PENGGUNAAN PERISIAN QUIZLET.COM DALAM PE
PROSIDING
PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU
PENDIDIKAN ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)
Mendepani Cabaran Globalisasi
PENERBIT
Persatuan Intelektual Muslim Malaysia,
Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
2016
PROSIDING
PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU PENDIDIKAN
ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)
© Sekretariat ISPEN-i 2016,
Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
2016
Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara
apa jua, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Sekretariat ISPEN-i 2016,
Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Perpustakaan Negara Malaysia
Cataloguing-in-Publication Data
Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 (ISPEN-i 2016)
Sekretariat ISPEN-i 2016,
Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
21 Mei - 22 Mei 2016 / Munawar et.al.
ISBN: 978-967-14229-0-8
1. Pendidikan Islam
2. Bahasa Arab
3. Ahmad Munawar Ismail
Type Setting: Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Marwan Mohd Khir
Text Type: Times New Roman Font Size: 16pt, 11pt

Anjuran Bersama :
Persatuan Intelektual Muslim Malaysia & Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya
21 – 22 Mei 2016
Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, MALAYSIA.
PENERBIT
Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,

EDITOR
Nur Hanani Hussin
Mohd Aderi Che Noh
Syed Najmuddin Syed Hassan
Bani Hidayat Mohd Shafie
Ghazali Darusalam
Mohd Faisal Mohamed
Mohd Izzuddin Mohd Pisol
Marwan Mohd Khir
PENGGUNAAN PERISIAN QUIZLET.COM DALAM
PEMBELAJARAN KOSA KATA BAHASA ARAB
Nurulakhma yahya, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Harun Baharudin, Nurul Izzah Abd. Rahman
[email protected], [email protected],
[email protected],[email protected]
ABSTRAK
Zaman era perkembangan teknologi kini, keperluan penguasaan bahasa Arab juga perlu
diperkemaskan dari semasa ke semasa agar pelajar yang baru menceburi bidang bahasa tidak
ketinggalan. Justeru penguasan kosa kata dalam pembelajaran bahasa Arab yang mantap mampu
untuk pelajar terus bersaing dalam bidang bahasa. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti
persepsi pelajar terhadap penggunaan perisinan quizlet.com dalam pembelajaran bahasa Arab.
Perisian quizlet merupakan salah satu medium bagi membantu pelajar menguasai kosa kata mereka.
Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan semasa dengan menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian. Kajian ini dijalankan di Kolej Poly Teach Mara dan melibatkan seramai 15 orang
responden. Hasil dapatan daripada edaran soal selidik mendapati bahawa aplikasi ini menarik dan
sesuai digunakan bagi penguasaan kosa kata dalam baasa Arab.
Kata kunci : pengajaran dan pembelajaran, penguasaan kosa kata, bahasa Arab, perisian quizlet.com.
PENDAHULUAN
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan
masa kini khususnya dalam bidang pendidikan. Begitu juga dengan system pendidikan Negara
Malaysia sedang mengalami transformasi yang pesat seiring dengan kemajuan teknologi maklumat
dan komunikasi (Norhayati Che Mat. 2011). Hal ini juga selaras dengan anjakan ketujuh yang telah
disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (
2013-2025 ) iaitu pemanfaatan teknologi maklumat dan komunikasi bagi meningkatkan pembelajaran
(www.moe.gov.my). Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru.
Menurut Johan @ Eddy Luaran (2013), penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan
teknik pengajaran guru, kaedah pembelajaran pelajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan
dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi maklumat
dan komunikasi, menurut Mohd Feham (2008) terdapat dua aspek yang seringkali menjadi bahan
bagi proses PdP ialah multimedia dan internet. Menurut definisi Mayer (2001), multimedia bererti
penggabungan teks, gambar, suara, dan video sebagai persembahan bahan PdP. Manakala, internet
bermaksud segala bentuk maklumat yang terdapat dalam laman-laman web yang boleh digunakan
untuk PdP interaktif seperti web 2.0, you tube, facebook, twitter, skype, quizlet dan seumpamanya.
