MENINGKATKAN PENGGUNAAN HURUF BESAR KOMA

MENINGKATKAN PENGGUNAAN HURUF BESAR, KOMA DAN
NOKTAH MURID 5 ELIT MENGGUNAKAN
TEKNIK LAMPU ISYARAT
Oleh:
Adilah Binti Che Ismail, YM Tg. Nor Faizul Bin Tg. Embong
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
ddme12_diela@yahoo.com, tfaizul@ipgmkdri.edu.my

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk memperbaiki kelemahan murid dalam
menguasai kemahiran penggunaan tanda baca yang melibatkan huruf besar, koma dan
noktah bagi penulisan bahasa Melayu melalui ‘Teknik Lampu Isyarat’. Subjek kajian terdiri
daripada empat orang murid tahun lima di sebuah sekolah di Kuala Terengganu. Reka bentuk
kajian adalah berdasarkan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui pemerhatian berstruktur, analisis dokumen, temu bual, dan Ujian
Diagnostik. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan
penggunaan ketiga-tiga tanda baca tersebut. Dengan menggunakan ‘Teknik Lampu Isyarat’,
pengkaji telah menjalankan beberapa sesi intervensi dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mensifarkan kesilapan murid dalam penggunaan tanda baca. Dapatan
temu bual dan soal selidik menunjukkan bahawa murid berminat dengan teknik yang
diperkenalkan. Data analisis dokumen dan pencapaian ujian akhir juga menunjukkan

peningkatan penguasaan murid dalam penggunaan huruf besar, tanda koma dan tanda
noktah. Rumusan kajian secara keseluruhannya membuktikan bahawa ‘Teknik Lampu
Isyarat’ dapat membantu murid yang kurang mahir menggunakan ketiga-tiga tanda baca
tersebut dalam penulisan. Bagi cadangan kajian tindakan yang seterusnya, kelemahan murid
dalam penggunaan tanda baca yang lain dalam penulisan akan cuba diperbaiki. Dapatan
kajian ini boleh digunakan dalam kajian seterusnya dengan menggunakan teknik yang sama,
iaitu ‘Teknik Lampu Isyarat’. Kajian seterusnya ini mampu membantu murid menguasai jenis
tanda baca yang lain. Hal ini secara tidak langsung berupaya membantu memantapkan lagi
kemahiran murid menggunakan tanda baca dalam penulisan. Diharapkan agar menerusi
kajian tindakan ini, pengkaji-pengkaji lain dapat turut sama memikirkan cara dan kaedah
yang sesuai dalam membantu murid-murid yang bermasalah dalam penulisan bahasa Melayu
kelak.

Kata Kunci: Pengunaan huruf besar, koma dan noktah, Teknik Lampu Isyarat

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang efektif dapat dilaksanakan sekiranya
seseorang guru bijak merancang suatu aktiviti yang boleh menarik minat murid bagi
mengikuti sesi PdP di dalam bilik darjah. Semasa praktikum fasa ketiga di Sekolah
Kebangsaan Serada, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu

Tahun Lima Elit. Kelas ini melibatkan murid-murid mempunyai pelbagai tahap kecerdasan
dan kemahiran pembelajaran. Majoriti murid kelas ini berasal dari keluarga bertaraf sederhana
dan terdapat segelintir daripada mereka yang masih lagi lemah dalam aspek penggunaan huruf
besar, koma dan noktah dalam penulisan ayat bahasa Melayu.

1

Perkara ini dapat disokong setelah pengkaji membuat tinjauan serta analisis dokumen
terhadap buku-buku latihan murid Tahun Lima Elit. Perkara ini dapat diperkukuh dengan
alasan setiap kali selesai sesi pelajaran bagi sesuatu topik yang diajarkan, pengkaji akan
mengumpul hasil kerja murid bagi membuat semakan. Setiap kali semakan dilakukan, perkara
yang paling ketara kesalahannya adalah dalam aspek penggunaan huruf besar di awal
perkataan dan pada awal kata nama khas, tanda baca koma dan noktah.

Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi
meningkatkan kemahiran murid lemah dalam penggunaan huruf besar, koma dan noktah
dengan menggunakan ‘Teknik Lampu Isyarat’.
SOROTAN LITERATUR
Kemahiran menulis amat menitikberatkan aspek penggunaan tanda baca. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2010), tanda merupakan lambang atau simbol yang digunakan dalam

tulisan yang mempunyai erti tertentu seperti koma, noktah, dan seruan. Pendefinisian ini
bertepatan dengan konsep tanda baca, iaitu simbol yang bertindak untuk menunjukkan
struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga digunakan untuk intonasi (turun naik nada
suara) dan penghentian sebentar ketika membaca dengan suara yang lantang. Maka dapatlah
disimpulkan bahawa tanda baca memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan
keberkesanan penyampaian mesej penulis kepada para pembaca (Gaya Dewan, 1995).
Teori berkaitan strategi PdP yang telah dilaksanakan oleh pengkaji adalah berdasarkan Teori
Pelaziman Operan yang dipelopori oleh Edward Lee Thorndike, yang mana teori ini dapat
dikaitkan dengan penekanan aspek hukum latihan yang memerlukan pengulangan, iaitu
melalui latihan yang dilaksanakan secara berulang-ulang. Hukum latihan menegaskan bahawa
manusia belajar melalui perbuatan dan kelupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari itu
tidak digunakan lagi. Justeru, untuk menjamin kelangsungan pembelajaran, penyediaan
latihan dalam pelbagai bentuk, proses pengulangan, latih tubi, serta aplikasi pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap.
Kajian lepas yang berkait dengan kajian tindakan ini adalah berdasarkan kajian yang telah
dilaksanakan oleh beberapa orang pengkaji terdahulu. Kajian berkenaan penggunaan tanda
baca ini telah dijalankan oleh Aleimmah binti Ali (2008), di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Rambai, Melaka. Kajiannya adalah berkaitan Meningkatkan Kemahiran Penggunaan
Huruf Besar dan Noktah bagi Murid 1 Kenanga (Intervensi) Menggunakan Teknik Pen
Warna (Merah). Selain itu, isu ini turut bertepatan dengan kajian lepas yang dijalankan oleh


salah seorang guru yang mengajar di Sekolah Seri Manjung, Perak iaitu Zaridah binti Zuber

2

(2005) dalam kajiannya, Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid
Tahun Dua Pandai dengan Menggunakan Teknik Warna.
Nora Wahid (2012) juga telah mengkaji berkaitan penulisan huruf besar dengan menggunakan
tajuk Penggunaan Kaedah Huruf Berwarna dalam Meningkatkan Kemahiran Penggunaan
Tanda Baca (Huruf Besar) bagi Murid Tahun Tiga. Beliau turut menggunakan teknik warna
dalam mengatasi masalah murid menulis huruf besar. Dalam satu lagi kajian telah dijalankan
oleh seorang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Mohd Yasser bin
Jamaluddin (2011) di sebuah sekolah di daerah Puchong, Selangor Darul Ehsan. Beliau
menjalankan kajian yang bertajuk Peningkatan Penguasaan dalam Penggunaan Tanda
Baca melalui Kaedah Imlak turut berkiaait rapat dengan isu kajian ini.
Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan, inovasi sedia ada bagi kajian
tindakan yang dijalankan ini adalah berkaitan pengunaan warna, yang mana pengkaji telah
mengaplikasikan warna-warna lampu isyarat dengan memberikan analogi bagi tanda baca
tertentu dalam penulisan bahasa Melayu. Warna hijau dianalogikan bagi penggunaan huruf
besar, warna kuning bagi tanda koma dan warna merah pula disimbolkan bagi tanda noktah.

Pengkaji juga turut menedikan set latihan yang pelbagai secara berperingkat-peringkat,
mengikut tahap yang mudah kepada yang lebih kompleks.

TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun Lima
Elit Sekolah Kebangsaan Serada menggunakan huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan
ayat bahasa Melayu.
Objektif
Meningkatkan pemahaman murid dalam penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam
penulisan ayat bahasa Melayu menggunakan teknik ‘Lampu Isyarat.
Persoalan Kajian
Bagaimanakah teknik ‘Lampu Isyarat’ dapat membantu meningkatkan pemahaman murid
dalam penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan ayat bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid lemah tahun lima yang terdiri daripada dua
orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan
pencapaian dalam ujian diagnostik. Pengumpulan data telah dibuat menggunakan instrumen
analisis dokumen, penilaian ujian, temu bual dan soal selidik. Data kualitatif dianalisis secara
deskriptif mengikut peserta kajian.

Berdasarkan analisis dokumen, proses pengumpulan data dilakukan secara berterusan dalam
kedua-dua lingkaran sesi intervensi. Hasil dapat analisis dokumen ini kemudiannya dianalisis
serta dibuat perbandingan bagi melihat prestasi subjek kajian. Peningkatan prestasi mereka
dinilai berdasarkan jumlah kekerapan kesalahan tanda baca yang telah dilakukan oleh peserta
kajian. Seterusnya, pencapaian subjek kajian dalam ujian-ujian yang telah dijalankan juga

3

dijadikan sebagai penanda aras bagi mengukur prestasi kesemua subjek kajian setelah
mengikuti sesi intervensi bersama-sama pengkaji. Proses pengumpulan data kajian ini turut
berdasarkan instrumen temu bual dan soal selidik yang telah dijalankan selepas pelaksanaan
sesi intervensi. Kedua-dua instrumen ini dijalankan bagi mendapatkan respon dan tindak balas
subjek kajian terhadap teknik dan sesi intervensi yang telah diperkenalkan oleh pengkaji.

SPESIFIKASI KAJIAN
Pengenalan terhadap Teknik ‘Lampu Isyarat’ ditunjukkan melalui papan lampu isyarat.
Melalui teknik ini, kesemua subjek kajian telah dilazimkan dengan penggunaan simbol warna,
iaitu warna merah, kuning dan hijau. Warna hijau digunakan sebagai isyarat bagi menulis
huruf besar pada permulaan ayat dan bagi kata nama khas. Warna kuning pula digunakan
untuk menulis koma bagi ayat yang mempunyai hentian sebentar manakala warna merah bagi

menulis tanda noktah. Simbol warna daripada lampu isyarat telah ditukarkan kepada
penggunaan pensel warna iaitu warna merah, hijau dan kuning dalam penulisan murid.
Penggunaan warna dapat merangsang pemikiran manusia agar mudah mengingat sesuatu
perkara serta menjadi penegasan dalam sesuatu penulisan.

Warna merah:
Berhenti / tanda noktah
Warna kuning:
Bersedia untuk berhenti / tanda
Warna hijau:
Berjalan / huruf besar

Pendekatan warna yang diperkenalkan dalam kajian ini sangat berkait rapat dengan hasil
kajian yang telah dilaksanakan oleh Wendy M. Sleeth (2009), yang mana membuktikan
bahawa warna dapat membantu dalam mengingat sesuatu perkataan. Hasil kajian Wendy M.
Sleeth mengesahkan bahawa warna dapat memberi daya ingatan yang agak kuat dan lama
bagi seseorang murid terutamanya kanak-kanak. Minda mereka lebih terangsang terhadap
sesuatu yang berwarna. Pendekatan warna yang telah diperkenalkan ini juga turut berkait
rapat dengan pendekatan yang telah diketengahkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu yang
mana dapatan kajian mereka telah memberikan hasil yang positif terhadap pemahaman murid.

Dalam pelaksanaan teknik ‘Lampu Isyarat’ ini, pemahaman subjek kajian ditingkatkan lagi
dengan melibatkan beberapa set latihan berkaitan penggunaan tanda baca dengan
menggunakan teknik ini. Set latihan ini terdiri daripada empat item latihan yang dilaksanakan
berperingkat-peringkat, bermula dari aras yang mudah kepada yang lebih kompleks. Hal ini
bertujuan memantapkan lagi tahap penguasaan dan menguji keberkesanan teknik yang akan
diperkenalkan dalam kalangan murid. Pendekatan latih tubi melalui set-set latihan yang telah
diberikan oleh pengkaji ini adalah berdasarkan kajian-kajian lepas yang turut menekankan
hokum latihan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran.

