SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM PEMBENTUKA

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM PEMBENTUKAN
TAMADUN DUNIA DI PELBAGAI BIDANG.
PENGENALAN
Tamadun Islam merupakan satu tamadun yang paling unik. Ini dapat dilihat dari segi
kelahirannya. Tamadun Islam lahir daripada asas agama. Tidak ada satu tamadun pun yang boleh
dijadikan contoh bagi sesuatu kelahiran yang berteraskan agama, sebagaimana yang dimiliki
oleh tamadun Islam.
Tamadun Islam bermula apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi
Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t melalui malaikat Jibrail a.s pada bulan Ramadan tahun 610
Masihi, ketika Baginda berusia 40 tahun. Ketika Baginda dilahirkan, Semenanjung Arab berjiran
dengan tamadun-tamadun terkemuka dalam sejarah, iaitu tamadun Greek dan Byzantin di
sebelah utara, tamadun Iran (Parsi) di sebelah timur, tamadun India di sebelah tenggara, dan
tamadun Aramik-Hebrew dan Aryan di sebelah barat laut. Kelahiran Islam di Semenanjung Tanah
Arab telah mencetuskan sebuah tamadun yang unggul. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w. telah berjaya membentuk sebuah peradaban yang tinggi.
Dengan ajaran yang datang daripada Allah s.w.t., Islam mampu melahirkan pengikut yang
berperadaban tinggi dan berakhlak mulia. Daripada peradaban tersebut, terbinalah sebuah
tamadun. Ini bermakna tamadun Islam berkembang maju dengan asas peradaban yang telah
terbentuk. Ini berbeza dengan tamadun lain yang membina peradabannya hasil daripada
perkembangan dan kemajuan tamadun tersebut.
Tamadun Islam berkembang di segenap pelosok dunia, antaranya di Damsyik, Kaherah, Baghdad,

Cordova dan Delhi. Fenomena ini berbeza sama sekali dengan sebarang tamadun lain yang
mencapai tahap kegemilangannya di tempat ia diasaskan. Kekuatan pengaruh tamadun Islam
turut menyumbang ke arah tercetusnya pembaharuan di Eropah dan seterusnya perluasan
pengaruhnya hingga ke kepulauan Melayu.
Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun-tamadun dunia yang agung termasuklah
tamadun Babylon, tamadun Yunani, tamadun Rom, tamadun Parsi, tamadun China, dan tamadun
India. Pertembungan tersebut berlaku melalui beberapa saluran seperti perniagaan, peperangan,
diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian. Peluasan pengaruh Islam di Iraq menemukan
tamadun Islam dengan tamadun Babylon, manakala di Syria dan Parsi, tamadun Islam
bertembung dengan tamadun Yunani dan tamadun Rumawi. Zaman kerajaan bani Umaiyah dan
Abbasiyah pula menyaksikan pertembungan tamadun India dan China apabila mereka meluaskan
penjajahan di sana. Pertembungan yang paling meluas berlaku ialah antara tamadun Islam dan
Eropah semasa pemerintahan orang Islam di Afrika Utara. Sempadan antara Afrika Utara dan
Eropah ialah Laut Mediterranean. Orang Islam telah merentas ke Sepanyol dan Sicily melalui laut
tersebut dan seterusnya ke Portugal dan selatan Perancis.
Tamadun Islam telah memberikan sumbangan besar kepada tamadun dunia dalam pelbagai
bidang termasuk bidang agama, falsafah, sains, ekonomi, perubatan, matematik,
kemasyarakatan, bahasa dan sastera. Tokoh-tokoh Islam telah memberi sumbangan yang besar
kepada perkembangan peradaban dan tamadun dunia. Karya-karya tokoh Islam banyak
pengaruhi pemikiran ahli falsafah dan pemikiran Barat dan menjadi sumber rujukan utama

kepada pelajar di seluruh dunia.
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM PEMBENTUKAN TAMADUN DUNIA DI PELBAGAI BIDANG.
1. Bidang Agama
Akidah merupakan asas kepercayaan yang menjadi punca keimanan seseorang individu atau
masyarakat terhadap Islam sebagai agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t menerusi Nabi
Muhammad s.a.w kepada seluruh umat manusia. Melalui akidah setiap Muslim tidak takut kepada
sesuatu yang lain kecuali Allah s.w.t. Agama Islam menyeru manusia supaya bekerja secara jujur
dan ikhlas. Melalui undang-undang syariat Islam, tunjuk ajar dan kaedah yang jelas adalah asas
pembinaan tamadun. Iman, ilmu dan amal akan melahirkan insan yang sempurna roh, akal dan
jasad. Sistem kehidupan penganut agama Islam dan penduduk jajahan takluknya mengalami
perubahan. Kedatangan Islam menyebabkan masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan
kawalan atau sekatan Paus Gereja Rom. Islam yang berasaskan akidah dan syariah mudah
diterima kerana ia bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa ataupun kaum dan

kawasan geografi. Sistem perundangan yang berdasarkan al-Quran dan hadis menjadi panduan
dan pedoman tetapi cara hidup, adat, dan budaya masyarakat setempat tidak dihapuskan.
2. Bidang Politik
Kawasan penyebaran dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam juga diperluaskan. Pelbagai
bentuk kerajaan dan masyarakat wujud dalam dunia Islam. Antara contohnya ialah kerajaan Delhi
Mughal di India. Kerajaan Islam walaupun tidak wujud di China tetapi di situ telah lama muncul

masyarakat Islam yang masih wujud hingga hari ini. Kerajaan Islam seperti Umaiyah, Abbasiyah,
dan Uthmaniyah telah berjaya membentuk sistem kerajaan pusat yang kuat di samping empayar
yang luas. Sistem politik dalam dunia Islam berasaskan akidah dan syariah walaupun institusi,
organisasi dan sistem pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam mungkin berbeza.
3. Bidang Falsafah
Di antara falsafah yang berpengaruh sebelum kedatangan Islam ialah Falsafah Yunani yang
dipelopori oleh Socrates, Plato, Aristoles dan lain-lain. Falsafah-falsafah ini diasaskan atas
kekuatan akal semata-mata tetapi falsafah Islam diasaskan di atas kekuatan wahyu dan akal
memperkukuhkannya. Pengaruh Islam ke atas orang Eropah menyebabkan pemikiran mereka
bebas dari belenggu pelbagai doktrin Kristian, terutama tentang hubungan manusia dengan
alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai makluk pasif lantaran dosa warisan. Perubahan ini
melahirkan fahaman Humanisme pada abad ke-13. Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi
orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, Imam al-Ghazali, Ibn Rushd dan Ibn Tufayl. Ibn
Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya
tersebut telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Ibn Rushd
banyak memberi perhatian kepada ilmu akal dan mantik. Tulisan beliau dijadikan rujukan di
Eropah dan kuat mempengaruhi pemikiran Eropah sehingga tercetusnya Zaman Renaissance.
4. Bidang Matematik
Tokoh-tokoh seperti Al-Khawarizmi dan Al-Battani
memberikan sumbangan terhadap

perkembangan intelektual dunia.
Al-Khawarizmi (780-850M)
Beliau merupakan ahli matematik Islam yang mengemukakan asal usul angka. Karya-karya
beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Beliau telah memperkenalkan Algebra di
dalam kitab al-Makhtasar fi Hisab al Jabr wa al-Muqabalah. Adelard dari Britain telah berguru
dengan orang Islam dan menterjemahkan karya beliau tentang teori geometri dalam matematik
dan statistik.
Al-Battani (858-929M)
Beliau terkenal dalam bidang trigoneometri dan menghasilkan teorem tangen, cotangent, sin dan
sinus. Istilah ini merupakan terjemahan kepada istilah Latin.
5. Bidang Astronomi
Astronomi daripada sudut bahasa bererti ilmu bintang iaitu peraturan bintang - "law of the stars".
Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Di antara tokoh-tokoh Islam
dalam bidang ini ialah:
Abu Ma’syar (78-886M)
Beliau dikanali sebagai Albumasar di Barat. Beliau telah mengemukakan teori berkaitan dengan
pasang dan surut air laut yang terbukti benar dan tepat kini. Karyanya diterjemahkan ke bahasa
Latin oleh Adelard of Bath.
Al-Biruni (362-442H/973-1050M)
Buku beliau iaitu Qanun al-Mas’udi membincangkan siang dan malam, bulan dan tahun, bulan