Demikian juga dalam bidang pembelajaran bahasa, Mohd Firdaus et al. (2013) berpendapat
bahawa variasi pemanfaatan teknologi dalam PdP bahasa semakin bertambah dengan munculnya
pelbagai bahan elektronik secara interaktif, bahan bacaan atas talian dan komuniti maya. Era
pembelajaran siber sebegini tidak lagi terhad dalam bilik darjah atau perpustakaan malah
membolehkan pembelajaran formal berlaku walaupun di luar bilik darjah dan ia melangkaui masa dan
tempat. Oleh itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai BBM adalah suatu usaha
meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh pengajar
dan diterima dengan pemahaman yang mendalam oleh pelajar dalam proses PdP.
LATAR BELAKANG MASALAH
Dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar terdapat
permasalahan utama yang perlu diberi perhatian, iaitu kelemahan pelajar dalam penguasaan kosa kata
Arab. Faktor kelemahan ini akan memberi kesan negatif kepada pelajar dalam usaha menguasai
bahasa Arab, baik dalam berkemahiran mahupun dalam pencapaian peperiksaan. Jika kita lihat kajian
ISBN 978-967-14229-0-8
yang telah dilakukan oleh para sarjana berkaitan dengan pertuturan bahasa Arab, kita mendapati
bahawa faktor utama yang menyebabkan permasalahan dalam pembelajaran bahasa Arab ialah
kelemahan penguasaan serta kekurangan kosa kata di kalangan pelajar.
Menurut Ashinida (2012) hal ini, akan menyebabkan pelajar berasa kecewa, kurang
keyakinan, takut dan malu sekiranya berlaku kesilapan dalam pertuturan bahasa tersebut. Antara
masalah lain berkaitan kosa kata termasuklah penggunaan kosa kata yang kurang tepat dalam
pertuturan, penggunaan kosa kata yang tidak diperlukan dalam pertuturan serta meninggalkan kosa
kata yang sepatutnya ada dalam struktur ayat tersebut ( Azani, Azman & Mat Taib, 2012 ).
Kelemahan pelajar dalam menguasai kosa kata juga berpunca daripada beberapa masalah.
Antara masalah tersebut ialah kekurangan perbendaharaan kata,tidak memahami makna
perkataan, tidak dapat menyebut perkataan dengan betul,tidak tepat dalam memilih perkataan dan
kesilapan membentuk perkataan.(Che Radiah & Norhayuza, 2011). Bagi pelajar yang berada di
peringkat asas terutamanya masalah penguasaan kosa kata boleh menganggu kelancaran proses
pembelajaran dan penguasaan bahasa tersebut. Oleh itu, kosa kata merupakan antara faktor
permasalahan pelajar dalam menguasai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab. Justeru,
pemerhatian diberikan kepada kelemahan penguasaan kosa kata pelajar di peringkat rendah mahupun
peringkat lebih tinggi.
Selain itu, kelemahan dan kegagalan guru dalam memilih pendekatan dan kaedah pengajaran
kosa kata yang tepat dan sesuai juga adalah salah satu punca kelemahan pelajar dalam menguasai kosa
kata.Ini selaras dengan pendapat Rosni (2009) yang menyatakan bahawa kesalahan memilih
pendekatan dan metod yang tepat secara langsung menyebabkan kegagalan pelajar menguasai kosa
kata dengan berkesan.
Menurut Rosni (2009) penguasaan bahasa hendaklah bermula dengan penguasaan kosa kata
dapat membentuk ayat yang baik. Kajian para sarjana dalam bidang Bahasa Arab menunjukkan tahap
penguasaan kosa kata pelajar di Malaysia masih perlu diperbaiki. Saifuddin (2002) menyatakan tahap
penguasaan perbendaharaan kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar khususnya di tingkatan tiga
masih berada di tahap yang lemah. Perkara ini akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Bahasa Arab. Menurut Ridzuan (2006), kelemahan perbendaharaan kata merupakan salah
satu faktor kegagalan pelajar dalam bahasa Arab.
Justeru dalam konteks pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing, pelajar akan dilatih
dengan sebaik-baiknya agar mereka dapat menguasai kosa kata sebanyak yang mungkin. Hal ini
kerana, pembelajaran kosa kata ialah aspek pembelajaran yang utama dalam buku pembelajaran
bahasa asing (Asma & Nik, 2012). Oleh yang demikian, pengkaji memperkenalkan aplikasi
quizlet.com untuk penambahbaikan penguasaan kosa kata bahasa Arab.
PEMBANGUNAN PERISIAN QUIZLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA ARAB
Dalam proses PdP sesuatu mata pelajaran, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan
menarik adalah penting. Bahan bantu yang sesuai dan menarik bukan sahaja boleh digunakan oleh
guru dalam proses pengajaran tetapi boleh juga digunakan sendiri oleh pelajar atau masyarakat untuk
mempelajari sesuatu terutama sekali pembelajaran bahasa kedua seperti bahasa Arab. Berdasarkan
hasil kajian Mustafa (2008), segelintir guru bahasa Arab menghadapi masalah dari segi kemampuan
menguasai pelbagai jenis BBM berasaskan teknologi bagi pengajaran bahasa Arab. Oleh demikian,
guru seharusnya prihatin dan mengambil inisiatif dalam menguasai BBM berasaskan teknologi bagi
menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar supaya menjadikan pembelajaran bahasa Arab lebih
menarik dan berkesan.
Selain itu, BBM berasaskan teknologi penting untuk membantu membina daya pembelajaran
kendiri pada pelajar dan mengurangkan pergantungan kepada guru. Zamri (2008), Siti Faizzatul &
Razali (2011) dan Baharom (2004) berpendapat bahawa pelajar yang mengambil bahagian secara aktif
dalam pembelajaran yang menggunakan multimedia dapat menyelesaikan tugasan serta membina
472
Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016
21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM
pengetahuan dalam pelbagai orientasi, sesuai dengan gaya dan keperluan pelajar sendiri. Menurut
Abdul Rahim (2001) dan Zamri et. al (2011), kejayaan pembelajaran bahasa lebih berpusatkan pelajar
yang menggunakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam dan luar bilik
darjah. Kenyataan ini disokong oleh dapatan kajian Mastura & Kaseh (2012) yang menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan teknologi multimedia dan strategi
pembelajaran kendiri terhadap pencapaian bahasa Arab.
Perisian quizlet merupakan salah satu aplikasi yang dapat diakses secara atas talian dengan
menggunakan peralatan teknologi seperti komputer, laptop, tablet dan lain-lain. Ia juga boleh
digunakan dengan memuat turun aplikasi ke tablet dan telefon pintar (smart phone) yang memiliki
operating system (OS) android (play store) atau IOS Apple (app store) sama ada secara percuma dan
berbayar. Mengikut sejarah pembangunan laman ini, perisian quizlet telah dibangunkan sejak tahun
2005 oleh seorang anak muda yang bernama Andrew Sutherland dan berumur 15 tahun
(http://en.wikipedia.org/wiki/). Menurut Ahmad Zaki et. al (2014), pada awalnya, anak muda itu telah
membangunkan laman ini untuk memudahkannya bagi mempelajari perbendaharaan kata bahasa
Perancis. Setelah itu, beliau berkongsi laman ini kepada rakan-rakannya kemudian laman ini telah
berkembang pesat.
Quizlet merupakan satu laman web yang menyediakan BBM bagi pengajar atau pelajar secara atas
talian tanpa disediakan sebarang modul kurikulum khusus untuk pembelajaran. Pelajar atau pengajar
bebas memilih pelajaran untuk dipelajari atau diajarkan (Ahmad Zaki et. al, 2014). Fungsi perisian ini
hampir keseluruhannya disediakan secara percuma untuk membantu para pelajar menyukai proses
pembelajaran dengan penyediaannya yang menarik dan mesra pengguna. Justeru tujuan kajian ini
adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan perisinan quizlet.com dalam
pembelajaran bahasa Arab.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian yang sesuai dengan tujuan kajian ini ialah reka bentuk kajian tinjauan merentas
masa dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian merupakan pelajar
kolej Poly Teach Mara di Teras Jernang Bandar Baru Bangi dan kajian ini melibatkan seramai 15
orang pelajar yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan tahun satu
yang mengambil kursus bahasa Arab sebagai mata pelajaran elektif. Bagi mendapatkan data, satu set
soal selidik telah diedarkan kepada pelajar tersebut. Skala Likert lima digunakan untuk menunjukkan
persetujuan bagi penggunaan perisian quizlet.com untuk menguasai kosa kata dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab. Skala Likert itu diperincikan sebagai STS = Sangat Tidak Setuju, TS =
Tidak Setuju, S = Setuju TP = Tidak Pasti, dan SS = Sangat Setuju.
DAPATAN KAJIAN
Lima item digunakan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap perisian quizlet,.com dalam
pembelajaran bahasa Arab. Jadual 1 memaparkan peratus penggunaan tersebut yang menunjukkan
bahawa pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap penggunaan perisian quizlet.com untuk
penguasaan kosa kata bahasa Arab.
473
ISBN 978-967-14229-0-8
Jadual 1 perisian quizlet.com dalam meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Arab
Item
STS ST S
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
Adakah penggunaan Quizlet meningkatkan penguasaan
Kemahiran kosa kata dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa arab apabila anda menggunakannya?
Adakah anda berminat dengan aplikasi quizlet?
Adakah kaedah ini menarik dan sesuai untuk menghafal /
menguasai kosa kata?
Adakah kaedah pembelajaran quizlet.com memudahkan anda
untuk menghafal kosa kata berbanding kaedah manual?
Adakah kaedah ini sesuai diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa bagi memudahkan proses pembelajaran
kendiri?
-
-
60%
TP
SS
13.3% 26.7%
-
-
73.3% 6.7% 20%
80%
20%
53.3% 13.3% 33.3%
-
-
53.3% 6.7%
Hasil dapatan soal selidik mendapati bahawa item 3 menunjukkan peratus yang tinggi iaitu 80% yang
berkaitan dengan kaedah quizlet.com menarik dan sesuai untuk menghafal / menguasai kosa kata.
Seramai 12 orang menyatakan setuju dan tiga orang menyatakan sangat setuju dengan peratus 20%.
Berdasarkan item 1, iaitu berkaitan dengan penggunaan quizlet.com meningkatkan kemahiran
penguasaan kosa kata dalam pembelajaran bahasa Arab, dapatan kajian menunjukkan seramai
Sembilan orang pelajar (60%) yang bersejutu dan empat orang (26.7%) sangat setuju dengan
kenyataan pada item tersebut.
Namun terdapat dua orang pelajar (13.3%) yang tidak pasti sama ada penggunaan quizlet.com
dapat meningkatkan kemahiran penguasaan kosa kata atau tidak. Berhubung dengan minat pelajar
menggunakan aplikasi quizlet.com menerusi item 2, kajian mendapati majoriti pelajar iaitu seramai 11
orang (73.3%) menyatakan setuju,manakala tiga orang pelajar (20%) sangat setuju dengan pernyataan
tersebut. Namun begitu, terdapat seorang pelajar (6.7%) memberi jawapan tidak pasti. Bagi item 4,
didapati seramai lapan orang pelajar (53.3%) menyatakan setuju dan lima orang pelajar (33.3%)
sangat setuju dengan pernyataan bahawa kaedah pembelajaran quizlet.com memudahkan pelajar untuk
menghafal kosa kata berbanding kaedah manual. Sementara dua orang pelajar (13.3%) masih tidak
pasti tentang kaedah pembelajaran quizlet.com memudahkan pelajar untuk menghafal kosa kata.
Item yang terakhir iaitu item 5, iaitu berkenaan dengan kaedah quizlet.com sesuai jika
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi memudahkan proses pembelajaran
kendiri, hasil kajian mendapati seorang pelajar (6.7%) tidak pasti sama ada kaedah quizlet.com sesuai
atau tidak jika diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi memudahkan proses
pembelajaran kendiri. Namun, seramai lapan orang pelajar (53.3%) bersetuju dan enam orang pelajar
(40%) sangat setuju dan memperkukuhkan pernyataan tersebut.
Kesimpulannya kajian ini mendapati penggunaan quizlet.com sebagai BBM dalam
pembelajaran bahasa Arab bagi keseluruhan pelajar berada pada tahap yang tinggi. Hal ini
menunjukkan bahawa implementasi teknologi dalam pembelajaran bahasa Arab mampu menarik
minat pelajar untuk menguasai bahasa Arab, selain ia menepati konsep pembelajaran terkini.
