FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBML 4103

HBML 4103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBML 4103
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEMESTER: MEI 2012

TAJUK TUGASAN:
PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU
MODEN

NAMA

: NORHANIDA BINTI ALI

NO. MATIKULASI

: 770821015850-002

NO. K/P


:770821-01-5850

NO. TEL.

:012-6906139

E-MEL

:need@gmail.oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM

1

HBML 4103

1.0 PENGENALAN
Kedatangan agama Hindu, Islam, dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah
menyebabkan pada bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu
Moden mengalami perbezaan yang ketara. Penutur bahasa Melayu Moden tidak dapat

memahami

bahasa

Melayu

dari

zaman-zaman

sebelumnya.

Ahli

bahasa

membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu bahasa
melayu kuno, bahasa Melayu klasik, dan bahasa Melayu moden. Setiap bahasa
mempunyai sifatnya yang tersendiri contohnya bahasa Melayu kuno mempunyai
pengaruh Sanskrit dan Hindu, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa

Arab dan Islam. Manakala, bahasa Melayu moden banyak dipengaruhi oleh penjajah
Barat terutama sekali Inggeris.
Menurut Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ke-13 dan ke-17 dinamakan
bahasa Melayu Klasik”. Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang
dibuat berdasarkan

pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu yang

dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya.
Pengaruh kebudayaan orang Hindu, Islam, dan Barat telah menyebabkan perubahan
dari segi tulisan.

Tulisan Melayu Kuno telah diambil dari India, tulisan Arab, dan

Latin. Pada zaman politik Srivijaya, masyarakat yang beragama Hindu dan Buddha,
menggunakan tulisan yang dibawa dari India. Sasteranya pula dipenuhi oleh ceritacerita sastera India. Bahasa Melayunya banyak menggunakan bahasa pinjaman
daripada kata-kata Sanskrit.
Sebenarnya bahasa Melayu klasik ini bermula dengan prasasti Terengganu yang
bertarikh pada 702 H bersamaan dengan tahun 1303 Masihi (SMN Al-Attas, 1970).
Bahasa Melayu klasik muncul dan terpisah daripada bahasa Melayu kuno apabila

wujud tulisan Jawi pada awal abad ke-14 M. Prasasti-prasasti berbahasa Melayu
klasik banyak terdapat di Semenanjung Malaysia seperti di Pengkalan Kempas,
Pahang, Perak, Kedah, Kelantan dan di beberapa tempat lain selain Terengganu
seperti tersebut dahulu.

2

HBML 4103
Pada zaman bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu banyak dipelajari oleh orang-orang
bukan Melayu seperti orang Cina, India, Arab, Parsi, dan juga orang-orang Barat
seperti Portugis, Itali, Belanda, Inggeris, Perancis, Sepanyol dan lain-lain untuk tujuan
perniagaan, perhubungan antara negara-negara dan pengembangan agama terutama
Islam dan Kristian. Pada zaman inilah lahir beberapa banyak buku dalam bentuk
daftar kata (word-list) seperti Melayu-Cina, Melayu-Itali, Melayu-Belanda; bukubuku kamus, buku tatabahasa dan hasil-hasil karya sastera Melayu. Ada antara bukubuku ini yang diterjemahkan ke dalam bahasa Barat seperti ke dalam bahasa Latin.
Selain daripada itu, ada pula buku atau kitab yang diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu seperti kitab tafsir al-Quran (contohnya tafsir al-Baydawi), al-Hadith, kitab
Fiqh, kitab Tasawwuf, dan Kitab Ilmu Tawhid dan sebagainya, dan juga terjemahan
kitab The Old Testament danThe New Testament dari bahasa-bahasa Barat ke dalam
bahasa Melayu menjadi Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru.


Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek (2006 : 32), bahasa Melayu
Pramoden bermula pada abad ke-19 apabila kedatangan pendatang luar ke Asia
Tenggara. Bagi mengukuhkan kedudukannya di tanah Melayu, mereka telah mengkaji
bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajiannya, mereka telah mewujudkan pusat-pusat
pengajian tentang bahasa, sastera, dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskripmanuskrip Melayu dan bahan-bahan peninggalan sejarah, budaya dan sastera Melayu
telah dikumpulkan di perpustakaan - perpustakaan barat.
Perkataan-perkataan yang berasal daripada barat seperti Inggeris dan Belanda mula
meresap ke dalam bahasa Melayu. Kesannya, bahasa ini telah mengakibatkan
kegiatan penulisan Melayu telah menggusur dari istana-istana raja seperti dalam
zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum. Pada zaman bahasa
Melayu Pramoden ini, banyak hasil penulisan seperti buku “Sejarah Melayu, Taj alSalatin, Hikayat Abdullah dan kitab-kitab agama di Asia Tenggara.
Bahasa Melayu Moden pula bermula setelah kedatangan penjajah Eropah seperti
Portugis, Belanda dan Inggeris. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai
kedudukan yang paling tinggi. Ianya berfungsi sebagai bahasa perantaraan,
pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris
3

