AMALAN PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA

AMALAN PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA1
Oleh
Roslan Abd Jelani
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Pendahuluan
Sebelum kita dapat membincangkan perkara di atas, perlulah jelas dalam
pemikiran kita tentang apakah sebenarnya yang cuba kita perkatakan. Ini
memandangkan tajuk di atas kelihatan begitu umum dan dari satu segi, tidak
begitu releven untuk dihuraikan jika yang hendak disentuh di sini adalah
pengurusan Islam itu sendiri sebagai satu korpus ilmu baru yang telah
dibangunkan dengan rapi dan sistematik lalu dijadikan sebagai premis utama
dalam pengamalan pengurusan di Malaysia.

Sebenarnya, semenjak negara kita mengecapi kemerdekaan sehinggalah pada
alaf baru ini, belum banyak lagi usaha yang dilakukan dengan giat dan sistematik
oleh mana-mana pihak sama ada pusat pengajian tinggi awam atau mana-mana
institusi kerajaan bagi membangunkan disiplin pengurusan yang benar-benar

1

Tajuk di atas merupakan salah satu topik utama yang dibincangkan dalam Konvensyen

Pengurusan Islam bertemakan Pengurusan dan Islam: Wahana ke Arah Memartabatkan
Pembangunan Negara Abad 21 yang diadakan di Aseania Resort, Langkawi pada 18 – 19
November 2000, anjuran Universiti Utara Malaysia. Dalam membentangkan isu yang berkaitan,
saya menampilkan semula sebahagian artikel yang ditulis oleh Tuan Hj. Mohd Affandi Hassan
yang bertajuk “Pendekatan Tauhid dalam Pengurusan dan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip,
dan Model Alternatif “ untuk direnung dan difikir oleh para peserta konvensyen. Artikel ini telah
dimuatkan dalam buku Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam,
diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN,
1991), m.s. 26 – 71. Tulisan yang saya usahakan ini tidak lain hanyalah sebagai syarah kepada
tulisan beliau.

1

dilandaskan kepada kesatuan dua bentuk ilmu iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli2 yang
boleh dicapai melalui empat saluran ilmu 3 yakni:

i.

Pancaindera (kaedah empirikal);


ii.

Khabar Sadiq (al-Qur’an, al-Hadith, dan Khabar Mutawatir);

iii.

‘Aql Salim; dan

iv.

Ilham (penampakan tentang hakikat sesuatu yang dipancarkan oleh
Allah atas jiwa yang mutma’innah).

Usaha-usaha Awal Pembangunan Disiplin Pengurusan Islam

Dalam aspek membangunkan disiplin pengurusan Islam, Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN) misalnya telah memulakan langkah awalnya dalam hal ini
dengan menerbitkan buku yang berjudul Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar
dan Amalan dalam Islam pada tahun 1990 yang diselenggarakan oleh Shafie Hj.
Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan; disusuli kemudiannya pada tahun 1992

dengan penerbitan buku The Tawhidic Approach in Management and Public
Administration: Concepts, Principles and an Alternative Model yang dikarang
oleh Mohd. Affandi Hassan, dan penerbitan Buletin Pengurusan Islam; muncul
2

Usaha yang dinyatakan di atas hanya dilakukan secara individu oleh tokoh pentadbir dan tokoh
akademik seperti Tuan Haji Mohd Affandi Hassan yang sering menghuraikan tentang pendekatan
Tawhid dalam pengurusan, Profesor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud yang sering memperkatakan
tentang prinsip adab pengurusan, Profesor Dr. Muhammad Kamal Hassan yang sering
menjelaskan tentang aspek perbandingan pengurusan, dan Saudara Mohd Zaidi Ismail yang
acapkali secara bersungguh-sungguh mena’rifkan istilah tadbir dan adab sebagai inti pati utama
teori pengurusan.
3

Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay
Translation of the ‘Aqa’id of al-Nasafi (Kuala Lumpur: Dept. of Publications, The University of
Malaya, 1988), p. 101.

2


selepas itu buku Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan
Awam yang diterbitkan pada tahun 1994; dan kemuncaknya apabila diadakan
satu bengkel di peringkat kebangsaan pada 21 hingga 22 September 1995 yang
dihadiri oleh wakil-wakil penting dari semua institusi-institusi latihan kerajaan dan
institusi-institusi pengajian tinggi awam bagi tujuan membincangkan tiga perkara
penting yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran dari perspektif
Islam iaitu:
i.

cadangan mewujudkan kurikulum kursus pentadbiran dan pengurusan
dari perspektif Islam;

ii.

usaha-usaha bagi meningkatkan tahap kepakaran/kemahiran tenaga
pengajar/pensyarah di institusi-institusi latihan di seluruh negara dalam
bidang yang berkaitan; dan

iii.


penubuhan sebuah pusat sumber maklumat pengurusan dan
pentadbiran Islam.

Ekoran daripada bengkel tersebut, beberapa siri kursus pengurusan dan
pentadbiran Islam yang berbentuk latihan untuk jurulatih dan beberapa seminar
umum telah diadakan. Kursus dan seminar yang diadakan ini lebih menjurus ke
arah memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang kerangka dasar
pentadbiran dan pengurusan Islam yang menyentuh perkara-perkara penting
seperti prinsip al-Tawhid sebagai teras pembangunan organisasi, mu’amalat
Islam sebagai asas dalam metodologi pengurusan, kepemimpinan Islam

3

berlandaskan hakikat iman, ilmu, amal dan ihsan, pemupukan semangat syura,
dan konsep ikhtiar sebagai asas pembinaan kreativiti.

Walau bagaimanapun, usaha yang kelihatan dilakukan secara bersungguhsungguh di peringkat awal ini akhirnya mulai malap, mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor:
i.


usaha ini, walaupun berlaku di peringkat organisasi, tetapi ia lebih
merupakan inisiatif perorangan yang penuh ikhlas, beristiqamah,
bersemangat ilmu, berani, dan yakin bahawa prinsip Islam dapat
diolah untuk dilahirkan sebagai satu sistem pengurusan yang beradab.
Patut diingat bahawa tidak sekelumit pun timbul dalam jiwa orang yang
sebegini matlamat yang berkepentingan peribadi yakni sama ada
untuk mengejar kedudukan, kuasa dan pangkat. Contoh usaha dan
keperibadian yang dipancarkan oleh individu-individu ini sebenarnya
tidak dipupuk dengan sewajarnya dalam diri pegawai-pegawai awam
yang lain, ditambah pula dengan kurangnya pengiktirafan organisasi
terhadap hasil usaha yang sebegini hingga mengakibatkan
terbantutnya perjalanan program tersebut;

ii.

kurangnya keutamaan yang diberikan oleh peringkat pengurusan
terhadap aspek pembinaan disiplin pentadbiran dan pengurusan Islam
lalu program yang sebegini dibiarkan dalam keadaan terumbangambing. Akibatnya, amanah bagi melaksanakan program tersebut
diletakkan atas bahu orang yang tidak beradab terhadap ilmu, selekeh


4

dari segi mengolah bidang yang diceburi, atau melaksanakan
tanggung jawab tersebut dengan ala kadar sahaja sehigga
mengakibatkan usaha yang bersepadu dalam hal yang berkaitan tidak
dapat dilaksanakan;
iii.