Berdasarkan hasil dapatan, item yang berada pada tahap yang paling tinggi iaitu kaedah
penggunaan quizlet.com menarik dan sesuai untuk menghafal / menguasai kosa kata. Hal ini mungkin
disebabkan reka bentuk yang lengkap dengan gambar, mempunyai sebutan yang jelas dan mempunyai
dwibahasa. Selain itu melalui modul atau set pelajaran yang telah dibangunkan, para pelajar dan
pengajar diberikan beberapa pilihan atau cara bagi menggunakan aplikasi ini seperti; Flashcards,
Learn, Speller, Tests, Scatter dan Space Race. Fungsi-fungsi ini menjadikan Quizlet.Com sangat
menarik dan mampu menjadikan proses P&P lebih mudah dan cepat terutama yang berkaitan proses
hafazan dan ingatan perbendaharaan kata.
474
40%

KESIMPULAN
Penggunaan perisian quizlet.com dan aplikasinya mampu memberi satu pendekatan BBM yang lebih
menarik dan menyeronokkan terutama yang berkaitan proses hafalan dan menguatkan ingatan serta
menambahkan perbendaharaan kata bahasa Arab. Para pelajar bukan sekadar lebih mudah memahami
dan mengingati set pelajaran, bahkan mereka lebih aktif dan bersemangat. Selain itu, aplikasi yang
melibatkan PdP seperti ini juga memberi ruang yang lebih luas kepada para pelajar untuk
menggunakannya bukan sekadar di dalam kelas, bahkan boleh diakses di mana-mana sahaja asalkan
mempunyai sambungan internet. Oleh itu, pemanfaatan penggunaan perisian ini dalam proses PdP
terutamanya bahasa Arab dapat meningkatkan lagi kualiti PdP di seluruh negara. Justeru, dapat
melahirkan generasi yang bukan hanyut ditelan arus teknologi bahkan mampu memanfaatkan
kemajuan teknologi untuk ilmu demi mencapai masa depan yang cerah.
RUJUKAN
Ashinida Aladdin. 2012. Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi dalam Komunikasi Lisan Bahasa
Arab. Gema Online Journal of Language Studies. 12 (2), 645-666.
Asma Abdul Rahman dan Nik Mohd Rahimi. 2012. Al-Awamil al-muassirah fi taklim al-lughah alajnabiyah wa turuq tadris al-maharat al-lugawiyah al-arabiyah. Nilai: Penerbit Universiti
Sains Islam Malaysia.
Azani Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat & Mat Taib Pa. 2012. Membina Kemahiran Pertuturan
Menerusi Aktiviti Lakonan Dalam Pengajaran Bahasa Arab. Gema Online Journal of
Language Studies. Vol. 12 (1), 325-337.
Che Radiyah dan Norhayuza, 2011. Pengajaran dan Pembelajaran Kosa Kata Arab: Teori dan
Aplikasi. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Johan @ Eddy Luaran. 2013. Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek
Sejarah dan Geografi. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013).
Universiti Teknologi MARA.
Mayer, R. E. (2001). Multimedia Learning, Cambridge, UK: Cambridge University Press.
Mohd Feham Md. Ghalib. 2008. Pemanfaatan Teknologi Dalam Pengajaran Bahasa Arab. Gombak:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mohd Firdaus Yahayaa, Muhammad Sabri Sahrirb &Mohd Shahrizal Nasira. 2013. Pembangunan
Laman Web EZ-Arabic Sebagai Alternatif Pembelajaran Maya Bahasa Arab bagi Pelajar
Sekolah Rendah Malaysia. Jurnal Teknologi. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
Nik Mohd Rahimi, Kamarulzaman Abd. Ghani, dan Mowafak al-Qusyairi. 2008. Fan tadris al-lughah
al-arabiyah li ghair al-arab. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Norhayati Che Mat. 2011. Keberkesanan Animasi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Ridzuan Mat Yusof (2006). Amalan Pengajaran Perbendaharaan Kata di Kalangan Guru Bahasa
Arab di Negeri Pahang. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
Rosni Samah (2009). Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Arab Untuk Pelajar Bukan
Penutur Jati. Nilai: USIM.
475
ISBN 978-967-14229-0-8
Saifuddin Hussin (2002). Penguasaan Perbendaharaan Kata Bahasa Arab di Kalangan pelajarpelajar Tingkatan Tiga Satu Kajian Kes di SMKA di Melaka. Disertasi UM.
476