ALIRAN TAREKAT SUFIAH SATU KAJIAN DI

ALIRAN TAREKAT SUFIAH :
SATU KAJIAN DI SHAH ALAM DAN KLANG

MOHD ASHRAF BIN SENIN

PERPUSTAKAAN
KOLEJ~rn-:;l"tmHSiAN.

REFERENCE ONLY
(" ::. ~·-' ~ JA
T

-·'_

! l_j~

y _)

1 ~I

f'L:>- __, ~

~

).1__,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat I1ahi kerana dengan Jimpah kumia, inayah
dan hidayah-Nya penulis telah dapat menyiapkan sebuah kajian yang bertajuk Aliran
Tarekat Sufiah : Satu Kajian di Shah Alam dan KJang bagi keperluan orang ramai

Setinggi penghargaan kepada pensyarah Ustaz Abdul Rahman bin Abdul
Ghani yang bertindak selaku penyelia bagi

k~jian

ini.

Beliau telah banyak

memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pengkaji sehingga pengkaji dapat
menyiapkan kajian ini dengan jayanya.


Tidak lupa Ustazah Nura inan bte Bahan

selaku pensyarah bagi mata pelajaran metodologi penyelidikan pada semester
terdahulu.

Ill

Begitu juga setinggi penghargaan kepada Dekan Sekolah Pengajian Islam,
Ustaz Haji Sutrisno bin Haji Mahfuz dan para pensyarah yang telah banyak
mencurahkan ilmu sepanjang pengajian serta kakitangan KISDAR yang serba sedikit
terlibat

dalam

membantu

penulis.

Tidak


ketinggalan

kepada rakan-rakan

seperjuangan penuhs terutamanya rakan sekuliah (Usuluddin semester 6 sesi 98/99)
yang turut banyak membantu penulis dalam memberi pandangan serta nasihat
samada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kajian ini.

Penulis juga ingin megucapkan berbanyak terima kasih kepada Ustaz Nordin
bin Bayadi daripada Babagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Selangor kerana
telah banyak membantu penulis mendapatkan maklumat yang diperlukan berkenaan
dengan kajian ini.

Teristimewa buat kedua ibubapa penulis yang telah banyak bersusah payah
dan berkorban serta memberi dorongan kepada pengkaji dalam meneruskan
pembelajaran dan pengajian di kolej ini. Sesungguhnya jasa mereka tidak mampu
dibayar oleh penulis walau segunung emas dan selautan pennata.

Kepada individu-individu dan atau mereka yang terlibat dalam membantu
penulis samada secara ]angsung atau tidak langsung yang tidak dapat penulls

nyatakan di sini juga penulis ucapkan berbanyak terima kasih. Segala budi baik dan

IV

ketjasama yang telah diberikan oleh semua pihak yang terhbat hanya dapat dibalas
oleh Allah SWT.

Diharapkan semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca
dalam apa jua keadaan. Segala komentar dan cadangan daripada pembaca amat
dialu-alukan serta diucapkan terima kasih. Sesungguhnya setiap manusia tidak
terlepas dari kesilapan dan kelemahan. Justeru, penulis memohon kemaafan
sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam penghasilan kajian ini.

Penulis,

FBIN SENJN
Petaling Jaya, Selangor.

v


SINOPSIS

Kajian penulis di dalam kertas kerja ini adalah mengenai aliran-aliran tarekat
sufiah yang terdapat di kawasan Shah Alam dan Klang. Kajian ini cuba
mengenalpasti aliran-aliran

tarekat yang terdapat di kawasan-kawasan tersebut,

butir-butir ajaran yang terkandung dalam tarekat-tarekat berkenaan serta pendekatanpendekatan dan tindakan pihak berkuasa agama tempatan terhadap perkumpulanperkumpulan yang mengamalkan aliran-aliran tarekat ini.

Di dalam bab satu, penulis menerangkan tentang Jatarbelakang kaj ian dan
tujuan kajian dijalankan.

Kajian ini yang dilakukan kepada para penduduk di

kawasan Shah Alam dan Klang adalah mengkaj i tentang aliran-aliran tarekat yang
terdapat di kawasan-kawasan tersebut. Bab ini menerangkan tentang latarbelakang
kajian, hipotesis kajian, tujuan kajian dijalankan, metod-metod kajian yang
dijalankan secara ringkas dan juga masa]ah-masalah yang dihadapi semasa kajian
sedang dijalankan.


