AKTOR AKTOR YANG TERLIBAT DALAM ISU KEGA

AKTOR-AKTOR YANG TERLIBAT DALAM ISU KEGANASAN DAN PENDERAAN
TERHADAP WANITA

PENGENALAN

Tugasan ini membincangkan tentang aktor-aktor yang terlibat dalam isu
keganasan dan penderaan terhadap wanita. Tugasan ini juga turut membincangkan
tentang peranan-peranan aktor terlibat dalam menangani isu ini. Keganasan dan
penderaan terhadap wanita boleh diertikan sebagai perbuatan penganiayaan terhadap
wanita melalui apa-apa tindakan yang mengakibatkan kecederaan fizikal dan mental
kepada mangsa bahkan juga boleh menyebabkan kematian. Antara aktor-aktor yang
terlibat di dalam isu keganasan dan penderaan terhadap wanita ini adalah aktor rasmi
yang terdiri daripada kerajaan Malaysia sendiri dalam menggubal Dasar Wanita Negara
1989, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2009 dan Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2001. Selain itu, usaha ini turut dibantu oleh aktor
tidak rasmi iaitu Kumpulan Bukan Kerajaan (NGO), agensi swasta dan peranan media.

LATAR BELAKANG ISU

Kaum wanita dan kanak-kanak perempuan lebih terdedah kepada keganasan
serta penderaan berbanding lelaki walaupun mereka juga turut menjadi mangsa kepada

keganasan wanita tetapi nisbahnya terlalu sedikit dan kesan tindakan tersebut terhadap
mereka adalah kurang mendalam jika hendak disamaratakan. Jika dilihat, telah banyak
kajian dijalankan

untuk menunjukkan keganasan dan penderaan terhadap wanita

bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Kebanyakan keganasan dan penderaan
terhadap wanita dilakukan oleh orang yang mereka kenali dan diharapkan boleh
menjadi pelindung seperti suami atau bapa sendiri. Selalunya kes-kes keganasan dan
penderaan seperti ini tidak dilaporkan kerana mengelak masalah dalaman keluarga
atau masalah peribadi.
Berdasarkan kepada Shariffah Nuridah Aishah dan Noor’ Ashikin (2010),
kumpulan wanita yang kerap menjadi mangsa keganasan adalah wanita dalam
kumpulan minoriti, orang asli wanita, pendatang wanita, tebusan wanita, wanita yang
hidup dalam kemiskinan yang terasing dari pembangunan, wanita dalam tahanan,
kanak-kanak perempuan, wanita cacat dan berumur. Tindakan atau ancaman
keganasan yang boleh mengakibatkan ketakutan dalam kehidupannya merupakan satu
halangan dalam mencapai kesamarataan antara gender. Perasaan takut kepada
keganasan adalah penghalang yang bersifat kekal untuk wanita mencapai kemajuan
yang memberi kesan kepada kesihatan, kedudukan sosial dan ekonomi wanita serta

menyekat kebebasan bergerak. Keganasan terhadap wanita merupakan satu

mekanisme sosial yang memaksa wanita untuk berada di tahap yang rendah
berbanding lelaki.
Tindakan-tindakan keganasan dan penderaan yang lain terhadap wanita
termasuklah juga pelanggaran hak-hak kemanusiaan wanita seperti pembunuhan,
perogolan terancang, perhambaan seks, penghamilan tanpa kerelaan, mangsa
pornografi, penguguran anak perempuan, proses berkhatan wanita, pengabaian hak
asasi seperti pembelajaran dan kesihatan dan pelbagai lagi.

KONSEP DAN PERANAN AKTOR

Di dalam isu keganasan dan penderaan terhadap wanita dilihat aktor utama yang
terlibat datangnya daripada orang-orang politik ataupun pihak eksekutif, bagaimanapun
dengan perkembangan semasa dan globalisasi maka penglibatan aktor-aktor lain juga
kian ketara. Malah, aktor tidak rasmi seperti kumpulan berkepentingan, pihak media,
masyarakat dan individu tertentu turut dianggap penting di dalam menangani isu ini.
Walaupun begitu, setiap sumber-sumber tersebut masih dikawal oleh sumber utama
iaitu eksekutif ataupun ahli politik.
Penglibatan


dan

sumbangan

wanita

di

dalam

pembangunan

negara

sememangnya tidak dapat dinafikan. Jika dahulu wanita disisihkan, wujud diskriminasi
dan dianggap golongan di bawah lelaki tetapi segalanya telah berubah seiring dengan
enam dekad kemerdekaan yang dikecapi oleh negara. Sejak itu, pemerkasaan dan

pembelaan terhadap kedudukan wanita telah berubah dengan pengenalan dasar yang

membolehkan pembabitan wanita di dalam ekonomi, sosial dan politk. Pada tahun
1985, Kerajaan Malaysia telah membentuk sebuah Dasar Kebangsaan untuk wanita
sebagai panduan bagi penglibatan para wanita di dalam proses pembangunan. Dasar
berkenaan membolehkan wanita meningkatkan taraf kehidupan dengan berusaha
memerangi keganasan dan penderaan terhadap wanita.
Kerajaan sentiasa komited terhadap Rancangan-rancangan Malaysia seterusnya
dengan memberi perhatian kepada keperluan-keperluan wanita dengan menubuhkan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2001 untuk
mengendalikan isu-isu berkaitan dengan wanita di Malaysia. Manakala Badan Bukan
Kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang besar terutama dalam membantu
menangani pelbagai keperluan sosial seperti penindasan, ketidakadilan, amalan
diskriminasi dan pengabaian yang mengakibatkan penganiayaan terhadap golongan
wanita dalam tempoh sekian lamanya. Bilangan pertubuhan seperti ini semakin
bertambah bagi membantu pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, bahkan sesetengahnya
pula diwujudkan sendiri oleh kerajaan atas sebab pelbagai kepentingan politik yang
tertentu. Walaubagaimanapun, Non-Governmental Organization (NGO) juga perlu
mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan bagi melaksanakan aktiviti-aktivitinya.

PERANAN AKTOR RASMI
Dasar Wanita Negara 1989


Malaysia yang kini sedang mengorak langkah dalam merealisasikan hasrat
negara maju turut tidak terlepas daripada berdepan dengan masalah membabitkan
perlakuan jenayah terhadap wanita. Antara usaha-usaha yang pihak kerajaan lakukan
bagi menangani isu ini adalah dengan memperkenalkan Dasar Wanita Negara yang
digubal pada tahun 1989 dengan mengambil kira segala isu, peluang, cabaran dan
persekitaran pada masa kini dan akan datang. Dasar Wanita Negara berprinsipkan
tiada diskriminasi antara

gender seperti yang telah dimaktubkan di dalam

Perlembagaan Persekutuan, Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi
Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Deklarasi
dan Pelan Tindakan Beijing (Beijing Platform for Action), Matlamat Pembangunan
Milenium (MDGs) serta Deklarasi Putrajaya dan Program Tindakan Mengenai
Pembangunan Wanita Dalam Negara Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
(NAM Putrajaya Declaration).
Melalui Dasar Wanita negara nasib wanita sentiasa terbela dengan memastikan
kesaksamaan gender dalam penggubalan dasar dan perundangan, penilaian program
kepada wanita serta menyediakan bajet dalam pembangunan wanita mengikut

keperluan semasa. Selain itu juga, dasar ini turut mengkaji semula undang-undang dan
peraturan sedia ada bagi menggubal atau menukar perundangan mengikut keperluan
untuk menjamin tiada diskriminasi berasaskan gender bagi memberi perlindungan,

keselamatan, hak-hak

dan

menjaga

maruah

wanita

agar dipelihara

dengan

pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang sedia agar lebih berkesan.


Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2009

Pelan Tindakan Pembangunan Wanita adalah kesinambungan daripada Dasar
Wanita Negara 1989 dengan memperincikan tindakan yang perlu diambil dengan
merangkumi 13 sektor dan antara yang terpenting adalah ekonomi, kemiskinan,
undang-undang, keganasan terhadap wanita, kesihatan, pendidikan dan latihan, sains
dan teknologi serta wanita dalam pembuat keputusan. Iltizam serta tekad yang telah
diberikan oleh kerajaan Malaysia terhadap pembelaan dan kemajuan wanita-wanita
meliputi pelan ini

yang selaras dengan teras Misi Nasional 2006-2020 agar kaum

wanita tidak dibiarkan terpinggir dalam arus pembangunan negara.
Keganasan dan penderaan terhadap wanita merupakan isu kritikal yang boleh
menjejaskan kemajuan dan kesejahteraan wanita. Isu ini perlu ditangani bagi
mewujudkan persekitaran yang selamat untuk wanita supaya mereka bebas daripada
penganiayaan. Dalam usaha bersepadu ini telah meningkatkan kesedaran

kepada


masyarakat khususnya wanita terhadap tanggungjawab membantu orang lain yang
teraniaya. Program kesedaran dan latihan berkaitan keganasan dan penderaan
terhadap wanita turut melibatkan kaum lelaki agar mereka mempunyai kesedaran dan
mengetahui tindakan undang-undang yang akan dikenakan sekiranya disabit dengan

kesalahan ini. Hasilnya kes keganasan rumah tangga telah berkurang daripada 3,468
pada tahun 2000 kepada 2,055 pada tahun 2003.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2001

Pihak kerajaan memainkan peranan yang amat penting di dalam menyokong
program-program bagi melindungi wanita daripada jenayah serta menyediakan
persekitaran yang selamat dan sihat bagi menghadapi cabaran-cabaran di masa
hadapan. Justeru itu, dengan pengstrukturan semula Jabatan Pembangunan Wanita
(JPW) yang dulu dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) wujudlah Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2001 bagi
menggambarkan komitmen kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita
di negara ini.
Dalam usahanya melindungi wanita daripada keganasan dan penderaan,

pelbagai kempen, program, pelan dan dasar telah dijalankan dan dirancangkan dengan
matlamat serta objektif yang sama. Setiap program yang dijalankan membuka peluang
kepada wanita agar mengetahui platform yang sesuai untuk mengambil tindakan
seterusnya. Selain itu, kementerian ini turut menyediakan perkhidmatan Talian NUR
15999 sejak 2007 bagi memudahkan orang awam terutamanya mangsa membuat
aduan

ataupun

mendapatkan

khidmat

nasihat

mengenai

kebajikan

serta


kemasyarakatan. Talian NUR 15999 merupakan satu pusat panggilan kerajaan yang

dibangunkan untuk mengendalikan panggilan daripada orang ramai berhubung
keganasan rumah tangga dan wanita, penderaan wanita dan kanak-kanak, bantuan
kebajikan, child line, pembuangan bayi serta khidmat kaunseling. Talian ini beroperasi
24 jam sehari dan 365 hari setahun.

PERANAN AKTOR TIDAK RASMI
Kumpulan Bukan Kerajaan (NGO)

Dalam usaha mengatasi masalah keganasan dan penderaan terhadap wanita,
pihak NGO memainkan peranan yang penting untuk suatu masyarakat dan bangsa.
Sejak tahun 1970, NGO menjadi wakil atau suara kepada masyarakat untuk di
sampaikan kepada kerajaan. Kumpulan Bukan Kerajaan (NGO) merupakan sebuah
organisasi yang didirikan oleh perseorangan ataupun sekelompok orang yang secara
sukarelanya memberikan pelayanan kepada masyarakat umum tanpa berasaskan
keuntungan politik mahupun kepentingan awam,
Antara NGO yang terlibat adalah Pertubuhan Pertolongan Wanita (Womens Aid
Organisation) merupakan badan bebas, tidak bermotifkan keagamaan dan badan

bukan kerajaan yang komited terhadap usaha menentang sebarang keganasan dan
penderaaan terhadap wanita. Womens Aid Organisation (WOA) juga terlibat dalam
usaha mendidik masyarakat khususnya kaum wanita berkenaan isu-isu keganasan
rumahtangga, keganasan terhadap wanita, diskriminasi terhadap wanita dan hak-hak

wanita. WAO turut memberi perlindungan sementara terhadap wanita yang menjadi
mangsa keganasan. Selain daripada kaunseling face to face, WOA juga menyediakan
kaunseling melalui telefon yang turut menyediakan pertanyaan undang-undang asas.
NGO lain yang juga amat menentang keganasan dan penderaan terhadap
wanita adalah Womens Centre for Change (WCC). WCC mempunyai visi iaitu sebuah
masyarakat bebas daripada keganasan gender dan diskriminasi dimana wanita patut
dilayan seadanya. Antara bantuan yang disediakan adalah khidmat kaunseling, khidmat
nasihat undang-undang dan penyediaan tempat tinggal sementara kepada wanita dan
kanak-kanak teraniaya. Selain itu, WCC juga mewujudkan kesedaran mengenai hakhak wanita di rumah, tempat kerja dan di tempat awam disamping meningkatkan
kesedaran di kalang orang awam mengenai keganasan dan penderaan terhadap wanita
dan kanak-kanak dan pentingnya untuk menghapuskan keganasan ini.

Agensi Swasta

Kerajaan sentiasa menggalakkan pihak swasta untuk turut sama membanteras
keganasan dan penderaan terhadap wanita. Antara program yang telah mendapat
penglibatan pihak swasta adalah gerabak khas bagi penumpang wanita telah
diperkenalkan pada 2010 oleh KTM Komuter. Kemudahan ini amat membantu para
wanita daripada berlaku gangguan seksual ketika pada waktu puncak dimana keadaan
selalunya sesak. Gerabak khas untuk wanita ini boleh dikenalpasti melalui pelekat
berwarna merah jambu yang ditampal di setiap cermin tingkap komuter.

Selain daripada itu, pihak swasta bagi premis-premis awam khususnya turut
meningkatkan keselamatan dengan memasang dan menambah cctv di pusat tumpuan
bagi kaum wanita seperti di pusat membeli belah. Ini bukan sahaja membantu
mengurangkan jenayah tetapi juga dapat membantu mencari pelaku jenayah dengan
lebih cepat, mudah dan berkesan. Bukan itu sahaja, bagi mencegah dan mengawal
jenayah

ke atas kaum wanita khususnya di Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah

Persekutuan (KWPKB) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mensyaratkan
bangunan-bangunan komersial di ibu negara menyediakan tempat letak kereta wanita
khas bagi pemandu wanita yang berseorangan dan penyediaan tempat letak kereta ini
mestilah di dalam bangunan. Ini menunjukkan kerjasama antara kerajaan dan agensi
swasta di dalam mengurangkan jenayah terhadap wanita dengan memberi pelbagai
kemudahan kepada wanita.

Peranan Media

Teknologi pada hari ini terus berkembang dan perkembangan itu amat pantas
untuk diikuti. Dunia disatukan melalui teknologi media dan berbagai-bagai maklumat
dapat disalurkan melalui media dengan sepantas kilat. Tetapi ada juga keburukan
media seperti gejala berita palsu atau fitnah yang boleh memberi kesan buruk dan
besar dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, media massa amat penting dalam
membantu kaum wanita khas dalam mengekang jenayah. Media massa merupakan

medium perhubungan yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran dan membuka
mata masyarakat mengenai isu ini.
Melalui media, isu keganasan dan penderaan terhadap wanita dapat
disampaikan dengan lebih berkesan dan lebih dipercayai. Media membantu
menyalurkan maklumat kepada masyarakat terutamanya mangsa keganasan agar
boleh membuat aduan di tempat yang sepatutnya. Selain itu, media turut memberi ilmu
mengenai apa itu jenayah terutamanya jenayah seksual kepada wanita dengan lebih
dekat. Ini kerana, pada masa kini setiap kediaman akan ada salah satu bahan media
massa seperti televisyen, radio atau telefon bimbit bagi mendapat maklumat terkini di
dalam negara mahupun global.

KESIMPULAN

Tanggungjawab membanteras keganasan dan penderaan terhadap wanita bukan
hanya

terletak

di

bahu

kerajaan

semata-mata.

Sebaliknya,

ia

merupakan

tanggungjawab bersama yang harus dipikul oleh semua pihak iaitu kerajaan, NGO,
swasta dan masyarakat. Ia juga memerlukan kerahan tenaga antara kaum lelaki dan
wanita. Ini bermakna kejayaan dasar dan program bagi menangani jenayah ini
bergantung kepada kerjasama padu dan komitmen semua pihak yang terlibat.
Perkhidmatan sokongan sosial juga perlu ditingkatkan terutamanya aspek pencegahan,
pelindungan dan pemulihan.

Usaha bersepadu perlu diambil bagi meningkatkan kesedaran masyarakat
khususnya wanita terhadap tanggungjawab dalam menangani isu keganasan dan
penderaan terhadap wanita. Program kesedaran dan latihan berkaitan keganasan serta
penderaan terhadap wanita hendaklah melibatkan setiap lapisan masyarakat termasuk
kaum lelaki. Peningkatan kes keganasan dan penderaan terhadap wanita terus berlaku
dari tahun ke tahun haruslah dipandang serius oleh semua pihak. Kita tidak boleh leka
meskipun jika dibandingkan dengan negara-negara luar, kadar keganasan yang
dilaporkan di Malaysia adalah masih di tahap terkawal.