KESAN POSITIF TAMADUN BARAT DALAM ASPEK

KESAN POSITIF TAMADUN BARAT DALAM ASPEK KEBUDAYAAN
Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup kita yang merangkumi cara
bertindak, berkelakuan, dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang
berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat atau tamadun. Tidak dapat
dinafikan bahawa tamadun Barat sememangnya telah memberi banyak impak positif
dalam kehidupan kita pada masa ini.
Kita dapat lihat impak positif Barat dalam budaya makan. Negara Barat banyak
membuka restoran fast-food seperti McDonald’s, Kentucky Fried Chicken dan Pizza Hut
di sekitar negara kita. Istilah fast food yang diperkenalkan oleh tamadun Barat merujuk
kepada makanan yang dapat disiapkan dan dilayankan dengan cepat. Biasanya istilah ini
merujuk kepada makanan yang dijual kepada pelanggan dalam sebuah bentuk paket
untuk dibawa pergi (take-away/ take-out). Cara pemakanan ini amat berguna kepada
golongan yang berkerja dan sentiasa sibuk. Golongan tersebut biasanya perlukan masa
yang singkat untuk mencari makanan. Jadi restoran fast-food antara cara penyelesaian
kepada golongan berkerja yang tiada masa untuk makan. Bukan itu sahaja, melalui
pembukaan restoran fast-food yang banyak telah membuka peluang pekerjaan kepada
rakyat Malaysia. Hal ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.
Selain itu, antara impak positif yang didatangkan oleh tamadun Barat adalah dari
budaya fesyen. Pakaian seperti t-shirt dan seluar jeans yang telah menjadi kebiasaan bagi
kita adalah berasal daripada tamadun Barat. Pakaian-pakaian ini diminati oleh masyarakat
kerana ia senang dipakai dan mempunyai corak yang menarik. Bagi yang berkerjaya,

kemeja beserta tali leher dengan seluar panjang dan kasut yang gelap menjadi pilihan atas
sebab gaya profesionalnya. Seterusnya, kot juga merupakan pakaian yang diperkenalkan
oleh tamadun Barat yang kininya amat penting untuk masyarakat. Kot sering dipakai
ketika menghadiri acara penting ataupun menghadiri mesyuarat. Trend fesyen yang
diperkenalkan oleh tamadun Barat menjadi ikutan ramai kerana pakaiannya mampu
menarik perhatian dan mengikuti trend semasa.

Seterusnya, tamadun Barat juga telah mendatangkan impak positif dalam budaya
kesenian yang merangkumi seni muzik, tarian mahupun seni visual. Kemunculan pelukispelukis terkenal Eropah pada zaman renaissance seperti Leonardo da Vinci serta
beberapa orang pelukis-pelukis terkenal yang lain seperti Van Gogh dan Picasso telah
membuka minda masyarakat tentang kepentingan seni visual. Tamadun barat juga telah
memperkenalkan genre-genre muzik yang pelbagai seperti Jazz, Rock dan Pop yang kini
menjadi halwa telinga masyarakat sekitar dunia. Terdapat muzik yang diperkenalkan
membawa mesej positif yang berunsurkan nilai kemanusiaan ke seluruh dunia. Tariantarian yang diperkenalkan oleh tamadun Barat seperti tarian ballet dan Waltz juga telah
dibudayakan di sekitar dunia dan sering dilakukan di pesta-pesta keraian.
Akhir sekali, impak positif daripada tamadun Barat ialah budaya belajar mereka.
Seperti yang kita sedia maklum, cara pembelajaran mereka lebih maju dan mereka rajin
bertanya soalan kepada pengajar. Melalui sikap ingin tahu yang kuat justera
menyebabkan daya pemikiran mereka lebih terbuka dan luas ke hadapan. Budaya seperti
ini boleh diterapkan atau diasimilasikan di institut-institut pengajian kita.

Merujuk kepada impak-impak yang telah diyatakan di atas, sudah terang lagi
bersuluh bahawa tamadun Barat sememangnya mendatangkan banyak kesan positif dari
segi kebudayaan kepada masyarakat dunia amnya.

KESAN NEGATIF TAMADUN BARAT DALAM ASPEK KEBUDAYAAN
Sebagai sebuah negara yang besar dan maju dalam pelbagai aspek, negara-negara
Barat telah berjaya menguasai hampir semua ekonomi dan politik di setiap pelusuk dunia.
Melalui penguasaan yang luas tersebut, mereka telah bertindak menyebarkan budaya
mereka ke sesebuah negara lain yang kurang maju. Sebagai contoh, Amerika Syarikat
menggunakan landasan globalisasi untuk menyebarkan nilai-nilai, amalan dan norma
hidup mereka ke seluruh dunia termasuklah negara Malaysia sendiri. Penyebaran budaya
barat telah menyebabkan budaya masyarakat Malaysia hari ini semakin menuju ke arah
budaya Barat. Hal ini terbukti apabila kita melihat semula budaya makan, budaya fesyen,
budaya muzik dan hiburan serta bahasa yang dipraktikkan atau diguna oleh generasi
muda masa kini.
Tidak asing lagi sekiranya hari ini kita melihat francais atau restoran makanan
barat yang semakin bertambah terutamanya di kawasan bandar yang sentiasa
membangun. Antara jenama makanan barat yang mendapat sambutan ramai rakyat
Malaysia ialah Kentucky Fried Chicken, McDonald’s, Domino’s Pizza, Chilis, Subway
dan banyak lagi. Manakala kita melihat produk minuman keluaran industri Barat seperti

Coca-Cola, Pepsi, Seven Up, Mountain Dew termasuklah minuman keras seperti Label 5,
Carlsberg, Jack Daniel dan sebagainya. Kemudian, tidak lupa juga makanan ringan
seperti Mister Potato, Pringles, Ferrero Rocher yang sentiasa menjadi pilihan golongan
muda.
Jenama atau produk makanan Barat yang kian hari semakin bertambah secara
langsung telah memberi beberapa impak negatif terhadap negara kita. Antaranya ialah
jenama atau restoran makanan tempatan kurang mendapat sambutan kerana terpaksa
bersaing dengan jenama atau restoran makanan barat dalam usaha menarik pelanggan.
Kita lihat hari ini generasi muda lebih meminati makanan atau minuman barat kerana
keluaran Barat lebih menepati cita rasa mereka. Selain itu, budaya makanan segera yang
diperkenalkan oleh Barat membawa cara pemakanan yang kurang sihat. Makanan segera
seperti french fries dan burger jika diambil dalam kadar yang banyak dapat menyebabkan
seseorang individu menghidap penyakit tinggi kolesterol. Kesannya, wujudlah rakyat
yang tidak sihat dan tidak cergas dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Seterusnya, budaya fesyen yang dipamerkan oleh negara-negara Barat. Fesyen ini
termasuklah pakaian, beg, kasut, topi dan banyak lagi. Generasi muda semakin mengikut
trend pakaian budaya Barat seperti crop top, high-waisted pant dan skinny jeans. Seiring
dengan fesyen tersebut, negara Barat menjual pelbagai jenama yang boleh didapati di
pusat beli-belah hari ini. Contohnya, Levi’s, Voir, Gucci, Prada, Nike dan lain-lain.

Walaupun jenama Barat agak mahal tetapi kadar pembelian dan penerimaan rakyat
Malaysia adalah tinggi kerana mereka percaya bahawa produk keluaran Barat adalah
berkualiti tinggi dan selesa untuk dipakai. Sesetengah fesyen tidak sesuai atau
bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia yang menggalakkan agar kaum wanita
untuk berpakaian lebih baik dan sopan. Pemakaian yang ketat dan menjolok mata telah
menyebabkan budaya asal kita dilupakan sehingga maruah diri sendiri tidak dijaga.
Sekiranya hal ini berterusan, kita akan melihat semakin jarang penggunaan baju
tradisional dalam kalangan generasi muda. Contohnya, anak Melayu hari ini jarang
bersongkok dan menggunakan baju Melayu ketika ke masjid atau surau. Mereka hanya
mengguna pakaian tradisional tersebut untuk perayaan atau majlis-majlis tertentu sahaja
seperti kenduri perkahwinan dan hari raya. Fesyen ini boleh dikaitkan dengan fesyen
rambut juga. Buktinya, golongan muda terutamanya lelaki terikut-ikut dengan potongan
rambut pemain bola Neymar ataupun digelar sebagai fesyen semi mohawk.
Bukan itu sahaja, negara Barat turut menyebarkan budaya mereka melalui muzik
dan hiburan. Pelbagai jenis muzik seperti pop, country, punk, rock, rap yang dinyanyikan
oleh penyanyi-penyanyi Barat semakin mendapat tarikan remaja masa kini. Kebanyakan
remaja didedahkan kepada unsur-unsur negatif yang telah diterapkan dalam lirik lagu.
Terdapat lagu yang menerapkan perkataan kesat atau berunsur lucah. Apatah lagi
sekiranya mereka mengagung-agungkan penyanyi tersebut sehingga remaja mudah
terpengaruh. Kesannya, kita lihat hari ini berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan

remaja dan remaja juga kurang menghargai hasil karya lagu penyanyi tempatan kita
sendiri. Sepatutnya, kita menyokong artis Malaysia dengan harapan mereka mampu
mengharumkan nama Malaysia di serata dunia melalui muzik ciptaan mereka sendiri.
Keunikan Malaysia dapat ditonjolkan melalui artis tempatan kita sekiranya mereka diberi
peluang untuk meluaskan muzik mereka ke luar negara.
Sepertimana yang kita tahu, terdapat juga banyak saluran Barat seperti MTV,

HBO dan berbagai lagi yang menyiarkan rancangan-rancangan mereka. Tambahan pula,
terdapat sesetengah rancangan ini yang tidak sesuai untuk ditayangkan di Malaysia
namun masih ditayangkan. Contohnya, rancangan seperti Gossip Girl dan Desperate
Housewives yang menceritakan kisah dimana kehidupan watak utama bergaul bebas
tanpa mengira jantina. Mereka minum arak, berparti, dan juga mengamalkan amalan seks
bebas. Cara hidup begini adalah kebiasaan di Barat, tetapi bukan di sini. Remaja yang
menonton rancangan-rancangan seperti ini akan mudah terpengaruh dan akan sudah pasti
teringin untuk mengikuti cara hidup remaja barat yang tampak menyeronokkan.
Kemudian bidang pembuatan dan penyebaran filem porno, jenayah, fiksyen dan khayalan
yang dibintangi artis-artis Barat juga semakin berleluasa di Malaysia. Semua filem
berunsur negatif tersebut boleh dicari dengan hanya melayari Internet.
Akhir sekali, pengunaan Bahasa Inggeris itu sendiri telah dinobatkan sebagai bahasa
komunikasi dunia. Kita boleh lihat lambakan hasil-hasil karya penulis-penulis Barat

dalam bentuk buku, novel, majalah, jurnal dan sebagainya di benua Asia. Walaupun
bukan semua hasil penulisan Barat berbentuk negatif tetapi mereka menyelit dan
menyebarkan fahaman mereka lebih-lebih lagi jika fahaman tersebut boleh mendatangkan
keuntungan. Begitu juga dengan media massa elektronik yang digunakan sebagai medium
untuk menyebarkan fahaman dan budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai
kemanusiaan

dan

ketamadunan.

Keberkesanan

agen-agen

media

Barat

yang


menggambarkan masyarakat Barat sebagai jauh lebih maju dan telah berjaya mencapai
kemakmuran hidup, segala perlakuan mereka menjadi ikutan masyarakat dunia.
Prinsip hidup masyarakat Barat yang liberal dan kononnya tidak mengamalkan
diskriminasi antara agama, jantina dan bangsa telah dianggap sebagai suatu kemajuan.
Mereka mengiktiraf kebebasan individu yang bertentangan dengan norma hidup dan nilai
agama. Contohnya, mereka membenarkan perkahwinan sejenis, menghalalkan pergaulan
bebas dan seks di luar ikatan perkahwinan dan meletakkan taraf haiwan setaraf manusia
sehingga layak mewarisi pusaka.
Melihat kepada di atas, dapat dilihat dengan jelas bahawa tamadun Barat
mempengaruhi masyarakat Malaysia dari segi kebudayaan. Diharap yang baik dapat
dijadikan teladan, dan yang buruk dijadikan sempadan.