CABARAN PENDIDIKAN ISLAM DI SARAWAK DI E

CABARAN PENDIDIKAN ISLAM DI SARAWAK DI ERA PEMBENTUKAN MALAYSIA
1963-19851
Oleh:
Abdul Razak bin Abdul Kadir (Phd), UiTM
Mohd Zaid Mohd Zin, UiTM
Mohd Syahiran Abdul Latif, UiTM
Mohd Roslan Mohd Noor (Phd), UM
ABSTRAK
Keghairahan umat Islam di Sarawak terhadap pembangunan Islam menuntut kepada pemantapan
ilmu. Keghairahan tersebut dirasakan ketika gelombang kebangkitan pembangunan modal insan
terutama pendidikan Islam pada era 1980-an sejajar dengan perkembangan Islam di Semenanjung
Malaysia. Namun demikian tidak dinafikan usaha tersebut sudah sekian lama dilaksanakan oleh
para ulama Islam seperti Sheikh Othman Abdul Wahab, Datu Hakim Keramat dan ramai lagi.
Objektif kajian ini melihat cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam Sarawak dalam
membangunkan pendidikan Islam di Sarawak. Metodologi penganalisaan yang digunapakai oleh
metod penganalisaan sejarah Kuntowijoyo (1991). Kajian ini mendapati ada 9 cabaran yang
dihadapi oleh masyarakat Islam di Sarawak. Namun demikian, semangat kebangkitan Islam tahun
1980-an mengukuh dan menyuburkan pendidikan Islam Sarawak sehingga berdiri pendidikan di
peringkat rendah dan menengah berteraskan aliran Islam.

PENDAHULUAN

Hamka (1995) mengungkapkan bahawa ilmu pengetahuan merupakan asas untuk manusia
berkarya dan melakukan apa sahaja dalam kehidupan. Beliau menggambarkan seorang pelukis apabila
ia melukis sudah ada imaginasi gambar yang dirakam dalam otaknya. Begitu juga dengan seorang
insan mesti ada ilmu pengetahuan maka ia mampu untuk hidup. 2 Konsep ilmu pengetahuan yang
bersandarkan Islam amat penting bagi menjamin kepada tujuan ilmu khususnya memberikan impak
yang besar hubungan dengan Allah SWT dan kehidupan yang sempurna di dunia. Oleh yang
demikian, ilmu pengetahuan harus diselangi dengan pendidikan Islam sehingga menimbulkan
keseimbangan antara tuntutan dunia dan ukhrawi.
Pendidikan Islam menekankan empat persoalan utama iaitu usaha mengembangkannya, fitrah
manusia, ajaran Islam dan kehidupan manusia yang makmur dan bahagia. Salah satu pokok tersebut
iaitu usaha mengembangkannya adalah satu usaha bagaimana meletakkan pendidikan sebagai teras
untuk pembinaan (al Bina’) insan. Pembinaan tersebut bukan hanya berjalan dengan sendirinya tetapi
ia lebih kepada sifat kesedaran, perencanaan yang strategik dan sistematik. 3 Landasan pembinaan
insan harus dilandasi dengan kehendak Islam iaitu manusia sebagai khalifah 4 di muka bumi ini sesuai
dengan firman Allah SWT dalam surah al Baqarah, ayat 30. 5 Sasaran kepada pembinaan insan adalah
dua iaitu melahirkan insan yang beriman dan berilmu. Syed Sajjad Hussain dan Syed Ali Ashraf
(1989) menyatakan: 6
“Islam tidak menganggap bahawa menuntut ilmu pengetahuan untuk
menuntut tanpa merujuk kepada kerohanian (iman-pen) yang mesti dicapai
1


Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Konferensi Antarabangsa Islam Borneo IV di Universitas
Mulawarman, Samarinda pada 26-27 Oktober 2011
2
Hamka, (1995),Falsafah Hidup.Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltdh. 75.
3
Syahminan Zaini, (1986), Prinsip – Prinsip Dasar Konsepsi Pendidikan Islam, Jakarta: Kalam Mulia, h. 4.
4
Penciptaan manusia di muka bumi ini adalah menjadi khalifah yang boleh diertikan sebagai pembinaan insan
dengan kehidupan yang penuh cabaran di dunia sama ada melalui pengalaman atau pendidikan semula jadi
dan bersistematik yang akhirnya nanti mewujudkan kemakmuran dan kebahagiaan di dunia.
5
Ibid., h.35-36.
6
Syed Sajjad Hussain dan Syed Ali Ashraf, (1989), terj., Krisis Dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 42-43.

oleh manusia, boleh mendatangkan baik kepada manusia. Ilmu pengetahuan
yang terasing dari kepercayaan, bukan sahaja separa ilmu pengetahuan,
malah ia boleh diiktiraf sebagai kejahilan baharu. Orang yang sudah hilang

kepercayaannya terhadap Tuhan adalah tidak diiktiraf oleh Islam sebagai
manusia yang ilmu pengetahuannya boleh dihuraikan sebagai mendalam.
Orang seperti itu, walau bagaimana luasnya mengenal berbagai buku, telah
mendapat hanya sedikit sahaja pandangan terhadap cakerawala”
Ilmu yang membantu iman tumbuh kerana dibina dengan kerangka pendidikan yang sistematik.
Oleh yang demikian, pendidikan bukan sekadar menekankan pengajaran semata-mata. Ia lebih
menekankan kepada transformasi nilai dan pembinaan keperibadian insan dengan segala aspek yang
mencakupinya. Jelas di sini, Azyumardi Azra (2003) mengatakan pendidikan yang hanya menekankan
pemindahan ilmu dan kepakaran atau keahlian bukan pembinaan insan maka ia tidak akan membawa
sebarang impak ke arah kebaikan terhadap masyarakat, justeru menambahkan lagi masalah dalam
masyarakat.7
Keunikan pendidikan Islam adalah ilmu yang membantu pembinaan iman dan akhirnya
membentuk nilai soleh dan takwa. Wan Zahid Wan Teh menyatakan ciri-ciri lahir insan soleh adalah
insan yang beriman kepada Allah dan membersihkan dirinya dari sebarang unsur syirik, seluruh
ingatannya bermanfaat kepada dunia dan akhirat dan melahirkan manusia yang mempunyai nilai
akhlak yang tinggi.8 Kesan daripada akhlak yang baik hasil refleksi nilai soleh dan takwa melahirkan
anggota masyarakat serta warganegara yang baik. 9 Ini dilihat nilai yang baik untuk tahap hidup di
dunia. Namun tujuan yang lebih kekal adalah kebahagiaan di akhirat, iaitu balasan syurga yang
dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang beriman dan bertakwa. 10
B. Kebangkitan Pendidikan Islam di Sarawak