terpahatnya budaya kerja kebendaan yang bersifat anti ilmu yang
berpaksikan “hawa” dan zann atau rasa agak-agak di peringkat
individu; tuntutan sosio-politik dan desakan ekonomi jangka pendek di
peringkat institusi dan negara.4 Ini sebenarnya menjadi punca kepada
lahirnya pemimpin organisasi yang rakus jiwanya yang hanya
berlumba-lumba mengejar kedudukan dan pangkat hinggakan
komitmen yang jitu tidak dapat diberikan kepada program di atas yang
secara zahirnya seolah-olah tidak dapat menjanjikan apa-apa
keuntungan kebendaan; dan

iv.


lahirnya kelompok pentadbir dan pengurus yang begitu pragmatik
terhadap sistem pemikiran Barat yang sekular yang bilangan mereka
lebih ramai berbanding dengan kelompok yang mempunyai ilmu dan
keyakinan yang kukuh terhadap Islam. Kelompok tersebut sebenarnya
mengendong pemikiran beku , bebal dan penuh keraguan (sceptic)
hinggakan tidak terbit pada jiwa mereka hakikat dan kebenaran
sesuatu. Bagi mereka, perkara seperti metafizik, tasawwuf, tawhid,
dan prinsip fiqhiah amat tidak releven untuk diketengahkan dalam
konteks pengurusan masa kini.

4

Wan Mohd. Nor Wan Daud, “Budaya Kerja Bersepadu” , Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar
dan Amalan dalam Islam, diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi
Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1992), m.s. 130.

5

Usaha bagi membangunkan disiplin pengurusan Islam ini juga turut dilaksanakan
oleh Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

(YPEIM) dengan menggunakan prinsip al-Tawhid sebagai teras dalam latihan.
Usaha yang baru dimulakan ini dan berterusan sehingga kini lebih tertumpu
kepada soal menerapkan semangat keIslaman sejati dalam konteks pengurusan
dan pembangunan organisasi. Program yang sebegini, walaupun pada
dasarnya tidak lagi bersifat apologatik atau akomodatif terhadap sistem
pengurusan Barat tetapi masih di peringkat permulaan kerana subjek-subjek
utama dalam kursus yang ditampilkan ini hanya berkisar pada elemen-elemen
teras yang menjadi tunjang kepada pembinaan disiplin pengurusan Islam.
Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dalam hal ini misalnya menyenaraikan
istilah-istilah dan konsep-konsep utama pentadbiran Islam sambil pada masa
yang sama membina teori dan sistem pentadbiran dan pengurusan Islam.

Amat malang sekali, usaha sedemikian masih belum dapat dilakukan secara
kolektif atau secara gabungan dengan institusi-institusi “unggul” yang lain
kerana program sebegini lahir bukan atas dasar minat dan kesedaran bersama
tetapi masih dalam lingkungan inisiatif individu yang begitu yakin dan berazam
tinggi bagi menampilkan prinsip pentadbiran Islam sebagai landasan utama
sistem pengurusan. Keadaan ini menggambarkan betapa ceteknya fahaman
para pengamal pengurusan tentang Islam; hanya memberi perhatian terhadap
aspek ritualnya semata-mata sehingga Islam sanggup dijadikan sebagai alat


6

untuk bersandiwara. Mereka alpa terhadap hakikat dan kebenaran kukuh yang
menandai Islam yang secara batin menghendaki kita supaya menyuburkan satu
bentuk kehidupan yang membolehkan kita, pada setiap detik dan ketika,
menghadirkan diri ke hadrat Illahi.

Kehidupan subur yang dinyatakan di atas, pada hakikatnya, perlu dimulakan di
peringkat diri terlebih dahulu. Keaiban, kadaifan, dan kemaksiatan diri hendaklah
senantiasa diperhitungkan (muhasabah); kemahabesaran mu’jizat Illahi yang
ditajallikan dalam diri hendaklah tidak boleh tidak direnung dan difikirkan
(tafakkur); dan, pengawasan diri dalam maksud diri aqali mengawali dan
seterusnya menakluki diri hayawani sudah semestinya setiap masa dilakukan
(muraqabah). Perlu diingat bahawa amal-amal yang terkandung dalam aspek
pengurusan dan pentadbiran jika dilakukan bukan atas tujuan untuk menyucikan
jiwa, membaiki laku perangai dan budi pekerti, serta mencapai rasa dan
pengalaman rohani yang boleh menghampirkan diri kepada Allah, kelak ia akan
menfasadkan diri dan membutakan mata hati. Berwaspadalah! Barang siapa
yang buta (mata hati kerohaniannya) dalam dunia ini akan butalah juga ia di

akhirat kelak, bahkan lebih sesat lagi jalannya.5Oleh itu kita dapat perhatikan
bahawa ramai pengurus dan pentadbir yang asyik menyuarakan slogan
kecemerlangan dan kemajuan organisasi sebaliknya diri mereka semakin
terbantut dan jiwa mereka pula semakin keroh;banyak melakukan helah
terhadap hukum agama dan banyak mengeluarkan dalil-dalil palsu; sering
merobek kesusilaan dan kesopanan insaniah; hinggakan hakikat iman, Islam dan
5

Rujuk Surah al-Isra’: 73

7

ihsan ditanggapi sebagai tiada kaitan dan keserasian dengan sains pengurusan
moden.

Hakikat Sistem Pengurusan Moden

Akibat daripada pengabaian terhadap pembangunan disiplin pentadbiran dan
pengurusan Islam maka apa yang terhidang kepada kita pada masa kini
hanyalah sistem pengurusan yang diwarisi dari Barat yang secara zahirnya
kelihatan enak tetapi terselit dalamnya racun yang bakal mengundang bencana
pada jiwa dan kefasadan pada aqal. Jika dinukilkan sebagai satu misalan,
disiplin pengurusan Barat itu ibarat sebatang pohon palsu yang dihiasi dengan
daunan yang indah warnanya dan buah-buahan yang rupanya mempersonakan
tetapi sayang, isinya tidak dapat dikecapi malah jauh sekali daripada memberi
kelazatan pada batin. Kebaikannya hanya semata-mata terhad sebagai hiasan
belaka yang bakal diubah-ubah rupanya dan kedudukannya sejajar dengan
keinginan nafsu yang jahil tentang batasan ma’na keindahan kerana butanya
terhadap maksud ilmu.

Sains pengurusan Barat serta sistem yang turut serta bersamanya, jika direnung
melalui hati nurani yang hening, menampilkan penafian secara halus terhadap
beberapa prinsip teras agama. Ini diakibatkan oleh beberapa faktor:

8

i.

