PENGURUSAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR ISU

PENGURUSAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR: ISU DAN CABARAN 1

Tuan Haji Ahmad Shahir bin Makhtar Puan Hajjah Adibah bt. Abdul Wahab Lem baga Zakat Selangor (MAIS)

1. MUQADDIMAH

Di Malaysia, pengurusan zakat adalah terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab negeri-negeri. Kebanyakan negeri, pengurusan zakat terletak di bawah Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan terdapat juga di setengah negeri diwujudkan institusi khas yang agak tersendiri dari MAIN. Pelaksanaan segala dasar dan kegiatan Majlis Agama Islam di sesebuah negeri berkenaan dilaksanakan melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan dipertanggungjawabkan kepada MAIN. MAIN ini adalah terletak di bawah DYMM Sultan/ Raja atau SPB Yang Dipertuan Agong yang mana ia bertanggungjawab ke atas segala urusan berkaitan dengan kegiatan Islam di negeri berkenaan termasuklah di dalam pengendalian urusan zakat.

Kewujudan satu institusi khas untuk memungut zakat yang dikendalikan dengan cara yang profesional telah membuka era baru dalam pengurusan zakat di negara ini. Berm ula dengan kewujudan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Wilayah Persekutuan dalam tahun 1991 seterusnya diikuti oleh beberapa negeri yang lain seperti Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dahulunya dikenali Pusat Zakat Selangor (PZS), Pusat Urus Zakat (PUZ) di Pulau Pinang ,Pusat Kutipan Zakat (PKZ) di Pahang, Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) dan Pusat Zakat Melaka (PZM). Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkenaan telah mewujudkan anak syarikat atau perbadanannya sendiri untuk mengurus kutipan zakat secara korporat dan profesional.

Melalui konsep pengurusan zakat secara moden dan profesional ini, ia telah berjaya m em beri lembaran baru kepada banyak pihak ekoran penerapan nilai-nilai korporat terhadap sistem pengurusan dan prestasi perkhidmatan kakitangan yang meningkat telah m erubah imej institusi zakat menjadi sebuah organisasi yang cem erlang dan kutipan zakat yang meningkat secara drastik pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, hanya Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) saja yang diberi mandat

1 Kertas Kerja ini dibentangkan pada Konvensyen Kebangsaan Perancangan dan Pengurusan

H arta Dalam Islam 20 10 , anjuran J abatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM, 14 J ulai 20 10 , di Bilik Senat, Ban gunan Canselori, UKM.

oleh MAIN berkenaan untuk mengurus kutipan dan agihan zakat di negeri masing-masing. Beberapa MAIN yang lain juga dalam proses memperkemaskan sistem pengurusan zakat

negeri-negeri sama ada dengan menubuhkan anak syarikat, perbadanan negeri mahupun m em antapkan pengurusan zakat sedia ada dengan lebih baik lagi.

2. PENGURUSAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR

2.1 Pen ubuhan Pusat Zakat Selangor (PZS) Pengkorporatan pengurusan zakat di negeri Selangor bermula apabila Majlis Agama Islam

Selangor (MAIS) menubuhkan Pusat Zakat Selangor (MAIS) atau sebelum itu dikenali sebagai Pusat Pungutan Zakat MAIS pada 15 Februari 1994 dengan nama daftar syarikat MAIS Zakat Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh MAIS dengan modal berbayar sebanyak RM50 0 ,0 0 0 . Penubuhan PZS ini adalah bertujuan untuk m em perbaiki kaedah pengurusan zakat yang sedia ada kepada sistem pengurusan yang lebih profesional seperti yang diamalkan dalam dunia korporat.

Walau bagaimanapun, PZS mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober 1995 setelah segala persiapan dan kelengkapan meliputi penambahan dan pengambilan baru kakitangan, penyediaan perisian sistem komputer, penyempurnaan kelengkapan pejabat, penyediaan peraturan-peraturan kerja, latihan kakitangan dan sebagainya dapat disempurnakan.

Objektif pengkorporatan pengurusan zakat di Selangor adalah seperti berikut: (a) Memantapkan pengurusan institusi zakat. (b) Melicinkan pentadbiran, pungutan dan agihan zakat. (c) Mencapai kecekapan yang optimum dengan kos yang minimum. (d) Membentuk imej baru institusi zakat yang lebih progresif dan pro-aktif. (e) Menjadi role model kepada pengurusan Institusi zakat di negara ini. (f)

Mengem balikan keyakinan masyarakat dan kegemilangan institusi zakat.

Dengan beroperasinya PZS bererti ia telah diberikan mandat untuk pengurusan pungutan zakat harta di negeri Selangor bagi pihak MAIS. Sehubungan itu, urusan kutipan zakat Selangor tidak lagi berada di bawah bidang kuasa Baitulmal tetapi diawasi oleh sebuah Lem baga Pengarah yang dianggotai oleh pelbagai golongan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing sama ada bidang syariah mahupun profesional yang lain. Kesem ua ahli yang menganggotai Lem baga Pengarah PZS ini adalah berdasarkan pelantikan yang dibuat oleh pihak MAIS sendiri.

Pada tahun 1998, MAIS memberi mandat kepada PZS bagi menguruskan kutipan zakat fitrah dan padi serta agihan zakat. Di antara tujuan penyerahan mandat ini adalah bagi

m em astikan semua pengurusan zakat di negeri Selangor dapat diurus dengan lebih baik di bawah satu institusi dan MAIS dapat memberi fokus kepada urusan kepentingan umat Islam yang lain seperti pembangunan harta wakaf, pusaka dan sebagainya.

2.2 Per ubahan Nam a dan Entiti PZS (MAIS) kepada Lem baga Zakat Selangor (MAIS)

Perubahan nama PZS kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor pada 31 J anuari 20 0 6 bersamaan 1 Muharram 1427H. Di antara justifikasi penukaran PZS kepada LZS adalah bagi memberi imej baru kepada PZS dari segi urusan kutipan dan agihan zakat yang telah m encapai RM10 0 juta setahun, di samping m em bawa tanggungjawab yang lebih besar dari segi kutipan, pengagihan zakat, perkhidm atan pelanggan dan organisasi keseluruhannya. Kesemua pengurusan, operasi dan kepentingan PZS diserap terus kepada LZS termasuk kakitangan.

J adu al 1: Kronologi Pen ubuh an Lem baga Zakat Selangor (MAIS)

Tah u n

Per istiwa

1994 Pusat Pungutan Zakat (PPZ -MAIS) m ula didaftarkan dengan nam a MAIS ZAKAT Sdn Bhd 1995 Mem ulakan operasi sepen uhnya m eliputi penggunaan perisian kom puter, resit zakat berkom puter . Beroperasi di Seksyen 14, Petalin g J aya. 1996 Nam a Pusat Pungutan Zakat MAIS ditukar kepada Pusat Zakat Selangor (MAIS) atau diken ali PZS (MAIS)

1997 Ibu pejabat PZS (MAIS) ber pin dah ke Seksyen 9 Shah Alam 1998 Men dapat m andat Kutipan zakat fitrah dan padi. Pusat Agihan Zakat diserapkan kedalam PZS (MAIS).

20 0 0 Ibu Pejabat PZS (MAIS) dipindahkan ke kom pleks MAIS, Klang Men dapat pen giktirafan MS ISO 90 0 2.

20 0 4 Mem in dah kan lokasi ibu pejabat ke lokasi yan g lebih strategik iaitu di Ban gun an Sultan Idris Shah, Shah Alam . Menerim a anugerah kualiti MS ISO

20 0 6 PZS (MAIS) bertukar kepada Lem baga Zakat Selan gor (MAIS)

Lem baga Zakat Selangor (MAIS) ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pem erbadanan) 1952 melalui Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) yang didaftar di Bahagian

Undang-undang, J abatan Perdana Menteri. LZS ditadbir melalui Lembaga Pemegang Am anah (LPA) yang dilantik oleh MAIS dan buat masa ini seramai sepuluh orang Ahli Lem baga Pemegang Amanah (ALPA) telah dilantik yang terdiri daripada gabungan golongan agam a, akademik, korporat dan profesional.

Objektif penubuhan LZS ialah: (a) Memperkasa pengurusan institusi zakat; (b) Memaksimakan potensi kutipan zakat; (c) Menangani dan membasmi kemiskinan; (d) Meningkatkan syiar Islam dan membangunkan sosio ekonomi ummah; (e) Memberi perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.

Dem i memantapkan perkhidmatan dan pengurusan LZS, aspek sumber manusia sering dititikberatkan. Perkara ini amat penting agar LZS dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggannya. Sejajar dengan penambahan kakitangan akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan. LZS bermula dengan sepuluh orang kakitangan pada awal operasinya tahun 1995 (pada masa itu dikenali PZS) dan kini m em punyai seramai 30 0 orang kakitangan keseluruhannya. Memandangkan LZS m elaksanakan perkhidmatan berhubungan manusia, maka program pembangunan modal insan menjadi agenda utama LZS setiap tahun.

Bagi memantapkan pengurusan dan operasi LZS, LPA telah menubuhkan enam J awatankuasa dengan portfolio yang ditetapkan dan dipengerusikan oleh seorang ALPA. Ahli-ahli J awatankuasa ini terdiri di kalangan ALPA dan golongan pakar dari luar LZS, enam jawatankuasa adalah seperti berikut:

(a) J awatankuasa Operasi Kutipan Zakat. (b) J awatankuasa Operasi Agihan Zakat. (c) J awatankuasa Pencalonan dan Imbuhan. (d) J awatankuasa Audit . (e) J awatankuasa Kewangan. (f)

J awatankuasa Tender.

3. PENGURUSAN KUTIPAN ZAKAT DI SELANGOR

Sem enjak ditubuhkan LZS telah menunjukkan peningkatan kutipan yang membanggakan. Berm ula dengan kutipan sebanyak RM7 juta pada tahun 1994, LZS telah berjaya mengutip RM15.8 juta pada tahun 1995. Diikuti peningkatan kutipan sebanyak RM28.6 juta pada tahun 1996. Manakala pada tahun 1997 kutipan zakat telah meningkat kepada RM31.3 juta dan pada tahun 1998 hasil kutipan zakat LZS telah mencapai jumlah RM37.3 juta. Setelah beroperasi hampir 15 tahun, LZS berjaya mencapai kutipan dan agihan zakat tertinggi di Malaysia dengan kutipan tahun 20 0 9 berjumlah RM283.7 juta dan agihan berjumlah RM275.9 juta dengan bilangan pembayar seramai 155,0 0 0 orang.

3.1 Aktiviti Dakwah dan Penerangan Aktiviti dakwah dan penerangan merupakan tunjang kepada LZS untuk mentarbiahkan

um at Islam khususnya golongan muda tentang zakat. Oleh itu pelbagai program dan aktiviti diatur sepanjang tahun bertujuan untuk menyebarluaskan dakwah zakat kepada seramai m ungkin umat Islam di Selangor agar mewujudkan ummah yang arif tentang ibadah rukun ini. Program dan aktiviti yang dijalankan itu diperincikan seperti berikut:

(a) Operasi Masjid (Khutbah) Pem bacaan khutbah tentang zakat telah dilaksanakan di masjid-masjid terpilih dan

disampaikan oleh khatib-khatib masjid serta khatib daripada LZS. Selain itu satu khutbah juga ditulis khas untuk dibaca bersempena bulan Disember dan Ramadan. Di samping itu, LZS juga telah melatih 15 khatib yang terdiri daripada kakitangan LZS. Latihan yang diberikan telah berjaya menjadikan khutbah zakat itu disampaikan dengan lebih baik dan berjaya menarik perhatian jemaah solat J umaat.

(b) Ceramah dan Forum Aktiviti ceramah telah diadakan secara puratanya sebanyak 15 kali dalam tempoh seminggu.

Ceram ah diadakan termasuk melalui media seperti radio dan televisyen, masjid dan surau, kilang-kilang, pejabat kerajaan dan swasta, pusat membeli belah serta taman-taman perum ahan. Di samping itu, beberapa aktiviti forum berjaya diadakan dengan kerjasama surau, masjid dan majlis perbandaran yang terpilih.

(c) Program Bersam a J em aah Haji Program ini merupakan program tahunan yang dijalankan oleh LZS dengan kerjasama

Lem baga Tabung Haji. Sebanyak 10 ceramah diadakan khusus untuk bakal jemaah haji. Setiap ceramah memberi penekanan terhadap qada zakat dan juga wasiat untuk m enzakatkan harta sekiranya berlaku kejadian yang diingini ketika di tanah suci. Sepanjang ceram ah berlangsung, sebanyak 5,0 0 0 risalah, telah diedarkan kepada bakal haji.

3.2 Men goptim um kan Kutipan Zakat Perniagaan (a) Operasi Taksiran Operasi taksiran merupakan operasi yang dijalankan dari sem asa ke sem asa sepanjang tahun. Ia melibatkan aktiviti seperti taklimat di premis syarikat, rundingan zakat, taksiran zakat syarikat dan kutipan zakat perniagaan di premis-premis perniagaan sepanjang tahun m erangkum i syarikat persendirian, subsidiari kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), koperasi, Pertubuhan Peladang Kawasan dan sebagainya.

(b) Sem inar dan Bengkel Taksiran Zakat Perniagaan Sem inar dan Bengkel Taksiran Zakat Perniagaan ini diadakan khusus untuk syarikat-

syarikat yang berpotensi dan berminat untuk mengetahui dengan terperinci maklumat berkenaan zakat perniagaan. Dalam bengkel tersebut, para peserta diberi penerangan tentang cara pengiraan zakat perniagaan di sam ping pendedahan tentang isu-isu terkini zakat perniagaan.

(c) Majlis Pem bayaran Zakat Majlis pembayaran ini diadakan bertujuan untuk meraikan pembayar zakat perniagaan di

LZS. Di dalam program ini, diadakan juga aktiviti pengagihan zakat bagi memberi peluang pem bayar-pem bayar zakat melihat sendiri bagaimana pengagihan zakat dilaksanakan dan siapa penerima-penerimanya. Beberapa sesi penerangan dan dialog di antara pembayar zakat bagi bertukar-tukar pandangan.

(d) Pelantikan Ejen Cukai dan Firm a Audit Pelantikan Ejen Cukai dan Firma Audit sebagai ejen kutipan zakat khususnya zakat

perniagaan telah banyak membantu peningkatan kutipan zakat perniagaan syarikat. Mereka yang dilantik akan mencadangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat yang m enjadi pelanggan mereka berkaitan taksiran zakat perniagaan.

3.3 Operasi Pekeliling Kerajaan Operasi Pekeliling Kerajaan ini adalah operasi Skim Potongan Gaji (Skim Berkat) kepada

kakitangan kerajaan berdasarkan pekeliling pembayaran zakat pendapatan menerusi potongan gaji yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 20 0 4. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti taksiran zakat, penghantaran notis taksiran dan taklim at yang memfokuskan agensi-agensi kerajaan di Negeri Selangor. Operasi Pekeliling Kerajaan juga memainkan peranan besar dalam memberi impak yang cukup berkesan ke atas kutipan zakat pendapatan di LZS. Secara dasarnya, operasi ini telah berjaya m eningkatkan bilangan pembayar melalui potongan gaji bagi sektor kerajaan daripada 12,569 orang pada tahun 20 0 4 kepada 27,620 orang pada tahun 20 0 5. Sementara itu, pencapaian kutipan untuk zakat pendapatan juga telah meningkat sebanyak 18 peratus daripada RM130 .7 juta (20 0 8) ke RM153.8 juta pada tahun 20 0 9.

3.4 Mem per luaskan Ejen Kutipan, Penolon g Am il IPT dan Kaunter Zakat LZS sentiasa menitikberatkan kemudahan kepada para pelanggannya. J usteru itu, LZS

m enyediakan pelbagai alternatif pembayaran zakat dengan mengambil kira perkembangan teknologi terkini, kemudahan yang disediakan oleh pesaing, pembayaran zakat dan lain-lain m enyediakan pelbagai alternatif pembayaran zakat dengan mengambil kira perkembangan teknologi terkini, kemudahan yang disediakan oleh pesaing, pembayaran zakat dan lain-lain

perkhidm atan bank, pembayar zakat boleh membayar zakat melalui kaunter bank yang terdapat di seluruh negeri Selangor yang dilantik, melalui perbankan internet, kad debit, Maybank phonebanking, mesin deposit bank, SMS Bank Islam dan kad kredit Bank Islam dan Ambank. LZS juga dari semasa ke semasa menambah bilangan kaunter zakat bagi kem udahan umat Islam membayar zakat dengan 23 buah kaunter LZS di seluruh negeri Selangor. Walaupun LZS telah menyediakan pelbagai kemudahan membayar zakat melalui ejen kutipan bank dan pos, tetapi hampir 60 peratus pembayaran zakat adalah dari perkhidm atan kaunter zakat LZS. Di samping itu, LZS juga telah melantik beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai penolong amil bagi melaksanakan kutipan zakat melalui potongan gaji di kalangan warga kerjanya dan melakukan sebahagian pengagihan zakat kepada para pelajar dan warga kerjanya.

3.5 Skim Berkat Skim Berkat adalah satu skim pembayaran zakat melalui potongan gaji dan buat masa ini

bilangan majikan yang telah menggunakan produk Skim Berkat ini adalah berjumlah 2,620 m ajikan dan bilangan pembayar zakat pula ialah seramai 101,482 orang. Di samping itu, LZS turut menyediakan kem udahan e-majikan yang dibangunkan bertujuan untuk memberi kem udahan tambahan kepada para majikan yang menyertai Skim Berkat. LZS juga m engadakan kursus e-majikan bagi memberi kefahaman kepada majikan yang m enggunakan kemudahan ini Pelbagai aktiviti bertujuan untuk meningkatkan prestasi kutipan melalui Skim Berkat diadakan yang melibatkan operasi seperti taklimat, pameran dan pembukaan kaunter.

3.6 Operasi Prom osi Aktiviti promosi masih lagi menjadi tunjang utama dalam meningkatkan kesedaran berzakat di kalangan masyarakat Islam Negeri Selangor. Melalui aktiviti promosi berterusan yang dijalankan itu, LZS dapat membudayakan ibadah zakat di kalangan masyarakat Islam di Selangor khususnya. Pelbagai bentuk promosi telah dilaksanakan sepanjang tahun bertujuan untuk memperkasakan kutipan zakat. Aktiviti promosi ini bukan sahaja dijalankan di peringkat ibu pejabat LZS tetapi juga melibatkan daerah. Aktiviti ini dipergiatkan lagi terutam anya menjelang waktu puncak iaitu tiga bulan terakhir di hujung tahun (Oktober - Disem ber).

(a) Kesetiaan Pelanggan Kesetiaan pelanggan merupakan aspek yang amat dititikberatkan. LZS sentiasa memastikan

setiap pelanggan mendapat maklumat dan penghargaan yang sama bagi setiap individu. Antara kaedah yang dilaksanakan termasuklah surat peringatan (Reminder) kepada pem bayar apabila tiba haul mereka pada setiap tahun. Tujuannya adalah untuk m engingatkan para pembayar tentang zakat yang perlu mereka tunaikan.

(b) Prom osi m elalui m edia m assa Media m assa juga turut memainkan peranan dalam memberi pendedahan dan informasi

tentang LZS kepada orang ramai. Oleh yang demikian, hebahan melalui media turut dijalankan dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang kepentingan berzakat. Antara aktiviti promosi melalui media massa yang dilaksanakan sepanjang tahun ialah:

(i) Mengedarkan kenyataan akhbar kepada pihak media sekurang-kurangnya tiga kali sebulan untuk melaporkan serta menyebarkan sebarang aktiviti atau program.

(ii) Mengadakan sesi sidang akhbar bagi aktiviti tertentu. (iii) Temu bual khas dalam program-program di stesen TV seperti RTM, TV3,Astro dan

TV9.

(iv) Temu bual khas dalam slot-slot di stesen radio seperti Selangor FM dan IKIM.fm. (v) Temu bual khas di majalah-majalah seperti Al-Islam (terbitan Kumpulan Utusan). (vi) Membawa pihak media membuat lawatan ke projek-projek agihan zakat.

(c) Prom osi m elalui m edia-m edia lain Sepanjang akhir tahun (Oktober hingga Disember), kain rentang digantung di lokasi yang

strategik di seluruh Selangor bagi tujuan promosi zakat. Manakala sebanyak 1,0 0 0 bunting digantung bermula 15 Disember hingga 30 J anuari setiap tahun di tiang lampu jalan utama di seluruh negeri Selangor.

(d) Skuad Dakwah Zakat (SDZ) Skuad Dakwah Zakat (SDZ) berperanan sebagai pasukan pemasaran LZS bagi menyebarkan

m aklum at zakat yang merangkumi aspek kutipan dan agihan ke seluruh negeri Selangor. Di sam ping itu ia juga berperanan sebagai salah satu m edium dakwah zakat LZS. Menggunakan tem a ‘Sahabat Zakat Prihatin’, SDZ telah meletakkan sasaran program kepada seluruh umat Islam di negeri Selangor. Ia dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu skuad kutipan dan skuad agihan, aktiviti yang dijalankan termasuklah mengedarkan risalah, gotong-royong, m em baiki, melawat dan membersihkan rumah fakir miskin terpilih.

(e) Kuiz Zakat Online Kuiz Zakat Online (KZOL) telah dilancarkan pada Ogos 20 0 5 Ia bertujuan untuk

m em promosikan kaedah pembayaran zakat melalui internet. Penyertaannya terbuka kepada pem bayar zakat dan pembayar perlu menjawab soalan yang dikemukakan di laman web LZS di www.e-zakat.com.my.

(f) Pam eran Aktiviti pameran merupakan salah satu promosi yang telah dijalankan bukan sahaja bagi

m em beri maklumat tentang zakat tetapi juga memperkenalkan LZS kepada masyarakat.

(g) Operasi Tol Sepanjang tahun beberapa operasi tol telah dijalankan melibatkan operasi di Lebuh Raya

Persekutuan PLUS,Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya KESAS dan sebagainya. Sebanyak 50,0 0 0 flyers zakat diedarkan sepanjang operasi tersebut.

4. PENGURUSAN AGIH AN ZAKAT DI SELANGOR

Zakat merupakan tunjang dalam pembelaan asnaf dan ummah. Lantaran itu, LZS akan m em astikan kutipan zakat di Selangor dapat dimaksimumkan dan diuruskan dengan baik, telus dan menyeluruh dalam mengagihkannya kepada yang berhak. Agihan zakat diberi kepada lapan asnaf sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus zakat (amil), muallaf yang dipujuk hati mereka, untuk memerdekakan ham ba,orang-orang yang berhutang, orang-orang berjuang di jalan Allah, orang- orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Taubah 9: 60).

Pada dasarnya, zakat diagihkan kepada lapan asnaf iaitu asnaf fakir, miskin, amil, m uallaf, fisabilillah, riqab, gharimin dan ibni sabil, dan takrifnya adalah bersandarkan J awatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Objektif agihan zakat di negeri Selangor adalah seperti berikut; (a) Melaksanakan agihan zakat sepertimana perintah Allah S.W.T. (b) Menyalurkan agihan zakat dengan lebih efisien. (c) Mewujudkan masyarakat seimbang dari segi ekonomi, rohani, duniawi dan ukhrawi. (d) Mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Selangor. (e) Meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor. (f) Mem beri keyakinan kepada pembayar-pembayar zakat dan masyarakat.

(g) Mempelbagaikan program agihan zakat sesuai dengan keperluan semasa asnaf.

LZS memberikan penekanan kepada lima program iaitu Program Pembangunan Sosial, Program Pem bangunan Ekonomi, Program Pembangunan Pendidikan, Program Pem bangunan Institusi Agama dan Program Pembangunan Insan. Melalui program tersebut, LZS telah merangka agenda dalam m embentuk asnaf yang bukan sahaja dapat m engeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan, tetapi juga dapat memenuhi kehendak rohani dan menjadi insan yang rabbani. Setiap program yang disusun ini akan memberi keutam aan kepada tiga asnaf utama iaitu fakir, miskin dan mualaf. Pemilihan asnaf utama ini dilaksanakan melalui jawatankuasa pemilihan yang ditubuhkan dan kelayakan asnaf dinilai berdasarkan Haddul Kifayah yang ditetapkan.

4.1 Pr ogram Pem bangun an Sosial Di bawah Program Pembangunan Sosial, LZS bertanggungjawab memastikan tiada asnaf

yang mengalami masalah tempat tinggal, nafkah sara hidup serta mendapat peluang pendidikan sebagaimana orang lain. Sehubungan dengan itu, pelbagai bentuk bantuan telah disediakan bertujuan untuk memenuhi keperluan asasi dan sekali gus membolehkan asnaf tersebut menjalani kehidupan yang lebih seimbang.

Pada setiap tahun, LZS telah m em belanjakan hampir RM50 juta wang zakat di bawah program ini, antara bantuan- bantuan yang diberikan termasuklah bantuan bina/ baik pulih/ sewa rumah, caruman skim perlindungan takaful untuk fakir miskin, bantuan makanan dan kewangan bulanan, Ram adan dan hari raya, bantuan kecemasan/ runcit dan perubatan, bantuan untuk program sem pena Hari Kebesaran Islam (Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Ramadan), hari keluarga, gotong-royong dan ziarah.

Berdasarkan kepada bantuan-bantuan yang disediakan oleh LZS maka berikut adalah perincian berkenaan bantuan yang telah diberikan pada tahun 20 0 9: • Sebanyak 377 buah rumah telah dibina dan 461 buah lagi dibaik pulih oleh LZS. • LZS telah meletakkan tanggungjawab kepada 90 buah pusat rawatan dialisis untuk

m enerim a para pesakit yang mendapat sumbangan bantuan rawatan dialisis daripada LZS. Sepanjang tahun 20 0 9, seramai 878 orang pesakit buah pinggang telah mendapat tajaan tersebut.

• Seram ai 8,648 asnaf fakir dan miskin telah menerima bantuan kewangan bulanan

sepanjang tahun 20 0 9 dengan 359 orang. • Seram ai 7,234 orang asnaf fakir dan miskin telah menerima bantuan makanan bulanan

pada tahun 20 0 9.

4.2 Pr ogram Pem bangun an Ekonom i

Program Pembangunan Ekonomi adalah khusus untuk asnaf fakir,miskin dan muallaf, di m ana melalui program keusahawanan yang dilaksanakan oleh LZS merupakan jalan keluar bagi menangani kemiskinan. Ibarat memberi ‘pancing’, ia bukan sahaja memberikan asnaf fakir/ m iskin pendapatan lumayan, malah mendidik mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Program ini juga adalah salah satu program utama agihan zakat yang dilaksanakan oleh LZS selain pendidikan, sosial, pembangunan insan dan institusi agama.

Program keusahawanan ini sebagai salah satu mekanisme pengagihan wang zakat kepada asnaf fakir/ miskin dan muallaf merupakan proses jangka panjang, ia bukan sahaja m engurangkan kadar kemiskinan malah membangunkan modal insan. Kemiskinan tidak dapat diatasi dengan hanya memberi bantuan kebendaan dan wang ringgit semata-mata. Maka LZS telah menggariskan pelaksanaan agihan wang zakat dengan cara mendidik, m em beri ilmu, membimbing dan membangunkan asnaf zakat berdasarkan potensi yang ada pada mereka.

Faktor utama keberkesanan agihan zakat yang berdasarkan kajian (R&D) terbukti program keusahawanan mampu meningkatkan taraf hidup asnaf fakir/ miskin malah kaedah yang sama juga dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam membangunkan taraf ekonomi orang Melayu, dengan berniaga dan pembangunan insan. Faktor lain ialah kecenderungan asnaf fakir/ miskin itu sendiri. Berdasarkan pengalaman yang lepas, setiap asnaf fakir/ m iskin ini tidak dapat meningkatkan pendapatan mereka,sekadar cukup makan dan terus- m enerus berada di kepompong kemiskinan. Permasalahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti berikut;

(i) Kekurangan modal, (ii) Kekurangan ilmu keusahawanan,

(iii) Kekurangan ilmu pengurusan kewangan, (iv) Kekurangan ilmu pemasaran, kualiti produk dan jenama, (v) Kekurangan bimbingan dan pemantauan berterusan, (vi) Tidak mempunyai jati diri dan watak usahawan, masalah sikap yang tidak komited

dan bersungguh-sungguh, (vii) Kekurangan pengisian rohani dalam mengamalkan sifat-sifat terpuji seperti amanah,

jujur, ikhlas dan sebagainya.

Dalam hal ini, LZS telah mengambil pendekatan bagi menangani permasalahan tersebut di antaranya ialah:

(i) Pem berian modal awal dan modal tambahan apabila terdapat perkembangan perniagaan.

(ii) Setiap asnaf akan diteliti latar belakang dan kecenderungan mereka. Proses pem ilihan adalah agak ketat kerana LZS mahu memastikan hanya mereka yang

benar-benar layak sahaja dipilih. Layak dalam erti kata ada kebolehan,minat berniaga dan keinginan untuk belajar serta kemampuan fizikal.

(iii) Memberi ilmu dan bimbingan kepada mereka sebelum dan sem asa menjalankan perniagaan. (iv) Modal di antara RM2,0 00 hingga RM50 ,0 0 0 akan diberi setelah jenis perniagaan (yang berpotensi) ditetapkan. Modal ini adalah modal hangus yang tidak perlu di bayar balik dan bentuknya lebih berupa peralatan dan modal kerja seperti mesin, barang keperluan perniagaan serta sewaan premis.

(v) Bagi kategori pertama (modal di antara RM50 0 – RM5,0 0 0 ) adalah asnaf fakir/ m iskin yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti berniaga nasi lemak, goreng pisang di gerai, mesin rumput dan sebagainya. Bagi kategori kedua (m odal melebihi RM5,0 0 0 – RM50 ,0 0 0 ) adalah asnaf fakir/ miskin yang m enjalankan peniagaan berskala besar seperti membuka restoran, kedai dobi, m akanan tradisional, bengkel dan sebagainya.

(vi) Setiap asnaf yang terpilih akan diberi kursus asas perniagaan, termasuk pengendalian kewangan dan motivasi sebelum memulakan perniagaan, diberi latihan dan pemantauan, namun bagi kategori kedua, LZS akan memberi bim bingan dan pemantauan yang lebih eksklusif.

(vii) Memberi ilmu kerohanian dan amalan ibadah seperti menanamkan sifat-sifat terpuji dan menghindari sifat-sifat mazmumah.

Tujuan latihan ini adalah untuk memberi perubahan sikap, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat memberi kepuasan serta peningkatan mereka. Ilmu yang diberi bukan sem ata-mata ilmu dan kemahiran berniaga sem ata-mata tetapi diterapkan nilai-nilai kerohanian Islam yang menekankan tanggungjawab sebagai seorang Islam, sifat-sifat m ahm udah seperti amanah, jujur, ikhlas dan sebagainya. Di samping itu, dorongan m otivasi juga ditekankan bagi memantapkan jati diri mereka. Di samping itu, LZS turut menubuhkan Kum pulan Usahawan Asnaf Zakat (KUAZ) di mana ahli-ahlinya terdiri daripada asnaf yang pernah menerima bantuan modal daripada LZS. Melalui KUAZ, LZS bertindak memantau dan menjaga kepentingan ahli di samping membantu mempromosi serta menjenamakan produk keluaran asnaf tersebut.

4.3 Pr ogram Pem bangun an Pendidikan

Program Pembangunan Pendidikan merupakan keutamaan LZS dalam membantu asnaf fakir dan miskin dalam aspek pendidikan. Kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan ini bukan sahaja diterapkan kepada ibu bapa tetapi juga membudayakannya di kalangan anak- anak asnaf agar mereka sedar bahawa hanya dengan pendidikan mereka mampu berjaya dalam hidup. Malah, program ini juga membuka peluang kepada anak-anak asnaf untuk bersekolah ke peringkat yang lebih tinggi serta bebas daripada buta huruf. Pada setiap tahun, LZS membelanjakan hampir RM15 juta wang zakat di bawah program ini. LZS m enyalurkan bantuan pendidikan seperti bantuan yuran persekolahan (mengikut kadar yang telah ditentukan), kelengkapan persekolahan termasuklah pakaian, alat tulis, beg sekolah, terutamanya kepada para pelajar di peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah m enengah. Buat masa ini, LZS telah menyumbangkan dermasiswa kepada 40 1 orang pelajar yang mengikuti pengajian Islam dan perubatan di Mesir,74 orang pelajar yang mengikuti pengajian di J ordan dan 23 orang pelajar yang mengikuti pengajian di Morroco.

4.4 Pr ogr am Pem ban gun an In stitusi Agam a

Di bawah program ini, sejumlah besar zakat diperuntukkan bagi tujuan pem bangunan institusi agama seperti masjid, surau, sekolah dan surau sekolah di seluruh Selangor. Ini bertujuan bagi menjamin kebajikan dan keselesaan, di samping mengatasi permasalahan struktur bangunan, kerosakan agar pembinaan institusi agama dapat dilaksanakan dengan sem purna. Bukan itu sahaja, malahan pembinaan dan baik pulih institusi agama ini akan dipantau supaya menepati spesifikasi pembinaan, agar kualiti pembinaan benar-benar terjam in demi keselesaan umat Islam. Pada setiap tahun, LZS membelanjakan hampir RM15 juta wang zakat di bawah program ini. Di antara bentuk agihan zakat di bawah program pem bangunan ini iaitu bantuan karpet dan peralatan masjid/ surau dan sekolah agama serta bantuan pembinaan/ baik pulih masjid, surau, sekolah agama dan institusi agama luar negara.

4.5 Pr ogr am Pem ban gun an In san

Program Pembangunan Insan ini diwujudkan khusus untuk asnaf fakir dan miskin sebagai usaha untuk melahirkan golongan asnaf yang berkeyakinan, berdaya saing dan berilmu m elalui program -program yang berbentuk rohani, jasmani dan motivasi yang seimbang di dunia dan akhirat. Pada setiap tahun, LZS membelanjakan hampir RM8 juta wang zakat di bawah program ini yang diadakan dengan mensasarkan peserta terdiri daripada warga em as, ibu bapa, ibu tunggal, bapa tunggal, belia, pelajar dan juga mahasiswa. Keberkesanan m odul program pembangunan ini juga sentiasa dipantau bagi memastikan hasrat untuk Program Pembangunan Insan ini diwujudkan khusus untuk asnaf fakir dan miskin sebagai usaha untuk melahirkan golongan asnaf yang berkeyakinan, berdaya saing dan berilmu m elalui program -program yang berbentuk rohani, jasmani dan motivasi yang seimbang di dunia dan akhirat. Pada setiap tahun, LZS membelanjakan hampir RM8 juta wang zakat di bawah program ini yang diadakan dengan mensasarkan peserta terdiri daripada warga em as, ibu bapa, ibu tunggal, bapa tunggal, belia, pelajar dan juga mahasiswa. Keberkesanan m odul program pembangunan ini juga sentiasa dipantau bagi memastikan hasrat untuk

Aktiviti/ Pr ogram Kum pulan Sasar Program Tahsinul Ibadah Lelaki/ wanita berum ur 40 tahun ke atas

Kursus Pembangunan Ibu Tunggal Ibu tunggal berumur 55 tahun ke bawah dan (Program H ijrahku)

m em punyai anak yang bersekolah Program Pem bangunan Keluarga

Ibu bapa

Kursus Kem ahiran Terapi

Ibu tunggal

Kursus Masakan Kom erial

Lelaki & wanita (Dewasa)

Kursus Kem ahiran J ahitan

Ibu Tunggal

Kursus Pembangunan Belia

Belia 18 – 40 tahun

Program Bina Insan Selangor

Pelajar tingkatan 4 & 6

Kem Remaja Cemerlang Generasi

Pelajar tingkatan 1, 2 & 4

Gem ilang Kem Motivasi Pelajar Cem erlang

Pelajar UPSR

Kem Motivasi Pelajar Cem erlang

Pelajar PMR

Kem Motivasi Pelajar Cem erlang

Pelajar SPM

Kem Kecem erlangan SPRA Pelajar yang m enduduki SPRA Kursus Keusahawanan

Peserta penerim a m odal

Lawatan Sem inar Bengkel

Ibu tunggal/ pelajar

Program Anak/ Keluarga Angkat

Sem ua golongan sasar

5. PROJ EK-PROJ EK AGIH AN ZAKAT

LZS juga melaksanakan agihan Zakat dalam bentuk projek bagi memastikan pengagihan Zakat dapat dipaparkan dan ia membantu meningkatkan keyakinan umat Islam iaitu:

(a) D’Asnaf Kraf merupakan salah satu projek asnaf yang diusahakan dengan konsep

'H om ebase' sebagai salah satu usaha untuk menambah pendapatan asnaf fakir dan m iskin. peserta-pesertanya terdiri dari kaum wanita yang majoritinya ibu-ibu tunggal. Projek ini telah dimulakan secara kecil-kecilan sejak tahun 20 0 3 dan produk yang mula-mula dihasilkan adalah kraf tangan dari kertas terpakai (surat khabar dan m ajalah). Selain itu, produk seperti tasbih dan aksesori wanita telah mula dihasilkan. Di antara objektif projek ini ialah membantu menambah pendapatan melalui aktiviti Homebase dan membentuk jati diri asnaf dalam melahirkan usahawan kraf dalam usaha meningkatkan taraf hidup.

(b) Bengkel J ahitan, LZS telah menubuhkan lima bengkel jahitan. Setiap bengkel m em punyai antara 10 -15 orang peserta yang terdiri dari asnaf miskin. Mereka adalah kaum wanita yang dengan tanggungan keluarga yang tinggi, juga ibu-ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapatan lain. Peserta-peserta ini ditugaskan untuk (b) Bengkel J ahitan, LZS telah menubuhkan lima bengkel jahitan. Setiap bengkel m em punyai antara 10 -15 orang peserta yang terdiri dari asnaf miskin. Mereka adalah kaum wanita yang dengan tanggungan keluarga yang tinggi, juga ibu-ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapatan lain. Peserta-peserta ini ditugaskan untuk

(c) Pusat Latihan Asnaf Zakat (PULAZ) merupakan sebuah pusat latihan asnaf yang tersendiri, yang mampu untuk m engurus dan mengendalikan sejumlah golongan asnaf tajaan Lem baga Zakat Selangor yang terpilih untuk mengikuti kursus atau program-program yang telah direncanakan oleh pihak pengurusan sepanjang tahun. PULAZ berjaya mengendalikan program dan kursus untuk golongan asnaf yang merangkumi pelbagai aspek seperti Kursus Asas Keusahawanan, Hijrah Kerjaya serta Syukur Asnaf.

(d) Darus Salam ah (Rum ah Perlindungan Orang Tua) diwujudkan untuk m enem patkan warga emas perempuan yang kurang bernasib baik atau tersisih dari keluarga kerana belenggu kemiskinan. Selain tempat perlindungan, mereka juga diberi pengisian rohani dan jasmani untuk m emanfaatkan usia tuanya kepada perkara yang terbaik.

(e) Perkhidm atan Dobi adalah satu inovasi terkini dari Lembaga Zakat Selangor (MAIS) ialah mewujudkan satu Pusat Perkhidmatan Dobi yang dikendalikan

sepenuhnya oleh asnaf dan dipantau oleh LZS. Dengan moto “Bersih & Suci” diharapkan usaha mewujudkan Pusat Perkhidmatan Dobi untuk projek asnaf ini dapat membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

(f) Desa Ehsan dan Desa Kasih adalah sebuah penempatan kelompok asnaf fakir/ m iskin yang diwujudkan sejak tahun 1998 di beberapa daerah negeri Selangor. Buat m asa terdapat hampir 50 0 unit rumah telah dibina berbentuk rumah sebuah dan kem bar. Mereka yang terpilih mendiami penempatan adalah mereka yang tidak m em punyai tanah untuk mendirikan rumah dan mempunyai tanggungan yang ram ai.

(g) Asram a Baitul H asanah adalah asrama anak-anak asnaf fakir/ miskin yang didirikan oleh LZS bagi menangani keciciran pendidikan anak-anak asnaf fakir/ m iskin khususnya di peringkat umur 8 hingga 12 tahun. Buat masa ini terdapat dua buah asrama Baitul Hasanah di Kuala Selangor dan Hulu Selangor. LZS merancang untuk membina asrama ini di setiap daerah yang boleh menempatkan 30 hingga 40 orang penghuni. LZS juga telah membina sebuah Kompleks Asrama Pusat yang boleh m enem patkan 20 0 orang anak-anak asnaf fakir/ miskin di Klang.

6. ISU DAN CABARAN DARI ASPEK PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

6.1 Pen gur usan dan Pembangunan Sum ber Manusia Dalam melaksanakan tanggungjawab mengurus institusi zakat, pengurusan dan

pem bangunan sumber manusia adalah penting bagi memastikan perkhidmatan pelanggan kepada umat Islam dapat dilaksanakan terbaik seiring dengan syarikat-syarikat konglom erat. Dari segi pengurusan, usaha mengenal pasti jumlah warga kerja yang diperlukan mesti selari dengan keperluan sebenar sama ada dari segi kutipan mahupun agihan zakat, buat masa ini tiada institusi yang hampir sama operasinya dengan LZS yang boleh dijadikan rujukan atau perbandingan. Meskipun LZS telah mempunyai seramai 30 0 orang warga kerja, tetapi LZS masih dalam proses membuat kajian dan mengenal pasti keperluan sebenar sumber manusia bagi memenuhi tanggungjawab mengutip dan m engagihkan zakat berikutan peningkatan jumlah kutipan dan agihan zakat pada setiap tahun. Di samping itu, keperluan sumber manusia di peringkat sokongan juga penting seperti teknologi maklumat, kewangan, undang-undang, audit dalam dan sebagainya. Begitu juga soal pengurusan perkhidmatan dan kebajikan warga kerja, LZS mengambil berat perkara berkenaan bagi memastikan warga kerjanya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai amil dengan sem purna dan efisien. Manakala dari segi pembangunan sumber m anusia, LZS menitik beratkan soal peningkatan kemahiran, ilmu akademik dan pengisian rohani dengan pelbagai program dan kursus. Dalam peningkatan ilmu akademik, LZS telah m enyediakan skim cuti belajar, pinjaman qardhul Hassan dan dermasiswa. LZS perlu berkorban mengizinkan warga kerjanya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sam a ada pengajian separuh masa atau sepenuh masa,meskipun banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, tetapi demi keperluan masa depan organisasi, persiapan peningkatan ilmu dan kemahiran warga kerjanya mesti dilakukan.

6.2 Pen gur usan Kewangan Dalam memastikan tanggungjawab mengurus kutipan dan agihan zakat dilaksanakan

dengan berkesan, cabaran yang dihadapi adalah bagaimana memastikan sistem pengurusan kewangannya adalah yang terbaik sama ada dari segi penyediaan bajet, pengurusan aliran wang tunai, perakaunan dan sebagainya. Bagi tujuan itu J awatankuasa Kewangan ditubuhkan oleh LPA dan mereka memainkan peranannya bagi memastikan pemantauan pengurusan kewangan dapat dilakukan mengikut standard yang ditetapkan. Cabaran dari segi pengurusan kewangan ialah kutipan zakat hanya meningkat begitu tinggi pada dua bulan sahaja iaitu pada bulan Ramadhan dan Disember pada setiap tahun, pada masa yang sam a LZS mempunyai komitmen agihan zakat yang mesti dilakukan pada setiap bulan seperti bantuan kewangan/ makanan bulanan asnaf fakir/ miskin, bantuan dialisis, bantuan dengan berkesan, cabaran yang dihadapi adalah bagaimana memastikan sistem pengurusan kewangannya adalah yang terbaik sama ada dari segi penyediaan bajet, pengurusan aliran wang tunai, perakaunan dan sebagainya. Bagi tujuan itu J awatankuasa Kewangan ditubuhkan oleh LPA dan mereka memainkan peranannya bagi memastikan pemantauan pengurusan kewangan dapat dilakukan mengikut standard yang ditetapkan. Cabaran dari segi pengurusan kewangan ialah kutipan zakat hanya meningkat begitu tinggi pada dua bulan sahaja iaitu pada bulan Ramadhan dan Disember pada setiap tahun, pada masa yang sam a LZS mempunyai komitmen agihan zakat yang mesti dilakukan pada setiap bulan seperti bantuan kewangan/ makanan bulanan asnaf fakir/ miskin, bantuan dialisis, bantuan

sam a iaitu agihan berjumlah RM120 juta berbanding kutipan berjumlah RM95 juta. Beberapa strategi telah disusun bagi menangani cabaran tersebut oleh pihak pengurusan LZS.

Cabaran kedua pula ialah pada pandangan masyarakat seolah-olah wujud wang zakat yang tidak diagihkan pada penutupan tahun kewangan 31 Disember pada setiap tahun. Keadaan yang sebenarnya berlaku peningkatan kutipan zakat yang tinggi pada bulan Disem ber kerana umat Islam membayar zakat bagi mendapatkan rebet cukai pendapatan sebelum 31 Disember pada setiap tahun. Sebagai contoh, kutipan zakat di negeri Selangor pada tahun 20 0 9 ialah RM283.7 juta dan agihan zakat ialah RM275.9 juta, manakala kutipan zakat pada bulan Disember pula ialah RM67.6 juta. Ia menunjukkan terdapat wang zakat tidak diagihkan berjumlah RM7.8 juta pada tahun 20 0 9, sedangkan sebenarnya wang zakat tersebut ‘belum diagihkan’ berikutan kutipan zakat tersebut diterima pada hari terakhir bulan Disember. Walau bagaimanapun, pada tahun 20 10 ini pihak LZS telah m eningkatkan unjuran bajet agihan zakat berbanding sasaran kutipan zakat RM30 0 juta.

6.3 Pem an tapan Sistem Teknologi Maklum at Pem antapan sistem teknologi maklumat adalah suatu perkara yang mesti dilaksanakan oleh

m ana-m ana organisasi yang ingin mencapai kecemerlangan. Bagi mendapatkan sistem teknologi maklumat yang terbaik dan terkini, sudah pasti melibatkan kos yang tinggi. Ia m enjadi cabaran kepada LZS untuk menampung kos tersebut dan pelaburan perlu dilakukan bagi mendapatkan sistem teknologi maklumat yang terbaik. Dengan pelaburan pada masa kini, ia akan memudahkan segala urusan pengurusan kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor bagi jangka panjang. Di samping pelaburan kewangan, cabaran untuk memastikan m endapatkan dan membangunkan sistem teknologi maklumat yang terbaik dan efisien. Berikutan itu, LZS telah menubuhkan J awatankuasa Pemandu teknologi Maklumat yang m elibatkan golongan pakar dan profesional dalam teknologi maklumat bagi membangun dan memantau sistem teknologi maklumat.

6.4 Men in gkatkan Kawalan Dalam an Aspek kawalan dalaman adalah salah satu cabaran di dalam menguruskan dana yang

berjum lah ratusan juta ringgit. Oleh itu J awatankuasa Audit di peringkat ALPA dibentuk bagi memantau operasi kewangan, pengurusan dan m embantu memperkemaskan polisi– polisi berkaitan kewangan. J awatankuasa ini juga bertanggungjawab dalam mengkaji kecekapan operasi LZS khususnya yang berkaitan dengan bidang risiko utama. Tenaga berjum lah ratusan juta ringgit. Oleh itu J awatankuasa Audit di peringkat ALPA dibentuk bagi memantau operasi kewangan, pengurusan dan m embantu memperkemaskan polisi– polisi berkaitan kewangan. J awatankuasa ini juga bertanggungjawab dalam mengkaji kecekapan operasi LZS khususnya yang berkaitan dengan bidang risiko utama. Tenaga

proses pengauditan perlu dilakukan dengan konsisten sepanjang tahun yang memfokuskan kepada kewangan dan pengurusan LZS, iaitu;

(a) Audit Pengurusan dan Kewangan yang dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam. (b) Audit Kualiti Dalaman yang dilaksanakan oleh Pasukan Audit Kualiti. (c) Audit Kepatuhan (Compliance) yang dilakukan oleh Pasukan SIRIM. (d) Audit Kewangan yang dilakukan oleh J abatan Audit Negara dan Audit Luar. (e) Audit Dalaman MAIS yang dilaksanakan oleh Pasukan Audit Dalam MAIS.

6.5 Mem astikan Pengagihan Zakat Dilaksnakan pada Tahun Sem asa Cabaran seterusnya adalah pihak pengurusan LZS perlu memastikan prinsip utama kepada

asas belanjawan dipatuhi iaitu setiap kutipan zakat semasa mesti dihabisi bagi tahun yang sam a. Bagi memastikan perkara yang berkenaan belanjawan zakat yang dilaksanakan di LZS adalah berasaskan belanjawan berimbang. Namun begitu ia perlu mengambil kira keperluan dana pusingan awal bagi menampung operasi suku pertama tahun berikutnya. Berikutan kutipan zakat yang secara konsisten setiap tahun didominasi pada bulan Disem ber maka wang zakat yang belum digunakan adalah sesuatu yang biasa dicatatkan oleh LZS. J usteru satu jawatankuasa dibentuk yang dipengerusikan Setiausaha MAIS bagi m em peruntukkan wang zakat tersebut kepada projek– projek yang ingin dibangunkan dan m em beri manfaat penuh kepada asnaf zakat.

7. ISU DAN CABARAN DARI ASPEK PUNGUTAN ZAKAT

7.1 Fah am an Tradisional Masyarakat Tentang Pem bayaran Zakat Zakat merupakan ibadah yang telah disyariatkan sejak awal Islam iaitu sejak 140 0 tahun

dahulu. Ibadah zakat ini telah melalui proses evolusi yang bermula daripada zaman Rasulullah, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in hinggalah Islam sam pai ke Nusantara di zaman kesultanan Melaka. Pelbagai generasi ulama telah menyesuaikan ibadah zakat dengan zam an masing-masing dan proses ini berterusan sehingga kini. Sehubungan itu, di sebalik usaha institusi zakat memperkenalkan pelbagai pembaharuan dalam komteks pengurusan zakat, ia tidak boleh lari daripada fahaman tradisional umat Islam yang kerap berpegang kepada amalan lama yang menyukarkan pendekatan baru terhadap pembayaran zakat.

Faham an tradisional ini terbahagi kepada dua iaitu dari aspek pengiraan zakat dan kedua dari aspek kaedah pembayaran zakat. Cabaran fahaman tradisional umat Islam di Malaysia dari aspek pengiraan zakat adalah mereka sukar menerima harta-harta baru yang Faham an tradisional ini terbahagi kepada dua iaitu dari aspek pengiraan zakat dan kedua dari aspek kaedah pembayaran zakat. Cabaran fahaman tradisional umat Islam di Malaysia dari aspek pengiraan zakat adalah mereka sukar menerima harta-harta baru yang

m uktabar dan ulama-ulama terdahulu. Pendapatan yang dikenakan zakat ini termasuklah gaji, bonus, pendapatan bebas, komisen, royalti dan lain-lain hasil daripada usaha yang baik. Institusi zakat perlu bijak menangani isu ini bagi memastikan potensi kutipan zakat dapat dioptimum kan dan golongan yang layak menunaikan zakat akan menunaikan kewajipan m ereka.

Faham an tradisional umat Islam yang memberikan cabaran kepada institusi zakat adalah dari aspek kaedah bayaran. LZS memperkenalkan pelbagai kaedah bayaran zakat selain kaedah tradisional iaitu pembayaran melalui potongan gaji dan pembayaran melalui elektronik seperti internet, mesin ATM, kad kredit dan sebagainya. Sebahagian masyarakat m asih tidak boleh menerima kaedah ini kerana mereka rasa seolah-olah pembayaran zakat m ereka tidak sah jika tiada keadaan ijab dan qabul sebagaimana pembayaran zakat yang dilaksanakan di kaunter-kaunter. Bagi menangani fahaman tradisional ini, LZS meneruskan usaha dakwah dan penerangan yang dibuat agar akhirnya keseluruhan umat Islam akan dapat menerima perubahan yang ada.