FAKTOR PENDORONG DAN STRATEGI PROMOSI UN

FAKTOR PENDORONG DAN STRATEGI PROMOSI UNTUK PENGAMBILAN
PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI SANDAKAN (KKSK)
Nurul Anith Binti Abu Bakar1
Pegawai Pengambilan, Unit Pembangunan Pelajar
Kolej Komuniti Sandakan, Bandar Labuk Jaya, 90000 Sandakan, Sabah, Malaysia
anfia_safia@yahoo.com
Wei Boon Quah2*
Pensyarah Operasi Perhotelan, Unit Operasi Perhotelan
Kolej Komuniti Sungai Petani, No. 77, Lengkok Cempaka 1, Pusat Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia
skyman823000@yahoo.com
Abstrak
Kemunculan institusi pengajian tinggi sama ada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan
Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) bercambah bagai cendawan tumbuh selepas
hujan di Malaysia. Tren peningkatan jumlah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia
menyaksikan persaingan dalam usaha menambah peratus kemasukan pelajar ke IPT
masing-masing termasuklah Kolej Komuniti. Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti
mengikut peratus data dan statistik pelajar Kolej Komuniti seluruh Malaysia kadang kala
mengalami pengurangan jumlah pelajar mendaftar berbanding norma yang telah
ditetapkan. Kolej Komuniti Sandakan adalah antara salah satu kolej komuniti di Sabah

yang bergelut dengan masalah kekurangan pendaftaran pelajar baharu terutamanya pada
ambilan Mac dan November. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk: (i)
mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
dan yang setaraf untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti Sandakan (KKSK), (ii)
mengenal pasti bentuk publisiti dan promosi yang mempengaruhi kemasukan pelajar
baharu ke KKSK, dan (iii) untuk melihat sama ada wujud perkaitan antara faktor-faktor
pemilihan KKSK dengan bentuk publisiti dan promosi dalam mempengaruhi kemasukan
pelajar baharu ke KKSK. Sampel kajian melibatkan 100 orang pelajar yang mendaftar di
KKSK bagi sesi 2017. Kajian tinjauan dengan mengunakan pendekatan kaedah
kuantitatif akan dijalankan. Data yang diperolehi menggunakan set soal selidik akan
diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 21.0.
Faktor-faktor pemilihan pelajar ke Kolej Komuniti Sandakan (KKSK) akan dapat dikenal
pasti mengunakan kajian deskriptif. Medium publisiti dan promosi yang paling berkesan
mempengaruhi pelajar memilih KKSK sebagai IPTA pilihan juga dapat dikenal pasti.
Hasil dapatan dari kajian ini dijangka mampu membekalkan maklumat tentang jenis
medium promosi yang berkesan bagi membantu Unit Pengambilan Pelajar KKSK
mengenal pasti dan mengaplikasikan teknik atau bentuk publisiti yang bersesuaian pada
masa mendatang.
Kata kunci: Faktor pendorong, medium publisiti dan promosi, kemasukan, Kolej
Komuniti Sandakan


872

PENGENALAN
Kesedaran pelajar tentang keperluan pendidikan di peringkat tertiari pada zaman yang
serba mencabar ini semakin meningkat. Pendidikan yang berterusan adalah sangat
penting untuk pemangkin kehidupan masa mendatang dan penjanaan modal insan yang
lebih berkualiti. Pelajar merupakan nadi sesebuah institusi pengajian tinggi. Tanpa pelajar,
Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak dapat berfungsi dan berkembang maju. Dewasa ini,
kemunculan institusi pengajian tinggi samada IPTA, IPTS, ILKA dan ILKS bercambah
bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia. Pelajar mempunyai pelbagai pilihan
tempat untuk menyambung pelajaran selepas mereka tamat Tingkatan Lima. Menurut
Rahmahtunnisa et al. (2014), tren peningkatan jumlah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di
Malaysia menyaksikan persaingan dalam usaha menambah peratus kemasukan pelajar ke
IPT masing-masing termasuklah Kolej Komuniti.

