
dan kekacauan demi terciptanya persaudaraan, perpaduan dan
keselamatan.
Kini jelaslah kepada kita bahawa perlantikan Quraish sebagai
pemimpin adalah untuk menghindarkan perpecahan dan membina
persepaduan dan keharmonian Semenanjung Arab ketika itu dan bukan
sebagai satu persyaratan yang mutlak dalam memilih pemimpin.
Penulis mengambil pernyatan Dr. Abdul Rahman Mat34 yang
mengatakan kekuasaan adalah peranan yang sangat penting di dalam
bidang kepimpinan. Kekuasaan akan membolehkan seseorang yang
memilikinya bertindak dengan berkesan ke atas orang lain untuk
mendapatkan kehendak walaupun mempunyai beberapa tentangan.
Namun di samping kekuasaan, seseorang pemimpin juga harus
mendapatkan kemutlakan (authority) yang mana tanpa kemutlakan ini
seseorang pemimpin itu sukar untuk mempunyai pengaruh yang
menyeluruh. Kemutlakan ini adalah hak yang terdapat pada seseorang
pemimpin yang mendapat pengakuan umum dan yang membolehkan
pemimpin bertindak dalam rangka ketertiban dan kestabilan umum.
Tanpa kemutlakan ini, pemimpin sukar untuk memerintah kerana
kunci kemutlakan ini diberikan oleh rakyat yang dipimpin kepada
pemimpin.
33
34

Ibid. hlm. 205-207.
Abdul Rahman Mat. Politik bangsa Melayu. (Petaling Jaya: Penerbit Adabi Sdn.
Bhd. 1976). Hlm. 69.

87

MOHD HAIDHAR DAN RAKAN-RAKAN

Selanjutnya, Ibn Khaldūn35 mengatakan setelah kedudukan
politik dan agama semakin menjadi lemah dan rasa fanatik mereka
menjadi lenyap sebagai akibat dari kemewahan hidup dan kesenangan
duniawi yang diperolehinya dari segenap penjuru negara, maka
berkuranglah kewibawaan mereka sehingga menumbulkan keraguan
setengah ulama dan akhirnya mereka menolak syarat Quraish sebagai
sesuatu yang mutlak sebagai. Dari sini jelas menunjukkan pandangan
Ibn Khaldūn terhadap pemilihan pemimpin dikalangan Quraish adalah
tertakluk pada konteks keperluan, masa dan tempat tertentu.
Namun, legasi pemilihan kepimpinan dari kalangan keturunan
Quraish dilihat berterusan sehingga kepada pemerintahan Umayyah
dan cAbbāsiyyah.36 Persoalan pemilihan Quraish sebagai pemimpin
adalah kerana kaum ini dikatakan sebagai satu-satunya kaum yang
mampu untuk memikul tanggungjawab besar dalam mentadbir Islam
selepas ketiadaan Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam. Ini
ditambah pula hakikat sejarah bahawa kaum Quraish ini adalah satu
kaum yang terkuat dan dihormati di Tanah Arab. Dan ramai dalam
kalangan mereka yang dilantik menjadi pemimpin yang kuat dan
berkuasa. Disamping itu, keturunan Quraish juga merupakan
keturunan secara jelas turun-temurun merupakan pemimpin dan ketua
di kalangan masyarakat Arab sebelum zaman kelahiran Nabi lagi yang
di mulai dari pucuk pimpinan dari moyang Rasulullah Ṣallallahu
c
Alaihi Wasallam iaitu generasi ketujuh dari kelompok Fihr yang
diberi nama Quraish yang dirintis oleh Quṣay bin Kilāb. Malahan
kelompok ini menjadi tersangat kuat pengaruhnya sehinggakan
kesemua kabilah Quraish yang berpecah menjadi bersatu di bawah
pimpinan Qusay. Kedudukan kaum Quraish ini teramat dipandang
tinggi di kalangan masyarakat Arab turun temurun sehingga ke zaman
Nabi dan seterusnya sebagai satu kelompok yang sangat dihormati
selain dari kelompok Qahtān dan Khuzācah.37 Oleh yang demikian,
dalam pemilihan pemimpin, seharusnya ia datang dari kelompok kaum
yang hebat, besar dan dihormati supaya dapat menjaga kelangsungan
Islam tanpa ada sebarang permasalahan berbanding jika memilih
Ibn Khaldūn. Op. cit. Hlm. 344.
Arnold. Thomas W. The Caliphate. (Routledge & Kegan Paul LTD: London.
1965). Hlm. 47.
37
Melvi Yendra & Mira Raynayati (pnyt.). Ensiklopedia untuk Anak-Anak Muslim.
(Bandung: Penerbit Grasindo, 2007). Hlm. 5.