HBML 4103
sebagai bahasa penghantar dalam sistem pendidikan. Setelah Malaysia mencapai

kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan
1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam
Laporan Razak 1956 telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam sistem pendidikan negara.
Menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit menuju
ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu moden. Peluang ini cerah apabila
mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negeri terutamanya
berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu, sekolah-sekolah
Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris
mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.

2.0 PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU
MODEN DARI SUDUT PERKATAAN (MORFOLOGI)

Petikan 1 daripada Hikayat Inderaputera
BAB IV - DI NEGERI JIN ISLAM
Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera bertemu dengan anak jin yang
bernama Nobat Rom Syah dan nama ayahnya Maharaja Tahir Johan Syah, dan

peri mengatakan tatkala Inderaputera beristerikan saudara Nobat Rom Syah yang
bernama Tuan Puteri Jamjam Dewi Gemala Rakna, dan peri mengatakan tatkala
Inderaputera membunuh Tamar Jalis anak raja jin Tamar Bunga, dan peri
mengatakan tatkala Inderaputera berteguh-teguhan janji dengan Nobat Rom
Syah.
Sebermula diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini demikian bunyinya.
Adapun pada ketika itu Raja Sunam pergi kepada sisi bukit ajaib akan memberi
makan kudanya dan segala anak raja-raja jin itu masing-masing naik seorang
kudanya serta dengan panji-panjinya dan suatu busar dan tangannya pedang dan
4

HBML 4103
suatu pendahan.

Petikan 2 daripada Hikayat Inderaputera
BAB III – MENCARI UBAT BERANAK
Hatta beberapa lamanya pada sehari-hari memukul mongmong itu maka katanya.
“Siapa yang tahu hubaya- hubaya katakan ubat beranak atau hikmat beranak itu
supaya aku persembahkan ke bawah duli Syah Alam nescaya kamu beroleh
anugerah daripada baginda itu.”


RUMUSAN PETIKAN
BIL
Bahasa Melayu Klasik
1
Peri

Bahasa Melayu Moden
1. hal, keadaan, sifat
2. berkata, berucap
3. jin

(menyerupai

perempuan

yang

cantik)
2

3
4
5
6
7
8
9

Tatkala
Berteguh-teguhan
Diceterakan
Empunya
Busar
Pendahan
Panji-panjinya

4. percuma (tidak dikenakan bayaran)
ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu)
janji saling menyatakan setia kepada janji
cerita, ceritera

pemiliknya, tuannya
busur; gergaji
Lembing pendek (pisau) utk dilemparkan
panji-panji bendera (biasanya yg bersegi tiga

Sebermula

panjang)
1. pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata
permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa
dsb)

10
11

Mongmong
hubaya- hubaya

2. awal atau asal
1. bunyi canang (gong); 2. gong; mungmung.

1. kata utk memperteguh nasihat (tegahan,
teguran, dll), tidak boleh tidak, sekali-kali
2. kata utk menguatkan harapan atau doa,
hendaknya, mudah-mudahan
5

HBML 4103
3. lebih-lebih lagi, terlebih lagi, tambahan lagi,
12

Nescaya

terutama lagi (pula)
tidak boleh tidak, sudah tentu

Maksud perkataan di dalam bahasa Melayu moden di atas adalah diambil daripada
Kamus Dewan edisi empat. Awang Sariyan berpendapat bahawa perlambangan bunyi
vocal di dalam bahasa Melayu klasik terbatas kepada tiga iaitu ‘i’, ‘a’, dan ‘u’
(daripada vokal bahasa Arab alif, ya dan wau) seperti contoh perkataan yang terdapat
di atas iaitu ‘peri’ dan ‘panji-panjinya’.
Namun, dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi
vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu moden iaitu ‘a’, ‘e’ pepet, ‘e’
taling, ‘i’, ‘o’, dan ‘u’ seperti contoh di atas iaitu ‘mongmong, busar dan empunya’.
Dari segi bunyi konsonan pula, diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu
Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi
getaran alveolar ‘r’ yang jelas menggunakan huruf “ra” dalam bahasa Arab.
Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi
getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik contoh
perkataannya adalah seperti busar, diceterakan dan sebermula. Bunyi diftong pula
memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu
‘ai’, ‘au’ dan ‘oi’.
Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan
dalam Bahasa Melayu Moden iaitu pengandaan menggunakan simbul ‘ – ‘ contohnya
ialah “hubaya-hubaya dan berteguh-teguhan”. Hal yang sama juga berlaku bagi proses
morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi kosa kata pula ia amat
berbeza dengan bahasa melayu moden. Kosa kata klasik seperti ratna mutu
manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, dan masyghul. Dalam bahasa
Melayu moden pula kosa katanya banyak menggunakan bahasa pinjaman dan
dipengaruhi oleh perkembangan teknologi seperti komputer, televisyen, dan variasi.
Menurut kajian Asmah haji Omar tentang kitab Aqai’id al-Nasafi (teks tertua Bahasa
Melayu) menunjukkan hampir 82 peratus kosa kata bahasa Melayu klasik merupakan
kosa kata Bahasa Melayu asli.
Dr. Zaitul Azama menyatakan, bahasa Melayu Klasik menggunakan pangkal ayat
yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat agak meluas contohnya
6

HBML 4103
seperti syahadan, maka, alkisah, hatta, arakian, kata sahibul hikayat, maka, tatkala dan
adapun. Kata-kata pangkal itu digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah
digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa
Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian
sebaliknya menggunakan penanda wacana bagi memberi kesinambungan isi di antara
ayat, perenggan, dan bab. Contohnya seperti justeru, walaupun, dan namun.
Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel “pun”dan
“lah”. Contohnya perkataan yang digandingkan dengan partikel ‘pun’ dan ‘lah’ ialah
seperti “adapun, bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel
dalam ayat pula ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja
seperti dikhatankan orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.
Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa
Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit yang
bertapak kukuh dissebabkan aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam
contohnya penggunaan bahasa Arab seperti “Allah Taala, makhdum, mualim daulat,
wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah “dosa, pahala, dan raja” .Bahasa
Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’ contoh
perkataan seperti “khamis, zakat, syarat”.
Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat
"bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem
panggilannya contohnya ialah seperti ‘sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.”.
Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik
adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang
dialami oleh kalangan raja di istana.
Bahasa Melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta
penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam di dalam
sesebuah karya prosa. Antara bukti-buktinya ialah dalam Hikayat Inderaputera yang
banyak menggunakan perkataan berunsur kiasan bagi mengindahkan sesebuah
pengucapan atau penulisan. Contoh perkataan di dalam Hikayat Inderaputera ialah:

7

HBML 4103
Syahadan gerseknya daripada mantika dan rumput daripada kuma-kuma dan airnya
seperti bau kasturi dan tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan
pohon delima dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.
Jika dibandingkan dengan bahasa Melayu moden, perbandingan yang dinyatakan
tidaklah terlalu berlebih-lebihan contohnya cantik seperti bidadari dan besar seperti
gajah. Perkataannya lebih mudah dan ringkas.
Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya
dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat
menghidupkan suasana penceritaan. Di dalam bahasa Melayu Moden, golongan kata
terbahagi kepada 4 iaitu kata nama, kata kerja , kata adjektif, dan kata tugas. Di dalam
bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan imbuhan di dalam perkataan sama
seperti bahasa Melayu moden. Begitu juga dengan kata ganda. Antara contoh di dalam
Hikayat inderaputera ialah “ berteguh-teguhan dan diceterakan”.

2.0 PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU
MODEN DARI SUDUT AYAT (SINTAKSIS)
Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya
Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat
songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang
jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga
menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman
tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang
berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan
penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan
inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan
Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai
bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera,
perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga
mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

8

HBML 4103

Petikan daripada Hikayat Inderapura
BAB V : DUA GELIGA HIKMAT
Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh ada suatu tasik membesar seperti laut
rupanya. Maka fikir Inderaputera, “Laut apakah lni gerangannya ?” Maka lalu
dihampirinya akan tasik itu. Maka dilihat olehnya Inderaputera pasirnya itu
daripada emas urai dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan
gerseknya daripada mantika dan rumput daripada kuma-kuma dan airnya seperti
bau kasturi dan tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon
delima dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu. Maka Inderaputera
melihat berbagai-bagai temasya. Maka Inderaputera pun berjalan di tepi tasik itu
dan berbunyi suatu suara itu demikianlah bunyinya, “Hai Inderaputera, ingat-ingat
tuan hamba.” Maka didengar oleh Inderaputera bunyi suara itu. Maka dilihat
ke kiri dan ke kanan, seorang pun tiada manusia dilihatnya, maka ia pun
berjalan juga pada tasik itu maka dilihatnya oleh Inderaputera sepohon
kayu. Maka lalu diusir. Maka sampailah Inderaputera ke bawah pohon kayu
itu. Maka dilihat oleh Jnderaputera itu mayat banyak terhantar di bawah pohon
kayu itu.

Maka berkatalah Inderaputera, “Hai mayat, tuan hambakah yang

berseru-seru kan hamba ini.” Maka sahut mayat itu, “Bahkan. Adapun sebab
hamba berserukan tuan hamba itu oleh seorang raksaksa di sini. Maka apabila ia
keluar maka ombaklah tasik ini dan ia datang ke sisi hamba. Maka ditindih
kepalanya hamba. Maka hamba pun tidurlah, antara tidur dengan jaga. Setelah itu
maka tiadalah sedarkan diri.

ANALISIS PETIKAN

9

HBML 4103
BIL Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Moden
1
Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh Inderapura melihat tasik yang luas
ada suatu tasik membesar seperti laut seperti laut.
2

rupanya.
Maka fikir Inderaputera, “Laut apakah lni Inderapura berkata ‘ laut apakah ini?

3
4

gerangannya ?”
Maka lalu dihampirinya akan tasik itu
Lalu, dia menghampiri tasik itu.
Maka dilihat olehnya Inderaputera pasirnya Inderapura melihat pasirnya yang
itu daripada emas urai dan batunya itu halus dan batunya yang berkilauan.

5

daripada permata yang indah-indah
Maka dilihat oleh Jnderaputera itu mayat Inderapura melihat banyak mayat

6
7

banyak terhantar di bawah pohon kayu itu
terlantar di bawah pokok.
Maka lalu diusir.
Lalu, dihalaunya.
Maka didengar oleh Inderaputera bunyi Inderapura mendengar bunyi suara

8

suara itu
itu.
Maka berkatalah Inderaputera, “Hai mayat, Inderapura berkata “ Hai mayat,
tuan hambakah yang berseru-seru kan kamukah yang memanggil hamba”.

9

hamba ini.”
Maka dilihat ke kiri dan ke kanan, seorang Inderapura melihat ke kiri dan ke
pun tiada manusia dilihatnya, maka ia pun kanan

tetapi

tiada

seorang

pun

berjalan juga pada tasik itu maka dilihatnya manusia. Kemudian, dia ternampak
oleh Inderaputera sepohon kayu. Maka lalu sepohon pokok di tepi tasik.
diusir. Maka sampailah Inderaputera ke
10
11

bawah pohon kayu itu.
Maka ditindih kepalanya hamba
Kemudian, kepala saya ditindih.
Maka hamba pun tidurlah, antara tidur Maka, saya pun tidur-tidur ayam.

12

dengan jaga
Setelah itu maka tiadalah sedarkan diri.

Kemudian, dia tidak sedarkan diri.

Berdasarkan beberapa contoh di atas, jelaslah di sini struktur ayat bahasa Melayu
Klasik amat berbeza dengan bahasa Melayu Moden sehngga ada sesetengah ayat yang
sukar difahami maksudnta. Bahasa Melayu Klasik mempunyai struktur ayat yang
panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa
ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu,
terutamanya “dan, maka, atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda
koma bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut :-

10

HBML 4103
Maka dilihat ke kiri dan ke kanan, seorang pun tiada manusia dilihatnya, maka ia pun
berjalan juga pada tasik itu maka dilihatnya oleh Inderaputera sepohon kayu. Maka
lalu diusir. Maka sampailah Inderaputera ke bawah pohon kayu itu.
Dalam bahasa Melayu Klasik, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang
digunakan. Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan ayat pasif, iaitu bentuk ayat
yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contohnya :Maka dilihat olehnya Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai dan batunya itu
daripada permata yang indah-indah

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel “pun”dan
“lah” contohnya perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti “adapun,
bertitahlah, dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula
ialah seperti berikut :Maka hamba pun tidurlah, antara tidur dengan jaga.

Di dalam bahasa Melayu Moden pula, setiap ayat mesti mengandungi subjek dan
predikat contohnya “Inderapura mendengar bunyi suara itu “. Ayat dalam bahasa
Melayu Moden juga terbahagi kepada 4 iaitu ayat penyata, ayat Tanya, ayat perintah
dan ayat seruan. Jenis ayat yang selalu digunakan di dalam pengucapan dan penulisan
adalah ayat penyata. Penggunaan dialog masih digunakan sehingga hari ini sama
seperti bahasa Melayu klasik iaitu contohnya “Maka berkatalah Inderaputera, “Hai
mayat, tuan hambakah yang berseru-seru kan hamba ini.”

3.0 RUMUSAN / KESIMULAN
Kesimpulannya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca iaitu bahasa yang
digunakan dalam pergaulan seharian dan urusan-urusan rasmi dan juga menjadi
bahasa ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu telah digunakan untuk penyebaran agama
Islam sama ada melalui tulisan ataupun lisan. Bahasa Melayu juga Klasik mempunyai
11

HBML 4103
mempunyai aksara sendiri. Masyarakat melayu pada zaman dahulu dan moden
dikatakan telah mengenali huruf kerana mereka mampu merakamkan bahasa mereka
dalam bentuk tulisan. Walaupun ayat-ayat yang digunakan dalam Bahasa Melayu
Klasik panjang dan bersifat meleret-leret ia mampu menyedarkan pembaca kerana
kebanyakkan penulisan mengandungi kata-kata bermakna.
Gaya Bahasa Melayu Klasik juga memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa
Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan menggunakan ayat
songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan gaya bahasanya jelas
kelihatan berunsur kearab-araban. Selain daripada itu, bahasanya juga
menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman dahulu. Kita
boleh menggambarkan bagaimana keadaan yang pernah terjadi pada waktu dahulu.
Bahasa Melayu Klasik juga bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara
Arab. Sistem tulisan ini digunakan untuk penyebaran bahasa persuratan di Alam
Melayu. Sistem tulisan ini mempunyai bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa
yang digunakan ketika itu. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya
persuratan yang meliputi pelbagai bidang iaitu bidang agama, undang-undang,
ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan
politik. Bahasa Melayu Klasik juga mempunyai pengaruh kata-kata pinjaman
daripada bahasa Arab dan Parsi.
Bahasa Melayu Moden adalah rentetan yang digunakan dalam bahasa Melayu Klasik.
Ada yang menerima perubahan dan ada yang masih kekal sehingga ke hari ini. Antara
cirri yang tidak digunakan di dalam penulisan bahasa Melayu Moden ialah bahasa
istana, ayat songsang dan meleret-leret, dan penggunaan kata hadapan seperti al-kisah,
hatta, dan arakian. Penggunaan kata hubung, kata sendi, kata tugas masih dikekalkan
sehingga hari ini. Bahasa Melayu Moden mat mementingkan penggunaan tatabahasa
yang betul. Ayat mesti mengandungi subjek dan predikat.Jika bahasa Melayu Klasik
banyak pengaruh bahasa Arab dan Parsi, bahasa Melayu moden pula banyak pengaruh
bahasa Inggeris kerana negara kita pernah dijajah oleh Inggeris sebelum merdeka
dulu. Kini, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi di dalam pentadbiran, sistem
perundangan dan sistem perundangan.

4.0 BIBLIOGRAFI
12

HBML 4103
1. Sejarah Bahasa Melayu : fosee.mmu.edu.my/.../Sejarah_Bahasa_Melayu.doc
2. Mohd Rosli Mohd Salleh. Kumpulan PGSR Bahasa Melayu IPGM KKB : Bahasa
Melayu Klasik (2012)
3. Cikgu Fadhil ;Bahasa Melayu Klasik (2011) :
http://cikgumuhammadfadhil.blogspot.com/2011/10/bahasa-melayu-klasik.html
4. Hikayat Ideraputra
mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/.../DHikayat.dir/doc.doc
5. Ellyieda. Bahasa Jiwa Bangsa: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu(2009)
6. Fariza Nurbaya (2008) dunia bahasa kita…SEjarah Perkembangan daan Asal Usul
Bahasa Melayu (http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-danasal-usul.html
7. Kassim Ahmad (2008) Perkembangan bahasa Melayu Moden :
http://jalantelawi.com/2010/05/perkembangan-bahasa-melayu-moden/
8. Cikgu Noor SGI (2010) Bahasa Melayu Moden 2 :
http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2010/10/bahasa-melayu-moden_08.html
9.Bahasa Jiwa Bangsa : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (2012)
http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasamelayu.html
10. Nik Safiah Karim et al. (2004). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur:
Dewan
bahasa dan Pustaka.

11. Hajah Noresah bt. Baharom. 2010. Kamus Dewan Edisi keempat.
Dewan Bahasa dan Pusaka.
12. 4. Dr Zaitul Akma (2012)Pengertian Bahasa Melayu Klasik (iankaka’).

http://www.scribd.com/doc/53076328/Pengertian-bahasa-Melayu-Klasik-iankaka

13