HUBUNGAN MAJAPAHIT DENGAN KERAJAAN DI AS

HSA 3023 – ASIA TENGGARA ABAD KE-9 HINGGA 18
TUGASAN KUMPULAN
TAJUK
BINCANGKAN HUBUNGAN TRADISIONAL ANTARA
KERAJAAN MAJAPAHIT / SIAM DENGAN BEBERAPA BUAH
KERAJAAN LAIN DI KEPULAUAN ASIA TENGGARA
NAMA KUMPULAN: (KUMPULAN C)
NAMA
NOR HIDAYAH BINTI DZUL-KIFLI
SITI DIARABBI BINTI IZMI
NURUL ZARIFAH BINTI ISMAIL
SRI UTAMI HEPNI BINTI ABDULLAH
NURUL NAHDATUL HIDAYAH BINTI AZEMI

MATRIK
D20141067577
D20141067576
D20141067574
D20141067575
D20141067573


TARIKH PENYERAHAN TUGASAN:
TT. PENGESAHAN PENSYARAH: _________________________
DR ADNAN BIN JUSOH

Jabatan Sejarah, FSK, UPSI.

SENARAI KANDUNGAN
1

TAJUK

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

1-2

2.0 LATAR BELAKANG

2-14


2.1 ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN MAJAPAHIT

6-9

2.2 ZAMAN KEMEROSOTAN KERAJAAN MAJAPAHIT

9-14

3.0 KEMUNCULAN HUBUNGAN TRADISIONAL

14-23

3.1 HUBUNGAN DENGAN MELAKA

14-15

3.2 HUBUNGAN DENGAN CHINA

15-17


3.3 HUBUNGAN DENGAN CHAMPA

18-19

3.4 HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN SUNDA

19-20

3.5 HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN SAMBAS

20-21

3.6 HUBUNGAN DENGAN BRUNEI

21-22

3.7 HUBUNGAN DENGAN SRIWIJAYA

22-23


4.0 KESIMPULAN

24

BIBLIOGRAFI

1.0

PENGENALAN

2

Majapahit merupakan sebuah kerajaan yang muncul di Jawa sebagai pengganti
empayar Sriwijaya yang lenyap pada akhir abad ke 13. 1 Majapahit juga merupakan
sebuah empayar Hindu terakhir di Semenanjung Malaya dan dianggap sebagai salah
satu kerajaan terbesar dalam sejarah Indonesia.2 Seterusnya, kerajaan ini juga
merupakan sebuah kerajaan yang berasaskan ajaran Hinduisme atau Brahman dan
menggunakan konsep dewaraja dalam pemerintahannya. Di Kepulauan Melayu,
negara bertaraf empayar ialah Srivijaya, Majapahit dan Melaka. Negeri-negeri ini

juga dianggap sebagai pusat ketamadunan Melayu.3 Majapahit merupakan
kesinambungan daripada kerajaan Singasari yang diasaskan oleh Ken Arok pada
tahun 1222 Masihi. Majapahit merupakan sebuah kerajaan maritim yang mempunyai
pengaruh yang luas. Kerajaan ini telah mengadakan hubungan tradisional dengan
kerajaan-kerajaan lain di Kepulauan Asia Tenggara melalui beberapa cara, yakni
perkahwinan siasah, hubungan diplomatik, penaklukan dan lain-lain. Menurut
Kobkua Suwannathat-Pian (2003), “Hubungan Majapahit dengan negeri-negeri di
bawah lingkungan politiknya mirip kepada sistem dan perkembangan sosiopolitik di
Tanah Besar. Konsep raja agung atau cakravatin, mandala dan tributari adalah menjadi
prinsip asas hubungan Majapahit dengan negeri-negeri yang lebih kecil dan kurang
berkuasa daripadanya. Manakala bagi negeri-negeri yang terkeluar dari mandalanya,
Majapahit menjalinkan hubungan yang baik” (hlm 66).4 Pada abad ke-14, yakni
zaman kegemilangan Majapahit terutamanya semasa pemerintahan Hayam Wuruk
(1350-1389) dan penyeliaan Patih Amangkubumi Gadjah Mada (1334-1364), kuasa
dan pengaruh Majapahit berkembang sampai ke kemuncaknya. Hal ini seterusnya
1 Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. “Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau”.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm. 64.
2 http://www.antaranews.com/berita/135104/hubungan -indonesia-jepang-ada-sejakzaman-majapahit
3 Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. “Peradaban Melayu”. Universiti Teknologi
Malaysia Skudai, Johor. Hlm. 49.

4 Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. “Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau”.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm. 66.

3

menjadikan Majapahit sebagai sebuah empayar utama di Nusantara yang mempunyai
lingkungan politik terbesar meliputi hampir semua kepulauan Indonesia termasuk
Palembang-Jambi, kedua-dua belah selat Melaka, Kalimantan dan kepulauan
Indonesia timur.5

2.0

LATAR BELAKANG
Kerajaan Majapahit telah diasaskan oleh Raden Wijaya pada tahun 1292. Nama
Majapahit diambil sempena peristiwa baginda menemui buah maja yang pahit rasanya
di salah sebuah tanah yang dikurniakan oleh Jayakatwang, iaitu kawasan Tarik. 6
Raden Wijaya merupakan menantu Kertanagara. Baginda telah berjaya menumpaskan
pemberontakan Jayakatwang dan Wirajaya iaitu seorang Bupati Madura selepas
mereka menggulingkan pemerintahan Kertanagara dalam kerajaan Singasari.
Jayakatwang memerintah Singasari beberapa lama sebelum dikalahkan oleh Raden

Wijaya dengan bantuan tentera Mongol yang datang ke Jawa pada waktu itu. Selepas
berjaya mengalahkan Jayakatwang, Raden Wijaya menghalau pula tentera Mongol
dari Jawa dengan memecahbelahkan mereka. Hal ini dilakukan dengan mudah kerana
jumlah tentera Mongol yang lebih sedikit berbanding sebelumnya. 7 Raden Wijaya
menubuhkan Majapahit setelah berjaya mengalahkan tentera Mongol yang menyerang
Jawa pada sekitar tahun 1293 Masihi 8 dan menabalkan dirinya dengan gelaran Sri
Kertajasa Jayawardhana.9

5Ibid., Hlm. 65.
6 Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Sejarah dan kebudayaan Asia Tenggara
tradisional. Selangor Darul Ehsan : Karisma Publications. Hlm. 45
7 Ibid. Hlm. 45.
8 Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Hlm. 144
9 Hall. D.G.E., (1998). Sejarah Asia Tenggara. Surabaya : Usaha Nasional. Hlm. 72.