35

36

88

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

pemimpin dari kalangan kelompok yang kecil seperti Bani Khazraj.
Oleh kerana itu lah, Abū Bakr, cUmar, cUthmān dan cAlī dilantik.38
Begitu juga, jika kita lihat bagaimana besarnya penghormatan
yang diberikan oleh Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam
kepada Abū Bakr, cUmar, cUthmān dan cAlī, Nabi Ṣallallahu cAlaihi
Wasallam sendiri pernah mengatakan: “Bahawa dalam kalangan aku,
Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu adalah seorang yang paling baik hatinya,
manakala cUmar pula adalah kerana kekuatannya atas nama Allah,
c
Uthmān pula sikap dermawannya dan cAlī pula adalah penilai yang
paling baik”. Edward Gibbon dalam bukunya Decline and Fall of The
Roman Empire mengatakan keempat-empat mereka ini sememangnya
pemimpin yang mempunyai keseimbangan akhlak dan mantap dalam
amalan ibadat. Mereka sangat tenang, ikhlas, amanah, suci dan
walaupun kaya dan berkuasa mereka hidup berlandaskan kepada
akhlak dan ibadat yang hebat sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi
Ṣallallahu cAlaihi Wasallam. Begitu juga cAbdullah bin cUmar pernah
mengatakan bahawa mereka adalah ikutan atau contoh yang baik
kerana mereka adalah sahabat-sahabat Nabi Ṣallallahu cAlaihi
Wasallam yang paling baik lantaran hati mereka yang bersih dan tidak
langsung tertarik dengan keduniaan.39
Manakala A. Hasjmy40 juga mengatakan bahawa perlantikan
memihak kepada kaum Quraish adalah sesuatu yang masih
diperdebatkan dan masih tidak dianggap mutlak semata-mata merujuk
kepada kaum ini sahaja. Namun, pensyaratan Quraish sebagaimana
yang diterangkan di atas hanyalah bersifat kesempurnaan sahaja.
Beliau mengatakan lagi bahawa hadith-hadith yang mengarahkan
kepada baycah kepada keturunan Quraish sebagai syarat penting dalam
pelantikan khalīfah hanyalah merujuk kepada waktu dan tempat yang
tertentu. Dalam hal ini juga, ramai dalam kalangan sarjana Islam yang
tidak mengemukakan atau menyetujui syarat Quraish sebagai penentu
kepada pelantikan pemimpin mengemukakan alasan bahawa umat
Islam semuanya bersaudara dan tidak ada yang teristimewa berbanding
taqwa.
38

Arnold. Op. cit. Hlm. 76.
S. Athar Husain. The Glorious Caliphate. (India: Academy Of Islamic Research
and Publications. 1974.) Hlm. 163-164.
40
A. Hasjmy. Di Mana letaknya Negara Islam! (Singapura: Penerbitan Pustaka
Nasional. 1970.) Hlm. 170-171.

