PENGAJIAN BAHASA ARAB DI MASJID SEBAGAI (1)

Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab (NCAL2015) 31

PENGAJIAN BAHASA ARAB DI MASJID SEBAGAI PROSES PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT
Rofishahbt. Rashid (rofisha71@gmail.com)
Berhanuddin Abdullah (berhannuddin@unisza.edu.my)
Universiti Islam Zainal Abidin
ABSTRAK
Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan salah satu agenda utama
negara dalam pembangunan modal insan.Ia merupakan satu proses ke arah
meningkatkan pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkahlaku serta usaha untuk
membangunkan komuniti setempat. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang
pengajian Bahasa Arab di Masjid yang dilaksanakan sebagai satu proses Pembelajaran
Sepanjang Hayat. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji Proses PSH yang
melibatkan kelas pengajian bahasa Arab di masjid.Proses PSH ini melibatkan
pembelajaran formal dan tidak formal yang dilaksanakan secara berterusan tanpa
menghadkan umur, masa dan tempat di mana berada.Antara kepentingan kajian ini
adalah untuk memperkasakan masjid sebagai salah satu Institusi Pendidikan.
Gabungan Model PSH yang bersumberkan empat tunjang iaitu pengetahuan,
kemahiran, pembangunan insan dan juga kemasyarakatan akan diperkenalkan untuk
diaplikasikan di masjid. Dapatan kajian kajian diandaikan bahawa kelas pengajian

Bahasa Arab di masjid ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di
kalangan masyarakat setempat.
Kata Kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat; Bahasa Arab; Pengetahuan; Kemahiran;
PENDAHULUAN
Pembelajaran Sepanjang Hayat menurut perspektif Islam dapat diterjemahkan dalam
pelbagai pandangan, antaranya Allah S.W.T ada menjelaskan dalam al-Quran Surah al`alaq ayat (1-5) yang bermula dengan “Iqra`” bermaksud bacalah, ianya banyak
mengandungi unsur-unsur pendidikan.Ayat ini menggesa supaya manusia khususnya
umat Islam supaya mencari ilmu.Ayat (4-5) menjelaskan yang mafhumnya Allah S.W.T
mengajar ilmu kepada manusia setelah manusia berusaha ke arah itu, sekurangkuarngnya dengan membaca (Muhamad Yusuf, 2005).
Baginda Rasulullah S.A.W juga telah menjelaskan dalam hadisnya yang
diriwayatkan oleh Ibn Majah bahawa mencari ilmu pengetahuan itu merupakan
kewajiban ke atas setiap Muslim. Kewajiban mencari ilmu itu seharusnya difahami
sebagai suatu proses Pembelajaran Sepanjang Hayat. Dalam hadis Rasulullah

s.a.wada menyebut: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. Ilmu perlu perlu
dituntut sejak kanak-kanak sehingga akhir hayat seseorang.Perubahan aktiviti ekonomi
yang lebih bergantung kepada penguasaan pengetahuan telah menambahkan lagi
pelaburan dalam pembangunan kapital manusia yang berilmu.Pembentukan
masyarakat yang berilmu supaya lebih kompetitif memerlukan mereka memperolehi
pengetahuan secara berterusan.Oleh itu Pembelajaran Sepanjang Hayat dilihat menjadi

satu keperluan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seseorang.
Pembelajaran Sepanjang Hayat juga merupakan satu idea atau ilham yang lahir
daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang merupakan seorang
pegawai yang memikul tanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa, Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNESCO)
pada 1965, di mana pembelajaran tidak menghadkan tempoh, umur dan tempat
tertentu sahaja. Satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk
"Learning To Be" menyatakan ada bahawa sasaran kepada pendidikan tidak
sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam
lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ini bermaksud pembelajaran terbuka kepada
semua golongan tanpa mengira tahap pendidikan, pangkat, miskin atau kaya, golongan
atasan atau bawahan.
Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) boleh ditakrifkan sebagai satu proses
pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan
pengalaman dan latihan di tempat kerja bagi keperluan individu dan guna tenaga di
samping mewujudkan masyarakat yang aktif dan saksamaan memenuhi kehendak
sosial. PSH juga merupakan pelaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh
diikuti sehingga ke akhir hayat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan ketrampilan kepada individu, masyarakat dan alam pekerjaan (Nur

