world War II Faktor Perang dunia 2 Cham

HSE 53E: HISTORY OF MODERN EUROPE SINCE THE
EIGHTEENTH CENTURY
TAHUN 3, SIDANG 2015/2016
SOALAN 10:
WHY DID CHAMBERLAIN’S POLICY OF APPEASEMENT FAIL TO
PREVENT THE OUTBREAK OF WAR IN 1939?.
@
MENGAPAKAH DASAR ATAU POLISI CHAMBERLAIN YANG
BERTUJUAN UNTUK MEMUJUK GAGAL MEMBENDUNG
DARIPADA BERLAKUNYA PERANG PADA TAHUN 1939?.

1|Page

ISI KANDUNGAN
Tajuk

m/s

1.0

PENGENALAN


2.0

DASAR ATAU POLISI CHAMBERLAIN DALAM MEMBENDUNG
BERLAKUNYA PERANG 1939.

3.0

i)

Anschluss.

ii)

Krisis di Sudentenland, Czech.

iii)

Perjnajian Munich 1939.


iv)

Kejatuhan Czechoslovakia.

v)

Pakatan Nazi-Soviet.

vi)

Kegagalan Membendung Krisis di Poland.

2-3

3-12

“APPEASEMENT” BERTUJUAN UNTUK MEMUJUK: POLISI
ATAU DASAR CHAMBERLAIN.

12-13


4.0

KESIMPULAN

14

5.0

BIBLIOGRAFI

15

6.0

LAMPIRAN

2|Page

16-17


1.0 PENGENALAN.

“Appeasement”atau dikenali sebagai satu dasar yang diperkenalkan bertujuan untuk
memujuk dengan memberi seseorang apa yang mereka mahu sebagai satu langlah bagi
mengelakkan berlakunya masalah di kemudian hari. Perkara diatas adalah pemahaman asas
kepada soalan nombor 10 kali ini. Maka dasar yang bertujuan memujuk itu dikenali sebagai “
Chamberlain’s Policy” yang diperkenalkan untuk memujuk agar Hitler tidak melakukan
penyerangan terhadap Negara lain atau dengan kata mudahnya juga dasar ini inginkan
keamanan. Dasar ini dikenali sebagai “Policy Chamberlain of Appeasement” atau Dasar
pemujukan Chamberlain yang dilakukan oleh Perdana Menteri bernama Neville Chamberlain

dari Britain dan Daladier Perdana Menteri Perancis.1 Dasar ini pada awalnya ialah penawaran
kepada Hitler untuk menjamin keamanan negara pada ketika itu bagi mengelakkan berlakunya
peperangan pada tahun 1939. Berdasarkan soalan yang diberikan ini memerlukan penulis pada
hari ini mengkaji, mengapakah dasar atau polisi Chamberlain yang bertujuan memujuk ini
gagal membendung daripada berlakunya peperangan pada tahun 1939?.

Maka untuk


menjelaskannya juga penulis akan menganalisis kelemahan-kelemahan dasar atau polisi
Chamberlain ini yang pada akhirnya membawa kepada tercetusnya peperangan 1939. 2
Dasar Chamberlain bertujuan untuk memujuk ini muncul daripada kegagalan Liga
Bangsa-bangsa. Liga Bangsa-bangsa telah ditubuhkan selepas Perang Dunia I pada akhirnya
telah gagal mewujudkan kerjasama antarabangsa dalam menghadapi pelbagai rintangan
kolektif dan membendung pencerobohan bagi menghalang berlakunya peperangan. Namun ia
kelihatan tidak berkesan apabila berhadapan dengan pencerobohan yang kuat oleh pemimpin

1

David Welch, Hitler, (United Kingdom: UCL Press, 1998), hlm. 59
Peter Neville, Hitler and Appeasement: The British Attempt to Prevent the Second World War, ( London :
Bloomsbury 3PL, 2005), hlm 202