Keghairahan umat Islam di Sarawak terhadap pembangunan Islam menuntut kepada
pemantapan ilmu. Keghairahan tersebut dirasakan ketika gelombang kebangkitan pembangunan modal
insan terutama pendidikan Islam pada era 1980-an sejajar dengan perkembangan Islam di
Semenanjung Malaysia. Namun demikian tidak dinafikan usaha tersebut sudah sekian lama
dilaksanakan oleh para ulama Islam seperti Sheikh Othman Abdul Wahab, Datu Hakim Keramat dan
ramai lagi. Jika dilihat fakta sejarah dari aspek jumlah orang Islam pada tahun 1871 memang
bertambah ramai iaitu sebanyak empat puluh lima peratus (45%) daripada penduduk Sarawak sendiri.
Pada tahun 1871, masyarakat Melayu berjumlah 52,519 orang daripada 125 000 orang secara
keseluruhannya.11
Majlis Islam Sarawak menyahut perkembangan positif tersebut dengan membuat seminar
pendidikan Islam pada 6 hingga 9 April 1984 seramai 40 orang pendidik mengikuti seminar tersebut. 12
Zainal Abidin Abdul Kadir (1984) dalam kertas kerjanya “Pelajaran dan Belia Islam, Masalah dan
Cabaran Masa Kini dan Kemungkinan Masa Depan” dalam Seminar Pendidikan Islam di Sarawak
menyatakan: 13
7

8

9


10

11

12

13

Zainudin Jaffar, (2003), Matlamat dan Fungsi Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Islam, dalam
“Memahami Isu-Isu Pendidikan Islam di Malaysia”. Kuala Lumpur:Institut Kefahaman Islam Malaysia, h.
140.
Kamarudin Kachar, (1989), Strategi Penerapan Nilai – Nilai Islam Di Institusi Pendidikan. Kuala Lumpur:
Teks Publishing, h. 22.
Abdullah Ishak, (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka, h. 14.
Ibid., h.16.
S Baring-Gould, MA and CA Bampflyde, (1909), A History Of Sarawak Under Its Two White Rajahs 18391908. F.R.G.S, London:Henry Sotheran & Co., h. 32-33.
Majalah As-Salam, (1985), Seminar Pendidikan Islam Sarawak, Bil 11, Tahun 6. Kuching: Majlis Islam
Sarawak, h. 3-4.
Zainal Abidin Abdul Kadir, (1985), Pelajaran dan Belia Islam, Masalah dan Cabaran Masa Kini dan


“Matlamat pendidikan Islam dalam kehidupan manusia ialah untuk
menyelesaikan dan mengatasi masalah dan segala problem kehidupan sosial
umat manusia yang meliputi problem-problem yang berhubungan dengan
kerohanian dalam moral, masalah kekeluargaan dan kemasyarakatan di
segenap peringkat dan ketika, supaya dengan itu wujud suatu kehidupan
manusia yang dapat mengharmonikan antara keperluan- keperluan
kerohanian dan kebendaan”
Jauh sebelum ini, pada tahun 1957 pendidikan Islam dipandang sepihak oleh Jabatan Pelajaran
Sarawak (JPS), semasa di bawah pemerintahan British. Majlis Islam Sarawak mengemukakan
cadangan kepada JPS agar pendidikan Islam diajar di sekolah-sekolah rendah. JPS melihat bahawa
sudah ada kelas al-Quran yang diajar di kampung-kampung pada sebelah petang. Mengajar budak
tentang kepercayaan seperti ajaran Islam akan memberatkan mereka dalam pelajaran mereka. Ini
merupakan tanggungjawab ibu bapa jika dibandingkan tanggungjawab sekolah. Walaupun demikian,
JPS merujuk kepada Majlis Islam Johor tentang pendidikan Islam ini. 14
Pendidikan Islam mulai mendapat tempat di sekolah-sekolah kerajaan di Sarawak bermula
pada tahun 1976. Zainal Abidin Abdul Kadir (1993) mengatakan bahawa Ordinan Pelajaran Sarawak
1961 dihapuskan dan digantikan dengan Akta Pelajaran 1961 yang baru diperkenalkan pada tahun
1976. Masalah timbul apabila Sarawak menghadapi kekurangan guru yang mengajar Pendidikan
Islam. Salah satu alternatif penyelesaian masalah tersebut dengan menubuhkan beberapa sekolah

menengah agama. Sekolah ini ditubuhkan bermatlamat melahirkan pelajar yang mempunyai
pengetahuan dalam bidang keislaman dan tidak juga ketinggalan dalam ilmu pengetahuan yang lain.
Bagi tujuan tersebut, penubuhan Bahagian Pelajaran Agama di bawah Jabatan Pelajaran Sarawak pada
29 Oktober 1977. Kemuncak penubuhan tersebut lahir sekolah agama pertama di Sarawak iaitu
Sekolah Menengah Kerajaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Matang pada tahun 1977. 15
Perkembangan pendidikan pelajar Sarawak dan institusi pendidikan agama di Sarawak tidak
terlepas daripada peranan zakat. Meskipun bukan sebagai penggerak utama namun ia merupakan
salah satu alat penggerak perkembangan pendidikan Islam di Sarawak. Ramai pelajar Islam Sarawak
dan institusi pendidikan Islam di Sarawak seperti Sekolah Agama Rakyat dan SEDAR mendapat
bantuan kewangan daripada institusi zakat (Tabung Zakat dan Fitrah atau Baitulmal).
Perkembangan pendidikan Islam di Sarawak turut diusahakan oleh ulama yang menyebarkan
ilmunya kepada masyarakat Islam Sarawak. Peranan tersebut melahirkan wacana ilmu yang
berperanan sebagai institusi pendidikan yang terpenting. Namun demikian, perkembangan ilmu Islam
pada awalnya lebih berbentuk non formal di samping pengajian di masjid, surau dan madrasah. Tidak
dapat dinafikan wadah istana pembesar dalam kerajaan Islam silam di kepulauan Borneo turun
memainkan peranan yang penting dalam pengembangan ilmu Islam. Rumah pembesar atau istana
seperti
kerajaan Bruni (dikenali sebagai Brunei), Sambas, Banjermasin (dikenali sebagai
Banjarmasin), Koti, Belungan, Pasir, Tanjong, Berau dan Pontianak berperanan aktif dalam upaya
pengembangan pendidikan Islam.16

