WANITA DAN KESAN PROSES PERINDUSTRIAN (1)

1
KESAN PROSES PERINDUSTRIAN KE ATAS MASYARAKAT
MENGINDUSTRI DI MALAYSIA:
PENYERTAAN WANITA DALAM PEKERJAAN DAN ISU PENJAGAAN ANAK

1.0

PENDAHULUAN

Malaysia adalah antara negara di Asia Tenggara yang mengalami pertumbuhan ekonomi
yang begitu pesat. Struktur ekonomi Malaysia telah berubah secara beransur-ansur
daripada bergantung kepada pengeluaran dan eksport komoditi utama kepada
perindustrian yang lebih moden, berintensif kemahiran dan menggunakan teknologi
canggih. Perkembangan ekonomi negara hari ini banyak dipengaruhi oleh perkembangan
perindustrian yang telah berlaku sejak selepas zaman merdeka lagi. Proses perindustrian
menyebabkan berlaku banyak perubahan sosial dalam negara seperti urbanisasi,
modenisasi, migrasi dan perkembangan teknologi.
Proses perindustrian telah menggalakkan lagi penyertaan wanita dalam sektor
ekonomi, politik dan sosial. Menurut kajian Moore (1963) telah mendapati kedudukan
sosial kaum wanita sebagai unit penyokong kaum lelaki dalam organisasi keluarga telah
berubah. Kaum wanita telah bertindak lebih aktif dan cuba setanding dengan kaum lelaki.

Di Malaysia tenaga kerja wanita amat diperlukan bagi menampung keperluan tenaga
kerja dalam pasaran seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan
negara. ini selaras dengan hasrat negara ke arah status negara maju menjelang tahun
2020. Bagi mencapai hasrat tersebut, berbagai-bagai strategi dan perancangan telah
dilakukan oleh kerajaan termasuk menggalakkan penyertaan wanita dalam pekerjaan.
Menurut Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2007, kadar penyertaan wanita semakin
meningkat sejak tahun 1990 hingga 2007 iaitu antara 44.0 peratus hingga 47.0 peratus
walaupun pada kadar yang rendah berbanding kaum lelaki.

2
Peningkatan penyertaan wanita ke dalam sektor pekerjaan memberikan impak
positif kepada pertumbuhan ekonomi negara (Noor Rahamah A. Bakar 2012). Namun,
penyertaan wanita dalam pekerjaan seringkali dikaitkan dengan permasalahan penjagaan
anak dan keluarga. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada sektor pekerjaan
tetapi juga turut memberi kesan kepada institusi keluarga. Peranan dan fungsi wanita
tidak lagi terhad dalam pekerjaan domestik sahaja tetapi juga sektor pekerjaan formal
yang lain. Ini menimbulkan konflik peranan yang harus dimainkan oleh wanita yang
bekerja terutama yang mempunyai anak dan keluarga (Fatimah Abdullah 1985). Pada
masa yang sama institusi keluarga terutamanya anak-anak terpaksa menerima orang lain
bagi menggantikan fungsi ibu atau penjaga dalam keluarga sewaktu ibu mereka keluar

bekerja.
Isu penjagaan anak timbul apabila tugas tradisi wanita iaitu menjaga anak dan
keluarga terpaksa diserahkan kepada orang lain ketika keluar bekerja. Beberapa persoalan
timbul apabila wanita keluar bekerja. Siapakah yang akan menjaga kepada anak-anak ini
sewaktu mereka keluar bekerja? Bagaimana dengan perkembangan anak-anak ini kerana
lebih banyak masa bersama pengasuh berbanding ibu sendiri? Selamatkan anak-anak ini
di bawah penjagaan selain ibu bapa mereka seperti pembantu rumah dan pengasuh?
Bagaimana pula dengan kos penjagaan anak? Ini adalah antara persoalan yang timbul
apabila wanita terutama yang telah berkahwin melibatkan diri dalam pekerjaan. Justeru
esei ini membincangkan penyertaan wanita dalam pekerjaan dan isu penjagaan anak
ketika mereka keluar bekerja.
Perbincangan tajuk ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian
pertama menyentuh tentang kedudukan wanita dalam proses perindustrian di Malaysia.
Bahagian kedua pula membincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi wanita
keluar bekerja manakala bahagian ketiga membincangkan tentang isu penjagaan anak
termasuklah masalah penjagaan anak yang sering timbul serta jenis penjagaan yang
dipilih oleh ibu bapa bekerja untuk menjaga anak mereka ketika keluar bekerja serta isu
keselamatan dan kesihatan di bawah jagaan pengasuh. Bahagian keempat pula
merupakan kesan daripada isu penjagaan anak yang berlaku kepada masyarakat.