Faktor Pandang Alam (Worldview)

Sains pengurusan itu lahir dalam kerangka pandang alam sekular yang biasa
digelar dengan nama humanisme. Faham inilah yang menobatkan manusia
sebagai penentu utama nilai kehidupan dunyawi ini dan pada masa yang sama
meletakkan kebendaan pada satu kedudukan yang paling istimewa. 6 Proses
menduniakan manusia ini dilakukan dengan keadaan yang begitu licik melalui
perancanaan disiplin pengurusan yang bersifat rasional dan liberal sehingga
sampai pada tahap mematikan iman lalu pengurusan itu muncul dalam
keadaannya yang bebas dari petunjuk ilmu wahyu. Walaupun perkara-perkara
yang menyangkut tentang agama munkin diperkatakan, tetapi ianya berlaku atas
dasar ‘utiliti ‘ dalam kaitannya dengan faedah ekonomi dan politik dan agama itu
sendiri hanya dianggap sebagai salah satu cabang budaya yang senantiasa
perlu disesuaikan dengan order baru kehidupan.

Perkembangan yang tidak sihat ini berlaku sejajar dengan peringkat kematangan
yang kononnya dicapai oleh Barat dalam faham mereka tentang Tuhan.
Peringkat kematangan ini mengandaikan bahawa manusia telah berupaya untuk
mengetahui segala rahsia yang terkandung di sebalik kejadian alam ini melalui
pendekatan yang bersifat empirik dan rasional yang boleh terhasil daripada
penggunaan panca indera.7 Peringkat inilah yang menandai kemunculan doktrin
6

Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001),
para 9, ms. 18 – 22.
7
Ibid, para 15 ms. 42. Lihat juga Nicola Abbagnano, “Humanism”, The Encyclopedia of
Philosophy, reprint edition 1972, vol. 4: 66 – 72.

9

yang menyisihkan manusia daripada kekangan agama, mengandaikan bahawa
tidak ada alam lain kecuali alam nyata ini, menetapkan bahawa manusialah yang
layak menentukan nasibnya sendiri, berpegang bahawa prinsip taqdir Illahi tidak
berlaku atas manusia, dan menthabitkan bahawa tanggung jawab kepada Tuhan
telah beralih sepenuhnya kepada tanggung jawab kepada manusia. 8

“Kematangan” inilah yang digunakan oleh Barat bagi mematangkan disiplindisiplin ilmu yang lain, salah satunya adalah pengurusan. Ini terbukti melalui
kemunculan pemikiran dan teori pertama dalam pengurusan yang dianggap
sebagai klasik yang tertumpu kepada pendekatan yang bersifat saintifik dan
rasional. Teori ini mulai diperkenalkan oleh Frederick Taylor (1856 – 1915),
seorang jurutera daripada Amerika Syarikat. Teori pengurusan yang
diperkenalkan oleh Taylor ini telah secara nyata merendahkan martabat
kemanusiaan dengan mengandaikan manusia sebenarnya tidak lebih daripada
faktor pengeluaran seperti mesin dan modal yang tenaganya perlu
dimanipulasikan supaya sesuai dengan aspirasi dan matlamat industri.

Teori ini dimantapkan kemudiannya oleh Henry Fayol dengan menggariskan
beberapa rangka dasar pengurusan saintifik yang berkisar pada fungsi
perancangan, penyusunan, urusan kakitangan, kepimpinan, dan pengawalan.
Dalam perkembangan ini, akan terzahir pada pandangan akal-budi kita bahawa
golongan pragmatis dalam disiplin pengurusan ini semakin menonjolkan

8

Bagi memahami selanjutnya tentang aspek dasar Sekularisme,sila rujuk Syed Muhammad
Naquib al-Attas, Islam and Secularisme (Kuala Lumpur: ABIM, 1978).

10

keangkuhan mereka dengan mencanangkan unsur kenisbian (relativity) dalam
persoalan nilai. Ini disebabkan persoalan nilai dalam rangka penyusunan sistem
pentadbiran, bermula daripada peringkat perencanaan hinggalah ke peringkat
pelaksanaan, dihuraikan dalam konteks perkadaran (kuantitatif) yang banyak
bergantung kepada faktor-faktor keberhitungan (quantifiable factors), yang pada
hakikatnya lebih bersifat fungsian (functional). Oleh sebab itu, nilai yang
diletakkan pada setiap aspek pengurusan itu tidak lagi mengandungi makna
yang mutlak sebaliknya makna-makna itu senantiasa diubah suai mengikut ciri
dan suasana perubahan sesuatu industri.

Pada tahap akhir pembentukan teori pengurusan yang dianggap klasik ini, Max
Weber muncul bagi memperkenalkan teori organisasi yang berasaskan birokrasi.
Teori ini sebenarnya muncul sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh para
pemikir Barat ke arah mengubah sepenuhnya (transformation) ideologi Kristian
supaya sesuai dengan rasionaliti teknologi dan ekonomi. Rasionaliti inilah nanti
yang dipakai sebagai asas dalam kajian dan pembentukan organisasi sambil
pada masa yang sama mengenakan pengaruh saintisme dan modernisme. Nilai
kerohanian tidak lagi dijadikan kriteria utama dalam mengukur kemanusiaan
seseorang sebaliknya banyak bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan
ketrampilan teknikal. Ekoran daripada itu, lahirlah satu bentuk hubungan dalam
organisasi yang bersifat vertikal yang menampakkan penyataan kehendak
golongan atasan bagi mengukuhkan kuasa mereka yang perlu dilaksanakan oleh
golongan bawahan. Akibatnya, beberapa fenomena yang tidak menyenangkan

11

jiwa kelihatan muncul dalam persekitaran organisasi seperti pergelutan mencari
kuasa, semangat puak atau kelompok (cronisme), paksaan pendapat tanpa
pensahihan, konflik kepentingan, kecenderungan melakukan fasad sama ada
pada aspek rohani dan jasmani, cemburu dan berhasad ke arah menghilangkan
peluang yang dikecapi oleh seseorang, pengaturan dan perundangan yang
menjurus ke arah memuaskan nafsu kelompok minoriti yang memegang autoriti
tertentu (oligarchy), dan pembentukan wawasan dan matlamat yang
menghanyutkan.

Secara umum, kita dapat menthabitkan bahawa teori-teori pengurusan yang
dihasilkan pada fasa pertama ini pada hakikatnya tertumpu pada dua aspek
dasar sekularisme, iaitu:
i.

penyuburan semangat positivisme yang membawa kepada penafian
hakikat kerohanian daripada alam semesta. Semangat ini
kemudiannya dibangunkan dalam akal manusia yang terbukti melalui
teori-teori pengurusan yang dibentuk lalu dinyatakan melalui amalanamalan pengurusan yang berkaitan; dan

ii.

pemantapan aspek existencialisme dalam erti kata menyatakan
maksud kewujudan manusia di atas muka bumi ini tanpa dikaitkan
dengan akhirat. Akibatnya, ketetapan agama dan adab kerohanian
telah dipinggirkan lalu diganti dengan prinsip kebebasan dan autonomi
yang berteraskan akal hayawani. Hakikat ini terpampang pada setiap

12

nilai yang disandarkan pada faham- faham dan sistem-sistem
pengurusan yang ditampilkan.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah pada ketika itu, muncul tokoh-tokoh birokrat yang
berperi laku songsang, tidak bermaruah, dan tidak berjiwa, tetapi pada
pandangan Weber, sifat sebegini amat berfaedah kepada organisasi. 9 Apa yang
cuba ditekankan hanyalah kecenderungan diri hayawani ke arah mencapai
keselesaan tubuh, mengisi kepuasan nafsu, dan memperolehi kuasa. Kesemua
keinginan ini terangkum dalam prinsip hedonisme (inti pati kepada budaya hawa
nafsu) yang tertumpu pada aspek utilitarian bagi tujuan memaksimumkam atau
mengoptimumkam keuntungan ekonomi. Pendekatan pengurusan ini juga
menerbitkan satu budaya kerja yang bersifat total-empirical yang mengenepikan
unsur-unsur non-factoral seperti maruah dan adab insani. Budaya pengurusan
yang sebegini disuburkan sampailah ke peringkat di mana fungsi akal manusia
dianggap semata-mata sebagai gerak balas kimia yang terangsang melalui
keinginan terhadap kebendaan.

