UBUDIYAH DALAM ORGANISASI SATU KAJIAN KO

Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah pemantapan Ummah
Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini.
© Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.
ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim

‘UBUDIYAH DALAM ORGANISASI: SATU KAJIAN KONSEP
Nor Akrimi Binti Haji Mohd Ali

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

ABSTRAK: ‘ubudiyah merupakan salah satu nilai yang harus ada dalam pengurusan Islam. Tidak kira apa jenis
pengurusan sekali pun, dengan adanya ‘ubudiyah dapat melahirkan insan yang taat dan sentiasa mencari
keredaan Allah SWT. Permasalahan ini dikaji kerana melihatkan situasi keruntuhan akhlak dan moral dalam
organisasi disebabkan kurangnya nilai ‘ubudiyah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep ‘ubudiyah dan
perlaksanaannya dalam sesebuah organisasi. Metodologi yang digunakan untuk menghasilkan penulisan ini ialah
melalui kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan (content analysis). Hasil kajian
mendapati prinsip ‘ubudiyah mempunyai pengaruh yang besar kepada etika dan gerak kerja sesebuah organisasi.

Pendahuluan
Penggunaan istilah ‘ubudiyah mungkin

agak asing dalam masyarakat hari ini,
namun untuk memahami istilah ini
tidaklah begitu rumit kerana perlaksanaan
konsep ‘ubudiyah melibatkan aspek ibadah
yang sudah sinonim dengan masyarakat.
Namun oleh sebab pemahaman konsep
ibadah yang agak terhad menjadikan
masyarakat
kurang
jelas
dengan
‘ubudiyah. Konsep ‘ubudiyah boleh
dikatakan sebagai konsep terpenting dalam
kehidupan manusia kerana ia bukan sahaja
melibatkan hubungan manusia dengan
Allah (hablulminallah)
dalam segala
aspek sama ada perbuatan, perkataan dan
kepercayaan
(tauhid)

tetapi
turut
melibatkan
hubungan
kemanusiaan
(hablulminannas).
Kurangnya
pemahaman
nilai
‘ubudiyah dalam kehidupan masyarakat
hari menjadi penyebab keruntuhan akhlak,
etika dan gaya hidup masyarakat Muslim.
Akhlak, adab dan etika dalam Islam
perlulah bersumberkan al-Quran dan alSunnah kerana di dalamnya sudah terdapat
ajaran dan disiplin yang lengkap. Berbeza
dengan etika dan moral orang barat yang
tidak bersumberkan wahyu Ilahi tetapi
sebaliknya berdasarkan kepada pemikiran
semata-mata.
Begitu

juga
dalam
organisasi, sebuah organisasi perlu
menerapkan nilai ‘ubudiyah dalam

pengurusannya agar segala urusan dalam
organisasi berjalan lancar dan selari
dengan tuntutan syarak dan paling penting
kejayaan organisasi itu bukan sahaja
membawa keuntungan duniawi
tetapi
membawa keuntungan ukhrawi kepada
ahli-ahli organisasi.
Jika dilihat situasi di Malaysia,
boleh dikatakan rata-rata organisasi kurang
mempraktikkan nilai ‘ubudiyah dalam
pengurusan mereka. Hal ini kerana masih
terjadi masalah sosial, pelanggaran
tatasusila dan etika dalam sebuah
organisasi seperti masalah curi tulang,

rasuah, mengumpat, tidak amanah, dan
tidak bertanggungjawab terhadap kerja
yang diberikan.
Berdasarkan pemerhatian penulis
terhadap masalah di atas, penulis ingin
membawa pembaca menilai betapa
pentingnya konsep ‘ubudiyah dalam
sesebuah organisasi yang bercirikan Islam.
Bagi
tujuan
itu,
penulis
telah
mengemukakan konsep ‘ubudiyah dan
aplikasinya dalam organisasi serta
kesannya terhadap organisasi yang
mengutamakan ‘ubudiyah.
Metodologi Kajian
Bagi mendapatkan maklumat dan data
untuk kajian ini, reka bentuk analisis

kandungan digunakan. Oleh sebab
penulisan ini berkisar mengenai konsep,
penulis telah mengumpul buku-buku

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

Pengabdian yang ditujukan kepada
selain dari Allah adalah merupakan satu
kesesatan dan dikeji Allah. Firman Allah:

ilmiah, jurnal, tesis dan artikel yang
berkaitan
untuk
dianalisis
bagi
mendapatkan pengertian yang jelas tentang
konsep ‘ubudiyah. Terdapat lima buah
buku yang menjadi fokus utama penulis
dalam melakukan kajian ini, antaranya
buku Shaikul Islam Ibnu Taimyyah dengan

bukunya al-’ubudiyah dan buku daripada
Ibnul Qayyim. Kemudian penulis juga
menggunakan
buku
dari
ulama
kontemporari iaitu buku Ibadah Fil Islam
karangan Yusuf al-Qardhawi, al-Qusyairi
dalam Risalah Al-Qusyairiyah dan buku
tulisan Said Hawwa yang membawa
konsep ‘ubudiyah melalui penghayatan
nama-nama Allah.

ۡ ُ ُ ‫قق ق ق‬
ُ‫ٱدع‬
َۡ ‫نَ َأق ۡس قتج‬
‫ك‬
َ ‫وق َل َربك‬
ِ
ِ

‫ق قۡ ق ۡ ُ ق ق‬
ُ ‫ق‬
ۡ‫ك‬
َ
‫ِي‬
َ
‫ن‬
َ
‫إ‬
َ
‫ت‬
‫س‬
‫ي‬
َ ۡ ‫ِون َع‬
َ
َ‫ٱ‬
ِ ۚ ‫ل‬
ِ
‫ق‬
‫ِع ق قدِ ق ۡ ُ ُ ق ق‬

َ ‫خ ِي ق‬
ِ ‫َس قيدخ نَج ق ن ق َدا‬
ِ
َ َ٠

Maksudnya: dan tuhanmu berkata:
berdoalah
padaku,
maka
akan
kukabulkan
kamu.
Sesungguhnya
orang-orang yang sombong untuk
menyembahKu itu kelak akan masuk
neraka jahanam dengan hina-dina.

Konsep ‘ubudiyah.
‘ubudiyah secara literalnya bermaksud
perhambaan, pengabdian, dan pemujaan.

Apabila berbahas mengenai konsep
pengabdian atau kehambaan ini, perlu
difahami bahawa seluruh manusia di muka
bumi ini adalah hamba kepada al-Khaliq
iaitu Allah SWT dan ia termasuk golongan
para Nabi dan Rasul (Ibnu Taimiyyah
1983). Seperti mana firman Allah dalam
Surah al-Jin:

(al-Ghafir, 40: 60)
Rasa Cinta Melahirkan ‘ubudiyah
Persoalannya dari manakah timbul rasa
‘ubudiyah?
Ibnu Taimiyah
(1983)
mejelaskan
rasa
perhambaan
atau
‘ubudiyah sebenarnya bermula dari rasa

cinta. Rasa cinta ini dimulai dengan
hubungan hati dengan orang yang dicintai,
kemudian dilanjutkan dengan curahan hati,
jadi apabila rasa cinta ini semakin
mendalam, maka ia akan melahirkan rasa
pengorbanan dan seterusnya melahirkan
rasa perhambaan. Oleh itu Ibnu Qayyim
(1987) meringkaskan bahawa hakikat
perhambaan (‘ubudiyah) adalah merendah
diri dan tunduk kepada yang dicintai.

Maksudnya: Dan sesungguhnya
hamba Allah (Muhammad) berdiri
menyembah-Nya (mendirikan solat),
mereka (para Jin) itu berdesakan
mengerumuninya.
(al-Jin, 72: 19)
Apabila dikatakan manusia itu
dijadikan sebagai hamba Allah, maka
pengabdian atau kehambaan (‘ubudiyah)

perlulah diserahkan kepada Allah sematamata. Seperti firman Allah SWT:

Jelas di sini ‘ubudiyah sangat
berkait rapat dengan rasa cinta. Hal ini
kerana dari rasa cinta, ia akan mengikat
seseorang terhadap orang yang dicintainya.
Manusia yang masih mempunyai rasa cinta
terhadap selain dari Allah tidak akan
merasakan ‘ubudiyah kepada Allah. Begitu
juga manusia yang menghambakan dirinya
kepada selain dari Allah tidak akan merasa
cinta yang sesungguhnya kepada Allah
(Ibnul Qayyim 1998 ). Ibnul Qayyim
(1987) juga menjelaskan rasa cinta kepada
Allah ini meliputi kecintaan kita kepada
apa yang Allah cinta dan kebencian kita

ُ ‫كَ قن ۡع ُ ُدَِي قكَن ق ۡس قتع‬
َ َ٥ َ‫ن‬
َ‫إِي ق‬
ِ

Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya
Allah) Yang Kami sembah dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan.
(al-Fatihah, 1:5)

2

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

segala aspek kehidupan manusia dan
unsur-unsur pembentukan manusia (alQardhawi 1978). Dari penjelasan ibadah
juga dapat kita ketahui bahawa rasa
kecintaan kepada Allah sebenarnya
merupakan satu ibadah. Maka dapat
dirumuskan ‘ubudiyah dan ibadah
merupakan dua istilah yang berkait rapat
dan bergantungan antara satu sama lain.

kepada apa yang dibenci Allah. Oleh itu
dapat disimpulkan ‘ubudiyah adalah
mencintai segala yang dicintai Allah dan
membenci apa yang dibenci Allah. Inilah
perkaitan antara cinta dan ‘ubudiyah.
Seterusnya rasa keterikatan hati
manusia dengan Allah akan menjadikan
seorang hamba
menundukkan
diri
melakukan ketaatan kepada Allah.
Ketaatan yang dimaksudkan adalah
beribadah kepada Allah. Seperti mana
firman Allah dalam surah az-Dzariat:

Kemuncak
perhambaan
dan
pengabdian kepada Allah adalah dengan
rasa cinta kepada Allah yang disertakan
rasa ketundukan dan kerendahan hati
kepada Allah dan ia merupakan
sebahagian daripada ibadah kepada Allah
(Ibnu Taimiyah 1983). Maka jelaslah
apabila kita berbicara mengenai ‘ubudiyah,
aspek yang paling dititik beratkan adalah
ibadah kerana ‘ubudiyah timbul dari rasa
kecintaan (ibadah) kepada Allah. Dan
seperti pendapat Ibnul Qayyim ( 1987)
ibadah cinta itulah yang paling utama
kerana
setiap
pergerakan
manusia
bersumberkan dari cinta. Maka apabila kita
mencintai Allah, maka setiap gerakan yang
kita lakukan adalah kerana Allah sematamata.

ۡ
ۡ ‫ق‬
ُ ‫قو قم َ قخ ق ۡق‬
‫ق‬
ََ ‫ٱۡن‬
‫و‬
َ
َ
َ
ۡ‫ٱ‬
َ
ِ
ِ
ُ ُ ۡ ِ َ‫إ‬
َ َ٦َ‫ون‬
ِ
ِ ‫َِقع د‬

Maksudnya: Tidaklah aku ciptakan
jin dan manusia itu kecuali untuk
beribadat kepadanya.
(Surah az-Dzariat, 51: 56)

‘ubudiyah dan Ibadah
Ayat di atas jelas menunjukkan Allah
menjadikan
hamba-hambanya
untuk
beribadah kepada manusia. Persoalannya
bagaimanakah beribadah kepada Allah?
Ibnu Taimiyah (1983) menjelaskan ibadah
adalah segala sesuatu yang dicintai dan
diredhai Allah SWT merangkumi seluruh
ucapan dan perbuatan sama ada yang
nampak dan ataupun tidak nampak seperti
ibadah solat, puasa, zakat, haji,
mengeratkan silaturahim, berbakti kepada
ibu bapa dan segala perkara yang diredhai
Allah. Hal ini termasuk juga mencintai
Allah dan para rasul, rasa takut kepada
Allah, ikhlas dalam beribadah, redha atas
segala ketentuan Allah, tawakal dan
memohon keampunan kepada-Nya. Jelas
di sini, ibadah bukan hanya bermaksud
ibadah khusus seperti yang difahami
masyarakat hari ini, tetapi ia merangkumi
semua perkara dan urusan yang diredhai
Allah.

‘ubudiyah Melalui Hati, Lidah dan
Anggota Tubuh
Ibnul Qayyim (1998) menjelaskan
perhambaan (‘ubudiyah) kepada Allah
meliputi perhambaan melalui hati, lidah
dan anggota tubuh dan diringkaskan oleh
Al-Qardhawi (1978) seperti berikut:
‘Ubudiyah yang melibatkan hati
adalah kita melakukan perkara yang wajib
bagi hati dan meninggalkan perkara yang
haram bagi hati. Ulama bersepakat perkara
yang wajib dilakukan oleh hati adalah
seperti ikhlas, tawakal, cinta, tabah, taubat
kepada Allah, takut kepada Allah dan
mengharapkan
pertolongan-Nya,
keyakinan yang tulus kepada Allah.
Manakala haram bagi hati adalah takabur,
sombong, ujub, riak, hasad dengki, lalai
dan nifaq. Perkara haram ini dapat
dibahagikan kepada dua iaitu kufur dan
maksiat. Perkara yang dikategorikan
sebagai kufur adalah seperti keraguan
dalam akidah, nifaq, dan syirik. Manakala

Pengertian
ibadah
yang
dikemukakan Ibnu Taimiyah menunjukkan
ruang ibadah sangat luas sehingga alQardhawi menyimpulkan ibadah meliputi
3

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

perkara maksiat terbahagi kepada dua iaitu
dosa kecil dan dosa besar. Dosa-dosa besar
seperti riak, ujub, takbur dan sombong,
hasad dengki dan sebagainya. Dosa-dosa
kecil pula adalah seperti berangan-angan
dan bernafsu hendak melakukan perkara
yang haram. Perkara-perkara haram di atas
jika ditinggalkan kerana Allah sedangkan
ia berkuasa untuk melakukannya maka
akan mendapat pahala.

yang tunduk mengakui keimanan kepada
Allah sahaja tidak cukup jika tidak
mengikut segala perintah dan suruhan dan
meninggalkan segala larangan Allah (alQardhawi, 1978: 31). Maka jelaslah
‘ubudiyah adalah menundukkan segala
urusan mengikut cara yang disukai dan
diredhai Allah sama ada dalam
kepercayaan (iktiqad), percakapan dan
perbuatan.

‘Ubudiyah melalui lidah pula
adalah
menuturkan
sesuatu
yang
diwajibkan atas setiap mukalaf seperti
bacaan dalam solat, mengucap dua
kalimah syahadah, menjawab salam, amar
makruf (menyuruh kepada kebaikan) dan
nahi mungkar (melarang kemungkaran).
Dan kita juga menuturkan ucapan sunat
seperti membaca al-Quran, berzikir dan
bermuzakarah dalam ilmu yang berguna.
Haram pula bagi kita untuk bertutur
perkara-perkara yang dibenci Allah seperti
ghibah, bercakap perkara bidaah yang
menyalahi wahyu Allah, menghina,
menyakitkan hati orang lain dan
sebagainya. Islam juga melarang kita dari
bercakap perkara-yang sia-sia yang
sekiranya ditinggalkan lebih baik dari
bercakap kerana ia termasuk dalam ucapan
yang makhruh (al-Qardhawi, 1978: 106).

‘ubudiyah Dalam Organisasi
Melalui penjelasan konsep ‘ubudiyah di
atas, dapat
kita fahami
bahawa
pelaksanaan ‘ubudiyah di dalam organisasi
adalah menjadikan sebuah organisasi yang
menjalankan segala urusan-urusan di
dalam organisasi sebagai satu cara untuk
meluahkan rasa perhambaan kepada Allah.
Bagaimana organisasi meluahkan rasa
perhambaan kepada Allah adalah dengan
menundukkan segala urusan sesuai dengan
perintah Allah. Oleh itu organisasi yang
‘ubudiyah perlulah melakukan urusan
disukai dan diredhai Allah sahaja, dan
meninggalkan segala perkara yang dibenci
Allah.
Konsep ‘ubudiyah dalam sesebuah
organisasi umumnya boleh di capai jika
kesemua ahli mempunyai nilai ‘ubudiyah
dalam diri masing-masing. Kesemua
tingkat kumpulan di bawah organisasi
perlulah mempraktikkan ‘ubudiyah dalam
diri sebelum nilai ‘ubudiyah itu masuk ke
dalam organisasi. Perlaksanaan ‘ubudiyah
itu perlulah meliputi segala aspek ibadah
sama kepercayaan, percakapan, perbuatan
dan sebagainya.

Maka
dapat
kita
ketahui
pelaksanaan ibadah solat, puasa, haji,
zakat,
menghormati
orang
tua,
menghormati ibu bapa, berkasih sayang,
tolong menolong adalah termasuk dalam
‘ubudiyah melalui perbuatan atau anggota
tubuh.
Jelas di sini penjelasan ‘ubudiyah
adalah kita menyandarkan perhambaan
kepada Allah dengan ibadah yang tulus
sama ada melalui hati, lidah, pancaindera
dan anggota tubuh yang lain. Hakikat
seorang hamba (abdun) itu adalah
menghambakan diri kepada Allah SWT
dalam bentuk penghambaan (‘ubudiyah)
iaitu dengan melaksanakan segala bentuk
perbuatan kerana Allah swt (ibadah) iaitu
dengan mengesakan Allah dan tidak
mensyirikkan atau menyamakan-Nya
dengan sesuatu pun serta melaksanakan
segala perintah-Nya dan meninggalkan
segala laranganNya. Oleh itu seseorang

‘Ubudiyah Melalui Matlamat Dan Hala
Tuju Organisasi
‘ubudiyah dengan matlamat dan hala tuju
organisasi bermaksud sebuah organisasi
menentukan matlamat dan hala tuju
dengan mengambil kira segala aspek yang
tidak bertentangan dengan syariat. Hal ini
bermaksud segala matlamat dan hala tuju
yang ditentukan oleh sesebuah organisasi
tidak akan dibuat dengan sewenangwenangnya tanpa merujuk kepada syariat.
4

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

Oleh itu organisasi yang menyandarkan
pengabdian kepada Allah tidak akan
menerima
konsep
“matlamat
menghalalkan cara” (Rasid Muhamad
2011).

perkataan yang keji dan dusta kepada ahli
di bawahnya.

b) Akhlak Ahli Organisasi
Ahli-ahli di bawah organisasi juga perlulah
mempunyai ciri-ciri hati seperti yang
dijelaskan di atas. Setiap ahli perlu
mempunyai hati yang ikhlas, tawakal,
cinta dan keyakinan yang teguh dan patuh
kepada Allah. Rasa cinta dan takut kepada
Allah akan menjadikan insan mematuhi
segala perintah dan menjauhi segala
larangan. Said Hawwa (1998) menjelaskan
rasa cinta kepada Allah dan Rasul
termasuk kewajipan Islam yang paling
tinggi, Seperti firman Allah dalam surah
al-Baqarah ayat 165:

‘Ubudiyah Melalui Akhlak dalam
Organisasi
Organisasi yang meletakkan matlamat
pengabdian diri kepada Allah sudah tentu
akan mewujudkan satu budaya dan akhlak
yang diredhai oleh Allah. Berakhlak mulia
merupakan satu ibadah dan seterusnya
menunjukkan ‘ubudiyah kepada Allah.
Akhlak merupakan komponen penting
dalam kehidupan manusia seperti mana
akidah dan syariah. Akhlak dalam Islam
mestilah bersumberkan al-Quran dan alSunah. Betapa pentingnya akhlak dalam
Islam dilihat dari pengutusan Rasulullah
sendiri sebagai penyempurna akhlak
manusia.

‫ق ق ق ق ُ ك ْ ق ق ُ مل ل‬
ِ ‫َوٱَِي ََءامن اَأشدَح‬
ََِِۗ

Maksudnya: dan orang-orang yang
beriman itu sangat besar cintanya
pada Allah.

a) Akhlak Ketua Organisasi

Rasa cinta kepada yang hakiki
akan membuahkan rasa cinta kepada
sesama mahkluk. Dan dalam konteks
organisasi, ahli organisasi yang mencintai
Allah akan mengasihi dan berkasih sayang
sesama ahli organisasi. Ahli organisasi
juga perlulah patuh kepada arahan ketua
selagi mana ia tidak melanggar syarak dan
perlulah memastikan kepatuhan yang
hakiki itu hanya kepada Allah SWT.

Seorang
ketua
perlulah
mempunyai hati yang ikhlas dan sentiasa
bertakawal kepada Allah SWT dalam
melakukan sesuatu pekerjaan. Hati yang
ikhlas dalam melakukan suatu perbuatan
akan menimbulkan rasa yang tenang dan
redha dengan ketentuan Allah walaupun
hasil sesuatu perbuatan itu bukan seperti
yang dikehendaki. Aziz Yusuf (2010)
menjelaskan seorang ketua perlulah
sentiasa bersyukur dan bersedia menerima
hakikat bahawa tidak semua perkara yang
diusahakan mencapai hasil sebagaimana
yang diharapkan.

Seterusnya ahli organisasi perlu
menjauhi perasaan yang tidak baik seperti
hasad dengki, cemburu, sombong, riak,
ujud dan berprasangka buruk terhadap
orang lain. Sifat-sifat ini perlulah dijauhi
bagi memastikan segala urusan di dalam
organisasi itu berjalan dengan baik dan
lancar. Ahli organisasi juga perlulah
sentiasa menuturkan kata-kata yang baik
sesama ahli organisasi kerana menuturkan
perkataan yang baik itu menunjukkan
‘ubudiyah kita melalui ucapan. Antara
ucapan yang baik adalah ucapan salam
apabila bertemu sesama lain. Ahli
organisasi perlulah menjauhi larangan
Allah dari bercakap perkara-perkara yang
mendatangkan dosa seperti mengumpat

Selain itu, seorang ketua juga
perlulah mempunyai rasa cinta dan takut
kepada Allah. Rasa cinta dan takut kepada
Allahlah
yang
dapat
menghindari
seseorang daripada melakukan sebarang
kemungkaran dan mendorong melakukan
kebaikan seperti yang diperintahkan-Nya.
Al-Qardhawi (1978:106) menjelaskan
haram bagi lidah untuk menuturkan
perkataan keji dan dusta. Oleh itu seorang
ketua perlulah menjaga percakapan dengan
ahli di bawahnya dan haram mengatakan
5

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

dan menghina orang lain. Dalam istilah
masyarakat hari ini, istilah “bergosip”
sering digunakan bagi menggantikan
perkataan mengumpat (ghibah) yang mana
lebih sinonim dengan golongan hawa. Jadi
perbuatan bergosip inilah yang perlu
dibuang jauh dari sebuah organisasi kerana
bergosip (ghibah) merupakan satu
perbuatan yang mendatangkan dosa (alQardhawi, 1978).

2) Ihsan
Ibnu Manzur (1990) menjelaskan ihsan
bererti perbuatan yang baik dan tindakan
yang betul. Ihsan juga membawa erti
melakukan sesuatu dengan penuh
keimanan sehingga merasakan seolaholah Allah sedang melihat dia. Ihsan
merupakan sesuatu yang penting kerana
ia mendorong penjawat awam menjadi
pengawal utama kepada dirinya sendiri.
Dirinya akan merasa bimbang dan
bersalah jika melakukan sesuatu yang
bercanggah dengan perintah Allah
(Syarifah Hayati 2010). Firman Allah:

Dari penjelasan-penjelasan di atas,
dapat disimpulkan seorang ketua dan ahli
organisasi yang ‘ubudiyah kepada Allah
akan melaksanakan perintah Allah dan
menghalang dirinya dari melakukan
sesuatu perkara yang dilarang Allah. Dan
daripada perbuatan-perbuatan ini akan
melahirkan satu budaya dan akhlak yang
baik dalam organisasi.

ْ ُ ‫قق‬
ْ ُُۡ ‫قق‬
‫ق‬
َ‫وأن ِق َا َ ِِ َسبِي ِ َٱَِ ِ َوَ َت ق ا‬
‫ق‬
‫ُ ۡ ق‬
ْ‫ۡ ُ ق قق ۡ ُ ك‬
ۡ
َ‫َِ َوأحسِن ۚ ا‬
‫بِأيدِيك َإَِ َٱت‬
ُ ‫ق‬
ۡ ۡ
َ‫إِن‬
َ َ٥َ‫ن‬
َ‫سن ِ ق‬
ِ ‫ٱََُِِ َٱل ُ ح‬

‘Ubudiyah Melalui Kod Etika Dalam
Organisasi
Kod etika professional adalah salah satu
'alat kawalan' sosial yang digunakan
sebagai salah satu panduan dalam
mendisiplinkan diri ke arah yang lebih
beretika
(Syarifah
Hayati
2010).
Organisasi yang menerapkan ‘ubudiyah
perlu menetapkan etika yang menepati
syariat dan diakui Islam. Antaranya:

Maksudnya:
buatlah
(dengan
sebaik-baik)
perbuatan
kamu,
kerana
sesungguhnya
Allah
mengasihi
orang-orang
yang
berusaha supaya baik amalannya.
(al-Baqarah, 2: 195)
3) Amanah

1) Hormat Menghormati

Seterusnya organisasi perlu menekankan
sifat
amanah
dalam
kehidupan
berorganisasi. Perbuatan tidak amanah
jelas antara akhlak yang buruk dan wajib
dijauhi. Mewujudkan prinsip amanah
dalam organisasi menunjukkan ‘ubudiyah
kerana ia adalah sesuatu yang dituntut
dalam Islam. Tambahan lagi, kesan dari
amanah dapat menjadikan seseorang
melakukan pekerjaan dengan patuh dan
baik. Firman Allah:

Antara etika yang perlu wujud dalam
sebuah
organisasi
adalah
hormatmenghormati. Sebagaimana hadis dari
Rasulullah:
”Tidak termasuk golonganku orang
yang tidak menyayangi orang
yang lebih muda, dan tidak
mengerti hak-hak orang yang lebih
tua.Bukanlah termasuk golonganku
orang yang menipu kami. Seorang
mukmin tidak dikatakan beriman
sehingga ia mencintai orang
mukmin lain, seperti mencintai diri
sendiri.”

“Wahai orang yang beriman!
Janganlah
kamu
mengkhianati
(amanah) Allah dan rasul-rasulnya,
serta janganlah kamu mengkhianati
amanah-amanah (yang diserahkan
kepada kamu, sedangkan kamu
mengetahui dosanya”.
6

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

mengikut syariat. Pakaian yang mengikut
syariat adalah pakaian yang menutup aurat.
Firman Allah :

(Surah Al-Anfal, 8: 27)

‫ق ق ك ق قق قۡ ق قۡق ق ق‬
ُ
‫م‬
ۡ
ۡ
‫ق‬
َ ‫نَءادمَقدَأن ۡ َع يك َِِ س‬
َ ِ ٰ‫ي‬
‫ُ ۡ ق م‬
‫يُ قوٰر ق‬
َ َۖ ‫َورِيش‬
‫يَس ۡ ٰت ِك‬
ِ

Sifat amanah sangat penting dalam
sebuah organisasi kerana ia dapat
membawa kejayaan kepada sesebuah
organisasi (Aziz Yusuf 2010).

4) Menepati Masa
Maksudnya: wahai anak cucu
Adam, sesungguhnya kami telah
menyediakan
pakaian
untuk
menutup auratmu dan perhiasan
bagimu.

Menepati masa merupakan suatu yang
dituntut dalam Islam. Sebagaimana Firman
Allah dalam Surah al-Asr:

ُ ‫ۡ قٰ ق ق‬
ۡ ‫قو ۡٱل قع‬
ۡ ‫َخ‬
َ
ۡ‫ٱ‬
َ
ََ َۡ
ِ
‫ل‬
َ
َ
‫ن‬
‫إ‬
ََ
َ
‫ص‬
‫نس‬
ِ
ِ
ِ
ِ
‫ف‬
ْ ُ ‫ق ق قُ ْ ق ق‬
‫ق‬
ََِ ٰ‫َوع ِ ا َٱلص ٰ ِح‬
‫إَِ َٱَِي َ َءامن ا‬
ْ ‫ق ق ق ق ۡ ْ ۡق ل ق ق ق ق‬
َِ ۡ ‫اص ۡ اََب ِٱلص‬
‫وت اص اََب ِٱۡ ََِوت‬
َ َِ

(Surah al-A’raf, 7:26)
‘Ubudiyah Melalui Perlaksanaan
Aktiviti/Program

Maksudnya: Demi masa. Sungguh
manusia dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan
mengerjakan kebajikan serta saling
menasihati untuk kebenaran dan
saling menasihati untuk kesabaran.

Apabila kita ingin menjadikan sesuatu
pekerjaan sebagai ibadah kepada Allah
Taala, perlulah kita melaksanakan sesuatu
pekerjaan yang tidak bertentangan dengan
hukum yang Allah tetapkan. Begitu juga
organisasi, apabila melaksanakan aktiviti
dan kegiatan perlulah aktiviti yang tidak
bertentangan dengan syarak. Al-Qardhawi
(1978) menjelaskan terdapat beberapa
syarat untuk menjadikan amalan sebagai
ibadah. Antaranya:

(Surah al-‘Asr,103 : 1-3)

Menepati masa menunjukkan rasa
tanggungjawab dan amanah terhadap kerja
dan organisasi. Perkara ini jelas
menunjukkan nilai ‘ubudiyah kerana sifat
amanah adalah sifat yang dituntut dalam
Islam. Jelas di sini masalah curi tulang dan
lambat datang kerja seperti yang berlaku
dalam organisasi hari ini adalah kerana
kurangnya penekanan nilai ‘ubudiyah
dalam organisasi tersebut.

a) Aktiviti yang Tidak
Bertentangan dengan Syarak
Al-Qardhawi (1978:77-79) menjelaskan
antara syarat amalan seseorang menjadi
ibadah mestilah amalan yang dikerjakan
itu di akui Islam, sesuai dengan hukum
syariah dan tidak bercanggah dengan
hukum-hukum tersebut. Persoalannya
bagaimanakah memastikan aktiviti kita
bertepatan dengan syarak? Maka ia
perlulah di dirujuk kepada sumber-sumber
Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah, ijtihad
para sahabat dan ulama’ qiyas yang
disepakati, dan orang yang lebih ‘alim
dalam agama.

5) Pemakaian Mengikut Syariah
Etika
pemakaian
mencerminkan
keperibadian seseorang. Sebagai seorang
Muslim adalah menjadi kewajipan
menjaga adab berpakaian.
Organisasi
yang mementingkan nilai ‘ubudiyah perlu
mengkhususkan kod pemakaian yang
7

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

kesungguhan, penelitian serta bersegera
untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

b) Mengutamakan Ibadah Khusus
Al-Qardhawi
(1978:79)
menegaskan
dalam
menjalankan
amalan-amalan
duniawi, manusia tidak boleh lalai dari
menjalankan kewajipan ibadat yang
khusus seperti sembahyang, puasa dan
sebagainya sesuai dengan firman Allah:

Aktiviti Yang Meningkatkan Nilai
‘Ubudiyah
Antara aktiviti yang boleh dijalankan
dalam organisasi bagi meningkatkan
‘ubudiyah
kepada
Allah
adalah
menganjurkan tazkirah pada setiap minggu
dan aktiviti membaca al-Quran setiap pagi.
Aktiviti ini sebenarnya merupakan
‘ubudiyah melalui lidah seperti yang
dijelaskan al-Qardhawi. Organisasi juga
boleh mengadakan aktiviti pemberian
zakat kepada asnaf yang memerlukan,
bantuan sedekah dan bantuan kepada anakanak yatim dan ini menunjukkan
‘ubudiyah melalui anggota tubuh.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah hendaknya hartaharta kamu dan anak-anak kamu itu
melalaikan kamu dari mengingati
Allah, barang siapa berbuat demikian
(dilalaikan oleh harta dan anakanaknya dari mengingati Allah) maka
merekalah sebenarnya orang-orang
yang rugi.
(Surah al-Munafiqun, 63: 9)

Implikasi ‘Ubudiyah Kepada Organisasi

c) Niat Yang Ikhlas Kerana Allah
Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh
manusia tentunya mempunyai suatu niat
dan tujuan yang khusus sama ada niat itu
untuk tujuan yang baik atau tidak baik.
Namun tujuan yang paling utama dalam
melakukan sesuatu pekerjaan dan amal
perlulah tujuan yang ikhlas kerana Allah
semata-mata. Ikhlas merupakan satu
urusan hati yang susah untuk dicapai
kerana hati manusia itu mudah tergoda
kepada sesuatu yang lain. Said Hawwa
(1998: 318) menjelaskan sesuatu yang
bersih dan terhindar dari kotoran
dinamakan
khalish
(yang
bersih),
manakala pekerjaan membersihkan disebut
ikhlas. Maka jelas ikhlas adalah perbuatan

Sebuah organisasi yang mengamalkan
prinsip ‘ubudiyah yakni melakukan
sesuatu kerana pengabdian kepada Allah
Ta’ala sudah tentu akan memperoleh
ganjaran yang besar dari Allah di dunia
mahupun di akhirat. Antara kesan
‘ubudiyah kepada organisasi adalah:
Pertama: ‘Ubudiyah dapat mengelakkan
masalah sosial dan perlanggaran etika
kerja dalam organisasi. Pekerja yang taat
kepada Allah akan sentiasa menjauhi
perkara-perkara yang ditegah dan dibenci
oleh Allah seperti curi tulang, tidak
amanah mengumpat rakan sekerja dan
sebagainya. Ketua dan ahli kepada
organisasi sudah tentu akan memastikan
ahlinya menerapkan sifat amanah dan
tanggung jawab dalam setiap aktiviti yang
dilakukan setiap masa. Selain itu, akhlak
yang mulia ini akan menjadi contoh dan
teladan dalam sesebuah organisasi dan
akan mendorong ahli yang lain bersifat
mulia.

untuk membersihkan hati dari sebarang
niat yang tidak bersandar kepada Allah.
Niat yang ikhlas dalam pekerjaan
menunjukkan betapa dekatnya hubungan
perhambaan seseorang dengan Allah.
Begitu juga dalam sesebuah organisasi,
ahli-ahli di dalam organisasi melakukan
sesuatu
niat
kerana
Allah
dan
mengharapkan rahmat dan bekerja Allah
supaya suatu pekerjaan itu tidak sia-sia.
Hasil daripada ikhlas akan melahirkan
pekerja yang bertanggungjawab dan
bekerja dengan penuh kerelaan hati,
8

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

Kedua : Sebuah organisasi akan mencapai

dengan akhlak mulia, serta melakukan
ibadah khusus dengan sempurna, itu
menunjukkan organisasi tersebut berjaya
membawa konsep ‘ubudiyah.

kejayaan dengan lebih mudah kerana
mempunyai ahli organisasi yang bekerja
dengan rajin dan bersungguh-sungguh.
Ahli organisasi yang mempunyai rasa
pengabdian kepada Allah akan menjadikan
setiap amalan sebagai ibadah dan sudah
tentu kerja akan dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh. Ahli organisasi lebih
bertanggungjawab terhadap kerja yang
dilakukan. Atas rasa tanggungjawab itu
ahli organisasi akan memperbaiki mutu
kerja dan telus dalam melakukan
pekerjaan.

Rujukan
Al – Quran
Abdul Aziz Yusuf. 2010. Pengurus
Bertakwa Memakmurkan
Syarikat Sintok: Penerbit
Universiti Utara Malaysia
Abdul Mujieb, Ahmad Ismail & Syafi’ah.
2009. Ensiklopedia Tasawuf
Imam
Al-Ghazali.
Bandung:
Mizan Media Utama

Ketiga : Wujud suasana positif dan tidak

mudah putus asa di dalam sesebuah
organisasi yang mengutamakan prinsip
‘ubudiyah. Hal ini kerana
ahli-ahli
organisasi sedar akan ketentuan Allah.
Setiap perkara yang dirancang tidak
semestinya akan tercapai seperti yang
diingini kerana semua urusan di dunia ini
berjalan seperti di dalam perancangan
Allah. Al-Qardhawi (1978) menjelaskan
ibadat itu meliputi redha terhadap qadha
dan qadar, bertawakal, mengharapkan
rahmat dan takut atas azab seksaan-Nya.

Al-Qusyairi, Abul Qasim Abdul karim
Hawazin. 2002. Risalah
Qusyariyah Sumber Kajian
Ilmu Tasawuf. Terj Umar Faruq.
Jakarta: Pustaka Amani.
Al-Qardhawi, Yusuf. 1978. Ibadah Dalam
Islam. Terj Hassan Idris. Kuala
Lumpur: Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia.
Amitai Etzioni. 1964. Modern
Organizations. New Jersey:
Prentice-Hall

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan ‘ubudiyah merupakan
satu prinsip yang penting dalam organisasi
kerana ia mempunyai hubungan yang
sangat signifikan dengan kecekapan dan
kegemilangan sesebuah organisasi. Setiap
urusan dalam pengurusannya mestilah
diperhambakan atau diabdikan sepenuhnya
kepada Allah SWT, bukan kepada selain
daripada-Nya. Segala perkara mungkar
dan
keji
dapat
dijauhi
dengan
berpandukan kepada ciri-ciri dan
matlamat
pengurusan
Islam
yang
berteraskan dasar-dasar pengurusan yang
mempunyai nilai ubudiyyah. Pada
pengamatan
penulis,
kebanyakan
organisasi Islam sudah menerapkan
kesemua prinsip-prinsip Islam tetapi
sejauh manakah prinsip Islam itu dihayati?
Jika kesemua prinsip Islam dalam
organisasi dihayati, kemudian disertakan

Auni Haji Ahmad. 2010. Teras Utama
Sistem Pengurusan Islam.
Pahang:Alam Raya
Enterprise.
Chester Barnard. 1938. The Function Of
The Executive. Cambridge:
Harvard University Press.
Hawwa, Sa’id Bin Muhammad Daib
(pnyt). 1998. Mensucikan Jiwa .
Terj Annur Rafiq Shaleh
Tamhid. Jakarta: Rabbani Press.
Ibnul Qayyim al-Jawziyyah. 1998. The
Dispraise of al-Hawaa . Tt: Daar
al-Bukhari.
Ibnu Manzur, Abu al-Fadhl Jamal al-Din.
1990. Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar
al-Sadir.
9

PROSIDING SEMINAR PENGURUSAN ISLAM: KE ARAH PEMANTAPAN UMMAH.

Ibnu Taimiyah. Taqi al-Din Ibn Abd alHalim.
1983.
Al
‘ubudiyah:Hakikat
Perhambaan Manusia Kepada
Allah. Terj: Mu’ammal Hamidy.
Singapura: Pustaka Nasional
Pte Ltd.
Mohd Shahar Bin Sidek. 1990.
Pengurusan Organisasi Dari
Perspektif Islam. Kertas
Kerja Seminar Pengurusan
Organisasi Dari Perspektif Islam.
t.tp. 11-12 Mac 1990.
Muhammad Nubli Abdul Wahab. 2008.
Kecermelangan Pengurusan
Organisasi Dalam Islam.
Siri1.Kuantan: Universiti Malaysia
Pahang.
Rasid Muhamad et all. 2008. Pengurusan
Islam Teori dan Praktis. Kuala
Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd.
Salasiah Hanin Hamjah, Zainab Ismail &
Noor shakirah Mat Akhir. 2012.
Kaedah Penenrapan Ibadah
Dalam Kaunseling. Jurnal
Teknologi 59: 87-92.
Syarifat Hayaati Ismail al-Qudsy. 2010.
Etika Penjawat Awam Dari
Perspektif Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

10