BAB 3 STRATEGI PROSES DAN KAPASITI - BAB3

BAB 3 STRATEGI PROSES DAN KAPASITI OBJEKTIF Setelah mengikuti pelajaran ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami jenis-jenis proses yang terdapat dalam penghasilan barangan.

  2. Membezakan antara fokus proses, fokus produk, fokus berulangan dan dan mass customizations.

  3. Menerangkan teknik-teknik untuk menganalisis proses dan rekacipta.

  4. Mengaplikasikan teknik pengiraan tahap penggunaan dan tahap kecekapan berdasarkan konsep kapasiti.

  5. Mengaplikasikan konsep titik pulang modal (TPM).

  PENDAHULUAN

  Strategi proses merupakan strategi-strategi yang menentukan bagaimanakah sesebuah organisasi menghasilkan produk mereka. Strategi proses menekankan kemampuan syarikat untuk memenuhi keperluan pelanggan serta untuk mencapai matlamat kos dan matlamat pengurusan yang telah ditetapkan. Strategi proses penting kerana ia mempunyai kesan jangkamasa panjang terhadap kecekapan operasi, pengeluaran yang fleksibel serta kos dan kualiti produk.

JENIS-JENIS PROSES

  Terdapat empat jenis strategi asas yang berkaitan dengan strategi proses iaitu:

a) Fokus Proses

  Dalam strategi Fokus Proses, fasiliti akan dibina berdasarkan aktiviti-aktiviti atau proses yang khusus. Strategi ini juga dikenali sebagai Job Shop dan Batch Process. Ia selalunya melibatkan peralatan serba guna dan memerlukan pekerja yang mahir. Kelebihan strategi fokus proses adalah ia mempunyai fleksibiliti produk yang tinggi iaitu pelbagai jenis produk boleh dihasilkan dengan menggunakan fasiliti yang ada. Tetapi ia juga melibatkan kos yang tinggi serta tahap penggunaan mesin dan perlatan yang rendah (5% -25%). Aliran produk yang pelbagai pula menyebabkan perancangan dan penjadualan pekerja dan bahan menjadi agak sukar. Contoh syarikat yang menggunakan proses jenis ini adalah hospital dan syariakt pencetakan.

  Rajah 6.1 menunjukkan proses transformasi input kepada output dalam fokus proses. Dalam proses ini, dengan input yang pelbagai fokus proses boleh menghasilkan output yang juga terdiri dari pelbagai jenis.

  O O u u t t p p u u t t i n p u t i n p u t

  Y a n g Y a n g p p e e r r b b a a g g a a i i

  RAJAH 6.1: Fokus Proses

  b) Fokus Berulangan

  Berbeza dengan fokus proses, fokus berulangan membangunkan fasiliti untuk membentuk barisan pemasangan yang membolehkan produk diproses secara berterusan. Produk yang diproses selalunya berbentuk modul-modul tertentu yang cuma akan dipasangkan untuk menjadi produk siap. Modul-modul ini mungkin digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk. Strategi ini kurang fleksibel berbanding fokus proses tetapi ia lebih cekap serta menghasilkan kos yang lebih rendah. Contohnya, syarikat pengeluar kereta dan motosikal menggunakan fokus berulangan untuk menghasilkan produk yang standard. Rajah 6.2 menunjukkan gambaran tentang fokus berulangan.

  M M o o d d u u l l e e B a h a n B a h a n

  D D i i g g a a b b u u n n g g m m e e n n t t a a h h m m e e n n j j a a d d i i d a n d a n o o u u t t p p u u t t m m o o d d u u l l

  RAJAH 6.2: Fokus Berulangan

  c) Fokus Produk

  Fokus produk membina fasiliti berdasarkan produk yang dikeluarkan. Ini bermaksud mesin dan peralatan yang digunakan adalah khusus untuk memproses satu jenis produk tertentu sahaja. Proses ini melibatkan volum yang sangat tinggi tetapi mempunyai kepelbagaian produk yang rendah. Pengeluaran yang panjang dan berterusan membolehkan proses yang cekap diwujudkan. Tetapi ia melibatkan kos tetapi yang tinggi. Walau bagaimanapun kos yang terlibat pula adalah rendah. Fokus prosuk juga iaitu dalam 70%-90%. Kilang gula dan beras menggunakan strategi proses jenis ini. Rajah 6.3 menunjukkan proses yang berlaku dalam fokus produk.