Di sinilah mulanya bertapak pemikiran pengurusan yang kedua sebagai satu
kelangsungan daripada pendekatan saintifik dalam pengurusan. Pada peringkat
ini, tumpuan utama dialihkan kepada aspek tingkah laku dan motivasi yang
dipengaruhi oleh teori-teori hasilan ahli psikologi Barat yang bergelar
9

Kenyataan Weber ini telah ditentang oleh Merton, sarjana Barat yang terkenal dalam bidang
pengurusan, dengan menyimpulkan bahawa budaya organisasi yang dibangunkan berdasarkan
impersonal behaviour ini akan mengakibatkan lahirnya anggota organisasi yang tidak dapat
memahami makna yang tersirat pada sesuatu fenomena dan situasi (tunnel vision) dan akan
terikat dengan tradisi red-tape. (Rujuk Robert K. Merton et al. (eds.), Reader in Bureaucracy
(New York: The Free Press, 1952), m.s. 364 – 371.

13

behaviourist, antaranya B.F. Skinner, A.H. Maslow, dan Sigmund Freud.
Pendekatan humanistik dalam pengurusan ini dimulai dengan uji kaji yang
dilakukan oleh Elton Mayo dan rakan-rakannya di Hawthorne (the Hawthorne
Experiments) pada akhir tahun 1920-an, yang merumuskan bahawa kepentingan
sosial dalam organisasi perlulah lebih diutamakan berbanding dengan
kepentingan individu manakala para pengurus hendaklah bertindak sebagai
perantara dalam hubungan pekerja dengan pihak pengurusan.

Rumusan ini membawa kepada lahirnya kajian-kajian seterusnya dalam
pengurusan yang menumpukan aspek dorongan manusia yang berdasarkan
prinsip rangsangan (stimulus response) dan gerak balas lazim (conditioned
reflexes) terhadap perkara-perkara yang menyenangkan dan menimbulkan
keghairahan pada nafsu. Kesemuanya ini dibincangkan dalam skop kebahagiaan
jasadiah dan kebahagiaan emosi sebagai faktor utama bagi membangkitkan
motivasi para pekerja. Keperibadian yang kukuh sama ada bagi pekerja atau
bagi mana-mana manusia hanya digambarkan dalam bentuk perasaan
keamanan yang mencukupi, hubungan yang berkesan dengan faktor-faktor
zahiriah, dan kepuasan jasmaniah,10 yang secara umumnya, ke arah melahirkan
manusia saintifik. Di sekitar perkembangan idea inilah, banyak sekali teori yang
dihasilkan melalui uji kaji makmal terhadap haiwan telah dialihkan untuk dipakai
pada manusia. Sebagai mana yang dijelaskan oleh J.B. Watson,

10

Untuk keterangan lanjut tentang hal ini, sila rujuk A.H. Maslow dan B.Mitteman, Principles of
Abnormal Psychology (New York: Harper, 1957).

14

(behaviorism) attempts to do one thing: to apply to the experimental study of man
the same kind of procedure and the same language of description that many
research men had found useful for so many years in the study of animals lower
than man. We believe then, as we believe now, that man is an animal different
from other animals only in the types of behavior he displays. 11

Sebagai rumusan, secular reductionist view yang menjadi tunjangan dalam
pemikiran pengurusan di peringkat ini akhirnya mengakibatkan kejatuhan pada
martabat kemanusiaan (dehumanisation). Pendekatan yang dianggap objektif
dan tidak berat sebelah dalam memahami persoalan tingkah laku ini sebenarnya
disejajarkan dengan ideologi Barat yang bersifat kebendaan dan menganggap
agama sebagai satu khayalan yang perlu dibuang kerana ia dianggap menyekat
kebebasan akal.12 Tidak hairanlah ketika berleluasanya gejala behaviorisme
dalam pemikiran pengurusan ketika itu, perkataan-perkataan seperti kesedaran,
kepercayaan, dan roh dianggap sebagai sebahagian daripada perkataan yang
menjijikkan.13 Oleh sebab itu, segala teori sama ada yang menyentuh tingkah
laku atau motivasi pekerja hanya berkisar pada gejala yang dapat dikesan oleh
panca indera semata-mata sehinggakan aspek nilai yang terbentuk dalam diri

11

J.B. Watson, Behaviourism (London: W.Norton & Co., 1970), m.s. ix.
H.F. Ellenberger, The Discovery of the Unconscious (London: Allen Lane, the Penguine Press,
1970), m.s. 525.
13
Dalam menggambarkan era berleluasanya behaviorisme di Barat, John Eccles menyatakan,
“ words like mind, consciousness, thoughts, purposes and belief were considered dirty
words…..Ironically, the most prominent philosophical obscenities were a new class of four-letterwords – mind, self, soul, will.” Evolution of the Brain: Creation of the Self (London: Routledge
Publishers, 1991) m.s. 225.
12

15

seseorang pekerja itu dianggap berlaku atas dasar kemungkinan yang didokong
oleh faktor pengukuhan positif atau pun negatif.

Agenda pembentukan manusia saintifik sebagaimana yang terkandung dalam
faham behaviorisme dan yang kemudiannya disebatikan dengan pendekatan
tingkah laku dalam pengurusan, kelihatannya semakin dimajukan pada tahap
ketiga pemikiran pengurusan yang menggunakan pendekatan sistem. Dalam
pendekatan ini, manusia bukan sahaja dianggap saintifik tetapi pada masa yang
sama, dianggap sebagai pemproses maklumat.

Andaian yang dipakai pada ketika itu ialah perkembangan setiap organisasi
bukan sahaja bergantung kepada faktor dalaman tetapi juga saling berkait
dengan rangsangan yang ditonjolkan oleh sesuatu faktor luaran khususnya
faktor pembangunan sosio-budaya yang berlaku sejajar dengan perkembangan
teknologi. Kesalingberkaitan antara faktor dalaman dan faktor luaran bagi
sesuatu organisasi dimisalkan seperti interaksi yang berlaku antara unsur
karbon, hidrogen dan oksigen dalam proses photosynthesis tumbuh-tumbuhan.
Oleh sebab itu, setiap faktor luaran hendaklah turut diberi tumpuan dan perlu
dianggap sebagai fakta yang perlu difikirkan,diklasifikasikan dan disaring sebagai
manfaat bagi melancarkan fungsi dan mengembangkan lagi sumber dalam
organisasi.
Ahli-ahli teori pengurusan yang muncul ketika itu telah mengkritik pendekatan
saintifik yang diperkenalkan oleh Taylor, sistem birokrasi Weber, dan pendekatan

16

humanistik kerana mengandaikan organisasi sebagai sistem yang tertutup
sehingga menyebabkan sesuatu objektif, prosedur, dan proses dibangunkan
hanya berdasarkan pemboleh ubah dalaman (internal variables) semata-mata.
Oleh itu, mereka menetapkan bahawa organisasi perlulah dianggap sebagai
sistem yang terbuka yang perlu mengambil kira tentang kesan yang turut dibawa
oleh pemboleh ubah luaran (external varibles)14 walau pun pada hakikatnya
sistem itu lebih tertutup kerana masih tidak memberi pengiktirafan yang
sewajarnya terhadap unsur kerohanian yang menjadi pendorong utama pada
tingkah laku manusia.