Di dalam bab dua pula, penulis menerangkan tentang landasan teori
berkenaan dengan tajuk kajian ini. Penulis menerangkan tentang definisi, sejarah
serta konsep-konsep yang berkaitan dengan tarekat serta perkaitannya dengan bidang
tasawuf dan aspek-aspek lain dalam bidang-bidang keilmuan Islam.

Vl

Bab tiga merupakan kesinambungan daripada bab dua. Bab ini menjelaskan
tentang perkembangan tarekat secara ringkas, contoh-contoh tarekat, beberapa tokoh
dalam bidang ini beserta pandangan mereka tentang konsep tarekat, beberapa konsep
dalam tare kat dan juga tentang penyelewengan yang berlaku dalam tare kat.

Di dalam bab empat puJa, penulis membuat penganalisisan data berdasarkan
rnaklumat-maklumat yang telah dikumpulkan. Di dalam bab ini kita akan dapat
melihat tentang tarekat-tarekat yang terdapat di Shah Alam dan Klang beserta butirbutir kandungan ajaran dan juga pendekatan-pendekatan dan tindakan-tindakan yang
djJaksanakan oleh pihak berkuasa agama tempatan terhadap mereka.

Segala rumusan, saranan dan kesimpulan pengkaji letakkan di dalam bab
yang ke lima. Penulis merumuskan dan menyimpulan kajian yang telah dianalisis

pada dalam bab empat serta membuat beberapa saranan terhadap isu-isu kajian yang
telah di terangkan dalam bab-bab sebelumnya.

Vll

SENARAIKEPENDEKAN

Cet:

Cetakan

haL

Hal am an

JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor

KJSDAR


Kolej Islam Daru\ Ehsan

ms.

muka surat

Prof.

Profesor

SAW

Sallaflahu 'a/aihi wasa/lam

SWT

Subhanahu wa Ta ala

t.p.


tanpa penerbit

t.t.

tanpa tarikh

r.a

radiallahu 'anhu

(

Vlll

TRANSLITERASI

Konsonan pada huruf Arab tidak selamanya sepadan dengan konsonan huruf
Rumi. Pada beberapa konsonan tertentu konsonan tersebut boleh dirumikan, tetapi
pada beberapa konsonan tertentu terpaksa dilakukan beberapa penambahan. Hal

tersebut dapat dilihat seperti berikut :

Huruf Arab

HurufRumi


1

yang bermaksud petjalanan. Kata akar bagi perkataan ini ialah ~)JI

(jalan). Istilah ini telah menjadi salah satu istilah dalam bahasa Melayu (tarekat)
yang membawa erti menurut Kamus Dewan2 iaitu jalan, jalan untuk mencapai
kebenaran (dalam tasawuf), tatatertib hidup, atau perkumpulan penuntut ilmu
tasawuf.

Menurut ilmu tasawuf, tarekat bermaksud jalan atau petunjuk dalam
melakukan sesuatu 1badah sesuai dengan ajaran yang dicontohkan oleh Nabi
Muhammad SAW dan dikerjakan oleh para sahabat Nabi, Tabi 'in dan Tabi 'it-tabi 'in
turun temurun hingga sampai kepada guru-gum atau ulama' sambung menyambung

dan berantai-rantai hingga ke saat ine. Istilah tarekat ini diambil daripada ayat-ayat
al-Qur'an yang membawa maksud jalan yang lurus menuju ke arah kebenaran yang
ditunjukkan melalui ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

15

4

Antara ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan tarekat ialah :

Maksudnya:
"Dan bahawa jika mereka lelap (isliqamah) menempuh }alan itu
(tarekat), sesungguhnya akan Kami heri minum mereka dengan air
yang berlimpah-/impah (rezeki yang banyak)

Tarekat dalam pengertian asasnya sebagai perjalanan kepada A11ah atau
perjalanan menuju Allah, yang sudah pasti melalui jalan yang haq atau hidayah yang
haq adalah merupakan suatu fenomena atau cara hidup yang lumrah dan urn urn di
kalangan para sahabat atau para Tabi 'in. Itulah perjalanan hidup yang menyeluruh di
kalangan ahli Salaf Hakikat ini telah ditegaskan oleh Allah di dalam ai-Qw· 'an.

Orang-orang yang mendahului atau lebih ke hadapan dalam peijalanannya
menuju Allah ialah para sahabat. Mereka adalah golongan yang terdekat kepada
Allah. Golongan ini merupakan golongan yang banyak bilangannya pada zaman
permulaan Islam, atau generasi awal lslam. Sebaliknya golongan ini semakin

16

berkurangan pada zaman terakhir. Hakikat ini memang benar kerana para Sahabat
dan para Tabi'in menerima naungan cahaya kenabian dan 'Suhbat al-Rasul' (~

Jy)l).

Penggunaan kalimah-kalimah seperti sabil, sirat, al-sabiqun selain kalimat
tarekat (al-tariqah) jelas menyarankan kandungan makna tarekat dalam pengertian
yang asas dan umum sebagai perjalanan menuju Allah.

Seperti yang disyaratkan oleh al-Qur 'an bahawa usia hidup manusia di dunia
adalah perjalanan menuju Allah. Setiap makhluk khususnya manusia pasti akan
kernbali.

Istilah Tarekat dalam pengertiannya yang umum adalah merujuk kepada
kehidupan kerohanian yang dihayati oleh seseorang salik dalam perjalanannya
menuju Allah dalam apa bentuk pun, samada ia dinisbahkan kepada sesebuah
perkumpulan ahli sufi ataupun tidak; mengikuti seseorang syeikh atau tidak.
Pengertian tarekat dalam bentuk umum ini adalah dirujukkan kepada individu dan ia
adalah tidak lain diistilahkan sebagai al-mi 'raj al-ruhi atau juga diistilahkan sebagai
al-safar atau al-suluk. Dan berasaskan pengertian seumpama inilah sesetengah
golongan ulama mengatakan, ')alan-jalan ke arah Allah itu adalah sama banyak
dengan bilangan orang yang menuju ke arah-Nya."

17

Dalam pengertian yang lebih khusus, istilah tarekat itu adalah dirujukkan
kepada pelbagai cara dan gaya yang khusus yang dihayati oleh seseorang sufi dalam
lingkungan sesuatu kumpulan yang mengikuti seseorang sheikh yang tertentu.
Tarekat dalam bentuknya

yang khusus ini, dari perspektif sejarahnya telah mula

muncul sejak pertengahan kutun ketiga Hijrah. Semenjak itu pelbagai nama boleh
kita temui di sepanjang petjalanan sejarahnya.

Dalam

menempuh jalan (tarekat) untuk membuka rahsia dan tersingkap

rahsia dinding (kasyaf), maka kaum sufi mengadakan kegiatan batin, riadhah
(latihan-latihan) dan mujahadah (petjuangan) kerohanian. Petjuangan yang demikian
itu dinamakan suluk, dan orang yang mengetjakannya disebut al-salik ( .!DU\).

4

Jelasnya, tarekat itu merupakan suatu sistem atau metod untuk menempuh
jalan yang pada akhirnya mengenal dan merasakan adanya Tuhan. Dalam keadaan
ketika seseorang dapat melihat Tuhannya dengan mata hatinya (~\

0':?). Hal

demikian itu berdasarkan pertanyaan Saidina Ali bin Abi Talib kepada Rasulullah : "
Ya Rasulullah, manakah tarekat yang sedekat-dekatnya mencapai Tuhan?" Jawab
Rasulullah, "Tidak lain daripada zikir kepada Allah. " 5

18

Dalam hubungan ini, a/-Syeikh Abd al-Samad al-Falimbani menegaskan
bahawa ilmu tarekat dan suluk itu ialahjalan kepada mengetahui ilmu hakikat, iaitu
dinamakan {cil._;j\ r---WI) bermaksud ilmu yang memberi manfaat di akhirat

dinamakan sebagai ilmu tasawuf 6

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama dan sa.Ijana dalam
bidang ini berkenaan asal perkataan tasawuf dan konsepnya. Ada sesetengahnya
"" ,..

yang berpendapat ia berasal dari perkataan >- ~

~

,

,.

\.A..p yang bermaksud bersih.

Hal ini dapat disokong dengan kajian mengenai maksud dan tujuan ilmu itu sendiri
bagi melahirkan golongan su:fi yang membersihkanjiwa dan batin mereka. Pendapat

...
lain pula berasal dari perkataan 4..A....c yang merupakan satu anjung dari masjid Nabi

SAW di Madinah, terdiri dari para sahabat yang miskin tetapi bertaqwa dan sentiasa
bersedia berkhidmat untuk Islam. Ada pula yang mengatakan asal perkataan ~

yang bererti barisan pertama dalam solat. Sesetengahnya pula mengatakan ia berasal
dari perkataan J ~

memakainya, ~ y

(baju dari bulu kambing dan kasar) kerana mereka selalu

(bermaksud hikmat) dari perkataan

lJ y

_H(golongan yang

19

mencintai hikmat) daripada falsafah Yunani, dan ada juga yang mengatakan ia
berasal dari perkataan a.i y

iaitu gelaran kepada seorang lelaki yang menyerahkan

sepenuhjiwanya kepada Allah SWT di Bait al-Haram. 6

Tasawuf menurut istilah para ulama tidak terkeluar dari pengertian dan
maksud asalnya kerana ia mengandungi konsep hidup secara zahid seperti gemar
berpakaian kasar, abid, kearah mensucikan jiwa, menuju dan keutamaan ke arah
kebaikan dan ibadat dan cintakan hikmat.

2.2 Sejarah Kemunculan Tarekat Dan Sumbernya

2.2.1 Kemunculan dan Perkembangan

Pada zaman pemulaan Islam, umat Islam pada masa itu mencontohi
Muhammad bin Abdullah sebagai insan kamil dan utusan daripada Allah SWT .
Pada masa itu masih bel urn timbul tarekat atau suatu bentuk pe:rjalanan yang khusus
dalam menuju kepada Allah SWT kerana umat Islam terus menerus menerima ajaran
dan petunjuk Islam yang sebenar secara langsung daripada Nabi Muhammad SAW
dan dengan mengambil contoh peribadi dan kehidupan baginda sebagai

model

20

terbaik dan sufi teragung. Tegasnya pada masa itu tidak timbul soal tarekat yang
khusus kerana ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sendiri
merupakan suatu jalan yang menuju kepada Allah SWT . Para sahabat adalah
generasi yang mengikutjejak perjalanan hidup Rasulullah kerana mereka merupakan
go1ongan yang bersama dengan Rasulullah semasa hayat baginda. Kehidupan mereka
pula kemudiannya diteruskan oleh generasi selepasnya, para Tabi 'in dan Tabi 'a!-

Tabi 'in.

Namun demikian semakin lama zaman umat Islam berlalu sejak generasi
Rasulullah,

semakin

mengamalkan

corak

kurang umat Islam yang benar-benar menghayati dan
kehidupan

Rasulullah

dan

juga

masalah-masalah

penyelewengan lain yang timbul. Oleh itu muncullah golongan-golongan yang
berusaha meneruskan dan mengamalkan kembali ajaran dan corak kehidupan
Rasulullah ini. Mereka muncul dengan berbagai-bagai nama seperti ahli zuhud, ahli
ibadah, ahli membaca al-Qur'an, ahli yang selalu menangis dan akhimya gelaran ahli
sufi. Golongan ini mula

muncul semenjak kurun ketiga Hijrah. Mereka telah

memilih cara dan kehidupan tersebut untuk diri mereka. Di antara mereka yang
terkenal ialah Hasan al-Basri, yang telah wafat pada tahun 110 Hijrah dan Rabiah
a/-Adawiyyah (wafat 185 Hijrah). Sejak abad ketiga hijrah para sufi mula menaruh
perhatian terhadap perbincangan mengenai perincian hal ehwal mengenai kejiwaan

21

dan suluk, yang lebih menonjolkan sifat akhlak dalam ilmu dan amalan mereka
dengan menjadikan tasawuf sebagai ilmu bagi akhlak keagamaan (~.UI

Perbahsn~p

J~

\rl). 7

rnereka tentang akhlak ini telah mendorong rnereka

kepada mempelajari jiwa manusia serta perincian keadaan tingkahlakunya yang
kadangkala

membawa mereka kepada membicarakan tentang makrifat yang

diperolehi melalui perasaan, alat dan metodnya dan bicara mengenai ketuhanan,
tinjauan dari segi hubungannya dengan manusia atau sebaliknya.

Oleh itu muncul istilah fana' al-sufi terutama oleh Abu Yazid al-Bistami.
Daripada kesemua perbicangan tersebut muncullah ilmu tasawuf yang berbeza
dengan ilmu fiqh samada dari segi masalah yang dibahas, metod perbahasan atau
matlamatnya dan mempunyai istilah yang khusus

bagi bidang ini

dan bagi

memahaminya memerlukan usaha dan penat yang tidak sedikit. Kemunculan ilmu
tasawuf ini adalah selepas munculnya masa pembukuan, ketika para ulama dan
cendekiawan Islam telah menulis dalarn berbagai-bagai bidang ilmu dan para sufi
menulis tentang tarekat sufiah.

Dengan demikian tarekat yang sebelumnya hanya bersifat ibadah telah
menjadi ilmu tasawuf yang dibukukan. Selain itu pada abad ketiga dan keempat
hijrah tokoh-tokoh tasawuf seperti al-Junaid, al-Sirri al-Saqti dan al-Kharraz telah

22

mengumpulkan murid-murid yang ingin mereka didik. Dengan itu tarekat-tarekat
sufiah mula terbentuk yang ketika awal permulaannya adalah hanya dari madrasahmadrasah para salikin mempelajari adab tasawuf dari segi ilmiah dan amaliah atau
teori dan praktikal.

Pada abad ketiga juga muncul pandangan tasawuftentang al-hulul oleh alHallaj, namun dihukum mati (309 Hijrah) kerana pandangannnya itu dari pengaruh
luar Islam. Pada abad kelima pula muncul Imam al-Ghazali yang berusaha untuk
membersihkan tasawuf dari pengaruh-pengaruh luar dengan menolak semua yang
bercanggah dengan al-Qur'an dan al-Sunnah. Beliau tidak mahu menerima dari
tasawuf

melainkan yang

bermatlamatkan

kezuhudan,

sesuai

dengan

taqasysyuf

al-Qur'an
(kehidupan

dan
yang

al-Sunnah
sederhana

yang
dan

meninggalkan kesenangan dunia) pendidikanjiwa dan pembaikan akhlak.

Imam al-Ghazali telah menghuraikan secara mendalam tentang makrifah
sufiah dengan menyerang aliran-aliran falsafah, muktazilah dan kebatinan dan
berakhir dengan membina kaedah-kaedah sejenis tasawuf yang sejalan dengan
mazhab Ahl a/-Sunnah wa al-Jama 'ah dan berbeza sifatnya dengan tasawuf al-

Hallaj dan al-Bistami.

Sejak abad keenam, pengaruh tasawuf sunni ini semakin meluas dengan
meluasnya pengaruh Imam al-Ghazali. Selepas beliau, muncul tokoh-tokoh sufiah

23

yang lainnya, seperti al-Syeikh Ahmad al-Rifa 'I (wafat 570 Hijrah) al-Syeikh Abd al-

Qadir a/-Jailani (wafat 651 Hijrah) yang diyakini terpengaruh oleh tasawwur
(pandangan) al-Ghazali.

Kemudian pada abad ketujuh pula muncul syeikh-syeikh tarekat yang
mengikuti jalan Imam al-Ghazali. Antara mereka yang terkenal ialah Abu al-Hasan

al-Syazeli (wafat 656 Hijrah) dan muridnya Abu al-Abbas al-Mursi (wafat 686
Bjjrah) dan murid keduanya Ibnu Ata 'illah al-Sakandari (wafat 709 Bijrah).
Kesemua mereka merupakan tasawuf Madrasah al-Syaziliyah yang juga dianggap
sebagai lanjutan daripada tasawwuf Imam al-Ghazali.