39

89

MOHD HAIDHAR DAN RAKAN-RAKAN

Signifikan Quraish Dalam Pemilihan Sayyidunā Mucāwiyah
Raḍiyallahu cAnhu.
Ketika berlakunya peristiwa pembunuhan Sayyidunā cUthmān
Raḍiyallahu cAnhu, keadaan ketika itu sangat tegang khususnya dalam
mencari calon pengganti beliau. Oleh itu berlaku pertelingkahan antara
c
Amrū bin al-cAs dan Abū Mūsā al-Asycarī. Abū Mūsā berkata cAmrū
bin al-cĀs sebagai membalas pendapatnya yang mengagungkan
kebangsawanan Quraish pada Mucāwiyah: “Wahai cAmrū,
bertakwalah kepada Allah. Engkau menyebutkan kebangsawanan
Mucāwiyah. Dia diangkat bukan kerana kebangsawanannya itu. Kalau
kebangsawanan itu diambil kira, maka keluarga Abrahah bin Sabah itu
lebih layak akan tetapi kedudukan itu diberikan kepada orang yang
beragama dan yang berbudi bahasa. Padahal, kalau aku harus
memberikannya kepada orang Quraish yang paling utama, tentu aku
akan memberikannya kepada cAlī bin Abī Ṭālib. Adapun ucapanmu
bahawa Mucāwiyah berhak menuntut atas darah cUthmān, boleh saja
engkau mengatakannya tetapi aku lebih mempercayai kepada para
Muhājirīn yang pertama (yakni cAlī).41
Adapun pemerintahan setelah berlalunya zaman Khulafā’ alRāshidīn yang empat ini, tidak wujud isu mengenai pemilihan
pemimpin berasaskan faktor kebangsawanan kerana sesudah
Sayyidunā Mucāwiyah Raḍiyallahu cAnhu perlantikan pemerintah
sesudahnya sehingga berakhir zaman Umayyah, cAbbāsiyyah, dan
c
Uthmāniyyah adalah berdasarkan warisan keturunan. Realitinya,
Mucāwiyah adalah orang terakhir yang dilantik melalui sistem
pemilihan dan yang pertama melalui sistem warisan sesudah Khulafā’
al-Rāshidīn. Manakala sesudah Mucāwiyah isu kebangsawanan dalam
pemilihan pemimpin tidak lagi timbul berdasarkan pengamalan sistem
warisan. Walau bagaimanapun, tindakan Mucāwiyah dan pucuk
pimpinan sesudah beliau yang menggunakan sistem warisan ini tidak
dapat dihukumkan secara qaṭcī sebagai salah kerana jelas tidak ada nas
dari al-Qur’ān dan al-Sunnah yang melarang perbuatan ini, bahkan
juga tidak ada nas yang secara jelas kriteria pemilihan pemimpin yang
diletakkan. Cumanya hanyalah gambaran-gambaran umum yang diberi
oleh Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam dan juga kaedah-kaedah dan

41

Abdul Rahman Mat. Op. cit. hlm. 29-30.

90

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

cara berijtihad dalam pemilihan kepimpinan kepada masyarakat
Islam.42
Malah beliau sebagai seorang khalīfah, mempunyai kuasa dan
hak untuk melantik mereka yang layak diganti sebagai pemimpin bagi
umat pada ketika itu, dan satu lagi nilai tambah yang wujud dalam
keturunan beliau iaitu Quraish menjadikan tindakan beliau melantik
anaknya Yazīd dilihat wajar di samping beliau juga dikenali seorang
sahabat Nabi yang adil. Selain itu, Mucāwiyah Raḍiyallahu cAnhu
dilantik menjadi khalīfah pada ketika itu bukanlah atas dasar
keturunan Quraish kerana seandainya sebegitu, sudah pasti cAlī
terlebih layak memegang jawatan itu, tetapi kerana cAlī dianggapnya
sebagai tidak mahu menuntut bela di atas kematian Sayyidunā
c
Uthmān menyebabkan Mucāwiyah menolak untuk mengiktiraf cAlī
sebagai khalīfah lalu Mucāwiyah sendiri di baycah oleh majoriti
penduduk Shām. Di sini jelas perlantikan Mucāwiyah menjadi khalīfah
juga bukanlah atas dasar kebangsawanan yang dimiliki oleh
Mucāwiyah tetapi ada beberapa faktor dan elemen tertentu yang
menjadikan beliau diangkat menjadi khalīfah menggantikan Sayyidunā
c
Alī Raḍiyallahu cAnhu. Sebelum Mucāwiyah dibaiah menjadi
khalīfah, beliau sememangnya merupakan seorang Gabenor dan ketua
tentera di Shām.43
Perlantikan beliau dengan jawatan sebagai gabenor di Shām
juga perlu dilihat dari pelbagai perspektif, ia bukan dipilih berdasarkan
dari konteks kebangsawanan beliau, tetapi beliau memang seorang
yang pakar dalam strategi peperangan dan berbagai bagai kepakaran
dalam bidang yang lain menjadikan beliau mempunyai kelebihan
dalam perlantikan beliau. Jika tidak masakan beliau diberi
kepercayaan oleh tiga orang khalīfah berturut-turut dan memegang
jawatan Gabenor di Shām selama dua puluh tahun di samping
pengaruh beliau yang sudah begitu kuat di kalangan masyarakat dan
penduduk Shām menyebabkan secara terus beliau di baycah oleh
penduduk Shām ketika konflik yang berlaku dalam penuntut belaan
atas kematian Sayyidunā cUthmān.44

42

Marzuki Mahmud. Op. cit. Hlm. 38.
Ibid. Hlm. 184.
44
Ibid. Hlm. 171.
43

91

MOHD HAIDHAR DAN RAKAN-RAKAN

Selain itu juga Mucāwiyah Raḍiyallahu cAnhu merupakan
seorang yang bijak ketika zaman Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi
Wasallam dan beliau merupakan salah seorang daripada juru tulis
kepada Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam yang memberikan nilai
tambah kepercayaan masyarakat kepada Mucāwiyah untuk menerima
beliau sebagai pemimpin. Berdasarkan kepada perbincangan di atas,
adalah jelas bahawa pemilihan kepimpinan dalam Islam itu tidak
memandang kepada faktor darah keturunan dan kebangsawanan
seseorang. Ini dapat dibuktikan dengan peristiwa pelantikan khalīfahkhalīfah Islam terdahulu yang langsung tidak memandang kepada
faktor darah ini. Sekiranya ada yang cuba mengungkit perihal
kebangsawanan ini, pasti akan ditempelak oleh para sahabat Nabi ini.
Justeru, faktor kebangsawanan hanyalah satu faktor yang menambah
kreadibiliti seseorang untuk dilantik sebagai pemimpin dalam Islam.
Apa yang paling penting dalam pemilihan pemimpin dalam Islam
adalah sikap dan sifat akhlak seseorang itu yang menjadi ukuran
penting sebelum syarat kebangsawanan tersebut. Berlandaskan kepada
firman Allah di dalam al-Qur’ān:
        

         

 

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu
dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersukusuku
supaya
kamu
saling
kenal-mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu
disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara
kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Mengenal.45

45

Surah al-Ḥujurāt 49: 13.

92

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

Kesimpulan
Artikel ini menunjukkan bahawa penggunaan kebangsawanan dalam
pemilihan pemimpin dalam Islam adalah meluas ini dapat dibuktikan
sebagaimana yang berlaku sejak zaman Khulafā’ al-Rāshidīn sehingga
ke hari ini.
Pada zaman Khulafā’ al-Rāshidīn, alasan memilih kaum
Quraish bukanlah kerana darahnya yang mulia disebabkan Rasulullah
Ṣallallahu cAlaihi Wasallam datang dari kaum tersebut, tetapi adalah
kerana sikap dan kelompoknya yang sangat kuat dan ramai serta
solidariti yang ampuh antara meraka sehingga menjadikan mereka
kaum yang sering dikatakan sebagai pewaris kepada kerajaan Islam
selepas Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam wafat. Ini
sebagaimana yang pernah dijelaskan oleh Ibn Khaldūn dan ramai lagi
tokoh dan sarjana yang meneliti mengenai hal ini.
Adalah amat meyakinkan untuk mengatakan bahawa aspek
kebangsawanan dalam pemilihan Khulafā’ al-Rāshidīn itu hanya
kriteria yang menambahkan lagi kepercayaan kepada masyarakat
umum untuk memilih Abū Bakr, cUmar, cUthmān dan cAlī kerana
aspek yang lebih besar yang dipandang awam untuk memilih mereka
memikul tanggungjawab yang besar ini adalah kerana peribadi,
keimanan dan dekatnya mereka dengan Nabi Muḥammad Ṣallallahu
c
Alaihi Wasallam yang secara kebetulan mereka datangnya dari
keturunan Quraish dan bangsawan. Oleh yang demikian adalah wajar
dalam pelantikan pemimpin umat Islam masa kini, untuk diambil
iktibar bahawa kebangsawanan sahaja belum dapat memastikan
kepimpinan yang berkesan kerana pelbagai aspek dan sisi pandang
yang pelbagai dilihat oleh rakyat terhadap pemimpin mereka.
Kesimpulannya, Islam memandang bahawa keturunan tiada
nilainya di sisi Allah kerana bagi-Nya hanyalah taqwa yakni ketaatan
dalam akidah, sharīcah dan ihsan yang sempurna. Namun, jika
pemimpin yang diangkat adalah yang baik budi pekertinya, tinggi
akhlak dan amalannya, maka elemen kebangsawanan akan menjadi
satu yang meningkatkan martabat kepemimpinannya. Justeru,
pemilihan kelas atasan dan keturunan yang hebat adalah kriteria yang
menonjolkan lagi serta menambah kepercayaan kepada rakyat untuk
memilih mereka sebagai pemimpin. Ini yang digelar strategi
kepimpinan dalam istilah politiknya.
93