Dalam mengaitkan setiap pemboleh ubah dengan sesuatu masalah yang timbul
dalam organisasi, muncullah aspek pengurusan operasi yang tertumpu kepada
kaedah saintifik dan matematik . Ekoran daripada itu,pendekatan kuantitatif
dalam pengurusan mula diberi penekanan utama. Segala penyelesaian masalah
bersifat kebetulan (contingency) kerana berdasarkan semata-mata kepada hasil
penyelidikan yang bertunjangkan hipotesis yang diandaikan.

Di samping itu, skop pengurusan yang sedemikian lebih banyak tertumpu
kepada aspek perkhidmatan berteraskan pelanggan (consumer-driven services),
peningkatan imej (image-based campaigning), autoriti yang bersifat sementera
dan mengikut konteks (temporal-contextual and rule-bound authority), dan
persekitaran sama ada mikro atau makro serta transformasi yang perlu dilakukan
14

Bagi mengetahui keterangan lanjut tentang hal ini, lihat David Easton, A System Analysis of
Political Life (Chicago: University of Chicago Press,1979). Lihat juga Charles W. Churchman,
The System Approach (New York: Delacorte Press, 1968).

17

ke atasnya. Oleh sebab itu, kita akan dapati bahawa teori-teori pengurusan yang
muncul ketika itu amat mementingkan soal menghasilkan makna 15 pada sesuatu
objek dan tindakan serta soal hubungan kuasa yang terzahir dalam sesuatu
proses dan sistem pengurusan. Tindakan manusia hanya dimisalkan seperti teks
sastera yang tertakluk kepada analisis dan kaedah kritikan yang terhasil melalui
sesuatu teori sastera (literary theory). Ini menunjukkan bahawa spekulasi
berperanan sebagai faktor penting dalam aspek penilaian sesuatu tindakan,
manakala pada masa yang sama, persoalan yang paling utama yang perlu
senantiasa difahami iaitu hakikat amal semakin tidak diendahkan.

Hasil daripada fungsi meletakkan makna pada setiap objek dan tindakan, maka
dalam dua dekad kebelakangan ini, kita dapat perhatikan bahawa persoalan nilai
mula dibincangkan dengan serius dalam pengurusan. Persoalan nilai yang
dibincangkan ketika itu sering dikaitkan dengan matlamat untuk melahirkan
budaya korporat yang nampaknya menepati ciri-ciri post-capitalist . Ini
disebabkan budaya korporat dengan nilai-nilai yang ditanam bersamanya itu
didorong oleh cita rasa stakeholder yang bersifat eclectic16 dan senantiasa ingin
menyerlahkan apa yang boleh dipanggil sebagai expressive individualism. Walau
pun apa yang dilakukan itu bertujuan untuk menjamin kelangsungan (survival)
15

Perlu diingat bahawa makna yang cuba diberi terhadap setiap objek dan tindakan itu adalah
bersifat relatif kerana ia dilahirkan melalui kerangka pemikiran secular-humanism dan
merangkumi konsep tragedi yang menggambarkan kekecewaan terhadap agama. Dalam hal ini,
keraguan telah dipakai dengan meluasnya bagi mencapai kebenaran yang sudah tentu
merupakan satu perkara yang mustahil. Akibatnya, sesuatu makna yang diberi itu telah
menimbulkan kacau-bilau pada adab terhadap diri, bahasa dan alam.Bagi melihat tentang makna
tentang ‘makna’ (ma’na), lihat Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and the Philosophy
of Science (Kuala Lumpur: ISTAC, 1989), m.s. 15.
16
Menurut J.F. Lyotard dalam bukunya The Postmodern Condition: A Report on Knowledge
(Manchester: Manchaster University Press, 1984): “Eclecticism is the degree zero of
contemporary general culture” (m.s. 76).

18

organisasi tetapi apa yang terhasil akhirnya adalah suasana yang tidak tenteram
bukan sahaja dalam ruang lingkup organisasi tetapi juga luar organisasi. Anasir
yang sering muncul dalam suasana yang sedemikian adalah eksploitasi oleh
peneraju sesebuah organisasi bagi memenangi persaingan dan menyerlahkan
kehebatan organisasinya. Tenaga dan perbelanjaan organisasi banyak
dihabiskan secara tidak wajar untuk membentuk imej, menampilkan daya penarik
(glamour), dan supaya menjadi tarikan media atau awam (media or public figure)
manakala istilah yang sering disalahgunakan untuk menjustifikasi perkara ini
adalah objektif strategik. Keadaan sebegini tidak ubah seperti menjadikan
organisasi sebagai sebuah sarkas yang ahlinya sentiasa berada dalam tragedi
untuk menyempurnakan pertunjukannya dan mendapat tepukan gemuruh dari
para penonton.17 Apa yang penting untuk kita perhatikan di sini adalah maruah
manusia dalam organisasi masih belum dikembalikan, yang terbukti melalui apa
yang dikatakan oleh Charles Handy,

…..people are regarded as a competative asset to be led, motivated, deployed
and developed, together with the firm’s other resources…. 18
Secara umumnya, perkembangan budaya korporat yang berlaku itu berkait
rapat dengan perkembangan yang pesat dalam bidang sosial, ekonomi, politik,
dan teknologi. Perubahan pesat ini disebut oleh J.F. Lyotard sebagai
“postmodern condition”19 yang membawa perubahan yang fundamental dari segi
17

Organisasi sebagai sebuah sarkas ini dihuraikan dengan begitu menarik sekali oleh Tuan Haji
Mohd. Affandi Hassan dalam artikelnya Citra Organisasi: Nilai dan Etika dalam Pentadbiran,
Buletin Nilai dan Etika, Jld. 1 Bil. 1/1992.
18
Charles Handy (ed.), The Making of Managers (London: NEDC/BIM/MSC, 1987), m.s. 13.
19
J.F. Lyotard, ibid.

19

pengalaman manusia bukan sahaja kepada negara-negara Barat tetapi juga
kepada negara-negara yang sedang membangun. Postmodern condition ini juga
dianggap oleh J. Habermas20 sebagai melengkapkan lagi agenda Enlightenment
yang dirasakan tidak dapat disempurnakan dalam era kemodenan.