Angriani. et.al., 2014).
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) sering dikaitkan dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran di mana kedua-duanya memainkan peranan penting
dalam pembangunan modal insan. Mantan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri
Pendidikan YAB Tan Seri Muhyidin Yassin ketika melancarkan Program Pendidikan
Sepanjang Hayat di Ledang ada menyatakan bahawa “Program Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat ini menjadi salah satu dasar nasional” di mana ia merupakan program
yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama mampu melahirkan
modal insan dengan mengimbangkan duniawi dan ukhrawi (Sinar Online, 15 April,
2014). Dalam abad ke 21 ini program PSH diperluaskan lagi di institusi pengajian tinggi,
di mana ia dimulakan dengan kolej komuniti, seterusnya di maahad-maahad tahfiz, di
pondok-pondok dan masjid.

Masjid Sebagai Pusat Pembelajaran
Masjid dianggap sebagai medium bagi memupuk budaya ilmu dalam masyarakat Islam
(Azlina, 2010), dan juga berperanan sebagai institusi pengantara dalam proses
pendidikan sepanjang abad ke 3H hingga ke 5H (ZulkifleeHaron, 2007). Ianya bukan
sahaja dilihat sebagai tempat menunaikan ibadah khusus (Asmak dan Hashim, 2007)
dalam Islam, malah ia juga berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu bagi masyarakat
Islam. Hal ini dapat dilihat dari sejarah awal Islam dimana Rasulullah telah membina

tiga buah masjid di Madinah ketika penghijrahan baginda kesana iaitu Masjid Quba,
Masjid Mirbad dan Masjid Nabawi yang mana fungsinya bukan sekadar sebagai tempat
berhimpun bagi melakukan solat malah ia juga menjadi pusat penyebaran ilmu bagi
masyarakat Islam pada ketika itu. Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah telah meletakkan
peranan masjid sebagai pusat pelajaran sebagaimana yang telah dijelaskan dalam
sebuah hadisnya yang bermaksud:
Malik menceritakan kepadaku daripada Sumi, hamba kepada Abu Bakar
bahawa Abu Bakar bin ‘Abd al- Rahman pernah berkata, “Sesiapa yang
berpagi atau berpetang ke Masjid yang mana tujuannya tidak lain dan
tidak bukan adalah untuk belajar sesuatu ilmu yang baik atau mengajar
ilmu itu kemudian dia balik ke rumahnya, seolah- olah dia adalah
mujahid yang berperang di jalan Allah dan kembali dengan harta
rampasan yang banyak. (HR Imam Malik)
Masjid terus berkembang sebagai pusat ilmu sepanjang zaman. Ianya membentuk
individu dalam pembinaan insan cemerlang sebagaimana yang tercatat dalam lipatan
sejarah silam sebagaimana yang telah dilalui oleh Masjid Al-Azhar dan Masjid Amru ibn
As di Mesir yang dikenali Masjid Seribu, iaitu masjid yang umur pembinaannya
menjangkau seribu tahun, al-Jami al-Umawiyy di Damsyik, Jamik al-Mansur di
Baghdad, masjid Zaituna di Tunisia, Jamik al-Qarawiyin di Fas, Maghribi dan lain-lain
lagi. Masjid- masjid ini merupakan model yang boleh dicontohi. Wujudnya proses

pembelajaran pendidikan Islam seperti kelas-kelas agama yang diadakan di masjid
tersebut dapat melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan ulama yang hebat,
sehingga namanya harum sebagai pusat pembelajaran tinggi dalam bidang agama
Islam. Antara cendekiawan ulung yang menimba ilmu daripada institusi-institusi ini ialah
Ibnu Khaldun yang belajar di Universiti Zaituna di Tunisia dan Sheikh Yusuf AlQardhawi yang berkelulusan daripada universiti Al-Azhar di Mesir (Ishak, 1987; Md
Noor et.al, 2014).
Berdasarkan pemerhatian pengkaji terhadap beberapa buah masjid yang
menjadi subjek kajian, pelbagai kemudahan dan prasarana telah disediakan kepada