Pengambilan pelajar di Kolej Komuniti seluruh Malaysia adalah sebanyak tiga kali
setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November untuk Sijil Kolej Komuniti Berterusan
(T) dan Sijil Kolej Komuniti Bermodular (M). Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti
mengikut peratus data dan statistik pelajar Kolej Komuniti seluruh Malaysia kadang-kala

mengalami pengurangan jumlah pelajar mendaftar daripada norma yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) terutamanya pada ambilan Mac dan
November. Dengan itu, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor
yang mendorong individu serta bentuk publisiti dan promosi yang mempengaruhi
individu tersebut melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil di Kolej Komuniti Sandakan
(KKSK).

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada para pelajar
baharu yang mendaftar di Kolej Komunti Sandakan (KKSK) pada sesi 2017 merangkumi
tiga objektif iaitu;
i.

mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia dan yang setaraf untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti

873

Sandakan (KKSK),

ii.

mengenal pasti bentuk publisiti dan promosi yang mempengaruhi kemasukan pelajar
baharu ke KKSK, dan

iii.

untuk melihat sama ada wujud perkaitan antara faktor-faktor pemilihan KKSK
dengan bentuk publisiti dan promosi dalam mempengaruhi kemasukan pelajar baharu
ke KKSK.

SOROTAN LITERATUR
Faktor Pendorong Pemilihan Pelajar Menyambung Pengajian Di Kolej Komuniti
Sandakan (KKSK)
Banyak kajian yang telah dilakukan terhadap faktor yang mendorong seseorang individu
membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (Azizan,
Dimon, Ismail, & Abu Bakar, 2015; Misran et al., 2017; Naemat, Khairil, Harun, Ahmad
& Osman, 2017; Norhidayah, Ahmad Mujahideen, & Najmuddin, 2017). Antaranya
adalah faktor pusat pengajian, faktor informatif, faktor prospek masa depan, dan faktor
pengaruh luar (Awang, Ramli, & Ibrahim, 2012; Davies, 2003; Jusoh, 2006; Sia, 2010).


Faktor Institusi Pengajian
Hasil dapatan daripada kajian Sia (2010) menyatakan bahawa faktor institusi pengajian
yang tersenarai dalam rangka kerja konseptual iaitu lokasi institusi, program yang
ditawarkan, reputasi institusi, kemudahan pembelajaran, kos pengajian, bantuan
kewangan, peluang pekerjaan, pengiklanan atau hebahan, wakil pihak institusi dan
lawatan kampus mempengaruhi pelajar dalam membuat keputusan.

Faktor Informatif
Manakala dalam kajian Davies (2003) menyatakan bahawa faktor penarik pelajar
memilih kursus pengajian yang ditawarkan oleh institusi tersebut adalah faktor informatif
/ sebaran maklumat iaitu strategi pemasaran yang dilakukan oleh IPT. Sumber maklumat
yang tepat membantu pemilihan sesebuah IPT dan promosi yang dilaksanakan oleh pihak
yang terlibat adalah penting untuk menarik minat pelajar untuk melanjutkan pengajian di
tempat tersebut (Jusoh, 2006).

874

Faktor Prospek Masa Depan
Faktor prospek masa depan atau peluang kerjaya yang baik selepas tamat pengajian juga

merupakan faktor yang mempengaruhi pelajar memilih untuk melanjutkan pengajian di
sesbuah institusi (Awang et al., 2012; Davies, 2003). Yuzainee, Omar, and Zaharim (2011)
menyatakan bahawa kualiti program yang diiktiraf merupakan antara faktor paling
penting yang mempengaruhi keputusan pemilihan pelajar oleh kerana terdapat jaminan
kebolehpasaran. Masyarakat lebih memandang kursus yang dapat menawarkan mereka
peluang pekerjaan setelah tamat belajar memandangkan saingan dunia pekerjaan yang
semakin sengit sekarang. Ramai pelajar lepasan ijazah sekalipun masih tidak mendapat
pekerjaan yang setimpal dan setaraf dengan pendidikan yang mereka perolehi. Ini
merupakan isu utama yang boleh diutarakan atau diuar-uarkan kepada orang ramai
semasa promosi dijalankan dengan menunjukkan statistik data kebolehpasaran graduan
Kolej Komuniti yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain
Chingdi Majlis Anugerah Gemilang Politeknik dan Kolej Komuniti (AGPKK) 2016,
‘Pelajar lepasan Kolej Komuniti dan Politeknik di negara ini mempunyai kebolehpasaran
kerja yang tinggi. Berdasarkan rekod tahun lalu, 97.4 peratus lepasan pelajar dari Kolej
Komuniti berjaya mendapat pekerjaan manakala lepasan pelajar Politeknik yang

memperoleh kerja adalah hampir 80 peratus’ (Bernama, 2016) Ini membuktikan peluang
pekerjaan lulusan Kolej Komuniti adalah tinggi dan banyak mendapat permintaan

majikan terutamanya di bidang industri. Disarankan semasa proses promosi dilaksanakan,
gambar dan maklumat pekerjaan graduan Kolej Komuniti tersebut ditayang dan
dicanangkan kepada orang ramai sebagai bukti yang kukuh serta berlandaskan fakta yang
benar samada dicetak di banting atau tayangan video.

Ibarat menyulam kata pepatah, Kolej Komuniti membolehkan impian setiap orang
menjadi kenyataan. Oleh yang demikian, kejayaan-kejayaan yang besar dan memberi
impak yang kuat kepada emosi orang ramai perlu ditonjolkan semasa promosi seperti
kejayaan pelajar Kolej Komuniti mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa
apabila seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Kolej Komuniti Selayang

875

berjaya meraih tempat kelima daripada 24 peserta dari 12 negara pada International
Abilympics Competition di Perancis, Mac 2016 (Bernama, 2016) serta pelajar Langkawi
Tourism Academy@ Kolej Komuniti Langkawi mendapat pingat gangsa dalam ASEAN
World Skills Competition 2016 (Md. Noor, 2017). Penekanan kepada peluang pelajar
Kolej Komuniti untuk mewakili Malaysia dan seterusnya mendapat peluang ke luar
negara perlu dititikberatkan dan ditonjolkan dalam membuai emosi dan keyakinan
masyarakat dalam memilih Kolej Komuniti. Ini sangat bertepatan dengan slogan, ‘dari

zero menjadi hero’. Strategi ini adalah rasional kerana menurut Notarantonio dan Quigley
(2009), kejayaan pendekatan ‘buzz marketing’ atau pemasaran dari individu kepada
individu (memanjangkan mesej mengenai kebaikan / kelebihan sesuatu produk) dikaitkan
dengan kadar tertariknya seseorang pelanggan itu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Faktor Pengaruh Luar
Selain itu, faktor pengaruh luar seperti pengesyoran daripada ibubapa dan saudara mara
untuk memilih tempat pengajian juga mempengaruhi pelajar untuk melanjutkan pengajian
di tempat tersebut (Awang et al., 2012). Kenyataan ini disokong oleh kajian yang
dijalankan oleh Sia (2010) yang juga membincangkan pengaruh luaran yang mendorong
pelajar memilih sesuatu destinasi pengajian tinggi di mana maklumat tentang institusi
tersebut serta pengaruh dan saranan ahli keluarga dan rakan sebaya memainkan peranan
dalam pemilihan tersebut terutamanya di kalangan pelajar berketurunan Asia. Justeru itu,
setiap pelajar dan kakitangan setiap Kolej Komuniti hendaklah mempunyai ilmu
pengetahuan dan fakta yang jelas serta tepat tentang segala maklumat Kolej Komuniti
tersebut kerana mereka adalah duta atau barisan hadapan dalam mempromosikan Kolej
Komuniti.

Bentuk Publisiti Dan Promosi
Seterusnya, hebahan tentang Kolej Komuniti dan pengambilan pelajar di zaman teknologi

ini semestinya dan seharusnya melalui media massa, cetak, elektronik dan internet.
Geuens, De Pelsmacker, dan Faseur (2010) mengkaji keberkesanan penggunaan media
massa sebagai medium untuk mengiklankan produk komersil adalah terbukti berjaya
kerana jangkauan akses kepada media massa adalah meluas untuk sampai kepada sasaran

876

yang memiliki karakteristik yang berbeza-beza. Iklan dan hebahan di stesen radio dan
televisyen memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan Kolej Komuniti di
setiap pelusuk negeri di Malaysia kerana promosi tidak mampu bergerak dan dijalankan
di setiap tempat dan daerah berasaskan pelbagai kekangan seperti masa, kos dan tenaga
kerja. Dicadangkan pihak Kolej Komuniti mendapatkan slot temubual di radio tempatan
yang didengari oleh komuniti setempat seperti menjalankan temuramah bersama alumni
pelajar Kolej Komuniti yang telah berjaya samada di bidang pekerjaan atau menyambung
pelajaran di peringkat lebih tinggi serta hebahan setiap kali sesi pengambilan pelajar telah
dibuka.

Tidak dilupakan juga dengan impak jaringan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
penggunaan internet menjadi medium paling penting dalam memastikan maklumat
tentang Kolej Komuniti dapat disalurkan kepada orang ramai. Promosi dapat dilakukan

melalui aplikasi ‘Web’, ‘Facebook’, ‘Telegram’, ‘WhatsApp’, ‘Instagram’, ‘Twitter’,
‘Blog’ dan ‘Wechat’ sebagai contoh. Semua aplikasi ini banyak digunakan oleh golongan
sasaran untuk menjadi pelajar Kolej Komuniti iaitu remaja tetapi pada masa yang sama
golongan ibu bapa juga sudah banyak yang celik ICT dan pandai menggunakan semua
aplikasi tersebut. Hanya satu ketikan di papan kekunci, segala maklumat tentang Kolej
Komuniti dapat dipaparkan di skrin laptop atau telefon bimbit mereka. Justeru itu, segala
aplikasi tersebut mestilah sentiasa dikemaskini dengan informasi dan maklumat
aktiviti-aktiviti

Kolej

Komuniti

yang

terbaharu

oleh

pegawai


yang

telah

dipertanggungjawabkan. Susunan ayat yang ditaip dan digunakan mestilah menarik serta
menyentuh minat orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kolej Komuniti.
Seterusnya, setiap entri yang dipaparkan di ‘Facebook’ Kolej Komuniti sebagai contoh
bolehlah disarankan kepada pelajar Kolej Komuniti tersebut untuk berkongsi entri
demikian di laman sosial mereka supaya rakan-rakan ‘Facebook’ mereka dapat
mengetahui maklumat terkini tentang segala aktiviti di Kolej Komuniti.

877

METODOLOGI
Kajian ini akan dijalankan di Kolej Komuniti Sandakan (KKSK). Sasaran populasi
penyelidik dalam kajian ini adalah pelajar yang menyambung pelajaran pada sesi 2017.
Kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif akan dijalankan.
Data diperolehi menggunakan set soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai daripada
Sailin et al. (2014) mengikut kesesuaian kajian ini. Data tersebut akan diproses
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 21.0.

KESIMPULAN
Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar yang belajar di Kolej Komuniti Sandakan
(KSKK) sahaja. Kajian ini khususnya akan mengenal pasti faktor-faktor dan bentuk
publisiti dan promosi yang mendorong pelajar untuk menyambung pengajian di Kolej
Komuniti Sandakan (KKSK). Kajian ini juga bakal melihat sama ada wujud perkaitan
antara faktor-faktor pemilihan KKSK dengan bentuk publisiti dan promosi dalam
mempengaruhi kemasukan pelajar baharu ke KKSK. Kajian seumpama ini diharapkan
dapat membekalkan maklumat tentang jenis medium promosi yang berkesan bagi
membantu pihak-pihak yang berkenaan mempertingkatkan lagi usaha membantu Unit
Pengambilan Pelajar KKSK mengenal pasti dan mengaplikasikan teknik atau bentuk
publisiti yang bersesuaian pada masa mendatang.

RUJUKAN
Awang, H. A., Ramli, Z., & Ibrahim, I. (2012). Faktor tarikan pelajar siswazah
antarabangsa ke universiti penyelidikan di Malaysia. Geografia: Malaysian Journal
of

Society

and

Space,

8(6),

32-41.

Retrieved

from

http://journalarticle.ukm.my/5598/1/4.geografia-sept%25202012-abd%2520hair-si-p
pspp-ed%2520kat1.pdf
Azizan, N. I., Dimon, Z., Ismail, N., & Abu Bakar, S. (2015, March 9-10). Faktor-faktor
yang mendorong pemilihan institusi pengajian tinggi di kalangan pelajar. Paper

presented at the E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies
and Islamic Civilization, iCASiC2015 (pp. 567-571). Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Retrieved

from

878

https://worldconferences.net/proceedings/icasic2015/full%20paper/IC%20342%20F
AKTOR-FAKTOR%20YANG%20MENDORONG%20PEMILIHAN%20INSTITUS
I%20PENGAJIAN%20TINGGI%20%20-%20NURZATIL%20ISMAH.pdf
Bernama. (2016, November 20). Lepasan Kolej Komuniti, Politeknik punyai
kebolehpasaran

kerja

tinggi.

Berita

Harian

Online.

Retrieved

from

https://www.bharian.com.my/node/218340
Davies, R. (2003). Dropping Out: A study of early leavers from higher education.
Research

Report

RR386.

Retrieved

from

https://warwick.ac.uk/fac/soc/ier/publications/2002/davies_and_elias_2002_rr386.pd
f
Geuens, M., De Pelsmacker, P., & Faseur, T. (2010). Emotional advertising: Revisiting
the role of product category. Journal of Business Research, 64 (4), 418-426.
doi:10.1016/j.jbusres.2010.03.001
Jusoh, N. (2006). Kajian mengenai faktor-faktor pemilihan pelajar matrikulasi ke
universiti tempatan (IPTA) dan kursus pendidikan (Projek Sarjana Muda). Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Md. Noor, A. (2017). Perutusan Tahun Baharu 2017 Ketua Pengarah JPP/JPKK.
Retrieved

from

http://www.polipd.edu.my/v5.1/sites/default/files/Slaid%20Perutusan%202017%20K
P%20JPKK%20JPP.pdf
Misran, N., Syed Sahuri, S. N., Arsad, N., Hussain, H., Abd Aziz, N., & Wan Zaki, W. N.
D. (2012). Pengaruh Gender Terhadap Pemilihan Program Pengajian Kejuruteraan
dalam Kalangan Pelajar Matrikulasi di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 37(2),
29-34.

Retrieved

from

http://www.ukm.my/jurfpend/jurnal%2037(2)/4%20PengaruhGender.pdf
Naemat, N. R., Khairil, M. N., Harun, M. R., Ahmad, A., & Osman, L. K. (2017). Faktor
Pendorong yang Mempengaruhi Keputusan Melanjutkan Pengajian ke Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) di kalangan Staf Kerajaan dan Swasta. Jurnal Personalia
Pelajar,

20(2017),

59-65.

Retrieved

from

http://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2017/11/Artikel-5_mohd-ridzuan
-naemat.pdf

879

Norhidayah, M. H., Ahmad Mujahideen, H. Y., & Najmuddin, W. S. W. A. (2017).
faktor-faktor pendorong pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi- satu ulasan.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB), 1 (5), 139-145.

Retrieved from http://www.icohlcb.com/images/Articles/vol_1_No.5/Paper-087-.pdf
Notarantonio, E. M., & Quigley, C. J., Jr. (2009). The Effectiveness of a buzz marketing
Approach Compared to Traditional Advertising: An Exploration. Journal of
Promotion Management, 15(4), 455-464. doi:10.1080/10496490903270174

Sia, J.K.M. (2010). Institutional factors infl uencing students’ college choice decision in
Malaysia: A conceptual framework. International Journal of Business and Social
1(3),

Science,

53-58.

Retrieved

from

http://www.ijbssnet.com/journals/Vol._1_No._3_December_2010/6.pdf
Sailin, R., Othman, N., Abd. Hamid, N. A., Khalid, N., Awang, A. H., Mat Nor, M. F.
(2014, November 17-18). Faktor pendorong kemasukan pelajar baharu ke Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Paper presented at the 1st.

International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)
(pp.

27-37).

Kuala

Lumpur,

MALAYSIA.

Retrieved

from

http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2014/12/013-FAKTOR-PENDORO
NG-KEMASUKKAN-PELAJAR-BAHARU-KE-KUIS.pdf
Yuzainee, M. Y., Omar, M. Z, & Zaharim, A. (2011, April 4-6). Employability skills for
an entry-level engineer as seen by Malaysian employers. Global Engineering
Education

Conference

(EDUCON),

2011

IEEE

(pp.

81-85).

doi:10.1109/EDUCON.2011.5773117

880