Jika pengaruh pengurusan yang sebegini, menurut Tuan Haji Mohd. Affandi
Hassan, berjaya melahirkan tiga kelompok penjawat awam iaitu kolonialpragmatik, birokratik-nasionalis, dan tradisional-moralis,21 maka saya ingin
mengukuhkan lagi kenyataan beliau itu dengan merangkumkan ketiga-tiga
kelompok tersebut sebagai new petit bourgeoisie.22 Bagi kelompok ini, imej
merupakan perkara yang amat dipentingkan sehingga kadangkala sampai pada
peringkat mengorbankan matlamat dan inti pati utama organisasi malah agama
sekalipun. Dari satu segi, kelompok ini sebenarnya memancarkan simbol
postmodern yang memuja dan mendewakan keinginan hawa nafsu (hedonisme)
dan pada masa yang sama mewakili satu klas elit masyarakat antarabangsa
sebagaimana yang dihasratkan dalam proses globalisasi. Akibatnya,
keseluruhan proses pengurusan yang dikendalikan oleh kelompok ini, bermula
daripada peringkat matlamat sehinggalah ke peringkat pelaksanaan, semuanya
bersifat artificial dan palsu. Apa yang jelas kelihatan di sini ialah terkongkongnya

20

J.Habermas, Modernity an Incomplete Project dalam H.Foster (ed), Postmodern Culture
(London: Pluto Press, 1983).
21
Lihat kenyataan dan penjelasan beliau ini dalam artikelnya Pendekatan Tauhid dalam
Pengurusan dan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip, dan Model Alternatif, Kecemerlangan
Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam. Diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd Salleh dan
Hj. Mohd Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1990) m.s. 29 – 31.
22
Sekadar meminjam istilah yang digunakan oleh P.Bordieu dalam bukunya Distinction: a Social
Critique of the Judgement of Taste (London: Routledge & Kegan Paul).

20

amalan pengurusan itu pada tiga bentuk keutamaan yang berteraskan keinginan
hawa nafsu yang sentiasa meluap-luap iaitu:
i.

keutamaan untuk merebut autonomi tertentu dalam sistem pentadbiran
sehingga membolehkan lahirnya kebebasan untuk bertindak
sepenuhnya bagi mencapai matlamat yang berteraskan hedonisme;

ii.

keutamaan ke arah mengukuhkan kuasa dalam bentuk penyataan
kehendak pengurusan atasan yang senantiasa dipaksakan untuk
dilaksanakan oleh golongan bawahan walaupun kehendak tersebut
mengandungi unsur-unsur syubahah dan kadang-kadang
bertentangan secara jelas dengan prinsip Islam; dan

iii.

keutamaan pada soal pengagihan kuasa, fungsi dan sumber sehingga
melalaikan aspek yang lebih penting untuk sentiasa dititikberatkan iaitu
bagaimana kuasa, fungsi dan sumber tadi, dari segi penggunaannya,
berupaya menepati prinsip keutamaan yang telah digariskan dalam
Syari’ah supaya kemuliaan manusia di sisi Allah S.W.T. akan terus
dapat dipelihara manakala fitrah kemanusiaan akan dapat diisi dengan
sebaik-baiknya.

Secara jelas juga boleh dikatakan di sini bahawa inti pati pengurusan Barat yang
disajikan dalam sistem pengurusan negara ini lalu dimamah dengan lahapnya
oleh sebahagian pentadbir yang menduduki tampuk pentadbiran kerajaan,
sebenarnya membawa satu aspek kebebasan dalam amalan pengurusan yang
bertentangan sama-sekali dengan makna sebenar kebebasan dalam Islam yang

21

dapat difahami melalui konsep ikhtiyar. Kebebasan dalam Islam merujuk kepada
keadaan bebasnya diri natiqah daripada cengkaman dan penguasaan diri
hayawaniyyah yang cenderung mengajak kepada kejahatan; bebasnya aql
daripada dikuasai oleh nafsu yang lazimnya jahil tentang had kebenaran; dan
pada masa yang sama bebas daripada sebarang bentuk keraguan sama ada
zann, syakk dan wahm. Penghuraian yang jelas tentang makna kebebasan ini
telah diberikan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagaimana
berikut:

The activity that is called ‘freedom’ is in ikhtiyar, which is an act, not in hurriyah,
which is a condition. The act that is meant in ikhtiyar is that of making a choice,
not between many alternatives, but between two alternatives: the good or the
bad. Because ikhtiyar is bound in meaning with khayr, meaning ‘good’, being
derived from the same root khara (khayara), the choice that is meant in ikhtiyar is
the choice of what is good, better, or best between two alternatives. This point is
most important as it is aligned to the philosophical question of freedom. A choice
of what is bad of two alternatives is therefore not a choice that can be called
ikhtiyar, in fact it is not a choice, rather it is an act of injustice (zulm) done to one
self. Freedom is to act as one’s real and true nature demands --that is, as one’s
haqq and one’s fitrah demands – and so only the exercise of that choice which is
of what is good can properly be called a ‘free choice’. A choice for the better is
therefore an act of freedom, and it is also an act of justice (‘adl) done to oneself.23

23

Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to The Metaphysics of Islam: An Exposition of
the Fundamental Elements of the Worldview of Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995), m.s. 33 – 34.

22

Ekoran daripada ketidakfahaman tentang makna kebebasan, kebanyakan
amalan pengurusan yang dilaksanakan telah mencerminkan kesempurnaan
manusia sebagai haiwan yang semakin ghairah ditunggangi oleh syaitan. Ini
mengakibatkan dunia pengurusan dipenuhi dengan nilai-nilai palsu yang
bertunjangkan nafsu, emosi, dan khayalan yang tidak menampakkan lagi
kesederhanaan dan keadilan manakala pada masa yang sama menyisihkan
nilai-nilai iman, ilmu dan amal saleh. Apabila nilai-nilai ini tersisih, maka hati akan
menjadi keras dan mula terpalam dengan wajah syirik, kufur dan nifaq. Oleh itu,
tidak hairanlah jika kebanyakan amalan pengurusan ditampilkan dengan pola
dan gaya yang bersesuaian dengan nilai yang ditetapkan oleh masyarakat umum
atau stakeholder yang sebahagiannya berintipatikan prasangka dan kepurapuraan terhadap agama.

Akibatnya, ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya yang wajib dijadikan sebagai
tunjang dalam segenap aspek pengurusan seolah-olah dianggap sebagai
perkara yang bersifat sampingan, yang ditekankan hanyalah aspek ritualnya
sahaja. Pengorbanan semata-mata kerana Islam dalam setiap khidmat yang
ditaburkan telah beralih kepada “pengorbanan” untuk mendapat nama, pangkat,
dan kedudukan. Penghormatan kepada al-Qur’an, al-Hadith, dan pendapat para
ulama yang mutawatir sebagai sumber ilmu terutama dalam aspek pengurusan
dan pentadbiran, telah mula lenyap. Karya-karya para ulama yang mu’tabar yang
pada satu ketika dulu menjadi landasan dalam pembangunan tradisi ilmu Islam

23

yang begitu cemerlang telah tidak dijadikan rujukan utama oleh para pengurus
kini, kononnya tidak praktikal dan pada pendapat mereka, perlu ditafsirkan
semula. Pengiktirafan yang sewajarnya tidak diberikan kepada para ulama dan
ilmuwan Islam masa kini, dengan anggapan bahawa mereka hanya pandai
berteori dan tidan layak untuk dilibatkan dalam mana-mana perencanaan
pengurusan dan pentadbiran negara kecuali yang hanya menyangkut dengan
agama semata-mata. Akhirnya, para pengurus ini menjalankan setiap urusan
pentadbirannya dalam keadaan seolah-olah Tuhan itu tidak wujud atau Tuhan
seperti tidak mengetahui apa yang dilakukannya atau yang difikirkannya.

Keadaan yang digambarkan di atas berlaku dalam dunia pengurusan masa kini
kerana sebahagian daripada para pengamal pengurusan di negara ini tidak
sedar betapa palsunya gagasan Pengurusan Barat yang menjadikan hawa nafsu
sebagai asas peri laku manusia. Hal ini terpampang jelas dalam kata-kata
seorang ahli psikologi, Abraham Maslow, dalam bukunya Eupsychian
Management, yang besar pengaruhnya dalam disiplin pengurusan Barat:

My work on motivations came from the clinic, from a study of neurotic people…. I
would like to see lot more studies of this kind before feeling finally convinced that
this carry-over from the study of neurosis to the study of labour in factories is
legitimate.24

24

Petikan ini dipinjam daripada petikan yang dibuat oleh Hj. Mohd. Affandi Hassan, Pujangga
Melayu (Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1977), m.s. 636.

24

Hakikat pengurusan yang sedemikian rupa nampaknya telah menghalang
manusia daripada mencapai pengertian yang sebenar tentang matlamat ia
dizahirkan di atas muka bumi ini. Jika aspek kegilaan inilah yang menjadi asas
dalam pengurusan, terutama dalam mengisi keinginan shahwat yang tidak
mengerti suatu pun akan batas kebenaran, tidak hairanlah jika semakin ramai
manusia telah menghumban jauh kemuliaan martabat kejadian yang dianugerahi
oleh Allah S.W.T. padanya. Tidak hairan juga jika semakin ramai manusia telah
berubah kedudukannya daripada al-hayawan al-natiq kepada hayawan
hedonistik sehingga ghaflah akan maksud ‘ubudiyyah kerana ‘ashiq dan khayal
dalam kemashghulannya mengejar kebendaan. Dalam keadaan yang sebegini,
manusia akan mula ditunggangi oleh unsur shahwaniyyah dan ghadabiyyah
yang lepas bebas yang bakal menjunamkannya ke dalam jurang kecelakaan lalu
akan terus membiarkan jiwanya duduk dalam keadaan murung (huzn) dan
menderita (ghummah). Penderitaan jiwa ini kemudiannya akan terjelma dalam
reaksi-reaksi yang bersifat neurotic dan psychotic sehingga menakibatkan
seseorang itu akan terus diselubungi dengan zulm dan fasad. Punca kepada
berlakunya tragedi yang sebegini sekurang-kurangnya telah dinyatakan oleh
Scott Peck, seorang ahli psychiatrist Amerika, seperti berikut:

The major reason for this strange state of affairs is that the scientific and religious
models have hitherto been considered totally immiscible – like oil and water,
mutually incompatible and rejecting.25

25

M. Scott Peck, Denial of the Soul: Spiritual and Medical Perspectives on Euthanasia and
Mortality (Hemel Hempstead, UK: Simon & Schuster, 1997), m.s. 129 dan 131.

25

Kenyataan sebegini dapat didokong seterusnya oleh kenyataan Benson yang
mengaitkan masalah ini dengan keadaan dunia moden yang didominasi dengan
semangat saintisme. Menurutnya:

Even when we (as scientist) acquire new information, even when we conquer
mysteries, we feel empty and unfulfilled. And faith is the only long-term solace. 26

Ciri-ciri pengurusan sebagaimana yang dinyatakan di atas, jika dipakai dalam
konteks pembangunan, adalah bertepatan dengan apa yang telah dinyatakan
oleh Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, akan menghasilkan zero-sum
development27 yakni pembangunan yang semakin melambangkan keangkuhan
manusia. Walaupun amalan pengurusan tersebut menerbitkan satu bentuk
pembangunan yang berjaya dari segi kebendaan tetapi ia semakin menjauhkan
manusia daripada kesederan “keberhutangan” 28 kepada Allah S.W.T.;
menjadikan nafsu al-ammarah 29 semakin bermaharajalela; dan melahirkan peri
laku yang diistilahkan sebagai schizophrenia atau split personality ( yakni
keadaan fikiran atau emosi yang kacau-bilau akibat tidak mempunyai tujuan
yang sehala) sehingga membawa kepada konflik kejiwaan yang disebut oleh
26

Herbert Benson, Timeless Healing (London: Simon & Schuster, 1996), m.s. 202 dan 208.
Pandangan beliau yang amat menarik ini boleh dirujuk dalam artikelnya Some Basic Issues of
Development, Malaysian Development Experience: Changes and Challenges (Kuala Lumpur:
INTAN, 1994), m.s. 875 – 878.
28
Prinsip keberhutangan yang dimaksudkan di sini adalah salah satu inti pati utama yang dapat
menyatakan konsep al-Din. Perkara ini dihuraikan dengan terperinci oleh Prof. Syed Muhammad
Naquib al-Attas dalam buku beliau Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics
and Morality (Kuala Lumpur: ABIM, 1976).
29
Keadaan ini merujuk kepada diri yang sentiasa terdorong untuk melakukan perkara-perkara
keji (mazmumah) dan munkar dalam agama atau perkara-perkara yang melanggari fitrah
insaniyyah.
27

26

Emile Durkheim sebagai anomie atau normlessness30. Bencana yang
sebeginilah yang mungkin mengakibatkan penyakit yang dinamai oleh Dr. V.E.
Frankl sebagai noogenic neurosis31 iaitu sejenis penyakit mental yang berlaku
disebabkan oleh konflik di antara jiwa dengan nilai yang pelbagai. Ini berpunca
daripada kegagalan manusia mengenali makna sebenar kehidupan atau
mengenali hakikat diri yang sebenar.32

Kegagalan ini telah mengakibatkan faham liberal demokrasi Barat terpampang
jelas dalam matlamat pengurusan yang memberi perhatian kepada sains dan
teknologi dalam membina masyarakat. Hakikat sebegini akan dapat dilihat
dengan jelas jika kita sedari bahawa sains pengurusan Barat sebenarnya telah
dan semakin hebat mendakyahkan satu pandangan hidup yang mengutamakan
tragedi dan nilai kebangsaan yang menepati jiwa Barat dan kebudayaannya lalu
dipaksakan untuk dialami oleh bangsa-bangsa lain melalui ilmu-ilmu baru yang
dibentuk bermula dari terpancarnya anasir saintisme di Barat. Disiplin-disiplin
baru yang dimunculkan oleh Barat juga, tidak terkecuali pengurusan, secara
halus menyatakan kekecewaan mereka dalam pengalaman beragama dan
menggambarkan rasa tidak senang serta prasangka mereka terhadap prinsip
kewujudan Tuhan.

30

Robert K. Merton, Social Theory and Social Structure, edisi semakan dan penambahan
(Glencoe: Free Press, 1957), m.s. 136 nota 6.
31
Sila rujuk V.E. Frankl, Man’s Search for Meaning (London: Holder and Stoughton, 1964).
32
Dalam Surah al-Hasyr 59:19, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu
menjadi seperti orang yang melupai Allah, lalu Dia menjadikan mereka lupa kepada diri mereka
sendiri. Mereka itulah orang yang fasiq.” Dalam ayat sebelum ini, Allah memerintahkan kita
supaya menilai dan memerhatikan dengan pandangan mata hati kita sama ada setiap usaha
yang kita lakukan itu membawa manfaat atau tidak kepada kita pada Hari Akhirat.

27

ii.

Faktor Epistemologi

Kebatilan sains pengurusan Barat juga dapat diselami melalui falsafah ilmu yang
dijadikan sebagai landasan dalam penggubalan disiplin tersebut. Kita perlu sedar
bahawa pembinaan disiplin pengurusan berlaku dalam keadaan pemikiran para
pemikir pengurusan Barat mengendong sikap saintifik yang secara jelas
menentang ilmu wahyu dan meragui sepenuhnya terhadap ma’na kerohanian.
Landasan pemikiran yang tidak bertitik tolak daripada kesedaran tentang hakikat
wujud dan kewujudan ini kemudiannya telah menerbitkan pelbagai bentuk
kejahilan yang bermula daripada zann, syakk dan berakhir dengan wahm.

Bentuk-bentuk kejahilan inilah yang “mewarnai” segala teori dan prinsip
pengurusan, lalu jika dipegangi, akan meranapkan kemuliaan dan martabat
kemanusiaan. Oleh itu, akan terlihatlah dalam dunia pengurusan khususnya,
ramai manusia yang tubuhnya atau rupa zahirnya sahaja manusia tetapi jawhar
diri yang dikendongnya itu, yang pada asalnya bersifat kemalaikatan, telah
bertukar sifat sama ada sebagai hayawan, syaitan, atau taghut (pewaris utama
sifat fasad Fir’aun, Hamman, Qarun dan Namrud). Tidak hairanlah jika amalan
pengurusan itu dijalankan dengan penuh bernafsu yang bercapur-baur dengan
perasaan dengki, dendam, hasad, iri hati, angkuh, riya’, ‘ujub, takabbur dan
penuh dengan matlamat peribadi. Asas ketenangan dan kedamaian dalam
organisasi yang berteraskan semangat jihad dan pengorbanan jiwa raga bagi
melaksanakan keadilan dalam setiap aspek pengurusan mula diabaikan. Prinsip

28

mewaqafkan seluruh hidup dan tenaga bagi mencapai maslahah ummah melalui
amalan pengurusan tanpa rasa terikat kepada sesiapa kecuali kepada hukum
Allah dan sunnah Rasul-Nya, telah tidak dipegangi. Maqam yaqin kelihatannya
tidak banyak dicapai oleh para pengurus masa kini. Maqam yaqin ini pada
hakikatnya terpancar melalui kesediaan seseorang pentadbir dan pengurus itu
bertaubat apabila ia sedar telah membuat keputusan yang salah; sabar jika
belum sampai maksud yang dihajati; shukur setelah mencapai sesuatu kejayaan;
ridha dengan natijah yang diperolehi; takut (khauf) akan melakukan kebatilan
dan kezaliman; berkeadaan mengharap (raja’) untuk senantiasa dapat
melaksanakan kebenaran dan menyempurnakan ‘ubudiyyahnya kepada Allah
S.W.T.; dan tidak putus bermunajat dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. dalam
melakukan sesuatu ikhtiyar.

Dalam hal ini, benarlah sebagaimana yang sering diungkapkan oleh Profesor
Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam tulisan-tulisan dan syarahan-syarahan
beliau tentang ilmu bahawa kekacauan dan kefasadan yang dilakukan dalam
aspek keilmuan akan mengakibatkan keadaan kacau-bilau dari segi adab
sehingga sesuatu itu tidak disusun dengan tertib dalam sistem kewujudan
berdasarkan martabat dan darajatnya masing-masing sebagaimana yang telah
ditentukan oleh Allah S.W.T.. Dalam disiplin pengurusan yang banyak berkisar
pada pengkajian tentang tingkah-laku manusia dalam kehidupan
berorganisasinya, kebenaran ini terbukti apabila teori-teori pengurusan itu
dihasilkan melalui kaedah sains tabii (natural scientific method) yang penuh

29

dengan ideologi saintismenya ke arah melahirkan kebenaran yang bersifat
objektif. Apabila terpakainya kaedah ini, maka dengan jelas terjadinya
pemisahan antara fenomena kerohanian dan jasmani. Keadaan ini sinonim
dengan gerakan logical positivism yang menobatkan akal hayawani manusia
sebagai sumber untuk mencapai ilmu dan pada masa yang sama
menghancurkan wibawa ilmu wahyu sebagai sumber utama ilmu. Inilah juga
yang dinyatakan oleh Syed Hossein Nasr sebagai reductionist , iaitu label
kepada sains Barat kerana ia bukan sahaja memisahkan antara akal dan wahyu
bahkan menolak sama sekali wahyu sebagai punca dasar ilmu.

Berdasarkan kepada suasana ilmu yang sebegini, Barat menetapkan bahawa
kebenaran sesuatu teori itu bergantung kepada sejauh mana teori tersebut
menepati skala akal hayawani manusia dan sejauh mana teori tersebut berjaya
membuahkan faedah-faedah kebendaan yang menyeronokkan hawa
nafsu(hedonisme). Dalam kata lain, hujah bagi menetapkan kebenaran sesuatu
teori itu bergantung kepada khayalan dan emosi yang penuh dengan kepalsuan
nilai. Bagi Barat juga, teori pengurusan yang dihasilkan melalui kaedah ini
dianggap begitu pragmatik dan begitu unggul kerana berjaya menggabungkan
dalamnya kaedah logical dan empirical. Bagi kita pula sebagai orang Islam, kita
sewajibnyalah menetapkan kaedah ini sebagai kaedah shirik kerana ternyata
wujudnya pemisahan antara kaedah naqli dengan kaedah aqli.

Cabaran dalam Pelaksanaan Pengurusan Islam

30

Melalui kenyataan di atas dan berdasarkan pengalaman pengurusan yang dilalui
oleh negara kita semenjak kemerdekaan sehinggalah kini, sememangnyalah
mustahil bagi kita untuk memperkatakan amalan pengurusan Islam yang telah
dan sedang dilaksanakan di Malaysia. Cuma yang boleh difikirkan di sini adalah
amalan pengurusan yang bermiripkan Islam yang tidak semestinya Islam, atau
pun amalan pengurusan yang berperspektifkan Islam tetapi masih diletakkan
dalam dominasi pemikiran pengurusan Barat yang akibat akhirnya, beberapa
prinsip Islam diubah suai dengan tidak beradab sekali supaya menepati
semangat sains pengurusan Barat tadi.

Usaha yang dilakukan oleh kerajaan dengan mengenengahkan Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran pada tahun 1985 dan
menggubal Pekeliling Am tentang Garis Panduan bagi Mengadakan
Ceramah Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam pada tahun
2001 bukanlah boleh dijadikan sebagai justifikasi utama bagi kita menthabitkan
bahawa kita tela