MANUSKRIP AL QUR AN DAN ILMU ILMUNYA ULU

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

MANUSKRIP AL-QUR’AN DAN ILMU-ILMUNYA (ULUM AL-QUR’AN) DI ALAM
MELAYU : TUMPUAN TERHADAP MANUSKRP ILMU TAJWID
Mohd Asmadi Yakob
Mohd Ashrof Zaki Yaa kob
Syuhaida Idha binti Abd Rahim
Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu (PUSKAM)
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Manuskrip Melayu merupakan satu warisan intelek daripada zaman silam.
Ianya merupakan lambang kesarjanaan para cendekiawan Melayu zaman
dahulu bagi mewariskan ilmu dan pengetahuan mereka mengenai sesuatu
perkara kepada generasi yang seterusnya. Antara bidang yang menjadi
perhatian para ilmuan dahulu terhadap penulisan manuskrip ialah penulisan
al-Qur’an dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Ini bersesuaian dengan
kedudukan al-Qur’an sebagai rujukan utama umat Islam dan sudah tentu
mempelajarinya adalah lebih ‘awla’ berbanding dengan mempelajari perkaraperkara lain. Justeru, kertas kerja ini akan memfokuskan manuskrip ilmu-ilmu
al-Qur’an dengan memberi tumpuan terhadap perkembangan ilmu tajwid.


1.

Pendahuluan

Kedatangan Islam ke Alam Melayu tentunya membawa bersama kitab suci al-Qur’an
sebagai panduan kepada umat Melayu yang baru memeluk agama Islam. Kitab suci al-Quran
ini telah diperbanyakkan salinannya oleh penulis-penulis tempatan. Tradisi penyalinan alQuran di Alam Melayu berlangsung hingga pertengahan atau akhir abad ke-19. Setelah
teknologi semakin berkembang, barulah ianya dicetak dengan menggunakan mesin
percetakan. Tradisi penyalinan manuskrip al-Qur’an berlaku secara meluas sehingga kita
masih boleh mendapatinya pada hari ini di beberapa pusat simpanan seperti di Sumatera,
Jawa, Kalimantan, Patani, Sulawesi, kepulauan Maluku, Malaysia, Brunei dan sebagainya.
Keberadaan manuskrip al-Qur’an di pelbagai wilayah dan lapisan masyarakat ini
menunjukkan bahawa penyalinan al-Qur’an di Alam Melayu pada masa lampau cukup
meluas. Pada hari ini, mushaf-mushaf lama tersebut kebanyakannya disimpan di pusat-pusat
tertentu seperti muzium, perpustakaan, masjid, pesantren serta ada di antaranya yang menjadi
koleksi peribadi ahli waris. Selain penyalinan mashaf al-Qur’an, Alam Melayu juga mula
mengembangkan ilmu-ilmu al-Qur’an (Ulum al-Qur’an). Ini terbukti apabila banyak bidang
ilmu al-Qur’an mula disalin oleh para penyalin manuskrip atau dikarang oleh para ulama.
Justeru itu, dalam kertas kerja yang ringkas ini, penulis cuba mendalami bidang-bidang ilmu
al-Qur’an yang terkandung dalam manuskrip Melayu.


1

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

2. Manuskrip Mashaf al-Qur’an
Dalam menjejaki manuskrip mashaf-mashaf lama yang terdapat di Alam Melayu, telah
banyak kajian yang dilakukan sama ada oleh orang perseorangan atau secara berkumpulan,
antara kesimpulan yang boleh dikutip hasil kajian tersebut ialah 1:
(a) Penyalinan mashaf Al-Qur'an di Alam Melayu dikatakan telah bermula sejak akhir
abad ke-13 ketika Samudera Pasai berdiri sebagai kerajaan Islam. Ibn Battutah dalam
rihlah-nya ke Aceh pada awal abad ke-14 mencatatkan bahawa Sultan Aceh sering
menghadiri pembacaan Al-Qur’an dan diskusi keagamaan. Dari sini boleh dikatakan
bahawa penyalinan mashaf telah bermula di Nusantara.
(b) Jenis qiraat yang digunakan pada umumnya mengambil riwayat Hafs dari Imam
‘Ashim, walaupun pada beberapa naskhah juga ditemukan menggunakan riwayat
Qalun dari Imam Nafi’;
(c) Dalam beberapa mashaf ditemui catatan yang berupa keterangan bacaan (qiraat) lain,

yang menandakan bahawa ilmu qiraat pada zaman dahulu sudah cukup dikenali dan
dikuasai oleh para ulama Al-Qur’an;
(d) Kaligrafi dan iluminasi dalam mashaf Nusantara cukup indah dan beragam,
menunjukkan adanya unsur kreativiti setempat yang digabungkan dengan mashaf alQur’an.
3.

Manuskrip ilmu-ilmu al-Qur’an di Alam Melayu

Dalam istilah bahasa Arab, ilmu-ilmu al-Quran disebut sebagai Ulum al-Quran. Ianya
merujuk kepada satu ilmu yang ada kaitan dengan al-Quran atau ilmu yang boleh
menjelaskan lagi keunggulan al-Quran sebagai satu kitab suci dan mukjizat kepada umat
manusia. Antara ilmu-ilmu yang boleh dikategorikan sebagai ilmu-ilmu al-Quran seperti
qiraat, taranum, tafsir al-Qur’an, tajwid dan lain-lain. Penelitian kami terhadap manuskrip
Melayu mendapati terdapat beberapa bidang Ulum al-Qur’an yang turut sama berkembang di
Alam Melayu. Bidang-bidang ini dikembangkan apabila ianya ditulis secara berasingan
dalam satu kitab tertentu. Antara bidang tersebut ialah tafsir al-Qur’an, fadilat al-Qur’an,
tajwid al-Qur’an dan Qasas al-Qur’an.
(a) Bidang Tafsir
Para pengkaji telah melakukan beberapa penyelidikan bagi mencari naskhah kitab
tafsir dan terjemahan Al-Quran yang ditulis dan dikembangkan oleh ulama di Alam Melayu.

Berdasarkan kajian tersebut, terdapat beberapa kitab tafsir terawal yang ditemui. Yang paling
signifikan ialah kitab yang bertajuk Al-Quran al-Karim wa Bihamisyihi Turjuman alMustafid, yang ditulis oleh Syekh Abdurrauf bin Ali al-Fansury al-Singkily. Tarjuman alMustafid merupakan salah sebuah karya Melayu terawal dalam bidang agama, bahkan
merupakan karya tafsir lengkap yang terawal di alam Melayu. 2

1

http://lajnah.kemenag.go.id/berita/6-kegiatan/92-seminar-hasil-penelitian-mushaf-kuno-nusantara.html.
Zulkifli Mohd Yusoff & Wan Nasyrudin Wan Abdullah (2005), Tarjuman, Al-Mustafid: Satu Analisa
Terhadap Karya Terjemahan, Jurnal Pengajian Melayu, ]ilid 16, Universiti Malaya. Jabatan Pengajian Melayu,
h.157
2

2

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Selama lebih daripada tiga abad, ia dikenali sebagai terjemahan Tafsir al-Baydawi.
Karya ini menjadi rujukan bukan sahaja oleh orang awam bahkan pusat-pusat pengajian

pondok dan pesantren. Nilainya yang tinggi telah menyebabkan para ilmuwan mengkajinya
dari pelbagai aspek seperti sejarah, bahasa, pengaruh dan sebagainya. Kitab ini beredar di
pelosok alam Melayu sebagai Terjemahan Tafsir al-Baydawi. 3
Kitab ini dikarang oleh Syeikh Abdul Rauf al-Singkeli, salah seorang ulama Aceh
pada abad ke 17 Masihi. Ia dinamakan Tarjuman al-Mustafid yang bermaksud ‘Penunjuk
Bagi Peraih Faedah Ilmu’. Karya ini dianggap sebagai karya lengkap kitab tafsir Melayu
terawal ditulis di Alam Melayu. Sebelum itu pernah ada tafsir surah al-Kahf yang ditulis di
zaman Hamzah al-Fansuri atau Shams al-Din al-Sumatrani dengan gaya tafsir al-Khazin,
namun ia hanya satu surah sahaja dan bukan tafsiran lengkap kepada al-Quran. Kitab tafsir
Tarjuman al-Mustafid ini bukan sahaja tersebar luas di bumi Melayu, bahkan juga hingga ke
Turki, Mesir, Mekah, dan sebagainya. 4
Di Tanah Melayu, ia menjadi tafsir al-Quran yang lengkap hampir tiga abad sebelum
kelahiran kitab-kitab tafsir yang lain. Manuskrip tulisan tangan ini akhirnya dicetak dengan
pertamanya bermula apabila Syeikh Muhammad Zain al-Fatani membawa manuskrip
Tarjuman al-Mustafid ke Turki serta ditunjukkan kepada Sultan Turki. Baginda berkenan
supaya beliau menyemak serta mencetaknya. Setelah beberapa kali dicetak, maka tampillah
Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi membuat pembetulan serta mengadakan nota kaki
terhadap beberapa perkara yang kurang lengkap atau mengelirukan.
Selain daripada Kitab Turjuman al-Mustafid, terdapat beberapa buah lagi manuskrip
Tafsir al-Qur’an yang beredar di Alam Melayu. Dalam koleksi Yayasan Pendidikan dan

Museum Ali Hasjimy Aceh, terdapat sebuah manuskrip yang berjudul Tafsir al-Qur’an.
Manuskrip yang ketebalannya mencecah 697 halaman ini sangat penting bagi menunjukkan
bahawa perkembangan tafsir al-Qur’an bukan hanya terbatas kepada kitab Tarjuman alMustafid semata-mata. Namun kitab-kitab lain juga turut dikarang oleh ulama Melayu. Walau
bagaimanapun, manuskrip tafsir al-Qur’an ini tidak dapat dikenal pasti pengarangnya
memandangkan fizikalnya terlalu uzur dan teksnya tidak lengkap malah bahagian awal dan
akhirnya telah hilang. 5
Selain dari kedua-dua manuskrip di atas, penulisan tafsir al-Qur’an lebih kepada
penulisan terjemahan makna-makna al-Qur’an bagi surah-surah tertentu sahaja. Antara
manuskrip yang ditemui ialah manuskrip yang bertajuk Kitab Tafsir. 6 Manuskrip ini
mengandungi tafsir atau terjemahan bagi surah al-Fatihah dan al-Baqarah berserta ikhtilaf
antara imam-imam qari dari sudut qiraatnya. Turut dinyatakan ialah kisah-kisah yang berlaku
mengikut ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan. Selain itu terdapat juga manuskrip yang
bertajuk Tafsir al-Qur’an yang merupakan kitab terjemahan al-Quran bagi himpunan surahsurah terpilih daripada juzuk 16 hingga juzuk 30. 7
Selain daripada manuskrip di atas, terdapat beberapa lagi manuskrip yang ada kaitan
dengan bidang tafsir. Tetapi ia lebih kepada terjemahan dan huraian ringkas terhadap ayat3

Ibid.
Ibid.
5
Oman Fathurraman & Munawar Holil (2007), Katalog Naskah Ali Hasjimy Aceh, Tokyo, Tokyo University of

Foreign Study.
6
Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). (MSS4182).
7
Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). (MSS4041).
4

3

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

ayat al-Qur’an dan surah-surah tertentu. Antaranya ialah manuskrip yang bertajuk Ulum alQur’an 8, Terjemahan Surah al-Kahfi, 9 Terjemahan Surah al-Sajadah, Yasin dan alWaqi’ah 10 dan beberapa manuskrip yang lain.
(b) Fadha’il al-Qur’an
Dalam bidang Ulum al-Quran,
Fadha’il al-Qur’an atau fadilat dan
kelebihan al-Qur’an menjadi satu ilmu
yang tersendiri dan beberapa ulama
telah mengarang kitab dalam bidang

ini. Antara yang terkenal ialah Imam
Ibn Kathir yang menulis kitab Fada’il
al-Qur’an dan Imam al-Razi yang
menulis kitab Fada’il al-Qur’an wa
tilawatih. Penelitian kami terhadap
manuskrip-manuskrip
Melayu
mendapati
Fada’il
al-Qur’an
dibincangkan dalam kitab-kitab tajwid
apabila pengarang membawa hadishadis Nabi yang membincangkan
berkenaan fadilat-fadilat al-Qur’an.
Dalam masyarakat Melayu
terdahulu, kelebihan al-Qur’an sering
dikaitkan dengan satu ilmu iaitu Faal
al-Qur’an. Ilmu ini begitu popular di
kalangan masyarakat Melayu sehingga
kami mendapati agak banyak salinan
manuskrip ini khususnya dalam

koleksi Pusat Manuskrip Melayu
Perpustakaan Negara Malaysia. 11
Menurut Kamus Dewan, perkataan
Faal bermaksud alamat (sesuatu yang akan terjadi; tanda-tanda). Berdasarkan pengamatan
kami istilah faal berasal daripada bahasa Arab iaitu daripada perkataan fa’ala ( ‫ﻓﺎءﻝ‬
).
َ
Menjadi kebiasaan dalam bahasa Arab huruf hamzah akan dibuang apabila bertemu dengan
huruf alif bagi memudahkan sebutan. Menurut Mu’jam al-Lughah al-Arabiyyah al-Mu’asir,
perkataan ( ‫ﺗﻔﺎءﻝ‬
) memberi maksud sesuatu kebaikan yang akan diperolehi. Antara beberapa
َ
contoh manuskrip Faal al-Qur’an ialah :
10 F

8

Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) (MSS 3937). Kandungannya
meliputi tafsir al-Quran serta kisah-kisah yang berkaitan dengan pentafsiran tersebut.
9

Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) (MSS 3181). Di salin oleh Sheikh alSyarif Ali ibn al-Marhum Sheikh al-Syarif Ahmad al-Qadri di Pontianak pada 1296H/ 1878M. Kandungannya
beruapa terjemahan surah al-Kahfi yang ditulis condong di bawah ayat surah al-Kahfi
10
Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) (MSS 3420).
11

Dalam kajian rintis kami terhadap koleksi manuskrip di perpustakaan negara, kami menemui lebih 20 buah
manuskrip Faal al-Qur’an.

4

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

(a) Manuskrip yang bertajuk Faal al-Qur’an. Azimat 12 yang menyatakan bagi setiap
potongan ayat al-Qur’an terdapat keistimewaan. Ianya juga boleh dijadikan azimat
bagi mengelakkan pencuri dan melemahkan musuh.
(b) Manuskrip yang bertajuk Faal al-Qur’an 13 yang menyatakan setiap ayat al-Qur’an
disenaraikan ramalan-ramalan baik atau buruk dan untung atau rugi seseorang.

(c) Manuskrip yang bertajuk Faal al-Quran 14 yang menceritakan tentang alamat yang
baik atau jahat dalam melaksanakan setiap hajat atau perbuatan yang dilihat menerusi
faal al-Qur’an. Alamat faal ini bertujuan memudahkan bagi menunaikan sesuatu kerja
yang baik dengan selamat dan menjauhi segala kerja yang tidak baik.
(c) Qasas al-Qur’an
Dalam bidang Ulum al-Qur’an, al-Qasas bermaksud kisah-kisah para nabi dan umatumat terdahulu. Bidang ini mendapat perhatian para ulama dalam kitab-kitab tafsir dan juga
kitab-kitab yang khusus tentang kisah para nabi. Antara kitab-kitab dalam bidang Qasas alQur’an ialah Qasas al-Anbiya’ oleh Ibn Kathir, Qasas al-Qur’an al-Karim oleh Dr. Fadhal
Hasan ‘Abbas dan sebagainya.
Para ulama dan ilmuwan Melayu awal juga tidak ketinggalan dalam membincangkan
berkenaan Qasas al-Qur’an. Dalam kajian rintis di Pusat Manuskrip Melayu PNM, kami
menemui beberapa manuskrip tentang kisah para nabi. Antaranya ialah Hikayat Nabi Musa
(a.s) munajat (MS3923), Hikayat Nabi Sulainan (MSS3074) dan Hikayat Nabi Yusof (3172).
Penelitian kami terhadap kisah-kisah al-Qur’an tersebut mendapati kisah-kisah ini ditulis
dalam bentuk hikayat dan kelihatan roh al-Qur’an itu hilang malahan banyak bercampur
dengan unsur-unsur Isra’iliyyat.
(d) Qira’at
Ilmu qiraat juga turut berkembang dalam dunia penulisan manuskrip Melayu.
Walaupun tiada kitab khusus yang ditemui, namun ianya ada diselitkan dalam kitab-kitab lain
terutamnya kitab tajwid dan kitab tafsir (terjemahan). Contohnya MSS4287.
(e) Tajwid
Kalau dibandingkan dengan ilmu-ilmu al-Qur’an yang lain, bidang ilmu tajwid adalah
bidang yang paling mencuri tumpuan ulama-ulama di alam Melayu. Ini mungkin kerana
pembacaan al-Qur’an secara tartil adalah sesuatu yang amat dituntut dalam agama Islam
sendiri dan kita dapati bahawa ilmuwan-ilmuwan agama memberi perhatian yang lebih
kepada bidang ini. Berdasarkan penelitian, kami telah menemui lebih daripada 50 buah
manuskrip kitab tajwid yang kebanyakannya tersimpan di Pusat Manuskrip Melayu
Perpustakaan Negara Malaysia dan beberapa buah tersimpan di Pusat Dokumentasi Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Daripada pelbagai manuskrip tersebut, manuskrip yang bertajuk Mir’at al-Qur’an,
merupakan manuskrip yang paling banyak di dapati dan ianya dianggap sebagai Kitab tajwid
12

Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). (MSS3028).
Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). (MSS3335).
14
Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). (MSS4151).
13

5

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

pertama yang disusun dalam Bahasa Melayu. Penyusun kitab ini ialah Ibnu Syeikh Abdul
Mu’ti Ibnu Syeikh Muhammad Salih. Ulama ini tidak menjelaskan dari mana beliau berasal.
Walau bagaimanapun apabila memperhatikan kemunculan kitab Mir'atul Quran pada tahun
1193H/1779M, maka dapat dipastikan bahawa beliau adalah sezaman dengan beberapa ulama
terkemuka seperti Syeikh Abdus Samad al-Falimbani dan Syeikh Muhammad Arsyad bin
Abdullah al-Banjari. 15
Tajuk lengkap karya beliau ialah Mir’at al-Quran fi Tashil li Ma’rifati Ahkam alTajwid lil Mulkil Wahhab. Dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu, terdapat sebelas buah
manuskrip kitab ini. Beberapa buah disimpan di Muzium Islam Pusat Islam Kuala Lumpur
dan koleksi peribadi al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah. Berdasarkan carian di
internet, kami juga menemui satu salinan manuskrip ini yang di simpan di King Sa’ud
Universiti, Arab Saudi. Berdasarkan maklumat tersebut kami mengandaikan bahawa kitab ini
cukup masyhur dan digunakan dalam pengajian tajwid di Alam Melayu dan juga di Timur
Tengah.
Berdasarkan tulisan pengarang, kitab ini ditulis kerana permintaan daripada
sahabatnya. Dalam karyanya, Sesudah Basmalah, Hamdalah dan Salawat, Ibnu Syeikh Abdul
Mu’ti menulis :
Adapun kemudian daripada itu, maka tatkala hijratun Nabi SAW 1193,
bahawasanya telah meminta padaku, seorang sahabatku yang besar, pada
menghimpunkan suatu kitab pada menyatakan ilmu tajwid, menterjemahkan
daripada bahasa Arab kepada bahasa Jawi.…”
Setelah menyebut namanya dan judul kitab dalam bahasa Arab iaitu Mir’at al-Quran
fi Tashil li Ma’rifati Ahkam al-Tajwid lil Mulkil Wahhab, maka beliau menyebut terjemahan
judulnya dalam Bahasa Melayu iaitu ‘Cermin bagi segala mereka itu yang minat membaca alQuran pada memudahkan mengenal segala hukum at-tajwid’. Beliau turut menyebut
beberapa rujukan yang digunakan bagi kitab tersebut, antaranya:
(a) Tuhfatut Talibin fi Tajwid Kitabi Rabbil Alamin, karya Syeikh Mansur ibnu Isa
ibnu Azi al-Ansari
(b) Ahwasul Mufahhamah fi Syarhil Muqaddimah fi Ilmit Tajwid karya Syaikhul
Islam.
(c) Daqaiqul Mu’akkah karya Syaikhul Islam juga.
(d) Kanzul Ma’ani min Syarhi Hirzil Ma’ani.
(e) Husnul Qari.
(f) Masalatul Mufiddin.
Sesudah mukadimah serta menyebut kitab-kitab rujukan, Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti
menjelaskan hukum mempelajari ilmu tajwid. Beliau juga turut membawa beberapa hadis dan
pendapat para ulama yang bersangkut-paut dengan membaca al-Quran. Sebagai mukaddimah
kitab, beliau membincangkan hukum isti’azah kemudian diikuti perbincangan ilmu tajwid
seperti hukum Lam Takrif, Lam Takrif, huruf hijaiyah, Lam Takrif Syamsiah, Lam Takrif
Qamariah, hukum nun mati dan tanwin.

15

Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Syeikh Ibnu Abdul Mu’ti, Penyusun Ilmu Tajwid pertama Bahasa Melayu.
Utusan Malaysia 30 April 2007.

6

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Dalam kitab ini beliau juga turut membincangkan wajah-wajah bacaan imam-imam
qiraat yang terkenal seumpama Syeikh Hafas, Syeikh Qalun, Syeikh Nafi, Syeikh Abu Umar,
Syeikh Ibnu Katsir, Syeikh Ibnu ‘Amir, Syeikh Kisa’i, Syeikh Asim dan ramai lagi. Dalam
bahagian ini beliau menggunakan kitab tafsir pertama bahasa Melayu iaitu Turjumanul
Mustafid sebagai rujukan. Sebagai penutup kitab tersebut, beliau mendatangkan beberapa
hadis tentang fadilat-fadilat al-Quran.
Menurut Wan Mohd. Shaghir Abdullah, setelah kelahiran kitab Mir’at al-Qur’an
karangan Syeik Ibn Abdul Mu’ti, barulah muncul beberapa kitab tajwid lain. Antaranya :
• Tuhfatul Murid karya Muhammad Said Ibnu Hasan, diselesaikan tahun
1266H/1849M,
• Risalah Tajwid karya Aminuddin bin Nuruddin bin Husein, diselesaikan tahun
1286H/1869M,
• Al-Mawahibul Makkiyah karya Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fatani
diselesaikan tahun 1296H/1879M,
• Sirajul Qari karya Syeikh Muhammad Salih bin Zainal Abidin al-Fatani diselesaikan
tahun 1308H/1891M,
• Tuhfatul Ikhwan karya Syeikh Ismail bin Abdul Mutalib al-Asyi, diselesaikan tahun
1311H/1893M.
• Ilmu Tajwid dalam bahasa Melayu ialah Mauriduz Zumaan karya Syeikh Abdullah
bin Qasim as-Sanquri (Senggora) diselesaikan tahun 1315H/1898M.
Selain daripada kitab Mir’at al-Qur’an, terdapat beberapa tajuk manuskrip Melayu
dalam bidang tajwid. Antaranya tajuk yang terdapat di Pusat Manuskrip Melayu PNM ialah
Kitab Tajwid (MSS 2868), Syair Nur Tajwid (MSS2461), al-Tajwid al-Sahlu al-Mubtadi
Qiraah min al-Makhraj al-huruf, Mubah al-Quran Mubah al-Quran (MSS2698), Risalah
Ilmu Tajwid (MSS 2611), Catatan Ilmu Tajwid (MSS 2611), Nazam ilmu tajwid (MSS2908),
Makhraj Huruf (MSS2868), Syair Tajwid (MSS2934), Kitab tajwid fatihah ( MSS 3326) dan
Nazam Kitab Tajwid (MSS3384).
Gaya Penulisan Kitab Tajwid Melayu
Setelah meneliti manuskrip kita tajwid yang ada, kami menemui beberapa gaya
penulisan kitab tajwid, iaitu karya asli, terjemahan dan juga syair.
a) Karya Asli
Terdapat bebearapa manuskrip yang berbentuk karya asli yang bukan diterjemahkan
secara langsung. Bentuk ini biasanya menggunakan buku-arab sebagai sumber rujukan
utama. Antara contoh bentuk ini ialah manuskrip Mir’atul Qur’an yang dibincangkan
sebelum ini. Selain itu kitab-kitab yang selepasnya buku menggunakan kaedah yang sama
dengan menjadikan kitab-kitab Arab sebagai rujukan.

7

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

b) Terjemahan
Dalam kitab-kitab jawi dan manuskrip Melayu terdahulu, bentuk terjemahan biasanya
berlaku apabila pengarang mengambil matan sesebuah kitab. Matan kitab itu kemudian
diterjemahkan di bawahnya dengan
terjemahan harfiah. Terdapat banyak
pengarang yang menggunakan kaedah
ini dalam penulisan mereka di
pelbagai bidang ilmu pengetahun.
Sebagai contohnya kitab Safinah alNaja dalam bidang fekah, kitab Matan
Jurumiyyah dan bidang nahu, kitab
matan al-fiah Ibn Malik dalam bidang
soraf dan sebagainya.
Dalam bidang tajwid pula
pengarang menggunakan kaedah yang
sama dengan membawa matan
sesebuah kitab dan diterjemahkan di
bawahnya dengan terjemahan harfiah.
Ini menujukkan bahawa proses
penulisan ilmu tajwid pada peringkat
awal lebih kepada terjamahan matan
kitab Arab tanpa ada ulasan yang
panjang. Sebagai contohnya sebuah
manuskrip yang bertajuk Ilmu Tajwid
(MSS3909)
c) Syair
Puisi Melayu yang berbentuk
syair banyak terdapat dalam kumpulan
sastera Melayu lama dan juga manuskrip agama. Syair adalah satu bentuk yang amat disukai
di kalangan masyarakat Melayu terdahulu dan perkembangan ini semakin berkembang luas
pada abad ke 16 hingga 18 khususnya apabila ilmu-ilmu di kalangan orang Melayu mula
dibukukan. Penulisan ilmu agama melalui syair untuk khalayak mempelajari agama secara
yang lebih menarik daripada pembacaan kitab yang menjemukan. Keadaan ini dijelaskan oleh
pengarang sebuah syair Qawaid al-Islam seperti berikut :
Sebab disuratkan satu kaidah
Membaca kitab terlalu lengah
Gurunya mengajar hatinya gundah
Tambahan murid tiadalah indah
Di dalam kitab banyak yang jemu
Di dalam syair ada bertemu
Bacalah sikit cuba olehmu
Jikalau baik janganlah jemu

8

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Antara contoh syair hikayat yang terkenal ialah seperti syair Bayan Budiman, Syair
Ken Tambuhan dan Syair Panji Semirang. Walau bagaimapun bentuk syair juga digunakan
bagi menjelaskan sesuatu ilmu pengetahuan. Selain daripada hikayat, ilmu-ilmu pengetahuan
agama juga dikembangkan melalui bentuk syair.
Dalam kajian kitab tajwid, kami telah menemui dua buah manuskrip dalam bentuk
syair. Manuskrip pertama bertajuk Syair Nur Tajwid 16 yang dikarang oleh Haji Marasha anak
Haji Abdul Mu’ti 1789M di Aceh. Dalam manuskrip ini dibincangkan hukum tajwid
termasuklah aspek makhraj, hukum nun sakinah dan tanwin iaitu idgham, izhar, iqlab dan
ikhfa’, hukum mim mati. Manuskrip yang kedua adalah bertajuk Syair tajwid17. Kitab ini
disalin pada malam Selasa 19 Ramadan 1215H/ 2 Februari 1801M. Manuskrip ini
mempunyai 19 halaman yang juga membincangkan hukum tajwid yang diolah dalam bentuk
syair.
Rumusan
Setelah membuat sedikit kajian dalam bidang ini, kami dapat membuat rumusan
bahawa bidang ilmu al-Qur’an masih baru kepada masyarakat Melayu terdahulu. Tumpuan
yang diberi lebih kepada memperbetulkan bacaan melalui ilmu tajwid di samping beberapa
perbincangan tentang ilmu tafsir dan juga ilmu qiraat. Di samping itu, masyarakat Melayu
juga amat teruja kepada bidang Faal al-Qur’an dan manuskrip tentangnya telah disalin dalam
banyak salinan.

Senarai Rujukan

1. http://lajnah.kemenag.go.id/berita/6-kegiatan/92-seminar-hasil-penelitian-mushaf-kunonusantara.html.
2. Zulkifli Mohd Yusoff & Wan Nasyrudin Wan Abdullah (2005), Tarjuman, Al-Mustafid:
Satu Analisa Terhadap Karya Terjemahan, Jurnal Pengajian Melayu, ]ilid 16, Universiti
Malaya. Jabatan Pengajian Melayu.
3. Oman Fathurraman & Munawar Holil (2007), Katalog Naskah Ali Hasjimy Aceh, Tokyo,
Tokyo University of Foreign Study.
4. Mir’at al-Qur’an (MSS2421)
5. Syair Nur Tajwid (MSS2461 (2) )
6. Kitab Tajwid (MSS 2664)
7. Mir’at al-Qur’an (MSS2774)
8. Mubah al-Quran (MSS2698)
9. Risalah Ilmu Tajwid (MSS 2611)
10. Catatan Ilmu Tajwid (MSS 2611)
11. Kitab Tajwid (MSS 2868)
12. Kitab Tajwid (MSS 2885)
13. Kitab Tajwid (MSS 2908)
14. Nazam ilmu tajwid (MSS2908)
15. Makhraj Huruf (MSS2868)
16
17

Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). (MSS2461).
Koleksi Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). (MSS2934).

9

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

16. Syair Tajwid (MSS2934)
17. Kitab tajwid ( MSS2996)
18. Kitab tajwid. Kitab Nikah (MSS3060)
19. Kitab tajwid (MSS3091)
20. Kitab tajwid ( MSS 3130)
21. Kitab tajwid ( MSS 3133)
22. Tajwid surah al-Fatihah (MSS3170)
23. Kitab tajwid (MSS3170)
24. Kitab tajwid ( MSS 3224)
25. Kitab tajwid ( MSS 3229)
26. Kitab tajwid ( MSS 3326)
27. Kitab tajwid fatihah ( MSS 3326)
28. Kitab tajwid ( MSS 3308)
29. Kitab tajwid ( MSS 3308)
30. Kitab tajwid ( MSS 3363)
31. Kitab tajwid ( MSS 3462)
32. Nazam Kitab Tajwid (MSS3384)
33. Ilmu Tajwid (MSS3909)
34. Tajwid Surah al-Fatihah (MSS3921)
35. Kitab Tajwid (MSS3921)
36. Kelebihan surah al-Fatihah (MSS4094)
37. Kelebihan membaca al-Quran (MSS 3021)
38. Kelebihan Surah al-Waqi’ah (MSS3115)
39. Azimat. Kelebihan surah Yasin (MSS3021)
40. Kaifiat Khatam al-Quran (MSS3180
41. Ulum al-Quran (MSS3937)
42. Faal al-Quran (MSS4084)
43. Faal al-Quran (MSS4152)
44. Faal al-Quran (MSS4155)
45. Fal Kalamullah (MSS3928)

10

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia