TEKNOLOGI VOKASIONAL - TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

TEKNOLOGI VOKASIONAL
- TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
TINGKATAN 2
2014

i

ii

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
iii

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2013
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

iv


KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA

vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

vii

3. KATA PENGANTAR

viii

4. PENGENALAN
4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional
4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional
4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi
4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

1

1
1
1

5. PELAKSANAAN
5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P
5.3 Perkakasan dan Perisian

2
2
2

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)
6.1 Matlamat Modul
6.2 Objektif Modul
6.3 Fokus Modul
6.4 Perancangan Kandungan
6.5 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
6.6 Pentaksiran

6.7 Organisasi Standard Kurikulum
6.8 Pemetaan Standard Kandungan dan Standar Pembelajaran Tingkatan 1-3
6.9 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

4
4
4
4
5-6
7-9
9
10
11-13

v

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

vii


Kata Pengantar
Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.
Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini
diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran
tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini
menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan
cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,
pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah

memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA)
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
viii

PENGENALAN
Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat Pendidikan Asas Vokasional
Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan
bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif Pendidikan Asas Vokasional
Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada.
Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam
bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran
generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam
kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan

murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan
inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta
menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.
Kurikulum Berasaskan Kompetensi
Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula
kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.
Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria
Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan
Kriteria Pencapaian
Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan
bagi setiap Standard Pembelajaran.
1

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 2 waktu seminggu selama 7 minggu menjadikan keseluruhan 14 waktu setahun.
Guru berlatarbelakang opsyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini
hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat
perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Penggunaan Teknologi Dalam P&P
Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya
kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin
ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik
darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan
dapat diaplikasikan.
Penggunaan Teknologi Dalam P&P
Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran
masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru
perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru
perlu mengolah P&P supaya pengintegrasian kemahiran TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.
Perkakasan Dan Perisian
Perkakasan dan perisian TMK yang dibekalkan ke sekolah adalah seperti berikut:
a. Perkakasan di Makmal Komputer
c. Perisian

 Pelayan
 Perisian Sistem Pengoperasian Windows, Linux dan Sistem
Pengoperasian Mac
 Komputer (PC) guru
 Perisian aplikasi Microsoft Office dan StarOffice
 Komputer (PC) murid
 Perisian utiliti seperti alat pemain media (Windows Media
 Pengimbas
Player), perakam bunyi (Sound Recorder) dan kalkulator
 Mesin Cetak
d. Kemudahan Internet
 Kamera dan Video Digital
 Talian akses Internet
 Mikrofon dan pembesar suara
b. Perkakasan untuk guru
 Komputer riba
 Projektor LCD
Semua perisian yang hendak digunakan di sekolah mesti mempunyai lesen yang sah. Sekolah juga digalakkan untuk muat turun perisian
percuma yang berkaitan dengan mata pelajaran. Guru harus sesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
perkakasan dan perisian yang ada di sekolah.

2

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

TEKNOLOGI VOKASIONAL
(TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)

3

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)
Matlamat Modul
Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bertujuan mengembangkan potensi
individu agar berpemikiran logik, kritis, kreatif dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
teknologi maklumat secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan berlandaskan
sikap saintifik dan nilai murni selaras dengan perkembangan sains dan teknologi untuk menangani cabaran abad ke-21.
Objektif Modul
Di akhir modul ini, murid akan dapat;
1. Mengenal pasti etika penggunaan Internet
2. Menggunakan Internet sebagai sumber maklumat
3. Menggunakan hamparan elektronik untuk membuat pengiraan .
Fokus Modul
Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi memberi penekanan kepada
asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran
teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.
Perancangan Kandungan
Modul TMK dalam Teknologi Vokasional dibangunkan adalah berasaskan kepada objektif yang digariskan dan diterjemahkan dalam
bentuk standard kandungan, standard pembelajaran dan kriteria pencapaian. Kandungan yang terdapat dalam kesemua modul ini
disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks Penekanan kepada 3 domain
pembelajaran akan menghasilkan perkara-perkara seperti berikut:
i)

Pengetahuan
Pengetahuan meliputi perkara di bawah:
a. Konsep, fakta dan terminologi TMK.
b. Pemikiran logik dalam membuat dan melaksanakan sesuatu aktiviti atau produk berasaskan TMK.

ii) Kemahiran
Kemahiran yang ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran TMK adalah seperti berikut:
a. Kemahiran penyelesaian masalah.
b. Kemahiran pemikiran logik.
4

c. Kemahiran pengurusan maklumat.
d. Kemahiran manipulatif.
e. Kemahiran menaakul.
f. Kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi.
iii) Nilai
Murid belajar menggunakan TMK melalui penerapan nilai, etika dan integriti seperti berikut:
a. Nilai: menanamkan sifat jujur, amanah,tertanggungjawab, bekerjasama, cekap dan bijaksana.
b. Etika: melahirkan sikap akauntabiliti iaitu satu prinsip di mana murid bertanggung jawab atas segala tindakan
mereka dan perlu menjelaskan tindakan yang diambil kepada orang lain. Murid juga perlu mematuhi undang- undang siber.
c. Integriti: memperihalkan perlakuan murid yang mengamalkan semua nilai dan etika dalam melahirkan
murid yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai jati diri dalam melaksanakan sesuatu tugasan, seterusnya
dapat menyumbang bakti kepada negara, bangsa dan agama.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan
menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:









Pendekatan modular berasaskan kompetensi
Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti
Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
Pembelajaran masteri
Integrasi TMK merentas kurikulum
Integrasi keusahawanan merentas kurikulum
Pengurusan kewangan berhemah

Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
dan pembelajaran TMK akan menjadi lebih berkesan dengan menggunakan strategi berikut:
a. Pembelajaran Kendiri
Pembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat pendekatan iaitu Terarah Kendiri (Self-Directed), Kadar Kendiri (SelfPaced), Akses Kendiri (Self-Accessed) dan Pentaksiran Kendiri (Self-Assessed) yang lebih berfokuskan kepada
pembelajaran berpusatkan murid. Dengan adanya TMK, konsep pembelajaran ini menjadi lebih mudah untuk direalisasikan.
Sebagai contoh melalui penggunaan perisian kursus dengan terarah kendiri, murid boleh menentukan apa yang hendak dipelajari
mengikut kadar kemampuan sendiri, mampu mengakses sendiri, malah dapat mentaksir pembelajaran sendiri. Strategi ini
membolehkan murid menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran, lebih
5

yakin dan tekun untuk mencapai standard kurikulum.
b. Kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan yang mementingkan kerjasama dan mengkehendaki murid
menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Dalam TMK pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan guru memberi
tugasan kepada kumpulan-kumpulan yang telah dikenalpasti. Murid boleh menggunakan emel untuk bertukar-tukar bahan dan
menggunakan perisian persembahan untuk mempersembahkan hasil kerja mereka. Semua ahli kumpulan akan menyumbang
dengan aktifnya pengetahuan, pendapat, kemahiran dan menyelesaikan masalah bersama.
c. Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu model aktiviti bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan. Pendekatan
aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang panjang, menginterasikan pelbagai disiplin ilmu,berpusatkan murid dan
menghubungkaitkan pengamalan kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan yang teratur
yang menjuruskepada matlamat yang spesifik. Murid berupaya belajar menggunakan TMK semasa proses menyediakan projek
dan murid juga boleh meneroka atau membuat kajian terhadap projek dengan menggunakan TMK.
d. Inkuiri-Penemuan
Pendekatan Inkuiri-Penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri
secara amnya membawa maksud maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling.
Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama
dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen, murid akan mengkaji sesuatu fenomena dan
mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian akanmembimbing murid untuk memahami konsep melalui hasil
inkuiri. Penggunaan TMK dalam Inkuiri-Penemuan berlaku apabila perisian kursus digunakan oleh murid untuk mencuba atau
melaksana ekperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilaksanakan dengan cara biasa. Dengan
menggunakan perisian aplikasi, murid juga dapat mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
Selain itu, demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid boleh juga dilihat
dengan mengunakan perisian 3D Modeling.
e. Penyelesaian Masalah
Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu kaedah pembelajaran berasaskan masalah sebenar dan murid dapat
menyelesaikan masalah dengan keupayaan mereka sendiri.Kaedah ini boleh dijalankan secara kolaboratif dan berpusatkan
murid. Murid perlu kenal pasti masalah, carikaedah penyelesaian, laksanakan operasi penyelesaian
masalah dan menilai kaedah penyelesaian masalah yang digunakan. Dalam konteks TMK, kaedah ini akan melibatkan
murid untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, murid ingin menyiapkan sesuatu
tugasan yang memerlukannya memasukkan imej. Murid dapati imej yang diperlukan tidak ada dalam komputernya. Maka untuk
mengatasi masalah itu, murid hendaklah berbincang dengan rakan bagi mencari penyelesaiannya. Guru berperanan sebagai
fasilitator dengan memberi panduan kepada murid dalam proses penyelesaian sesuatu masalah pada peringkat awal.
6

f. Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu
perkara yang dipelajari. Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran
mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.
Sumber-sumber TMK seperti penggunaan papan putih interaktif, tayangan video, perisian kursus, permainan komputer
pendidikan dan bahan-bahan Internet yang terpilih dapat membantu murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.
g. Konstruktivisme
Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu kaedah dimana murid dapat membina sendiri pengetahuan atau
konsep baru secara aktif berdasarkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman yang telah diperolehi dalam pengajaran
dan pembelajaran. Melalui pembelajaran konstruktivisme murid menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Murid gunakan TMK untuk mendapatkan data, maklumat dan pengetahuan.
h. Pembelajaran Penerokaan
Pembelajaran Penerokaan membolehkan murid belajar melalui penerokaan berdasarkan pengalaman yang sedia ada.
Murid secara aktif mencari dan mengakses maklumat dalam mencapai objektif pembelajaran mereka dalam konteks
yang terkawal. Sehubungan itu, TMK merupakan alat yang paling berkesan dalam menterjemahkan konsep
pembelajaran penerokaan memandangkan ianya dapat mencapai maklumat dan pengetahuan dengan cepat bagi
membolehkan murid menganalisis dan memproses maklumat yang diingini dalam situasi pembelajaran yang berbentuk
penyelesaian masalah, kajian masa depan dan simulasi.
PENTAKSIRAN
Pentaksiran bertindak sebagai kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan dan
kemahiran TMK. Pentaksiran mesti dilakukan secara berterusan dan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran untuk
memantau kemajuan murid dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai berdasarkan kepada standard kandungan, standard
pembelajaran serta kriteria pencapaian yang ditetapkan. Sebelum pentaksiran ini dilaksanakan guru perlu mengenal pasti
kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam standard pembelajaran yang telah dipilih. Murid boleh ditaksir dengan menggunakan
sama ada pentaksiran formatif atau sumatif atau kedua-duanya.
Pentaksiran formatif boleh dilaksanakan bertujuan untuk mengukur prestasi murid semasa pengajaran dan pembelajaran
dan ianya ditaksir secara bersepadu melibatkan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan
menyediakan ujian yang sesuai untuk menguji pencapaian pembelajaran. Nilai boleh diukur
menggunakan senarai semak atau melalui pemerhatian.Berikut adalah kaedah pentaksiran yang boleh digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran TMK:
a. Rubrik
Rubrik ialah satu kaedah pentaksiran yang menggunakan kriteria berbentuk skor bagi membolehkan guru membuat
7

penilaian sesuatu pengajaran untuk memastikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam TMK dicapai.Dengan kaedah ini guru
dapat membuat pentaksiran dengan lebih konsisten, teratur dan terarah berdasarkan kriteria
yang jelas.
b. Pemerhatian
Pemerhatian merupakan salah satu cara pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru dan rakan sebaya terhadap
proses kerja dalam sesuatu pembelajaran yang telah dirancang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Pemerhatian adalah pentaksiran yang berterusan dan autentik yang berteraskan kepada perlakuan murid semasa
melaksanakan kemahiran dan nilai dalam TMK. Bukti pemerhatian boleh direkod dengan menggunakan pita rakaman, video dan
fotografi atau rekod bertulis dengan menggunakan borang pemerhatian seperti senarai semak atau borang deskriptif. Selain itu,
buku log juga boleh digunakan untuk mencatatkan peristiwa yang penting atau
mencatatkan sesuatu pencapaian.
c. Persembahan
Persembahan ialah satu kaedah pentaksiran berbentuk lisan yang boleh dilaksanakan secara formatif dalam p&p.
Kaedah ini melibatkan murid secara individu atau berkumpulan bagi mempersembahkan hasil kerja mereka secara kreatif dengan
berbantukan komputer. Kriteria seperti reka bentuk visual, kandungan, bunyi dan cara penyampaian
perlu diambilkira dalam persembahan. Guru menerangkan keperluan yang perlu ada dalam persembahan seperti tajuk,
kandungan, reka bentuk visual, bilangan slaid dan perisian yang akan digunakan. Sesuatu persembahan boleh dinilai dengan
menggunakan instrumen pentaksiran seperti senarai semak dan rubrik. Hasil pentaksiran boleh digunakan oleh guru untuk
memberi komen bagi menambah baik mutu sesuatu persembahan.
d. Anekdot
Anekdot merujuk kepada penceritaan semula suatu pembelajaran TMK yang telah dipelajari dan ia boleh
dinyatakan dalam bentuk lisan atau bertulis. Ia dilaksanakan dengan murid menceritakan kembali suatu pembelajaran
yang telah dipelajari. Guru menggunakan senarai semak untuk menyemak isi penting yang dinyatakan oleh murid.
e. Kuiz dan Ujian
Kuiz merujuk kepada soalan lisan atau bertulis yang digunakan untuk menguji pengetahuan atau kefahaman murid
mengenai satu topik pembelajaran yang telah dipelajari. Ujian pula merupakan gabungan pelbagai bentuk soalan bagi
beberapa topik pembelajaran secara bertulis. Kuiz dan ujian digunakan untuk menilai tahap pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam standard pembelajaran TMK. Antara ciri-ciri umum bagi kuiz ialah ia dijalankan secara
tidak formal dan dalam tempoh masa yang singkat. Manakala bagi ujian pula ia berbentuk formal dan sistematik. Portfolio
merupakan koleksi hasil kerja murid berbentuk dokumentasi berstruktur yang digunakan sebagai salah satu
cara pentaksiran di bilik darjah.Terdapat tiga jenis portfolio yang boleh digunakan dalam TMK seperti Portfolio Kerja Harian,
Portfolio Dokumentari dan Portfolio Hasil Terbaik. Portfolio Kerja Harian merupakan tugasan harian yang dikumpul dalam satu
jangka waktu pembelajaran. Portfolio Dokumentari merupakan bahan pembelajaran yang dikumpul selaras dengan objektif untuk
sesuatu tugasan tertentu (task based) di mana proses penghasilan bahan tugasan perlu ditunjukkan dengan jelas. Portfolio Hasil
8

Terbaik merupakan hasil tugasan terbaik yang dipilih dari Portfolio Kerja Harian.Kaedah rubrik adalah antara kaedah yang boleh
digunakan untuk pentaksiran portfolio dalam membantu guru menilai perkembangan pembelajaran yang berterusan
danberfokuskan kepada perkembangan murid dalam aspekkemahiran, pengetahuan dan nilai.
f. Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Pentaksiran simulasi
boleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu permainan, main peranan dan penggunaan model. Kaedah-kaedah ini
digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran TMK.Pentaksiran simulasi yang berbentuk
permainan boleh digunakan seperti perisian permainan. Guru boleh memilih permainan komputer yang bersesuaian untuk menilai
kemahiran murid. Dalam aspek pentaksiran simulasi berbentuk main peranan, murid berperanan sebagai kekunci di papan
kekunci komputer dalam aktiviti mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor serta menaip perkataan. Manakala
pentaksiran simulasi berasaskan model, membolehkan murid belajar mengenai perkakasan komputer dengan menggunakan
bahan buangan seperti kotak, tin dan tali untuk membina sebuah model komputer.
Organisasi Standard Kurikulum
Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 1
hingga Tingkatan 3.
Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran
tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini
merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan
Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks,
sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan
pembelajaran.
Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan
kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi
menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai
Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan,
kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan
negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

9

PEMETAAN
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL
SUB MODUL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

STANDARD
KANDUNGAN

MENGENAL
KONSEP ASAS
SISTEM
KOMPUTER
(7 minggu)

MENGEKSPLORASI
TEKNOLOGI
(3.5 minggu)

MENGGUNAKAN
MULTIMEDIA
UNTUK
PEMASARAN
(3.5 minggu)

STANDARD PEMBELAJARAN
Tingkatan 1

Tingkatan 2

Tingkatan 3

1. Mengenalpasti komponen kitaran
pemprosesan maklumat
2. Mengenali konsep binari
3. Membanding keupayaan komputer
4. Mengenal pasti perisian komputer
5. Menggunakan perisian aplikasi
dan program utiliti
6. Menjaga keselamatan komputer
dan data
7. Melaksanakan asas
penyelenggaraan
komputer
1. Mengenal pasti etika
penggunaan Internet
2. Menggunakan Internet
sebagai sumber maklumat
3. Menggunakan hamparan
elektronik untuk membuat
pengiraan
1. Mengenal pasti kaedah
pemasaran produk
2. Membangunkan blog untuk
pemasaran produk
10

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
TINGKATAN 2

STANDARD KANDUNGAN
1. MENGEKSPLORASI
TEKNOLOGI
(3.5 minggu)
(7 waktu)

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1

Mengenal pasti etika
penggunaan Internet.
(1 waktu)

1.2

Menggunakan Internet
sebagai sumber maklumat.
(2 waktu)

1.3

Menggunakan hamparan
elektronik untuk membuat
pengiraan .
(4 waktu)

KRITERIA PENCAPAIAN
1.1.1 Menyatakan keperluan beretika semasa menggunakan
Internet.
1.1.2 Mengkategorikan perkara yang dibenarkan dan dilarang
semasa menggunakan Internet berdasarkan senarai yang
diberikan.
1.2.1 Mencari maklumat dengan menggunakan fitur carian
lanjutan pada enjin carian.
1.2.2 Mengumpul maklumat yang sesuai daripada carian.
1.2.3 Menyimpan hasil carian ke dalam folder yang sesuai.
1.3.1 Memasukkan data ke dalam baris dan lajur dengan
menggunakan hamparan elektronik.
1.3.2 Menggunakan gabungan operan tambah, tolak, darab atau
bahagi untuk melaksanakan pengiraan mudah berdasarkan
data yang telah dimasukkan.
1.3.3 Menyimpan hasil kerja ke dalam folder yang sesuai.

11

12

Terbitan:

13