2

3|Page

Itali Benito Mussolini. Pada tahun 1937 Stanley Baldwin meletak jawatan sebagai Perdana
Menteri Britain dan Neville Chamberlain mengambil alih. Oleh itu, Chamberlain meneruskan

dasar bertujuan untuk memujuk dan perlucutan senjata

2.0

DASAR

ATAU

POLISI

CHAMBERLAIN

DALAM

MEMBENDUNG

BERLAKUNYA PERANG 1939.
“Appeasement was a logical and realistic policy, but the mistakes made by Chamberlain
when he abandons this policy brought the war on”3


Dasar ini pada awalnya merupakan satu dasar yang positif kerana melalui persetujuan
dasar ini telah berlakunya perjanjian Munich 1938 antara negara Jerman, Britain, Perancis dan
Itali pada 29 September 1938. Malah melalui perjanjian ini juga pada awalnya sememangnya
dapat mengelakkan peperangan. Pada ketika itu Chamberlain menagungkan dasar ini apabila
perjanjian Munich berjaya ditandatangani dengan melaungkan-laungkan slogan “keamanan
untuk zaman kita”.

4

Namun timbul persoalan mengapakah dasar ini pada akhirnya gagal

menghalang daripada tercetusnya peperangan pada 1939 iaitu permulaan perang dunia kedua.
Kegagalan pemujukan dasar yang diperkenalkan oleh Chamberlain dapat dilihat seperti
berikut.

3

Taylor A.J.P. dalam bukunya "The origins of the Second World War", (London: Hamish Hamilton, 1961), hlm
119
4

Alan Mendun dan Steve Waugh. Why Did appeasement fail to prevent the outbreak of war in 1939, (Oxford:
Heinemann Educational Publisher, 2001), Hlm. 26

4|Page

ANSCHLUSS
Anschluss ini merupakan penyatuan Jerman dan Austria . Penyatuan yang dibuat oleh
Hitler ini sebenarnya telah melanggar Fasal 80 Perjanjian Versailles.5

Pada awalnya

penguasaan Hitler terhadap Anschluss ini adalah kerana alasan bahawa bangsa-bangsa Jerman
di negara Austria itu perlukan perlindungan daripada Hitler dari Jerman.

Hitler telah

mengerahkan pasukan tentera mara ke Austria pada 11 Mac dengan alasan bahawa Menteri
Dalam Negeri Austria telah memohon bantuan Jerman bagi mententeramkan negeri Austria.
Hal ini adalah strategi dan tipu helah Hitler untuk memastikan sambutan orang ramai yang
tinggi sebelum pungutan suara pada 13 Mac diadakan untuk menentukan sama ada rakyat

Austria menyokong penyatuan Anschluss atau tidak. Dan akhirnya Hitler Berjaya menguasai
Anschluss kerana mendapat sambutan yang begitu ghairah oleh penduduk Austria malah pada
masa itu tiada pula halangan kekerasan oleh kuasa Eropah terhadap penguasaan Hitler ke atas
Austria ini. Disebabkan hal ini memberi keyakinan kepada Hitler untuk meluaskan kuasa ke
Sudetenland, Czechoslovakia dan Poland yang dikatakan Hitler penduduk yang berbahasa dan
berbangsa Jerman di negeri-negeri itu ingin perlindungan dari Jerman. Maka bermulah bibit –
bibit perluasan oleh Jerman dapat dilihat bermula di Sudetenland, Czech.

KRISIS DI SUDETENLAND.
Krisis di Sudetenland, Czechoslovakia berpunca dari tuntutan untuk mendapatkan
autonomi kedaerahan oleh lebih kurang 3 juta warganegaranya yang berbangsa dan berbahasa
Jerman di Sudetenland, Czechoslovakia yang menuntut agar pentadbiran mereka diamabil-alih
oleh Jerman. Sudetenland, Czechoslovakia merupakan tempat tinggal kepada minoriti etnik

5

Imanuel Geiss, The Question of Geran Unification 1806-1996, (London: Routledge, 1997), hlm.68

5|Page


Jerman yang besar di Sudetenland. 6 Maka, bagi Hitler untuk mendapat penguasaan terhadap
Sudetenland adalah melalui peperangan sahaja, itulah jalan yang diambil Jerman untuk
meluaskan kuasa mereka. Tambahan pula pegangan yang dipegang Hitler ialah dasar
imperialisme iaiatu perluasan kuasa untuk menguasai kawasan Eropah. Dalam perluasan kuasa
Hitler ialah bukan melalui perdamaian tapi peperangan adalah jalannya.

PERJANJIAN MUNICH 1938
Oleh itu, Semasa Neville Chamberlain menjadi Perdana Menteri Britain pada Mei 1937
beliau telah memberikan nafas baru dalam pemerintahan untuk mengatasi perluasan kuasa
Hitler melalui dasar pemujukan ini. Bagi Chamberlain dasar pemujukan ini bermaksud
mengambil inisiatif dan menunjukkan kepada Hitler bahawa sesuatu tujuan boleh dicapai
melalui rundingan yang munasabah.

7

Untuk mengatasi isu ini juga, Chamberlain telah

mengadakan tiga perjumpaan dengan Hitler untuk memujuk agar tiada peperangan berlaku
untuk menyelesaikan masalah ini. Maka Chamberlain selaku Perdana Menteri Britain dan
Daladier Perdana Menteri Perancis membuat perjumpaan dengan Hitler kerana mereka risau

akan krisis di Sudetenland ini berpanjangan dan ingin mengelakkan daripada berlakunya
perang Eropah. Misalnya perjumpaan pertama di Berhtesgarden pada 15 September,
perjumpaan kedua di Bad Godesberg pada 22-23 September dan akhirnya di Munich pada 2930 September. 8 Pada mesyuarat pertama, Hitler menyatakan hasratnya untuk tetap menjajah
Sudetenland dan keputusannya adalah tetap. Perjumpaan kedua di Bad Godesberg Hitler tetap
berkeras, tetapi akhirnya pada perjumpaan di Munich beliau dipujuk untuk menerima secara
berperingkat dengan suruhanjaya antarabangsa untuk Hitler menimbang keputusan beliau bagi

6
7
8

6|Page

mengelakkan peperangan. Namun perbincangan mereka ini tidak pula menjemput Presiden
Czechoslovakia iaitu Benes yang menyebabkan presiden Czech tidak bersetuju untuk
memberikan konsesi Sudetenland ini kepada Jerman. Akhirnya Chamberlain telah memujuk
dan meyakinkan Perdana Menteri Czechoslovakia, Benes untuk mengatasi isu ini dengan
memberikan wilayah Sudetenland kerana risau jika permintaan Hitler tidak dipenuhi Czech
akan jatuh sepenuhnya ke tangan Jerman.
“Peace in Our Time”
(slogan yang dilaungkan oleh Chamberlain.)
Maka, pada 29 September 1938 satu persidangan antarabangsa telah diadakan di
Munich. Hasil daripada perjumpaan pemimpin-pemimpin negara ini iaitu Jerman, Britain, Itali
dan Perancis. Maka termaktublah Perjanjian Munich pada 29 September 1938. 9 Maka initipati
perjanjian yang cuba untuk memujuk Hitler dengan memberikan daerah Sudetenland,
Czechoslovakia dijadikan sebagai sebahagian daerah Jerman secara rasminya. Malah Hitler
juga bersetuju menghormati kedaulatan daerah Czeshoslovakia yang lain.10 Oleh itu perjanjian
Munich ini merupakan kemuncak kepada tolak ansur kuasa Eropah terhadap Hitler. Dua sebab
pihak British dan Perancis menyerahkan wilayah Sudentenlend kepada Nazi Jerman
disebabkan pertama, mengelak peperangan besar antara negara Barat, yang kedua bagi
menyelamatkan Czechoslovakia daripada berlaku peningkatan jumlah penghapusan nyawa dan
harta benda yang lebih banyak. Namun kesan pemberian Sudetenland ini telah menyebabkan
Czechoslovakia kerana kehilangan 800, 000 rakyat dan kawasan perindustrian serta kubu
pertahanan yang berada di Sudetenland.

9

.

10

7|Page

Walaupun secara kasarnya dilihat bahawa pemberian daerah Sudetenland ini berjaya
mengelakkan peperangan tetapi sebenarnya dasar pemujukan oleh Chamberlain ini telah
membuat kesilapan besar.

Hal ini kerana pertama dapat dilihat Czechoslovakia dihina

sehinanya melalui pemberian daerah ini. Malah Czechoslovakia juga menjadi lemah apabila
jika berlaku peperangan mereka akan berhadapan dengan Jerman dan Sudetenland yang
menjadi sebahagian daripada wilayah Jerman. Kesan negatif akhirnya pula sudah terang lagi
bersuluh Britain dan Perancis telah memilih jalan yang salah dan menunjukkan kelemahan
mereka apabila memberi penyelesaian dengan memenuhi permintaan Jerman. 11 Hal ini kerana
dalam Perjanjian Munich pada September 1938, melalui perjumpaan yang telah dipersetujui
dengan memenuhi permintaan Hitler dengan memberinya apa yang dia mahu, dengan harapan
dia tidak akan mahu apa-apa lagi dan tidak akan melakukan peperangan. Malah Hitler juga
pada ketika itu telah berjanji bahawa Jerman tidak akan membuat sebarang tuntutan wilayah
lagi di Eropah.12 Setelah perjanjian ini ditandatangani Hitler berkata “No more territorial
demands to make in Europe." Namun timbul kebimbangan orang ramai terutama rakyat Britain

mengenai adakah kejujuran Hitler mematuhi perjanjian sama ada akan kekal lama atau hanya
sementara. Pada akhirya, setelah beberapa bulan sahaja, maka benarlah Hitler memungkiri janji
apabila melanggar Perjanjian Munich yang telah dipersetujui.

KEJATUHAN DI CZECHOSLOVAKIA.
Setelah Hitler melanggari peraturan perjanjian Munich yang telah dipersetujui, maka
berlakulah zaman kejatuhan di Czechoslovakia. Oleh itu Perjanjian Munich dapat diibaratkan
seperti gajah putih sahaja.

Krisis ini bermula pada April 1938, apabila kerajaan

Czechoslovakia mendakwa bahawa Jerman telah menggerakkan tenteranya untuk campur

11
12

8|Page

tangan dalam negerinya. Pada 12 September 1938, Kerajaan Czechoslovakia mengisytiharkan
keadaan darurat kerana berlakunya rusuhan yang berpunca daripada pidato Hitler di
Perhimpunan Nazi di Nuremberg.13 Hitler menjanjikan bantuan tentera kepada orang Jerman
di Sudetenland yang akhirnya berlakunya rusuhan besar-besaran Oleh itu, pada bulan
September, Chamberlain telah pergi ke Berchtesgaden untuk berunding dengan Hitler bagi
mengelakkan peperangan. Pada masa yang sama, Hitler telah menuntut bahawa Sudentenled
perlu diserahkan kepada Nazi Jerman jika Chamberlain dan sekutunya tidak mahu berlaku
peperangan antara negara Eropah. Maka, pada ketika itu peperangan ini dapat dielakkan
dengan berlakunya usaha rundingan dan tolak ansur yang dikendalikan oleh Perdana Menteri
Britain, Neville Chamberlain dengan menyerahkan wilayah Sudetenland seperti yang
dijelaskan dalam perenggan diatas melalui Perjanjian Munich pada September 1938.
Malangnya kejayaan Perjanjian Munich ini tidak kekal lama. Pertama Czechoslovakia
menjadi lemah kerana tidak mampu melawan musuh yang menyerang malah Hitler telah
menodai janji yang diberikan kepada Chamberlain dengan melanggar ibu kota Czechoslovakia,
Prague pada 15 Mac 1939 dan telah menubuhkan satu daerah dipanggil Daerah Naungan
Bohemia-Moravia. 14 Yang menjadi lebih parah lagi apabila Rusia, Perancis dan Britain pada
ketika itu hanya membiarkan sahaja Czechoslovakia hancur diceroboh oleh Hitler.

15

Maka

keadaan inilah yang menunjukkan kegagalan pemujukan polisi oleh Chamberlain itu sendiri
yang pada akhinya menyebabkan kejatuahn Czechoslovakia sepenuhnya keatas Jerman. 16

PAKATAN NAZI-SOVIET

13
14
15
16

9|Page

Selepas April 1939, kedua-dua Roosevelt dan Stalin mula menyatakan kebimbangan
mengenai matlamat Hitler di Poland pula. Maka pada 22 Ogos 1939 terhasillah Pakatan NaziSoviet. Dengan menandatangani Pakatan Nazi-Soviet ini sebenarnya memberi keuntungan
kepada Rusia kerana hanya Rusia berkecuali sekiranya tercetus perang di antara Jerman dengan
kuasa lain.

Peruntukan sulit ini membahagikan kawasan Eropah Timur kepada daerah

pengaruh Jerman dan Rusia akan memperoleh kawasan seperti Lithuania jika melanggari
perjanjian. Disebabkan kebimbangan Chamberlain terhadap perluasan kuasa Hitler. Maka pada
25 Ogos Chamberlain telah mengesahkan jaminan Britain untuk mempertahankan Poland.
Chamberlain juga mengulangi pernyataanya bahawa Britain akan mengisytiharkan perang
sekiranya Poland dicerobohi.

Namun Hitler memandang remeh isu ini apabila pada 1

September apabila tentera Jerman dibawah hitler ini terus mara ke Poland. Maka, pada 3
September Britain dan Perancis mengisytiharkan perang. Maka ini adalah keadaan yang jelas
kegagalan polisi atau dasar Chamberlain itu sendiri kerana bermula pada ketika inilah
berlakunya perang dunia kedua. Hal ini kerana sebenarnya sebelum perang 1939 berlaku satu
lagi rundingan sulit Anglo-Soviet dan Pakatan Nazi-Soviet 23 Ogos 1939 yang bertujuan
memberikan kebebasan kepada Hitler menyerang Poland, ia termasuk perjanjian rahsia untuk
membahagikan Poland di antara mereka Jerman dan Rusia. Akhirnya, Pakatan Nazi-Soviet ini
telah Hitler menyerang Poland.
KEGAGALAN MEMBENDUNG KRISIS DI POLAND.
Pada Mac 1939, setelah Hitler Berjaya menyerang Czechoslovakia beliau telah
meninggalkan Czech untuk mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Pada masa ini Britain
dan Perancis menyedari bahawa dasar pemujukan oleh Chamberlain untuk memujuk Hitler
melalui perjanjian Munich ini adalah satu kesilapan yang besar. Hal ini kerana Hitler membuat
perkara yang sama untuk meluaskan kuasa Jerman melalui serangan. Kegagalan untuk
memujuk Hitler jelas dapat dilihat apabila berlaku pula krisis di Poland.
10 | P a g e

Seperti di

Czechoslovakia di Poland juga terdapat golongan minoriti Jerman yang besar, misalnya di
kawasan Silesia dan Danzig.

17

Serangan dan perluasan kuasa oleh Hitler ini juga sebagai

balasan tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles. Hal ini kerana Koridor Poland iaitu
wilayah Danzig telah diberikan kepada Poland secara percuma pada tahun 1919, dan Danzig
ketika itu, telah diisytiharkan sebagai bandar percuma ditadbir oleh Liga Bangsa-Bangsa.

18

Hitler mempersoalkan pemberian percuma Danzig kepada Poland dan Hitler mahu rombakan
terhadap Koridor Poland ini.19 Oleh itu, Hitler membuat helah yang sama seperti melalui
Perjanjian Munich kerana pada Mac 1939, Hitler menuntut bahawa agar Jerman diberi daerah
Danzig secara percuma barulah Hitler tidak melakukan serangan ke atas Poland. Permintaan
terhadap Britain dan Perancis ini adalah corak yang sama digunakan untuk mendapatkan
Sudetenland yang dikatakan melalui dasar pemujukan untuk mengelakkan peperangan dengan
memenuhi permintaan Hitler ini. Kegagalan dasar Chamberlain ini juga jelas apabila pada Mac
1939 juga, Jerman merampas pelabuhan Lithuania Memel dihujung utara Timur Prussia.
Menurut Brauchitsch, Panglima Tentera Darat Jerman menyatakan apabila Hitler menuntut
Danzig ini adalah satu tindakan serius oleh Hitler.
Maka pada bulan April Hitler telah meminta agar diberi wilayah atau daerah Danzig.
Oleh itu pada masa yang sama untuk melindungi Poland, Britain dan Perancis telah
mendatangani perjanjian bersama Poland dan Poland ketika itu telah menolak pelawaan Hitler
unuk menyerahkan wilayah Danzig ini. Danzig sebenarnya ditempatkan dibawaah penyeliaan
Liga-Liga Bangsa.

Lagipun akibat dari perjanjian Versailles daerah Prusia Timur telah

dipisahkan dari kawasan Jerman lain oleh selunjuran kawasan tanah kepunyaan Poland. 20Pada
tahun 1939 Menteri Luar Jerman, Joachim Von Ribbentrop telah menggesa Poland agar

17
18
19
20

11 | P a g e

memulangkan Danzig kepada Jerman dan membenarkan Jerman membuat jalan kereta api
merentasi kawasan Poland ke Prusia Timur, sebagai balasan Jerman berjanji akan melindungi
Poland dari serangan Rusia. Disebabkan hal itu, Britain tidak mahu bertolak ansur dengan
Jerman lagi apabila pada Mac 1939 Chamberlain telah mengisytiharkan bahawa Perancis dan
Britain akan memberikan Poland segala bantuan yang mungkin sekiranya kemerdekaan Poland
terancam.

21

Oleh itu rundingan dengan pihak Rusia diadakan oleh kerajaan Britain dan

Perancis diadakan mengenai kemungkinan menentang Hitler. Namun begitu Britain dan
Perancis belum memberi kata putus untu bekerjasama dengan Rusia mengatasi Hitler.
Disebabkan keengganan Britain dan Perancis bekerjasama dengan Rusia ini jugalah telah
memberi peluang kepada Hitler. Hal ini kerana Hitler khuatir Jerman terpaksa berperang
dengan dua perbatasan sekiranya Rusia bergabung untuk mempertahankan Poland. Selepas
berunding dengan Stalin. Ketua Kesatuan-Soviet maka masa depan Poland bergantung kepada
Kesatuan- soviet.
Maka pada Ogos 1939 pakatan Nazi-Soviet telah ditandatangani untuk mengelakkan
pencerobohan. Namun, rancangan serangan keatas Poland ini tetap akan dilakukan kerana
Hitler berfikir Chamberlain tidak akan berani menghalangnya melakukan perluasan kuasa lagi.
Disebabkan hal itu, Hitler dibenci Chamberlain, malah Chamberlain percaya bahawa Hitler
akan berani untuk berperang bagi meluaskan kuasa di Poland. Hitler meluaskan kuasa melalui
serangan dengan alasannya ingin membantu golongan kaum minoriti Jerman yang berada di
Poland. Maka semangat melindungi Poland daripada Hitler ini tetap juga diteruskan apabila
jaminan Chamberlain terhadap Poland pada pada 1939, Chamberlain dengan marah beliau
“Saya akan memasak mereka, rebus mereka malah mereka akan tercekik jika termakan” ini
adalah reaksi beliau Chamberlain yang berkias terhadap Hitler yang bermaksud mereka akan
mengambil tindakan perang terhadap Hitler sekiranya Hitler menceroboh Poland. Namun,

21

12 | P a g e

sahutan Chamberlain in tidak digeruni oleh Hitler yang menyebabkan Hitler bertekad untuk
memusnahkan dan mendapatkan Poland. Malah Hitler berpendapat serangan terhadap Poland
ini adalah sebagai pengajaran terhadap Chamberlain. Oleh itu pada Hitler mengeluarkan arahan
kepada tenteranya bertajuk “Case White” yang menyatakan hasrat Hitler bahawa dia ingin
memusnahkan kekuatan tentera Poland dan menguasai pertahanan Poland. 22 Dalam dokumen
“Case White” ini beliau menetapkan tarikh untuk meluaskan kuasa keatas Poland, tarikh yang
ditetapkan itu bila-bila masa dari 1 September 1939 dan seterusnya.
Maka benarlah pada 1 September 1939 Jerman telah menyerang Poland.23 Oleh itu
pada 3 September 1939 Britain dan Perancis telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
Maka dengan inilah berakhirnya kegagalan polisi pemujukan oleh Chamberlain kerana pada
tahun 1939 berlakunya dan tercetusnya perang dunia kedua. 24
3.0 “APPEASEMENT” BERTUJUAN UNTUK MEMUJUK: POLISI ATAU DASAR
CHAMBERLAIN.
“Whatever else history may or not say about these terrible tremendous years, we can be sure
that Neville Chamberlain acted with perfect sincerity according to his lights and strove to the
utmost of his capacity and authority, which were powerful, to save the world from the awful,
devastating struggling in which we are now engaged. This alone will stand him in good stead

as far as what is called the verdict of history is concerned”
Petikan di atas mejelaskan walaupun dasar oleh Chambelain ini gagal tetapi kita perlu
akui ini adalah sumbangan dan usaha tidak ternilai oleh Chamberlain untuk manjamin
keamanan Negara daripada berlakunya perang. Pada awalnya Britain dan Perancis mengikut
polisi ini pada pertengahan dan akhir 1930-an. Ini bermaksud dasar ini memberikan Hitler

22
23
24

13 | P a g e

tentang apa-apa syarat yang diminta kepada Hitler yang tidak perlu diusahakan oleh Hitler
sendiri. Kerana Britain dan Perancis inginkan keamanan. Namun dalam masa yang sama tanpa
disedari sebenarnya Britain dan Perancis telah memulakan permulaan peperangan senjata
semula secara diam melalui langkah ini. Polisi oleh Chamberlain ini semakin berkesan pada
tahun 1938-an apabila termeterainya perjanjian Munich pada 1938. Namun begitu polisi
Chamberlain ini menunjukkan ketidakberkesanan dan ketidakberjayaan pada akhir 1939. Oleh
itu berdasarkan kepada penerangan dan analisis penulis di atas dapat menjelaskan bahawa dasar
atau polisi Chamberlain ini pada akhirnya menunjukkan tidak berjaya untuk membendung
daripada berlakunya perang pada 1939. Hal ini disebabkan, pertama dasar ini sememangnya
ialah langkah atau permulaan yang salah. Kedua hal ini jelas kerana apabila langkah ini telah
menjadikan Negara Czechhoslovakia sebagai mangsa.25 Malah ketiga pula, dasar ini juga telah
memberikan keyakinan yang lebih lagi terhadap Hitler untuk meminta apa-apa sahaja malah
Hitler juga sebenarnya tidak boleh dipercayai hanya melalui Perjanjian Munich sahaja beliau
tidak akan melakukan serangan di atas dunia ini.
Perkara yang dapat disimpulkan adalah Chamberlain telah mencuba sebaik mungkin
semasa pemerintahan sebagai Perdana Menteri British sebaik mungkin sehinggan Mei 1940
apabila Chamberlain telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Winston Churchill
telah menggantikan beliau.26

Akhirnya pada November 1940 Chamberlain telah

menghebuskan nafas terakhir yang bermaksud berakhirnya “Policy Chamberlain of
Appeasement”.

4.0 KESIMPULAN.

25
26

14 | P a g e

Kesimpulannya, berdasarkan analisis penulis ini penulis dapat simpulkan sebenarnya
dasar atau polisi pemujukan oleh Chamberlain ini gagal untuk membendung daripada
berlakunya perang dunia kedua yang bermula pada 1939 apabila Hitler menyerang Poland. Hal
ini kerana “appeasement” ini adalah polisi yang dimunculkan oleh Britain dan Perancis yang
pada awalnya adalah sebagai persediaan tawaran kepada Hitler untuk menjamin keamanan
dunia untuk mengelakkan berlakunya perang. Hal ini keranan pada 1938 Britain dan Perancis
melalui dasar ini menyerahkan Sudetenland untuk mengelakkan Hitler menyerang
Czechoslovakia. Tetapi pada akhirnya Hitler tetap menyerang ini adalah keadaan yang jelas
menggambarkan kegagalan polisi atau dasar chamberlain ini. Disebabkan Hitler beranggapan
cara yang ditawarkan ini tidak mampu untuk memberhentikan Hitler melakukab serangan
maka, pada Mac 1939 pula Hitler menuntut agar untuk memberikan daerah Poland kepada
Hitler sebaik sahaja keputusan Poland enggan menyerahkan kepada Hitler maka pada 1
Septembr 1939 Jerman telah menyerang Poland. Maka ini jelas bahawa kegagalan dasar
pemujukan melalui Perjanjian Munich inilah salah satu punca yang mencetuskan perang dunia
kedua. Kerana Britain dan Perancis salah langkah apabila memberi kepercayaan kepada Hitler
dengan memenuhi permintaan untuk mengelakkan Hitler. Maka boleh dianggap Britain dan
Perancis ini ibarat melepaskan anjing yang tersepit.

5.0 BIBLIOGRAFI.

Abel, T. F., Why Hitler Came into Power. New York: Prentice-Hall, INC. 1938
Alan Mendun dan Waugh, S., Why Did appeasement fail to prevent the outbreak of war
in 1939. Oxford: Heinemann Educational Publisher, 2001.
15 | P a g e

Carr, W., Arms, Autarky and Aggression: Study in German Foreign Policy, 1933-39
London: Edward Arnold, 1972.
Cole, Robert, A., Appeasing Hitler: The Munich Crisis of 1938: A Teaching and
Learning Resource. New England Journal of History, 2010.
Cook, C., dan Stevenson, J., European History Since 1763. London: Routledge, 2005.
David Welch, Hitler . United Kingdom: UCL Press, 1998.
Dulffer, J., Nazi Germany 1933-1945 faith and Annihilation. London: Arnold Hodder
Headline Group, 1996.
Imanuel Geiss,The Question of German Unification 1806-1996. London: Routledge,
1997.
Kershaw, Ian. The Nazi Dictatorship Problem and Perspectives of Interpretation. Great
Britain: Edward Arnold Publisher. 1985.
Knickerbocker, H. R., Is Tomorrow Hitler's?. 200 Questions On the Battle of Mankind,
New York: Reynal & Hitchcock, 1941.
Messerschmidt, M,. "Foreign Policy and Preparation for War" from Germany and the
Second World War, New York: Oxford University Press, 1990.

Neville, P., Hitler and Appeasement: The British Attempt to Prevent the Second World
War , London: Bloomsbury 3PL, 2005.
Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985
Snell, J. L., The Nazi Revolution, Germany’s Guilt or Germany’s Fate?. United State:
D. C. Heath and Company, 1959.
Taylor, A.J.P., The origins of the Second World War. London: Hamish Hamilton, 1961.
William, A., “Resistance and Opposition Amongst German” dalam S. hawes & R.
White, Resistance in Europe 1939-1945. England: Penguin Books, 1976.
7.0

LAMPIRAN.

(Gambar di bawah menunjukkan perjumpaan antar Hitler dan Chamberlain
sebelum Perjanjian Munich 1938 ditandatangani).

16 | P a g e

(Gambar

disebelah

menunjukkan

semasa penyerangan Hitler ke atas Poland pada 1 September 1939).

(Gambar di bawah ini menunjukkan bala tentera Hitler dan kesan tercetusnya
perang 1939 atau lebih dikenali sebagai Perang Dunia Kedua).
17 | P a g e

**Cubalah sehabis mungkin walaupun ia perit
Aku percaya ilmu itu perlu dikongsi walaupun sekecil semut api :D

18 | P a g e