PENULISAN KARYA ILMIAH DALAM BAHASA MALA

PENULISAN KARYA ILMIAH DALAM BAHASA MALAYSIA:
RELEVAN ATAU TIDAK?

Laporan ini disediakan bagi memenuhi kursus

STPD3013 Komunikasi Saintifik

Disediakan oleh:

Muhammad Hafizuddin Roslan (A164251)
Murthadza Aznam (A162647)
Barisan pensyarah:

Prof. Madya. Dr. Liong Choong Yeun
Prof. Dato’ Dr. Roslan Abd Shukor
Prof. Dr. Wan Aida Wan Mustapha
Prof. Dr. Roslinda Mohd. Nazar
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Disember 2017


ABSTRAK
Karya ilmiah ialah sebuah penulisan yang mempunyai tujuan, kaedah dan gaya penulisa n
yang tertentu demi memelihara dan mengembangkan ilmu. Bentuk karya ilmiah yang awal ialah
seperti batu bersurat, penulisan atas kertas papyrus dan penerbitan buku dalam bahasa masingmasing seperti yang dijumpai di tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, Yunani dan Islam. Bahasa
Malaysia juga mampu mencapai taraf bahasa ilmu tinggi dalam komuniti akademia. Menulis karya
ilmiah dalam Bahasa Malaysia sangat relevan dan sedang digiatkan sejak zaman kemerdekaan
Tanah Melayu tahun 1957 lagi. Menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya dalam komuniti
akademia di Malaysia mampu menaikkan tahap keilmuan rakyat Malaysia kerana Bahasa Malaysia
adalah bahasa kebangsaan negara Malaysia.

1

ISI KANDUNGAN
1.0

PENGENALAN ................................................................................................................... 3

1.1


TAKRIF KARYA ILMIAH............................................................................................. 3

1.2

TAKRIF BAHASA MALAYSIA .................................................................................... 4

2.0

SEJARAH PENERBITAN KARYA ILMIAH ................................................................... 4

2.1

SEBELUM WUJUDNYA JURNAL ............................................................................... 5

2.2

PENERBITAN JURNAL................................................................................................. 5

3.0


BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA ILMU TINGGI ......................................... 6

3.1

KELEMAHAN PROGRAM PPSMI ............................................................................... 6

3.2

KEPENTINGAN BAHASA MALAYSIA ...................................................................... 7

4.0
4.1

PENULISAN KARYA ILMIAH DALAM BAHASA MALAYSIA ................................. 8
USAHA DAN CABARAN KARYA ILMIAH BAHASA MALAYSIA........................ 8

5.0

KESIMPULAN .................................................................................................................... 9


6.0

RUJUKAN ......................................................................................................................... 10

2

1.0

PENGENALAN
Antara dilema yang melanda rakyat Malaysia ialah dilema yang melibatkan penggunaa n

bahasa dalam komunikasi keilmuan tinggi terutamanya dalam bidang sains dan matematik. Dilema
ini boleh dilihat dalam dasar pendidikan negara yang mengatakan sains dan matematik harus
diajarkan dalam Bahasa Inggeris sedangkan subjek-subjek lain seperti sejarah, pendidikan agama
Islam, pendidikan moral, kemahiran hidup dan lain-lain. Ia tidak berakhir di situ, institusi- institus i
akademik pula berlainan pendapat tentang bahasa yang patut digunakan dalam pengkaryaan ilmia h
mereka. Karangan ini ingin membahaskan mengenai kesesuaian Bahasa Malaysia dalam menulis
karya ilmiah dan bagaimana ia mencorak masa depan komuniti akademia di Malaysia.

1.1


TAKRIF KARYA ILMIAH

Dalam bukunya, Ana Rosmiati (2017) menyenaraikan takrif-takrif karya ilmiah menurut
pelbagai

ilmuwan.

Karya ilmiah,

menurut

Munawar

Syamsudin

ialah

naskah


yang

mengetengahkan masalah tertentu atas disiplin ilmu tertentu dengan memilih tatakaedah tertentu
dalam pembentangan secara menyeluruh, teratur dan konsisten. Takrif ini selari dengan takrif
Awidyamartaya dan Brotowidjoyo. Eko Susilo M pula menjelaskan karya ilmiah sebagai hasil
tulisan yang bersandarkan pengamatan, penelitian dan peninjauan terhadap bidang ilmu tertentu
yang disusun dengan cara tertentu dengan gaya tulisan yang baik dan santun, serta dapat
dipertanggungjawabkan keilmiahannya. Dwiloka (2005) membahaskan bahawa karya ilmiah ialah
“karya seorang ilmuwan (yang berupa hasil pengembangan) yang ingin mengembangkan ilmu
pengetahuan, teknologi dan seni yang diperoleh melalui kepustakaan, kumpulan pengalaman, dan
pengetahuan orang lain sebelumnya”.
Jelas di sini bahawa ilmuwan mempunyai pandangan yang berbeza sedikit tentang takrif
karya ilmiah. Namun, ada beberapa ciri yang dipersetujui oleh kesemua sarjana di atas. Maka,
takrif karya ilmiah dalam rencana ini ialah “sesuatu karya yang mempunyai tujuan (seperti
menyelesaikan masalah) menggunakan tatakaedah tertentu atas dasar pengembangan ilmu
pengetahuan dengan gaya penulisan yang tertentu, sistematik dan mengikut disiplin keilmua n
tertentu.” Dengan takrif tersebut, sebuah karya ilmiah boleh termasuk dalam salah satu daripada
jenis-jenis berikut iaitu: tesis, disertasi, laporan, makalah jurnal, resensi, dan penulisan sains
popular, jika ditulis dengan cara yang betul (Aina 2017).


3

1.2

TAKRIF BAHASA MALAYSIA
Bahasa Malaysia, seperti yang diterangkan oleh Heah, Lee Hsia C. (1981), ialah bentuk

piawai Bahasa Melayu yang digunakan secara bertulis dalam buku kontemporari, akhbar, jurnal,
dan majalah, serta penggunaan lisan dalam TV, radio Malaysia dan rakyat terpelajar. Kata-kata
seperti “Melayu Piawai” dan “Melayu Moden” juga merujuk kepada Bahasa Malaysia. Bahasa ini
dikawal selia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Agak kurang jelas bila munculnya terma “Bahasa Malaysia” bagi membawa maksud
“Bahasa rasmi negara Malaysia”. Namun, pada tahun 2007, kerajaan mendesak bahawa perkataan
Bahasa Malaysia menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan yang tidak lagi merujuk
kepada bangsa Melayu semata-mata (Hassan Ahmad 2007). Tindakan tersebut mendapat kritikan
kerana bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyebut
“Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu.”
Walaupun dengan kritikan tersebut, demi menjawab perbahasan “Penulisan Karya Ilmia h
dalam Bahasa Malaysia: Relevan atau Tidak?” yang ditugaskan kepada kami, segala perihal
mengenai bahasa kebangsaan negara Malaysia akan dirujuk sebagai Bahasa Malaysia. Hal ini

termasuklah variasi “Bahasa Melayu” seperti Melayu Piawai, dan Melayu Moden, melainkan ia
merujuk kepada rumpun Bahasa Melayu secara khusus.

2.0

SEJARAH PENERBITAN KARYA ILMIAH
Falsafah Alamiah, iaitu disiplin ilmu yang mengkaji kejadian alam, sudah pun mengala mi

pengkhususan kepada cabang-cabang seperti astronomi, fizik, perubatan, biologi dan kimia sejak
adanya kemajuan ketamadunan manusia. Malah, sebelum munculnya tamadun-tamadun seperti
Yunani dan Islam, bukti-bukti arkeologi menunjukkan wujudnya ilmu astronomi, perubatan dan
matematik dalam tamadun-tamadun awal seperti Mesopotamia, Mesir Purba dan China. Artifak artifak yang berbentuk batu bersurat dan tulisan kertas papyrus yang menerangkan kejadiankejadian alam merupakan bukti manusia mementingkan pemeliharaan keilmuan tersebut. Ini
adalah antara bentuk-bentuk awal karya ilmiah.

4

2.1

SEBELUM WUJUDNYA JURNAL


Perkembangan ilmu astronomi, astrologi dan perubatan astral pada zaman Mesopotama
sudah lama dapat dijejak berdasarkan penemuan bukti artifak batu bersurat yang diperbuat
daripada tanah liat (Francesca Rochberg 2014). Catatan yang berbentuk tulisan pepaku itu
dikatakan ditulis sekitar tahun 3500 S.M. mengandungi pelbagai catatan antaranya bidang-bidang
ilmu tersebut. Hal ini dapat dirumuskan bahawa semenjak zaman Mesopotamia lagi pemeliharaa n
ilmu itu telah pun dijalankan. Selain Mesopotamia, Yunani juga menjalankan pemeliharaan ilmu
dengan pelbagai hasil penulisan Latin yang diterjemahkan hasilnya ialah pelbagai penemuan
dalam bidang sains dari ahli akademik masa itu seperti Plato, Aristotle dan Pythagoras.
Pada zaman kegemilangan Islam sekitar tahun 762 Masihi, hasil kecintaan ahli akademik
terhadap ilmu menyebabkan banyak aktiviti penterjemahan hasil penulisan Yunani kepada Bahasa
Arab giat dijalankan. Kemunculan tokoh-tokoh Islam menguatkan lagi proses pemeliharaan ilmu
pada waktu itu. Contohnya seperti Ibn Sina dengan karyanya Al-Qanum fit Tib (Kanun Perubatan)
dalam ilmu perubatan dan Al-Khawarizmi dengan karyanya Al-Mukhtasar fi Hisab Aljbr wal
Muqabal (Buku Ikhtisar Berhitung Algebra Dan Bilangan) dalam ilmu matematik.

2.2

PENERBITAN JURNAL

Pada kemuncak zaman Renaissance sekitar tahun 1665, karya-karya ilmiah daripada para

pengkaji dikumpulkan dalam satu buku Philosophical Transactions of the Royal Society untuk
kegunaan ahli akademik. Chris A. Mack (2015) membahaskan bahawa kumpulan karya-karya ini
adalah rekod pertama karya ilmiah berbentuk jurnal yang diterbitkan dengan gaya penulisan yang
sistematik. Penerbitan Philosophical Transactions of the Royal Society ini merupakan asas
pembentukan jurnal-jurnal moden yang dilihat pada hari ini. Jurnal tersebut mengandungi pelbagai
hasil kajian dari ahli sains seperti karya pertama Isaac Newton mengenai kajian prisma. Jurnal ini
mempunyai penulisan yang sistematik kerana gaya penulisan yang berbentuk sains disertakan
dengan persamaan jika berkaitan dengan sains dan matematik, gambar rajah mengenai sesuatu
penjelasan dan jadual hasil kajian. Jika dibandingkan dengan buku yang menerangkan satu
fenomena secara umum, jurnal tersebut memberi penjelasan yang lebih dalam untuk kajian lebih
lanjut.

5

Setelah itu, muncul jurnal-jurnal dari bidang lain dan hasil jurnal diterbitkan dan
diperluaskan sehingga kini. Secara kesimpulan,

penulisan jurnal adalah bertujuan untuk

merekodkan hasil kajian yang telah dijalankan berserta metodologi dan hasil dapatan kajian

tersebut. Penghasilannya amat penting untuk kegunaan para ilmuwan generasi baru dalam
kemajuan dan inovasi sesuatu teknologi.

3.0

BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA ILMU TINGGI
Sejarah sudah menunjukkan karya ilmiah wujud dalam bentuk dan bahasa yang pelbagai.

Jika pencambahan ilmu mampu dilakukan dalam bahasa-bahasa yang warna-warni, bolehkah ia
dicapai dalam Bahasa Malaysia? Mampukah Bahasa Malaysia diangkat sebagai bahasa ilmu
tinggi?
Teo Kok Seong merumuskan, seperti yang dipetik oleh Noraien Mansor & Noor Rohana
Mansor (2015), bahawa Bahasa Malaysia telah mencapai taraf bahasa moden seperti bahasa
Inggeris berasaskan dua ukuran dari aspek korpus dan ragam bahasa yang telah mantap dan stabil.
Maknanya, Bahasa Malaysia mampu mencapai status ilmu tinggi dan hanya perlu digunakan
dalam komunikasi ilmu tinggi seperti dalam karya ilmiah jurnal dan tesis. Namun, dapat dilihat
ada pihak yang bukan sahaja menjauhkan Bahasa Malaysia daripada komunikasi ilmu tinggi
seperti sains dan matematik, tapi menaikkan martabat Bahasa Inggeris dan akhirnya membawa
kesan yang tidak menyenangkan.

3.1

KELEMAHAN PROGRAM PPSMI

Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) diperkenalkan pada 20 Julai 2002 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad atas alasan i)
memberi peluang kepada para pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris, ii) bahan bacaan
mengenai Sains dan Matematik kebanyakannya adalah dalam Bahasa Inggeris, iii) Sains dan
Matematik adalah penyumbang kepada pembangunan negara, serta beberapa alasan lain yang tidak
relevan dibincangkan di sini.
Dasar ini dilaksanakan di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan pada
awal tahun 2003 untuk pelajar darjah 1, tingkatan 1, tingkatan 6 rendah dan matrikulasi semester
1 (Isahak Haron, Abd. Latif Hj. Gapor, Mohd Nasir Masran, Abd. Halim Ibrahim, & Mariam Mohd. Nor,

6

2008). Sehingga tahun 2004, sebanyak 83,925 buah komputer Notebook, 68,011 projektor LCD,

66,515 skrin, 62,283 troli, 2,286 televisyen dan 9,533 buah pencetak telah diedarkan kepada semua
sekolah untuk membantu para guru melaksanakan PPSMI. Tidak kurang juga dengan peruntukan
RM101,724,009 untuk menyediakan "teaching courseware" bagi kegunaan guru-guru yang
berkenaan. (Chew Fong Peng 2008)
Isahak Haron et al (2008) mengkaji kesan dasar ini setelah lima tahun pelaksanaannya.
Mereka mendapati para pelajar, tidak kira bangsa apa pun, mempunyai masalah dalam memaha mi
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Malah, pelajar-pelajar Melayu
mengaku mereka merujuk buku-buku dalam Bahasa Malaysia secara berkala. Kenyataan ini
dikuatkan lagi dengan keputusan yang teruk untuk Programme for International Students
Assessments (PISA) bagi tahun 2009 dan 2012 yang teruk untuk sains dan matematik (Abdulla h

& Francis Peters 2015). Chew Fong Peng (2008) pula menunjukkan dasar ini mewujudkan jurang
pemahaman di antara pelajar bandar dan luar bandar dalam pembelajaran Sains dan Matematik.

3.2

KEPENTING AN BAHASA MALAYSIA

Masalah tidak selesai di peringkat sekolah, ia berterusan ke peringkat pengajian tinggi.
Kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sarjana muda adalah terhad, terutamanya
kemahiran penulisan dan kemahiran lisan. Hal ini dikuatkan lagi dengan maklum balas dari pihak
staf akademik. Salah seorang staf memaklumkan, “Kadang-kadang laporan mereka tidak dapat
difahami kerana ideanya bercelaru (akibat menyalin bulat-bulat tanpa pemahaman).” Ada juga
maklum balas daripada pensyarah yang mengatakan beliau terpaksa menjalankan kuliah dalam
Bahasa Malaysia kerana pelajarnya tidak faham Bahasa Inggeris. Malah, kelemahan berbahasa
Inggeris ini dibawa ke alam pekerjaan dan majikan-majikan memberikan maklum balas yang
serupa (Isarji Hj Sarudin, Ainol Madziah Zubairi, Mohamed Sahari Nordin, & Mohd Azmi Omar
2008).
Maka jelaslah di sini bahawa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah
lemah. Golongan merekalah yang akan menulis karya ilmiah demi mengembangkan ilmu. Adakah
patut para pelajar dipaksa menulis dalam bahasa yang tidak difahaminya? Adakah begitu cara
untuk menulis karya ilmiah yang berkualiti?

7

Berbalik kepada sejarah, Ibn Sina dan Al-Khawarizmi menulis karyanya dalam Bahasa
Arab kerana itulah bahasa yang mereka paling fasih! Albert Einstein juga menulis empat karya
agungnya dalam Bahasa Jerman, iaitu bahasa ibundanya! Malah, karya-karya yang Einstein rujuk
untuk menghasilkan karya-karya agungnya juga ditulis dalam Bahasa Jerman. Menulis dalam
bahasa ibunda tidak menghalang karya-karya mereka memberi impak tinggi dalam bidang
keilmuan masing- masing. Maka, adalah lebih baik sebuah karya ilmiah yang diterbitkan oleh
rakyat Malaysia ditulis dalam Bahasa Malaysia.

4.0

PENULISAN KARYA ILMIAH DALAM BAHASA MALAYSIA
Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor (2013) menyatakan penggunaan bahasa Malaysia

mendominasi dasar penerbitan karya ilmiah sebanyak 83.3% berbanding bahasa Inggeris yang
hanya 16.7% sepanjang tempoh tiga tahun penelitian dari 2010 hingga 2012. Kepentingan
penghasilan karya ilmiah dalam Bahasa Malaysia adalah untuk menyampaikan maklumat kepada
pembaca dengan mudah kerana penggunaan bahasa kebangsaan. Selain itu, penerbitan karya
ilmiah ini tertumpu kepada institusi pengajian tinggi kerana kepentingannya adalah untuk ahli
akademik melakukan kajian masing- masing.

4.1

USAHA DAN CABARAN KARYA ILMIAH BAHASA MALAYSIA

Penerbitan karya ilmiah dalam Bahasa Malaysia tidak lekang dengan kekangan dan
cabaran. Maizatul Azura Yahya & Mohd Baharudin Othman (2004) melalui pertemuan mereka
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 13 Mei 2003, antara isu cabaran yang dikenal pasti
ialah terdapat prasarana penerbitan di IPTA yang belum sempurna dalam aspek tenaga
penyuntingan, reka bentuk dan peruntukan kewangan. Selain itu, kurangnya ahli akademik yang
ingin berkecimpung dalam bidang penerbitan karya ilmiah mengakibatkan peratus penerbitan
karya tersebut di Malaysia mempunyai peningkatan yang sangat sedikit. Seterusnya, penerbitan
melalui pemasaran buku mengakibatkan daya beli dalam kalangan rakyat Malaysia sangat rendah
berserta edaran terbitan yang terhad menyulitkan perkembangan karya tersebut di Malaysia. Akhir
sekali, penggunaan bahasa Inggeris dalam karya ilmiah sedikit sebanyak menjejaskan status
pengkaryaan ilmiah dalam bahasa Malaysia.
Namun begitu, pelbagai usaha giat dijalankan di Malaysia demi memartabatkan Bahasa
Malaysia dalam penghasilan karya ilmiah. Hal ini adalah kerana terdapat golongan yang mula
8

sedar akan kepentingan penggunaannya dalam Bahasa Malaysia. Sejak zaman kemerdekaan lagi,
ahli-ahli kesarjanaan akademia melayu sudah mula bergiat dalam usaha-usaha memartabatkan
Bahasa Melayu dalam pengkaryaan ilmiah (Noor Rohana Mansor 2014). Menurut Roosfa Hashim
yang dipetik oleh Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor (2015), perkembangan kesarjanaan
akademia melayu ini dapat dikesan melalui empat aspek iaitu i) pertumbuhan institusi yang
berkaitan dengan pengajian Melayu, ii) wacana dalam persidangan di peringkat kebangsaan, iii)
penyelidikan dan iv) penerbitan. Usaha kesarjanaan akademia Melayu ini dapat dilihat dengan
perluasan penerbitan jurnal ilmiah dalam Bahasa Malaysia dalam kalangan institusi pengajian
tinggi dan secara umum.
Selain itu juga, terdapat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang giat menjenamaka n
hasil terbitan di peringkat global. Penerbitan karya ilmiah ini dibahagikan kepada pelbagai bidang
dan subbidang tujahan pengajian Melayu (Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor 2015). Antara
hasil karya global yang lahir ialah Jurnal Dewan Bahasa Jurnal Jendela Alam; Jurnal Sari. Hal
ini bertujuan menyebarkan karya ilmiah dalam Bahasa Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi
Akhir sekali, usaha pengembangan karya ilmiah dalam Bahasa Malaysia juga giat
dijalankan oleh ahli akademik di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti
Universiti Kebangsaan Malaysia. Tindakan ini merupakan usaha-usaha memartabatkan bahasa
kebangsaan dalam pengkaryaan ilmiah kerana kesedaran akan kepentingannya seperti yang telah
dibahaskan sebelum ini.

5.0

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, adalah relevan Bahasa Malaysia digunakan dalam pengkaryaan

Ilmiah. Hal ini kerana ia mencapai tujuan sebuah karya ilmiah diterbitkan iaitu supaya
berkembangnya ilmu itu. Menulis dalam Bahasa Malaysia tidak akan menghalang tujuan itu
dicapai lebih-lebih lagi dalam komuniti rakyat Malaysia yang rata-ratanya menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa ibunda. Di samping itu, penggunaan Bahasa Malaysia dalam penghasila n
karya ilmiah menaikkan taraf Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu tinggi. Oleh itu, semua pihak
harus bekerjasama membantu meneruskan usaha perkembangan penghasilan karya ilmiah dalam
Bahasa Malaysia selari dengan slogan “Memartabatkan Bahasa Melayu” yang dilaungkan dewasa
ini. Harapan yang boleh kita capai ialah semoga penggunaan Bahasa Malaysia dalam pengkaryaan

9

ilmiah ini dapat melahirkan generasi yang mempunyai keilmuan yang tinggi di samping
memartabatkan Bahasa Malaysia dalam jiwa generasi kini dan akan datang.

6.0

RUJUKAN

Abdullah, A., & Francis Peters, R. 2015. Malaysia’s Post-PISA2012 Direction. Interna tional Journal of
Culture a nd History (EJournal) , 1 (1), 15–20. https://doi.org/10.18178/ijch.2015.1.1.003

Ana Rosmiati. 2017. Dasar-dasar Penulisan Karya Ilmiah. Surakarta: ISI Press.
Chew Fong Peng. 2008. Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI):
Penerimaan dan Kesannya Terhadap Status Bahasa Melayu. Jurnal Sarjana 23: 52 – 71
Chris A. Mack. 2015. 350 Years of Scientific Journal. Journal of Micro/Nanolithography MEMS
&MOEMS 14(1) http://dx.doi.org/10.1117/1.JMM.14.1.010101 [5 Disember 2017]

Cristian

Violatti.

2013.

Ancient

Greek

Science.

Ancient

History

Enyclopedia.

www.ancient.eu/Greek_Science/ [8 Disember 2017]
Dwiloka, B. 2005. Teknik Menulis Karya Ilmiah. Jakarta: PT Rineka Cipta.
Hassan Ahmad. 2007. Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Berita Harian, 16 Mei: 3
Heah, Lee Hsia C. 1981. The Influence of English on the Lexical Expansion of Bahasa Malaysia .
PhD. Thesis, University of Edinburgh.
Francesca Rochberg. 2014. The History of Science & Ancient Mesapotamia. Journal of Near
Eastern History 1(1): 37-60
Isahak Haron, Abd. Latif Hj. Gapor, Mohd Nasir Masran, Abd. Halim Ibrahim, & Mariam Mohd. Nor.
2008. Kesan dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah.
Fa kulti

Sa ins

Kognitif

Da n

Pemba ngunan

Ma nusia ,

3–12.

Dipetik

dari

http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/495/ [5 Disember 2017]

Isarji Hj Sarudin, Ainol Madziah Zubairi, Mohamed Sahari Nordin, & Mohd Azmi Omar. 2008.
The English Language Proficiency of Malaysian Public Universiti Students. Enhancing the
Quality of Higher Education through Research: Shaping Future Policy: 40 – 65

10

Joshua

J.

Mark.

2016.

Egyptian

Papyrus.

Ancient

History

Encyclopedia.

www.ancient.eu/Egyptian_Papyrus/ [8 Disember 2017]
Maizatul Azura Yahya & Mohd Baharudin Othman. 2004. Persepsi Amalan Pemasaran Online
Oleh Penerbit IPTA. Seminar Kebangsaan Komunikasi Ke-2 Fakulti Komunikasi dan
Bahan Moden

Noraien Mansor, & Noor Rohana Mansor. 2013. Bahasa Melayu : Realiti dan Harapan. Kuala
Terengganu: Penerbit UMT
Noraien Mansor, & Noor Rohana Mansor. 2015. Penerbitan Ilmiah Bahasa Melayu Dalam
Kalangan Ilmuwan Negara. Journal of Business and Social Development 3(1): 25-32

11