3

2.0

WANITA DALAM PROSES PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA

Struktur ekonomi Malaysia telah banyak berubah sejak zaman kemerdekaan hingga ke
hari ini. Jika dilihat pada sekitar 70an struktur ekonomi negara adalah berorientasikan
eksport dan menggalakkan industri berintensifkan buruh. Pada masa yang sama industri
gantian import diperluaskan yang mana cenderung kepada penggunaan sumber bahan
mentah tempatan dan tidak memerlukan teknologi dan kemahiran tinggi. Oleh yang
demikian, ramai wanita yang memasuki sektor pertanian kerana boleh menggabungkan
aktiviti pertanian dan penjagaan keluarga dalam satu-satu masa. Wanita dapat memilih
waktu kerja yang sesuai untuk mereka dan boleh membawa anak-anak bersama ke ladang
tanpa halangan. Jenis kerja yang dilakukan juga tidak memerlukan latihan dan boleh
dilakukan oleh golongan wanita (Noor Rahamah 2005). Kini wanita tidak lagi bekerja
dalam bidang pertanian semata-mata sebaliknya turut serta dalam bidang-bidang yang
lain seperti perusahaan, perindustrian dan perkhidmatan.
Dalam keghairahan negera mencapai status negara perindustrian, proses
industrialisasi ini telah meninggalkan kesan yang besar ke atas status dan peranan wanita

dalam keluarga dan masyarakat. Akibatnya lebih ramai wanita yang keluar bekerja dan
terlibat dalam sektor pekerjaan di luar rumah (Noor Rahamah 2012). Peluang pekerjaan
yang banyak serta tahap pendidikan wanita yang semakin baik menyebabkan penglibatan
wanita dalam pekerjaan terbuka luas. Wanita tidak lagi dianggap sebagai penjaga
rumahtangga atau suri rumah sahaja tetapi juga penyumbang kepada pembangunan
sosioekonomi negara. Namun, penglibatan wanita dalam pekerjaan tidak menghilangkan
sama sekali peranan tradisional mereka sebagai isteri dan ibu di rumah (Noor Rahamah
2012). Penglibatan wanita dalam tenaga kerja di Malaysia meningkat dari 44.7 peratus
daripada jumlah jumlah tenaga kerja pada tahun 2000 kepada 47.3 peratus pada 2011 dan
dijangka meningkat kepada 55% pada tahun 2015.

4
Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi menggalakkan wanita menceburi
bidang ekonomi, sosial dan politik. Antaranya adalah penggubalan Dasar Wanita Negara
(DWN), Plan Tindakan Wanita (PTW) dan Dasar 30 peratus Penyertaan Wanita di
Peringkat Pembuat Keputusan. Penggubalan dasar ini mencerminkan kesungguhan
kerajaan untuk mengoptimumkan potensi kaum wanita dalam pembangunan sosial dam
ekonomi negara. Dasar Wanita Negara (DWN) yang digubal bertujuan untuk memberi
panduan dan hala tuju dalam usaha perancangan dan pelaksanaan program-program
pembangunan negara dengan harapan kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai,

baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen-agen pembangunan masyarakat moden.
Matlamat utama dasar ini adalah untuk menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita
dengan mengarusperdanakan kepentingan wanita untuk mencapai potensi mereka
sepenuhnya dalam perancangan dan pembangunan negara untuk mencapai kesaksamaan
gender (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2011).
Dasar ini dilengkapi dengan Plan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) bagi
memperincikan tindakan yang perlu diambil oleh agensi kerajaan dan pertubuhan bukan
kerajaan, sektor swasta dan masyarakat untuk mencapai objektif dan matlamat Dasar
Wanita Negara. PTPW mengandungi strategi yang meliputi 13 sektor iaitu ekonomi,
kemiskinan, undang-undang, keganasan terhadap wanita, kesihatan, pendidikan dan
latihan, sains dan teknologi, pembuat keputusan, mekanisme, jentera dan institusi
pembangunan wanita, media, agama, sukan, alam sekitar dan kebudayaan, kesenian dan
warisan (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2011).
Berdasarkan Bancian Penduduk 2009, wanita telah membentuk hampir separuh
daripada jumlah penduduk dan 49.1 peratus wanita berada dalam kumpulan umur 15-64
tahun. Walau bagaimanapun, kadar penyertaan tenaga buruh wanita hanya berjumlah
46.4 peratus berbanding lelaki sebanyak 78.9 peratus. Namun, pada tahun 2011
penyertaan wanita dalam tenaga kerja telah meningkat kepada 47.9 peratus (Jabatan
Perangkaan Negara 2012). Ini menunjukkan peranan mereka dalam sektor ekonomi
semakin menonjol dan diiktiraf. Wanita telah banyak membantu dalam proses

pembangunan negara dan menjalankan berbagai peranan dalam keluarga dan masyarakat.

5

Carta 1 menunjukkan jumlah wanita yang bekerja dari tahun 2006 hingga 2011.
Berdasarkan carta ini menunjukkan bilangan wanita yang bekerja semakin meningkat
walaupun pada kadar yang rendah iaitu dari 3.657 juta orang pada tahun 2006 ke 4.426
juta pada tahun 2011.

Carta 1: Jumlah Wanita Bekerja Dari Tahun
2006 - 2011
Bil bekerja 5
(Juta)
4
3
2
1
0

2006 2007 2008 2009 2010 2011


Tahun
(Sumber : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2012)

Permintaan terhadap guna tenaga kerja yang semakin meningkat menyebabkan
lebih ramai wanita bekerja. Ini menunjukkan ramai wanita yang telah menyertai sektor
pekerjaan secara formal. Pandangan kerajaan tentang peranan wanita semakin jelas
apabila Dasar 30 Peratus Penyertaan Wanita Di Peringkat Pembuat Keputusan’ telah
diwartakan pada 4 Ogos 2004. Ini bermakna kerajaan menjamin bahawa tiada
diskriminasi dalam arus pembangunan negara dan perwakilan wanita di peringkat
pembuat keputusan dapat ditingkatkan (Norehan Abdullah et al. 2012).
Namun wanita bekerja sering menghadapi masalah dalam melaksanakan
tanggungjawab di rumah dengan sempurna memandangkan mereka juga mempunyai

