KESAN KESAN PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAY

KESAN KESAN PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa bahawa kedatangan Islam di Nusantara tidak membawa
sebarang kesan atau pengaruh terhadap masyarakat di rantau ini. Pendapat ini merupakan satu
pendapat yang amat keterlaluan dan tidak bersandarkan kepada fakta yang sebenar. Menurut Al
Attas, kebangkitan Islam di Tanah Arab telah bertanggungjawab mewujudkan suatu perubahan baru
atau “Zaman Baru” di Eropah. Begitu juga dengan kedatangan Islam di Nusantara juga membawa
suatu perubahan di sini. Pendapat ini nampaknya lebih konkrit dan berasas, kerana kedatangan
Islam ini telah membawa satu bentuk persambungan dan perubahan. Dengan kata lain, kedatangan
Islam telah membawa pelbagai perubahan tetapi masih terdapat unsur-unsur tradisi dan kefahaman
yang bercanggah dengan Islam. Antara perubahan yang berlaku adalah seperti berikut:
3.1

Pengaruh dalam Bidang Sosial

Dari segi aspek sosial, bahawa kedatangan Islam walaupun tidak secara total, berlaku juga beberapa
perubahan dan pembaharuan. Wertheim berpendapat, kedatangan Islam telah menjadikan golongan
bawahan mulai berasa diri mereka dihargai seperti golongan lain. Nilai sosialnya tidak sama
dengan ajaran hindu yang mempunyai berbagai-bagai kasta dan kedudukan. Walaupun begitu,
struktur sosialnya tidak banyak menerima perubahan kerana organisasi sosial seperti negara kota
dan corak pemerintahan secara feudal masih kekal. Perubahan sosial juga berlaku dengan adanya
revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dalam masyarakat di Nusantara. Semua ajaran

Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme yang menekankan konsep kesamarataan di sisi
Allah. Berpandukan dengan konsep rasionalisme ini masyarakat Nusantara dengan sendirinya
menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme. Islam juga menonjolkan unsur-unsur
metafizika yang berkaitan dengan rukun Iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
Sam’iyyat di samping hukum-hukum syarak. Unsur-unsur ini amat mempengaruhi pemikiran
mereka. Oleh itu, segala tindak-tanduk mereka bukan sahaja didokongi untuk kesenangan duniawi
tetapi juga untuk mendapat keredaan Allah. Justeru, segala amalan sama ada dari aspek sosial,
ekonomi dan politik adalah berdasarkan pemikiran dan petunjuk Islam.

3.2

Pengaruh dalam Bidang Kesenian

Dalam bidang kesenian pula, pengaruh Islam dapat dikesan pada batu-batu nisan, binaan-binaan,
masjid-masjid dan perhiasan seperti seni khat dan sebagainya. Secara umum, pada makam atau
batu-batu nisan tersebut terdapat tulisan-tulisan dan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat Al Quran
serta ajaran-ajaran Islam juga angka-angka Arab. Selain daripada batu-batu nisan, bentuk masjid
juga merupakan karya dan seni bina Islam yang terpenting di Nusantara. Dari segi corak dan
polanya, bangunan masjid yang menunjukkan kronologi dari abad ke14 hingga ke-18 M masih
mempertahankan kelanjutan struktur tradisional. Walau bagaimanapun, masjid berfungsi sebagai

tempat-tempat ibadat tentulah pengaruh Islam lebih tertonjol dan banyak kelihatan. Tiap-tiap
bahagian bangunannya memebri gambaran kosmologi atau gambaran alam semesta yang setiap
bahagian tersebut mempunyai pengertian dan peranan.