Kebanyakan orang Melayu Sarawak sekitar abad ke-19 didedahkan kepada asas pendidikan
Islam tanpa mengutamakan ilmu keduniaan yang lain. Asas pendidikan tersebut hanya mengutamakan
pendidikan bacaan Al-Quran dan kemahiran membaca dan menulis jawi. Selain daripada pendidikan
tersebut, kesemuanya dianggap ilmu kafir yang dibawa oleh para penjajah. Hal ini diakui sendiri oleh
sarjana barat, Hugh Low dalam penulisannya yang bertajuk “Sarawak; Its Inhabitatans and
Production Being Notes During Residence In That Country With H.H Rajah Brooke”. Beliau
14

15

16

Kemungkinan Masa Depan, dlm. Majalah As-Salam, Bil. 11, Tahun 6, Kuching: Majlis Islam Sarawak, h. 7.
Surat daripada Pengarah Pelajaran Sarawak kepada Presiden Majlis Islam Sarawak, Teaching of Quran,
No.115 in Ed. 26/5, No. Fail ED/K/13/1, 13 Julai 1957, h. 1.
Juanda Jaya, Dakwah Islamiah di Sarawak: Kajian Terhadap Pengurusan Dakwah Secara Berorganisasi,
Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia, 200 ,h. 94-95.
S Baring-Gould, MA and CA Bampflyde, 1909, h. 40.

menerangkan bahawa perwatakan masyarakat Melayu Islam pada abad ke 19 lebih menjuruskan

kepada asas-asas pemahaman Islam sahaja yang berlatar belakang pendidikan al-Quran. 17
Di Kuching, wacana pendidikan Islam pada peringkat awal terbentuk dalam empat jenis seperti
berikut: 18
i.
Kelas yang diwujudkan oleh orang besar dan kenamaan;
ii.
Kuliah yang dibuat oleh tokoh ulama Sarawak seperti Datu Hakim Asaari dan Datu
Imam Abang Hj. Suhaili;19
iii.
Penyebaran ilmu melalui lawatan dan ziarah oleh golongan ulama yang membuka
kelas dan pengajian pada setiap persinggahan; dan
iv.
Mengadakan kunjungan dan menetap di situ untuk tujuan penyebaran ilmu Islam.
Sebelum memahami pendidikan Islam secara khusus, perlu difahami bahawa pendidikan
secara umum di Sarawak berdasarkan kepelbagaian etnik dan agama. Oleh yang demikian terdapat
perbezaan dalam sistem pengurusan sekolah di Sarawak terutama sebelum Sarawak menyertai Tanah
Melayu untuk membentuk Malaysia. Perbezaan tersebut disebabkan oleh kepelbagaian dalam suku
bangsa yang terdapat di Sarawak yang mempunyai tujuan dan matlamat yang berbeza antara suku
bangsa bahkan agama.20
Masyarakat Melayu di Sarawak pada tahun 1950, sebilangan besarnya masih dikategorikan buta

huruf. Tidak ramai cerdik pandai orang Melayu pada masa tersebut. Ahmad Zaidi (1924-2000),
Mantan Yang Di Pertua Negeri Sarawak sewaktu beliau berucap di Mesyuarat Agung Tahunan
Barisan Pemuda Sarawak (BPS) di panggung Kampung Bandarsyah bahawa orang Melayu rugi jika
sekiranya mencapai kemerdekaan.21 Ini atas alasan kerana orang Melayu masih ramai yang buta huruf
iaitu tidak tahu membaca dan menulis.22
Selepas tiga tahun Sarawak menyertai Tanah Melayu yang membentuk Malaysia pada tahun
1963, kepelbagaian pihak pengurusan sekolah masih kekal. Secara prinsipnya, sekolah di Sarawak
diurus oleh beberapa pihak iaitu: 23
i.
Kerajaan Pusat- mengendalikan sekolah menengah di Sarawak;
ii.
Pihak Berkuasa Tempatan- mengendalikan sekolah rendah dalam kawasan masingmasing;
iii.
Pihak Misi Gereja- mengendalikan sekolah rendah dan menengah yang berasaskan agama
Kristian;
iv.
Masyarakat Cina- Masyarakat Cina memilih pengurusan sekolah untuk mengendalikan
sekolah rendah dan menengah; dan
v.
Masyarakat Umum- Terdapat kepelbagaian kumpulan atau etnik dari masyarakat

kampung yang mengendalikan sekolah menengah tanpa bantuan kerajaan (seperti Sekolah
Agama Rakyat).
Dalam perkembangan selanjutnya, penyebaran ilmu terutama pendidikan Islam lebih terfokus
melalui institusi yang lebih kemas dan sistematik. Secara amnya, institusi pendidikan Islam di
17
18

19

20
21

22

23

Habid’s Buhigiba Bin Mohamad Bustamam, Perkembangan Islam Di Sarawak 1946-1991, 1995, h. 32-33.
Ezad Azraai Jamsari, et. al., (2003), Peranan Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Budaya Masyarakat
Islam di Kuching, Sarawak, dlm. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II:Sumbangan Ulama dan Tokoh
Agama Borneo. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 128-129.
Kedua-dua tokoh tersebut banyak disebut sebagai tokoh ulama akhir abad ke-19 yang dilantik menjadi
Hakim di Balai Datu dan Datu Imam. Namun demikian, tidak ada sejarawan menulis secara komprehensif
tentang kebanyakan tokoh ulama Sarawak seperti mereka berdua.
Sarawak Education Department Annual Summary for 1955, (1955). Kuching: Education Department, h. 1.
Ahmad Zaidi Edruce merupakan Presiden Barisan Pemuda Sarawak (BPS) setelah beliau menamatkan
pengajiannya di peringkat ijazah Sarjana Muda di luar Negeri.
James Ritchie, (2001), Tun Ahmad Zaidi, Anak Watan Sarawak(terj), Selangor: Pelanduk Publication, h.
104.
Malaysia Annual Report of Education Department Sarawak for 1966, (1966), Kuching: Jabatan Pelajaran
Sarawak, h. 1.