serta matahari, perbezaan takwim, maklumat tambahan tentang kalendar India, mengubah
takwim Sakkala kepada takwim Hijrah. Beliau mengira bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 49
minit yang tidak jauh berbeza dengan perbezaan moden, iaitu 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 47
saat. Beliau merupakan orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah
segi tiga. Beliau turut membincangkan alasan bagi tempoh fajar dan senja. Senja terjadi apabila
matahari berada pada 18 darjah di bawah ufuk. Teori ini disahkan benar dalam penyelidikan
moden.
Al-Fazari (abad ke-8M)
Beliau memperkenalkan cara mengukur tinggi dan jarak bintang menerusi alat ciptaannya yang
dikenali sebagai Asturlab (astroble). Kitab-kitabnya diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa
Eropah seperti Latin, dan dijadikan buku teks di universiti-universiti Eropah.
Al-Tusi (1201-1274M)

Beliau menghasilkan kitab Tazkirah (catatan astronomi). Beliau juga orang pertama membina
balai cerap (teropong bintang) dan dikenali juga sebagai bapa balai cerap.
Ibnu Sina (abad ke-11M)
Beliau telah menterjemahkan teori kosmologinya yang diambil oleh Einstein, ahli falsafah Barat
yang termasyhur pada abad ke-20.
6. Bidang Ekonomi
Peluasan kuasa dan wilayah Islam membolehkan orang Islam menguasai ekonomi khususnya

perdagangan dengan berkesan keselamatan laluan perdagangan di kawasan kerajaan Islam dan
di kawasan naungannya diberi perhatian untuk membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan
dijalankan dengan licin. Contohnya, armada laut diwujudkan kerajaan Uthmaniyah untuk
memastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, Laut
Mediterranean dan Lautan Hindi. Antara pusat-pusat ekomomi Islam yang penting ialah Aden,
Siraf, Basrah, Iskandariah dan Istanbul. Istanbul yang terletak di antara dunia Timur dan barat
telah menjadi pusat aktiviti perdagangan pada zaman kerajaan Uthmaniyah. Sejak abad ke-7M,
pedagang Islam telahpun berdagang ke India, Ceylon, Kepulauan Melayu dan China di sebelah
Timur. Di sebelah Barat pula pedagang Islam berdagang hingga ke Sepanyol, selatan Perancis,
Armenia dan kawasan selatan Gurun Sahara di benua Afrika.
7. Bidang Perubatan
Perubatan Islam berasaskan falsafah, konsep dan prinsip penyakit datang daripada Allah s.w.t
dan Allah yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya. Ajal dan maut adalah di tangan
Allah s.w.t. Di samping ubat dan rawatan klinik, doa dan ayat al-Qur’an menjadi ubat untuk
mengubati dan menyembuhkan penyakit. Kesakitan penyakit ialah cubaan dan dugaan Allah s.w.t
untuk menguji ketabahan dan kesabaran seseorang.
Pencapaian dan sumbangan tokoh Islam :
Abu Bakar Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi r.h. (251-313H/865-925M)
Di Barat beliau dikenali sebagai Rhazes. Beliau merupakan ahli perubatan pertama yang
membezakan antara cacar dengan campak, menyediakan beberapa jenis ubat daripada

tumbuhan dan tanaman, dan merekodkan banyak kes klinik dengan tepat. Beliau membahagikan
ubat kepada tiga kategori iaitu galian (mineral), sayuran dan benda hayat (biological) serta
menjelaskan fungsi masing-masing. Al-Hawi adalah karya beliau yang masyhur, diterjemahkan ke
dalam bahasa Latin, dan menjadi rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Beliau juga
menghasilkan kitab yang berkaitan dengan ruang, waktu, gerak, ilmu vitamin, perkembangan,
pembusukan, iklim, ilmu mata, dan alkemi.
Abu al-Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi r.h. (936-1037M)
Beliau telah mengenengahkan banyak pengetahuan penting tentang pembedahan antaranya
pembedahan biasa, kaedah-kaedah mengeluarkan batu dari pundi kencing, pembedahan mata
dan gigi, pemotongan organ dari tubuh badan dan sebagainya. Beliau juga menulis tentang
gynaecologi, masalah mata dan telinga. Dalam farmakologi dan farmakognosi, al-Zahrawi dalam
kitab al-Tasrif yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Medical Vademecum
menulis mengenai herba dan ubat dan dianggap sebagai ensaiklopedia perubatan terbesar.
Ibnu Sina (370-442H/980-1037M)
Abu Ali Husin bin Abdullah adalah nama penuh Ibnu Sina. Dikenali sebagai Avincenna di Barat,
beliau ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis. Beliau juga telah
menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, menjelaskan penyakit yang menyebabkan demam
kuning (jaundice). Pengaruh ilmunya luas sekali di Eropah dengan karangannya al-Qanun fi alTibb (Canon of Medicine). al-Qanun dianggap ensaiklopedia perubatan yang paling besar
sehingga ke hari ini.
8. Bidang Kebudayaan

Orang Islam mempengaruhi tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, berfikir,
bertutur, berdagang, dan berpolitik masyarakat setempat. Di Sepanyol pada zaman Umaiyah,
segolongan orang bukan Islam telah mengamalkan cara hidup orang Islam, iaitu mereka bertutur
dalam bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam. Pada zaman pertengahan sehinggalah
kepada zaman Renaissance, tatasusila kehidupan harian orang Islam telah mempengaruhi
kehidupan harian orang Eropah. Golongan Mudejar, iaitu orang Islam minoriti setempat yang
tinggal di kawasan pemerintahan kerajaan Kristian telah memainkan peranan yang penting
dalam aspek ini.
9. Bidang Kesusasteraan

Dunia kesusasteraan juga dipengaruhi sasterawan Islam. Omar Khayyam telah menulis tentang
Ruba’iyah. Al-Jahiz pula terkenal dengan Kitab al-Bayan. Jalal ad-Din Rumi telah menghasilkan
puisi-puisi bertemakan ketuhanan. Rabi’ah al-Adawiah ialah pemuisi wanita yang terkemuka.
Beliau telah menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan serta berkaitan dengan hubungan
manusia dengan Tuhan.
10. Bidang Kesenian
Kesenian Islam menyumbangkan kepada perkembangan ketamadunan dunia. Tema seni Islam
menonjolkan unsur-unsur dalam kepercayaan tauhid dan akidah. Antara bangunan yang
melambangkan ketinggian tamadun Islam ialah Masjid Cordova di Sepanyol, Istana Alhambra di
Granada, dan Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmed) di Istanbul.

11. Bidang Botani
Umat Islam telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang botani. Ini dapat dibuktikan
melalui taman-taman bunga yang cantik yang terdapat di Cordova, Kaherah, Baghdad, dan Fez.
Para saintis Islam sangat berminat dalam kajian botani kerana kebanyakan ubat yang digunakan
untuk rawatan dan pemulihan berasal dan datang daripada sumber tumbuhan herba dan pokokpokok ubatan. Ibn Arabi menulis buku tentang botani. Buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50
jenis pohon buah-buahan diterbitkan oleh al-Ghafiqi. Ibn Sina mengulas tentang tumbuhtumbuhan. Ibn al-Baytar telah menyusun buku tentang 1400 jenis dadah yang boleh diproses
daripada binatang, tumbuhan dan bahan galian. Karya botani yang berkaitan dengan perubatan
bagi membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuhan yang berkhasiat untuk perubatan
telah dihasilkan.
12. Bidang Bahasa
Bahasa Arab telah dijadikan bahasa utama di Sepanyol pada pemerintahan Bani Umaiyah.
Banyak istilah Arab telah digunakan untuk memperkayakan lagi perbendaharaan kata
masyarakat Eropah dalam bidang keilmuan. Antaranya termasuklah sukkar (sugar), alchemy
(chemistry), arsyek (cheque) dan sebagainya.
RUMUSAN DAN PENUTUP
Sumbangan tamadun Islam dalam pembentukan tamadun dunia memang tidak dapat dinafikan.
Tamadun Islam dapat dilihat di mana sahaja tanpa ada sempadan geografi. Orang Islam telah
menyumbang kepada tamadun manusia terutamanya dalam bidang agama, perubatan,
astronomi, ekonomi, matematik, botani, dan sebagainya. Kebanyakan karya tokoh Islam telah
mempengaruhi pemikiran ahli falsafah dan pemikiran Barat, dan ditiru oleh mereka sehingga

mereka berjaya mengubah tamadun mereka. Tamadun Islam telah membawa perkembangan
peradaban manusia melalui perkembangan ilmu pengetahuan. Karya-karya tokoh Islam menjadi
sumber rujukan utama kepada pelajar sehingga ke hari ini. Umat Islam pada hari ini seharusnya
dapat memajukan diri dan berusaha untuk terus memastikan perkembangan tamadun Islam.