  O O u u t t p p u u t t v v a a r r i i a a s s i i d d a a l l a a m m s s a a i i z z , , i i n n p p u u t t b b e e n n t t u u k k , , b u n g k u s a n b u n g k u s a n

  RAJAH 6.3: Fokus Produk

d) Mass Customization

  Proses jenis Mass Customization mempunyai ciri-ciri fleksibili fokus proses dan kecekapan fokus produk. Ia merupakan satu proses pengeluaran produk yang berterusan dan pantas. Juga melibatkan kos yang rendah serta dapat memenuhi kehendak pelanggan yang unik. Dengan kata lain, ia boleh menghasilkan produk yang pelbagai dalam volum yang tinggi. Contohnya, Dell Computers menggunakan strategi ini untuk menawarkan pelbagai jenis komputer kepada pelanggannya.

ANALISIS PROSES DAN REKACIPTA

  Pada asasnya, semua proses untuk pembuatan atau perkhidmatan adalah sama, tetapi langkah dan teknik yang digunakan akan berbeza bagi industri yang berlainan. Selalunya soalan-soalan yang perlu dipertimbangkan semasa menganalisis dan merekacipta suatu proses untuk menukar sumber kepada barangan siap dan perkhidmatan adalah:

  1. Adakah proses ini direka untuk bertanding dari segi harga yang murah, maklumbalas pengguna atau berbeza daripada jenama yang lain?

2. Adakah proses-proses yang tidak bermakna dihapuskan? 3.

  Adakah proses ini memaksimumkan nilai pengguna dari pandangan pengguna? 4. Adakah proses ini akan menyebabkan penempahan yang banyak?

  Beberapa teknik untuk menganalisis telah dibangunkan untuk membantu pihak berkenaan merekebentuk proses yang sesuai. Ianya adalah cara mudah untuk mengetahui apa yang berlaku atau akan berlaku dalam suatu proses. Teknik-teknik analisis proses ini adalah seperti berikut: 1.

   Carta Aliran (Flow Diagram)

  Carta aliran adalah gambarajah aliran yang digunakan untuk menganalisa pergerakan manusia, material atau suatu barangan. Ia membantu pengurus untuk memahami dan menganalisis perhubungan dalam sesuatu proses dengan memberi gambaran keseluruhan proses yang berlaku.

  2. Rajah Fungsi Masa (Time-Function Mapping)

  Rajah fungsi masa menunjukkan proses gambarajah aliran tradisional tetapi dengan tambahan masa pada paksi mendatar. Rajah fungsi masa juga dikenali sebagai “process mapping”. Konsep ini digunakan untuk menerangkan dalam bentuk carta aliran setiap langkah dalam proses yang sedia ada. Rajah 6.4 adalah contoh rajah fungsi masa yang digunakan untuk menganalisis proses. C u s t o m e r C u s t o m e r product Order Receive product P r o d u c t i o n P r o d u c t i o n c c o o n n t t r r o o l l S a l e s S a l e s Process order Wait W a r e h o u s e W a r e h o u s e T T r r a a n n s s p p o o r r t t P l a n t P l a n t Print Extrude Wait Move

  1 1 d d a a y y 2 2 d d a a y y s s 6 6 d d a a y y s s 1

1 d d a a y y

1 1 d d a a y y 1 1 d d a a y y

  RAJAH 6.4:Rajah Fungsi Masa 3.

   Carta Proses (Process Chart)

  Carta proses adalah satu gambaran grafik kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk menyiapkan satu produk. Carta ini menggunakan simbol-simbol tertentu untuk merekodkan aktiviti-aktiviti dalam proses. Tumpuan akan diberikan kepada aktiviti tambah nilai (value- added). Tugas seorang pengurus adalah untuk mengurangkan pembaziran dan meningkatkan peratusan tambah nilai.

  4. Rajah Aliran Nilai (Value Stream Mapping)

  Merupakan “process mapping” yang menunjukkan setiap langkah yang ada dalam sesuatu proses. Rajah ini bukan sahaja menunjukkan masa malah turut memberikan maklumat tentang aktiviti-aktiviti tambah nilai yang berlaku termasuk yang melibatkan pihak luaran syarikat. Rajah aliran nilai ini melihat kepada perhubungan yang wujud dengan pembekal dan pelanggan dalam satu proses.

  5. Service Blueprint

  Service blueprint adalah satu teknik analisis lebih memfokuskan kepada interaksi pelanggan dalam sesuatu proses. Ini kerana interaksi pelanggan merupakan pembolehubah yang penting dalam rekabentuk proses.

  KAPASITI

  Kapasiti merujuk kepada jumlah unit yang boleh ditampung, diterima, disimpan atan dihasilkan oleh fasiliti dalam sesuatu masa. Ia juga menunjukkan kadar maksimum output atau hasil dalam suatu sistem untuk satu jangkamasa tertentu. Dalam bidang pengeluaran, kapasiti adalah ukuran kecekapan pengeluaran mencapai permintaan pelanggan atau kecekapan pengeluar mencapai permintaan pelanggan ataupun kecekapan pengeluar mengeluarkan produk tepat pada masanya. Keputusan mengenai kapasiti ini memberi kesan kepada kos tetap kerana ia melibatkan pemilihan jenis dan jumlah mesin yang akan digunakan dalam pengeluaran.

KAPASITI TAKSIRAN DAN KAPASITI EFEKTIF

  Kebanyakan organisasi beroperasi pada kadar yang kurang daripada Kapasiti Taksiran disebabkan organisasi akan dapat beroperasi dengan lebih berkesan apabila sumber mereka tidak mencapai hadnya. Ini telah mewujudkan konsep yang dipanggil Kapasiti Efektif. Kapasiti Efektif ialah kapasiti maksimum sesuatu organisasi yang dijangka dapat dicapai dan wujudnya campuran produk, kaedah penjadualan, penyenggelaraan dan piawai kualiti organisasi tersebut. Jadi, Kapasiti Efektif adalah lebih kecil berbanding dengan Kapasiti Taksiran.

  Terdapat dua pengukuran prestasi sesuatu sistem kapasiti yang boleh digunakan iaitu Tahap Penggunaan dan Tahap Kecekapan. Tahap penggunaan adalah peratusan Kapasiti Taksiran yang sebenarnya dicapai oleh organisasi. Manakala, Tahap Kecekapan adalah peratusan Kapasiti Efektif yang sebenarnya dicapai oleh organisasi. Perlu diingat bahawa adalah mustahil bagi sesebuah organisasi untuk mencapai 100% tahap kecekapan! Tahap Penggunaan dan Tahap Kecekapan boleh dikira dengan menggunakan rumus berikut:

  Output Sebenar Tahap Penggunaan =

  Kapasiti Taksiran Output Sebenar

  Tahap Kecekapan = Kapasiti Efektif

  Contoh 1

  Puan Nur Faizah mempunyai sebuah kilang menghasilkan kek. Minggu lepas kilang tersebut telah menghasilkan 148,000 biji kek. Kapasiti efektif kilang ini adalah 175,000 biji kek. Kilang ini beroperasi 7 hari seminggu dan pengeluaran berjalan selama 8 jam bagi setiap shift. Syarikat mempunyai 3 shift sehari. Bagi setiap jam output yang dihasilkan adalah 1,200 biji kek. Tentukan Kapasiti Taksiran, Tahap Penggunaan dan Tahap Kecekapan kilang roti ini. Penyelesaian: Kapasiti Taksiran = (7 hari x 3 shift x 8 jam) x (1,200 biji kek) = 210,600 biji kek Tahap Penggunaan = Output sebenar / Kapasiti taksiran

  = (148,000 / 201,600 ) x 100 = 73.4% Tahap Kecekapan = Output sebenar / Kapasiti Efektif

  = 148,000 / 175,000 x 100 = 84.6% Kapasiti Taksiran, Tahap Penggunaan dan Tahap Kecekapan merupakan pengukuran yang amat penting kepada seorang pengurus operasi. Pengukuran ini boleh membantu pengurus untuk menjangkakan jumlah output yang boleh dihasilkan dimasa hadapan, iaitu dengan menggunakan formula berikut: Output Sebenar(atau Jangkaan) = Kapasiti Efektif x Tahap Kecekapan

  Contoh 2

  Sebuah kilang mempunyai tahap kecekapan sebanyak 85.5%. Tetapi syarikat bercadang untuk menutup beberapa mesin kerana permintaan yang agak merosot. Kecekapan bagi pengeluaran yang baru akan menjadi 75% sahaja. Jika kapasiti efektif syarikat adalah 175,000 unit produk, kirakan bilangan output yang akan dikeluarkan oleh syarikat di masa hadapan.

  Penyelesaian: Output Jangkaan = Kapasiti Efektif x Tahap kecekapan

  = (175,000)(0.75) = 131,250 unit produk

  PENGURUSAN PERMINTAAN Pengurusan permintaan memerlukan kefahaman persekitaran sesebuah organisasi itu beroperasi.

  Walaupun dengan ramalan keperluan kapasiti yang baik dan kemudahan yang sedia ada yang lengkap, masih ada hubungan yang lemah antara permintaan sebenar yang berlaku dengan kapasiti yang sedia ada. Hubungan yang lemah ini bermaksud permintaan melebihi kapasiti atau kepasiti melebihi permintaan. Tetapi dalam kedua-dua situasi ini, organisasi masih mempunyai pelbagai alternatif untuk mengatasi masalah tersebut, iaitu: 1.

   Permintaan Melebihi Kapasiti

  Apabila permintaan melebihi kapasiti, organisasi mungkin akan mengurangkan permintaan dengan menaikkan harga, tidak menggalakkan keuntungan tambahan, memanjangkan masa output atau masa tunggu (lead times). Walaupun dalam jangkamasa panjang, selalunya syarikat akan meningkatkan kapasiti untuk mengatasi masalah ini.

  2. Kapasiti Melebihi Permintaan

  Bagi mengatasi masalah ini, organisasi boleh meningkatkan permintaan melalui pengurangan harga, perluasan pasaran ataupun melakukan perubahan produk seperti meningkatkan mutu untuk menembusi pasaran. Selain itu, alternatif lain adalah mengurangkan kapasiti dengan menjual kemudahan dan peralatan yang sedia ada atau memecat pekerja.

  3. Pengubahsuaian Terhadap Permintaan Bermusim

  Salah satu cabaran dalam pengurusan kapasiti adalah permintaan yang bermusim atau permintaan yang berbentuk kitaran. Bagi kes ini, syarikat harus mengeluarkan produk yang permintaannya berbentuk pelangkap iaitu mementingkan permintaan yang tinggi untuk golongan tertentu tetapi rendah pada golongan lain. Dengan mencampurkan produk-produk pelangkap, kapasiti dapat digunakan dengan lebih baik di samping penggunaan kemudahan dan peralatan akan menjadi lancar. Contohnya, Syarikat yang mengeluarkan baju untuk musim panas dan musim sejuk.

  4.

  Pelbagai taktik boleh digunakan untuk memadankan kapasiti dengan permintaan yang sedia ada. Perubahan dalaman termasuk pengubahsuaian proses pada suatu permintaan melalui:

  • Melakukan perubahan terhadap pekerja seperti mengupah pekerja tambahan semasa permintaan meningkat dan memecat pekerja apabila permintaan menurun.
  • Mengubahsuai peralatan dan proses termasuk pembelian atau penyewaan mesin tambahan atau mengurangkan peralatan mengikut kehendak permintaan.
  • Meningkatkan atau memperbaiki kapasiti. Kaedah analisis digunakan untuk mengubahsuai tekabentuk kerja berdasarkan permintaan semasa.
  • Merekabentuk semua produk untuk meningkatkan produktiviti. Bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) digunakan untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk disamping meningkatkan permintaan pasaran.

ANALISIS TITIK PULANG MODAL (BREAK EVEN ANALYSIS)

  Analisis Titik Pulang Modal (TPM) adalah satu analisis yang amat penting dalam perancangan kapasiti. Ia merupakan analisis dalam bentuk grafik atau algebra yang dapat mewakili hubungan antara kuantiti, kos dan pendapatan dalam sebuah organisasi. TPM dapat membentu pengurus menentukan kadar pengeluaran optimum yang perlu dicapai supaya pendapatan yang didapati melebihi atau sekurang-kurangnya sama dengan kos pengeluaran. Objektif TPM adalah untuk mendapatkan titik dalam unit pengeluaran atau dalam nilai ringgit pada titik di mana kos pengeluaran adalah sama dengan pendapatan daripad produk. Titik ini dinamakan titik pulang modal.

  Untuk menjalankan analisis ini, andaian untuk beberapa maklumat diperlukan iaitu anggaran untuk kos tetap (fixed costs), kos berubah (variable costs) dan pendapatan (revenue). Andaian-andaian penting untuk analisis ini adalah:

  • Kos tetap adalah kos yang berterusan walaupun tiada produk dihasilkan iaitu kos yang wujud tanpa bergantung kepada kuantiti pengeluaran. Contoh kos tetap termasuklah susut nilai, cukai dan kos pentadbiran.
  • Kos berubah pula merujuk kepada kos yang berubah-rubah bergantung secara terus kepada kuantiti pengeluaran di mana kos berubah akan menjadi semakin tinggi jika kuantiti pengeluaran ditingkatkan. Contoh kos berubah adalah kos tenaga buruh dan kos bahan mentah.
  • Fungsi pendapatan (sepert rajah 6.5), bermula dati titik asalan dan berterusan secara mencondong ke atas sebelah kanan, meningkat dengan harga jualan setiap unit. Apabila garis yang mewakili pendapatan bersilang dengan garis yang mewakili jumlah kos (kos berubah dan kos tetap), titik persilang tersebut adalah TPM. Di mana kawasan di sebelah kiri titik tersebut adalah kawasan kerugian manakala kawasan disebelah kanan titik tersebut adalah kawasan keuntungan.

  $

  Kawasan Jumlah Keuntungan Pendapatan

  Jumlah Kos

  TPM

  Kawasan Kerugian Kos Berubah Kos tetap Kuantiti (unit per tempoh)

  RAJAH 6.5 :Titik Pulang Modal Seperti yang disebut tadi, titik pulang modal adalah untuk mengenalpasti kadar pengeluaran yang optimum yang perlu dicapai supaya pendapatan yang didapati daripada hasil pengeluaran produk dapat melebihi kos pengeluaran operasi. Titik pulang modal adalah bergantung kepada harga jualan produk dan struktur kos operasi. Kos operasi yang berbeza bagi setaip syarikat bergantung kepada jenis teknologi yang digunakan, struktur pentadbiran dan polisi operasi yang dilaksanakan..

PENDEKATAN ANALISIS TITIK PULANG MODAL

  Terdapat dua pendekatan untuk menjalankan analisis titik pualng modal iaitu: 1.

  Pendekatan Grafik 2. Pendekatan Algebra

PENDEKATAN GRAFIK

  Dalam kaedah grafik, langkah pertama yang perlu dijalankan adalah mengenalpasti kos-kos tetap dan menjumlahkan kesemuanya. Kos tetap dilukis secara melintang (horizontal) berdasarkan jumlah kos tetap pada paksi menegak (paksi–y). Kos berubah pula dianggarkan berdasarkan analisis modal, bahan-bahan mentah dan kos-kos lain yang berkaitan dengan proses pengeluaran setiap unit. Kos berubah adalah semakin bertambah bermula dari titik persilangan di antara kos tetap dengan paksi menegak tadi. Seterusnya titik persilangan diperolehi dengan titik persilangan antara garis jumlah kos dan jumlah pendapatan (rujuk rajah 6.5)

PENDEKATAN ALGEBRA

  Selain pendekatan grafik, pendekatan algebra juga boleh digunakan untuk menjalankan analisis titik pulang modal ini. Formula untuk titik pulang modal dalam unit dan ringgit masing-masing ditunjukkan di bawah: Biar BEP(x) = TPM dalam unit BEP($) = TPM dalam ringgit P = harga seunit (selepas diskaun) x = bilangan unit keluaran TR = jumlah pendapatan atau TR = harga x unit keluaran = (Px) F = Kos tetap V = Kos berubah seunit TC = jumlah kos = F + Vx

  F BEP (x) =

  P -

  V F BEP ($) = 1 - V/P Keuntungan = TR – TC

  = (P-V) X - F

  Contoh 1

  Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd mempunyai kos tetap RM15,000. Tenaga buruh langsung adalah RM2.00 seunit dan bahan mentah adalah RM1.25 seunit. Harga jualan produk syarikat bernilai RM4.00 seunit.

  Penyelesaian

  RM15,000

  BEP ($) =

  • 2.00

  1.25

  • 1

  4.00

  12 , 000 = = RM 80,000

  . 1875 RM15,000

  BEP(x) =

  • 4.00 - (2.00 1.25) 15 , 000

  RM

  = = 20,000 unit .

  75 Di sini, untuk mendapatkan V iaitu kos berubah, kedua-dua kos tenaga buruh dan bahan mentah perlu dicampurkan. Titik pualng modal dalam ringgit juga boleh diperolehi daripada: BEP($) = BEP(x)P

  = 20,000 unit x RM4.00 = RM80,000

  KES PRODUK BERANEKA JENIS (MULTIPRODUCT) Kebanyakkan syarikat menawarkan produk yang beraneka jenis kepada pelanggan mereka.

  Setiap produk yang ditawarkan mungkin mempunyai harga jualan dan kos berubah yang pulang modal perlu diubahsuai untuk menggambarkan kadar jualan bagi setiap jenis produk. Formula yang telah diubahsuai adalah seperti berikut:

  F BEP ($) =

  ⎡ Vi ⎤ ⎛ ⎞

  1

  ( ) Wi

  ⎜ ⎟

  • ⎢ ⎥

  ∑

  Pi ⎝ ⎠

  ⎣ ⎦ Di mana: V = kos berubah seunit

  P = harga seunit F = kos tetap W = Peratusan setiap jenis produk daripada jumlah hasil jualan i = setiap produk masing-masing

  Contoh 2

  Restoran Pokok Buluh adalah sebuah restoran yang terkenal di Balik Pulau. Setiap bulan, kos tetapnya adalah RM4,000 manakala untuk kos berubah yang beraneka jenis, adalah seperti jadual di bawah:

  Item Harga (RM) Kos (RM) Unit jualan yang diramalkan Nasi Goreng

  3.25 1.25 8,000 Nasi Lemak

  1.75 0.50 6,000 Laksa 2.75 1.00 3.500 Minuman 0.75 0.30 8,000 Teh 0.70 0.25 5,000 Penyelesaian Bagi menyelesaikan analisis ini, pemberat bagi setiap produk perlu ditentukan. Pemberat ini adalah peratusan setiap produk masing-masing daripada jumlah jualan (dalam nilai ringgit).

  Jualan setiap produk diperolehi dengan mendarabkan bilangan unit yang dijual dengan harga masing-masing. Jumlah jualan pula diperolehi dengan menjumlahkan jualan bagi semua produk.

  1

  2

  3

  4

  5

  6

  7

  8 Item Harga Kos (V/P) 1- (V/P) Jualan % dari Sumbangan jualan berubah dijangka jumlah pemberat (P) (V) ($) jualan

  Nasi $3.25 $1.25 0.39 0.61 26,000 0.467 0.285 Goreng Nasi $1.75 $0.50 0.29 0.71 10,500 0.189 0.134 Lemak Laksa $2.75 $1.00 0.36 0.64 9,625 0.173 0.111 Minuman $0.75 $0.30 0.40 0.60 6,000 0.108 0.065 Teh $0.70 $0.25

  0.36 0.64 3,500 0.068 0.040 Jumlah 55,625 1 0.635 Di sini, pendapatan untuk sandwich adalah RM26,000 ($3.25 x 8,000 unit), iaitu 46.7% daripada jumlah pendapatan RM55,625. Maka sumbangan daripada sandwich adalah pemberat (weighted) dengan 0.467. Sumbangan berpemberat untuk sandwich adalah 0.467 x 0.61 = 0.285. Dengan menggunakan cara yang sama pada semua jenis produk, didapati jumlah sumbangan berpemberat keseluruhannya ialah 0.635 untuk jualan setiap unit ringgit, maka titik pulang modal dalam ringgit adalah RM75,591.

  F BEP($) =

  Vi ⎡ ⎤

  ⎛ ⎞ 1 ( ) Wi ⎜ ⎟

  ∑

  • ⎢ ⎥

  Pi ⎝ ⎠

  ⎣ ⎦ RM4000 x

  12 =

  0.635 = RM75,591 Bermaklumat dalam contoh ini, jumlah jualan titik pulang modal untuk sehari adalah (6 hari seminggu untuk 52 minggu).

  = RM75,591 / 312 hari = RM242.28 sehari

  Berdasarkan maklumat ini juga, jualan titik pulang modal untuk setiap jenis produk juga boleh ditentukan. Ini diperolehi dengan mendarabkan pemberat (sumbangan pada jualan) masing- masing dengan jualan titik pulang modal.

  Jualan titk pulang modal bagi sandwich setahun adalah: = RM75,591 x 0.467

  = RM35,301 Jualan titik pulang modal bagi laksa untuk sehari pula adalah:

  = RM242.28 x 0.173 = RM41.91

  LATIHAN BAB 3 1.

  Bandingkan keempat-empat jenis proses iaitu fokus proses, fokus produk, fokus berulangan dan mass customization.

2. Sebuah kilang mempunyai kapasiti efektif 900 unit sehari dan menghasilkan 800 unit produk sehari. Tentukan kecekapan bagi kilang ini.

  3. Jika sebuah fasiliti direka untuk menghasilkan 7,000 batang besi sehari tetapi ia cuma menghasilkan 6,000 batang besi sehari, carikan tahap penggunaan bagi fasiliti ini?

  4. Dr. Danial bercadang hendak membuka syarikat penerbitan buku. Kos tetap yang dianggarkan ialah RM250,000 dan kos berubah pula adalah RM20 bagi setiap buku.

  Buku yang dihasilkan dijual pada harga RM30 seunit. Berapakah bilangan buku yang perlu dijual untuk pulang modal (break even)? Tentukan titik pulang modal dalam nilai ringgit.

  5. Maklumat di bawah adalah berkenaan dengan produk-produk yang dijual di kafetiria di KTP.

  Item Harga Kos berubah % dari pendapatan Minimuman RM1 RM0.65

  25 Mee RM1.75 RM0.95

  25 Nasi Lemak RM1 RM0.30

  30 Roti RM1 RM0.30

  20 Walaupun tidak ada jualan dibuat, kos pekerja adalah tetap RM250 sebulan . Sewa gerai adalah RM500 sebulan.

a) Cari titik pulang modal untuk gerai ini bagi setahun.

  b) Berapakah nilai jualan sebulan untuk titik pulang modal?

  c) Berapakah nilai jualan bagi nasi lemak sebulan untuk menampung kos tetap dan kos berubahnya?