Sarawak terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
i.
Sekolah Agama Kerajaan (Era 1970-an);
ii.
Sekolah Agama Rakyat (sepenuh masa); dan
iii.
Sekolah Agama Rakyat (sambilan).
Selain MIS membantu SAR di Sarawak untuk tujuan pembangunan pendidikan yang sekali
gus sebagai pemangkin modal insan, MIS turut membantu para pelajar Sarawak yang belajar di
pondok, madrasah, kolej dan institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negeri. Bantuan tersebut
berupa dermasiswa atau pun bantuan kewangan. Sumber kewangan diperoleh melalui hasil kutipan
zakat melalui asnaf fi sabil lillah.24
C. CABARAN
Usaha Majlis Islam Sarawak dalam pembangunan modal insan terutama dalam pengajian Islam
boleh di lihat dalam 35 tahun (1955-1990). Dalam tempoh tersebut, ada perubahan yang ketara dalam
bidang tersebut sehingga tumbuhnya beberapa tempat pengajian Islam secara sepenuh masa dan
separuh masa. Tidak lupa juga, MIS mengeluarkan dana untuk memberikan bantuan pelajar ke
Semenanjung Malaysia dan luar negeri. Sungguhpun demikian, fasa ini tidak terlepas dari kelemahan
yang sedikit banyak membantut perkembangan pengajian Islam khususnya di Sarawak. Namun di
sudut yang lain, kelemahan tersebut membawa kepada langkah positif selepas itu. Ada beberapa
kelemahan yang dikenal pasti iaitu seperti berikut:
1. Persepsi Negatif Pendidikan Islam di Sarawak
Awal usaha Majlis Islam Sarawak dalam tahun 1957 dalam memastikan pendidikan Islam di
ajar di sekolah rendah dan menengah mendapat persepsi negatif khususnya Jabatan Pelajaran Sarawak
(JPS). Sebagai badan yang bertanggungjawab langsung terhadap pendidikan di Sarawak melihat
bahawa pendidikan tersebut tidak wajar diajarkan di sekolah-sekolah awam. Alasan ketidakwajaran
tersebut memandangkan sudah ada kelas al-Quran yang diajar di kampung-kampung pada sebelah
petang. Sikap pesimistik JPS ditambah lagi dengan alasan mengajar murid sekolah tentang
kepercayaan atau dogma seperti ajaran Islam akan memberatkan mereka dalam pelajaran mereka. Ini
merupakan tanggungjawab ibu bapa jika dibandingkan tanggungjawab sekolah. 25
Kesangsian JPS terhadap penerapan pendidikan Islam di sekolah dianggap keterlaluan. Faham
pemikiran sekular masih lagi wujud sehingga menidakkan pendidikan teras tersebut. MIS
berpandangan supaya JPS merujuk kepada Majlis Ugama Islam Johor tentang pendidikan Islam ini
supaya persepsi negatif dapat dikikis dan menerima pakai idea memasukkan pendidikan Islam ke
sekolah-sekolah..26 Pemilihan Johor sebagai rujukan adalah disebabkan Johor dikenali sebagai negeri
yang mentadbir sekolah-sekolah agama dengan baik. Di samping itu, Majlis Ugama Islam Johor turut
membekalkan silabus dan buku-buku rujukan yang berkaitan kepada sekolah-sekolah agama untuk
tujuan penyelarasan dan pengawalan mutu pengajaran dan pendidikan. 27
Kewujudan Sekolah Agama Rakyat (SAR) merupakan refleksi daripada keengganan JPS untuk
memasukkan pendidikan Islam. Meskipun pada akhirnya JPS menerima subjek pendidikan Islam ke
sekolah rendah, tetapi subjek tersebut sebagai subjek “sampingan” sehingga jam pembelajaran sedikit
berbanding dengan subjek teras lain. Inilah yang menjadikan relevannya kewujudan SAR meskipun
sekolah rendah sudah menjalankan pendidikan Islam.
Persepsi negatif lahir dari kalangan masyarakat orang Melayu yang menganggap pengajian
Islam tidak memberi ruang dan peluang pekerjaan yang baik apabila tamat pengajian. Para Pelajar
24
25

26
27

Sarawak Makmur Dalam Malaysia, (1978). Sarawak: Jabatan Penerangan Sarawak, h. 70-71.
Surat daripada Pengarah Pelajaran Sarawak kepada Presiden Majlis Islam Sarawak, Teaching of Quran,
No.115 in Ed. 26/5, No. Fail ED/K/13/1, 13 Julai 1957, h. 1.
Ibid.
Anis Abot, (2010), Pendidikan Islam di Sarawak, Temubual, 28 Januari, Khamis, Batu 2 ½ Jalan Matang,
Kuching, Sarawak.

