TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP BELIA TERHAD

TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP BELIA TERHADAP DADAH*

ROSLEE AHMAD & MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D
Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi melihat tahap pengetahuan dan sikap belia terhadap
dadah. Belia yang terlibat dalam kajian ini terdiri dari mereka yang menganggur
di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor. Soal selidik kajian ini di ubah suai
daripada soal selidik Azhar (2001). Nilai kebolehpercayaan alat ukur ini ialah
0.838 alpha Cronbach. Sampel kajian ini seramai 80 orang yang terdiri daripada
50 responden lelaki dan 30 responden perempuan yang dipilih secara tidak
rawak bertujuan. Data diperoses menggunakan perisian SPSS Version 11. Ujian
t digunakan untuk menguji hipotesis. Hasil kajian mendapati bahawa tidak
terdapat perbezaan pengetahuan dikalangan belia terhadap dadah mengikut
umur dan jantina. Di samping itu, pengkaji turut mendapati tidak terdapat
perbezaan sikap dikalangan belia terhadap dadah mengikut umur dan jantina.
Hasil keseluruhan kajian mendapati golongan belia
mempunyai tahap
pengetahuan yang tinggi terhadap dadah dan sikap yang negatif terhadap
dadah.

PENGENALAN
Belia mewakili sejumlah besar penduduk di negara ini. Dianggarkan 41 %,
penduduk Malaysia pada tahun 2000 adalah golongan yang diiktiraf sebagai
belia. Komposisinya merupakan 43.5 % dari jumlah keseluruhan jumlah
penduduk Malaysia seramai 23.3 juta orang. (Laporan Rancangan Malaysia ke
7, 1995-2000 ). Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishamuddin Tun Hussein
melaporkan dalam (Mingguan Malaysia, 1 Februari 2004) sebanyak 77 % rakyat
Malaysia adalah mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun iaitu seramai 9.8 juta
orang. Daripada jumlah tersebut, golongan yang paling ramai ialah mereka yang
berusia 15 hingga 19 tahun iaitu 2.3 juta orang.

Oleh kerana belia merupakan golongan yang penting kepada negara pada masa
hadapan, ia harus digembeling dan dibangunkan sebagai rakan pembangunan.
*

Kertas kerja Peringkat Kebangsaan dibentangkan di Konvensyen PERKAMA :
Kaunselor Penjana Masyarakat Berbudaya, Peringkat Kebangsaan 2005 pada 24-26 Jun
2005 di Pusat Latihan KWSP (ESSET), Bangi.

Konvensyen PERKAMA pada 24-26 Jun 2005

Sebagai satu sumber yang berkualiti, belia tidak boleh dibiarkan hanyut dengan
kesenangan dan kemewahan. Bagi tujuan tersebut, (Mingguan Malaysia, 1
Februari 2004) melaporkan, sebanyak RM 61.5 juta ringgit diperuntukan oleh
kerajaan khusus untuk pembangunan belia, di mana ia tidak termasuk belanja
mengurus dan melatih belia di Institut Kemahiran Belia Negara.
Namun begitu, negara tidak pernah sepi daripada isu kerosakkan nilai dan
keruntuhan moral golongan belia. Antaranya ialah masalah yang dikaitkan
dengan penyalahgunaan dadah. Menurut laporan (Berita Harian ,17 Dis 2003)
antara sebab belia menggunakan dadah ialah kekurangan pengetahuan dan
kesedaran mengenai dadah yang menyebabkan jumlah penagih baru diseluruh
negara terus meningkat.

LATARBELAKANG MASALAH
Menurut Agensi Dadah Kebangsaan (2002), walau pun pelbagai langkah telah
diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah dadah, namun ia tidak dapat
dihapuskan sepenuhnya. Ini terbukti, sepanjang tahun 2002, seramai 31, 893
orang penagih dadah telah dikesan di seluruh negara. Mereka terdiri daripada
17,080 penagih baru dan 14,813 penagih berulang. Jumlah ini menunjukkan
peningkatan 1.07 % berbanding dengan jumlah penagih yang dikesan pada
tahun 2001 iaitu seramai 31,556 orang. Jumlah penagih terkumpul yang

direkodkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan mulai 1998 hingga 2002 adalah
seramai 235, 495 orang. Angka ini merupakan 1 % daripada jumlah penduduk
Malaysia.
Pada tahun 2003 jumlah penagih yang dikesan seluruh Malaysia terus
meningkat. Mengikut Agensi Dadah Kebangsaan (2003) jumlah penagih secara
keseluruhannya meningkat kepada 36996 orang penagih berbanding 31,893
orang penagih pada tahun 2002. Justeru itu langkah kerajaan menubuhkan
Jawatan Kuasa Kabinet untuk memerangi dadah amat di alu-alukan. Menurut
laporan (Mingguan Malaysia, 1 Februari 2004) melalui pendekatan tersebut
usaha secara bersepadu melibatkan badan seperti Agensi Dadah Kebangsaan,
PEMADAM dan lapan kementerian termasuk Kementerian Belia dan Sukan telah
dilaksanakan dan banyak memberi kebaikan.
Memandangkan golongan belia bakal mewarisi kepimpinan negara, maka
matlamat kita untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, maju dan
membangun pasti sukar dicapai sekiranya generasi pelapis yang terdiri dari
golongan belia menghadapi pelbagai masalah terutamanya penyalahgunaan
dadah yang teruk.
PERNYATAAN MASALAH
Masalah dadah merupakan satu bencana kepada masyarakat dan negara.
Menurut Mohd Reduan (1998) penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan


2

Konvensyen PERKAMA pada 24-26 Jun 2005
kepada keselamatan dan ekonomi negara. Di samping itu, penyalahgunaan
dadah juga merupakan punca kepada meningkatnya kadar jenayah dan masalah
sosial dalam negara. Di negara kita hari ini, masalah penyalahgunaan dadah hari
merupakan suatu sindrom yang sukar dibendung walau pun pelbagai cara telah
dilaksanakan untuk menanganinya. Pelbagai kempen telah dilaksanakan seperti
kempen penyibaran pengetahuan dan maklumat, kempen gaya hidup sihat,
kempen Skim Lencana Anti Dadah diperingkat sekolah, mahupun negara
sebaliknya masalah sosial ini tetap tidak tidak menunjukkan sebarang perubahan
positif.
Lantaran itu, negara mengambil iktibar melalui kempen kesedaran anti AIDS
kerana beranggapan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada
peningkatan bilangan pesakit AIDS di negara kita ialah melalui amalan
perkongsian jarum suntikan bagi mengambil dadah. Walau bagaimanapun,
ancaman penyakit ini tidak juga menimbulkan rasa gerun penagih dadah di
negara ini, khususnya di kalangan golongan remaja dan belia yang terus mahu
mengambil dadah. Berdasarkan statistik Agensi Dadah Kebangsaan (2003),

pada tahun 2003 seramai 36,996 orang penagih dadah telah dikenalpasti
manakala pada tahun 2002 ialah seramai 31,893 orang penagih dadah.
Daripada statistik berkenaan didapati bahawa sejumlah 78.8% penagih dadah
adalah dikalangan golongan belia yang berumur diantara 20 sehingga 29 tahun.

Justeru itu, timbul minat pengkaji untuk mengetahui lebih mendalam khususnya
tentang kesedaran belia mengenai pengambilan dan penagihan dadah di
kawasan Felda. Pengkaji memilih lokasi di kawasan Felda kerana dapatan
Agensi Dadah Kebangsaan (2001) menunjukkan sebilangan besar penagih
yang dikesan adalah berasal dari kawasan tanah rancangan Felda, Felcra dan
sebagainya. Faktor
mudahnya penyeludupan dadah ke kawasan ini
menyebabkan pengedar memilih kawasan ini sebagai sarang aktiviti pengedaran
dan penagihan dadah.Di samping itu, pengkaji turut berminat untuk meninjau
golongan belia daripada jantina lelaki dan perempuan yang menganggur
sebagai responden dalam kajian ini. Faktor pengetahuan, sikap dan kesedaran
mereka mengenai bahaya penagihan dadah merupakan tujuan utama pengkaji
ingin menjalankan kajian. Ini kerana secara amnya, pihak kerajaan dibantu oleh
agensi kerajaan, pihak swasta dan pihak NGO secara drastik menjalankan
kempen perangi dadah sejak 1970-an sehingga 2004 bagi memastikan rakyat

Malaysia bebas daripada dadah. Namun begitu, keadaan berlaku sebaliknya
apabila golongan belia khususnya belia berbangsa Melayu, bejantina lelaki dan
berumur lingkungan 15 sehingga 30 tahun paling ramai terjebak ke dalam
kancah penagihan dadah ini. (Berita Harian, 16 Julai 2004). Menurut Agensi
Dadah Kebangsaan (2003), seramai 10,223 orang penagih atau 51% merupakan
dalam lingkungan ini. Sehubungan dengan persoalan-persoalan tersebut, turut
berminat untuk mengkaji faktor-faktor pengetahuan, sikap dan kesedaran belia di
kawasan Felda bagi meninjau persepsi dan tahap pengetahuan mereka terhadap
dadah.

3

Konvensyen PERKAMA pada 24-26 Jun 2005

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:
1.

Mengenal pasti pengetahuan belia terhadap dadah berdasarkan tahap
umur yang berbeza.

Mengenal pasti pengetahuan belia terhadap dadah berdasarkan jantina
yang berbeza.
Mengenal pasti sikap belia terhadap dadah berdasarkan tahap umur yang
berbeza.
Mengenal pasti sikap belia terhadap dadah berdasarkan jantina yang
berbeza.

2.
3.
4.

PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini ialah:

1.
2.
3.
4.

Adakah wujud perbezaan pengetahuan belia terhadap dadah

berdasarkan tahap umur yang berbeza?
Adakah wujud perbezaan pengetahuan belia terhadap dadah
berdasarkan jantina yang berbeza?
Adakah wujud perbezaan sikap belia terhadap dadah berdasarkan
tahap umur yang berbeza?
Adakah wujud perbezaan sikap belia terhadap dadah berdasarkan
jantina yang berbeza?

HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis kajian ini ialah:
1.
2.
3.
4.

Tidak terdapat perbezaan pengetahuan dikalangan belia terhadap
dadah mengikut umur.
Tidak terdapat perbezaan pengetahuan dikalangan belia terhadap
dadah mengikut jantina.
Tidak terdapat perbezaan sikap dikalangan belia terhadap dadah

mengikut umur.
Tidak terdapat perbezaan sikap dikalangan belia terhadap dadah
mengikut jantina

BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan dikalangan belia menganggur yang tinggal di Felda Sungai
Mas, Kota Tinggi, Johor. Masalah utama yang dijangkakan dalam kajian ini ialah
untuk mengumpulkan seberapa ramai subjek kajian. Keadaan ini berlaku

4

Konvensyen PERKAMA pada 24-26 Jun 2005
disebabkan kebanyakan subjek tidak berada dirumah sepanjang masa. Selain
itu, pemboleh ubah bebas dalam kajian agak terhad iaitu cuma terdiri dari
jantina, dan tahap umur.Banyak aspek lain yang boleh diberi perhatian misalnya
tahap pendidikan, status ekonomi keluarga dan persekitaran tempat tinggal.
Perkara ini tidak diberi perhatian kerana kekangan masa, kos dan kerja sama
dari belia yang terlibat.Justeru itu, perolehan kajian ini tidak dianggap sebagai
muktamad. Pengkaji tidak menafikan bahawa kajian ini banyak limitasi yang
perlu diberi perhatian semasa mentafsir keputusan. Ini kerana bilangan subjek

yang digunakan kecil dan menyebabkan generalisasi kajian tidak boleh di terima
pakai untuk kajian-kajian lain.

DEFINISI ISTILAH
Penagihan Dadah
Seksyen 2 Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1993 mentakrifkan
penagih dadah sebagai seseorang yang menggunakan mana-mana dadah
berbahaya untuk mengalami keadaan psikik dan fizikal yang dicirikan oleh
tingkah laku dan gerak balas lain yang meliputi desakan mengambil dadah
secara berterusan atau berkala untuk mengalami kesan psikik dan untuk
mengelakkan gejala tarikan kerana ketiadaannya.
Belia
Menurut Teuku Iskandar (1996), belia adalah merujuk kepada muda atau
golongan muda. Belia merupakan golongan muda berumur 15 hingga 40 tahun.
Tumpuan utama kajian ini ialah belia yang berumur 18 hingga 25 tahun.

METODOLOGI KAJIAN
Soal selidik bahagian A mengandungi maklumat peribadi responden, Bahagian
B tahap pengetahuan terhadap dadah dan bahagian C sikap belia terhadap
dadah. Soal selidik bahagian B dan C disesuaikan dari soal selidik yang telah

digunakan oleh Azhar (2001).
TEMPAT KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor. Ini kerana daerah
Kota Tinggi mencatatkan jumlah penagih ke dua tertinggi seluruh negeri Johor
pada tahun 2002 selepas daerah Johor Bahru. Mengikut Agensi Dadah
Kebangsaan (2002) jumlah penagih yang dicatatkan ialah seramai 317 orang.

5

Konvensyen PERKAMA pada 24-26 Jun 2005

SAMPEL KAJIAN
Kajian ini melibatkan kira-kira 80 orang belia Felda Sungai Mas, Kota Tinggi,
Johor yang yang berumur 18 tahun sehingga 24 tahun. Menurut Krejcie dan
Morgan (1970) bagi populasi seramai 100 orang, saiz sampel yang diperlukan
ialah 80 orang. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang lelaki (62.5%) dan
perempuan 30 orang (37.5%) Manakala taburan bilangan dan peratusan
responden mengikut umur pula menunjukkan seramai 54 orang (67.5%) berumur
18 – 20 tahun dan 26 (32.5 %) orang berumur 21 hingga 24 tahun. Pemilihan
sampel dilakukan secara tidak rawak jenis bertujuan. Mengikut Najib (1999)
pendekatan ini membolehkan pengkaji dengan sengaja memilih sampel yang
dapat mewakili populasi dari segi bangsa, agama, jantina dan umur.
KAJIAN RINTIS
Kajian rintis dijalankan ke atas 20 belia di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor.
Kajian rintis ini bertujuan untuk melihat sama ada responden dapat memahami
atau tidak soalan-soalan yang dikemukakan. Nilai indeks kebolehpercayaan bagi
ujian sikap terhadap dadah adalah 0.838 iaitu suatu nilai yang tinggi. Ini
menunjukkan bahawa alat ujian ini dapat mengukur aspek yang ingin diukur oleh
pengkaji.
INSTRUMEN KAJIAN
Bahagian A
Bahagian ini mengandungi maklumat seperti jantina, umur dan tahap pendidikan.
Bahagian B
Bahagian B terdiri daripada 20 item yang digunakan untuk mengukur tahap
pengetahuan terhadap dadah dikalangan belia. Tahap pengetahuan diukur dari
dua aspek iaitu pengetahuan umum tentang dadah dan kesan dadah ke atas
tubuh.
Pembahagian item pengetahuan terhadap dadah
Umum
=
3, 4, 6, 9, 10, 12, 13, 14, 17, 20
Kesan Dadah
=
1, 2, 5, 7, 8, 11, 15, 16, 18, 19
Bahagian C
Bahagian ini terdiri dari 20 item yang digunakan untuk mengukur sikap subjek
terhadap dadah. Ia terdiri daripada pernyataan yang bersifat positif dan negatif
berkenaan sikap terhadap dadah.
Positif =
4, 6, 7, 8, 14, 15, 16, 18, 19
Negatif
=
1, 2, 3, 5, 9, 10, 11, 12, 13, 17, 20

6

Konvensyen PERKAMA pada 24-26 Jun 2005

KEPUTUSAN DAN KESIMPULAN KAJIAN
JADUAL 1
Maklum balas mengenai pengetahuan umum tentang dadah

Jenis Kenyataan
Benar
Salah

Benar
62.5%
7.8%

Peratusan Jawapan
Salah
11.7%
62.8%

Tidak Pasti
25.5%
29.4%

Secara keseluruhan, didapati 62.5 % responden menjawab benar bagi setiap
item yang benar mengenai pengetahuan umum tentang dadah, 11.7% menjawab
salah dan 25.8% menyatakan jawapan tidak pasti. Bagi item yang salah
mengenai pengetahuan umum tentang dadah didapati 7.8% memberikan
jawapan benar, 62.8% memberikan jawapan salah dan 29.4% memberika
jawapan tidak pasti.
JADUAL 2
Maklum balas kenyataan mengenai kesan dadah

Jenis Kenyataan
Benar
Salah

Benar
48.7%
76.2%

Peratusan Jawapan
Salah
11.3%
13.8%

Tidak Pasti
40%
10%

Jadual 2 menunjukkan maklum balas responden terhadap setiap item
kesan dadah. Secara keseluruhan, didapati 48.7 % responden menjawab benar
bagi setiap item yang benar mengenai kesan dadah, 11.3% menjawab salah dan
40% menyatakan jawapan tidak pasti. Bagi item yang salah mengenai kesan
dadah didapati 76.2% memberikan jawapan benar, 13.8% memberikan jawapan
salah dan 10% memberikan jawapan tidak pasti.

JADUAL 3
Maklum balas kenyataan positif tentang dadah
Kenyataan

Positif

Sangat
Tidak
Setuju

Tidak
Setuju

4.4%

3.75%

Peratusan Jawapan
Tidak Pasti
Setuju

6.25%

7

35.3%

Sangat
Setuju

50.3%

Konvensyen PERKAMA pada 24-26 Jun 2005
Jadual 3 menunjukan maklum balas responden bagi kenyataan positif tentang
dadah. Secara keseluruhannya , seramai 4.4% daripada responden
memberikan jawapan sangat tidak setuju terhadap kenyataan yang berbentuk
positif, 3.8% menyatakan tidak setuju, 6.3% menyatakan tidak pasti, 35.27%
menyatakan setuju dan 50.27% menyatakan sangat setuju.
JADUAL 4
Maklum balas bagi kenyataan negatif Tentang dadah
Kenyataan
Sangat
Tidak
Setuju
Negatif

56.7 %

Peratusan Jawapan
Tidak
Tidak Pasti
Setuju
Setuju

Sangat
Setuju

35.3 %

0.57 %

5.9 %

0.79 %

Jadual 4 menunjukan maklum balas responden bagi kenyataan negatif tentang
dadah. Secara keseluruhan, didapati 56.7 % dari responden menyatakan sangat
tidak setuju bagi kenyataan yang berbentuk negatif. Menakala seramai 56.7%
menyatakan sangat tidak setuju, 35.3% menyatakan tidak setuju, 5.9%
menyatakan tidak pasti, 0.79 menyatakan setuju dan 0.57 menyatakan sangat
setuju.
Analisis Tahap Pengetahuan Belia Terhadap Dadah
Berikut ialah analisis tahap pengetahuan umum tentang dadah, tahap kesan
dadah, tahap pengetahuan tentang dadah secara keseluruhan. mengikut lima
pembahagian tahap. Pembahagian tahap bagi pengetahuan adalah seperti
dalam jadual 5.
JADUAL 5
Pembahagian tahap dan markat bagi pengetahuan terhadap dadah

Bil
1
2
3
4
5

Tahap
Sangat rendah
Rendah
Sederhana
Tinggi
Sangat tinggi

Markat
Keseluruhan
0 hingga 8
9 hingga 16
17 hingga 24
25 hingga 32
33 hingga 40

8

Umum dan Kesan Dadah
0 hingga 4
5 hingga 8
9 hingga 12
13 hingga 16
17 hingga 20

Konvensyen PERKAMA pada 24-26 Jun 2005
JADUAL 6
Analisis tahap pengetahuan belia terhadap dadah
Tahap

Item

Jumlah

Tinggi

Sgt
tinggi

6
7.5%

52
65.0%

22
27.5%

80
100%

-

36
45.0%

41
51.3%

3
3.8%

80
100%

-

9
11.3%

64
80.0%

7
8.8%

80
100%

Sgt
rendah

Renda
h

Seder
hana

Pengetahuan
umum tentang
dadah

-

-

Kesan dadah

-

Pengetahuan
tentang dadah
secara
keseluruhan

-

Jadual 6 menunjukkan analisis tahap pengetahuan umum tentang dadah, tahap
kesan dadah dan tahap pengetahuan tentang dadah secara keseluruhan.
Seramai 52 orang (65%) mempunyai pengetahuan umum yang tinggi terhadap
dadah 22 orang (28%) di tahap sangat tinggi dan 6 orang (8%) di tahap
pengetahuan yang sederhana. Bagi kesan dadah ke atas tubuh, seramai 41
(51%) memberi respon yang tinggi, 36 orang (45%) memberi respon yang
sederhana dan hanya 3 orang (4%) memberi respon di tahap sangat tinggi. Pada
keseluruhannya, seramai 64 orang (80%) mempunyai pengetahuan yang
tinggi terhadap dadah, 9 orang (11%) berpengetahuan di tahap sederhana dan 7
orang
(9%) mempunyai pengetahuan yang sangat tinggi tentang dadah.
Analisis Sikap Belia Terhadap Dadah
JADUAL 7
Analisis Sikap Belia Terhadap Dadah
Sikap

Bilangan

Peratus

Positif

6

7.5

Negatif

74

92.5

Jumlah

80

100.0

Jadual 7 menunjukkan analisis sikap belia terhadap dadah. Seramai 74 orang
(92.5%) menunjukkan sikap yang negatif terhadap dadah dan hanya 6 orang
(7.5%) bersikap positif.

9

Konvensyen PERKAMA pada 24-26 Jun 2005

Analisis Inferensi
Berikut ialah keputusan analisis ujan-t bagi melihat perbezaan tahap
pengetahuan terhadap dadah secara keseluruhan dari segi umur dan jantina.
Turut dianalisis ialah sikap terhadap dadah dikalangan belia dari segi umur dan
jantina.
Hipotesis 1: Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan terhadap
dadah
dikalangan belia mengikut umur

JADUAL 8
Analisis Ujian-t perbandingan tahap pengetahuan terhadap dadah mengikut
umur
Umur

N

Min

SP

Ujian-t

P

18 - 20 tahun

54

28.17

78

0.68

0.50

21 - 24 tahun

26

27.65

*Signifikan pada aras 0.05
Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap
pengetahuan responden terhadap dadah dari segi umur. Nilai ‘p’ yang diperolehi
ialah 0.50 manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%). Nilai ‘p’ ini
adalah tinggi untuk menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah yang
signifikan. Oleh yang demikian hipotesis 1 dengan kenyataan tidak terdapat
perbezaan yang singifikan tahap pengetahuan terhadap dadah secara
keseluruhan dari segi umur adalah diterima.
Hipotesis 2: Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan terhadap
dadah dikalangan belia mengikut jantina.
JADUAL 9
Analisis Ujian-t perbandingan tahap pengetahuan terhadap dadah mengikut
jantina
Jantina

N

Min

SP

Ujian-t

P

Lelaki

50

28.12

78

0.44

0.66

10

Konvensyen PERKAMA pada 24-26 Jun 2005

Perempuan

30

27.80

*Signifikan pada aras 0.05
Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap
pengetahuan terhadap dadah antara responden lelaki dengan responden
perempuan. Nilai ‘p’ yang diperolehi ialah 0.66 manakala aras signifikan yang
ditetapkan ialah 0.05 (5%). Nilai ‘p’ ini adalah tinggi untuk menunjukkan
sebarang kecenderungan ke arah yang signifikan. Oleh yang demikian hipotesis
3 dengan kenyataan tidak terdapat perbezaan yang singifikan tahap
pengetahuan terhadap dadah secara keseluruhan dari segi jantina adalah
diterima.
Hipotesis 3: Tidak terdapat perbezaan sikap belia terhadap dadah
mengikut umur.
JADUAL 9
Analisis Ujian-t perbandingan sikap belia terhadap dadah mengikut umur
Umur