3.3

Pengaruh dalam Bahasa dan Kesusasteraan

Kedatangan Islam di Nusantara juga mengilhamkan pengkayaan dalam bidang bahasa dan
kesusasteraan Melayu. Sebelum ini dikatakan terdapat antara 150 hingga 200 bahasa yang sering
digunakan oleh penduduk-penduduk tempatan sebagai alat komunikasinya. Dalam bilangan
tersebut hanya dua sahaja yang berpengaruh. Dengan kedatangan Hindu, datang pula bahasa
Sanskrit yang mempengaruhi kedua-dua tetapi ia tidaklah berkembang maju. Dengan kedatangan
Islam ke rantau ini telah dapat memeperkayakan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Bukan sahaja
buku-buku yang berunsur agama ditulis dengan huruf jawi bahkan berbagai-bagai jenis buku ilmu
pengetahuan kesusasteraan seperti hikayat, cerita-cerita penglipur lara, sama ada berbentuk prosa
atau puisi ditulis dengan huruf jawi. Penggunaan perkataan Arab yang diasimilasikan ke dalam
bahasa Melayu menambahkan lagi kesempurnaan dan pengukuhan dalam kesusasteraan
Melayu. Bahasa Melayu sebelum ini merupakan bahasa yang terbatas, kini berjaya menempah
kedudukan yang tinggi dan kukuh sebagai bahasa perantaraan di seluruh Nusantara. Pengaruh Islam

tidak hanya sekadar menonjolkan perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu bahkan berjaya
membentuk suatu konsep yang melambangkan identiti kepada bangsa Melayu itu sendiri. Kejayaan
ini telah sebati dan menjadi tradisi serta budaya masyarakat Melayu.

3.4

Pengaruh dalam Bidang Ilmu Pengetahuan

Pengaruh Islam dalam semua bidang adalah berpunca dari kejayaan Islam itu sendiri dalam
menyebarkan ilmu pengetahuan dan pendidikannya. Bersama-sama dengan kedatangan Islam juga
telah berkembanglah ilmu pengetahuan dan pendidikan. Di Melaka perkembangan ilmu
pengetahuan bukan sahaj berlaku di rumah-rumah, masjid dan surau bahkan hingga ke istana-istana
raja. Fungsi istana selain daripada tempat-tempat belajar dan muzakarah ia juga berperanan sebagai
perpustakaan, tempat penterjemahan dan penyalinan buku-buku. Golongan raja-raja dan pembesarpembesar bukan sahaja menggalakkan rakyat supaya mencari dan mendalami ilmu pengetahuan
Islam bahkan mereka sendiri melibatkan diri dalam kegiatan tersebut secara bersungguhsungguh. Ulama-ulama asing yang datang bukan sahaja dijadikan guru bahkan diberi kedudukan
yang tinggi dalam hierki sosial yang setaraf dengan pembesar dan pentadbir. Rakyat jelata
digalakkan supaya belajar di mana-mana sahaja pusat pengajian ketika itu dengan memberi
penekanan intensif terhadap pengajian Al Quran dan asas-asas agama. Hasil daripada kegiatan
agama Islam yang dipelopori dan diawasi oleh sultan-sultan bukan sahaja dapat menghapuskan buta
huruf bahkan dapat melahirkan tokoh-tokoh agama dari kalangan tempatan. Secara keseluruhannya,

tidaklah dapat dinafikan tentang kewujudan pengaruh Islam di Nusantara sama ada dalam bidang
politi, sosial, ekonomi, kesenian, bahasa dan kesusasteraan tetapi juga dalam bidang pendidikan dan
pengetahuan. Namun begitu, warisan tradisi pra-Islam masih diteruskan tanpa tergugat dan
tercemar dalam semua aspek kehidupan masyarakat Nusantara. Unsur-unsur pra-Islam secara
sinkritisme telah memainkan peranannya seiring dengan unsur-unsur Islam. Walaupun wujudnya
perubahan besar akibat dari kedatangan Islam tetapi kita juga harus mengakui tentang adanya
kesinambungan tradisi dalam masyarakat Nusantara.

3.5 Pengaruh dalam politik dan pemerintahan
Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya, agama Islam telah
diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan
bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan
adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun
Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya
diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Setelah Islam datang dan
tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu t~lah berubah dan
dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan
khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga,
terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh
mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas

penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang menekankan fardhu bagi
penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan
yang hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah. Konsep
dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepada orang yang
diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sarna berperanan sebagai khalifah
Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan
kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak ada
pengkastaan dalam masyarakat seperti dalam pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan
masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama. Dari segi pentadbiran,
kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan
pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara.
Sultan juga bertanggungjawab mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan
berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil.
http://www.oocities.org/tamadunislam/kesan_kedatangan_islam.htm
http://cikgumadrid.blogspot.my/2010/04/kesan-dan-pengaruh-islam-dalam-tamadun.html