4

Ini juga bertepatan dengan Teori Pelaziman Thorndike yang menekankan aspek hukum
latihan yang memerlukan pengulangan, iaitu latihan dilaksanakan secara berulang-ulang.
Hukum latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui perbuatan dan kelupaan berlaku
apabila perkara yang dipelajari itu tidak digunakan lagi. Justeru, untuk menjamin
kelangsungan pembelajaran, penyediaan latihan dalam pelbagai bentuk, proses pengulangan,
latih tubi, serta aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain
hendaklah dibuat dengan lebih kerap.
Set-set latihan ini merangkumi beberapa item, iaitu:
i)


Mengenal pasti dan membulatkan huruf besar, koma dan noktah yang terdapat
dalam petikan.
Contoh:

Tiap-tiap pagi, Pak Abu akan pergi ke dusunnya
untuk menyiram pokok-pokok buahnya.

ii)

Menyalin dan melengkapkan ayat dengan huruf besar, koma dan noktah.
Contoh:
Emak membeli peria, bayam dan sawi.

iii)

Melengkapkan petikan dengan huruf besar, koma dan noktah.
Contoh:

Kejayaan ini merupakan kejayaan ibu

bapa, guru-guru dan rakan-rakan saya.

iv)

Mengambil imlak bacaan guru.
Contoh:

Mula-mula aku merokok, kemudian aku menagih dadah.

DAPATAN
Subjek kajian pengkaji, iaitu Balqis telah menunjukkan satu anjakan yang sangat baik semasa
mengikuti sesi intervensi, terutamanya dalam menyempurnakan latihan-latihan semasa
pelaksanaan intervensi lingkaran kedua. Hal ini demikian, semasa pelaksanaan sesi intervensi
lingkaran kedua, pengkaji telah membuat beberapa penambahbaikan. Antaranya ialah
pengkaji telah memulakan set intervensi dengan aktiviti bermain. Hal ini demikian, pengkaji
cuba untuk memberi pengukuhan kepada subjek kajian supaya mereka lebih mudah
mengingat tentang apa yang telah dipelajari semasa lingkaran pertama dilaksanakan.
Permainan ini dikenali sebagai permainan ‘Lampu Isyarat’ yang mana ia melibatkan tiga kad
warna, iaitu merah, kuning dan hijau. Apabila ditunjukkan kad hijau, subjek kajian akan
melakukan pergerakan lokomotor secara berterusan contohnya berlari, melompat dan

sebagainya. Subjek kajian akan memperlahankan pergerakan apabila kad kuning ditunjukkan
dan mereka akan berhenti bergerak apabila pengkaji mengangkat kad merah.

5

Selain itu, penambahbaikan lain yang telah dilaksanakan adalah pengkaji telah menyediakan
set latihan tanda baca yang dibukukan dalam bentuk modul. Modul ini dinamakan ‘Modul
Cakna Lampu Isyarat’. Berbeza dengan sesi intervensi bagi lingkaran pertama, set-set soalan
diberikan sehelai demi sehelai kepada subjek kajian. Dalam lingkaran kedua, latihan-latihan
yang terdapat dalam modul ini juga turut diubah suai oleh sebab pengkaji telah mengenal pasti
tahap penguasaan setiap subjek kajian.
Tambahan, pengkaji telah menambah set soalan bagi latihan bagi bahagian-bahagian tertentu
untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan subjek kajian dalam aspek tanda baca yang
melibatkan huruf besar, koma dan noktah. Penambahan set soalan ini dibuat setelah pengkaji
dapat mengesan di bahagian manakah kesalahan paling ketara dilakukan oleh subjek kajian.
Pengkaji telah menjadikan kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam lingkaran terdahulu
sebagai penanda aras pelaksanaan lingkaran kedua.
Dalam lingkaran kedua juga, pengkaji turut memperkenalkan formula baharu iaitu M2B2TL
bagi memudahkan subjek kajian mengingat penggunaan huruf besar untuk kata nama khas.
Formula ini dapat diaplikasikan oleh semua subjek kajian bagi membolehkan mereka
mengurangkan kesilapan dalam menulis tanda baca dalam ayat bahasa Melayu. Bagi
menerangkan formula ini kepada subjek kajian, pengkaji telah menyediakan ‘Roda Kata
Nama Khas’ supaya para subjek kajian dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang
cuba pengkaji sampaikan melalui formula ini.
Berdasarkan perbandingan analisis dokumen yang telah dibuat bagi kedua-dua siri lingkaran,
perubahan yang telah dapat dikenal pasti oleh pengkaji adalah sangat ketara. Semasa
pelaksanaan sesi intervensi lingkaran pertama, peratus kesalahan yang telah dilakukan adalah
sebanyak 60% manakala semasa lingkaran kedua, kesalahan yang telah dilakukan telah
menurun sebanyak 51%. Ini menunjukkan semasa sesi intervensi lingkaran kedua, Balqis
hanya melakukan peratusan kesalahan sebanyak 9% sahaja. Penurunan yang mendadak yang
telah dicapai oleh Balqis sedikit sebanyak telah melegakan hati pengkaji yang mana teknik
yang telah diperkenalkan ini berjaya meningkatkan pemahamannya dalam aspek penggunaan
huruf besar, koma dan noktah. Semasa pelaksanaan lingkaran kedua ini juga, dia kelihatan
lebih bersemangat untuk belajar dan sentiasa ceria semasa mengikuti sesi intervensi jika
dibandingkan dengan pelaksanaan lingkaran yang terdahulu.
Analisis dokumen yang telah dianalisis secara terperinci oleh pengkaji ini sangat berkait rapat
dengan Teori Pelaziman Thorndike yang mana teori ini menekankan aspek hukum latihan
yang memerlukan pengulangan iaitu latihan dilaksanakan secara berulang-ulang. Justeru,
untuk menjamin kelangsungan pembelajaran, pengkaji telah menyediakan latihan dalam
pelbagai bentuk, proses pengulangan, latih tubi, serta aplikasi pengetahuan dan kemahiran
yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap. Tambahan,
berdasarkan kajian-kajian lepas, masalah kemahiran menulis dan penguasaan tanda baca ini
kebanyakannya telah berjaya diselesaikan dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah dan
teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaan di sekolah. Hal ini demikian, ramai pengkaji
terdahulu telah menggunakan teknik latih tubi semasa melaksanakan kajian.
Selain itu, Balqis juga telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam ujian yang
telah dilaksanakan setelah mengikuti sesi intevensi bersama-sama pengkaji, yang mana
pencapaiannya dalam Ujian Akhir 2 adalah di luar jangkaan pengkaji. Hal ini kerana pengkaji
memberikan bimbingan dan perhatian yang lebih kepada Balqis. Bimbingan secara
berperingkat-peringkat yang telah diberikan oleh pengkaji sejak dari pelaksanaan lingkaran
pertama sentiasa diperbaiki oleh Balqis. Pada awalnya ketika pengkaji menyemak analisis
dokumen berdasarkan buku latihannya, timbul kerisauan yang serius terhadap masalah
pemahaman Balqis terhadap penggunaan huruf besar, koma dan noktah. Hal ini berlanjutan
sehingga pelaksanaan sesi intervensi lingkaran pertama. Setelah penambahbaikan dibuat

6

dalam lingkaran kedua, Balqis telah berjaya memahami aspek penggunaan huruf besar, koma
dan noktah serta menjadi lebih fokus. Bimbingan yang telah diberikan ini telah membantu
Balqis memahami apa yang ingin disampaikan oleh pengkaji sekali gus menyumbang kepada
pencapaiannya yang cemerlang dalam Ujian Akhir 2.
Tambahan, hasil temu bual yang telah dijalankan juga mendapati bahawa Balqis menyatakan
rasa seronok setelah mempelajari teknik ini. Sebelum pelaksanaan intervensi, pengkaji
mendapati bahawa Balqis merupakan seorang murid yang sangat pasif, kurang berkeyakinan
dalam pelajaran dan sukar memberikan respon terhadap guru di dalam kelas. Hal ini turut
disokong oleh guru-guru mata pelajaran yang mengajar Tahun Lima Elit. Namun, setelah
menjalani sesi intervensi bersama pengkaji, Balqis kelihatan lebih ceria dan walaupun masih
kelihatan kurang berkeyakinan, dia menjadi lebih ringan mulut terhadap apa juga yang
diajukan oleh pengkaji. Balqis memberikan respon bahawa teknik yang telah diperkenalkan
ini mampu menarik minat oleh sebab penggunaan pensel warna, iaitu hijau, kuning dan merah
berjaya membuatkan dirinya menjadi lebih fokus dan faham tentang aspek huruf besar, koma
dan noktah terutamanya semasa membuat latihan berkaitan tanda baca. Balqis turut
berpendapat bahawa teknik yang diperkenalkan ini telah dapat membantu dirinya untuk
mengingat fungsi serta penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan ayat
bahasa Melayu.
Selain itu, instrumen soal selidik juga telah digunakan bagi menyokong hasil ataupun data
temu bual yang telah dilaksanakna oleh pengkaji. Soalan-soalan yang diajukan dalam senarai
semak soal selidik adalah berkaitan pemahaman Balqis dalam aspek penggunaan huruf besar,
koma dan noktah. Berdasarkan soal selidik yang telah dilaksanakan, Balqis memberikan
respon bahawa aktiviti-aktiviti menggunakan teknik ‘Lampu Isyarat’ ini telah banyak
membantunya mengingat fungsi serta penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam ayat
bahasa Melayu.
Peningkatan prestasi yang telah ditunjukkan oleh keempat-empat subjek kajian ini telah
menunjukkan petanda positif dalam kajian pengkaji. Keempat-empat subjek kajian telah
menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan yang mana kesemua subjek kajian
berjaya memperoleh gred A (cemerlang). Teknik yang diperkenalkan oleh pengkaji ini telah
memberikan impak yang positif keempat-empat subjek kajian yang mana telah membantu
dalam meningkatkan pemahaman mereka khususnya dalam penggunaan huruf besar, koma
dan noktah.
Kesimpulannya, penurunan dari segi peratus kekerapan kesalahan tanda baca yang dilakukan
oleh subjek kajian dalam huraian analisis dokumen dan disokong pencapaian dan peningkatan
prestasi subjek kajian yang sangat membanggakan dalam ujian-ujian yang dijalankan ini telah
berjaya menjawab persoalan kajian yang pertama, iaitu teknik ‘Lampu Isyarat’ yang telah
diperkenalkan ini dapat membantu meningkatkan pemahaman murid dalam penggunaan huruf
besar, koma dan noktah dalam penulisan ayat bahasa Melayu. Hasil temu bual dan soal selidik
yang telah dilaksanakan ini telah berjaya menjawab persoalan kajian yang kedua, yang mana
teknik ‘Lampu Isyarat’ yang telah diperkenalkan ini dapat membantu murid mengingat fungsi
serta penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan ayat. Hasil temu bual ini
telah menunjukkan kesemua subjek kajian telah dapat membezakan fungsi dan penggunaan
huruf besar dan tanda baca koma dan noktah. Pengkaji percaya bahawa teknik yang telah
digunakan melalui pendekatan warna sedikit sebanyak mampu membantu subjek kajian dalam
mengingat fungsi dan aspek penggunaan huruf besar, koma dan noktah dalam penulisan.
Secara keseluruhannya, kedua-dua persoalan kajian yang telah digariskan oleh pengkaji dalam
kajian tindakan ini telah berjaya dijawab berdasarkan hasil dapatan yang telah diperoleh
daripada beberapa instrumen yang telah dipilih. Diharap agar kajian tindakan ini telah
memberikan manfaat kepada murid yang terlibat, guru-guru dan juga sekolah.

7

KESIMPULAN
Sesi intervensi yang telah dilaksanakan ini telah membantu murid dalam meningkatkan
penggunaan huruf besar, koma dan noktah, di samping dapat mengingat fungsi dan
penggunaannya dalam penulisan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan latihan-latihan dan
bimbingan yang telah diberikan sepanjang sesi intervensi, subjek kajian dapat meningkatkan
tahap penguasaan mereka. Ini bertepatan dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh
Edward Lee Thorndike, yang mana kajian beliau membuktikan bahawa pembelajaran
merupakan proses cuba jaya. Oleh sebab latihan dilakukan secara berulang-ulang, gerak balas
yang salah yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurang, sementara
perhubungan antara rangsangan dengan gerak balasnya akan semakin bertambah kukuh.
Maka, perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas ini mewakili konsep pembelajaran.
Menurut Thorndike, perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan latihan, keadaan kesediaan
individu dan keberkesanan latihan.
Di samping itu, pengaplikasian teknik warna lampu isyarat yang ditekankan dalam intervensi
ini telah dapat membantu subjek kajian dalam mengukuhkan lagi pemahaman dan ingatan
mereka dalam penggunaan huruf besar, koma dan noktah. Ini telah dibuktikan berdasarkan
kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu, yang mana teknik warna telah
dapat meningkatkan pemahaman serta daya penguasaan subjek kajian dalam menulis huruf
besar, koma dan noktah di tempat yang sepatutnya.
Setelah menjalankan kajian tindakan, pengkaji mendapati kajian tindakan merupakan kajian
yang amat sesuai digunakan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran di
samping dapat meneroka permasalahan yang dihadapi oleh subjek kajian. Dengan
menjalankan kajian tindakan juga, pengkaji dapat mengetahui amalan pengajaran yang paling
sesuai digunakan untuk menarik minat para subjek kajian apabila mempelajari sesuatu
perkara.
Sebagai guru yang baik, kita haruslah peka dan sentiasa mencuba teknik atau kaedah
pengajaran yang baharu agar murid-murid tidak merasa bosan apabila mempelajari sesuatu
mata pelajaran. Di samping memupuk suasana pembelajaran yang ceria dan harmonis, murid
juga dapat mempelajari kemahiran bahasa dengan menggunakan teknik yang pelbagai dan
menyeronokkan.
Penyelidikan tindakan juga dapat meningkatkan keyakinan pengkaji dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran bahasa. Melalui kajian tindakan ini, pengkaji dapat mengetahui
kelebihan dan kekurangan semasa mengajar kemahiran bahasa terhadap subjek kajian. Justeru,
diharapkan agar kajian ini dapat diteruskan dan sentiasa dimurnikan lagi pada masa yang akan
datang.
Oleh hal yang demikian, penambahbaikan bagi kajian ini boleh diteruskan dengan memberi
fokus kepada penguasaan tanda baca yang lain seperti tanda seru, tanda soal, titik bertindih,
pengikat kata dan sebagainya. Penguasaan semua jenis tanda baca ini mampu membantu
murid membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mampu memberikan ujaran
dengan sebutan dan intonasi yang tepat sesuai dengan situasi dan perasaan sewaktu
mengujarkan sesuatu perkara. Hal ini dapat membantu melahirkan murid yang lengkap

8

dengan penguasaan ketiga-tiga kemahiran berbahasa iaitu kemahiran lisan, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis.
Untuk menarik lagi minat murid terhadap teknik yang telah diperkenalkan, satu langkah
inovasi boleh dilakukan sebagai contoh dengan berbantukan sistem Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK). Hal ini dapat mengelakkan murid daripada bosan dengan teknik yang
digunakan di samping berjaya mengekalkan minat dan semangat murid untuk terus belajar.
Pendekatan ini juga mampu mengekalkan minat dan tumpuan murid untuk terus mempelajari
dan menguasai aspek tanda baca dalam penulisan bahasa Melayu khususnya.

RUJUKAN
1. Buku
Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala
Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.
Chua, Yan Piaw. (2005). Kaedah Penyelidikan. Selangor: Mc Graw Education.
Haji A. Aziz Bin Deraman. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan
Pustaka.
Kamarudin Hj. Husin. (1997). Psikologi Bilik Darjah; Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan
Publication Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Siri Pendidikan;Penguasaan
Kemahiran
Menulis. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah;
Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur.
Marzukhi Nyak Abdullah. (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu . Kuala Lumpur:
Penerbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd. Nashuha Jamidin. (1995). Siri Pendidikan Perguruan; Kemahiran Berfikir dan
Belajar . Kuala
Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.
Morton Walker. (2005). The Power Of Colour . Avery Publication Group.
Nik Safiah Karim Et. Al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ke Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa
dan Pustaka.
Osman Lebar. (2007). Penyelidikan Kualitatif ; Pengenalan kepada Teori dan Metod.
Tanjung Malim:

9

Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan, Kaedah dan Penulisan Edisi Kedua . Kuala
Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd..

2. Tesis
Ag Ruzaini. (2012). Penggunaan Warna Dalam Pengajaran Hukum Mad Asli Terhadap
Murid Tahun Lima Dalam Bacaan Surah Ad-Dhuha . Latihan Ilmiah. Sekolah A.
Aleimmah binti Ali. (2008). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar dan
Noktah bagi Murid 1 Kenanga (Intervensi) menggunakan teknik pen warna (merah) .
Latihan Ilmiah. SMK Sungai Rambai.
Carmelya Loyanto Anak Bronie. (2010). Mengatasi Kelemahan Penggunaan Huruf Besar
Di Hadapan Ayat Bahasa Melayu Murid Tahun Empat Melalui Imej Visual . Latihan
Ilmiah. Sekolah Rendah Kerajaan Assam Jaya.
Madihah binti Musa. (2005). Meningkatkan Kemahiran Murid-Murid Tahun Satu Ibnu
Sina Dalam Membina Ayat Mudah Dan Menulis Tanda Baca Yang Betul Dalam Mata
Pelajaran Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Tatabahasa . Latihan Ilmiah. Sekolah
Kebangsaan Sungai Retang
Mohd Yasser bin Jamaluddin. (2011). Peningkatan Penguasaan dalam Penggunaan
Tanda Baca melalui Kaedah Imlak. Latihan Ilmiah. IPG-Kampus Bahasa Melayu.
Muhammad Izzudin bin Othman. (2013). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Huruf
Besar Pada Huruf Pertama Di Awal Ayat Dan Huruf Pertama Kata Nama Khas
Menggunakan Teknik CAMAR. Latihan Ilmiah. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
Nora Wahid. (2012). Meningkatkan Penguasaan Kaedah Huruf Berwarna Dalam
Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun Tiga . Latihan
Ilmiah. Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu.
Rosita Ahmad. (2012). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar dalam
Penulisan bagi Murid Tahun Tiga Kudus dengan Kaedah M.A.Y.A (ICT). Latihan Ilmiah.
Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir.
Zaridah binti Zuber. (2005). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi
Murid Tahun 2 Pandai dengan menggunakan Teknik Warna . Latihan Ilmiah. SK Seri
Manjung.

3. Jurnal dalam Talian
Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman. (2011). PelaksanaanPengajaran
dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah . Jurnal Pendidikan, 67 – 87
http://www.ukm.my/jpbm/pdf/67(atas
talian),
diperoleh
daripada
87_CheZanariah,Fadzilah.UPM.pdf

10

Wendy M. Sleeth. (2009). The Use Of Colour To Increase Memorization . Department Of
Psychology.
Jurnal
Pendidikan,
diperoleh
daripada
http://clearinghouse.missouriwestern.edu/manuscripts/480.php

11