Namun pada abad keenam ini juga telah muncul sekumpulan daripada
syeikh-syeikh tasawuf yang telah mencampur adukkan tasawuf mereka dengan
falsafah, sehingga menjadikan teori-teori mereka bukan lagi merupakan teri tasawuf
yang murni dan bukan pula teori falsafah yang murni. Antara mereka ialah
Surahwadi, penulis Hikmah al-Isyraq (mati dibunuh 549 Hijrah) Syeikh Muhyiddin

Ibn A 'rabi (wafat 638 Hijrah), penyair sufi Umar bin al-Farid (wafat 632 Hijrah)
dan Abd al-Haq bin Sab 'in al-Mursi (wafat 669 Hijrah).

Dengan kemunculan golongan sufiah falsafah ini, maka tasawuf Islam
terbahagi kepada dua aliran, iaitu:

24

Pertama : tasawuf sunni, yang diwakili oleh para sufi abad ketiga dan keempat
Hijrah, kemudian al-Ghazali dan tokoh-tokoh yang sejalan dengan beliau, tasawuf
mereka lebih menekankan pembinaan akhlak dan pengamalannya.

Kadua : tasawuf falsafi yang diwakili oleh mereka yang mencampur adukkan
tasawuf dengan falsafah. Pandangan-pandangan mereka seperti wihdat al-wujud dan

al-hulul telah menimbulkan bantahan dan tentangan dari kalangan ahli fiqh.

2.2.2 Somber Tasawuf

Sumber tasawuf sunni atau Islam adalah Islam itu sendiri, kerana tasawuf
adalah akhlak agama yang diambil daripada al-Qur'an dan al-Sunnah yang
merupakan sumber uatama dan hal ehwal dan ucapan-ucapan para sahabat Nabi
SAW yang tidak terkeluar dari al-Qur'an dan al-Sunnah. Jika diteliti kita akan dapati
bahawa para sufi telah meletakkan gambaran untuk menuju Allah dengan berjihad
melawan nafsu , diikuti dengan memasuki tingkatan-tingkatan yang bermacammacam dan dikenali oleh golongan sufi sebagai maqam-maqam dan hal-hal, dengan
kesudahan atau akhir perjalanan mereka ini kepada makrifat kepada Allah SWT.

25

Dalam tasawuf maksud maqam ialah maqam hamba dihadapan Allah yang
terdiri daripada ibadah, mujahadah dan riadah (latihan) seperti al-taubat, al-zuhud,
al-wara ', al-faqr, al-sabar, al-ridha dan seumpamanya. Hal pula ialah keadaan yang
menetap di dalam hati atau hati itu menetap padanya berupa kejernihan ingatan.,almuraqabah, al-qurb, al-mahabbah, al-khauf, al-yaqin dan seumpamanya.

Para sufi telah membezakan di antara maqam dan hal dengan teliti iaitu
bahawa maqam bersifat tetap, sedangkan hal akan hilang, maqam diperoleh oleh
salik dengan usaha dan keinginannya, sedangkan hal datang ke dalam hati tanpa
disengajakan atau diusahakan untuk memperolehinya, seperti gembira, sedih, lapang,
sempit, rindu,

gelisah, takut dan berhajat. Keseluruhan maqam dan hal sujiah

merupakan masalah asas tasawuf yang bersandar kepada kesaksian daripada al-

Qur'an dan al-Hadith. 8

26

2.3 Hubungan antara Tarekat, Hakikat (~\

) dan Syari'at (~.,!J\)

2.3.1 Hubungan dengan Hakikat

Tasawuf mempunyai dua sudut, iaitu wasilah (~

)1) dan ghayah (~WI).

Wasilah itu disebut juga dengan tarekat. Manak:ala ghayah pula ialah hak:ikat.

Tarekat merupakan jalan yang pasti akan dilalui dalam tasawuf. Hakikat pula ialah
natijah atau matlamat yang mungkin ditujui dari perjalanan tersebut. Tarekat adalah
sudut atau unsur yang boleh diusahakan melalui riadah (latihan) atau mujahadah bagi
mendapatkan maqam-m.aqam dalam perjalanan menuju Allah SWT. Hakikat pula
adalah sudut yang di Iuar usaha dan kehendak hamba yang salik. Tetapi adalah hanya
menjadi hak kepada yang Maha Hak: untuk dikurniakan atau dihampirkan kepada
sesiapa yang dikehendaki-Nya dari golongan hamba-hamba-Nya yang salih.

Dalam hal ini tasawuf mengandungi dua sudut, iaitu sudut pertama yang
disebut '-:"~

t.S:... yang bermaksud sudut yang diusahak:an melalui usaha riadah dan

mujahadah dan satu lagi sudut adalah dari limpahan dan kurniaan Allah SWT
semata-mata yang disebut ~.;->ly

27

Dalam tasawuf bagi mencapai kepada hakikat ahli sufi yang sebenar
mestilah melalui tarekat atau jalan yang mengandungi usaha besar dengan
bermujahadah, namun tidak semestinya ia dapat mencapai hakikat, kerana seseorang
tidak akan sampai kepada hakikat tanpa Allah sendiri yang akan menyampaikan
kepadanya. Di sinilah sebenarnya keagungan nilai ilmu, kerana selama ilmu itu
terhasil dari usaha hamba maka selama itu ia masih rendah nilainya. Tetapi
keagungan nilai ilmu itu hanyalah kurniaan Allah sendiri sebagai sumber kepada
segala ilmu. Namun seseorang itu tidak selayaknya menyatakan dirinya adalah ahli
sufi, kerana sifat itu adalah rahsia antara dirinya dengan Allah. Terpulang kepada
kehendak Allah samada ia dirahsiakan dari makhluk atau ia diperkenalkan kepada
makhluknya.

Tarekat adalah sebagai perjalanan menuju kepada hakikat. Maka lazimnya
perjalanan itu memerlukan 'jalan', iaitu jalan yang hak dan lurus, yang menjamin
seseorang selamat sampai kepada matlamat.

2.3.2 Hubungan dengan Syari'at

Pada hakikatnya jalan yang sedemikian hanyalah jalan Allah menerusi
wahyu~N

dalam al-Qur'an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, dan

diperjelaskan oleh baginda samada melalui perkataan, perbuatan, pengakuan atau

28

hal-hal perlakuan baginda SAW sebagai al-Sunnah. Kedua-dua sumber ini, al-Qur'an
dan al-Sunnah, diakui sebagai syara' (t___...!JI) atau syari'at (~_.!JI)

Syari'at dalam pengertian yang asal dan umum ini boleh diumpamakan
sebagai rajah bulatan. Garis bulatan yang melingkungi rajah itu merupakanjalan
besar atau pintu gerbang yang umum yang pasti dimasuki oleh semua orang. Titik
pusat yang menjadi paksi kepada binaan rajah bu1atan ialah hakikat. Sementara
kawasan antara garis bulatan dengan pusat itu merupakan jalan-jalan yang khusus
atau tarekat untuk menuju kepada hakikat. Dengan gambaran-gambaran ini maka
syari 'at merangkumi tarekat dan hakikat.

Syari'at merupakan pintu gerbang yang umum untuk dimasuki oleh orang
yang menjalani perjalanan menuju Allah, sementara tarekat merupakan pintu jalan
yang lebih

khusus atau lebih menjurus dalam perjalanan menuju Allah. Maka

jelaslah bahawa jalan yang khusus dan lebih menjurus dalam perjalanan menuju
Allah itu tidak terkeluar dari garis bulatan atau lingkungan syari'at.

Ahli sufi juga pemah mengumpamakan bahawa syari'at itu sebagai asas
kepada suatu binaan. Setiap binaan yang kukuh dan utuh sepanjang zaman pasti
dibina di atas asas yang kukuh dan teguh. Seluruh binaan itu dari peringkat yang
rendah membawa kepada bahagian kemuncak dan menaranya, malahan setiap juzu'

29

dari setiap binaan itu tetap tidak boleh ditinggalkan sekalipun telah mencapai taraf
kemuncak. Bahkan bagi seorang ahli tasawuf yang benar-benar sedang menjalani
perjalanan menuju Allah secara khas atau tarekat tasawuf akan semakin nyata
kepadanya tentang kepentingan syari'at.

Seterusnya pemahamannya tentang hakikat syari' at akan semakin mendalam
jika dibandingkan dengan orang yang melihat syari'at dari permukaan lahir sahaja,
kerana ahli tasawuf berusaha unuk menghayati syari'at, bukan sahaja di ruang atau
permukaan lahimya sahaja tetapi juga dalam ruang atau dasar batin dan rohnya.
Adalah sesuatu perkara yang

biasa dan pasti bagi seseorang ahli tasawuf itu

menjalani syari'at, terutama dari sudut pengamalan. Hal ini kerana seseorang yang
beranggapan bahawa syari'at itu kurang penting atau tidak penting, bermakna
manusia ini tidak layak bergelar ahli sufi kerana tidak memegang hak yang Allah
kumiakan, sebaliknya hanya layak digelar manusia yang mementingkan keduniaan
semata.

Dari penjelasan ini dapatlah disimpulkan bahawa tarekat tidak terpisah
samasekali dengan syari'at, sebaliknya ia saling berkait dan memerlukan, malahan
mereka yang menolak syari'at adalah sesat dan menyesatkan. Ia menunjukkan
keistimewaan tarekat di dalam Islam berbanding aliran-aliran mistik dalam agamaagama lain.

30

2.4 Hubungan Tarekat Dengan llmu Lahir Dan Batin

Ilmu batin yang dimaksudkan oleh ahli tasawuf ialah ilmu untuk mengetahui
aspek batin dari kejadian manusia untuk diperbaiki dan diperbetulkan, dibersihkan
dan dijernihkan, digilap dan dicahayakan melalui panduan dan pimpinan al-Qur'an
dan al-Sunnah. Oleh itu ia merupakan ilmu tentang hati, rahsia hati dan keajaiban
hati, hingga boleh dipertingkatkan dari tempat menjadi hiasan nafsu, kepada hiasan
rob dan seterusnya menjadi hiasan sirr. Jelas dan tegasnya yang dimaksudkan oleh
ilmu tasawuf itu sebagai ilmu batin ialah ilmu untuk mengislahkan (memperbaiki)
aspek batin diri si hamba dengan membuang sifat-sifat yang kotor untuk diisi dan
dihias dengan sifat-sifat yang terpuji dan mulia.

Dengan itu tasawuf, dalam kedua-dua sudutnya, akhlak dan suluknya
bergantung pada asasnya pada aspek batin diri si hamba. Dari sinilah mengapa
tasawuf itu lebih dikenali sebagai ilmu batin kerana ia ada hubungannya dengan
anggota-anggota batin pada manusia yang lebih dikenal sebagai hati, berlainan
dengan ilmu Fiqh yang lebih dikenali dengan ilmu lahir yang berhubung secara
langsung dengan hukum-hukum ke atas anggota-anggota lahir.

Ahli sufi mengislahkan kedua-dua aspek tersebut, lahir dan batin, atau
dengan perkataan lain memadukan syariat dan hakikat. llmu batin yang dibincangkan

31

oleh ahli tasawuf mempunyai konsep yang tidak ada kena mengena sedikit pun
dengan ilmu kebatinan atau golongan batiniah. Batin yang diakui oleh tasawuf ialah
batin yang tidak terpisah daripada lahir, kerana tidak ada batin tanpa melalui lahir.
Oleh itu batin ialah intisari atau intipati dari melaksanakan yang lahir. Sedangkan
kebatinan (batiniyah) membuang samasekali aspek syariat yang dianggapnya sebagai
lahir semata-mata dan tidak bemilai.

Tegasnya lahir

dan batin menurut aliran ini ialah terpisah secara mutlak

yang tiada kaitan langsung antara keduanya. Oleh kerana lahir hanyalah dianggap
kulit maka dianggap tidak bernilai sama sekali, dan oleh kerana batin itu ialah isi
maka itu sahaja yang bernilai. Batin yang dimaksudkan itu pula ialah hakikat dirinya.
Itulah hakikat Muhammad yang batin , dan itulah Tuhan dalam dirinya.

9

Oleh yang demikian terdapat perbezaan yangjelas antara pendapat golongan
sufi tentang ilmu batin berbanding dengan yang dimaksudkan oleh golongan

Batiniyah. Para sufi memaksudkan ilmu batin sebagai anggota batin iaitu hati yang
perlu diambil berat oleh pengamal ilmu tasawufkhasnya dan umat Islam umumnya
bagi merealisasikan pengamalan syari'at daripada Allah SWT dengan menggunakan
aspek zahir iaitu anggota-anggota tubuh yang lainnya. Ini bermakna Islam
merangkumi kedua...