yang melanjutkan pengajian Madrasah Al-Junaid tidak semesti memperoleh pekerjaan dalam bidang
yang sama. Mohd Mortadza bin Haji Daud yang pulang ke Sarawak bekerja di Jabatan Penerangan
yang tidak ada hubungan dengan kelulusan yang diperolehnya di Madrasah Al-Junaid. Selepas beliau
tamat daripada Kolej Islam Malaya, maka baru beliau diterima bekerja di MIS. Tambahan pula, para
pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Madrasah Al-Islamiyah Kuching adalah kebanyakan para
pelajar yang tidak lulus dalam peperiksaan Darjah Enam iaitu Peperiksaan Common Entrance yang
mulai diwajibkan oleh pemerintah. Kemampuan dalam pembelajaran mereka masih lemah dan tidak
dapat menumpukan dalam pendidikan mereka. Hakikatnya sebenar ibu bapa menghantar ke madrasah
tersebut adalah untuk memberikan bekalan ilmu Islam kepada anak mereka di samping mengisi masa
kosong anak-anak mereka yang dikhuatirkan melakukan kerja-kerja yang tidak bermanfaat. 28
2. Fungsi Institusi Pendidikan Islam Di Sarawak Tidak Jelas
Fungsi dan matlamat pendidikan Islam pada awal pembinaan institusi pendidikan Islam di
Sarawak tidak jelas. Sekolah SAR pada awal penubuhannya hanya mengisi ruang kekosongan yang
tidak diisi oleh sekolah kerajaan berkaitan dengan pendidikan Islam. Oleh yang demikian, SAR hanya
pendidikan sampingan dan bukannya teras seperti pendidikan umum yang dilihat oleh masyarakat
awam. Ini memandangkan sekolah kerajaan hanya meletakkan pendidikan Islam sebagai subjek
sampingan yang tidak memberi makna yang lengkap dalam pembentukan modal insan. Oleh kerana
SAR adalah bersifat “menampung” maka matlamatnya tidak jelas dan tidak konsisten. Sering kali
SAR hanya diguna pakai oleh ibu bapa sebagai pusat singgah sementara untuk memenuhi masa
kosong anak agar tidak melakukan beberapa perkara yang tidak berfaedah. SAR hanya bermatlamat
jangka masa pendek sahaja. Sepanjang penubuhan beberapa SAR di Sarawak tidak menunjuk prestasi
yang membanggakan kecuali Madrasah Al-Islamiyah, Jalan Gambier Kuching.
Faktor langsung ketidakmampuan SAR adalah dari aspek sumber. Sumber boleh dilihat dalam
bentuk material, individu dan kewangan. Kehangatan untuk menubuhkan SAR di setiap daerah bahkan
kampung tidak dinafikan ketika era 1970-an dan 1980-an. Semangat tinggi penduduk setempat untuk
mewujudkan SAR di zahirkan dengan sumber yang terbatas. Sumber kewangan diperoleh melalui
kutipan dan sedekah penduduk setempat. Manakala guru agama diperoleh daripada guru-guru yang
mempunyai latar belakang agama yang terbatas. Masalah bangunan diselesaikan dengan menumpang
sekolah yang ada di sekitarnya. Penyelesaian tersebut boleh disifatkan sebagai penyelesaian jangka
masa pendek. Perjalanan kebanyakan SAR tidak lancar dan banyak bermasalah walaupun mendapat
sedikit bantuan dari Majlis Islam Sarawak.
Masalah SAR di Sarawak hampir serupa dengan masalah yang dihadapi di Semenanjung
Malaysia. Di semenanjung Malaysia, bukan sekadar SAR sahaja yang bermasalah tetapi juga sekolah
pondok yang dibina oleh individu atau yayasan. Boleh dilihat apa yang diperkatakan oleh Abdullah
Ishak terhadap sistem pendidikan pondok dilihat secara khusus terhadap permasalahan dalaman
sendiri. Permasalahan tersebut dilihat dari aspek kewangan, prasarana, bangunan, pengurusan,
pentadbiran, kewangan dan banyak lagi.29 Permasalahan hampir sama dengan SAR yang sedia ada.
Semangat menubuhkan SAR itu lahir daripada keinginan masyarakat Islam tetapi mereka dibatasi
dengan dana kewangan yang terhad. Sebagai contohnya SAR Norul Saadah menghadapi masalah yang
besar. Masalah sumber menjadi masalah utama seperti kekurangan guru, sukatan pelajaran yang
belum teratur, kekurangan kewangan bagi membayar gaji guru dan masalah bangunan sekolah. 30
SAR Norul Saadah merujuk permasalahan mereka kepada MIS, pendaftar SAR. Tindakan
MIS dalam masalah sekolah tersebut adalah mengambil sikap tidak campur tangan. Salah satu faktor
penting MIS bertindak sedemikian kerana memandangkan MIS turut menghadapi masalah sumber
kewangan. Buktinya, sekolah yang didirikan oleh MIS iaitu sekolah SEDAR tidak dapat berjalan
28

29

30

Nahrawi Abdul Rahman, (2009), Pendidikan Islam di Sarawak, Temubual, 11 Disember, Jumaat, Anjung
Kiri, Bangunan Mahkamah Syariah Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
Abdullah Ishak, (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka, h. 238.
Minit Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Khas, 22 Mac 1973, jam 9.00 pagi, Bangunan Urus setia, Kuching,
h. 2.

dengan sempurna kerana masalah yang serupa iaitu keterbatasan sumber. 31
3. Pelajar Kurang Berkualiti
Pelajar yang masuk ke sekolah agama adalah pelajar yang tidak mempunyai rekod prestasi
yang membanggakan. Kebanyakan pelajar tersebut mempunyai kelulusan yang sederhana dalam
pendidikan mereka dan ditambah tiada asas pendidikan Islam. Sekolah SEDAR menghadapi masalah
pelajar yang kurang berkualiti. Sambutan yang tidak menggalakkan membawa kepada kekurangan
pelajar. Jumlah yang memohon pada tahun 1974 adalah seramai 43 orang dan hanya 18 orang yang
layak diterima. Kelayakan tersebut bukan berdasarkan piawaian yang ditetapkan tetapi untuk
memenuhi kuota pelajar pada tahun tersebut. Itu pun tidak mencapai peruntukan yang ditetapkan dan
apa yang membimbangkan adalah kelayakan mereka adalah pada tahap yang minima. Krisis SEDAR
turut dilihat daripada prestasi para pelajar yang tidak memberangsangkan. Isu pelajaran bahasa Arab
dikatakan menyebabkan pelajaran pelajar merosot. Masalah tersebut membawa kepada penghapusan
subjek tersebut untuk memastikan subjek lain tidak terabai. Kebijakan yang kurang matang MIS
membawa kepada arah dan hala tuju serta matlamat SEDAR keluar daripada landasan. 32
Pelajar kurang berkualiti di Sarawak adalah kesan daripada didikan ibu bapa mereka yang
kurang mementingkan pendidikan umum apalagi pendidikan Islam. Masyarakat Islam Sarawak pada
sekitar tahun 1970-an masih terikut dengan tradisi orang tua yang bekerja sendiri tanpa mampu
membangun lebih maju ke hadapan. Pendidikan bagi mereka tidak menjanjikan sebarang keuntungan
dalam kehidupan seharian. Pemikiran mereka masih terikat dan melihat sesuatu dalam jangka waktu
pendek dan bukan jangka masa panjang. Kebanyakan masih dilingkari dengan kemiskinan dan tidak
mampu membiayai pendidikan anak walaupun di sekolah rendah. Manakala pendidikan Islam bagi
mereka cukup dipelajari di surau dan bukannya secara pendidikan sepenuh masa. Kesan daripada
warisan pemikiran demikian ia menjadi tradisi dan diwarisi kepada anak-anak. Kebanyakan anak-anak
masyarakat Islam tidak mempunyai daya pengetahuan yang tinggi dan sukar menerima pembelajaran
baik di sekolah umum mahupun pendidikan Islam.33
4. Permasalahan Kewangan
Permasalahan kewangan salah satu faktor kelemahan pendidikan Islam di Sarawak.
Kedudukan kewangan Tabung Zakat dan Fitrah tidak stabil dan susut. Kutipan pada tahun 1970
menyusut sehingga RM53,726.60 (perbandingan antara tahun 1969 iaitu RM133,726.60 dan 1970
iaitu sebanyak RM80,000.00). Begitu juga dalam tahun 1977 yang mengalami penyusutan sebanyak
RM12,039.50 jika dibandingkan tahun 1976. Terakhir sekali dalam tahun 1980 iaitu menyusut
sebanyak RM93,246.52. Sekali gus impak langsung daripada itu menyebabkan perjalanan pendidikan
melalui institusi MIS iaitu sekolah SEDAR agak terhambat.
Jalan yang dipilih bukan untuk bertahan tetapi langkah ke belakang iaitu mengubah sekolah
tersebut kepada sekolah bantuan kerajaan dibuat untuk mengelak sekolah itu ditutup. 34 Pada tahun
1974, gagasan untuk menukar sekolah SEDAR ke sekolah bantuan mendapat persetujuan Abdul
Rahman Yaakub, Ketua Menteri Sarawak. Perubahan tersebut atas dua alasan iaitu kewangan dan
pelaksanaan sekolah tersebut. Perubahan ke arah sekolah bantuan dianggap jalan menuju
penyelesaian daripada sekolah SEDAR ditutup. 35 Pihak pengurusan sekolah SEDAR mengakui
kekurangan sekolah SEDAR dan mengharapkan agar MIS mempercepatkan proses menukar taraf
31

Ibid.
Minit Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Ketiga, 22 Disember 1973, jam 9.00 pagi, Bilik Pembangunan
Bahagian Pertama, Kuching, perkara 13/73, h. 2.
33
Anis Abot, 2009, Masyarakat Islam Sarawak Dalam Tahun 1970-an, Temubual.
34
Sekolah bantuan kerajaan adalah sekolah yang mendapat bantuan kewangan dan guru daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia. Sekolah bantuan kerajaan sebelum ini dilaksanakan oleh sekolah-sekolah misionari
seperti Sekolah Rendah Bantuan (SRB) St. Thomas, SRB St. Joseph, SRB St. Mary dan lain-lain.
35
Minit Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Kedua, 10 Oktober 1974, Jam 900 pagi, Bilik Gerakan
Pembangunan, Pejabat Residen, h. 1.
32

sekolah SEDAR kepada sekolah bantuan.36
Sebuah Jawatankuasa Kecil dibentuk untuk melaksanakan sekolah bantuan SEDAR. Mereka
terdiri daripada Abdul Kadir Hassan (1928-1988), Abang Hj. Safuani, Rakawi Nor dan Awang Pon
Awang Sebon.37 Meskipun usaha secara komprehensif antara MIS dan pengurusan sekolah SEDAR
untuk menukar taraf tersebut namun akhirnya sekolah tersebut terpaksa ditutup dengan alasan lahirnya
sebuah sekolah agama kerajaan iaitu Sekolah Menengah Kerajaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul
Wahab Matang.
5. Sistem Pemilihan Dan Kawalan Pelajar Longgar
Peringkat awal MIS dalam memberikan bantuan kepada pelajar Islam yang menuntut pengajian
Islam amat terhad dan hampir tiada, memandangkan dana yang cukup terbatas dan terhad. Antara
tahun 1955 hingga 1965, penulis dapati bahawa tidak tercatat MIS memberi bantuan dalam pengajian
Islam. Barangkali pengajian Islam bukan matlamat utama dalam masyarakat Islam di Sarawak.
Pengajian Islam hanya difokuskan di masjid, surau atau rumah tok guru yang dijalankan secara non
formal. Pengajian Islam hanya bersifat pelengkap dan prasyarat sampingan dalam kehidupan dan asas
penting masyarakat Melayu Islam adalah memenuhi keperluan hidup dengan mencari wang untuk diri
sendiri dan keluarga. Fokus utama adalah berternak, bersawah, menangkap ikan, mencari barangan di
hutan dan lain-lain.38 Bantuan bermula pada tahun 1966, apabila Undang – Undang Zakat dan Fitrah
1966 diperkenalkan oleh MIS dengan matlamat utama penubuhan adalah membantu pelajar Islam
yang belajar dalam bidang pengajian Islam. Penerangan dan ceramah lebih difokuskan kepentingan
zakat dalam membangunkan modal insan masyarakat Islam Sarawak. 39
Bantuan kewangan atau dermasiswa yang diberikan kepada para pelajar Islam Sarawak tidak
dirancang dan dikawal dengan sempurna. Bantuan tersebut diserahkan kepada para pelajar yang
memohon dan bukannya MIS yang menghantar pelajar tersebut. Kualiti pelajar tersebut bukan menjadi
persoalan penting. Bantuan kewangan tersebut tidak dibuat saringan terlebih dahulu. Penulis melihat
kesan negatif daripada tindakan yang demikian yang menyebabkan beberapa masalah berlaku selepas
itu. Di sini penulis melihat ada dua masalah besar. Pemilihan pelajar yang diberikan bantuan
kewangan tersebut tanpa menilai prestasi pelajar terlebih dahulu atau tepatnya tidak berkualiti
menyebabkan ramai pelajar tajaan yang keciciran atau gagal menamatkan pelajarannya. Ini merugikan
MIS dari aspek bantuan yang tidak memberikan pulangan hasil yang positif.
Seharusnya MIS memikirkan pelajar Sarawak yang pergi menyambung pengajian Islam di
Semenanjung Malaysia apabila ditaja dengan bantuan kewangan adalah pelajar yang layak dalam erti
kata yang lain berkualiti. Masalah kedua ialah pelajar yang keciciran akan berpindah ke tempat
pengajian yang lain tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada MIS. Sewajarnya MIS menetapkan
prasyarat yang khusus untuk pelajar yang gagal tidak layak memohon semula bantuan kewangan
tersebut. Namun hakikatnya, pelajar yang berpindah ke tempat lain masih menerima bantuan
kewangan daripada MIS. Setelah enam belas tahun (daripada tahun 1969 sehingga tahun 1985) skim
bantuan kewangan MIS diubah mengikut polisi yang baru dan mengetatkan lagi syarat pemberian
bantuan kewangan. MIS bertindak menetapkan syarat-syarat ketat bagi pemohon bantuan kewangan
pengajian Islam. Ia memberikan kesan positif kepada para pelajar selepas tahun 1985 terutama
peningkatan jumlah pelajar yang lulus. 40
6. Matlamat Bantuan Tidak Jelas
36

37

38

39

40

Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Ketiga, 17 November 1975, Jam 900 pagi, Bilik Gerakan Pembangunan,
Pejabat Residen, h.1.
Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Ketiga, 25 November 1974, Jam 900 pagi, Bilik Gerakan Pembangunan,
Pejabat Residen, Perkara 20/74, h. 1.
Syed Idrus Syed Ahmad dan R Sangiram, (1990), Perkembangan Pendidikan di Sarawak. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 30.
Anis Abot, 2009, Pembangunan Modal Insan Masyarakat Islam Sarawak Dalam Era Penubuhan MIS,
Temubual, 7 Disember, Jalan batu 2 ½ Matang, Kuching, Sarawak.
Ibid.

Perbincangan sebelum ini menyatakan bahawa matlamat utama pengumpulan zakat bertujuan
membantu pengajian Islam di Sarawak. Matlamat tersebut berjalan meskipun jumlah yang
diperuntukkan bukan menunjukkan keutamaan. Para pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di
peringkat rendah hingga universiti dibantu walaupun kemampuan yang terhad.
Perolehan zakat yang meningkat dan dana Baitulmal yang bertambah bermula pada tahun 1980
sehingga 1990 sedikit sebanyak merangsang bantuan kewangan kepada para pelajar terutama era
1980-an. Walaupun Madrrasah Al-Junaid dianggap sudah tutup pintu, atas alasan birokrasi kerajaan
yang ketat membuat MIS memilih tempat lain iaitu di Madrasah Arabiyah, Kluang Johor bagi
peringkat rendah dan Maahad Johor untuk peringkat menengah. Harapan daripada lulusan tersebut
dapat menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain daripada maahad tersebut,
Madrasah Sullamiah, Kota Bharu, Kelantan dipilih bagi tujuan yang sama. Para pelajar tajaan MIS
dihantar ke tempat yang disyorkan oleh MIS.41
Bantuan yang diberikan sekadar untuk memenuhi keperluan para pelajar tersebut untuk
menyambung pengajian mereka. Pada awal bantuan tidak ada kawalan para pelajar tajaan dan akhirnya
mereka diberikan syarat yang lebih ketat untuk mendisiplinkan mereka dalam menerima bantuan
daripada TZF. Namun tujuan bantuan tersebut tidak jelas dan tidak mempunyai matlamat yang khusus.
Bantuan kewangan untuk pendidikan adalah merupakan agenda utama penubuhan TZF melalui
perundangan zakat 1966. Bantuan sudah disalurkan kepada para pelajar, namun hasil yang diharapkan
melalui bantuan tersebut belum berjaya. Mekanisme pengagihan tidak kemas dan sistem pemantauan
pelajar atau biodata para pelajar yang tamat tidak ada. Sukar untuk mengukur kejayaan para pelajar
yang pernah ditaja oleh TZF. Bantuan tersebut seperti tidak memberi makna dalam pembangunan
modal insan yang sistematik. MIS sewajarnya menyusun kerangka program yang tersusun sama ada
jangka masa pendek atau panjang untuk para pelajar tajaan mereka sehingga membantu dalam
pembangunan modal insan Islam di Sarawak.
8. Kuantiti Pelajar
Pengajian Islam dianggap pengajian kelas kedua oleh masyarakat Islam era 1950-an sehingga
lewat 1970-an kerana matlamat akhirnya yang tidak jelas dan tidak ada peluang pekerjaan bagi lulusan
pengajian Islam. Pada awalnya, pelajar yang meminati pengajian Islam adalah pelajar yang gagal
dalam peperiksaan yang dikelolakan oleh kerajaan iaitu peperiksaan darjah 6. 42 Kemampuan yang
terbatas tersebut, dilihat agak sukar untuk menemui pelajar yang benar-benar berkualiti. Para pelajar
yang mengikuti pengajian Islam hanya sekadar memenuhi permintaan ibu bapa untuk menempatkan
anak mereka bersekolah meskipun kualiti yang rendah. Kebanyakan pelajar yang masuk ke Madrasah
Al-Islamiyah dan dua buah cawangan yang lain, Kampung Sungai Bedil Besar, Kuching (Wanita) dan
Kampung Sungai Bedil Kecil, Kuching (Lelaki) tidak mampu untuk menyelesaikan pengajian mereka.
Hasilnya, jumlah yang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi amat sedikit. Tidak
ramai yang menyambung pengajian mereka ke Singapura atau ke Malaya (Semenanjung Malaysia). 43
Begitu juga dengan kedudukan para pelajar yang menuntut di sekolah SEDAR. Pada awalnya
pelajar ramai tetapi akhirnya jumlah semakin sedikit. Kebanyakan pelajar gagal dalam peperiksaan.
Manakala ujian kemasukan menunjukkan ramai pelajar yang tidak layak tetapi terpaksa diambil untuk
memenuhi peruntukan pelajar yang ditetapkan. Oleh kerana penekanan kepada kualiti dan pada masa
yang sama ramai pelajar yang tidak berkelayakan menyebabkan jumlah pelajar semakin sedikit dan
akhirnya sekolah terpaksa ditutup.44
9. Ketidakmampuan Menghadapi Mata Pelajaran Bahasa Arab
41

Nahrawi Abdul Rahman, 2009, Temubual.
Ibid.
43
Ibid.
44
Ibid.
42

Pengajian Islam menuntut para pelajar mampu memahami bahasa Arab kerana ia sebagai alat
untuk memahami Islam. Kebanyakan kitab atau buku digunakan adalah berbahasa Arab. Para pelajar
dituntut untuk belajar bahasa tersebut. Madrasah Al-Islamiyah mengikuti silabus Al-Junaid seperti
pelajaran Tafsir al-Quran, Tauhid, Mustalah al-Hadis, Fikah, Hadis, Usul Fiqh, Faraid, Tarikh Islam,
Balaghah, Mantiq, Nahwu Arab dan Insha’ (bahasa Arab). Kesemua pelajaran tersebut menggunakan
bahasa Arab. Ramai pelajar begitu lemah dalam bahasa Arab .Bahasa Arab dianggap asing bagi para
pelajar kerana selama ini tidak ada pendedahan awal di peringkat sekolah rendah bahkan surau dan
masjid tidak pernah belajar bahasa Arab.45
Masalah ini bukan sahaja berlaku di Madrasah Al-Islamiyah sahaja, bahkan turut berlaku di
sekolah SEDAR. Pentadbir Sekolah SEDAR terpaksa menolak pengajian bahasa Arab kerana
dikatakan mengganggu tumpuan para pelajar dengan subjek-subjek teras yang lain. Kebanyakan para
pelajarnya lemah bahasa Arab dan pernah para pelajar semua gagal dalam mata pelajaran bahasa
Arab.46 Faktor kegagalan tersebut adalah berpunca daripada kelemahan pelajar yang diambil belajar di
sekolah SEDAR tidak mempunyai asas pendidikan bahasa Arab. Ini bukan permasalahan guru yang
tidak pandai mengajar kerana guru besar merangkap pengajar sekolah tersebut, Awang Pon Awang
Sebon adalah alumni Universiti Al-Azhar, Mesir.
KESIMPULAN
Perkembangan pendidikan Islam di Sarawak dianggap perlahan jika dibandingkan dengan
perkembangan di Semenanjung Malaysia. Perkembangan yang agak mendatar disandarkan atas
cabaran-cabaran yang besar sehingga menjadi faktor dominan. Namun demikian, ransangan
perkembangan Islam di Malaysia pada tahun 1980-an dan di sokong kuat oleh pemerintah Sarawak
yang digerakkan oleh Majlis Islam Sarawak sehingga tercetusnya fenomena keghairahan masyarakat
Islam beralih kepada pendidikan Islam.
SUMBER RUJUKAN
Hamka, (1995),Falsafah Hidup.Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltdh. 75.
Syahminan Zaini, (1986), Prinsip – Prinsip Dasar Konsepsi Pendidikan Islam, Jakarta: Kalam Mulia,
h. 4.
Syed Sajjad Hussain dan Syed Ali Ashraf, (1989), terj., Krisis Dalam Pendidikan Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 42-43.
Zainudin Jaffar, (2003), Matlamat dan Fungsi Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Islam, dalam
“Memahami Isu-Isu Pendidikan Islam di Malaysia”. Kuala Lumpur:Institut Kefahaman
Islam Malaysia, h. 140.
Kamarudin Kachar, (1989), Strategi Penerapan Nilai – Nilai Islam Di Institusi Pendidikan. Kuala
Lumpur: Teks Publishing, h. 22.
Abdullah Ishak, (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka, h. 14.
S Baring-Gould, MA and CA Bampflyde, (1909), A History Of Sarawak Under Its Two White Rajahs
1839-1908. F.R.G.S, London:Henry Sotheran & Co., h. 32-33.
Majalah As-Salam, (1985), Seminar Pendidikan Islam Sarawak, Bil 11, Tahun 6. Kuching: Majlis
Islam Sarawak, h. 3-4.
Zainal Abidin Abdul Kadir, (1985), Pelajaran dan Belia Islam, Masalah dan Cabaran Masa Kini dan
Kemungkinan Masa Depan, dlm. Majalah As-Salam, Bil. 11, Tahun 6, Kuching: Majlis
Islam Sarawak, h. 7.
Surat daripada Pengarah Pelajaran Sarawak kepada Presiden Majlis Islam Sarawak, Teaching of
Quran, No.115 in Ed. 26/5, No. Fail ED/K/13/1, 13 Julai 1957, h. 1.
45
46

Anis Abot, 2009, Temubual.
Lihat Laporan Sekolah SEDAR yang dikemukakan kepada Majlis Islam Sarawak yang menunjukkan
kelemahan pelajar SEDAR dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

Juanda Jaya, Dakwah Islamiah di Sarawak: Kajian Terhadap Pengurusan Dakwah Secara
Berorganisasi, Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia, 200 ,h. 94-95.
Habid’s Buhigiba Bin Mohamad Bustamam, Perkembangan Islam Di Sarawak 1946-1991, 1995, h.
32-33.
Ezad Azraai Jamsari, et. al., (2003), Peranan Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Budaya
Masyarakat Islam di Kuching, Sarawak, dlm. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara
II:Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo. Bangi: Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 128-129.
Sarawak Education Department Annual Summary for 1955, (1955). Kuching: Education Department,
h. 1.
Ahmad Zaidi Edruce merupakan Presiden Barisan Pemuda Sarawak (BPS) setelah beliau menamatkan
pengajiannya di peringkat ijazah Sarjana Muda di luar Negeri.
James Ritchie, (2001), Tun Ahmad Zaidi, Anak Watan Sarawak(terj), Selangor: Pelanduk Publication,
h. 104.
Malaysia Annual Report of Education Department Sarawak for 1966, (1966), Kuching: Jabatan
Pelajaran Sarawak, h. 1.
Sarawak Makmur Dalam Malaysia, (1978). Sarawak: Jabatan Penerangan Sarawak, h. 70-71.
Surat daripada Pengarah Pelajaran Sarawak kepada Presiden Majlis Islam Sarawak, Teaching of
Quran, No.115 in Ed. 26/5, No. Fail ED/K/13/1, 13 Julai 1957, h. 1.
Anis Abot, (2010), Pendidikan Islam di Sarawak, Temubual, 28 Januari, Khamis, Batu 2 ½ Jalan
Matang, Kuching, Sarawak.
Nahrawi Abdul Rahman, (2009), Pendidikan Islam di Sarawak, Temubual, 11 Disember, Jumaat,
Anjung Kiri, Bangunan Mahkamah Syariah Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
Abdullah Ishak, (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, h. 238.
Minit Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Khas, 22 Mac 1973, jam 9.00 pagi, Bangunan Urus setia,
Kuching, h. 2.
Minit Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Ketiga, 22 Disember 1973, jam 9.00 pagi, Bilik Pembangunan
Bahagian Pertama, Kuching, perkara 13/73, h. 2.
Minit Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Kedua, 10 Oktober 1974, Jam 900 pagi, Bilik Gerakan
Pembangunan, Pejabat Residen, h. 1.
Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Ketiga, 17 November 1975, Jam 900 pagi, Bilik Gerakan
Pembangunan, Pejabat Residen, h.1.
Mesyuarat Majlis Islam Sarawak Ketiga, 25 November 1974, Jam 900 pagi, Bilik Gerakan
Pembangunan, Pejabat Residen, Perkara 20/74, h. 1.
Syed Idrus Syed Ahmad dan R Sangiram, (1990), Perkembangan Pendidikan di Sarawak. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 30.
Anis Abot, 2009, Pembangunan Modal Insan Masyarakat Islam Sarawak Dalam Era Penubuhan MIS,
Temubual, 7 Disember, Jalan batu 2 ½ Matang, Kuching, Sarawak.
Laporan Sekolah SEDAR yang dikemukakan kepada Majlis Islam Sarawak yang menunjukkan
kelemahan pelajar SEDAR dalam mata pelajaran Bahasa Arab.