N

Min

SP

Ujian-t

P

18 - 20 tahun

54

4.39

78

1.42

0.16

21 - 24 tahun

26

4.29

Signifikan pada aras 0.05
Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap
responden terhadap dadah dari segi umur. Nilai ‘p’ yang diperolehi ialah 0.16
manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%). Nilai ‘p’ ini adalah
tinggi untuk menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah yang signifikan.
Oleh yang demikian hipotesis 2 dengan kenyataan tidak terdapat perbezaan
yang singifikan sikap responden terhadap dadah dari segi umur adalah diterima.
Hipotesis 4: Tidak terdapat perbezaan sikap belia terhadap dadah mengikut
jantina.
JADUAL 10
Analisis Ujian-t perbandingan sikap belia terhadap dadah berdasarkan jantina
Jantina

N

Min

SP

Ujian-t

P

Lelaki

50

4.38

78

0.86

0.39

Perempuan

30

4.32

*Signifikan pada aras 0.05

11

Konvensyen PERKAMA pada 24-26 Jun 2005

Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap
responden lelaki dengan responden perempuan terhadap dadah. Nilai ‘p’ yang
diperolehi ialah 0.39 manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%).
Nilai ‘p’ ini adalah tinggi untuk menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah
yang signifikan. Oleh yang demikian hipotesis 4 dengan kenyataan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan sikap responden terhadap dadah mengikut
jantina adalah diterima.
KESIMPULAN
Keputusan kajian mendapati semua hipotesis di terima. Secara keseluruhan
didapati golongan belia yang menganggur mempunyai pengetahuan yang tinggi
terhadap dadah. Kajian turut mendapati golongan belia ini mempunyai sikap
yang negatif terhadap dadah. Di samping itu, keputusan kajian juga menunjukan
kebanyakan belia yang menganggur tersebut mempunyai pencapaian
pendidikan sekurang-kurangnya di peringkat PMR. Mengkut tahap umur pula
didapati kebanyakan responden adalah terdiri dari kalangan lepasan sekolah
yang berumur 18 hingga 20 tahun iaitu mewalili 67.5 % dari keseluruhan
responden.
RUJUKAN
Agensi Dadah Kebangsaan (2001), “ Statistik Penagih Dadah Di Malaysia.”
Kementerian Dalam Negeri, Malaysia.
Agensi Dadah Kebangsaan (2002), “ Statistik Penagih Dadah Di Malaysia.”
Kementerian Dalam Negeri, Malaysia.
Agensi Dadah Kebangsaan (2003), “Statistik Penagih Dadah Di Malaysia.”
http://www.adk.gov.com.my . Diakses pada 1 Februari 2004.
Azhar Che Hassan (2001). “ Tahap Pengetahuan Dan Sikap Belia Terhadap
Dadah: Satu Kajian Di Universiti Kebangsaan Malaysia”. Universiti
Kebangsaan Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Berita Harian, 17 Disember 2003
Berita Harian, 16 Julai 2004
Krejcie R.V and Morgan (1970), “Determing Sampel Sizefor Research Activities.”
Education and Research Measurement.
Laporan Rancangan Malaysia ke 7, 1995 – 2000, Jabatan Perdana Menteri.
Mingguan Malaysia, Ahad 1 Februari 2004 (Ketagihan Dadah Ubah Fungsi Otak)

12

Konvensyen PERKAMA pada 24-26 Jun 2005
Mingguan Malaysia, Ahad 1 Februari 2004 (Usah Serik Tangani Gejala Sosial)
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), “Penyelidikan Pendidikan.” Skudai:
Penerbitan, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Reduan Aslie (1998), “Krisis Dadah.” Kuala Lumpur: AMK Interaksi, Sdn
Bhd.

13