MOHD HAIDHAR DAN RAKAN-RAKAN

Bibliografi
A. Hasjmy. (1970). Di Mana Letaknya Negara Islam! Singapura:
Penerbitan Pustaka Nasional.
Abdul Rahman Mat. (1976). Politik Bangsa Melayu. Petaling Jaya:
Penerbit Adabi Sdn. Bhd.
Arnold. Thomas W. (1965). The Caliphate. Routledge & Kegan Paul
LTD: London.
al-Bukhārī, Muḥammad bin Ismācīl Abū cAbd Allah. (1987). Ṣaḥīḥ alBukhārī. Mustafa Dib al-Bugha (pnyt.). Bayrūt: Dār Ibn Kathīr.
Dhiaudin Rais. (2001). Teori politik Islam. Jakarta: Gema Insani.
Hsiao Tung Fei. (1953). The China's Gentry: Essays in Rural-Urban
Relations. Chicago: University of Chicago Press.
Hughes, Patrick Thomas. (1964). A Dictionary of Islam Being a
Cyclopedia of the Doctrines, Rites, Ceremonies, and Customs,
Together with the Technical and Theological Terms of the
Muhammadan Religion. Lahore: Premier Book House
Publisher & Booksellers.
Ibn Kathīr. (2004). Bidayah wa Nihayah Masa Khulafa’ur Rasyidin.
Terj. Abu Ihsan al-Atsari. Jakarta: Darul Haq.
Ibn Khaldūn. (1993). Muqaddimah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kamus Dewan. (2005). Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. (1985). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
al-Kharbuṭlī, cAlī Ḥusnī. (1969). al-Islām wa al-khilāfah. Bayrūt: Dār
al-Bayrūt li al-Ṭibācah wa al-Nashar.
M. Mukarram Ahmed. (2005). Encyclopedia of Islam. Vol 7. Islam
campaign against evil. New Delhi: Anmol Publications Pvt.
Ltd.
Marzuki Mahmood. (1994). Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah
Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Melvi Yendra & Mira Raynayati (pnyt.). (2007). Ensiklopedia untuk
Anak-Anak muslim. Bandung: Penerpbit Grasindo.
Muḥammad Yūsuf Mūsā. (1963). Niẓām al-hukm fī al-Islām. alQāhirah: Dār al-Kitāb al-cArabī.
94

ELEMEN KEBANGSAAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

Muslim bin Hajjāj Abū al-Husayn al-Qushayrī. (t.th). Ṣaḥīḥ Muslim.
Muhammad Fu’ad cAbd al-Bāqī (pnyt.). Bayrūt: Dār Ihyā’ alTurāth al-cArabī.
Naẓar Muḥammad Qādir. (2009). Dirāsah fī Tārīkh al-Fikr al-Siyāsī
al-Isl