6
tugas di tempat kerja yang harus diselesaikan. Tugas menjadi lebih berat apabila mereka
mempunyai anak-anak kecil yang harus diberi perhatian dan penjagaan yang lebih rapi
(Noor Rahamah 2012). Memandangkan wanita terutama

kepada yang telah


berumahtangga mempunyai dua beban tanggungjawab yang berat iaitu di tempat kerja
dan di rumah, maka banyak perhatian diberikan berhubung dengan kesihatan dan
kesejahteraan mereka (Nye 1975 : 207). Persoalan yang timbul bukan sahaja berkaitan
jumlah masa dan tenaga yang digunakan malahan konflik yang timbul akibat memikul
dua tanggungjawab yang berat dalam satu masa (Husna 1994 :71).
Pengenalpastian faktor-faktor penentu penyertaan tenaga kerja wanita terutama
yang telah berumahtangga dapat membantu pihak kerajaan dalam mengenalpasti bantuan
yang sepatutnya diberikan dan membantu menggalakkan lagi penyertaan wanita dalam
pekerjaan. Penarikan lebih ramai wanita ke dalam guna tenaga bermakna kebergantungan
negara kepada buruh asing dapat dikurangkan. Pada masa yang sama dapat membantu
memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja negara khususnya kekosongan yang besar bagi
jawatan di peringkat rendah.

3.0

FAKTOR MEMPENGARUHI WANITA BEKERJA

Kadar penyertaan wanita dalam pekerjaan yang semakin meningkat menggambarkan
beberapa perubahan dalam dimensi sosial wanita. Berdasarkan survei oleh Social

Economic Asia and Asia Pacific menunjukkan Malaysia mendahului beberapa negara
lain seperti Jepun, Korea dan Turki dari segi kesaksamaan gender. Peningkatan
penglibatan wanita dalam pekerjaan juga telah mengubah stuktur pekerjaan dan
kedudukan wanita dalam tenaga kerja. Peningkatan ini juga menyebabkan perubahan
sikap masyarakat terhdap jenis pekerjaan yang wanita boleh terlibat. Banyak faktor
dilihat mempengaruhi penglibatan wanita dalam pekerjaan. Faktor-faktor tersebut boleh
dibahagikan kepada beberapa faktor iaitu faktor politik, ekonomi, pendidikan, teknologi
dan sosial.

7

3.1

Faktor Politik
Penglibatan wanita dalam pekerjaan telah meningkat walaupun pada kadar yang

rendah. Memandangkan kaum wanita juga adalah antara penyumbang utama
pembangunan negara maka kerajaan telah mengambil inisiatif bagi menggalakkan
penyertaan wanita dalam pekerjaan dengan menggubal beberapa dasar dan memberi
insentif kepada wanita untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara.

Sehubungan itu bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita terutama yang telah
berkahwin dan mempunyai anak ke dalam pasaran pekerjaan, kerajaan telah menggubal
beberapa dasar berkaitan penyediaan pusat jagaan anak dan pemberian subsidi yuran
jagaan anak bagi menangani isu pekerja wanita (Norehan Abdullah et al. 2012). Dasar ini
telah mempengaruhi wanita untuk keluar bekerja. Ini dibuktikan daripada kajian oleh
Berger and Black yang menyatakan penerimaan subsidi penjagaan anak oleh kerajaan
meningkatkan kebarangkalian bekerja wanita terutama bagi wanita tidak bersuami
(Berger & Black 1991).
Selain daripada itu, ‘Dasar 30 Peratus Penyertaan Wanita Dalam Pembuat
Keputusan’ yang diwartakan pada 4 Ogos 2004 menunjukkan komited kerajaan dalam
menggalakkan wanita dalam pasaran. Ini bermakna kerajaan menjamin bahawa tiada
diskriminasi dalam arus pembangunan negara dan perwakilan wanita di peringkat
pembuat keputusan dapat dipertingkatkan (Norehan Abdul et al. 2012). Keadaan ini
meningkatkan peluang-peluang pekerjaan kepada wanita terutama yang berpendidikan
tinggi untuk memilih kerjaya yang diminati dan mengekalkan profesion kerja yang
diceburi. Kumpulan ini berkemampuan untuk mengupah orang lain untuk menjaga anak
mereka dan secara tidak langsung menambahkan lagi peluang kerja untuk wanita (Encel,
Mackenzie dan Tabbutt 1991).

8

3.2

Faktor ekonomi
Selain faktor politik, faktor ekonomi seperti peningkatan kos sara hidup,