jemaah dalam mengikuti pengajian kursus pendek bahasa Arab.Ia dilihat menjadi satu
penggerak dalam usaha memakmurkan masjid sebagai tempat mempelajari, mengguna
dan menghidupkan bahasa al Quran agar umat Islam dapat menguasainya. Kenyataan
ini selari dengan MohdYusof (2008) dalam kajiannya mendapati banyak masjid dan
surau telah menyediakan kerusi dan meja untuk guru duduk supaya kelihatan lebih
tinggi dan dapat dipandang lebih jelas berbanding dengan guru duduk bersila di atas
lantai.
Berdasarkan kajian di masjid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pihak
kakitangan masjid telah mengadakan pengajian bersijil atau dikenali sebagai
pendidikan formal.Program Pengajian Bersijil adalah salah satu program di bawah
kelolaan Unit Pengajian dan Pendidikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pengajian Bersijil ini telah dijalankan hampir sembilan tahun dan telah melahirkan lebih
400 orang setiap tahun yang memperoleh sijil dalam bidang Talaqqi Al-Quran,
Taranum, Pengajian Syariah dan Pengajian Bahasa Arab dalam beberapa peringkat
daripada asas, pertengahan hinggalah ke peringkat tinggi dan lanjutan. Program ini
menggunakan Modul yang dibengkelkan sebagai sukatan pelajaran Bahasa Arab.
Secara umumnya dapat difahami bahawa masjid memainkan peranan yang
penting dan berfungsi sebagai tempat untuk orang awam mempelajari bahasa Arab
secara konsisten dan pembelajaran bahasa Arab.Masjid hari ini dilihat mendapat
tumpuan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan remaja, dewasa, kanakkanak dan warga emas.Walau bagaimana pun ianya perlu mendapat sokongan
masyarakat untuk terus berkembang.

Pembelajaran Bahasa Arab di Masjid
Masjid merupakan salah satu institusi yang memainkan peranan penting dan
berfungsi sebagai tempat orang awam tidak mengira umur dan tahap pendidikan
mempelajari bahasa Arab secara konsisten.Kesedaran masyarakat untuk mempelajari
bahasa Arab semakin tinggi.Mereka mula menyedari betapa pentingnya mempelajari
bahasa Arab untuk memahami al-Quran dan untuk berkomunikasi dengan masyarakat
luar khususnya apabila mereka berada di Timur Tengah.Oleh itu pembelajaran bahasa
Arab mula diperluaskan di pondok-pondok dan masjid-masjid.Seiring dengan itu,
bahasa Arab terus berkembang mengikut perubahan semasa (Rosni, 2012).Bagi

memenuhi keperluan semasa, bahasa Arab terus diperkembangkan mengikut
perubahan semasa.Ia bermula dengan sistem pondok, seterusnya bertukar kepada
sistem madrasah dan akhirnya menjadi sistem persekolahan dan masuk ke pusat
pengajian tinggi. Dari situ, akan lahirnya para cendekiawan dan ulama serta pakarpakar bahasa Arab yang terkenal di Asia.

Menurut sejarah, Institusi Pengajian Tinggi al-Azhar pada era kecemerlangannya
telah memenuhi citacita kerajaan Fatimiyyah sebagai sebuah pusat ilmu, kebudayaan
dan dakwah Islam secara menyeluruh. Bermula dari era tersebut, fungsi utama al-Azhar
menjurus kepada tiga peranan: Pertama menyampai dan mengajarkan ilmu Islam
kepada seluruh manusia. Kedua ialah menyuburkan kebudayaan Islam, dan yang
ketiga memelihara kemurnian bahasa Arab sebagai bahasa pengantar utama ajaran
agama Islam dan sebagai bahasa ilmiah ( Md. Noor, 2014) Justeru, pembelajaran
bahasa Arab di masjid telah lama bertapak dan ia berperanan dalam memartabatkan
agama Islam di seluruh dunia. Dalam kajian tersebut telah menjelaskan bahawa bahasa
Arab mula bertapak di Malaysia sejak bertahun-tahun yang lalu iaitu pada abad ke 13M
seiring dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh peniaga-peniaga Arab waktu itu. Di
waktu itu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berlaku sama ada di
masjid atau madrasah.
Beberapa kajian telah mendapati kebanyakan masjid telah menyedari akan
kepentingan bahasa Arab dan meletakkannya sebagai salah satu pengajian ilmu di

samping pengajian Aqidah, al-Quran, Usuluddin dan sebagainya. Antaranya kajian
yang dijalankan oleh Md. Noor et.al. (2014) mendapati 3 buah masjid yang
mengadakan kelas pengajian Bahasa Arab secara khusus, iaitu:
i.
ii.
iii.

Masjid Al-Mardhiyah Taman Melawati 375, Jalan B6, Taman Melawati
Masjid Al-Khairiah Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves Gombak
Masjid As-Syakirin No. 10 Taman Kamariah, KM 9, Jalan Gombak.

Kelas Pengajian Bahasa Arab yang dijalankan di masjid-masjid tersebut ada
yang berbentuk mingguan dan ada yang berbentuk bulanan.Pengajian ini
menggunakan kitab khusus dan mempunyai pelajar seramai 10-15, ada yang
mencecah 30-40 orang pelajar.Ianya bergantung kepada faktor tenaga pengajar dan
kemudahan yang disediakan.
Berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh pengkaji terhadap Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, seramai 120 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai tahap
umur bermula dari 17 tahun ke atas dari kalangan dewasa, remaja dan yang telah
bersara telah mengikuti kelas pengajian bersijil. Seramai 6 orang tenaga pengajar

terlibat mengendalikan kelas pengajian.Mereka menggunakan modul yang telah
dibengkelkan bagi mencapai objektif pembelajaran.Matlamat utama kelas pengajian
tersebut lebih kepada kebolehan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
berkomunikasi.
Kelas pengajian bahasa Arab yang dilaksanakan di masjid- masjid tersebut
adalah gambaran bagaimana proses pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan

ilmu pengetahuan dan kemahiran seseorang. Ianya boleh dikaitkan dengan
pengetahuan dalam memahami makna lafaz-lafaz al-Alquran dan juga kemahiran
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Arab. Manfaat dan kesan dari proses
pembelajaran tersebut dapat melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan,
memahami al-Quran serta berkemahiran dalam bahasa Arab.

Kaedah Pembelajaran Bahasa Arab di Masjid
Kaedah pembelajaran Bahasa Arab dapat dilaksanakan dalam pelbagai kaedah.
Terdapat beberapa kaedah yang telah diutarakan oleh Ahmad Kilani (2001), seperti
kaedah nahu dan terjemah (al-Qawa`id wa tarjamah), kaedah langsung (Mubasharah),
kaedah dengar dan tutur ( al-Sam`iyah al-Syafawiyyah) serta kaedah elektik (alIntiqa`iyyah). Kelas pengajian Bahasa Arab (bersijil) yang dilaksanakan di masjid hari ini
kebiasaannya menggunakan kaedah latih tubi dan tarjemah. Guru-guru yang
menggunakan proses terjemahan ini berpendapat bahawa pelajar tidak mempunyai

kebolehan sendiri untuk membaca dan memahami. Hasil daripada tanggapan mereka
inilah proses terjemahan berlarutan sehingga ke hari ini. Sewajarnya pelajar hendaklah
diberi tugas dan peluang untuk berinteraksi dalam kelas bagi menambah keyakinan
terhadap kemampuan mereka.
Oleh itu, satu pendekatan perlu diperkenalkan bagi menggantikan kaedah
ini.Kaedah tersebut hendaklah boleh memberi kesan yang baik dalam penguasaan
ilmu.Antara kaedah yang boleh diaplikasi ialah pengajaran hendaklah berpusat kepada
pelajar.Pelajar hendaklah didedahkan dengan strategi kendiri supaya mereka dapat
menjalankan aktiviti pembelajaran dengan sendiri. Guru sepatutnya memberi peluang
kepada pelajar untuk membaca, mencari makna, membuat kefahaman, kesimpulan dan
pembentangan. Pihak terlibat perlu memberi pendekatan yang sewajarnya bagi
mengatasi masaalah yang timbul supaya pengajaran bahasa Arab dapat diperkasakan
untuk melahirkan generasi yang dapat berinteraksi dalam bahasa Arab (Rosni
2012).Kaedah soal jawab juga biasa diamalkan oleh guru bagi mengukuhkan lagi
ingatan pelajar.

Tunjang Pembelajaran Sepanjang Hayat di Masjid
Tunjang Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dibentuk adalah hasil gabungan dari
beberapa teori tokoh-tokoh Islam dan barat yang diadaptasi atau disesuaikan mengikut
acuan Islam.Empat tunjang penting iaitu pengetahuan, kemahiran, pembinaan insan

dan kemasyarakatan dilihat sesuai dijadikan asas atau tunjang dalam pengimarahan
masjid.

Empat Tunjang PSH yang diutarakan oleh Delors (1997) iaitu: belajar untuk
mengetahui (Learning to know), belajar untuk melakukan( Learning to do), belajar
menjadi apa( learning to be), dan belajar untuk hidup bersama-sama ( Learning to live
together). Pembelajaran untuk tahu, dengan menggabungkan pengetahuan am cukup
luas dengan peluang untuk bekerja secara mendalam terhadap beberapa mata
pelajaran. Ini juga bermakna pembelajaran untuk belajar, untuk mendapat manfaat
daripada pendidikan menyediakan peluang sepanjang hayat.Belajar untuk memperolehi
sesuatu (learning to be) bukan sahaja kemahiran pekerjaan tetapi juga, lebih meluas,
kecekapan untuk menangani pelbagai situasi dan bekerja dalam pasukan. Ia juga
bermakna pembelajaran perlu dilakukan dalam konteks pelbagai kerja sosial dan orang
muda pengalaman yang mungkin tidak formal, sebagai hasil daripada konteks tempatan
atau kebangsaan, atau formal, melibatkan kursus, kajiselidik dan bekerja. Pembelajaran
untuk hidup bersama, dengan menanamkan persefahaman antara satu sama lain dan
saling bergantung hidup sesama masyarakat sekeliling, menjalankan projek bersama
dan belajar untuk menguruskan konflik, dengan semangat menghormati nilai-nilai
pluralisme, persefahaman dan keamanan. Pembelajaran yang baik dapat
membangunkan personaliti seseorang dan dapat bertindak dengan lebih autonomi,
pengadilan dan bertanggungjawab. Sehubungan itu, pendidikan tidak boleh
mengabaikan mana-mana aspek potensi seseorang: ingatan, penaakulan, rasa estetik,
kemampuan fizikal dan kemahiran komunikasi. Dalam konteks kajian learning to know
disesuaikan dengan pengetahuan, leaning to be disesuaikan dengan kemahiran,
learning to do disesuaikan dengan pembinaan insan manakala learning to live together
disesuaikan dengan kemasyarakatan.Keempat-empat tunjang tersebut merupakan
asas dalam misi dan visi ke arah kecemerlangan masjid sebagai pusat pendidikan.
Dalam konsep pembelajaran, Al-Ghazali mengaitkan pembelajaran dengan
perubahan tingkahlaku atau akhlakulkarimah (Wahyu, 2012). Menurut Imam al-Ghazali
belajar merupakan suatu proses pengalihan ilmu pengetahuan dari seorang guru
kepada seorang murid, mempelajari sesuatu ilmu bertujuan untuk mendekatkan diri
kepada Allah. Pembelajaran juga diertikan sebagai suatu proses jiwa untuk memahami
makna sesuatu agar berupaya membentuk akhlakulkarimah supaya dapat
mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub) demi mencapai keselamatan di dunia dan di
akhirat. Konsep pembelajaran al-Ghazali dilihat sesuai untuk diaplikasikan di Prosiding
Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab (NCAL2015) 30 masjid-masjid atau surausurau. Ianya selari dengan kajian Khairani (2013) ada menyatakan bahawa surau
sekolah telah membantu proses pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar melalui
pelbagai aktiviti dalam dan luar bilik darjah. Dalam konteks pembinaan insan Imam alGhazali amat menitikkan beratkan tentang akhlak dan juga moral seseorang.Mohamad
Nasir et.al.(2006) juga ada mengaitkan pembangunan insan dengan pencernaan akhlak
dan moral yang menyeluruh berasaskan ajaran Islam seperti semangat bekerjasama,
nasihat menasihati, beramanah dan bertanggungjawab dalam semua keadaan.Oleh itu

untuk membina asas taqwa di masjid adalah melalui pembentukan sahsiah diri dan
mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi
larangannya.Maka usaha untuk menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan boleh
ditentukan kurikulum khas yang bersumberkan PSH.Dalam konteks pendidikan di
Malaysia usaha membangunkan potensi individu ditekankan secara menyeluruh bagi
melahirkan insan yang seimbang. Proses pendidikan dilihat “lebih condong”
mengembangkan budaya sesebuah masyarakat ( Hailan, 2010). Proses pendidikan
dipandu arah oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ahmad Mohd. Salleh (1997)
melihat Falsafah Pendidikan Kebangsaan berteraskan Falsafah Pendidikan Islam.
Pandangan hidup Islam mempengaruhi perjalanan proses pendidikan yang berteraskan
“Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”.
Dalam konsep pembelajaran juga, Imam al-Zarnuji mengaitkan dengan etika dan
kemahiran (Wahyu, 2012). Ilmu dan kemahiran merupakan dua elemen yang berkait
rapat antara satu sama lain. Dalam aktiviti pembelajaran di masjid perlu diterapkan
aktiviti atau program kemahiran asas seperti kursus kemahiran berbahasa, kemahiran
ucapan umum seperti menbaca khutbah, kemahiran kerja tangan, kemahiran ICT dan
sebagainya.Aktiviti kemahiran ini memberi peluang kepada individu masyarakat untuk
meningkat kerjaya dan juga kreativiiti.
Walau bagaimanapun Ibnu Khaldun (2006) mengaitkan pembelajaran dengan
aktiviti dan kemahiran masyarakat.Ibnu Khaldun berpandangan kreativiti merupakan
satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual.Beliau telah menjelaskan
dalam kitabnya “Muqaddimah Ibnu Khaldun” bahawa tujuan pendidikan terbahagi
kepada beberapa unsur; antaranya memperlengkapkan akhlak, sosial manusia serta
memperlengkapkan seseorang dengan kemahiran vokasional atau pekerjaan. Menurut
Ibnu Khaldun, pemikiran seseorang perlu dipertingkatkan kerana pemikiran seseorang
itu dapat membuat berbagai pekerjaan dan pertukangan tertentu. Pandangan ini hampir
selari dengan Yong (1994) yang menyatakan bahawa kreativiti dapat melahirkan ideaidea atau apat memikirkan banyak idea yang bersabit dengan sesuatu
masalah.Menurut pandangan Ibn Khaldun lagi, manusia sebagai makhluk berfikir
dengan kemampuan dirinya dapat memahami situasi yang berada di luar dirinya.Pada
mulanya, kemampuan itu masih berbentuk potensi.Dia menjadi actual (mencapai suatu
titik perkembangan) melalui al-ta‘lim (pendidikan) dan al-riyadat (latihan) yang sesuai
dengan gerak perkembangan fizikal dan mentalnya.Atas dasar inilah, pengaruh dunia
luar program dapat mengoptimalkan potensi manusia ke arah yang lebih sempurna
(Shahrul Reza, 2008).
Nuranizah (2013) menyatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran merupakan
aset bagi menyumbang kepada kemajuan diri, masyarakat dan Negara.Kedua-dua
elemen tersebut adalah elemen penting dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat.Ianya
boleh terhakis sedikit demi sedikit jika tidak diaplikasikan dan akhirnya semakin pupus

dan hilang. Menurutnya lagi program Pembelajaran Sepanjang Hayat juga ini telah
berjaya melahirkan masyarakat yang bercirikan modal insan yang berkualiti,
berpengetahuan, berkemahiran dan bertaraf dunia. Ia nya juga merupakan elemen
penting dalam mewujudkan masyarakat yang dinamik dan berfikiran terbuka seterusnya
dapat meningkatkan ekonomi Negara. Jika di peringkat individu, pembelajaran
sepanjang hayat ini merupakan satu kelebihan bagi mendapatkan peluang pekerjaan
yang lebih baik. Bahkan ia menjadi pemangkin utama untuk meningkatkan penguasaan
pasaran dan mencapai daya saing ekonomi yang kukuh dan jitu.
Empat tunjang tersebut menjadi asas dalam merancang setiap program dan
aktiviti di samping merujuk kepada misi dan visi masjid.Pengajian bahasa Arab yang
dilaksanakan di masjid adalah sebahagian daripada aktiviti pendidikan formal di masjid.
Ianya dianggap sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dapat melahirkan
modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran serta dapat menambahkan
tenaga manusia yang berpengetahuan serta meningkatkan keupayaan diri serta
profesion. Dalam konteks pengajian di masjid, pembelajaran bahasa Arab disesuaikan
dengan peringkat umur dan golongan-golongan yang tertentu.Ini adalah bertujuan untuk
memenuhi keperluan masyarakat yang terdiri daripada berbagai lapisan dan tahap
pendidikan. PENUTUP Kesimpulannya masjid hari ini telah mula menyedari akan
kepentingan bahasa Arab dan dan melaksanakannya sebagai salah satu program di
masjid. Pengajian bahasa Arab yang dilaksanakan di masjid adalah sebahagian dari
proses Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran seseorang dan seterusnya melahirkan modal insan yang cemerlang dari
aspek duniawi dan ukhrowi.

RUJUKAN
Ahmad Kilani Mohamad (2001). Teori Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Arab di Sekolah Menengah Agama di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Asmak Haji Ali dan Hashim Mat Said (2007) Peranan Masjid Dalam Masyarakat
Hadhari.Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid anjuran Masjid Sultan
Ismail, UTM dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia.
HailanSalamun (2010). Kepemimpinan Rabbani Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama.Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Institut Pengajian Kepengtuaan,
Universiti Malaya.
Md Noor Hussin, Ahmad RedzaudinGhazali, Mohammad RofianIsmail(2014)
Masjid dan Pengajian Bhs Arab: Kajian di Gombak Selangor . Proceeding of the
International Conference on Masjid, Zakat and Waqaf (IMAF 2014), Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor.(e-ISBN 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala
Lumpur, Malaysia.
Mohd Ismail bin Mustari dan NorshaifulAzhar bin MohammatNor (2009). Kajian
Persepsi Pelajar 3 Spi Terhadap Peranan Masjid Dari Sudut Pendidikan Dalam
Masyarakat Islam. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Hassan Basri Awang Mat Dahan, Zawawi Ismail, Muhammad AzharZailani
(2005). Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Perspektif Pengajian Tinggi. Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Rosni Samah (2012) Isu Pembelajaran Bahasa Arab.Proseding Persidangan
Kebangsaan, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR`12), Fakulti
Pengajian Islam, UKM Bangi.
ZulkifleeHaron (2007). Kajian Masjid Sebagai Institusi Pengantara dalam Proses
Pendidikan: Sorotan Abad 3H hingga 5H. Universiti Teknologi Malaysia.SyahrulRiza
(2008). Konsep Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Ibnu Khaldun: Suatu Kajian
terhadap Elemen-elemen Kemasyarakatan Islam. Tesis yang tidak diterbitkan,
Universiti Sains Malaysia.
Wahyu Wicaksono (2012). Konsep Pembelajaran Menurut Imam Al-Ghazali dan
Imam Al-Zarnuji. Tesis Sarjana, Fakultas Tarbiyah, Institut Agama Islam Negeri Wali
Songo Semarang. (Sinar Harian, 2014), Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat