KEPERLUAN AKTIVITI KOMUNIKATIF DALAM PEN
KEPERLUAN AKTIVITI KOMUNIKATIF DALAM
PENGAJARAN BAHASA ARAB
SEKOLAH MENENGAH
Dr. Muhammad Azhar Bin Zailaini
Prof Madya Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
[email protected]
[email protected]
Abstrak
Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Menengah menuntut guruguru mengajar bahasa Arab dengan menggunakan bahasa tersebut di dalam
bilik darjah agar pelajar dapat berkomunikasi dengan baik. Tugas ini
bukanlah satu yang mudah kerana mereka terpaksa mengajar pelajar yang
kurang kemahiran berbahasa. Lebih-lebih lagi ada antara guru yang tidak
begitu fasih berbahasa Arab. Artikel ini cuba membincangkan beberapa
konsep dan strategi yang boleh digunakan oleh guru bahasa Arab untuk
membantu tugas mereka.
1.
Latar Belakang
2.
Kurikulum Bahasa Arab untuk sekolah menengah menurut Zainal Abidin
(1990) mula digubal secara rasmi pada tahun 1977 dengan penubuhan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Usaha menerima
pendekatan pengajaran Bahasa Arab secara komunikatif pula bermula pada
tahun 1980 sehinggalah apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) dilaksanakan, Kurikulum Bahasa Arab juga digubal semula dan
dilaksanakan di semua sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah
berasrama penuh dan kelas aliran agama mulai tahun 1991.
Dalam Akta Pendidikan 1996 dinyatakan dengan jelas status bahasa Arab sebagai
bahasa asing bersama dengan bahasa Jepun, Jerman dan Perancis. Pelaksanaan bahasa
Arab sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah adalah bahawa Bahasa Arab
Komunikasi sebagai Mata Pelajaran Tambahan dan Bahasa Arab Tinggi sebagai Mata
Pelajaran Elektif. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997)
Matlamat pengajaran Bahasa Arab Komunikasi seperti yang dinyatakan dalam
Kementerian Pendidikan (2002b) adalah
pengajian bahasa Arab di sekolah menengah bermatlamat kepada
membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan memberi perhatian
kepada kemahiran bertutur; menguasai perbendaharaan kata dan
meningkatkan kepekaan mereka bagi menggunakannya dengan tepat serta
meningkatkan penghayatan akhlak mulia dan nilai-nilai murni.
(m.s : 1 )
Pernyataan matlamat di atas jelas menunjukkan bahawa matlamat Bahasa Arab
Komunikasi adalah untuk membolehkan pelajar berkomunikasi terutama secara lisan
menggunakan bahasa Arab. Manakala objektif Bahasa Arab Komunikasi pula adalah
menjurus kepada kemahiran berbahasa yang empat iaitu mendengar, bertutur, membaca
dan menulis di samping penguasaan tatabahasa Arab dan penambahan perbendaharaan
kata.
2.
Pengajaran Keupayaan Komunikasi Bahasa Arab Di Bilik Darjah
Matlamat kurikulum Bahasa Arab Komunikasi sebagaimana yang telah dinyatakan
adalah untuk membolehkan pelajar berkomunikasi secara lisan dalam kehidupan seharian
mereka.
Mereka diharap dapat menguasai kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan memberi perhatian kepada
kemahiran bertutur. Bahkan antara objektif penting mata pelajaran tersebut ialah agar
pelajar membiasakan diri mendengar bahan bahasa Arab di samping dapat bertutur
dengan fasih dan lancar mengeluarkan pendapat dalam situasi-situasi tertentu.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)
Bagi membolehkan pelajar mampu berkomunikasi, peluang hendaklah diberikan
kepada mereka bertutur dalam bilik darjah dengan menyempurnakan tugas komunikasi
yang perlu diselesaikan. Allwright (1984) berpendapat bahawa, mempraktik komunikasi
dalam bilik darjah sangat berguna kepada pelajar bagi membolehkan mereka
menggunakan bahasa-bahasa yang dipelajari di dunia luar. Komunikasi disini bermaksud
pertuturan sesama guru dan pelajar, sehingga mereka bertukar-tukar peranan sebagai
penutur dan pendengar.
Ini bermakna, komunikasi bahasa mestilah menjadi aktiviti dalam bilik darjah
bahasa Arab. Guru hendaklah menyediakan peluang yang akan menjadikan pengajaran
bahasa Arab sebagai suatu yang hidup dan bukan hanya menghafal tatabahasa dan
perkataan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi dalam cadangan
pengalaman pembelajaran turut mencadangkan aktiviti komunikatif kepada guru-guru
untuk pelaksanaannya dalam bilik darjah. Toimah (2004) telah membawa konsep situasi
komunikasi. Situasi ini di dalam bilik darjah ialah tempat latihan seumpama kolam
renang yang menjadi persediaan untuk mengharungi lautan.
Oleh yang demikian, guru-guru perlu memainkan peranan yang penting dalam
menjayakan hasrat kurikulum Bahasa Arab Komunikasi. Hal ini kerana merekalah yang
akan memastikan pendekatan pengajaran secara komunikatif terutamanya aktiviti
komunikatif dapat dijalankan. Pengajaran yang dijalankan mengikut prinsip-prinsip
pendekatan pengajaran secara komunikatif yang baik akan melahirkan pelajar yang dapat
menguasai bahasa Arab daripada segi sistem bahasa dan juga kemahiran berbahasa.
3.
Pendekatan Semulajadi Dalam Pengajaran Bahasa
Pendekatan yang sesuai dengan pengajaran aktiviti komunikatif dalam bilik darjah ialah
pendekatan semula jadi.
Pendekatan ini yang diasaskan oleh Krashen (1979) telah
mencadangkan bahawa orang dewasa boleh memperolehi bahasa kedua.
Yang
membezakan mereka dengan kanak-kanak kecil ialah kemahiran penyelesaian masalah
yang membolehkan mereka memproses secara sedar tatabahasa bahasa kedua. Oleh itu
orang dewasa mempunyai dua cara dalam mempelajari bahasa kedua iaitu pemerolehan
(acquisition)
dan pembelajaran (learning), sedangkan kanak-kanak kecil yang cuba
menguasai bahasa ibundanya hanya mempunyai satu cara sahaja iaitu pemerolehan. Oleh
itu, pelajar-pelajar di sekolah yang sedang mempelajari bahasa Arab perlu diberi peluang
memanfaatkan kedua-dua cara ini iaitu pembelajaran dan pemerolehan.
Oleh sebab itu, Krashen dan Terrel (1983) memberikan fokus utama pengajaran
kepada kebolehan berkomunikasi dan makna disebabkan mereka menganggap bahawa
komunikasi adalah fungsi utama bahasa.
perbendaharaan
kata
dan
melihat
bahasa
Mereka menekankan kepentingan
sebagai
alat
untuk
berkomunikasi
menyampaikan makna dan mesej. Dengan itu, pemerolehan bahasa akan hanya berlaku
apabila seseorang itu dapat memahami sesuatu mesej tersebut dalam bahasa kedua yang
dipelajarinya.
Bahasa menurut pandangan Krashen dan Terrel (1983) adalah terdiri daripada
item-item leksikal, struktur-struktur dan mesej. Leksikon yang melibatkan persepsi dan
pengeluaran adalah penting untuk mengorganisasi dan menginterpretasi mesej.
Pendekatan ini melihat pemerolehan bahasa adalah asimilasi semula jadi peraturanperaturan bahasa dengan menggunakan bahasa tersebut untuk tujuan komunikasi. Ini
bermakna keupayaan linguistik akan dapat dicapai melalui input yang mengandungi
struktur-struktur yang boleh difahami (comprehensible input).
Input yang mengandungi struktur-struktur yang boleh difahami ini hanya dapat
diperolehi melalui komunikasi.
Oleh itu guru perlu mewujudkan situasi sebenar
kehidupan di dalam kelas dan meminta pelajar melakukan aktiviti komunikatif. Dengan
itu, pelajar akan dapat mempelajari bahasa yang sesuai dalam pelbagai bentuk situasi.
Melalui aktiviti komunikatif juga pelajar akan dapat menggunakan bahasa untuk
melakukan pelbagai tugas komunikasi dan dapat menggunakan bahasa tersebut untuk
interaksi sosial dengan orang lain.
4.
Aktiviti Komunikatif Dalam Pengajaran Bahasa
Aktiviti komunikatif sangat penting dalam pengajaran bahasa kerana menurut
Littlewood (1981) aktiviti ini akan dapat menyediakan amalan-amalan keseluruhan tugas
(whole-task practice), meningkatkan motivasi dalam pembelajaran, membolehkan
wujudnya pembelajaran semula,jadi (natural learning), dan mewujudkan konteks atau
situasi yang dapat menyokong pembelajaran.
Terdapat
pelbagai
jenis
aktiviti
komunikatif.
Littlewood
(1981)
membahagikannya kepada dua jenis iaitu pertama aktiviti-aktiviti prakomunikatif dan
kedua, aktiviti-aktiviti komunikatif yang dijalankan secara berperingkat. Pada peringkat
aktiviti prakomunikatif para pelajar dilatih dengan separuh kemahiran komunikasi.
Latihan dibuat secara berulangan dengan berbagai cara. Ia juga melibatkan soal jawab
yang membolehkan pelajar berpeluang berlatih kemahiran komunikasi, melancarkan
sebutan dalam sistem bahasa yang bersifat struktural. Ini akan dapat membantu pelajar
mempunyai kemahiran bahasa untuk peringkat seterusnya iaitu aktiviti komunikatif.
Aktiviti komunikatif pula adalah aktiviti yang menggunakan kemahiran
komunikasi sepenuhnya ketika melakukan sesuatu interaksi. Semasa aktiviti ini, pelajar
yang telah didedahkan kepada latihan prakomunikatif perlu menggunakan kemahiran dan
pengetahuan tersebut untuk berinteraksi. Pelajar akan menjalankan aktiviti komunikasi
yang lengkap. Terdapat dua jenis aktiviti komunikasi yang boleh digunakan iaitu aktiviti
komunikasi fungsian dan aktiviti interaksi sosial. (Littlewood,1981)
Aktiviti komunikasi fungsian ialah aktiviti komunikasi yang berdasarkan
tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan oleh pelajar bagi memenuhi jurang
maklumat.
Prinsip yang terkandung dalam aktiviti komunikatif fungsian ialah guru
membentuk sesuatu situasi supaya pelajar-pelajar menyelesaikan masalah. Rangsangan
untuk berkomunikasi serta ukuran kejayaan aktiviti ini terdapat dalam situasi tersebut.
Aktiviti-aktiviti ini memberikan penekanan terhadap aspek-aspek fungsian sesuatu
komunikasi bagi kegunaan dalam kelas. Secara khusus kejayaan aktiviti ini diukur
melalui kebolehan pelajar-pelajar mengatasi keperluan serta-merta dalam sesuatu situasi.
Oleh itu, penekanan aktiviti-aktiviti adalah terhadap keberkesanan fungsian. Ini
disebabkan salah satu aspek penting dalam kemahiran komunikatif ialah kebolehan untuk
memilih bahasa yang dapat menyampaikan makna yang dikehendaki dengan berkesan
dalam situasi-situasi tertentu. (Littlewood, 1981)
Manakala aktiviti interaksi sosial pula menurut Littlewood (1981) ialah aktiviti
penggunaan bahasa dalam situasi yang hampir menyerupai penggunaan bahasa sebenar.
Oleh itu, guru perlu memindahkan situasi penggunaan bahasa sebenar seharian itu ke
dalam kelas. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk tujuan tersebut adalah dengan
guru menjadikan kelas sebagai persekitaran sosial. Guru juga perlu mewujudkan situasi
penggunaan bahasa dalam kelas dengan hanya menggunakan bahasa tersebut tanpa
membuat terjemahan.
5.
Aktiviti Komunikatif Di Bilik Darjah
Aktiviti-aktiviti komunikatif yang dijalankan oleh guru hendaklah berdasarkan
aktiviti komunikasi fungsian sebagaimana yang dicadangkan oleh Littlewood (1981)
kerana fokus utama aktiviti jenis ini ialah aktiviti di dalam bilik darjah.
Tetapi
bagaimanakah kita dapat mengukur sesuatu aktiviti itu dianggap sebagai benar-benar
aktiviti komunikatif?. Untuk itu, kita perlu menggariskan ciri-ciri atau kriteria yang
berkaitan dengannya.
Penulisan ini akan berpandukan kepada kriteria yang
diperkenalkan oleh Harmer (1983) dan Johnson (1982).
Daripada segi kriteria aktiviti komunikatif, Harmer (1983) telah menggariskan
enam kriteria berikut :
1. Hasrat komunikasi.
berkomunikasi.
Aktiviti hendaklah menimbulkan hasrat untuk
Pelajar merasakan mereka benar-benar perlu untuk
bercakap dan berkomunikasi.
2. Tujuan komunikasi. Aktiviti hendaklah melibatkan pelajar melakukan
komunikasi sebenar dan bukan hanya untuk mempraktikkan bahasa
sahaja.
Oleh itu perlu ada jurang maklumat atau idea antara peserta
komunikasi.
3. Kandungan dan bukan struktur. Dalam melaksanakan aktiviti, pelajar
perlu menumpukan perhatian terhadap perkara yang mereka perkatakan
dan bukan kepada kaedah mereka memperkatakannya. Oleh itu, mereka
perlu menumpukan kepada mesej yang hendak disampaikan bukan kepada
struktur-struktur bahasa yang digunakan untuk menyampai mesej tersebut.
4. Kepelbagaian struktur bahasa. Aktiviti hendaklah membolehkan pelajar
dapat menggunakan pelbagai bentuk atau struktur bahasa. Pelajar akan
merasa bebas untuk menggunakan apa jua bentuk atau struktur bahasa
yang menjadi pilihannya.
5. Tiada campur tangan guru.
Aktiviti yang membolehkan pelajar
melaksanakannya sesama mereka. Pembetulan atau penilaian guru adalah
terhadap hasil aktiviti yang telah dijalankan. Penilaian juga hendaklah
berasaskan pencapaian pelajar dalam komunikasi dan bukan terhadap
penggunaan bahasa sama ada betul atau salah.
6. Tiada pengawalan bahan. Aktiviti tidak akan mengawal bahasa yang akan
digunakan oleh pelajar. Tetapi pelajar sendiri yang akan memilih bahasa
yang akan mereka gunakan.
Johnson (1982) pula telah menggariskan lima kriteria atau prinsip aktiviti
komunikatif iaitu :
1. Prinsip pemindahan maklumat.
Aktiviti yang melibatkan pemahaman
terhadap maklumat yang diterima dan kemudian memindahkan maklumat
tersebut dalam bentuk yang berlainan. Seperti memindahkan maklumat
dalam bentuk graf kepada laporan bertulis.
2. Prinsip jurang maklumat. Sebagai contoh, komunikasi akan wujud apabila
seorang A tidak mengetahui apa yang diketahui oleh seorang B. Untuk
tujuan mendapatkan maklumat, A akan bertanya kepada B bagi
mengurangkan jurang maklumat antara keduanya.
3. Prinsip cantuman benda berpisah (jigsaw). Aktiviti yang dapat
mengumpulkan maklumat yang terpisah untuk menyempurnakan sesuatu
tugas.
4. Prinsip kebergantungan tugas. Sesuatu tugas hanya akan dapat dijalankan
dengan menyelesaikan tugas lain yang terdahulu.
5. Prinsip pembetulan kandungan. Penilaian guru adalah kepada hasil bahasa
pelajar semasa berkomunikasi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tetapi
pada peringkat tertentu, guru boleh membetulkan ketepatan tatabahasa
pelajar.
Kesemua 11 kriteria aktiviti komunikatif sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh
Harmer (1983) dan Johnson (1982) dapatlah diringkaskan sebagaimana dalam rajah 1
berikut.
Tujuan
Komunikasi
Hasrat
komunikasi
Kandungan dan
bukan struktur
jurang
maklumat
pemindahan
maklumat
KRITERIA AKTIVITI
KOMUNIKATIF
Harmer (1983)
Johnson (1982)
Kepelbagaian
struktur bahasa
jigsaw
Tiada campur
tangan guru
kebergantungan
tugas
pembetulan
kandungan
Tiada pengawalan
bahan
Rajah 1: Kriteria Aktiviti Komunikatif
Rujukan
Allwright, R.L. (1984). The importance of interaction in classroom language learning.
Applied Linguistics 5:2. 156-171.
Harmer, J, (1983). The practice of english language teaching. New York : Longman.
Johnson, K. (1982). Communicative syllabus design and methodology. Pergamon Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1996). Akta pendidikan. Kuala Lumpur : MDC
Publication.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Peraturan-peraturan pendidikan (kurikulum).
Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi
KBSM. Kuala Lumpur: JAPIM.
Krashen (1979). The natural approach : language acquisition in the classroom. London :
Prentice Hall.
Krashen, S. & Terrel, T. (1983). The natural approach: Language acquisition in the
classroom. Oxford: Pergamon Press.
Littlewood, W.T. (1981). Communicative language teaching : An introduction.
Cambridge: Cambridge University Press.
Toimah, R. A. (2004). Al maharat al lughawiyyah : mustawiyatuha, tadrisuha,
su’ubatuha. Kaherah : Dar Al Fikr Al Arabi.
Zainal Abidin Abd. Kadir (1990). Pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kertas kerja Seminar Perkembangan
Pengajaran Bahasa Arab. Anjuran UIA dengan kerjasama KPM dan Maahad al
Ulum al Islamiah Wal Arabiah, Jakarta.