4

Kerajaan ini telah mencapai zaman kebesarannya semasa berada di bawah
pemerintahan Raja Hayam Wuruk. Pada masa itu, Majapahit telah memiliki susunan

pemerintahan dan birokrasi yang teratur.10 Majapahit memiliki sistem pemerintahan
yang tersusun seperti yang digambarkan dalam kitab Negarakartagama, yakni
mempunyai tiga unit pentadbiran iaitu pentadbiran peringkat pusat atau istana raja,
wilayah (negeri Majapahit tulen) dan kawasan jajahan takluk.11 Raja merupakan
puncak kuasa dalam sistem pemerintahan kerajaan Majapahit. Raja dibantu oleh
majlis penasihat yang terdiri daripada kerabat diraja dan juga pegawai tadbir. Urusan
pentadbiran pula dijalankan oleh tiga golongan pegawai, iaitu golongan Rakryan,
golongan Arya dan golongan Dang Akarya.12 Golongan pertama atau Rakryan
memiliki kuasa yang agak luas dan membantu dalam pentadbiran di peringkat pusat.
Pentadbiran wilayah pula dibahagikan kepada beberapa kawasan yang dipanggil
Khabupaten. Pemerintah bagi sesebuah Khabupaten dikenali sebagai Bhupati.
Khabupaten pula terbahagi lagi kepada beberapa daerah kecil yang dikenali sebagai
Kawadanan dan diperintah oleh Wardana. Seterusnya, Kawadanan pula akan
dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu Pakwan. Pakwan ditadbir oleh Akuwu.
Unit pemerintahan terkecil yang wujud pada zaman Majapahit ialah kampung.
Kampung akan dikendalikan urusan pentadbirannya oleh seorang Buyut atau ketua
kampung.
Pada tahun 1350 Masihi apabila Hayam Wuruk menaiki takhta pada usia 16 tahun
menggantikan ibu baginda, baginda menjalankan pemerintahan bersama-sama dengan
Maha Patih Gadjah Mada. Majapahit dikatakan memiliki sekurang-kurang 12 buah

negeri naungan.13 Pada masa keemasan inilah kerajaan Majapahit di bawah Komando
10 Poesponogoro, Marwati Djoened. (2008). Sejarah Nasional Indonesia II. Jakarta :
Komunitas Bambu. Hlm. 8.
11 Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. (2005). Peradaban Melayu. , Johor : Penebitan
Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Hlm. 53
12 Ibid. Hlm. 53.
13 Ibid. Hlm. 53.

5

Patih Gadjah Mada memperluas kekuasaan Majapahit hingga ke kawasan Nusantara
seperti wilayah-wilayah yang terdapat di Sumatera, Semenanjung Melayu,
Kalimantan, Sulawesi, Maluku, Nusa Tenggara dan Pantai Papua Barat. 14 Pernyataan
ini turut disokong oleh Kobkua Suwannathat-Pian (2003) dalam buku bertajuk Asia
Tenggara Hubungan Tradisional Serantau. Menurut beliau, pada abad ke-14, yakni
zaman kegemilangan Majapahit, terutamanya semasa pemerintahan Raja Hayam
Wuruk (1350-89) dan penyeliaan Patih Amangkubumi Gadjah Mada (1334-1364),
kuasa dan pengaruh Majapahit berkembang sampai kemuncaknya.15 Majapahit
menjadi empayar utama di Nusantara yang mempunyai lingkungan politik terbesar
sekali; meliputi hampir semua kepulauan Indonesia termasuk Palembang-Jambi,

kedua-deua belah Selat Melaka, Kalimantan dan Kepulauan Indonesia timur.16 Pada
abad ke-14 juga tiada negeri yang dapat bertanding kuasa dan pengaruh dengannya. 17
Pentadbiran peringkat wilayah jajahan takluk pula diketuai oleh Juru yang menjadi
patih di negeri-negeri naungan Majapahit.18 Majapahit telah dapat menandingi
kerajaan Sriwijaya yang terlebih dahulu.19 Pada masa yang sama, kuasa Sriwijaya
begitu lemah sehingga tidak lagi dapat mempertahankan wilayah-wilayah
kekuasaannya. Apa yang tinggal hanyalah kerajaan Palembang yang kemudiaannya
menjadi jajahan takluk Majapahit.20
Pada asasnya, Majapahit merupakan sebuah empayar yang mempunyai kedua-dua
ciri pusat kuasa pedalaman yakni aspek sosioekonominya berasaskan pertanian dan
hasil hutan mahupun ciri-ciri pusat perdagangan yang mementingkan aktiviti
14 Agus Aris Munandar. (2008). Ibukota Majapahit, Masa Jaya dan Pencapaian. Jakarta :
Komunitas Bambu. Hlm. 8.
15 Kobkua Suwannathat-Pian. (2003). Asia Tenggara : hubungan tradisional serantau.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 65.
16 Ibid. Hlm. 65.
17 Ibid. Hlm. 65.
18 Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. (2005). Peradaban Melayu. Johor : Penerbitan
Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Hlm. 53
19 Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur :

Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Hlm. 144.
20 Ibid. Hlm. 146

6

perdagangan dengan India, Asia Barat dan China. Kerajaan Majapahit berperanan
sebagai sebuah pusat perdagangan di Asia Tenggara yang memperdagangkan
barangan seperti beras, rempah ratus, garam dan kain. Barangan tersebut merupakan
barangan eksport utama kerajaan Majapahit. Manakala, bagi barangan import pula
ialah Majapahit mendatangkan sutera, barang dari keramik, porselen, serta besi. 21
Kewujudan hubungan perdagangan di antara Majapahit dengan kerajaan lain
menunjukkan bahawa berlakunya hubungan tradisional berlaku dalam kerajaan
Majapahit. Menurut Kobkua Suwannathat (2003),
“hubungan Majapahit dengan negeri-negeri di bawah lingkungan politiknya mirip kepada
sistem dan perkembangan sosiopolitik di Tanah Besar. Konsep raja agung atau cakravartin,
mandala, dan tributari adalah menjadi asas hubungan Majapahit dengan negeri-negeri yang
lebih kecil dan kurang berkuasa daripadanya. Manakala dengan negeri-negeri yang terkeluar
dari mandalanya, Majapahit dapat menjalinkan hubungan yang baik. Contohnya, hubungan
Majapahit dengan Campa, Kemboja dan Siam yang mencerminkan hubungan antara pusat
kuasa yang sama taraf kedudukan sosiopolitik mereka ”. (hlm. 67). 22

2.1

ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN MAJAPAHIT
Zaman kegemilangan Majapahit adalah semasa pemerintahan Raja Hayam
Wuruk yang dibantu oleh Perdana Menterinya Patih Gadjah Mada.

Dr.

Purwadi dan M. Hum (2005), turut menyatakan “puncak kejayaan, kebesaran,
kemajuan, keemasan, dan kemakmuran kraton Majapahit terjadi pada masa
pemerintahan Prabu Hayam Wuruk (1350-1385). Beliau dibantu oleh seorang
patih yang sangat terkenal dan profesional, iaitu Gajah Mada. Dalam
menjalankan tugasnya, Gajah Mada juga merangkap sebagai Perdana Menteri”
(hlm 203).23 Abdul Rahman Hj Abdullah (2005), pula menyatakan bahawa
21 http://www.lelyakertopati.com/?p=63
22 Kobkua Suwannathat-Pian. (2003). Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 65.
23 Dr. Purwadi, M. Hum. (2005). Babad Majapahit. Yogyakarta : Penerbit Media Abadi.
Hlm. 203.

7

“untuk zaman-zaman berikutnya, sejarah Majapahit hakikatnya adalah sejarah
Patih Gadjah Mada (1334-1364 M) yang bertanggungjawab menaikkan
Majapahit ke mercu keagungan.24 Patih Gadjah Mada telah melakukan dua
usaha besar pada zaman Raja Hayam Wuruk, yakni menyatukan semula
daerah yang enggan mengakui ketuanan Majapahit dan meneruskan gagasan
Nusantara yang dirintis oleh Kertanagara semasa memerintah Singasari. Hal
ini

demikian

kerana

Majapahit

merupakan

sebuah

kerajaan

yang

berkesinambungan dengan kerajaan lama ini. Mohd Arof Ishak (2009),
menyatakan bahawa “wawasan Senghasari untuk menyatukan Kepulauan
Melayu disambut oleh negeri penyambung Senghasari iaitu negeri Majapahit
terutamanya di bawah pentadbiran Bendahara Patih Gadjah Mada (13401364)”(hlm.176).25 Gagasan Nusantara diperkenalkan oleh Kertanagara bagi
menghalang kemasukan kuasa China semasa Dinasti Yuan, yakni tenteratentera Mongol yang pernah berusaha menduduki tanah Jawa pada 1292
Masihi. Patih Gadjah Mada juga terkenal dengan Sumpah Palapa. Dikatakan
bahawa Gadjah Mada tidak akan makan palapa atau garam dan rempahrempah sebelum seluruh Nusantara berada di bawah Majapahit.26 Gadjah
Mada menjalankan dasar menyatukan kepulauan Nusantara melalui dasar
kekerasan atau penaklukan. Akhirnya, di bawah pemerintahan Hayam Wuruk
dan Patih Gadjah Mada Majapahit berkembang menjadi sebuah empayar yang
sangat kuat dan berkuasa, melebihi kekuasaan yang pernah dimiliki oleh
kerajaan Sriwijaya yang pernah muncul sebagai empayar sebelumnya. Hal ini
disokong oleh kenyataan Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi (2005), “wilayah
24 Abdul Rahman Hj Abdullah. (2005). Sejarah dan kebudayaan Asia Tenggara
tradisional. Shah Alam, Selangor : Karisma Publications. Hlm. 46.
25 Mohd. Arof Ishak. (2009). Tamadun Alam Melayu. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah
Malaysia. Hlm. 176.
26 Abdul Rahman Hj Abdullah. 2005. “Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara
Tradisional”. Karisma Publications. Shah Alam, Selangor. Hlm. 46.

8

kekuasaannya terbentang dari Wanin di Irian Jaya hingga Langkasuka di
Tanah Melayu” (hlm 53).27 Demikianlah hasil daripada usaha gigihnya itu
seluruh Nusantara dapat ditundukkan kecuali Sunda.28 Kemajuan Majapahit
juga tergambar melalui kemakmuran dan kekayaan dalam negara yang
dimiliki empayar itu. Hal ini dinyatakan oleh Purwadi dan M. Hum (2005),
“kebijakan kraton Majapahit yang sungguh-sungguh baik dirasakan manfaatnya.
Roda perekonomian berjalan lancar, perdagangan dalam dan luar negeri tidak ada
hambatan.

Sirkulasi kewangan normal.

Birokrasi yang tidak efisien dipangkas.

Ekonomi biaya tinggi benar-benar ditekan.

Para investor berduyun-duyun ke

Majapahit untuk menanamkan modalnya. Demikian pula para pengusaha mendapat
pelayanan dan penghormatan yang layak. Kesejahteraan rakyat meningkat. Finansial
negara pun stabil. Aparat dan rakyat Majapahit sangat bahagia, mereka menikmati
kepimpinan Prabu Hayam Wuruk. Begitu cintanya mereka pada junjungannya, tak
jarang rakyat sama caos glondhong pengareng-areng, peni-peni raja peni, guru bakal
guru dadi, emas picis raja brana. Persembahan rakyat Majapahit merupakan satu
partisipasi dalam pembangunan.

Mereka ingin menjadi warganegara yang baik,

dengan membayar pajak secara jujur” (hlm. 203).29

Jelas terbukti bahawa kegemilangan empayar Majapahit tidak hanya
bergantung kepada keluasan wilayah yang berada di bawah jajahan takluknya
semata-mata. Kegemilangan ini juga termasuklah dari aspek ekonomi seperti
kemasukan ramai pedagang dan pelabur asing ke Majapahit, perkembangan
pelabuhan dan pembangunan yang meluas. Selain itu, kehidupan rakyat juga
terjamin dan makmur sehingga mereka berazam untuk membayar cukai
27 Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. “Peradaban Melayu”. Universiti Teknologi
Malaysia Skudai, Johor. Hlm. 53
28 Abdul Rahman Hj Abdullah. 2005. “Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara
Tradisional”. Karisma Publications. Shah Alam, Selangor. Hlm. 46.
29 Dr. Purwadi, M. Hum. 2005. “Babad Majapahit”. Penerbit Media Abadi. Yogyakarta.
Hlm. 203.

9

dengan baik dan jujur.

Hayam Wuruk sebagai raja Majapahit sering

melakukan ziarah ke makam leluhurnya (kawasan yang berada di sekitar
daerah Melano). Salah satunya makam Ken Arok. Hal ini menunjukkan
bahawa Malang merupakan kawasan yang disucikan walaupun bukan pusat
pemerintahan empayar ini.

Hal ini demikian kerana ia merupakan tanah

makam para leluhur yang disucikan dan dipuja sebagai Dewa.

Beberapa

prasasti dan arca peninggalan Majapahit di kawasan puncak Gunung Semeru
dan Gunung Arjuna menunjukkan bahawa kawasan tersebut adalah tempat
bersemayamnya para dewa dan hanya keturunan raja dan leluhur sahaja yang
berhak dipuja sebagai dewa. Hal ini jelas menunjukkan zaman kegemilangan
yang pernah dialami oleh empayar Majapahit sehingga ada sebahagian
daripada pemimpinnya dipuja sebagai dewa. Peninggalan ini saling berkaitan
antara satu sama lain walaupun terpisah oleh jangka masa yang agak panjang
iaitu kira-kira tujuh abad.

2.2

ZAMAN KEMEROSOTAN KERAJAAN MAJAPAHIT
Kemangkatan Amangkubhumi Patih Gadjah Mada pada tahun 1364
merupakan tanda-tanda awal kejatuhan empayar Majapahit. Hal ini terbukti
apabila jawatan yang disandang olehnya sebelum itu terpaksa dikosongkan
selama tiga tahun sebelum diisi semula oleh pegawai lain dalam empayar
Majapahit. Kematian beliau disusuli pula oleh kewafatan Hayam Wuruk.
Menurut Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi (2006), “ bagi Majapahit sendiri
kehilangan Gajah Mada dan Hayam Wuruk bererti kehancurannya juga” (hlm

10

47).30 Hal ini menjadikan keadaan dalam kraton Majapahit bertambah buruk.
Terdapat dua faktor besar yang menyebabkan keruntuhan empayar Majapahit
yang agung ini, yakni faktor dalaman dan luaran. Antara faktor dalaman ialah
ketiadaan pemimpin dalam kraton Majapahit yang berwibawa seperti Hayam
Wuruk dan Patih Gadjah Mada. Menurut Ahmad Jelani Halimi (2008) lagi,
“setelah kemangkatan Hayam Wuruk pada tahun 1389 Masihi, baginda telah
digantikan oleh menantu dan anak saudaranya Wikramawardhana. Perkara ini
telah membawa kekecohan dan akhirnya melemahkan Majapahit” (hlm 148). 31
Hal ini jelas menunjukkan situasi kraton Majapahit yang bergolak dan tidak
stabil setelah ketiadaan Hayam Wuruk, yakni berlaku konflik dalam kraton.
Hal ini bertepatan dengan hal yang dinyatakan oleh Purwadi dan M. Hum
(2005), “kebetulan sekali berlaku konflik internal kraton” (hlm. 203).32 Sikap
terburu-buru para pemimpin pasca Hayam Wuruk dalam melakukan
perubahan atau reformasi juga merupakan faktor yang menyumbang kepada
kejatuhan empayar ini. Perebutan takhta juga berlaku dalam kalangan kerabat
diraja.

Hal ini jelas terbukti melalui peristiwa kerajaan Majapahit yang

akhirnya terbahagi kepada dua kerajaan, yakni bahagian barat yang beribu
kotakan Majapahit dan bahagian Timur yang berpusat di Blambangan.
Perkara ini berlaku akibat daripada perebutan takhta yang berlaku di antara
Wikramawardhana33 dan Bhre Wirabhumi.34

Pertikaian ini berlarutan dan

30 Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. “Peradaban Melayu”. Universiti Teknologi
Malaysia Skudai, Johor. Hlm. 53
31 Abdul Rahman Hj Abdullah. 2005. “Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara
Tradisional”. Karisma Publications. Shah Alam, Selangor. Hlm. 148.
32 Dr. Purwadi, M. Hum. 2005. “Babad Majapahit”. Penerbit Media Abadi. Yogyakarta.
Hlm. 203.
33 Wikramawardhana merupakan menantu sekaligus anak saudara kepada Hayam
Wuruk. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Kusumawardhani, puteri gahara Hayam
Wuruk. Lihat Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Hlm. 157.
34 Bhre Wirabhumi pula merupakan putera Hayam Wuruk tetapi ibunya merupakan
seorang gundik. Oleh hal yang demikian, Bhre Wirabhumi tidak layak menjadi raja. Lihat

11

akhirnya dimenangi oleh raja di bahagian barat, Bhre Wirabhumi dijatuhi
hukuman pancung dan kepalanya dibawa pulang ke Majapahit pada sekitar
tahun 1405 Masihi. Perang ini juga dikenali sebagai Perang Paregreg.35
Pada masa yang sama, ketidakstabilan politik yang berlaku dalam
kerajaan Majapahit telah menyebabkan negeri atau tanah-tanah jajahannya
cuba untuk melepaskan diri daripada naungan empayar Majapahit. Kerajaankerajaan ini terletak jauh dari pusat pemerintahan.

Tambahan pula para

pemimpin selepas era kepimpinan Hayam Wuruk kurang mengambil berat
berkenaan negeri-negeri ini. Hal ini telah membawa kepada pemberontakan
oleh tanah-tanah jajahan Majapahit. Hal ini disokong oleh kenyataan Ahmad
Jelani Halimi (2008) yang menyatakan , “pemberontakan-pemberontakan yang
dilakukan oleh tanah-tanah jajahannya, terutama Palembang dan Malayu telah
melemahkan kerajaan Majapahit”. (hlm 148).36

Wilayah ini telah dapat

dikuasai semula oleh Majapahit, namun ia tidak lagi dapat mengawal wilayah
berkenaan sepenuhnya.

Menurut buku “Sejarah dan Tamadun Bangsa

Melayu”, Palembang kemudiannya dikuasai oleh seorang pengkelana Cina
bernama Liang Tau-ming.37
Seterusnya, walaupun beberapa siri pemberontakan sebelum ini dapat
diatasi oleh empayar Majapahit, hal ini telah melemahkan kekuatan ekonomi
dan ketenteraannya. Apabila berlaku lagi pemberontakan pada sekitar tahun
1437 Masihi, yang diketuai oleh Bre Dahar, kuasa Majapahit sudah tidak dapat
dipulihkan lagi. Antara tahun 1450 sehingga 1478 Masihi sering berlaku
kekacauan dan pemberontakan.

Perkara ini akhirnya menamatkan

Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Hlm. 67.
35 Dr. Purwadi, M. Hum. 2005. “Babad Majapahit”. Penerbit Media Abadi. Yogyakarta.
Hlm. 203.
36 Abdul Rahman Hj Abdullah. 2005. “Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara
Tradisional”. Karisma Publications. Shah Alam, Selangor. Hlm. 148.
37 Ahmad Jelani Halimi. 2008. “Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu”. Utusan
Publications & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Hlm. 148.

12

pemerintahan Dinasti Rajasa iaitu dinasti pengasas empayar Majapahit. 38 Hal
ini berlaku apabila Girindrawardhana Dyah Wijayakarma bangkit menentang
Sri Kertawijaya, iaitu pemerintah terakhir daripada Dinasti Rajasa pada sekitar
tahun 1451 Masihi.
Girindrawardhana

Sri Kertawijaya mengalami kekalahan menyebabkan
menubuhkan

dinastinya

sendiri

iaitu

Dinasti

Girindrawardhana bermula dari tahun 1451 sehingga 1453 Masihi. Dinasti
Girindrawardhana hanya bertahan selama lebih kurang dua tahun sebelum
musnah setelah kematian pengasasnya itu.

Setelah kematian baginda,

Majapahit terus bergolak dan tiada seorang pun yang menaiki empayar
Majapahit dalam tempoh tiga tahun selepas kematian Girindrawardhana
bermula tahun 1453 sehingga 1456 Masihi. Pada tahun 1468 Masihi, sekali
lagi berlaku perang saudara di Majapahit yang melibatkan waris Dinasti
Girindrawardhana, yakni Singawardhana atau Girindrawardhana Dyah
Wijayakusuma dengan pihak Dinasti Rajasa.

Peperangan ini akhirnya

dimenangi oleh Singawardhana. Sungguhpun demikian, keadaan huru hara
tetap berlanjutan sehinggalah akhirnya Majapahit diserang dan ditawan oleh
kerajaan Islam Demak pada tahun 1478 Masihi.
Keruntuhan empayar ini juga berlaku disebabkan beberapa faktor
luaran. Antaranya ialah dasar kerajaan Ming (China) yang pada waktu itu
sedang meluaskan pengaruhnya ke sekitar Asia Tenggara dan Asia Selatan.
Hal ini menyebabkan beberapa buah kerajaan kecil di Nusantara seperti
Melaka, Palembang, Aru (Haru), Lamburi dan Brunei mendapat pengiktirafan
daripada kerajaan China, seterusnya melumpuhkan lagi kuasa Majapahit.
Kerajaan kecil ini berkembang seterusnya menjadi empayar besar seperti

38 Ibid. Hlm. 149.

13

Melaka. Pelabuhan di kerajaan ini berkembang dan mula menjadi tumpuan
para pedagang, melemahkan lagi ekonomi kerajaan Majapahit.
Kekacauan juga berlaku di pedalaman Pulau Jawa menyebabkan
pelabuhan di pesisir utara ditadbir secara bebas oleh pedagang-pedagang
Islam. Menurut Ahmad Jelani Halimi (2008), “perkara ini telah memulakan
pengaruh dan perkembangan Islam secara meluas di Jawa” (hlm 149). 39
Perkembangan ini dikukuhkan lagi oleh Sunan Ngampel dan Raden Rahmat
yang telah menubuhkan sebuah perkampungan orang Islam di Ngampel Danta
(Surabaya). Dari pesantren ini lahirlah ramai golongan ulama yang terkenal
seperti Sunan Giri, Sunan Bonang dan Raden Fatah atau Penambahan Jinbun
yang juga merupakan sultan kerajaan Islam Demak yang pertama. 40
Pemerintah Majapahit pada masa ini iaitu Girindrawardhana Wijayakarma
tidak menghiraukan perkembangan agama Islam di Jawa.

Baginda turut

memberikan kebenaran kepada Sunan Ngampel dan Giri untuk menubuhkan
perkampungan Islam di situ.

Hal ini mungkin disebabkan pemimpin

Majapahit pada masa itu membuat perkiraan bahawa Islam tidak akan
mengganggu perkembangan kerajaan ini kerana jumlah penganutnya yang
terlampau sedikit jika dibandingkan dengan jumlah penganut agama HinduBuddha. Tambahan pula, golongan rakyat beragama Islam ini tinggal jauh
daripada pusat pemerintahan kerajaan Majapahit.

Ternyata andaian ini

meleset apabila akhirnya kerajaan Islam Demak yang diasaskan oleh Raden
Fateh muncul dan berjaya menawan Majapahit pada sekitar tahun 1478
Masihi.

39 Ahmad Jelani Halimi. 2008. “Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu”. Utusan
Publications & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Hlm. 149.
40 Ibid. Hlm. 149.

14

Perkembangan dan kemajuan yang dikecapi oleh kerajaan Melayu
Melaka turut menjadi salah satu faktor kejatuhan empayar Majapahit. 41
Melaka terletak di kawasan yang strategik telah menyebabkan ia berkembang
menjadi pelabuhan yang sangat pesat dan menjadi tumpuan para pedagang
dari Timur mahupun Barat.

Hal ini menjadikan kegiatan perdagangan di

pelabuhan Majapahit berkurang dan akhirnya melemahkan ekonominya.
Selain itu, Melaka juga mempunyai dasar meluaskan jajahan takluknya.
Semua kerajaan kecil yang pernah menjadi jajahan takluk Majapahit seperti
Inderagiri, Kampar, Rokan, Siak dan Haru berjaya ditawan oleh Melaka.
Hasil perdagangan di Melaka bertambah dengan tertawannya kerajaan ini.
Manakala pelabuhan Majapahit di utara Pulau Jawa semakin sedikit.
Majapahit benar-benar hancur pada sekitar tahun 1527 Masihi apabila Sultan
Teranggana, iaitu pemerintah ketiga kerajaan Demak menghantar bala
tenteranya

untuk

memusnahkan

Majapahit

kerana

Majapahit

cuba

membebaskan diri dengan membawa masuk campur tangan pihak Portugis di
Melaka.42

3.0

KEMUNCULAN

HUBUNGAN

TRADISIONAL

ANTARA

KERAJAAN

MAJAPAHIT DENGAN BEBERAPA BUAH KERAJAAN LAIN DI ASIA
3.1

HUBUNGAN DENGAN MELAKA
Kisah hubungan Majapahit dengan Melaka berupa cerita berunsur
anakronisme. Majapahit menerima kedatangan rombongan Melaka kemudian
Sultan Mansur Syah jatuh berahi kepada Puteri Majapahit iaitu Raden Galuh

41 Ibid. Hlm. 149.
42 Ibid. Hlm. 153.

15

Cendera Kiran yang terkenal dengan kecantikannya. Dengan itu, rombongan
ini berhasrat untuk meminang Puteri Majapahit itu.
Sultan Mansur Syah diiringi oleh empat puluh orang pengiring yang
diketuai oleh Tun Bijaya Sura dan sembilan orang hulubalang yang bergelar
“Hanghang” ke Majapahit untuk meminang Raden Galuh Cendera Kirana.43
Mereka menaiki 500 buah perahu besar , perahu-perahu kecil dan lancaran
bertiang tiga dari Singapura.
Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat menyelamatkan 40 bilah
keris daripada dicuri oleh orang Majapahit. Selain itu, Tun Bijaya Sura telah
menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja Melaka hingga terputus tali
tambatan lalu lari ke hutan. Hang Jebat dan Hang Kasturi pula masuk ke
taman larangan. Apabila mereka ditombak oleh orang Jawa, mereka dapat
mematahkan serangan. Ketika menghadap Betara Majapahit, Tun Bijaya Sura
bermain sapu-sapu rengit. Kainnya disingsing hingga ke lutut. Pemain
berlenjur kaki di hadapan Betara yang bertujuan untuk menghina Betara. Tun
Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa. Ketika itulah kerisnya dicuri orang.
Walau bagaimanapun, beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila
Betara menunjukkan keris Tun Bijaya Sura, Tun Bijaya Sura juga
menunjukkan keris Betara.
Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit pun mengakui keutuhan
Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan
kebesaran raja Melaka. Kemudian, Betara bersetuju untuk menerima raja
Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan
Raden Galuh Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan
Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan kepada hubungan kekeluargaan.

43 http://mimbarkata.blogspot.com/2013/01/sinopsis-sulalatus-salatin-bab-vi.html

16

3.2

HUBUNGAN DENGAN CHINA
Mengikut sebuah dokumen Jawa, Kidung Panji Wijayakarma, Wiraraja telah
meminta bantuan Kublai Khan, kerajaan Yuan (Mongol-China) untuk
mengalahkan Kediri. Beliau telah membuat perjanjian untuk menyerahkan
dua orang puteri kerajaan Kediri sebagai hadiah seandainya orang Mongol
dapat membantu Raden Wijaya menakluki kerajaan Kediri.

Akan tetapi

mengikut kajian yang dilakukan dan berpandukan kepada catatan Cina, tidak
terdapat sebarang perjanjian yang berlaku di antara kerajaan di Jawa dan pihak
Mongol ketika tenteranya menyerang Jawa.

Kublai Khan menghantar

tenteranya ke Jawa pada waktu itu adalah untuk meluaskan lagi pengaruh dan
kekuasaannya dan bukannya bagi mendapatkan hadiah.

Baginda juga

menghantar tenteranya ke Jawa bagi membalas dendam ke atas Raja
Kartanagara, yakni pemimpin Singasari pada masa itu yang telah menghina
utusannya.44 Tentera Mongol dari China telah dihantar ke tanah Jawa pada
sekitar tahun 1292 Masihi dan mendarat di Jawa Timur pada tahun 1293
Masihi. Seramai 20,000 orang tentera Mongol telah membantu Raden Wijaya
dalam usahanya untuk mengalahkan Kediri. Namun demikian, Raden Wijaya
telah menghalau tentera Mongol pulang ke China setelah memenangi
peperangan itu. Serangan tentera Mongol (China) ke atas kerajaan di tanah
Jawa khususnya Majpahit tidak berakhir di situ sahaja. Mengikut laporan
daripada seorang pengembara Itali, Odoric dari Pordone yang melawat Jawa
sekitar tahun 1321 Masihi, di samping mengahdapi pemberontakanpemberontakan

dari

kerajaan

jajahannya,

Jayanagara

menghadapi serangan-serangan tentera Kublai Khan.

juga

Mengikut Odoric,

44 Ahmad Jelani Halimi. 2008. “Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu”. Utusan
Publications & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Hlm. 148.

17

terpaksa

Majapahit telah beberapa kali diserang oleh tentera Mongol namun dapat
diatasi oleh tentera Majapahit. Walau bagaimanapun, pada sekitar tahun 1325
Masihi sehingga 1328 Masihi hubungan antara China dan Majapahit
bertambah baik.

Hal ini dibuktikan melalui tindakan Jayanagara yang

menghantar utusan ke istana Yuan pada setiap tahun.45 Bagi dinasti berikutnya
pula hubungan ini bertambah baik. Sebagai contoh, berita China yang berasal
dari zaman dinasti Minh (1368-1643M) masih menyebutkan adanya hubungan
diplomatik antara China dengan Jawa (Majapahit) pada tahun 1499M. 46
Majapahit menjalankan hubungan politik yang baik dengan kerajaan China.
Setiap tahun Majapahit akan menghantar utusan persahabatan kepada
Maharaja China di Peking. Sekitar tahun 1370 sehingga 1381 Majapahit telah
beberapa kali mengirim utusan persahabatan ke China. Hal ini diketahui dari
cerita China dari Dinasti Ming.47 Pada zaman pemerintahan Jayanegara juga
hubungan diplomatik antara Majapahit dengan China pulih menjadi baik.
Perdagangan antara kedua negara meningkat dan ramai orang China yang
menetap di Majapahit.48
Sejarah mencatat salah seorang keturunan raja Majapahit pernah
mempersunting putri raja Champa.49 Hayam Wuruk telah mengadakan
hubungan yang erat dengan Negara China. Beliau telah menghantar utusan ke
Negara China pada tahun 1370, 1375 dan 1377.50 Utusan tersebut bertujuan
untuk

mengukuhkan

kedudukan

Majapahit

dalam

negara.

Semasa

pemerintahan Hayam Wuruk, Majapahit merupakan sebuah negara yang kaya
45 Ibid. Hlm. 149
46 Groeneveldt,op.cit., hlm 39.
47 http://sugionosejarah.wordpress.com/2011/10/15/kerajaan-majapahit/
48 http://redhaaalfian.blogspot.com/2011/11/paper-diplomasi-kerajaan-nusantara.html
49 http://www.facebook.com/notes/kongkow-bareng-gus-dur/kehebatan-gus-durmemprediksi-masa-depan/10152605648170165
50 http://fastnote.wordpress.com/empayar-majapahit/

18

dengan hasil kutipan ufti dan cukai yang dibayar oleh pemerintah dan rakyat
dari seluruh pelosok jajahan takluknya. Di samping itu, Majapahit menjadi
pusat perdagangan yang terkenal ketika itu seperti pedagang-pedagang dari
India, Kemboja, China dan Champa telah mengunjungi Majapahit bagi
menjalankan aktiviti perdagangan disitu. Jelas disini bahawa hubungan yang
dimiliki oleh China dan kerajaan Majapahit pada mulanya agak kurang baik.
Namun demikian, hal ini berubah selepas tahun 1325 Masihi.

Akhirnya

hubungan baik ini berlanjutan selama beberapa dinasti yang memerintah
empayar China pada waktu itu.

3.3

HUBUNGAN DENGAN CHAMPA
Kerajaan Champa merupakan kerajaan yang mengawal Selatan dan Tengah
Vietnam antara abad ke-7 hingga 1832. Kerajaan Champa dengan ibu kota di
Wijaya (Caban) bersebelahan dengan Kota Binhdinh yang terletak di pantai
Timur Vietnam merupakan sebuah kerajaan lama yang telah lama dikenali
sejak abad Masihi lagi. Kerajaan Champa mempunyai pengaruh yang besar
dalam politik dan kenegaraan di bumi Nusantara. Kerajaan ini tidak kurang
hebatnya dengan kerajaan Majapahit. Hal ini kerana raja Champa pernah
diberi julukan oleh Raja Israel yang meliputi wilayah Palestine. Begitu juga
dengan kebanyakan Kesultanan Islam di bumi Nusantara ini yang mengikat
tali persaudaraan dengan kerajaan Champa termasuklah Majapahit. Kerajaan
Champa dikenali kerana wanita pada masa lalu terkenal akan kecantikannya.
Di samping itu, perkembangan Islam pada ketika itu pesat sekali di
mana daerah Jeumpa menjadi pusat pertemuan para ulama’ sedunia.

19

Kebesaran kerajaan Champa pada ketika itu turut diakui oleh Majapahit.
Misalnya, dalam peristiwa Brawijaya V gembira sekali setelah Berjaya
mengahwini bekas isteri Raja Champa Abdullah Umdatuddin (Raja Champa).
Ini telah membanggakan dirinya kerana isterinya itu merupakan bekas isteri
kepada seorang raja besar di Asia Tenggara. Adapun kenapa bekas isteri Raja
Champa ingin berkahwin dengan Brawijaya untuk menyebarkan agama Islam
di negara Majapahit. Baginya kalau seseorang raja tersebut menerima Islam
maka seluruh Majapahit juga pasti akan mengikut jejak rajanya dan sudah
pasti perkahwinan antara Brawijaya dan bekas isteri Raja Champa itu akan
mengikut syariat Islam.

Raja Champa yang merupakan raja besar mahu

menyerahkan bekas isterinya kepada orang lain. Semasa menceraikan isterinya
itu, isterinya baru melahirkan seorang bayi. Ketika bayi itu dilahirkan, Raja
Champa Abdullah berada dalam keadaan wafat dan berpesan kepada
Briwijaya agar menjaga anaknya yang masih merah itu. Melalui hubungan ini,
dapat dilihat bahawa kerajaan Champa itu sememangnya adalah sebuah
kerajaan yang luar biasa. Tidak hanya berakhir disitu apabila anak raja
Champa iaitu Syarif Hidayatullah menjadi Sultan Cirebon, Sultan Muzaffar
menjadi raja Kelantan, adiknya Sultan Babullah menjadi raja Ternate.

3.4

HUBUNGAN DENGAN SUNDA
Kerajaan Majapahit juga menjalinkan hubungan persekutuan dengan kerajaan
Sunda. Hubungan ini bermula apabila Hayam Wuruk berkahwin dengan puteri
Kerajaan Sunda iaitu Citraresmi atau Dyah Pitaloku Citraresmi. Menurut
Pararaton, Citraresmi dijodohkan dengan Hayam Wuruk, raja Majapahit yang

20

sangat berhasrat untuk menjadikannya sebagai permaisuri. 51 Kerajaan Sunda
menganggap lamaran ini hanya perjanjian persekutuan. Pada tahun 1357,
rombongan raja Sunda bersama-sama keluarga dan pengawalnya bertolak ke
Majapahit untuk menghantar sang puteri untuk dinikahkan dengan Hayam
Wuruk. Namun, Gajah Mada melihat hal ini sebagai peluang kerajaan Sunda
takluk di bawah Majapahit. Hal ini telah menyebabkan berlakunya peperangan
antara keluarga kerajaan Sunda dengan tentera Majapahit di lapangan Bubat.
Peperangan ini dikenali sebagai Pasunda-Bubat di mana tentera Majapahit
telah dapat menawan Sunda dan membunuh maharajanya. 52 Walaupun dengan
kekuatan serta keberanian keluarga kerajaan Sunda tetap kalah juga dengan
tentera Majapahit. Hampir seluruh rombongan keluarga kerajaan Sunda dapat
dibinasakan secara kejam.53 Tradisi ada menyebut bahawa sang puteri yang
kecewa dengan hati yang remuk redam melakukan “bela pati”, bunuh diri
untuk membela kehormatan negaranya.54 Hal yang sama turut dinyatakan oleh
Ahmad Jelani Halimi (2008), “Dikatakan Puteri Dyah Pitaloku telah
membunuh diri kerana enggan menyerah kepada Hayam Wuruk. Perkara ini
telah mengecewakan Hayam Wuruk hingga menyebabkannya jatuh sakit”
(hlm 150).55 Peristiwa penaklukan Sunda ini juga menyebabkan Patih Gadjah
Mada digantung jawatannya selama beberapa tahun sekaligus menyebabkan
perselisihan faham antara kedua-dua tokoh agung empayar Majapahit itu.

51 Munoz, Paul Michel.(2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the
Malay Peninsula. Singapore : Editions Didier Millet. Hlmn 213.
52 Ahmad Jelani Halimi. 2008. “Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu”. Utusan
Publications & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Hlm. 150.
53 Drs.R.Soemono. (1973). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 2, 2nd Ed.
Yogjakarta : Penerbit Kanisius. Hlm 72.
54 Y.Achadiati S, Soeroso M.P., (1988). Sejarah Peradaban Manusia : Zaman Majapahit.
Jakarta : PT Gita Karya. Hlmn 13.
55 Ahmad Jelani Halimi. 2008. “Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu”. Utusan
Publications & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Hlm. 150.

21

3.5

HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN SAMBAS
Dalam kejayaannya menguasai seluruh wilayah Nusantara, kerajaan Majapahit
juga turut menguasai keajaan Sambas di Pulau Kalimantan. Majapahit bukan
hanya menguasai kerajaan-kerajaan di bawah taklukannya, tetapi juga telah
mengirim keturunan dan keluarga raja dengan prajuritnya. Mereka bukan
hanya menguasai daerah dan rakyatnya tetapi juga untuk mengembangkan
kebudayaan agama Hindu dan Buddha. Menurut cerita rakyat, sebelum
kedatangan tentera Majapahit di Paloh, sudah ada kerajaan Sambas Tua.
Kedatangan secara beramai-ramai tentera Majapahit ke Sambas adalah
pada zaman pemerintahan raja Cananagara dengan menggunakan kapal dan
mendarat di Pangkalan Jawi pada tahun 1364. Kini, daerah tersebut dikenali
dengan nama Jawai. Kedatangan tentera Majapahit ini bukanlah untuk
berperang dan berkuasa, tetapi untuk menetap dan berkahwin dengan
penduduk tempatan. Akhirnya, mereka kemudiannya membentuk sebuah
kerajaan yang kuat dimana ratunya berasal dari hasil perkahwinan dengan
penduduk setempat. Raja-raja di Sambas pada waktu itu digelar dengan
gelaran ratu seperti gelaran raja-raja di Majapahit.
Pada pertengahan abad ke-15, pusat kerajaan Majapahit ini
kemudiannya berpindah dari Paloh ke Kota Lama di benua Bantanan. Namun,
setelah berlakunya keruntuhan kerajaan Majapahit, kerajaan Sambas berada di
bawah kerajaan Johor. Pada waktu itu, Ratu Sepudak telah menandatangani
perjanjian perdagangan dengan Oppenkoopman Samuel Bloemaert dari VOC
pada 1 Oktober 1609. Perjanjian tersebut juga dikenali sebagai Perjanjian Ratu
Sepudak bersama-sama dengan VOC.

3.6

HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN BRUNEI
22

Terdapat sebuah kerajaan di pantai barat Kalimantan yang dikenali sebagai Poni. Kerajaan ini turut diidentifikasikan sebagai kerajaan Brunei.56 Dalam buku
bertajuk Pararaton, Brunei dinyatakan sebagai salah sebuah negeri yang
berada dalam jajahan takluk Majapahit.57 Hanya selepas China mengubah
dasarnya, yakni dasar meluaskan pengaruh ke Asia Tenggara dan Asia Selatan
barulah Brunei berjaya melepaskan kerajaannya dari cengkaman kuasa
Majapahit, iaitu pada sekitar abad ke-13.

3.7

HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN SRIWIJAYA
Seperti Ayuthia dan kerajaan Toungoo, Majapahit sentiasa bersikap ambil
berat tentang kegiatan politik di dalam mandalanya dan menjalankan dasar
keras terhadap negeri-negeri vassal yang cuba melepaskan diri daripada
lingkungan politik Majapahit. Hal ini boleh dilihat melalui perhubungan yang
terjalin antara empayar Majapahit dengan Sriwijaya (Jambi-Palembang). Pada
sekitar tahun 1360-an, Majapahit telah berjaya menundukkan Sriwijaya dan
menjadikannya sebagai sebuah kerajaan yang berada di bawah lingkungan
ataupun pengaruh politik Majapahit. Pertukaran dinasti yang memerintah di
negara China, iaitu dinasti Ming menggantikan dinasti Yuan menyebabkan
kerajaan-kerajaan kecil di Nusantara seperti Melayu-Jambi (Sriwijaya)
berhasrat untuk melepaskan diri daripada lingkungan politik Majapahit. Oleh
hal yang demikian, Sriwijaya telah menghantar utusan ke istana Nanking dan
berjaya mendapat tera pertabalan daripada Maharaja China pada waktu itu.
Tera pertabalan ini merupakan tanda pengurniaan dan pengiktirafan
kedudukan “merdeka” sesebuah negeri di Asia Tenggara yang diberikan oleh

56 Abdul Rahman Hj Abdullah. (2006). Sejarah dan kebudayaan Asia Tenggara
Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications. Hlm. 31.
57 Drs. Pitono Hardjowardojo. (1966). Pararaton. Djakarta: Bhratara.

23

empayar China.58 Hal ini telah menimbulkan kemarahan pemerintah empayar
Majapahit terhadpa negeri naungannya itu, yakni Sriwijaya. Pada tahun 1377
Masihi, Majapahit telah menghantar armada lautnya untuk menyerang
kerajaan Sriwijaya dan merampas alat-alat kebesaran yang dikurniakan oleh
Nanking. China mengakui kesilapannya dan tidak bertindak balas terhadap
perkara itu.

Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Majapahit amat

menitikberatkan segala kegiatan politik yang berlaku di negeri naungannya.
Masalah antara empayar Majapahit dan kerajaan naungannya ini masih tidak
dapat diselesaikan dan berlarutan sehingga akhirnya pada tahun 1397
Majapahit menyerang sekaligus melenyapkan kuasa dan pentadbiran MelayuJambi (Sriwijaya) sepenuhnya. Pusat pentadbiran kerajaan Sriwijaya juga
dipindahkan ke Palembang.

Palembang menjadi pelabuhan “haram” bagi

perdagangan dari negara China. Seorang pembesar dilantik untuk menjaga
Palembang setelah Majapahit menerima amaran daripada Nanking mengenai
keadaan kacau bilau yang berlaku di situ. 59 Menurut Wolters yang bersetuju
dengan tulisan Pires, Majapahit menyerang

Palembang (Sriwijaya) pada

tahun-tahun terakhir abad ke-14, sebab pemerintah tempatannya, yakni
Parameswara yang mengasaskan Melaka, telah menentang kuasanya.60

4.0

KESIMPULAN

58 Kobkua Suwannathat. (2003). Asia Tenggara : hubungan tradisional serantau. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 67.
59 Ibid. Hlm. 67.
60 Ibid. Hlm. 67.

24

Berdasarkan

kajian

yang

dibuat,

kerajaan

hubungannya dengan kerajaan luar.

Majapahit

amat

mementingkan

Majapahit menjalinkan hubungan melalui

pelbagai cara, termasuklah perkahwinan politik atau siasah, penaklukan sesebuah
kerajaan lain, hubungan perdagangan, hubungan diplomatik dan hubungan
berteraskan keselamatan serta banyak lagi. Hal ini dilakukan bertujuan untuk
mengukuhkan lagi kedudukan dan kekuatan empayar Majapahit.

Selain untuk

melebarkan lagi pengaruhnya di alam Nusantara seiring dengan Sumpah Palapa yang
diikrarkan oleh salah seorang pemimpin agungnya, yakni Patih Gadjah Mada
Amangkubhumi.

Semangat dan kegigihan usaha Patih Gadjah Mada dan Prabu

Hayam Wuruk merupakan faktor terpenting yang mendorong kepada peluasan kuasa
ini. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah hubungan empayar Majapahit
mempunyai hubungan luar yang luas dan besar. Seterusnya, hubungan tradisional
yang dijalankan oleh empayar Majapahit ini telah banyak mempengaruhi
perkembangan politik di rantau Asia Tenggara. Akhirnya, terbentuklah empayarempayar yang kuat dan berpengaruh di Asia Tenggara khususnya Nusantara seperti
Melaka, Demak, Mataram dan banyak lagi.

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Sejarah dan kebudayaan Asia Tenggara tradisional.
Selangor Darul Ehsan : Karisma Publications.

25

Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Agus Aris Munandar. (2008). Ibukota Majapahit. Masa Jaya dan Pencapaian. Jakarta :
Komunitas Bambu.
Dr. Purwadi, M. Hum. (2005). Babad Majapahit. Yogyakarta : Penerbit Media Abadi.
Drs.R.Soemono. (1973). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 2, 2nd Ed. Yogjakarta :
Penerbit Kanisius.
Drs. Pitono Hardjowardojo. (1966). Pararaton. Djakarta: Bhratara.
Groeneveldt,op.cit.,
Hall, D.G.E.,(1988). Sejarah Asia Tenggara. Surabaya : Usaha Nasional.
Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. “Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau”. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Mohd. Arof Ishak. (2009). Tamadun Alam Melayu. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah
Malaysia.
Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. “Peradaban Melayu”. Universiti Teknologi
Malaysia Skudai, Johor.
Munoz, Paul Michel.(2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay
Peninsula. Singapore : Editions Didier Millet.
Poesponegoro, Marwati Djoened. (2008). Sejarah Nasional Indonesia II. Jakarta : Balai
Pustaka.
Saifuddin Zuhri. (1981). Sejarah Kebangkitan Islam dan Perkembangannya di Indonesia.
Bandung : Al-Maarif.

26

Slamet Muljana. (2005). Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-negara
Islam di Nusantara. LKis Yogyakarta.

Syekh Siti Jenar merupakan tokoh kontroversial yang eksistensinya sebagai historis masih
dipertanyakan. Namun demikian,sejumlah pendapat menyatakan bahawa dia
bertanggungjawab atas penyebaran ajaran syiah dan sekaligus faham wihdatul
wujud di Pulau Jawa. Menurut salah satu sumber dia memiliki satu nama asli
Syeh Jabaranta dan pernah tinggal lama di Persia. ( Lihat MB. Rahimsyah.
Legenda dan Sejarah Lengkap Wali Songo. (Amanh,Susabaya).

Y.Achadiati S, Soeroso M.P., (1988). Sejarah Peradaban Manusia : Zaman Majapahit.
Jakarta : PT Gita Karya.

Diperoleh

pada

Februari

2,2015

daripada.

http://www.antaranews.com/berita/135104/hubungan-indonesia-jepang-adasejak-zaman-majapahit

Diperoleh pada Februari 2,2015 daripada. http://www.lelyakertopati.com/?p=63

Diperoleh pada Februari 2,2015 daripada. http://mimbarkata.blogspot.com/2013/01/sinopsissulalatus-salatin-bab-vi.html

Diperoleh

pada

Februari

2,2015

http://sugionosejarah.wordpress.com/2011/10/15/kerajaan-majapahit/

27

daripada.

Diperoleh pada Februari 2,2015 daripada. http://redhaaalfian.blogspot.com/2011/11/paperdiplomasi-kerajaan-nusantara.html

Diperoleh pada Februari 2,2015 daripada. http://www.facebook.com/notes/kongkow-barenggus-dur/kehebatan-gus-dur-memprediksi-masa-depan/10152605648170165

Diperoleh pada Februari 2,2015 daripada. http://fastnote.wordpress.com/empayar-majapahit/

28