pendapatan suami yang kecil dan kedudukan isi rumah yang tidak mencukupi serta status
ibu tunggal turut mempengaruhi seseorang wanita untuk keluar bekerja. Dalam
mengharungi kos sara hidup yang tinggi terutamanya di bandar-bandar, golongan isteri
tidak kira tahap mana pendidikannya akan membantu suami yang berpendapatan rendah
atau gaji sekadar cukup makan untuk mencari rezeki dan membina ekonomi keluarga
yang lebih kukuh. Peningkatan kos sara hidup terutama di bandar menyebabkan ramai
wanita terpaksa keluar bekerja bagi menampung keperluan hidup (Fauziah Aruf 2012).
Dalam keadaan tekanan hidup di bandar yang menuntut penggunaan wang yang banyak
menyebabkan pasangan suami isteri terpaksa keluar bekerja bagi menampung kehidupan
yang lebih selesa di bandar.
Selain itu, faktor lain yang mendorong wanita untuk keluar bekerja adalah kerana
peluang pekerjaan yang ditawarkan. Perkembangan dalam bidang pekerjaan terutama
perusahaan kilang dan firma yang memerlukan tenaga kerja wanita telah membuka
banyak peluang kepada wanita untuk bekerja. Tawaran pekerjaan yang menyediakan
kadar upah yang tinggi di samping kemudahan atau pakej ganjaran yang menarik seperti
kemudahan kesihatan, insurans dan sebagainya menarik golongan wanita untuk turut
sama melibatkan diri dalam pekerjaan. Selain itu, sesetengah majikan menawarkan
pilihan tempoh masa bekerja yang fleksible seperti kerja separuh masa, kerja mengikut
shift dan kerja dari rumah memudahkan bagi wanita terutama yang mempunyai anak
untuk membahagikan masa bekerja dan keluarga (Encel, Mackensie & Tabbutt 1971).
Kedudukan kewangan isi rumah yang tidak cukup atau pendapatan suami yang
kecil menyebabkan seseorang wanita itu keluar bekerja bagi menampung pendapatan
suami. Dalam kajian Norehan et al. (2012) menunjukkan bahawa seorang wanita yang
berkahwin akan memutuskan untuk menyertai tenaga kerja apabila kadar upah yang
cukup tinggi. Desakan untuk keluar bekerja di pasaran menjadi lebih kuat jika
pendapatan suami adalah kecil dan kedudukan kewangan isi rumah yang tidak

9
mencukupi. Dalam keadaan ini wanita merasakan perlu untuk membantu mengurangkan
bebanan hidup dan tanggungan isi rumah lantas sanggup menyertai tenaga kerja dan
menyumbang kepada pasaran.

3.3

Faktor Teknologi

Perkembangan teknologi yang memberi kemudahan dalam kerja-kerja domestik sedikit
sebanyak mempengaruhi wanita untuk keluar bekerja. Menurut Encel, Mackensie &
Tabbutt (1971) bertambahnya mekanisasi dan automasi dalam industri pemprosesan yang
mengurangkan kerja yang menekankan aspek-aspek fizikal adalah antara kuasa teknologi
yang boleh mempengaruhi wanita untuk keluar bekerja selain daripada peningkatan
penggunaan alat-alat yang dapat mengurangkan masa membuat kerja di rumah.
Perkembangan teknologi ini telah banyak membantu wanita dalam pengurusan rumah
tangga atau melakukan kerja-kerja domestik di rumah. Jadi memudahkan wanita untuk
keluar bekerja.

3.4

Faktor Pendidikan
Dari segi pendidikan pula, tahap pendidikan negara yang semakin berkembang

telah menyaksikan pertambahan golongan wanita yang berpendidikan tinggi. Ini
menyebabkan ramai wanita cenderung untuk bekerja dan membina kerjaya masingmasing. Pada tahun 2000, dilaporkan bahawa sejumlah 55.5 peratus daripada jumlah
siswazah adalah siswazah wanita. Jumlah ini telah meningkat setiap tahun sehinggakan
pada satu tahap jumlah pelajar wanita yang belajar di Institut Pengajian Tinggi melebihi
pelajar lelaki (Norehan Abdul et al. 2012). Jadual 3.2 menunjukkan peningkatan
enrolmen pelajar perempuan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berbanding pelajar
lelaki.

10

3.3

Faktor Sosial

Selain faktor-faktor yang dinyatakan sebelum ini, faktor sosial juga mempengaruh wanita
untuk keluar bekerja. Antaranya adalah kemudahan penjagaan anak, kebimbangan wanita
yang kematian suami atau diceraikan atau status ibu tunggal serta corak pemikiran
masyarakat yang semakin berubah. Bagi sesetengah wanita yang telah berkahwin
kembimbangan timbul jika berlaku sesuatu seperti mungkin diceraikan, ditinggalkan
suami atau kematian suami. Ini menyebabkan mereka keluar bekerja atau terus bekerja
walaupun mendapat tentangan suami atau keluarga. Sesetengah ahli keluarga juga
menggalakkan wanita yang berkahwin untuk terus bekerja kerana kebimbangan yang
dinyatakan di atas.
Selain itu, kehidupan sebagai ibu tunggal juga mendorong wanita untuk kembali
bekerja atau mencari kerja buat pertama kali semata-mata untuk menampung kehidupan
atau perbelanjaan keluarga. Tekanan untuk bekerja ini tentunya bertambah kerana kos
hidup sama ada di desa atau bandar yang semakin meningkat (Fatimah Abdullah 2000).
Peningkatan bilangan ibu yang keluar bekerja juga adalah disebabkan bilangan ibu

11
tunggal yang semakin meningkat sama ada yang ditinggalkan suami atau suami
meninggal dunia kerana harus memainkan peranan sebagai pencari rezeki untuk keluarga.
Kajian oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN
2006) mendapati masalah penjagaan anak-anak adalah punca utama wanita di negara ini
menamatkan kerjaya mereka lebih awal. Ini berlaku terutamanya dalam kalangan wanita
berusia lingkungan 35 hingga 39 tahun iaitu sebanyak 71 peratus yang mana di peringkat
umur sebegini adalah kemuncak kerjaya bagi wanita dan pada masa sama anak-anak
memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu. Namun dengan kewujuan
kemudahan taska ini bukan sahaja akan membuka ruang kepada wanita yang
berpendidikan tinggi untuk terus bekerja malah wanita yang berpendidikan rendah dan
sederhana turut menerima manfaatnya.
Selain itu, corak pemikiran masyarakat hari ini yang semakin berubah mendorong
wanita untuk terus bekerja dan menceburkan diri dalam pekerjaan. Jika sebelum ini,
masyarakat tradisional memberikan pandangan yang tinggi kepada wanita yang
menjalankan tugas sepenuh masa sebagai isteri dan ibu serta mengabdikan diri untuk
keluarganya. Namun, pandangan ini semakin berubah selepas merdeka apabila ramai ibu
bapa mula sedar tentang pentingnya pendidikan untuk anak perempuan kerana mereka
inilah yang akan mengasuh dan mendidik anak-anak mereka kelak. Jadi semakin ramai
anak gadis yang diberikan peluang pendidikan untuk terus belajar ke peringkat yang lebih
tinggi seterusnya bekerja dan kini masyarakat dilihat semakin menerima penyertaan
wanita dalam pekerjaan (Noor Rahamah 2005).
Pada masa yang sama juga ramai wanita khususnya yang berpendidikan tinggi
dan professional berpendapat bahawa mereka perlu bekerja bukan sahaja untuk
menambah pendapatan suami tetapi untuk menyumbangkan bakat, kemahiran dan
pengetahuan yang mereka ada untuk pembangunan negara (Fatimah Abdullah 1983).
Bagi wanita seperti ini apabila bekerja mereka memperolehi pendapatan sendiri dan pada
masa yang sama mereka terpaksa membayar cukai dan mempunyai kuasa membeli.
Dengan cara ini secara tidak langsung mereka juga menyumbang kepada ekonomi

12
negara. Selain itu, banyak lagi faktor lain seperti hak untuk bekerja sama seperti lelaki,
mendapatkan pendapatan sendiri dan inginkan dapatkan kepuasan sendiri.

4.0

ISU PENJAGAAN ANAK

Penjagaan adalah hasil perbuatan yang berkait dengan peranan menjaga yang dilakukan
oleh penjaga (Sulaiman Masri 1997). Penjaga pula merupakan orang yang menjalankan
tugas menjaga dan boleh disamakan dengan tugas sebagai pengawas, pengasuh dan
pemelihara (Dewan Bahasa dan Pustaka 1990). Secara umumnya tugas menjaga meliputi
tugas mengasuh anak dan menjaga ahli keluarga yang kurang upaya (sakit atau cacat) dan
orang tua serta lain-lain urusan domestik. Malah menjaga rumah dan harta benda
keluarga juga termasuk dalam kategori ini.
Secara tradisinya wanita memainkan peranan sebagai penjaga rumahtangga
termasuklah menjaga anak dan ibu atau bapa atau kedua-duanya (elders). Menurut kajian
75 peratus daripada penjagaan (caregiving) dilakukan oleh wanita (sama ada anak
perempuan atau isteri atau menantu perempuan) (Himes 2001). Lebih daripada dua per
tiga penjaga adalah mereka yang telah berkahwin dan satu per tiga daripada penjaga juga
merupakan mereka yang mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak kecil. Malah
mereka yang menjadi penjaga ini merupakan mereka yang bekerja sama ada secara
sepenuh masa atau separuh masa (Macionis 2007). Dalam hal ini wanitalah yang dilihat
memainkan banyak peranan sebagai penjaga anak-anak, orang tua (elders) dan keluarga.
Pada masa yang sama turut memainkan peranan sebagai pekerja apabila keluar bekerja.
Penglibatan wanita dalam tenga kerja di Malaysia semakin meningkat. Menurut
perangkaan negara 2011 terdapat 47.9% tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada wanita.
Wanita telah memainkan peranan sebagai tenaga kerja dalam beberapa sektor seperti
pembuatan, pengurusan dan professional, pekerja sokongan pengkeranian dan
keusahawanan. Pada masa yang sama mereka juga memainkan peranan tradisi sebagai
isteri dan ibu kepada anak-anak di rumah (Fatimah Abdullah 1985). Lazimnya dalam

13
sebuah keluarga seorang ibu diharapkan dapat menjaga dan mendidik anak-anak
disamping menjadi teman kepada suami. Peranan ibu yang dilihat sebagai penjaga
rumahtangga dan pendidik anak-anak semakin bertambah apabila mereka mula
memasuki alam pekerjaan. Pada masa kini ibu yang bekerja memainkan tiga peranan
sebagai isteri, ibu dan pekerja sekaligus hingga ada yang menggelarkan seorang ibu yang
bekerja sebagai ‘Super-Mom’ kerana harus melaksanakan pelbagai peranan dalam satusatu masa. Namun, apabila wanita bekerja timbul pula isu tentang penjagaan anak
‘Siapakah yang akan Menjaga Anak ketika ibu bapa keluar bekerja?’
Kebanyakan wanita terutama yang sudah berumahtangga sering berhadapan
masalah penjagaan anak. Adakalanya mereka terpaksa memilih sama ada untuk terus
bekerja atau berhenti kerja bagi memberi tumpuan kepada keluarga dan menjaga anak.
Menurut Fatimah Abdullah (2005) dalam artikelnya bertajuk ‘Penyertaan Wanita dalam
Ekonomi Negara’ dalam konteks kehidupan di bandar, hal ini ada kebenarannya
memandangkan ahli keluarga atau sanak saudara (khususnya perempuan) tinggal di
kampung atau hidup berjauhan dengan mereka. Oleh yang demikian, mereka ini tidak
dapat membantu keluarga yang mempunyai masalah penjagaan anak. Tambahan pula di
kawasan bandar kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak mengenakan bayaran yang
agak tinggi dan kadang kala hanya boleh dinikmati oleh keluarga golongan pertengahan
dan atasan sahaja. Sebaliknya keluarga golongan bawahan tidak dapat menikmati
perkhidmatan tersebut (Noor Laily Abu Bakar dan Rita Raj Hashim 1984).
Secara teorinya, pemilihan jenis jagaan anak adalah dipengaruhi oleh kos
penjagaan anak. Para ibu yang ingin bekerja sentiasa ingin mengurangkan perbelanjaan
kos penjagaan anak. Dalam hal ini penjagaan oleh ahli keluarga lebih digemari
berbanding penjagaan anak formal (Norehan Abdullah et al. 2009). Namun bagaimana
kesediaan penjagaan anak tidak formal dapat disediakan? Oleh kerana jenis perkhidmatan
penjagaan anak mempengaruhi kos penjagaan anak maka dengan mengetahui maklumat
tentang pemilihan jenis perkhidmatan penjagaan anak yang sesuai dengan kemampuan,
keperluan dan citarasa ibu bekerja maka dengan cara ini penyertaan ibu bekerja dalam
tenaga kerja dapat ditingkatkan.

14

Justeru, antara masalah utama yang sering dihadapi oleh ibu yang bekerja adalah
mendapatkan orang yang mampu menjaga anak mereka ketika mereka keluar bekerja.
Persoalan yang sering timbul apabila seorang ibu keluar bekerja adalah siapakah yang
akan menjaga anak-anak mereka ketika mereka keluar bekerja? Sanggupkah pasangan
atau suami berkompromi untuk menjaga anak? Bagaimanakah tahap keselamatan dan
kesihatan anak di bawah penjagaan orang lain ketika mereka keluar bekerja? Persoalanpersoalan ini sering menjadi dilema bagi ibu yang bekerja.
Lazimnya, suami isteri atau pasangan yang bekerja akan memilih beberapa
alternatif penjagaan bagi anak-anak ketika mereka keluar bekerja. Alternatif penjagaan
anak di sini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu penjagaan oleh pasangan sendiri,
penjagaan formal dan penjagaan tidak formal. Bagi alternatif pertama, wanita yang keluar
bekerja boleh meminta kerjasama daripada pasangan mereka untuk menjaga anak di
rumah ketika mereka keluar bekerja. Perkara ini mungkin dapat di atasi jika suami
memberi kerjasama untuk menjaga anak ketika isteri keluar bekerja atau suami bekerja
mengikut sistem shift. Jadi sistem penggiliran penjagaan anak boleh dilakukan bersama
isteri apabila pasangan masing-masing keluar bekerja. Namun, tidak semua pekerjaan
yang diperolehi oleh pasangan menggunakan sistem shift kerana ia bergantung kepada
jenis pekerjaan yang diceburi.
Bagi penjagaan tidak formal pula bermaksud penjagaan anak diserahkan kepada
mereka yang dipercayai atau mempunyai pertalian darah dengan mereka seperti jiran
tetangga atau rakan-rakan yang tidak bekerja adalah mendapatkan khidmat pembantu
rumah. Namun, tidak semua pasangan yang bekerja boleh mendapatkan bantuan ahli
keluarga untuk menjaga anak mereka. Menurut Fatimah Abdullah (1985), kebanyakan
ibu-ibu yang bekerja tinggal di bandar-bandar yang jauh daripada kaum keluarga. Jika
pada masa dahulu, ibu yang bekerja boleh mengharapkan sanak saudara terdekat untuk
menjaga anak mereka ketika mereka keluar bekerja tetapi kini wanita yang bekerja dan
tinggal di bandar menghadapi pemencilan sosial (social isolation). Mereka terpisah dari

15
bentuk keselamatan dan penjagaan sosial yang memang sedia ada dalam keluarga desa
dan boleh didapati semasa kecemasan (Strange 1981 : 227).
Wanita bekerja yang tinggal di bandar dilihat sukar mendapatkan pertolongan dari
saudara mara atas beberapa faktor seperti kedudukan rumah yang jauh dan ahli keluarga
atau saudara mara yang tinggal berdekatan tetapi turut keluar bekerja (Siti Fatimah Abdul
Rahman). Ini menyebabkan wanita yang bekerja terpaksa berhenti kerja untuk menjaga
anak. Namun bagi mereka yang berkemampuan pusat jagaan anak menjadi pilihan untuk
menjaga anak ketika keluar bekerja. Pada masa yang sama jika ada ahli keluarga yang
tinggal berdekatan, tetapi mereka juga keluar bekerja dan ini menyebabkan mereka tidak
mempunyai pilihan lain selain menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak.
Penjagaan formal pula adalah penjagaan yang ditawarkan oleh pusat khidmat
jagaan bayi dan kanak-kanak seperti taska, tadika, pusat jagaan kanak-kanak dan
sebagainya. Di kawasan-kawasan bandar, kebiasaannya pasangan yang bekerja akan
menghantar anak ke pusat penjagaan yang berhampiran dengan rumah atau pejabat.
Namun, kos penjagaan anak di pusat jagaan bayi dan kanak-kanak ini agak tinggi. Jadi
tidak semua pasangan atau ibu yang bekerja mampu untuk membayarnya tambahan pula
jika mempunyai anak yang ramai (Norehan Abdullah et al. 2009)
Selain itu, ada juga yang menggunakan khidmat pembantu rumah untuk menjaga
anak-anak selain dapat meringankan tugas-tugas menguruskan rumah. Namun, tidak
semua ibu yang bekerja mampu mengupah pembantu rumah untuk membantu mereka. Di
Malaysia khidmat pembantu rumah kebanyakan diperolehi dari negara asing seperti
Indonesia, Filipina, Vietnam dan Kemboja. Isu timbul apabila keselamatan anak di bawah
penjagaan pembantu rumah asing boleh dipertikaikan. Banyak laporan daripada mediamedia sosial dan elektronik yang menceritakan tentang penderaan yang dilakukan oleh
pembantu rumah terhadap kanak-kanak.
Ini menyebabkan ramai juga dalam kalangan wanita yang bekerja menjadi suri rumah
setelah mendapat anak kerana ingin menumpukan perhatian kepada keluarga dan ada

16
juga yang tidak percaya penjagaan anak dilakukan oleh pihak ke tiga menyebabkan
mereka tidak bekerja dan ingin menjaga sendiri anak. Di samping itu juga, laporan dan
berita yang menyiarkan tentang kecuaian oleh pengasuh, kesan negatif yang dialami oleh
anak-anak dan masalah yang dihadapi oleh ibu yang bekerja sedikit sebanyak
menyebabkan seseorang wanita itu lebih senang untuk menjadi suri rumah dan menjaga
anak sendiri berbanding menyerahkan tugas penjagaan kepada pengasuh atau pembantu
rumah.
Di sini dapat dilihat isu keselamatan anak di bawah jagaan pengasuh atau taska atau
pembantu rumah sering menjadikan seorang ibu menghadapi dilema sama ada untuk
terus bekerja atau tidak.

Dalam hal ini setiap bentuk penjagaan yang dipilih oleh

pasangan bekerja adalah dengan menimbang baik dan burukn bentuk-bentuk penjagaan
tersebut dari semua segi. Biasanya bentuk penjagaan yang paling banyak manfaatnya
kepada keluarga dan anak dan yang paling sedikit kesan buruknya akan dipilih. Dalam
hal ini ibu bapa atau pasangan yang bekerja terpaksa membuat pilihan berdasarkan
penilaian yang dilakukan.

5.0

KESAN ISU PENJAGAAN ANAK KEPADA MASYARAKAT DAN ANAK

Penglibatan wanita dalam pekerjaan sering mengundang persepsi negatif terhadap
perkembangan anak-anak. Ini kerana ibu dikatakan tidak dapat memberikan sepenuh
perhatian terhadap anak-anak kerana banyak masa ibu dihabiskan di tempat kerja.
Namun, penyertaan wanita dalam pekerjaan yang menimbulkan isu penjagaan anak turut
memberikan kesan positif masyarakat sekitarnya. Akibat daripada isu penjagaan anak
yang dialami oleh sebahagian daripada wanita bekerja atau pasangan suami isteri yang
bekerja menyebabkan tumbuhnya banyak pusat jagaan bayi dan kanak-kanak dalam satusatu kawasan terutama di kawasan bandar.
Dengan wujudnya pusat jagaan ini dapat membantu menyelesaikan isu penjagaan
anak bagi pasangan suami isteri yang bekerja. Pada masa yang sama keadaan ini telah

17
mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat kerana dapat menawarkan
perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh pasangan suami yang bekerja dan mempunyai
anak kecil. Ini kerana pusat-pusat jagaan ini memerlukan pekerja terutama wanita untuk
menjaga anak-anak yang dihantar ke situ. Dari segi sosialnya pula peningkatan jumlah
pusat jagaan anak memberikan implikasi positif dari segi kualiti penjagaan anak. Ini
kerana mereka terpaksa bersaing dengan pusat jagaan anak yang lain bagi memberikan
perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.
Selain kesan kepada masyarakat, penyertaan wanita dalam pekerjaan juga turut
memberi kesan kepada perkembangan anak-anak mereka. Kajian mengenai implikasi ibu
bekerja terhadap perkembangan anak-anak telah banyak dilakukan baik dalam negara
ataupun luar negara. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Lois Wladis Hoffman
(1998) Penglibatan ibu dalam pekerjaan di luar rumah menyebabkan anak-anak mereka
khususnya anak perempuan terdedah kepada model peranan (role model) baru bagi
wanita yang berbeza daripada peranan tradisi wanita sebagai isteri dan ibu. Ini berlaku
kerana kanak-kanak mempelajari pola peranan mengikut jantina melalui pemerhatian
terhadap ibu bapa mereka. Penglibatan ibu dalam perkerjaan formal boleh mempengaruhi
konsepsi mereka tentang peranan wanita. Anak-anak perempuan khususnya akan melihat
bahawa mereka juga akan bekerja kemudiannya walaupun sudah berkahwin (Fatimah
Abdullah 2005).

6.0

RUMUSAN

Proses industrialisasi telah memberi kesan besar ke atas status dan peranan wanita dalam
pertumbuhan ekonomi dan sosial masyarakat. Tenaga kerja wanita diperlukan bagi
memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pasaran dan mengurangkan pergantungan tenaga
asing dalam negara. Perkembangan pendidikan, faktor ekonomi, faktor sosial,
perkembangan teknologi dan penggubalan dasar kerajaan sedikit sebanyak telah
menggalakkan penyertaan wanita dalam pekerjaan. Namun penglibatan wanita dalam

18
pekerjaan menyebabkan wanita terpaksa berhadapan dengan isu penjagaan anak ketika
mereka keluar bekerja.
Perubahan struktur keluarga terutama di bandar menyukarkan lagi wanita untuk
mendapatkan orang yang boleh dipercayai untuk menjaga anak mereka. pilihan
penjagaan anak yang ada pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu menggalakkan
penyertaan wanita dalam pekerjaan. Walaupun penggunaan penjagaan anak telah
meningkat dalam dunia hari ini, namun jenis penjagaan, kualiti dan bebanan kos isi
rumah tetap mempengaruhi penyertaan wanita dalam pekerjaan. Jika dilihat dari sudut
positif masalah penjagaan anak memberi kesan positif kepada masyarakat setempat
dengan wujudnya pusat-pusat jagaan anak yang boleh memberi pendapatan dan pekerjaan
kepada wanita dan masyarakat setempat
Selaras dengan kesediaan terhadap visi kerajaan ke arah negara industri menjelas
tahun 2020 dan juga dalam menangani isu global, potensi kaum wanita perlu diberi
perhatian serius. Penarikan lebih ramai wanita ke dalam guna tenaga boleh membantu
mengurangkan kebergantungan negara kepada buruh asing khususnya pendatang tanapa
izin. Ini akan membantu kepada penjimatan pertukaran asing dan mengurangka masalah
jenayah berkaitan buruh asing yang semakin bertambah. Kesimpulannya penyertaan
wanita dalam pekerjaan memberikan kesan positif dan negatif dalam isu penjagaan anak.

19

RUJUKAN
Fatimah Abdullah. 2009. Isu dan Cabaran Penjagaan Tidak Formal.. Malaysian Journal
of Social Administration Volume 6. 2009
Fatimah Abdullah. 1985. Wanita dan Pekerjaan : Satu Analisis Konflik Peranan.
Akademika No.27 Julai 1985
Fatimah Abdullah. 2000. Penyertaan Wanita dalam Ekonomi Negara. Negara Pasaran
dan Pemodenan Malaysia. Penerbit UKM, Bangi.
http://jtksm.mohr.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=236%3Apusat-asuhan-kanak-kanakdalam industri&catid=70%3Apakk&Itemid=556&lang=ms 8 Jun 2013
http://www.mywanita.gov.my/web/share/media_show/?
m=L2F0dGFjaG1lbnRz&f=REFTQVIgV0FOSVRBIE5FR0FSQXBkZg%3D
%3D 8 Jun 2013
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121010/re_03/Majikan-janganmemperlekeh-isu-jaga-anak#ixzz2VhyKrmrZ 9 Jun 2013
Jacqueline V. Lerner. 1994. Working Women and Their Families. Sage Publications,
Inc.USA
John J. Macionis. 2007. Sociology Eleventh Edition. Upper Saddle River, New Jersey.
Prentice Hall
Lerner, J. (2001, November 27). Maternal Employment and Child Outcomes, A Sloan
Work and Family Encyclopedia Entry. Chestnut Hill, MA: Boston College.
https://workfamily.sas.upenn.edu/glossary/m/maternal-employment-definitions
/31 May 2013
Lim Hock Eam, Zalina M. Mohaideen & Norehan Abdullah. 2003. Penyertaan Tenaga
Buruh Wanita Berkahwin di Kedah : Kesan Faktor Agama, Anak dan Pendidikan.
Jurnal Ekonomi Malaysia 37 (2003)
Nasruddin Yunos dan Johari Talib. 2009. Mothers at Work : What Happen to Children?
International Review of Business Research Papers, Vol 5 No.3 April 2009

20
Noor Rahamah Abu Bakar 2005. Hambatan Penyertaan Wanita Dalam Pasaran Buruh
di Malaysia. UKM, Bangi
Noor Rahamah Abu Bakar 2012. Wanita Bekerja dan Pengurusan Keluarga. Malaysia
Journal of Society and Space 8 Issue. UKM, Bangi
Norehan Abdullah, Rahmah Ismail, Zulridah Mohd Noor & Fariza Ahmad. 2009.
Penyertaan Tenaga Kerja Wanita Berkahwin dan Pilihan Jenis Jagaan Anak.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran
Global, Kuantan Pahang 2-4 Jun 2009
Norehan Abdullah, Rahmah Ismail, Zulridah Mohd Noor & Fariza Ahmad. 2012.
Kebarangkalian Bekerja Wanita Berkahwin di Malaysia. Jurnal Ekonomi
Malaysia 46 (1) (2012)
Norsiah bt Uddin. 2010. Faktor Penentu Penyertaan Wanita Dalam Pasaran Buruh.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2010
Rohana Yusof. 2010. Asas Sains Sains Sosial dari Perspektif Sains Sosial. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Siti Fatimah Abdul Rahman. Siapa Menjaga Anak-anak Anda? Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM)