Pengenalan Mengikut Sukatan Pelajaran Pe

Pengenalan
Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Visual KBSR, bidang menggambar ialah ;
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.
VIII.

Satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang
murid.
Melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam
membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
Menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil
karya.
Menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid.
Meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan
kegunaannya.
Membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas

dan teknik dalam proses rekaan.
Dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni
reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
Kegiatan : lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan
mozek.

Sejarah Catan Air

Sejarah Dunia
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau
atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan
seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta
susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman
Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang
digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman
kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan
tempera.
Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang
mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstrak dan semi abstrak. Di
Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah

Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.
Laju pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan, teknologi dan industri dewasa ini
memberikan pengaruh yang sangat besar bagi hidup dan perkembangan budaya bangsa,
termasuk didalamnya berbagai bidang seni rupa, mengkhususkan lagi dalam seni lukis dan
senimannya. Berbagai hasil produk hadir di dunia, didalam seni lukis saja misalnya dapat
kita jumpai berbagai jenis cat air yang kesemuanya ini merupakan produksi yang gemilang
dari perusahaan industri moden.Cat air mempunyai sifat-sifat dan keistimewaan tersendiri
yang padanya tersimpan potensi-potensi artistik. Akan tetapi seperti telah kita ketahui , cat
air juga telah dilupakan oleh seniman-seniman. Dengan demikian makin berkurang hasil
karya lukisan cat air, dan seandainya ada maka terbatas pada karya sebagai studi dalam
lembaga pendidikan sebab dipandang lebih praktis, murah dan ekonomi.
Akan tetapi terjadinya karya seni bukan hanya melimpahnya material yang tersedia,
suatu karya seni dapat terjadi, jika seniman kreatif dalam penyampaian idea, kemampuan
teknik yang sempurna, ketajaman persepsi, kedalaman intuisi, imaji dan mampu
menggetarkan jiwa serta yang paling asas adalah suara batin seniman itu sendiri. Memang
cat air hanya material biasa. Hal ini kerana tak akan bererti jika seniman tidak mampu
mengolahnya sehingga karyanya yang jadi tak lebih hanya sekadar komposisi.

Keberhasilan pelukis masa lampau seperti Turner, Constable John Marin, Wassily
Kandinsky, Affandi, Ruslikemudian lebih jauh lagi seniman Tiongkok mereka mampu

menguasai teknik. Dewasa ini yang menjadi persoalan ialah mampukah para pelukis
mem”peribadi”kan dirinya dalam lukisannya ? disamping ia harus sanggup menentang
segenap persoalan yang tumbuh dan berkembang sebagai akibat meningkatnya
perkembangan teknologi dan industri moden apabila hanya menggunakan material cat air,
sedang dilain pihak produksi cat minyak berbagai jenis lebih unggul dan daya tahannya
yang merupakan tandingan cat air. Akan tetapi cat air mempunyai kesan yang khusus yang
tidak dapat dicapai cat minyak. Nilai transparan yang sangat lembut meliuk, warna dof,
texture semua yang dapat dicapai satu kali sapuan kuat memberi kesan estetik yang sulit
dicapai material lain.
Dalam seni lukis khususnya cat air tidaklah begitu penting kerana seniman lebih
cenderung mengekspresikan idea-idekreatifnya dengan material yang lebih relevan.
Kenyataan menunjukkan bahawa cat air semakin terpisah dan hanya dilakukan sebagai
pelajaran di sekolah.

Perkembangan

Cat air sudah lama dikenali sejak beberapa abad yang lalu dan bukan
merupakan material yang baru. Hal ini dapat kita buktikan pada lukisan cat air pada
dinding semen yang tetap tahan iklim kering, walaupun dapat dimusnahkan dengan
menyapukan span basah pada permukaannya. Perkembangan cat air yang

dihasilkan tidak hanya terbatas pada satu jenis saja melainkan sudah pelbagai cat
sintetis, acrilik dan cat tembok yang merupakan produk terbaik di abad ini, bersama
munculnya pelukis dari berbagai golongan dan negara terutama dari negara barat,
dengan berbagai corak lukisannya memberi makna yang bererti bagi perkembangan
seni lukis cat air.
Dari abad ke abad perkembangan cat air semakin menurun dan makin
berkurang produktivitas lukisan cat air, ditambah makin meningkatnya produksi cat
minyak. Di Indonesia masih dapat disebut beberapa tokoh yang melukis dengan cat
air. Mereka ialah :Raden Abdullah, Rusli, Zaini dan pameran lukisan studio lukis
cat air berbentuk perkembangan.

Seni Catan Cat Air Di Tanah Air
Tahun 1930
Era perkembangan seni catan Malaysia bermula pada tahun 1930.pelukis cat air
pulau pinang menjadi perintis catan moden Malaysia.Abdullah Ariff ,Yong mun sen,Kao ju
ping,khaw sia,dan tay hooi keat mengubah seni tradisi yang bersifat abstrak kepada seni
moden melalui konsep pembuatan,iaitu penyerapan pengaruh penjajahan terhadap seni
yang bertemakan pemandangan alam tempatan dan aktiviti harian melalui media cat
air.Sapuan berus basah digabungkan dengan ciri impresionis ,cenderung merakamkan
kesan cahaya dan bayang yang transperensi kelam di samping menggunakan warna yang

harmoni dan bertindan.Antara karya yang menonjol pada era ini termasuklah pemandangan
di tepi sungai,kawasan lombong,dan dalam hutan serta tepi pantaiyang dirakamkan oleh
Abdullah ariff.
TAHUN 1938
Setelah lahirnya seni cat air pulau pinang ,seni nanyang yang dipelopori oleh pelukis cina
mula berkembang di singapura.”Nanyang” bermaksud golongan pelukis yang berasal dari
china dan berhijrah ke asia tenggara pada awal tahun 1938.Pelukis ini kebanyakkan
mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap gaya seni cina dan barat menerusi
pendidikan formal seni lukis di china dan telah menubuhkan akademi seni halus nanyang di
singapura.Kebanyakkan pelukis nanyang ,seperti cheong soo peing dan chen wen itsi,yang
menghasilkan

karya

kombinasi

stail

barat


seperti

impresionisme,post

impresionisme,fauvisme,dan kubisme,di samping teknik kaligrafi cina yang spontan dan
ekonomi

dengan

stail

horizontal

dan

monumental.contoh

nelayan,dilukis dia atas rice paper oleh cheong soo peing.

karya,perkampungan


Sifat dan teknik cat air
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia
bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan
menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas
yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah
jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh
warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi
air bersih dan untuk mencuci berus.
Cat air memiliki sifat-sifat transparan dengan warna-warna lembut dan menarik dan
mempunyai ciri khas yang menandai dan menentukan baik teknik mahupun sebuah lukisan.
Mengenai sifatnya lambat kering, iaitu tidak bererti bahawa pelukis harus bekerja dengan
perlahan-lahan. Lebih dari itu cat air tidak mudah menutup, sehingga tidak dapat
menghilangkan warna dasar sifat, oleh demikian tidaklah mudah untuk diatasi, jika tanpa
latihan yang tekun dan baik, sebab selain bakat latihan juga menentukan berhasil tidaknya
penguasaan teknik untuk suatu konsep yang diciptakan. Maka tidaklah mudah kita
bayangkan jika kita akan melukis dengan cat air. Dan adalah tugas seniman kreatif untuk
mengenal, menghayati, mengetahui dan menguasai agar dapat mewujudkan ide-idenya.
sifat-sifat cat air sebagai berikut :
1. Cat air mempunyai sifat harus dicampur dengan air.

2. Cat air mempunyai sifat lambat kering sehingga memungkinkan ekspresif spontan.
3. Cat air mempunyai sifat tidak menutup, sehingga tidak dapat menghilangkan warna dasar.
4. Cat air mempunyai sifat transparan.
5. Cat air mudah terpengaruh oleh suasana sekitar, baik mengenai kelembaban udara,
kekeringan ataupun air dan masih banyak sifat lainnya.

Teknik Basah Atas Kering
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk
menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa
jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan
warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi
mendapatkan kesan lut sinar.
Campuran Warna
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair.
Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Cara
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan
ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan
transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas

lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Basah
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia
menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air
dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna
terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air
dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.
Campuran warna
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia
harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak
kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.
Cara
Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan
apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada
memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan
meninggalkan kesan kering berlegap.

Teknik berus kering

Ciri-ciri
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas.
Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah
kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.
Campuran warna
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu
dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah
dibancuh.
Cara
Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna
disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering.
Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak
bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin
menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang
pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

Teknik Kecatan
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga
catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini,

catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.
Campuran warna
Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika
hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.
Cara
Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran
warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu
kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.
Dengan mengenal sifat-sifat tersebut diatas, maka seorang pelukis paling tidak
mempunyai bekal dalam menggunakan media ekspresi dalam melukis. Sifat material ini
akan menentukan teknik, dan teknik akan dipengaruhi alat. Variasi-variasi dan metodemetode sangatlah banyak, pelukis Amerika sering mengelompokkan metode dengan
mengklasifikasikan metode basah dan kering. Berbagai teknik yang merupakan landasan
untuk berkarya bagi pelukis dapat kita saksikan pada pameran studio lukisan cat air ini
dengan berbagai eksperimen bahan sejenis cat air, yang mempunyai sifat-sifat yang
spesifik, yang tidak dimiliki media lain demikian pula menggunakan tekniknya.

Langkah 1 :

Menyediakan kertas, pensel 2B, pemadam, warna air, berus untuk
memulakan aktiviti catan.

Langkah 2 : Melukis gambar yang dipilih seperti di dalam gambar memilih untuk
melukis bunga periuk kera.
Langkah 3 : Setelah siap melukis, murid dikehendaki untuk mewarnakan karya
tersebut dengan menggunakan warna yang bersesuaian dengan
bunga periuk kera tersebut.
Langkah 4 : Menentukan teknik yang hendak digunakan dalam karya bunga periuk
kera tersebut. Karya tersebut menggunakan teknik basah atas basah
pada permulaannya. Peringkat kedua ialah menggunakn teknik kering
atas basah, dan kering atas kering.

Langkah 5 : Setelah siap mewarnakan karya tersebut, dikehendaki membuat
kemasan pada karya itu.

Dokumen yang terkait

Anal isi s L e ve l Pe r tanyaan p ad a S oal Ce r ita d alam B u k u T e k s M at e m at ik a Pe n u n jang S MK Pr ogr a m Keahl ian T e k n ologi , Kese h at an , d an Pe r tani an Kelas X T e r b itan E r lan gga B e r d asarkan T ak s on om i S OL O

2 99 16

Pengelolaan Publikasi MelaluiMedia Sosial Sebagai sarana Pengenalan Kegiatan Nandur Dulur( Studi deskriptif pada tim publikasi Nandur Dulur)

0 66 19

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Peningkatan keterampilan menyimak melalui penerapan metode bercerita pada siswa kelas II SDN Pamulang Permai Tangerang Selatan Tahun Pelajaran 2013/2014

20 223 100

Pemanfaatan Media Peta Untuk Meningkatkan Motivasi Dan Hasil Belajar Siswa Pada Mata Pelajaran Ips Dengan Pokok Bahasan Mengenal Peta Provinsi (Ptk Pada Siswa Kelas Iv Mis Al-Husna Kota Tangerang)

1 36 118

Aplikasi Pengenalan Amatematika Dasar Untuk Anak Usia Dini Berbasis Multimedia

14 93 39

ANALISIS TIPOLOGI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN SISWA SMK SWASTA (Studi Pada Siswa SMK 2 Mei, SMK Bhakti Utama, dan SMK Bhinneka di Bandar Lampung Tahun Pelajaran 2009/2010)

2 34 119

Penggunaan Metode Diskusi Untuk Meningkatkan Aktivitas Dan Hasil Belajar IPA Siswa Kelas IV SD Negeri 1 Pasar Baru Kecamatan Kedondong Kabupaten Pesawaran Tahun Pelajaran 2011-2012

4 103 122

Studi Perbandingan Sikap Sosial Siswa dengan Menggunakan Model Pembelajaraan Kooperatif Tipe Two Stay Two Stray dan Think Pair Share Pada Mata Pelajaran IPS Terpadu

3 49 84

PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP PEMAHAMAN KONSEP MATEMATIS SISWA (Studi pada Siswa Kelas VII Semester Genap SMP Negeri 8 Bandar Lampung Tahun Pelajaran 2013/2014)

0 20 44